Anda di halaman 1dari 18

USI 20603

HAQAIQ AL-TASAWWUF

TAJUK KERTAS KERJA :


HAKIKAT ILMU TASAWWUF MENURUT USTAZ ABDUL HALIM
HASSAN

NAMA PENSYARAH :
DR. ENGKU IBRAHIM BIN ENGKU WOK ZIN

PROGRAM :
ISM PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN)
SEM 4

NAMA AHLI KUMPULAN:

NAMA NO. MATRIK

1. NIK FATHULLAH BIN SHAIFUDIN 043967

2. MUHAMMAD AMIN BIN IBRAHIM 043758

3. AHMAD HAFIZ BIN ALI MAKDOM 043082

4. MOHAMMAD SHAFFIAIZAD AMAR BIN 043961


MOHAMMED SABRI

5. MUHAMMAD SHAHRIZAN BIN ISMAIL 043994

1
SENARAI KANDUNGAN

1.0 : PENGENALAN…………………………………………………………………………3

2.0 : LATAR BELAKANG CERAMAH……………………………………………………4

3.0 : BIOGRAFI & LATAR BELAKANG PENCERAMAH……………………………..5

4.0 : PANDANGAN PENCERAMAH TERHADAP ISU TASAWWUF…………………7

5.0 : ULASAN TERHADAP PANDANGAN PENCERAMAH…………………………...8

6.0 : KESIMPULAN………………………………………………………………………..17

7.0 : BIBLIOGRAFI………………………………………………………………………..17

2
1.0 PENGENALAN

Ilmu tasawwuf merupakan ilmu yang sangat penting bagi umat Islam secara amnya dan bagi

setiap mukallaf secara khususnya. Sejak kebelakangan ini, wujud para ilmuwan agama

sendiri yang seolah – olah menolak dan mengkritik ilmu tasawwuf secara khususnya dengan

celaan – celaan dan tuduhan – tuduhan yang tidak sepatutnya sepertimana yang dilakukan

oleh Ustaz Abdul Halim Hassan.

Hal ini bertentangan sepertimana para ulama islam yang membicarakan secara khusus

ilmu berkenaan tasawwuf dalam kitab – kitab mereka sama ada dari kitab – kitab yang kecil

dan asas sehinggalah kitab – kitab yang besar.

Justeru itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan semula mengenai hakikat

ilmu tasawwuf menurut ulama Ahli Sunnah Wa al - Jamaah secara terperinci. Kertas kerja ini

mengandungi perkara berikut :

1.0) Pengenalan

2.0) Latar Belakang Ceramah

3.0) Biografi Penceramah

4.0) Pandangan Penceramah Terhadap Isu Tasawwuf

5.0) Ulasan Terhadap Pandangan Penceramah

6.0) Kesimpulan

7.0) Senarai Rujukan

3
2.0 LATAR BELAKANG CERAMAH

Ustaz Abdul Halim Hassan telah berceramah mengenai isu tasawwuf ini pada tarikh 15

Januari 2014. Beliau berceramah di sebuah rumah yang lebih dikenali ramai dengan

panggilan "Rumah Pak Long Li" di Permatang Berangan, Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

Orang yang mendengar ceramahnya didapati kebanyakannya merupakan orang yang sudah

berumur dan sebahagiannya masih muda.

Ustaz Halim Hassan akan mengisi kuliah maghrib pada setiap hari rabu minggu

ketiga di rumah tersebut. Kitab yang digunakan oleh beliau sebagai kitab pengajian di situ

ialah bernama "Orang Kata Wahabi Ialah" yang dikarang oleh Mohd Hairi Nonchi ataupun

lebih dikenali sebagai Cikgu Hairi Nonchi di media sosial. Selain daripada kitab ini, Mohd

Hairi Nonchi juga mengarang beberapa kitab lain seperti "Cukupkah Sekadar Niat", "Ibnu

Taimiyyah : Pencetus Akidah Tasybih Dan Tajsim" dan "Katakan Tidak Pada Wahabi".

