Anda di halaman 1dari 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

(PENGAJIAN ISLAM) (KEP.)

EIS3221

FEQH ISLAMI 1

TAJUK:

PENGHAYATAN IBADAH SOLAT DALAM KALANGAN MASYARAKAT

SEMASA PANDEMIK COVID-19

PENSYARAH:

MUHAMAD WAZIR MUSLAT

AHLI KUMPULAN:

ANA HUMAIRAH BT ABDUL MALEK 4203001541

IYAD THAQIF BIN MUHAMAD ZUL 4192005281

MUHAMMAD GHAZALI BIN JAINI 4192001001

TARIKH HANTAR:

13 OKTOBER 2021
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 1
Definisi Ibadah
Definisi Solat

2. Definisi Ibadah 2
Definisi Solat
2.0 PENGHAYATAN IBADAH SOLAT
DALAM KALANGAN MASYARAKAT

3. KESAN PENGHAYATAN DALAM IBADAH SOLAT 3

4. DAPATAN HASIL TINJAUAN 4 - 18


Analisa Dapatan Hasil Tinjauan:
Bahagian A
Bahagian B
Bahagian C

5. KESIMPULAN DATA 19

7. CADANGAN PENYELESAIAN DAN 20


PENAMBAHBAIKAN

8. PENUTUP 21

9. RUJUKAN 22
1.0 PENDAHULUAN

Dalam situasi pandemik covid-19, kebanyakkan masyarakat di Malaysia tinggal


bersama keluarga kerana mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
kerajaan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya. Oleh yang demikian, umat
Islam di malaysia juga tidak kesemuanya dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid.
Jadi, hampir keseluruhan masyarakat Islam di Malaysia menunaikan ibadah solat
bersama keluarga atau bersendirian di tempat tinggal masing-masing.

Selain itu, ibadah solat menjadi ksuatu kewajipan kerana Allah SWT menciptakan
manusia di muka bumi ini bukanlah mencipta tanpa matlamat dan tujuan yang sia-sia.
Sebaliknya adalah untuk beribadah kepadaNya dengan melakukan kewajipan yang
telah ditetapkan dalam Islam dan menghindari segala kemungkaran sepanjang
kehidupan di dunia. Ibadah solat juga merupakan hal utama yang akan dipersoalkan
oleh Allah SWT diakhirat kelak dan ia merangkumi solat fardhu dan solat sunat. Solat
fardhu adalah solat yang wajib dilakukan lima waktu dalam sehari iaitu subuh, zohor,
asar, maghrib dan isyak. Sepertimana di dalam firman Allah SWT telah menyebut
bahawa:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.”

(Surah al-Dhariyat, ayat 56)

1
1.1 DEFINISI IBADAH

Perkataan ibadah datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa bererti: patuh, taat,
tunduk, menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu. Dari segi istilah agama:
Ibadah bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala
perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah SWT dan diseru oleh para Rasul, sama
ada ia berbentuk suruhan atau larangan.

1.2 DEFINISI SOLAT

Menurut istilah fiqh, Solat memberi maksud beberapa perkataan dan perbuatan yang
didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat tertentu.

2.0 PENGHAYATAN IBADAH SOLAT DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Solat adalah ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Solat mengandungi falsafah
atau hikmah tersendiri yang perlu kita hayati. Sangat daif pemikiran jika ada yang
menganggap solat mengganggu rutin tugasan seharian. Seandainya seseorang Muslim
itu taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia
seolah-olah menegakkan agamanya. Firman Allah SWT menegaskan yang
bermaksud:

“Benar-benar sangat beruntung orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman


dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang.”

