Anda di halaman 1dari 22

Binatang yang halal dan haram

1.Pengenalan
Dalam kitaran ekosistem, manusia dan haiwan saling bergantungan antara satu sama lain.
Sejak zaman dahulu, haiwan digunakan sebagai sumber makanan dan medium pengangkutan
bagi mengangkut barangan serta keperluan manusia. Pelbagai manfaat lain turut diperoleh
manusia daripada haiwan, antaranya menggunakan bulunya sebagai pakaian dan alat
perhiasan diri, kulitnya sebagai khemah dan tempat tinggal, serta mendapatkan sumber
penawar bagi penyakit yang dihidapi. Jelasnya, kewujudan haiwan telah menjamin
kelestarian hidup manusia bagi memenuhi tuntutan sebagai seorang khalifah di muka
bumi.Islam adalah agama yang penuh rahmat dan belas kasihan. Ia hanya menyuruh dan
melarang perkara untuk kebaikan manusia. Fikiran manusia bagaimanapun, kerana ia sangat
terhad, mungkin tidak dapat memahami logik di sebalik setiap ketetapan. Ia mungkin tidak
dapat memahami dengan betul mengapa sesuatu ketetapan itu diberikan, tetapi Allah Yang
Maha Tinggi-Maha Pengasih dan Maha Mengetahui-adalah yang terbaik untuk memutuskan
apa yang bermanfaat dan berbahaya untuk kita, kerana Dialah yang menciptakan kita. Dalam
Islam, hukum halal dan haram mengenai haiwan hanya boleh difahami dengan merujuk
kepada dalil-dalil syarak, sama ada berdasarkan nas al-Quran mahupun hadis. Justeru, syarak
telah meletakkan garis panduan yang umum berkaitan haiwan iaitu terdapat haiwan yang
halal dan haram dimakan oleh manusia. Perbahasan mengenai hukum-hakam haiwan amat
penting lantaran kewujudan spesies haiwan yang berlainan di setiap negara. Sebagai contoh,
terdapat haiwan yang hanya hidup di tanah Arab dan tidak ditemui di negara lain dan
begitulah sebaliknya. Begitu juga, pemahaman masyarakat yang berbeza mengenai jenis-jenis
haiwan yang dianggap jijik menurut adat masyarakat setempat, menatijahkan hukum yang
berbeza. Setiap empat Mazhab Sunni mempunyai prinsip masing-masing (berdasarkan garis
panduan Al-Quran & Sunnah) mengenai haiwan yang halal dan yang haram untuk dimakan.
2. Definisi
Halal bermaksud sesuatu yang tidak ditegah ataupun sesuatu yang diharuskan oleh
syarak.Haram pula bermaksud tuntutan supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan
tuntutan secara pasti.Diberi pahala jika meninggalkanya dan berdosa jika melakukanya.
Binatang halal ialah binatang yang boleh dimakan menurut hukum syariat Islam sama ada
melalui proses sembelihan ataupun tidak.Tidak ada larangan di dalam Al-Quran dan hadis
yang melarang memakannya.
Binatang Haram ialah binatang yang tidak boleh dimakan menurut hukum syariat Islam di
mana terdapat larangan yang jelas di dalam Al-Quran dan Hadis.
4.Prinsip dalam menentukan halal dan haram
Prinsip Pertama: Semua binatang yang dianggap elok oleh orang Arab semasa hidup senang
dan pada zaman Rasulullah SAW adalah halal.Contoh kepada haiwan ialah :

1.Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apa pun namanya. Ini kerana binatang
tersebut dianggap elok oleh orang Arab.
2.Binatang ternakan (‫)األنعام‬, iaitu unta, lembu, biri-biri, kambing, kuda, seladang,

Prinsip Kedua: Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap
mangsa adalah haram.
1.Binatang tersebut seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, ibn awi (‫)ابن آوي‬, iaitu
sejenis binatang yang besar sedikit daripada musang dan lebih kecil daripada anjing dan
kukunya panjang. Selain itu, gajah, singa, harimau, kera dan seumpamanya haram dimakan.
(Rujuk Kitab al-Fiqh al-Manhaji, 1/499)
2.Burung yang haram dimakan ialah yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan,
seperti burung hering (‫)النسر‬, semua jenis burung helang, iaitu saqr (‫)الصقر‬, baz (‫)الباز‬, syahin(
‫ )الشاهين‬dan burung rajawali (‫)العقاب‬.