Judul kitab Katakan Tidak Pada Wahabi yang dikarang oleh Mohd Hairi Nonchi ini

merupakan himpunan artikel dari tokoh - tokoh ilmuwan seperti Abu Ubaidah al - Atsari,

Hafiz Firdaus Abdullah, Dr. Azwira, Dr Mohd Asri Zainal Abidin(MAZA) dan Mohd

Yaakub Mohd Yunus yang mana mereka ini berfahaman salafiyyah. Artikel yang

dikumpulkan itu menerangkan salah faham terhadap Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab

yang sering dikaitkan dengan gerakan Wahhabi menurut mereka.

Kemudian, kuliah ataupun ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Halim Hassan pada

tarikh yang tersebut itu dirakam oleh satu pihak media yang bernama PROmedia TAJDID

4
yang tidak asing lagi namanya di Malaysia khususnya di Pulau Pinang. PROmedia TAJDID

ini mempunyai beberapa orang krew yang ditugaskan untuk merakam kuliah - kuliah dan

pengajian - pengajian para ustaz mereka antaranya Ustaz Abdul Halim Hassan, Dato' Dr.

MAZA, Dr. Rozaimi Ramlee, Ustaz Salman Ali, Dr. Nasim Mohammad, Maulana Fakhrurazi

dan tokoh - tokoh mereka yang lain.

3.0 BIOGRAFI & LATAR BELAKANG PENCERAMAH

Nama penceramah ialah Abdul Halim Hassan merupakan seorang pendakwah bebas yang

aktif dalam menyampaikan ceramah dan pengajian berkitab melalui kuliah – kuliah jemputan

di negeri Pulau Pinang khususnya, dan beberapa negeri lain seperti Selangor, Kuala Lumpur

dan Perak.

Antara tempat yang pernah beliau ceramah dan menyampaikan pengajian adalah

seperti di Masjid Jamek Paya Terubong, Pulau Pinang. Beliau kerap menyampaikan kuliah

dhuha khususnya dalam bulan Ramadhan di tempat tersebut. Selain itu, beliau juga pernah

menyampaikan kuliah Isyak dengan menggunakan kitab Riyadh al – Solihin Jilid ke – 2

karangan Imam al – Nawawi di Dewan Pengajian al – Imam al – Syafi’i, Seberang Perai,

Pulau Pinang.

Seterusnya, beliau juga selalu memberikan kuliah maghrib dengan menggunakan

kitab terjemahan berjudul “Zuhud & Kelembutan Hati” karangan Dr. Ahmad Farid di Dewan

Pengajian Imam Abu Hassan al – Asy’ari, Taman Tun Sardon, Pulau Pinang. Di samping itu,

beliau juga bergiat aktif dalam menyampaikan ceramahnya di Pertubuhan Kebajikan al –

5
Qayyim Malaysia yang mana penasihat utamanya ialah Dr. Mohd Asri Zainal

Abidin(MAZA). Begitu jugalah di Subang, Shah Alam dalam menyampaikan kuliah dhuha

bahkan pernah berforum bersama Dr. Khalid Bassalamah yang asalnya dari Indonesia.

Walaubagaimanapun, pendakwah bebas yang giat aktif dalam menyampaikan

ceramahnya ini pernah ditahan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Perak(JAIPK) di sebuah

surau yang terletak di Pekan Razaki kerana didapati mengajar tanpa mempunyai tauliah yang

rasmi.

Beliau pernah mendapatkan pendidikan awalnya di beberapa buah pondok di sebelah

Utara Semenanjung Malaysia sebelum menyambung pengajiannya yang lebih lama di negara

Iraq. Beliau terpengaruh dengan fahaman Salafiyyah Wahhabiyyah kebanyakannya.

Buktinya, dalam kuliah – kuliah beliau kebanyakannya mengkritik ilmu tasawwuf

serta ahlinya dengan celaan dan hinaan yang tidak sepatutnya sepertimana video mengenai

ulasannya terhadap tasawwuf yang hendak difokuskan nanti.

4.0 PANDANGAN PENCERAMAH TERHADAP ISU TASAWWUF

Ustaz Abdul Halim Hassan dalam ceramahnya telah berkata bahawasanya ilmu tasawwuf

yang telah dipelajari dan diamalkan oleh ulama’ – ulama’ sejak turun temurun itu merupakan

satu ilmu yang cukup kotor.