(Surah Al-A’la, ayat 14 dan 15)

Pelaksanaan solat juga secara tidak langsung dapat membentuk jati diri masyarakat
Islam. Seseorang itu akan dapat mengawal dirinya dari terjerumus ke lembah yang
hina serta kegiatan yang tidak bermoral terutamanya semasa pandemik covid-19.
Penghayatan ini amat penting supaya mereka dapat merasakan bahawa Allah SWT
sentiasa mengawasi dan memerhatikan tingkah lakunya, itulah sebabnya ia akan
menjauhkan masyarakat dari segala bentuk kemungkaran serta menjaga dirinya dari
perkara-perkara negatif.
2
3.0 KESAN PENGHAYATAN DALAM IBADAH SOLAT

Solat bukan sekadar ibadah yang dijalankan atas tuntutan kewajipan semata-mata. Ia
perlu disertakan dengan kefahaman dan hikmah solat itu sendiri untuk mendapatkan
penghayatan yang baik semasa mendirikan solat. Dengan penghayatan yang
mendalam, seseorang itu akan dapat menunaikan kewajipan dalam keadaan khusyuk,
sungguh-sungguh dan memperolehi kebaikan di dunia dan diakhirat bagi setiap
ibadah solat yang didirikan. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat
1-2 yang bermaksud:

“Benar-benar sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk


dalam mengerjakan sembahyang.”

Selain itu, solat memberi kesan besar kepada kesejahteraan kerohanian seseorang
kerana ia tunggak keyakinan, dan merupakan jalan utama untuk mendekatkan diri
kepadaNya. Segala pergerakan, perlakuan dan amalan zahir berkaitan solat bermula
dari azan, takbir, penyempurnaan rukun termasuk rukuk, sujud, tasyahhud, solat fardu
dan sunat, solat secara berjamaah, kesemuanya mengandungi rahsia tersendiri untuk
tujuan pembersihan jiwa dan pembentukan peribadi manusia. Ini terhasil dengan solat
yang bernyawa dan hidup batinnya dengan adanya khusyuk, niat, hati yang hadir,
ikhlas. Khusyuk secara ringkasnya terhasil dari iman dan keyakinan kerana
faktor-faktor seperti memahami apa yang dibaca di dalam solat, mengagungkan Allah
dan takut kepadaNya kerana mengenal dan merasakan kehebatan kekuasaanNya,
mengharapkanNya kerana mengenal kelembutan dan kemurahanNya, rasa malu
kerana mengetahui kelemahan dan keaiban diri, bahaya hawa nafsu, kurang
keikhlasan, kekotoran batin, kerana menyedari kecenderungan diri kepada
kebahagiaan yang segera di dunia, juga kerana menginsafi bahawa Allah melihat
segala rahsia dan getar hati yang tersembunyi. Solat dalam bentuk inilah yang
dimaksudkan di dalam al-Quran yang dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji
dan mungkar.

3
4.0 DAPATAN HASIL TINJAUAN

4.1 PENGENALAN

Kajian ini adalah untuk membuat tinjauan berkaitan penghayatan ibadat Solat dalam
kalangan masyarakat ketikat situasi COVID-19. Sebanyak 17 buah keluarga telah
dipilih sebagai sampel yang terdiri daripada sahabat, jiran dan keluarga. Analisa dibuat
berdasarkan tinjauan ke atas situasi semasa pandemik COVID-19 dan soal selidik yang
dibuat ke atas 17 buah keluarga melalui edaran borang Google Form ke atas wakil
keluarga.

4.2 ANALISA DAPATAN HASIL TINJAUAN

Borang soal selidik ini mengandungi 19 buah soalan yang dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu Bahagian A yang mengandungi 4 buah soalan tentang maklumat
berkaitan keluarga dan Bahagian B yang mengandungi 10 buah soalan tentang
penghayatan ibadat solat ketika pandemik COVID-19 serta Bahagian C yang
mengandungi 5 soalan yang berkaitan dengan cabaran ibadat solat ketika suasana
pandemik COVID-19.

4
Bahagian A : Analisa Latar Belakang Keluarga dan Wakil Keluarga

Dalam bahagian ini, responden sebagai wakil kepada keluarga akan menjawab soalan
yang berkaitan dengan latar belakan diri seperti umur dan jantina serta latar belakang
keluarga seperti jumlah ahli keluarga dan daerah tempat tinggal.

SOALAN 1

UMUR KEKERAPAN PERATUS


18-21 8 47.1%
22-25 6 35.3%
26-30 2 11.8%
31 Tahun Keatas 1 5.9%

Jadual 1

Jadual 1 menunjukkan umur wakil keluarga yang menjawab soalan soal selidik Google
Form bagi menjalankan tinjauan. Sebanyak 8 orang daripada wakil keluarga adalah
daripada kalangan mereka yang berumur dalam lingkungan 18-21 tahun, 6 orang
adalah 22-25 tahun, 2 orang adalah 26-30 dan hanya seorang daripada kalangan 31
tahun ke atas.

