Anda di halaman 1dari 6

KISAH ASHABUL KAHFI ~ 7 PEMUDA

TERTIDUR 309 TAHUN DAN ANJING QITMIR

Lokasi Gua Asabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat


Bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu
dikenali dengan Ar-Raqim karena terdapat kesan tapak
arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan
tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-
Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama
anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.
Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan
kebenaran kisah di dalam Al-Quran yaitu di dalam Surah
Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut
menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman
kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah
menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun
Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh
suara apa sekalipun.
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad)
, bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-
raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda
kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala
pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua
lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat
kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami
petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)
Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan
dalam ayat di atas, menurut para ulama’- terdiri dari tujuh
orang pemuda yaitu;

Maksalmina
Tamlikha
Martunus
Bainunus atau Nainunus
Sarbunus
Dzunuanus
Kasyfitatanunus

Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori


mereka. Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah
kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai
pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang
beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada
mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)

Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum


kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang
terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan
ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu
beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya.
Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja
bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/
berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya
supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s.
dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya.
Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu
terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun tujuh
pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja
kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah
mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin
terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka
dipanggil mengadap raja itu.
Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani
dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan
prinsip aqidah Ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman
menceritakan peristiwa mereka berhujjah;
“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka
berdiri (dihadapan raja) lalu mereka berkata
(membentangkan hujjah kepada raja): ”Tuhan kami adalah
Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan
selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah
mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.
Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-
tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak
mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan
mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orangyang mengada-
adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-
Kahfi: 14-15)

Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap


dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim
itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka.
Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika
selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka
mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh.
Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-
pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari
keputusan yang muafakat. Apakah tindakan yang sepatutnya
diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka?
Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan
berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung.

Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri


dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah,
maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu
melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan
menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan
urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-
Kahfi: 16)

Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama


Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka
bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan
mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing
bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama
dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam
gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh
Allah.Allah telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam
gua tersebut.
Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua
itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).
Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada
hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah
mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa
yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan
tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama


tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah
kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu)
(yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)
Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan
minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka
tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa;
jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita
tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.
“ Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan
Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan
dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan
tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua
lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan
mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan
melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi
dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)
Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300
tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka
bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur
dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka
mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari
sahaja. “Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah
berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab:
“Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”.(al-Kahfi: 19)
Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar.
Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar
seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di
makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota
Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka
membawa bersama bekalan wang perak.
Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka
itu;

“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota


dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia
lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih
dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk
kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah
sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun.
Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu,
niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau
memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian
niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun
dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi
mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang
ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan
memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan
bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa
kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita
supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam
keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.
FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut
kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan
nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)
Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa
pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar
jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja
yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir
kepada Allah, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita
tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain
bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan
semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah
setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah
banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan
orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan
kebanyakan rakyatnya.Namun masih terdapat segelintir
rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang
kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah
boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatah lagi
yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan
tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan
ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan
kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-
ragu lagi.
“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang
ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah
menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa
kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)
Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu
semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli
makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan
penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula
merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin
syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya
ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia
dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja
yang beriman dan mengambil berat hal agama. Setelah
mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke
gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan
pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka.
Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah
sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang
beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan
supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu
ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan
atau tugu sebagai kenangan.
Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata:
“Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah
jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa
atas urusan mereka (yakni pihak raja)
pula berkata:“Sesungguhnya kami hendak membina sebuah
masjid disisa gua mereka”. (al-Kahfi: 21).

Anda mungkin juga menyukai