6
Bahkan beliau mengatakan bahawasanya kotornya ilmu tasawwuf itu lebih teruk dan

buruk daripada air yang berada di longkang. Tidak berhenti di situ malah diulang – diulang

ayat dan perkataan tersebut beberapa kali kepada orang ramai yang hadir sebagai penguat

atau yaqin dengan kata – katanya yang tersebut itu tanpa ragu – ragu.

Hal ini demikian kerana kerana beliau mengatakan bahawasanya orang Islam

sekarang tidak memperoleh maklumat yang benar mengenai asal usul ilmu tasawwuf yang

sebenar. Beliau juga mendakwa orang yang belajar ilmu tasawwuf ini akan menghadapi

masalah dalam aqidahnya, ibadahnya, akhlaknya dan sebagainya bahkan bertentangan

dengan apa yang disebut dalam al – Quran al – Karim dan al – Hadits. Beliau berkata – kata

sedemikian tanpa ragu – ragu bahkan menyatakan bahawasanya beliau tidak akan menarik

semula dakwaan yang dibuat sepertimana yang tersebut itu.

Di samping itu, beliau mendakwa seolah – olah orang yang belajar ilmu tasawwuf

ataupun ahli tasawwuf sendiri mempunyai perbezaan dari sudut hukum syariat ke atasnya

berbanding orang biasa ataupun ahli fiqh. Dakwaan sebegini seolah – olah ahli tasawwuf

tidak memerlukan hukum syariat tertentu ke atasnya ataupun hukum syariatnya berbeza

dengan orang lain disebabkan oleh statusnya sebagai ahli tasawwuf.

Beliau menaqalkan daripada kitab Manaqib Imam al – Syafie yang dikarang oleh al –

Imam al – Baihaqi rahimahullah bahawa Imam al – Syafie rahimahullah telah berkata

seandainya seseorang itu menjadi sufi atau pengamal tasawwuf di awal pagi maka sebelum

zohor akan didapati orang itu termasuk orang yang paling bodoh.

7
Beliau juga dia menaqalkan daripada kitab Hilyah al – Ulamak oleh Imam Abu Nu’aim

rahimahullah bahawasanya ia berkata asas pada tasawwuf itu ialah malas. Akibat daripada

itu, beliau menyimpulkan bahawa tidak ada seorang pun yang apabila dia belajar tasawwuf

melainkan ada sifat ghuluw atau melampau dalam dirinya. Begitulah beberapa dakwaan

beliau dalam video tersebut setelah diringkaskan menjadi bahasa yang lebih mudah untuk

difahami.

5.0 ULASAN TERHADAP PANDANGAN PENCERAMAH

a) Ilmu Tasawwuf disifatkan sebagai suatu ilmu yang kotor seperti air longkang bahkan

lebih teruk dan keji daripada itu.

Mengikut pandangan penceramah menyatakan bahawa ilmu Tasawwuf ini

merupakan ilmu yang kotor seperti air longkang bahkan ilmu ini lebih teruk daripada

air longkang tersebut. Pandangan ini merupakan satu pandangan yang amat

bertentangan dengan pengertian Tasawwuf kerana ilmu ini merupakan ilmu yang

sangat baik untuk seseorang individu yang ingin mendalami ilmu Tasawwuf ini.

Berdasarkan pengertian yang disebut oleh Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari

Rahimahullah Ta’ala, Tasawwuf merupakan suatu ilmu yang diketahui dengannya

tentang keadaan penyucian jiwa dan pembersihan akhlak serta mengimarahkan zahir

dan batin dengan bertujuan untuk mencapai kebahagiaan yang abadi. (Al – Qusyairi,

2014)

8
Menurut Syeikh Ahmad Zarruq al – Fasi (2005) rahimullah menyatakan

bahawa tasawwuf merupakan suatu ilmu yang bertujuan untuk memperbaiki hati dan

mentafridkannya hanya kepada Allah Ta’ala semata-mata tanpa ada yang lain. Ilmu

Fiqh bertujuan memperbetulkan amalan, menjaga peraturan dan menzahirkan hikmah

terhadap hukum-hakam.