Di sini didapati, mereka yang berumur dalam lingkungan umur 18-21 tahun adalah
jumlah responden yang terbesar yang mewakili keluarga. Ini disebabkan kumpulan
pengkaji menggunakan ahli keluarga dan jiran terdekat sebagai sampel keluarga dalam
menjalankan tinjauan ini dan kumpulan pengkaji telah merujuk kepada saudara-mara
dan rakan sebaya sebagai wakil bagi keluarga masing-masing untuk membuat tinjauan
bagi pihak kumpulan pengkaji serta menjawab soalan soal selidik melalui borang
Google Form yang diedarkan.

5
SOALAN 2

JANTINA KEKERAPAN PERATUS


Lelaki 11 64.7%
Perempuan 6 35.3%
Jadual 2

Jadual 2 pula menunjukkan perbandingan jantina lelaki dan perempuan bagi wakil
keluarga yang menjadi sampel kajian kumpulan pengkaji. Jumlah responden yang
menjadi wakil keluarga dalam menjalankan tinjauan adalah lebih ramai dalam kalangan
lelaki iaitu sebanyak 11 orang berbanding perempuan. Ini adalah disebabkan sampel
keluarga yang dipilih adalah kenalan pengkaji iaitu keluarga dan sahabat dan tinjauan
dilakukan melakukan kenalan pengkaji sendiri. Komposisi kumpulan pengkaji yang
terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan memainkan peranan besar yang
menyebabkan komposisi jantina responden tersebut di mana kebanyakan kenalan
pengkaji adalah daripada mereka yang sama jantina.

SOALAN 3

BILANGAN AHLI KEKERAPAN PERATUS


KELUARGA

1-5 5 29.4%
6-10 9 52.9%
10 Ke atas 3 17.6%
Jadual 3

Jadual 3 menunjukkan daripada 17 sampel keluarga, 9 daripada keluarga tersebut


memiliki 6-10 ahli keluarga. Manakala selebihnya adalah sebanyak 5 buah keluarga
yang mempunyai 1-5 orang ahli keluarga dan 3 buah keluarga memiliki 10 orang ahli
keluarga dan ke atas. Kebanyakan sampel keluarga yang dipilih pengkaji bagi
menjalankan tinjauan ini memiliki jumlah ahli keluarga daripada 6 hingga ke-10 orang
iaitu sebanyak 9 buah keluarga.

6
SOALAN 4

DAERAH KEKERAPAN PERATUS


Kuala Lipis 7 41.2%
Sabak Bernam 5 29.4%
Sepang 5 29.4%
Jadual 4

Jadual 4 menunjukkan daerah tempat tinggal 17 sampel keluarga. 7 keluarga adalah


daripada daerah Kuala Lipis di Negeri Pahang dan masing-masing 5 daripada daerah
Sabak Bernam dan Sepang, Selangor. Ini adalah kerana sampel keluarga bagi kajian
tinjauan ini adalah daripada kawasan tempat tinggal kumpulan pengkaji sendiri iaitu
Kuala Lipis, Sabak Bernam dan Sepang bagi setiap satu daripada tiga ahli kumpulan
pengkaji.

Bahagian B : Penghayatan Ibadat Solat

Bahagian ini membincangkan berkenaan penghayatan ibadat solat dalam kalangan 17


keluarga yang dipilih daripada kalangan kenalan pengkaji ketika pandemik COVID-19.
Item-item yang dianalisa adalah untuk mengenalpasti tahap penghayatan terhadap
ibadat solat.

