Anda di halaman 1dari 2

NAMA: IYAD THAQIF BIN MUHAMAD ZUL

NO. MATRIK: 4192005281

CADANGAN PENYELESIAN BAGI PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB SUAMI

TERHADAP HAK ISTERI DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU

Cadangan yang pertama yang ingin saya utarakan ialah para bakal suami mestilah

mempelajari hak-hak isteri pada orang yang telah lama menempuh alam rumah tangga. Hal

ini penting supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan apabila melangkah ke alam rumah

tangga. Sebagai contoh, perkara ini boleh dirujuk kepada kedua ibu bapa mereka sendiri yang

telah lama melangsungkan perkahwinan. Ibu bapa tela menempuh alam rumah tangga jauh

lebih awal daripada seorang anak. Oleh itu, pengalaman yang mereka telah tempuhi adalah

sangat berharga dan boleh membantu anak-anak untuk menempuh alam rumah tangga dan

tidak mengabaikan hak-hak seorang isteri kelak.

Selain itu, bakal suami juga mestilah menjaga perkara-perkara sebagai seorang

Muslim iaitu solat, zakat dan persediaan nafkah apabila sudah berumah tangga. Perkara asas

ini mestilah dijaga supaya dapat membentuk jati diri berdasarkan tiang-tiang Islam agar tidak

dimurkai oleh Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, keberkatan di dalam rumah tangga juga

datang daripada keluarga atau bakal suami yang mengamalkan prinsip-prisnip Islam dan

meninggalkan kemasiatan dalam hidup. Maksiat akan mendatangkan bala kepada sesiapa

sahaja tidak mengira waktu dan tempat. Oleh itu, penting bagi bakal suami dan suami untuk

menerapkan prisnsip-prinsip Islam dalam kehidupan.


Seterusnya, bagi menjaga hak isteri seorang suami atau bakal suami juga mestilah

membuat perancangan kepada keluarga. Hal ini ialah dengan mengambil kira aspek

kewangan, waktu dan tempat. Seorang isteri perlu diberi hak-hak ini supaya berjalannya hak-

hak seorang isteri. Sebagai contoh, seorang suami apabila menerima gaji, mestilah merancang

wang secukupnya dan membahagikan secukupnya terhadap si isteri. Oleh sebab itu, tidak

akan timbul isu mengenai ketidakcukupan nafkah dalam kalangan isteri.

Anda mungkin juga menyukai