Anda di halaman 1dari 18

DIPLOMA ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

JANUARI / 2022

ADSH2103

KEPENTINGAN HADITH DAN REALITI SEMASA DALAM PENGAMALANNYA

NO. MATRIKULASI : 790301025666001


NO. KAD PENGENALAN : 790301-02-5666
NO. TELEFON : 019-4637621
E-MEL : azanoh@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SUNGAI PETANI


<KOD KURSUS>

ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN 2-3

2.0 HADIS 1-BAB ILMU 4-5


HADIS 2- HADIS: (10)- SAHIH BUKHARI 6
HADIS 3- BUKU PENGETAHUAN (‫) كتاب العلم‬ 7

3.0 ISLAM DIPANDANG HINA AKIBAT DARIPADA 8-9


PERPECAHAN YANG BERLAKU DALAM KALANGAN UMAT
MASA KINI
4.0 PERKAITAN HADIS BERKENAAN KEGIATAN BERPASUKAN 10-12
DALAM KALANGAN MURID
5.0 KESIMPULAN 13-14
6.0 RUJUKAN 15
7.0 LAMPIRAN 16-21

1
<KOD KURSUS>

1.0 PENGENALAN

Hadith merupakan rujukan kedua dalam sumber perundangan umat Islam. Melalui hadith
kita dapat memahami syariat dan ibadah dengan sempurna.Sebagaimana yang diketahui hadith
ialah perkataan, perbuatan dan perakuan baginda Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan
apa yang terkandung di dalam syariat itu sendiri. Dalam memahami syariat dan ibadah , sebagai
manusia biasa, kita memerlukan ulama’ dalam memahami apa yang ingin disampaikan oleh
Allah s.w.t.
Jika diselidiki dari sudut keautoritiannya, Rasulullah s.a.w bersadda dalam sebuah hadith
yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitab beliau iaitu Kitab Muwata’
‫ كتاب هللا وسنة نبيه‬:‫ تركت فيكم امرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما‬: ‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬.
(‫)رواه مالك في الموطاء‬
Yang bermaksud :
“Sabda Rasulullah s.a.w : “Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara tidak akan sesekali
kamu sesat selama mana kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu al-Quran dan Sunnah
Nabinya.”
(Riwayat Imam Malik : Muwata’)

“Tentang hubungan antara sunnah dengan al-Quran, Imam Syafie mengemukakan


bahawa fungsi sunnah sebagai berikut:
i. Sebagai penguat dalil-dalil yang ada dalam al-Quran.
ii. Sebagai penjelas dari ayat ayat al-Quran yang umum, ijmal, ibham, mutlak dan
sebagainya.
iii. Sebagai tambahan kepada al-Quran dalam penyebutan hukum yang belum disebut
dalam al-Quran. Adapun penerimaan Sunnah atau Hadith, Imam Syafie
memperketatkannya. Beliau membahagikan hadith menjadi dua. Pertamanya, Hadith
Mutawatir yang juga diungkapkan sebagai al-khabar al-ammah. Kedua, Hadith Ahad
yang juga diungkapkan sebagai al-khabar al-khashah. (SS Dato’ Dr Zulkifly bin
Muda, 2019)

2
<KOD KURSUS>
Hadith memainkan peranan penting dalam menyampaikan apa yang tidak terdapat dalam
al-Quran secara jelas dan nyata.Peranan hadith cukup besar dalam memastikan umat Islam
memahami dengan jelas dan dapat mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dan
apa yang dilarang oleh-Nya. Hadith mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga
daripada Rasulullah saw. Penting bagi umatnya menjadikan hadith sebagai panduan, terutama
bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu
seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka
hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

2.0 BAB ILMU – SAHIH BUKHARI – HADITH NO.51

3
<KOD KURSUS>
‫ َح ِّدثُونِي َما ِه َي ؟‬،‫ ِإ َّن ِمنَ ال َّش َج ِر َش َج َرةً اَل يَ ْسقُطُ َو َرقُهَا َوِإنَّهَا َمثَ ُل ْال ُم ْسلِ ِم‬: ‫ال‬
َ َ‫ ق‬، ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫ َع ِن النَّبِ ِّي‬، ‫َع ِن اب ِْن ُع َم َر‬
ُ‫ ِه َي النَّ ْخلَة‬: ‫ال‬
َ َ‫ق‬