SOALAN 5

Adakah Keluarga Anda Selalu Solat Berjemaah

PERKARA KEKERAPAN PERATUS


Sangat Setuju 6 35.3%
Setuju 9 52.9%
Tidak Pasti 1 5.9%
Tidak Setuju 1 5.9%
Sangat Tidak Setuju - -

Jadual 5

7
Jadual 5 adalah berkaitan “adakah keluarga anda selalu solat berjemaah”. Jadual ini
menunjukkan majoriti responden menjawab setuju iaitu kerap mealukan solat
berjemaah tetapi ada kalanya bapa dan ahli keluarga lelaki akan pergi ke surau atau
masjid dan ibu serta golongan wanita akan solat di rumah. Bagi mereka yang menjawab
sangat bersetuju, keluarga mereka sentiasa melakukan solat secara berjemaah.

SOALAN 6

Keluarga Anda Lebih Memilih Untuk Solat Berjemaah Di Rumah Berbanding Di


Masjid

PERKARA KEKERAPAN PERATUS


Sangat Setuju 3 17.6%
Setuju 6 35.3%

Tidak Pasti 6 35.3%


Tidak Setuju 2 11.8%
Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 6

Seterusnya, jadual 6 adalah berkaitan “keluarga anda lebih memilih untuk solat
berjemaah di rumah berbanding di masjid”. Kebanyakan responden memilih setuju
dengan tidak setuju dengan masing-masing adalah 6 keluarga. Ini adalah disebabkan
keadaan semasa pandemik COVID-19 yang mudah tersebar menyebabkan kegusaran
sehingga kebanyakan keluarga lebih memilih untuk solat berjemaah di rumah.
Manakala, sebahagian yang lain memilih tidak pasti berikutan keluarga masih lebih
memilih untuk solat berjemaah di masjid namun menyedari nasihat dan larangan
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa agama negeri.

8
SOALAN 7

Solat Berjemaah Di Rumah Lebih Selesa Berbanding Di Masjid

PERKARA KEKERAPAN PERATUS


Sangat Setuju 5 29.4%
Setuju 6 35.3%
Tidak Pasti 5 29.4%
Tidak Setuju 1 5.9%
Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 7

Jadual 7 adalah soalan solat berjemaah di rumah lebih selesa berbanding di masjid.
Majoriti keluarga memilih setuju iaitu sebanyak 6 keluarga dengan sebahagian besar
memilih tidak pasti dan sangat setuju, masing-masing 5 keluarga dan 1 keluarga sahaja
yang memilih tidak setuju. Sebagai menyokong alasan terhadap pemilihan jawapan
terhadap soalan di jadual 6, kebanyakan keluarga mengakui solat di rumah lebih selesa
berikutan kerisauan terhadap virus COVID-19 yang mungkin akan tersebar secara tidak
sengaja di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan ketidakselesaan tersebut.
Sebahagian lagi keluarga pula melalui wakil keluarga mengakui memilih tidak pasti
kerana rasa bercampur iaitu meyakini mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan
melengkapkan dua dos vaksin membolehkan solat berjemaah dengan selesa dan yakin
namun masih terdapat sedikit kerisauan terhadap penyebaran virus COVID-19.

9
SOALAN 8

Ketua Keluarga Sentiasa Memastikan Ahli Keluarga Untuk Solat Berjemaah

PERKARA KEKERAPAN PERATUS


Sangat Setuju 5 29.4%
Setuju 9 52.9%
Tidak Pasti 3 17.6%
Tidak Setuju - -
Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 8

Jadual 8 adalah “ketua keluarga sentiasa memastikan ahli keluarga untuk solat
berjemaah”. Majoriti iaitu sebanyak 9 keluarga bersetuju, kesemua keluarga ini
mengakui bahawa ketua keluarga akan memastikan ahli keluarga untuk solat berjemaah
bersama-sama sementera tidak boleh solat berjemaah di surau dan masjid ketika
larangan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama atas sebab kemaslahatan umum bagi
mengelakkan penyebaran virus COVID-19.

