Anda di halaman 1dari 18

Mukjizat al-Quran

MukjizatIntro
Bagi menyatakan kebenaran ajaran yang dibawa, seorang Rasul itu akan dianugerahkan dengan mukjizat. Mukjizat itu mestilah juga dari jenis perkara yang terkenal dalam kalangan kaum seseorang Rasul itu. Hal ini kerana mukjizat itu sendiri bertujuan meyakinkan bahawa ajaran yang dibawa itu adalah benar.

Contoh Mukjizat Rasul


Kisah Nabi Musa dengan ahli sihir
Kisah Nabi Yunus ditelan paus

Kisah Nabi Muhammad membelah bulan

Al-Quran diturunkan sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad yang lengkap dengan sastera, kerana masyarakat Arab waktu itu pakar dalam bidang puisi dan kesusasteraan. Penurunan al-Quran telah membuka mata sasterawan Arab contohnya kata Abu al-Walid: Aku tidak pernah mendengar kata-kata seindah ini sebelum ini, ia bukan syair, bukan ucapan ahli sihir bukan ucapan ahli sastera dan bukan ucapan manusia.

Jadi? Apakah Mukjizat Ini Sebenarnya?


Mukjizat ini sendiri bermaksud melemahkan (ajaza/) .

Menurut istilah, mukjizat bermaksud sesuatu luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan di luar kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun sepertinya. Sesuatu perkara luar biasa yang berlaku pada para Rasul untuk membuktikan kebenaran ajaran yang dibawa dengan izin Allah.

Bahagian Mukjizat al-Quran


Al-Quran mempunyai pelbagai mukjizat antaranya adalah ianya dijamin daripada ditokok tambah dan terpelihara isi kandungannya. Seperti Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 9: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan ayat al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya

Mukjizat al-Quran secara khususnya dapat dibahagikan kepada beberapa perkara:


Mukjizat dari segi bahasa Mukjizat dari segi isi kandungan Mukjizat dari segi ilmu

Mukjizat dari Segi Bahasa


Bahasa al-Quran amat indah, padat dan tidak dapat ditandingi oleh pakar bahasa daripada semua peringkat dan zaman. Penurunan al-Quran mengkagumkan mereka dan sekaligus melemahkan mereka dan semua ahli bijak pandai dalam lapangan sastera di kalangan mereka. Kelebihan al-Quran melalui ketinggian gaya bahasanya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa, dibawa oleh Nabi Muhammad yang bersifat Ummi. Contoh mukjizat al-Quran dari segi bahasa ialah Surah an-Nas

Mukjizat dari segi isi kandungan


Al-Quran mengandungi 114 surah yang dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas. Antara lain di dalam alQuran mengandungi sejumlah lebih 6000 ayat. Dari segi isi kandungan ini terdapat beberapa fasal yang boleh dikupaskan: cerita sejarah, hubung kait dengan ayat dan surah dan peristiwa yang akan berlaku.

Kisah sejarah
Terdapat banyak ayat dalam al-Quran menceritakan mengenai sejarah atau kisah nabi-nabi terdahulu untuk dijadikan pengajaran. Contohnya kisah Nabi Isa dan kisah Ashabul Kahfi seperti mana ada dirnyatakan dalam surah al-Kahfi ayat 25: Dan mereka telah tidur dalam gua mereka; tiga ratus tahun

(dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan


kiraan kamu)

Kisah tersebut berkisar pemuda ashabul kahfi. Cerita yang benarbenar berlaku di zaman lampau dan sebelum Nabi Muhammad.

Pemuda-pemuda tersebut telah dikejar oleh Raja Dakyanus dan


tenteranya. Bagi menyelamatkan iman mereka, mereka telah

bersembunyi di dalam sebuah gua.


Mereka telah ditidurkan oleh Allah di situ selama 300 tahun mengikut perkiraan matahari atau Masehi dan selama 309 tahun mengikut perkiraan bulan atau Hijrah. Mereka dibangkitkan semula daripada tidur dalam keadaan

seperti asalnya.

Hubung kait ayat dengan surah


Isi al-Quran tidak mempunyai percanggahan dan mempunyai hubung kait antara satu ayat atau surah dengan yang lain. Tidak seperti dalam kitab Bible yang ada sekarang ini. Sebagaimana yang dikupas oleh Syeikh Ahmad Deedat dalam pidatonya. Tidak ada keterangan dalam Bible yang mengatakan sembahlah Jesus

Selain itu, ada ayat mengatakan Jesus adalah

anak Tuhan. Namun, dalam ayat lain menyatakan


sesiapa yang berbuat baik maka merekalah anak

Tuhan.
Hal ini berbeza dengan al-Quran. Bahasanya adalah jelas, tepat dan menyeluruh. Segala suruhan yang wajib diterangkan dengan jelas dalam al-Quran seperti ayat hukum dikenakan

terhadap penzina dan lain-lain.

Kisah yang Bakal Berlaku


Antara mukjizat al-Quran adalah menyatakan perkara yang bakal berlaku. Sebagai contoh, peristiwa kemenangan Rom terhadap Parsi dalam surah ar-Rum ayat 2-4. Begitu juga dengan peristiwa Qiamat

Mukjizat dari segi ilmu


Al-Quran mempunyai pelbagai cabang ilmu, dari bidang fiqh hinggalah mencakupi bidang Sains dan teknologi. Antaranya ialah:
Ilmu ibadat Ilmu aqidah Ilmu pengetahuan tentang muamalat Ilmu sastera

Contoh bidang ilmu sains: penciptaan manusia dimana ada dirakamkan dalam al-Quran dalam surah al-Muminun ayat 12-14 : Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, segumpal

daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang


itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk (yang berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah Pencipta Yang Paling Baik

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk (yang berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah Pencipta Yang Paling Baik

17

Bukti kejadian siang dan malam di dalam Al-Quran :


Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 190 yang bermaksud : Sesungguhnya dalam kejadian langit dan Bumi serta silih bergantinya siang dan malam terdapat tanda-tanda orang yang berakal

Anda mungkin juga menyukai