Ilmu Usuluddin atau Ilmu Tauhid bertujuan untuk memantapkan permulaan

keimanan dengan dalil-dalil atau bukti-bukti serta menghiasi iman tersebut dengan

keyakinan seperti ilmu perubatan yang bertujuan menjaga tubuh badan dan ilmu nahu

yang bertujuan untuk memperbetulkan lidah serta pelbagai ilmu yang lain. (Al – Fasi,

2005)

Pendapat yang lain juga menyatakan bahawa “Tasawwuf ialah semuanya

akhlak, sesiapa yang menambahkan akhlakmu dia telah menambahkan Tasawwuf

terhadap dirimu”. (Al Fasi, 2005) Berdasarkan pendapat Abu Hasan Asy-Syazuli

menyatakan bahawa “Tasawwuf ialah melatih diri dengan ubudiyyah dan

mengmbalikannya kepada hukum rububiyyah”. (Hamid Shaqar, 1970)

Disamping itu, pengarang kitab Kasyfu Az-Dzunun juga menyatakan bahawa

“Tasawwuf ialah ilmu yang ada dengannya diketahui cara-cara peningkatan kepada

orang-orang yang sempurna dari jenis manusia di dalam jalan kebahagiaan mereka itu

sendiri”. (Haji Khalifah, t.t.)

9
Di dalam Qawaid Tasawwuf oleh Syeikh Zarruq (2005) menyatakan bahawa

“…Tegasnya ilmu Tasawwuf didefinisikan, dicoret dan ditafsirkan dengan pelbagai

makna sehingga mencecah dua ribu makna dan semuanya kembali kepada niat yang

betul menuju Allah SWT, akan tetapi semua itu hanyalah merupakan dari sudut-sudut

yang tertentu yang terdapat di dalam Tasawwuf ini…”

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa ilmu Tasawwuf ini merupakan satu ilmu

yang begitu penting bagi umat Islam dan ilmu ini merupakan ilmu yang benar serta

berkait dengan individu-individu tertentu. Maka benarlah bahawa ilmu Tasawwuf ini

bukanlah satu ilmu yang kotor seperti air longkang bahkan lebih teruk daripada itu

kerana ilmu ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Ilmu Tasawwuf ini amat penting bagi umat Islam kerana Rasulullah Sollahu

‘Alaihi Wasallam juga turut mengajar para sahabat agar mengambil berat tentang

kepentingan membersihkan hati serta menerangkan kepada para sahabat akan

kebaikan seseorang manusia bergantung kepada kebaikan hati serta kesembuhannya

daripada penyakit yang tersembunyi. Sabda Baginda :

‫ أال وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح‬: ‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬

.‫ أال وهي القلب‬، ‫الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله‬

Terjemahan : “Ingatlah bahawa pada jasad itu terdapat seketul daging, apabila

daging itu baik maka baiklaah jasad seluruhnya dan apabila ia rosak maka rosaklah

jasad seluruhnya, ingatlah bahawa itu adalah hati”. (Riwayat Imam al Bukhari : no.

52)

10
Para ulama’ amat menitikberatkan tentang pembersihan hati daripada

penyakit-penyakit hati tersebut seperti riya’, ujub, hasad dengki dan seumpamanya.

Imam Jalaluddin As-Suyuthi menyatakan “Adapun ilmu tentang hati serta mengetahui

penyakit-penyakitnya yang terdiri daripada hasad dengki, ujub, riya’ dan

seumpamanya. Kata al – Imam al-Ghazali bahawa ilmu ini ya’ni ilmu tasawwuf

adalah fardhu ain ke atas setiap muslim”. (Al – Suyuthi, 1983)

Perkara ini juga merupakan satu aspek yang amat penting di dalam kehidupan

seseorang individu muslim dan ilmu ini merupakan satu ilmu fardhu ain serta sewajib-

wajibnya suruhan Ilahi berdasarkan dalil-dalil yang terdapat di dalam al-Quran,

Sunnah dan kata-kata ulama’.