SOALAN 9

Ketua Keluarga Sentiasa Memastikan Solat Ahli Keluarga Dilakukan Dengan Dengan
Betul Supaya Solat Sah

PERKARA KEKERAPAN PERATUS


Sangat Setuju 7 41.2%

Setuju 9 52.9%
Tidak Pasti - -
Tidak Setuju 1 5.9%
Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 9

10
Jadual 9 menjelaskan respon setiap keluarga terhadap soalan ketua keluarga sentiasa
memastikan solat ahli keluarga dilakukan dengan betul supaya solat sah dan khusyuk.
Hampir kesemua 17 buah keluarga, ketua keluarga ada memastikan supaya solat
dilakukan dengan betul kecuali satu buah keluarga yang memilih tidak setuju berikutan
ketua keluarga tidak melakukan sebarang pemerhatian namun mengakui ketua keluarga
sentiasa mengingatkan supaya solat dilakukan dengan betul dan sah walaupun tidak
memeriksa, ini menjadi penyebab wakil keluarga tidak memilih sangat tidak setuju dan
hanya memilih tidak setuju terhadap soalan tersebut.

SOALAN 10

Keluarga Yang Bahagia Adalah Keluarga Yang Tidak Pernah Meninggalkan Solat
Dengan Sengaja

PERKARA KEKERAPAN PERATUS

Sangat Setuju 17 100%


Setuju - -
Tidak Pasti - -
Tidak Setuju - -
Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 10

Jadual 10 adalah keluarga yang bahagia adalah keluarga yang tidak pernah
meninggalkan solat dengan sengaja. Kesemua 17 keluarga bersetuju keberkatan
keluarga yang bahagia bermula dengan solat. Solat merupakan tiang agama dan
merupakan rukun islam yang kedua selepas mengucapkan dua kalimah syahadah, yang
melambangkan kepentingan dan ketinggian solat lima waktu dalam kehidupan umat
Islam.

11
SOALAN 11

Keluarga Sentiasa Membuat Persediaan Untuk Solat Berjemaah Sebelum Azan


Berkumandang

PERKARA KEKERAPAN PERATUS

Sangat Setuju 3 17.6%


Setuju 8 47.1%
Tidak Pasti 4 23.5%
Tidak Setuju 2 11.8%
Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 11

Seterusnya, keluarga sentiasa membuat persediaan untuk solat berjemaah sebelum azan
berkumandang. Secara keseluruhannya, majoriti keluarga besetuju sentiasa membuat
persediaan untuk solat berjemaah sebelum azan berkumandang manakala 2 buah
keluarga memilih tidak setuju kerana akan membuat persediaan sebaik sahaja azan
mula berkumandang. Baki 4 buah keluarga memilih tidak pasti kerana persediaan solat
berjemaah adalah bergantung kepada keadaan, jika semua ahli keluarga sedang sibuk;
persediaan hanya akan dimulakan apabila azan mula berkumandang atau semua ahli
sudah bersedia, solat berjemaah juga mungkin tidak dibuat jika semua ahli keluarga
sedang sangat sibuk.

SOALAN 12

Jika Keluarga Anda Terdapat Anak Lelaki Atau Ahli Keluarga Lelaki, Ketua Keluarga
Akan Menyuruh Untuk Bergilir-Gilir Untuk Menjadi Imam Ketika Solat Berjemaah Di
Rumah

PERKARA KEKERAPAN PERATUS


Sangat Setuju 7 41.2%
Setuju 5 29.4%
Tidak Pasti 3 17.6%
Tidak Setuju 1 5.9%
Sangat Tidak Setuju 1 5.9%
Jadual 12
12
Seterusnya jika keluarga anda terdapat anak lelaki atau ahli keluarga lelaki, ketua
keluarga akan menyuruh untuk bergilir-gilir untuk menjadi imam ketika solat
berjemaah di rumah. Majoriti responden wakil keluarga memilih sangat setuju dan
setuju iaitu masing-masing 7 dan 5. Ini bermakna majoriti sampel keluarga, ketua
keluarga akan mengajar anak lelaki untuk menjadi imam kepada keluarga. Hanya satu
keluarga yang menjawab tidak setuju dan sangat tidak setuju masing-masing.

SOALAN 13

Keluarga Yang Meninggalkan Solat Dengan Sengaja Akan Mendapat Kemurkaan


Allah SWT

PERKARA KEKERAPAN PERATUS


Sangat Setuju 15 88.2%
Setuju 2 11.8%
Tidak Pasti - -
Tidak Setuju - -
Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 13

Bagi soalan “keluarga yang meninggalkan solat dengan sengaja akan mendapat
kemurkaan Allah SWT” kesemua wakil keluarga menjawab sangat setuju dan setuju
iaitu masing-masing 15 dan 2. Kesemua wakil keluarga bersetuju solat tidak boleh
ditinggalkan dengan sengaja kerana akan mendapat kemurkaan Allah SWT.