Daripada Ibnu Umar RA, katanya: Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda:

(Di antara pokok-pokok yangn tumbuh, terdapat satu pokok yang daunnya tidak akan gugur, dan
pokok itu adalah perumpamaan bagi orang Muslim. Terangkanlah kepada aku, pokok apakah
itu?. Orang yang hadir ketika itu lalu meneka-neka bahawa pokok tersebut adalah pokok yang
hidup dalam hutan tebal. Aku pula (Ibnu Umar) merasakan bahawa pokok yang dimaksudkan
adalah pokok kurma. Tetapi aku malu untuk menyuarakan jawapanku.(kerana di kalangan hadir
ketika itu , Ibnu Umar adalah yang paling muda) Kemudian mereka berkata: Wahai Rasulullah,
khabarkanlah kepada kami pokok apakah itu? Jawab nabi sollallahu alaihi wasallam: (Pokok
kurma)

‫ه من‬Š‫ا ينتزع‬ŠŠ‫ ان هللا ال يقبض العلم انتزع‬: ‫ول‬ŠŠ‫لم يق‬Š‫ه وس‬ŠŠ‫عن عبد هللا بن عمرو بن العاص يقول سمعت رسول هللا صلى هللا علي‬
. ‫لوا‬ŠŠ‫الناس ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى اذا لم يترك عالما اتخذ الناس رؤوسا جهاال فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأض‬
‫ رواه مسلم‬.

Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,
“Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari
(dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka
apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil
sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan
berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

H.R. Muslim

Keterangan

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau
peribahasa Melayu mengatakan, “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat
herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah

4
<KOD KURSUS>
suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari ulama. Maka pada masa itu sudah tidak
bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan
nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada
kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah
segala sesuatu yang bernilai.

HADITH 2- HADITH NO.10

5
‫>‪<KOD KURSUS‬‬
‫س‪ ،‬قَا َل َح َّدثَنَا ُش ْعبَةُ‪ ،‬ع َْن َع ْب ِد هَّللا ِ ْب ِن َأبِي ال َّسفَ ِر‪َ ،‬وِإ ْس َما ِع َ‬
‫يل‪ ،‬ع َِن ال َّش ْعبِ ِّي‪ ،‬ع َْن َع ْب ِد هَّللا ِ ب ِْن َع ْم ٍرو ـ رض‪ŠŠ‬ى هللا‬ ‫َح َّدثَنَا آ َد ُم بْنُ َأبِي ِإيَا ٍ‬
‫عنهما ـ َع ِن النَّبِ ِّي صلى هللا عليه وسلم قَا َل " ْال ُم ْسلِ ُم َم ْن َسلِ َم ْال ُم ْسلِ ُمونَ ِم ْن لِ َسانِ ِه َويَ ِد ِه‪َ ،‬و ْال ُمهَا ِج ُر َم ْن هَ َج‪َ Š‬ر َم‪ŠŠ‬ا نَهَى هَّللا ُ َع ْن‪Š‬هُ " ‪.‬‬
‫ْت َع ْب َد هَّللا ِ ع َِن النَّبِ ِّي صلى هللا عليه وسلم‪َ .‬وقَ‪ŠŠ‬ا َل َع ْب ‪ُ Š‬د اَأل ْعلَى ع َْن‬ ‫ال َأبُو َع ْب ِد هَّللا ِ َوقَا َل َأبُو ُم َع ِ‬
‫اويَةَ َح َّدثَنَا دَا ُو ُد ع َْن عَا ِم ٍر قَا َل َس ِمع ُ‬ ‫قَ َ‬
‫دَا ُو َد ع َْن عَا ِم ٍر ع َْن َع ْب ِد هَّللا ِ ع َِن النَّبِ ِّي صلى هللا عليه وسلم‪.‬‬