Firman Allah SWT :

َ‫ط َۖن‬
َ ‫ظ َه َر ِم ۡن َها َو َما َب‬ َ ‫َو َال ت َ ۡق َربُواْ ٱ ۡلفَ َٰ َو ِح‬
َ ‫ش َما‬

Terjemahan : “Dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (keji) yang terang

daripadanya dan yang tersembunyi.” (Surah al – An’am : 151)

Hadis Rasulullah SAW :

‫ فقعلهها قهول ال إلهه إال‬،‫ امانهان بضهب وسهشعون هعشة‬: ‫قال رسول هللا صلى هللا عليهه وسهلم‬

.‫ والحياء عشة من امانان‬،‫إماطة األذى عن الطراق‬ ‫ وأدناها‬،‫هللا‬

Terjemahan : “Iman itu lebih daripada tujuh puluh bahagian, yang paling tinggi

ialah kata-kata: Laa Ilaha Illallah dan yang paling rendah ialah membuang benda

11
yang menyakitkan dari jalan dan malu itu sebahagian daripada Iman.” (Riwayat

Muslim : no. 35)

Dalam pada masa yang sama juga, para ulama turut menyatakan bahawa

pentingnya ilmu Tasawwuf ini dalam kehidupan seorang muslim. Al-Faqihul Kabir

al-‘Allamah Ibnu Abidin dalam Hasyiahnya yang masyhur menyatakan “Tegasnya

ilmu ikhlas, ujub, hasad dan riya adalah fardhu ain.

Begitu juga dengan sifat-sifat yang membinasakan jiwa seperti sombong,

loba, hasad dengki, menipu, marah, perbalahan, permusuhan, tamak, bakhil, takbur,

bermegah-megah, tipu-menipu, angkuh daripada menerima kebenaran, tipu daya,

keras hati, panjang angan-angan dan sebagainya yang telah jelas terdapat di dalam

kitab Ihya’ dalam tajuk perkara-perkara yang membinasakan. Imam al-Ghazali

berkata “Manusia tidak akan terlepas daripadanya, maka wajib untuk memepelajari

perkara tersebut iaitu apa yang dianggap dirinya berhajat kepadanya. Menghilangkan

penyakit hati addalah fardhu ain.

Tidak mungkin akan dapat menghilangkannya kecuali dengan mengetahui had

batasannya, sebab-sebab, tanda-tanda serta cara-cara untuk mengubatinya. Sesiapa

yang tidak mengenal kejahatan pasti terjebak di dalam kejahatan tersebut. (Abd Qadir

Isa, 2005)

Maka, pentingnya bagi seseorang individu muslim untuk mendalami ilmu

Tasawwwuf ini dan menyedari bahawa ilmu ini bukanlah satu ilmu yang kotor seperti

12
yang diperkatakan oleh penceramah bahawa ilmu Tasawwuf ini kotor seperti air

longkang bahkan lebih teruk daripada itu.

Ilmu Tasawwuf ini menyentuh tentang pembersihan hati dan jiwa seseeorang

zahir dan batin untuk menjadikan sesseorang individu yang bertaqwa kepada Allah

SWT. Jelaslah bahawa apa yang telah diperkatakan oleh penceramah tersebut amat

bertentangan dengan makna dan kepentingan ilmu ini yang merupakan ilmu yang

benar di sisi Islam itu sendiri.

b) Syariat ahli tasawuf lain daripada orang lain seolah-olah ahli tasawuf tidak berpegang

dengan syariat yang sebenar.

Menurut Syeikh Abdul Qadir Isa rahimahullah dalam kitabnya Haqaiq

Tasawuf, syarat pertama seorang sufi ialah menepati hudud syariat dan tidak

menyeleweng walaupun sekadar seurat benang. Apabila melanggar syariat sedangkan

dia menyifatkan dirinya sebagai sufi, sesungguhnya dia telah berperangai dengan sifat

yang tidak ada di dalam tasawuf. (Abd Qadir Isa, 2005)

Beliau juga mengatakan ada pihak yang berusaha untuk memburukkan

sejarah tokoh-tokoh tasawuf dan menghilangkan kepercayaan kita terhadap mereka.