13
SOALAN 14

Keluarga Anda Akan Menunggu Jika Ada Ahli Keluarga Yang Terlewat Untuk Hadir
Solat Bersama-Sama

PERKARA KEKERAPAN PERATUS


Sangat Setuju 3 17.6%
Setuju 8 47.1%

Tidak Pasti 6 35.3%


Tidak Setuju - -
Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 14

Soalan seterusnya ialah “keluarga anda akan menunggu jika ada ahli keluarga yang
terlewat untuk hadir solat bersama-sama". Majoriti wakil keluarga memilih setuju iaitu
sebanyak 8 keluarga kerana keluarga mereka akan menunggu mana-mana ahli yang
terlewat untuk menunaikan solat berjemaah. 6 orang menjawab tidak pasti kerana
bergantung pada keadaan, jika kelewatan itu disebabkan oleh situasi yang tidak boleh
dielakkan atau urusan penting yang tidak diketahui bila akan berakhir, keluarga mereka
tidak akan menunggu tetapi jika kelewatan disebabkan oleh lambat membuat
persediaan untuk solat berjemaah, keluarga akan menunggu.

Melalui pemerhatian dan dapatan pengkaji dalam tinjauan ini mendapati kebanyakan
daripada keluarga yang dipilih memiliki pemahaman dan penghayatan yang baik
terhadap ibadat solat. Amalan solat tidak diabaikan dan pandemik COVID-19 tidak
menjadi penghalang untuk ketua keluarga mengajar dan memupuk anak-anak dan ahli
keluarga yang lain berkenaan solat. Terdapat juga pemahaman yang jelas terhadap
kepentingan solat. Selain itu, solat berjemaah juga masih diutamakan dan dilaksanakan
mengikut kemampuan keadaan walaupun terdapat beberapa halangan dan juga SOP
yang ditetapkan oleh kerajaan.

14
Bahagian C : Cabaran Ibadat Solat Ketika Pandemik COVID-19

Bahagian ini membincangkan berkenaan cabaran dalam penghayatan ibadat solat


dalam kalangan 17 keluarga. Item-item yang dianalisa adalah untuk mengenalpasti
cabaran dalam penghayatan terhadap ibadat solat ketika situasi pandemik COVID-19
meliputi keselesaan, keselamatan dan pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

SOALAN 15

Solat Berjemaah Di Rumah Bersama Keluarga Adalah Lebih Selamat Ketika Pandemik
COVID-19

PERKARA KEKERAPAN PERATUS

Sangat Setuju 12 70.6%


Setuju 4 23.5%
Tidak Pasti - -
Tidak Setuju 1 5.9%
Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 15

Jadual 15 adalah soalan yang berkaitan solat berjemaah di rumah bersama keluarga
adalah lebih selamat ketika pandemik COVID-19. Majoriti wakil keluarga memilih
sangat bersetuju dengan persoalan tersebut dan merasakan solat berjemaah di rumah
bersama keluarga adalah lebih selamat namun terdapat satu keluarga yang merasakan
solat berjemaah bersama keluarga di rumah tidak menjamin lebih selamat.

15
SOALAN 16

Solat Berjemaah Bersama Keluarga Di Masjid Dengan Mematuhi SOP Ketika


Pandemik COVID-19 Adalah Sangat Dituntut Oleh Islam

PERKARA KEKERAPAN PERATUS


Sangat Setuju 4 23.5%
Setuju 7 41.2%

Tidak Pasti 5 29.4%


Tidak Setuju 1 5.9%
Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 16

Jadual 16 pula adalah “solat berjemaah bersama keluarga di masjid dengan mematuhi
SOP ketika pandemik COVID-19 adalah sangat dituntut oleh Islam”. Kebanyakan
bersetuju bahawa solat berjemaah bersama keluarga di masjid dengan mematuhi SOP
ketika pandemik adalah dituntut oleh Islam. Ini berikutan mereka percaya Islam
mementingkan keselamatan dan kemaslahatan umum dan menjaga SOP adalah cara
untuk menjaga keselamatan dan kemaslahatan umum oleh itu sangat dituntut oleh
Islam.