‫‪Diriwayatkan oleh 'Abdullah bin 'Amr:‬‬

‫‪), "Seorang Muslim adalah orang yang menghindari menyakiti orang Islam dengan‬ﷺ( ‪Nabi‬‬
‫‪lidah dan tangannya. Dan seorang Muhajir (berhijrah) adalah orang yang menyerahkan‬‬
‫"‪(meninggalkan) semua yang dilarang oleh Allah.‬‬

‫‪)- HADITH NO.59‬كتاب العلم(‪HADITH 3- BUKU PENGETAHUAN‬‬

‫‪6‬‬
<KOD KURSUS>
َ َ‫ال َح َّدثَنِي َأبِي ق‬
‫ َح َّدثَنِي ِهالَ ُل‬،‫ال‬ ٍ ‫ قَا َل َح َّدثَنَا ُم َح َّم ُد بْنُ فُلَي‬،‫ ح َو َح َّدثَنِي ِإ ْب َرا ِهي ُم بْنُ ْال ُم ْن ِذ ِر‬،ٌ‫ قَا َل َح َّدثَنَا فُلَ ْيح‬،‫َح َّدثَنَا ُم َح َّم ُد بْنُ ِسنَا ٍن‬
َ َ‫ ق‬،‫ْح‬
َ Šَ‫رابِ ٌّي فَق‬Š
‫ال‬Š َ Š‫ ا َءهُ َأ ْع‬Š‫وْ َم َج‬ŠŠَ‫ِّث ْالق‬
ُ ‫ د‬Š‫س ي َُح‬
ٍ ِ‫ال بَ ْينَ َما النَّبِ ُّي صلى هللا عليه وسلم فِي َمجْ ل‬ َ َ‫ ق‬،َ‫ ع َْن َأبِي هُ َر ْي َرة‬،‫ار‬
ٍ ‫ ع َْن َعطَا ِء ْب ِن يَ َس‬،‫بْنُ َعلِ ٍّي‬
‫لْ لَ ْم‬Šَ‫هُ ْم ب‬Š‫ْض‬
ُ ‫ا َل بَع‬Šَ‫ َوق‬،‫ا َل‬Šَ‫ا ق‬Š‫رهَ َم‬Š َ َ‫ا ق‬Š‫ ِم َع َم‬Š‫ فَقَا َل بَعْضُ ْالقَوْ ِم َس‬،‫ِّث‬
ِ ‫ فَ َك‬،‫ال‬Š ُ ‫ضى َرسُو ُل هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم يُ َحد‬ َ ‫َمتَى السَّا َعةُ فَ َم‬
‫ا ْنت َِظ ِر‬ŠŠَ‫ةُ ف‬Š َ‫ت اَأل َمان‬ ُ ‫ال " فَِإ َذا‬
ِ ‫يِّ َع‬Š ‫ض‬ َ ‫ قَا َل هَا َأنَا يَا َرس‬." ‫ضى َح ِديثَهُ قَا َل " َأ ْينَ ـ ُأ َراهُ ـ السَّاِئ ُل َع ِن السَّا َع ِة‬
َ َ‫ ق‬.ِ ‫ُول هَّللا‬ َ َ‫ َحتَّى ِإ َذا ق‬،ْ‫يَ ْس َمع‬
." َ‫ضا َعتُهَا قَا َل " ِإ َذا ُو ِّس َد اَأل ْم ُر ِإلَى َغي ِْر َأ ْهلِ ِه فَا ْنت َِظ ِر السَّا َعة‬
َ ‫ قَا َل َك ْيفَ ِإ‬." َ‫السَّا َعة‬
Diriwayatkan oleh Abu Huraira:

Ketika Nabi ( ‫ )ﷺ‬mengatakan sesuatu dalam sebuah perhimpunan, seorang Badwi datang dan
bertanya kepadanya, "Kapan Hari Kiamat itu akan berlangsung? " Rasulullah ( ‫ )ﷺ‬meneruskan
ceramahnya, sehingga beberapa orang mengatakan bahawa Rasulullah ( ‫ )ﷺ‬telah mendengar
pertanyaan itu, tetapi tidak menyukai apa yang diminta oleh orang Badwi itu. Sebahagian dari
mereka mengatakan bahawa Rasulullah ( ‫ )ﷺ‬tidak pernah mendengarnya. Ketika Nabi ( ‫)ﷺ‬
selesai menyampaikan ucapannya, dia berkata,“ Di mana penanya, yang bertanya mengenai
Hari Kiamat? ” Orang Badwi itu berkata, "Saya di sini, ya Rasulullah. "Kemudian Nabi ( ‫)ﷺ‬,
"Ketika kejujuran hilang, maka tunggulah Hari (Kiamat). "Orang Badwi itu berkata,
"Bagaimana itu akan
hilang? “ Nabi ( ‫)ﷺ‬, “Apabila kuasa atau kekuasaan datang ke tangan orang-orang yang tidak
layak, maka tunggulah Hari (Kiamat.)”

7
<KOD KURSUS>
3.0 ISLAM DIPANDANG HINA AKIBAT DARIPADA PERPECAHAN YANG
BERLAKU DALAM KALANGAN UMAT MASA KINI

Umat Islam zaman kini, walaupun bilangan kita ramai tetapi selalunya dipersenda dan
menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Kini umat Islam sering ditindas dan
disakiti serta dibunuh dengan kejam tanpa tahu apakah salah dan silapnya.Bangsa lain telah
bersatu padu untuk menjatuhkan umat Islam dengan membawa pelbagai ideologi yang
menyimpang dari ajaran Islam itu sendiri.

Sebenarnya, kejatuhan umat Islam berpunca dari dalam diri umat itu sendiri. Ia berpunca
dari penyakit yang dikenali sebagai penyakit wahan iaitu “penyakit takut mati” dan “penyakit
cintakan dunia”. Bilangan alim ulama semakin berkurangan manakala usaha untuk melahirkan
golongan tersebut semakin pupus. Golongan cerdik pandai lebih mengutamakan pengajian-
pengajian di bidang keduniaan yang fokus kepada habuan duniawi semata-mata.

Oleh yang demikian , kita perlu memikirkan bagaimana mencari jalan penyelesaian atas
realiti yang terjadi kini.Untuk memastikan umat Islam kembali ke jalan yang benar , ulama atau
pemimpin umat Islam perlu memberi kesedaran tentang apa yang terjadi agar kita tidak terus
sesat di buai mimpi.

Dalam menempuh arus kemodenan zaman ini, banyak onak dan duri perlu ditempuhi,
keteguhan iman serta ketakwaan kepada Allah s.w.t merupakan pegangan yang paling kukuh dan
kuat. Ketakwaan yang lahir dari hati yang benar-benar ikhlas akan mendapat petunjuk dari Allah
s.w.t. Seseorang yang bertakwa kepada Allah tidak akan mudah terpesong dan terpengaruh
dengan apa sahaja dugaan dan cabaran dalam hidup. Tidak dinafikan , dalam arus kemodenan
teknologi yang semakin maju , ilmu agama sahaja yang dapat membentengi diri untuk tidak terus
terjebak dengan hal-hal yang membawa terpesongnnya akidah umat Islam.

“Walaupun begitu, apa yang perlu kita renungkan adalah, kunci utama untuk menghadapi
dunia yang penuh dengan huru hara ini adalah seperti yang dikatakan sebelum ini iaitu
ketaqwaan kepada Allah, berpegang pada Al-Quran & Sunnah serta menjauhi perkara
bid’ah.”(Ahmad Fahmi Zamzam, 1998)

8
<KOD KURSUS>
Dapat disimpulkan bahawa Nabi s.a.w amat menititberatkan kepentingan mempelajari
ilmu pengetahuan untuk menjadikan umat Islam adalah umat yang maju dalam perlbagai bidang
dan dengan ilmu juga umat Islam dapat menangkis pelbagai halangan dan cabaran untuk
mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.Kita perlu menjauhi fahaman dan perlakuan suka
mencari perbezaan serta mencari kesalahan antara satu sama lain. Kita sepatutnya sama-sama
muhasabah diri serta duduk sama berbincang dengan mengenepikan fahaman untuk mencari titik
persamaan demi mengukuhkan ketakwaan dan ukhuwah antara kita semua.