Banyak cerita serta kisah yang ditokok tambah di dalam kitab-kitab ahli tasawuf

mengikut imaginasi yang mereka inginkan.

Antaranya ialah melakukan perkara-perkara yang mungkar, salah dan dosa

besar sebagaimana banyak terdapat di dalam Thabaqat Al-Kubra yang digunakan oleh

13
penceramah karangan Imam Asy-Sya’rani, sedangkan beliau tidak ada kena mengena

dengan perkara tersebut. Berkata Syeikh Abdul Qadir lagi kata-kata daripada

seseorang individu tidak boleh menjadi ke atas jemaah yang menjadikan al-Quran dan

Sunnah sebagai pegangan kepada syiar dan mazhab mereka. (Abd Qadir Isa, 2005)

Menurut Abduh Ghalib Ahmad Isa (1992) pula di dalam tulisannya Mafhum

Tasawuf, beliau membahagikan asas-asas ilmu tasawuf ada empat. Iaitu pertama

mengenali keempat ikhlas dalam amalan. Jadi jelaslah ahli-ahli sufi tidak lari dan

bercanggah daripada syariat-syariat Islam yang benar sebagaimana yang disebutkan

oleh penceramah.

c) Menaqalkan kitab Manaqib Imam al-Syafie

Imam Syafie telah berkata bahawa sekiranya kamu melihat seorang lelaki

yang mengamalkan tasawwuf pada siang hari akan tetapi apabila tiba waktu gelincir

matahari dia menjadi bodoh.

Kata Imam Syafie lagi seperti mana yang dikatakan oleh Imam al – Baihaqi

(1970) bahawa aku tidak mendapati seorang pun dari orang Sufi yang berakal

melainkan dia seoranga yang mengamalkan Islam sebaiknya. Imam Syafie telah

berkata :

“…Sesungguhnya sesiapa yang ingin mendalami ilmu tasawwuf maka berasa cukup

dan memadai dengan makna tasawwuf itu dan makna hakikat tasawwuf. Oleh itu,

berusaha dengan sebanyak mungkin dan berjumpa golongan tasawwuf daripada

orang yang mengamalkan Islam tanpa mengabaikan mereka dan tidak melupakan hak

14
mereka serta bersibuk dengan ilmu dan beribadat sepertimana dibuat kepada

golongan yang lain…”

Kata Imam Syafie bahawa seseorang itu tidak akan digelar sebenar-benar sufi

melainkan seseorang itu meninggalkan akan empat perkara ini iaitu mempunyai sifat

malas, banyak makan, banyak tidur dan banyak melakukan perkara yang tidak

berfaedah. (Abd Qadir Isa, 2005)

Begitu juga Imam al – Syafie menyatakan semasa pergaulannya dengan ahli sufi

sepertimana yang dinukilkan oleh Imam al – Baihaqi (1970) :

“…Ini adalah sifat-sifat yang dicela dan dikeji didalam jalanan sufi. Oleh tiu, sesiapa

yang ingin mengamalkan tasawwuf mestilah dia benar-benar ada sifat tawakkal

dengan Allah Azza wa Jalla. Di samping itu, mempraktikkan adab-adab mengikut

syariat terutamanya ketika berinterkasi dengan Allah Azza wa Jalla ketika beribadat

kepada-Nya dan juga ketika berkomunikasi dengan manusia didalam pergaulan…”

Imam Muhammad Bin Muhammad As-Syafie turut berkata sepertimana yang

didengari daripada ayahnya :

“…Aku mendampingi golongan sufi selama 10 tahun dan tiada apa yang aku dapati

daripada mereka melainkan dua perkataan yang agung ini sahaja iaitu masa itu

umpama pedang, jika kamu tidak memotongnya dia akan memotongmu dan pelihara

diri daripada melampaui batas…” (Al – Suyuthi, 2006)

15
Setengah riwayat yang lain menambah satu perkara lagi iaitu jiwamu

seandainya kamu tidak menyibukannya dengan kebenaran dia akan menyibukkanmu

dengan kebatilan (keburukan). (Abd Qadir Isa, 2005)