SOALAN 17

Ketua Keluarga Sentiasa Melakukan Sanitasi Di Tempat Solat Berjemaah Di Rumah

PERKARA KEKERAPAN PERATUS


Sangat Setuju 2 11.8%
Setuju 5 29.4%
Tidak Pasti 8 47.1%

Tidak Setuju 2 11.8%


Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 17
16
Jadual 17 adalah ketua keluarga sentiasa melakukan sanitasi di tempat solat berjemaah
di rumah. Majoriti memilih tidak pasti sama ada santisi di lakukan di tempat solat
berjemaah di rumah iaitu sebanyak 8 buah keluarga. Respon ini berikutan dengan
sanitasi di tempat solat berjemaah di rumah tidak dilakukan dengan kerap dan ada juga
yang solat berjemaah hanya dilakukan di ruang tamu sahaja. Ada juga sebanyak 5 buah
keluarga yang bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana sanitasi dilakukan.

SOALAN 18

Jika Terdapat Ahli Keluarga Yang Mempunyai Gejala COVID-19, Maka Mereka Tidak
Digalakkan Untuk Sertai Solat Berjemaah Bersama

PERKARA KEKERAPAN PERATUS


Sangat Setuju 10 58.8%
Setuju 5 29.4%

Tidak Pasti 1 5.9%


Tidak Setuju 1 5.9%
Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 18

Jadual 18 menunjukkan respon berkaitan soalan jika terdapat ahli keluarga yang
mempunyai gejala COVID-19, maka tidak digalakkan untuk sertai solat berjemaah
bersama. Terdapat 10 buah keluarga yang sangat setuju dengan kenyataan tersebut iaitu
majoriti. 5 buah keluarga yang bersetuju sahaja dan 1 keluarga yang tidak pasti dan
tidak setuju. Keluarga yang memilih tidak pasti dan tidak setuju adalah kerana menurut
apa yang diberitahu, ahli keluarga yang bergejala bukan sahaja tidak digalakkan malah
tidak akan sertai dan akan menjalani kuarantin sehingga disahkan.

17
SOALAN 19

Jika Keluarga Anda Berhasrat Untuk Melakukan Solat Berjemaah Di Masjid, Ketua
Keluarga Akan Memastikan Kesemua Ahli Keluarga Mematuhi SOP Yang Ditetapkan
Oleh Kerajaan

PERKARA KEKERAPAN PERATUS

Sangat Setuju 12 70.6%


Setuju 4 23.5%
Tidak Pasti 1 5.9%
Tidak Setuju - -
Sangat Tidak Setuju - -
Jadual 19

Jadual 19 adalah berkaitan “jika keluarga anda berhasrat untuk melakukan solat
berjemaah di masjid, ketua keluarga akan memastikan kesemua ahli keluarga mematuhi
SOP yang ditetapkan oleh kerajaan”. Hampir kesemua keluarga sangat bersetuju dan
setuju dengan kenyataan tersebut iaitu 12 dan 4 masing-masing dan hanya satu keluarga
yang tidak pasti. Ini kerana penjagaan SOP itu penting dalam menunaikan solat
berjemaah di masjid.

Pemerhatian terhadap cabaran ibadat solat ketika pandemik COVID-19 mendapati


walaupun solat berjemaah menjadi pilihan, SOP tetap dijaga. Selain itu, solat
berjemaah juga dilaksanakan di rumah bagi memastikan keselamatan dengan
kebanyakan keluarga ada melakukan sekurang-kurangnya sedikit sanitasi tempat solat.
Arahan yang dikeluarkan juga dipatuhi.