9
<KOD KURSUS>
4.0 PERKAITAN HADITH BERKENAAN KEGIATAN BERPASUKAN DALAM
KALANGAN MURID

Murid yang aktif merupakan murid yang berdaya saing dalam pelbagai bidang yang
diceburi. Setiap murid di sekolah bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia
diwajibkan untuk menyertai kegiatan berpasukan atau dikenali sebagai aktiviti kokurikulum.

Sebagai pendidik kita perlu membimbing murid-murid agar bergiat aktif dalam semua
lapangan selagi mana tidak menyalahi arahan agama.Dalam mendepani cabaran semasa yang
serba mencabar ini, para pendidik perlu menitikberatkan asas kepada kehidupan yang
berlandaskan al-Quran dan Hadith.

Merujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), “Kurikulum Kebangsaan ialah
suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan.”(Kementerian Pendidikan Malaysia, )
Elemen yang perlu diterapkan dalam semua kegiatan kokurikulum ialah melibatkan
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru yang diselitkan nilai-nilai murni dalam membantu
membangungkan prinsip intelek, emosi serta rohani secara seimbang sseperti yang disarankan
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua warganya.

Murid perlu dididik dengan cara memimpin yang baik dan berkaliber. Mereka juga perlu
diajar untuk memimpin dengan adil serta mengamalkan komunikasi yang berkesan serta
berhikmah. Menurut Dr. Hidris Sahri ,” ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW menjadi dasar
dan elemen kepimpinan yang mendorong melahirkan prestasi dan etika pekerja yang lebih baik,
akhirnya kepuasan organisasi dan matlamat serta kepuasan ahli boleh tercapai.Kepemimpinan
yang bersifat karismatik serta memiliki ilmu pengetahuan, ketaatan dan keimanan yang selari
dengan ajaran al-Quran menjadikan mereka disegani kawan dan juga lawan. Seperti para nabi
yang telah dipilih oleh ALLAH SWT mendapat tentangan dan pujian daripada musuh Islam
sendiri.Baginda memiliki watak teladan untuk umat manusia dari semua generasi pada zamannya

10
<KOD KURSUS>
sehingga hari ini, untuk diikuti dan mempelajari kebijaksanaan (hikmah) daripadanya. Watak
Nabi Muhammad adalah konsisten dengan al-Quran”.

Untuk menjadi seorang pemimpin kita bukan sahaja perlu bertanggungjawab dan
berintegriti, tetapi juga perlu mempunyai nilai akhlak yang tinggi dan amanah ketika
menjalankan tugas.Sebuah portal berita online bertajuk berita Usah Tangkap Muat Pilih
Pemimpin (Afzan, 2019), menegaskan bahawa kepimpinan adalah kredibiliti, tanggungjawab,
nilai akhlak yang tinggi dan amanah dalam menjalankan tugas.

Tanggapan masyarakat umum terhadap kepimpinan Islam menyebabkan ia satu polemik


kepimpinan yang sering kali dikaitkan dengan Islam itu sendiri. Sikap dan persepsi dari pelbagai
peringkat masyarakat terhadap kepimpinan serta sifat yang patut dimiliki oleh mereka juga
menjadikan isu kepimpinan dari pandangan Islam semakin dipinggirkan sedangkan ALLAH
SWT telah menjadikan Nabi Adam menjadi khalifah di muka bumi ini dan seterusnya peradaban
kepimpinan ini diwarisi oleh semua para nabi khususnya.