Selain itu, ada juga pandangan yang mengatakan golongan sufi ini satu

golongan yang disukai, hal ini menafikan akan golongan yang mencela golongan sufi

dan seumpamnya. Beliau berkata lagi bahawa beliau menyukai daripada dunia mereka

dengan tiga perkara iaitu meninggalkan perkara yang membebankan diri, bergaul

sesame makhluk dengan lemah lembut dan mengikuti jalanan ahli tasawwuf. (Abd

Qadir Isa, 2005)

Hal yang demikian itu jelaslah bahawa nukilan kata – kata Imam al – Syafie

melalui kitab Manaqib al Syafie karangan Imam al – Baihaqi itu tidak dinukilkan

dengan amanah oleh penceramah. Sebaliknya, ia menukilkan kata – kata Imam al –

Syafie menurut kehendak hawa nafsunya semata demi mencari dalil atau kata – kata

para ulama yang mencela ilmu tasawwuf mahupun ahlinya sedangkan jumhur ulama’

tidak melakukan sedemikian.

6.0 : KESIMPULAN

Ilmu Tasawwuf merupakan satu ilmu yang mulia yang mengajar manusia tentang akhlak

batiniyyah sepertimana yang telah diterangkan. Di samping itu, tidak ada satu ulama

muktabar mana pun yang mencela ilmu tasawwuf ataupun menyebut bahawa ilmu tasawwuf

bukan sebahagian daripada ilmu Islam. Sebaliknya, ulama mengiktiraf ilmu tersebut sebagai

16
salah satu yang besar dalam Islam bahkan menjadi fardhu ain dalam mempelajarinya. Maka

dakwaan – dakwaan batil yang diungkapkan oleh penceramah yang berkaitan tidak benar

sama sekali untuk diterima oleh masyarakat awam. Bahkan tidak akan sempurna iman

seseorang tanpa dia mempelajari dan mempraktikkan ilmu tasawwuf.

7.0 : BIBLIOGRAFI

Al – Baihaqi, Ahmad al Husain. (1970). Manaqib al – Syafie. Kaherah, Mesir : Dar al –

Turath.

Al – Bukhari, Muhammad Ismail. (2002). Shahih al – Bukhari. Kaherah, Mesir : Dar al –

Ghad al – Jadid.

Al – Fasi, Ahmad Zarrouq. (2005). Qawaid al – Tasawwuf. Beirut, Lubnan : Dar al – Kutub

al – Ilmiyyah.

Al – Hajjaj, Muslim. (2006). Shahih Muslim. Al – Riyadh : Dar Thoibah Linnasyri wa Al –

Tauzi’.

Al – Qusyairi, Abi Qasim. (2014). Al – Risalah Al – Qusyairiyyah. Kaherah, Mesir : Dar

Jawami’ Al – Kalim.

Al – Suyuthi, Abd Rahman. (1983). Al – Asybah wa Al – Nazhoir. Beirut, Lubnan : Dar al –

Kutub al – Ilmiyyah.

Al – Suyuthi, Abd Rahman. (2006). Ta’yid al – Haqiqah al – ‘Aliyyah wa Tasyyid al –

Thoriqoh al – Syaziliyyah. Beirut, Lubnan : Dar al – Kutub al – Ilmiyyah.

Abdul Qadir Isa. (2005). Haqaiq ‘an Tasawuf. Kaherah, Mesir: Dar Maqtham.

Abduh Ghalib Ahmad Isa. (1992). Mafhum Tasawuf. Beirut, Lubnan: Dar Al-Jil

17
Haji Khalifah. (t.t.). Kasyfu al – Zunun ‘an Asamiy al – Kutub wa al – Funun. Beirut, Lubnan

: Dar Ihya’ al – Turath al – ‘Arabi.

Hamid Ibrahim Shaqar. (1970). Nur al – Tahqiq fi Sihhah ‘Amaal al – Thoriq. Mesir : Dar al

– Ta’lif.

18

Anda mungkin juga menyukai