18
5.0 KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Tinjauan yang dilakukan terhadap 17 sampel keluarga yang dipilih daripada kalangan
sahabat dan keluarga daripada tida buah daerah di dua negeri iaitu Sepang dan Sabak
Bernam, Selangor dan Kuala Pilah, Pahang mendapati keputusan yang positif.
Sebagaimana yang disebut, terdapat penghayatan yang baik terhadap ibadat solat dan
cabaran SOP serta ketetapan olek kerajaan bagi menghadapi COVID-19 diamalkan
dengan baik. Kesan yang positif ini akan membolehkan kehidupan yang diberkati oleh
Allah

Kesimpulannya, terdapat penghayatan yang baik terhadap amalan solat ketika waktu
pandemik COVID-19, walaupun terdapat keluarga yang tidak melakukan pemerhatian
bagi memastikan solat dilakukan dengan betul supaya sah dan ada juga yang tidak
mendidik anak-anak lelaki untuk menjadi imam tetapi nasihat dan peringatan terhadap
ahli keluarga oleh ketua keluarga tetap diberikan dan secara umumnya ibadat solat
dilakukan dengan pemahaman yang jelas terhadap. Solat secara berjemaah juga masih
lagi diamalkan antara ahli keluarga apabila solat lima waktu di masjid tidak dibenarkan.
SOP dan ketetapan oleh kerajaan bagi menjaga keselamatan rakyat daripada
penyebaran virus COVID-19.

19
6.0 CADANGAN PENYELESAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk meningkatkan tahap penghayatan ibadah dan kesannya terhadap hubungan


sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia semasa pandemik covid-19, pengkaji
telah membuat saranan seperti berikut:

1. Setiap individu hendaklah mengetahui pengertian sebenar ibadah. Memahami dan


menghayati ibadah adalah penting bagi membolehkan mereka menerapkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian dan memperbaiki akhlak dan sahsiah
individu.

2. Kepada ibu bapa dan keluarga, pengkaji ingin menyarankan agar mereka dapat
mempersiapkan diri dengan penguasaan ilmu agama yang tinggi serta dapat
mengamalkan budaya hidup Islam dari semua aspek kehidupan. Ini penting
kerana perkara yang menjadi asas kejayaan kepada sesebuah institusi
kekeluargaan adalah didikan ibu bapa di rumah.

3. Kepada pihak media cetak dan elektronik pula, kajian ini diharapkan dapat
memandu mereka dalam menyediakan pelbagai program online yang boleh
membantu masyarakat menghadapi hidup yang penuh mencabar semasa
pandemik covid-19.

Masyarakat perlu mengambil peluang untuk mengikuti pelbagai program dan


pengajian online semasa lapang untuk meningkatkan tahap kefahaman dan
penghayatan mereka di rumah.

20
7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, ibadah mempunyai rahsia yang tersendiri yang kesannya boleh


dirasai jika seseorang itu melakukannya dengan penuh keikhlasan untuk mencari
keredaan Allah s.w.t. Setiap ibadat, melatih seseorang menjadi pengurus masa yang
berkesan lagi cekap. Dalam melaksanakan ibadah, kejayaan bukannya kerana mampu
melakukan semua aspek ibadah tetapi menentukan keutamaan iaitu yang penting
(wajib) diutamakan sementara yang sunat digalakkan. Ibadat yang terbaik walaupun
sedikit tetapi harus dilakukan secara berterusan. Segala ibadat yang dipraktikkan oleh
seseorang akan mendapat ganjaran kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Contoh yang terbaik adalah ibadat wajib seperti solat yang boleh membina kekuatan
jasmani dan rohani. Solat fardhu lima waktu dalam sehari semalam banyak membantu
mengekalkan kesihatan tubuh badan serta memtenteramkan jiwa terutamanya sewaktu
pandemik covid-19. Masyarakat perlu menjaga kebersihan, kesihatan fizikal dan
rohani supaya sentiasa bersemangat meneruskan kehidupan.

21
RUJUKAN

1. Al Quran Tajwid dan Terjemahan, Humaira Bookstore Enterprise, 2012.

2. Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Mohd Wahid Abd Hanif. Ensiklopedia Solat.
Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.Bhd, 2011.

3. Zaharuddin Abd. Rahman. Formula Solat Sempurna. Kuala Lumpur: Telaga Biru
Sdn. Bhd, 2008

4. Ahmad Syafi’i Khatib. Hikmah Sembahyang. c.1. Selangor: Jasmin Enterprise.


2005.

5. Don Daniyal Don Biyajid, Sejarah solat. Kuiscell Sdn.Bhd. Selangor. 2016.

22

Anda mungkin juga menyukai