Kepimpinan yang berteraskan kepada sumber al-Quran dan hadith harus menjadi
panduan dalam melahirkan pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang hebat seperti
baginda s.aw. Memilih serta melantik pemimpin yang bertanggungjawab dalam memelihara
amanah, menjaga kebajikan manusia, serta memastikan keselamatan rakyat dari dizalimi musuh.
Selain itu, pemimpin juga perlu menegakkan keadilan, memastikan ketenteraman negara ,
menjaga rakyat daripada segala kerosakan dan kemusnahan serta kemudaratan yang akan
mengakibatkan kita menjadi pemimpin yang gagal dalam memimpin.

Merujuk kepada pandangan cendikiawan Islam seperti al-Mawardi dalam al-Ahkam al-


Sultaniyyah yang meletakan syarat menjadi pemimpin yang berjaya harus mempunyai tujuh
perkara seperti keadilan, mempunyai keberanian, mempunyai ilmu, mempunyai idea yang
bernas, sempurna pancaindera, tidak cacat anggota, dan berasal dari keturunan yang baik
(Ahmad Hj. Hasbullah, 1979).

Menurut Imam al-Nawawi , terdapat 21 ciri-ciri kepimpinan Islam .Antaranya ialah


beriman kepada ALLAH s.w.t.dan Rasul-NYA, sentiasa beramal soleh, menjaga solat lima
waktu, merasa takut kepada peringatan ALLAH s.w.t.Pemimpin juga perlu memimpin dengan

11
<KOD KURSUS>
melahirkan sifat adil, amanah, tidak menipu atau berbohong. Ia juga perlu benar, berilmu dan
tidak zalim serta tidak menyesatkan orang yang berada di bawah kepimpinannya. Seorang
pemimpin juga tidak boleh mementingkan diri sendiri, sentiasa berjasa kepada manusia.
Sekiranya terdapat perkara yang yang perlu diselesaikan ia tidak menyulitkan keadaan dan juga
tidak sombong dengan orang lain .Pemimpin yang baik juga tidak mengharapkan balasan atas
apa yang dilakukan dan meminta-minta jawatan yang diingini , tidak menerima rasuah dan
balasan. Sekiranya diberi kepercayaan dalam memimpin mereka tidak mengelapkan harta dan
wang rakyat, berusaha memakmurkan rakyat dan negara, dan setiap keputusan yang dibuat tidak
melulu dan tidak mengikut hawa nafsu.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, itulah perumpamaan yang sesuai untuk dikaitkan
dalam memilih dan memastikan anak-anak murid kita faham apa yang sepatutnya dilakukan
dalam berpesatuan.Kitalah yang akan mencorakkan mereka ke arah matlamat yang
ditetapkan .Akhirnya kita melihat bahawa kejayaan seorang pemimpin itu bukan atas nama kuasa
dan jawatan sahaja tetapi ia meliputi kesempurnaan seorang pemimpin dari sudut
keperibadiannya yang tercermin dari jiwa yang murni dan akhlak sesama manusia berlandaskan
ilmu pengetahuan yang banyak dan berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadith.

12
<KOD KURSUS>

5.0 KESIMPULAN

Di sini dapat kita simpulkan bahawa hadith mempunyai peranan penting dalam
memastikan umat Islam berpegang teguh dalam semua bidang kehidupan. Demi memastikan
syiar Islam semakin berkembang , kita perlu menerapkan kefahaman berkenaan hadith kepada
murid dengan cara menekankan dan menerapkan nilai hadith dalam kehidupan seharian secara
konsisten.Ia bukan sahaja berkenaan penerapan nilai tetapi juga perlu diadaptasi secara
berterusan agar hidup sentiasa dibentengi dengan panduan dan sumber yang betul dan sahih.
Selain itu, kita perlu menjaga diri dari melakukan perkara yang diluar batasan syariat agar
tidak menimbulkan perkara yang tidak bermoral. Kita juga perlu berperanan dalam memastikan
semua pelajar aktif dan selalu melakukan hal-hal yang baik . Islam mengajar kita agar sentiasa
berbaik sangka dan sentiasa mengamalkan komunikasi yang baik serta mengajak melakukan
kebaikan dan menjauhi segala perbuatan yang mungkar.

Rasulullah SAW dalam memberikan penjelasan kepada para sahabat selalu menggunakan
bahasa kiasan .Al-amthal ini membawa maksud sesuatu penceritaan yang merupakan kiasan,
qias, tamsil, ibarat atau perbandingan yang penuh dengan pengajaran, pendidikan dan
pembentukan keperibadian Islam. Simile bermaksud perumpamaan,. Penggunaan bahasa kiasan/
perumpamaan ini tentu dimaksudkan agar pesan yang disampaikan mudah difahami para
sahabat.. Oleh kerana itu, terdapat dua jenis pemahaman terhadap hadis berbahasa kiasan/
perumpamaan. Jenis kiasan/ perumpamaan pertama difahami secara tekstual, dan jenis kiasan/
perumpamaan kedua harus difahami secara kontektual.
Antara cara untuk menerapkan kefahaman berkenaan hadis-hadis yang berkaitan hubungan
sesama manusia dalam kalangan murid ialah dengan
1- Mempraktikkan cara berkomunikasi yang diajarkan oleh Islam secara langsung kepada
murid .
2- Kaedah sumbangsaran dengan murid berkenaan hubungan sesama manusia yang selalu
diamalkan dalam kehidupan seharian.
3- Menanam sifat tolong-menolong dalam kehidupan secara terus menerus.

13
<KOD KURSUS>
4- Mengamalkan sifat kasih sayang sesama murid dalam kelas, keluarga dan sekolah secara
khususnya dan masyarakat amnya.
5- Sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati serta menjaga batas- batas pergaulan
antara murid, guru, dan ibu bapa.
6- Membincangkan secara terperinci berkenaan hadis-hadis yang dipilih dan membuat
perbincangan secara berkumpulan.
7- Meminta murid memberikan contoh-contoh yang sesuai dengan hadis yang dibincangkan.

Banyak kaedah yang boleh digunakan dalam menyampaikan syariat dengan baik dan
berkesan. Di sini, kita perlu ditegaskan bahawa untuk menjadi umat Islam yang betul-betul
berpegang teguh dengan al-Quran dan Hadith, pelajari ilmu yang berkaitan agar setiap langkah
dan tindakan yang bakal dilakukan tidak melanggar batasan syariat yang telah ditetapkan.

(2569 patah kata)

14
<KOD KURSUS>

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

A l-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam), (1998), 40 Hadis
Tentang Peristiwa Akhir Zaman Terbitan : Khazanah Banjariyah , Derang, Pokok Sena,
Kedah Darul Aman,
Rujukan Dar-us-Salam Hadis 10 Rujukan dalam buku: Buku 2, Hadis 3 Volum 1, Buku 2, Hadis
9.

Rujukan Dar-us-Salam Hadis 59 ,Rujukan dalam buku: Buku 3, Hadis 1 ,Rujukan laman USC-
MSA (English) Volum 1, Buku 3, Hadis 56.

Konvensyen Pendidikan Islam & Ilmuan Muslim ,(8 April 2019) ,Jabatan Mufti Negeri Perak

SS Dato’ Dr Zulkifly bin Muda, Mazhab Syafie; Wadah Penyatuan Ummah di Malaysia ,Mufti
Negeri Terengganu

Taqwa & Perpaduan Asas Keselamatan Di akhir Zaman ~ Darul Haikal

Nurul Fatiha Muah ,(4/2/2022) ,Kenali 21 ciri-ciri kepimpinan Islam menurut Imam al-Nawawi
 
Kenali 21 ciri-ciri kepimpinan Islam menurut Imam al-Nawawi (msn.com)

Ahmad Hj. Hasbullah, (1979),Konsep Keadilan dalam Sebuah Pemerintahan Islam Menurut
Huraian al-Mawardi, Latihan Ilmiah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia

15
<KOD KURSUS>

LAMPIRAN 1

16
<KOD KURSUS>

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 4

LAMPIRAN 5

LAMPIRAN 6

17

Anda mungkin juga menyukai