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:


‫ب ِمنَ الطَّ ْي‬
ٍ َ‫اع َوع َْن ُكلِّ ِذي ِم ْخل‬ ٍ ‫نَهَى َرسُو ُل هَّللا ِ صلى هللا عليه وسلم ع َْن ُك ِّل ِذي نَا‬
ِ َ‫ب ِمنَ ال ِّسب‬
Maksudnya : “Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan
setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.”
Riwayat Muslim (1934) dan Abu Daud (3803)

Prinsip Ketiga: Semua binatang yang disunatkan bunuh adalah haram. Contohnya, ular,
kala jengking, gagak, helang, tikus dan semua binatang yang memudharatkan. Binatang
tersebut dan seumpamanya adalah haram dimakan sama ada dianggap elok oleh orang Arab
ataupun tidak. Ini kerana hadith telah menghukumkannya sunat dibunuh dan kebanyakannya
pula menjijikkan orang Arab. (Rujuk Kitab al-Fiqh al-Manhaji, 1/500)

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:


‫ َو ْال َكلبُ ال َعقُو ُر‬،ُ‫ َوالفَأْ َرة‬، ُ‫ َوال َع ْق َرب‬،ُ‫ َو ْال ِحدَأة‬، ُ‫ ال ُغ َراب‬:‫ يُ ْقت َْلنَ فِي ْال َح َر ِم‬،‫ق‬
ٌ ‫خَ ْمسٌ ِمنَ ال َّد َوابِّ ُكلُّه َُّن فا َ ِس‬
Maksudnya: “Kesemua lima jenis binatang adalah fasik, yang boleh dibunuh walaupun di
Tanah Haram, iaitu gagak, helang, kala jengking, tikus, dan anjing ganas.”
Riwayat al-Bukhari (1732) dan Muslim (1198)
5. Kategori binatang halal
Binatang boleh dikategorikan kepada dua iatu binatang darat dan bianatng laut.

5.1 Binatang darat


Binatang yang hidup di darat yang tidak diharamkan menurut Al-Qur’an dan Hadits adalah
halal hukumnya dan boleh dimakan. Untuk memakan daging binatang yang halal ini,ianya
harus melalui proses sembelihan yang telah ditetapkan oleh syarak terlebih dahulu.Contoh
binatang darat yang halal dimakan seperti binatang ternak, yaitu kerbau, sapi, kambing,ayam,
itik, dsb. Atau binatang yang biasa hidup di hutan seperti, kijang,burung-burung kecil yang
tidak berkuku tajam. Semua binatang ternak halal belaka untuk dimakan. ُ‫ بَ ِهي َمة‬adalah
binatang yang berkaki empat yang dibela atau diburu yang makan makanan tumbuhan.Dalil
tentang hal ini sebagai berikut:
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 1 :
۟ ُ‫ٰ َٓيأ َ ُّي َها ٱلَّ ِذينَ َءا َمنُ ٓو ۟ا أَ ْوف‬
َّ ‫وا بِٱ ْل ُعقُو ِد ۚ أُ ِحلَّتْ لَ ُكم بَ ِهي َمةُ ٱأْل َ ْن ٰ َع ِم إِاَّل َما يُ ْتلَ ٰى َعلَ ْي ُك ْم َغ ْي َر ُم ِحلِّى ٱل‬
‫ص ْي ِد َوأَنتُ ْم ُح ُر ٌم ۗ إِنَّ ٱهَّلل َ يَ ْح ُك ُم َما‬
‫يُ ِري ُد‬
Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.
Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa
yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak
dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu
dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki.

Firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 5:


َ‫ف ٌء َو َمنَافِ ُع َو ِم ْنهَا تَأْ ُكلُون‬
ْ ‫َواأْل َ ْن َعا َم خَ لَقَهَا ۗ لَ ُك ْم فِيهَا ِد‬
Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya
benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan
daripadanya juga kamu makan.
5.2 Binatang Laut
Hidupan laut bermaksud haiwan yang secara semula jadinya hidup dalam air dan akan mati
sekiranya tinggal di darat. Sesetengah haiwan mungkin mampu hidup di darat tetapi dalam
tempoh yang tidak lama, justeru ia juga termasuk dalam kategori hidupan laut.Dari sudut
habitat, hidupan laut adalah merangkumi semua jenis haiwan yang tinggal dalam air; sama
ada air tawar atau air masin.Contohnya seperti ikan, sotong, udang dan seumpamanya.
Secara prinsip,semua jenis haiwan yang hidup dalam air adalah halal berdasarkan firman
Allah dalam sural Al-Maidah ayat ke 96 :
َّ ‫ص ۡي ُد ۡٱلبَ ۡح ِر َوطَ َعا ُمهۥُ َمتَ ٰـ ۬ ًعا لَّ ُكمۡ َولِل‬
‫سيَّا َر ِة‬ َ ۡ‫‌أُ ِح َّل لَ ُكم‬
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai
bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam
pelayaran.”
Merujuk kepada ayat tersebut, perkataan sayd al-bahr ditafsirkan oleh Ibn ‘Abbas sebagai apa
sahaja haiwan yang diburu daripada laut dalam keadaan hidup . Manakala perkataan
ta’amuhu pula merujuk kepada haiwan laut yang terdampar di daratan, atau dijumpai
terapung di permukaan air dalam keadaan telah mati.Terdapat juga pandangan yang
menyatakan ia bermaksud setiap makanan yang didapati daripada laut yang boleh dimakan
atau dijadikan bekalan dalam perjalanan seperti ikan yang dimasinkan.
Jumhur ulama antaranya mazhab Maliki, Shafie dan Hanbali mengatakan bahawa semua jenis
haiwan laut yang diburu adalah halal dimakan sama ada ia daripada jenis ikan, ataupun
haiwan yang memiliki bentuk selain ikan seperti kerang dan udang. Begitu juga tiada
perbezaan antara ikan yang masih hidup atau yang ditemui mati terapung di permukaan air
(samak tafi), selagi ia belum busuk . Walau bagaimanapun, menurut mazhab Hanafi, kesemua
jenis haiwan laut yang memiliki rupa bentuk selain daripada ikan adalah haram.
Para fuqaha turut berbeza pendapat mengenai hukum hidupan air yang mampu hidup di darat.
Begitu juga yang mempunyai persamaan nama dengan haiwan darat yang diharamkan seperti
anjing laut dan singa laut.Menurut pendapat jumhur ulama, kesemua jenis haiwan tersebut
halal dimakan. Pendapat ini turut merupakan pendapat yang paling sahih dalam mazhab
Shafie, seperti dinyatakan oleh Al-Sharbini dalam Mughni al-Muhtaj:
“Dan demikian juga bagi haiwan selain ikan yang bukan dalam rupa bentuknya yang biasa
dikenali seperti khinzir laut dan anjing laut adalah halal pada pendapat yang paling sahih.”
(Al-Sharbini, 1994, 6:145)
Pandangan di atas juga adalah berpandukan dalil-dalil umum yang disebutkan dalam hadis
mengenai hidupan laut. Antaranya hadis daripada Jabir RA, ketika baginda SAW ditanya
oleh para sahabat mengenai hukum berwuduk menggunakan air laut, baginda SAW bersabda:
ُ‫ ْال ِحلُّ َم ْيتَتُه‬،ُ‫هُ َو الطَّهُو ُر َما ُؤه‬
“Ia (laut) airnya adalah suci, bangkainya juga halal.”
( Ibn Majah, 2009, Kitab al-Zaba’ih wa al-Said, Bab al-Wudhu’ bi Ma’ al-Bahr)
Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW menghalalkan bangkai haiwan yang hidup di laut
tanpa dibezakan sama ada ikan atau selainnya. Oleh itu, hukum tersebut turut merangkumi
haiwan-haiwan laut selain ikan. Perkara ini turut disokong dengan kenyataan Saidina Abu
Bakar RA seperti diriwayatkan Ibn Abbas:
“Sesungguhnya Allah telah menyembelih bagi kamu apa yang terdapat dalam laut maka
makanlah kesemuanya kerana sesungguhnya ia bersih.”
(Al-Baihaqi, 2003, Kitab al-Said wa al-Zaba’ih, Bab al-Hitan wa Maitat al-Bahr)

5.2.1 Bangkai ikan dan belalang


Pada hukum asalnya, bangkai haiwan yang tidak disembelih adalah haram dimakan. Namun,
terdapat pengecualian bagi dua jenis bangkai iaitu bangkai ikan dan belalang berdasarkan
hadis Ibn ‘Umar iaitu sabda Rasulullah SAW:

‫ُوت َو ْال َج َرا ُد‬


ُ ‫ ْالح‬:‫َان‬ ْ َّ‫أ ِحل‬
ِ ‫ت لَنَا َم ْيتَت‬
“Dihalalkan untuk kami dua jenis bangkai iaitu ikan dan belalang.”
(Ibn Majah, 2009, 4:372, Kitab al- Zaba’ih wa al-Said, Bab Said al-Hitan wa al-Jarad)

Berpandukan hadis tersebut, para ulama bersepakat bahawa kesemua bangkai daripada
spesies ikan adalah halal dimakan, tanpa perlu disembelih. Ini kerana kematiannya akibat
dibawa keluar daripada air sudah dianggap sebagai satu bentuk penyembelihan. Meskipun
wujud perbezaan pendapat mengenai bangkai ikan yang ditemui terapung di permukaan air,
namun jumhur ulama berpendapat hukum halal yang dinyatakan dalam hadis tersebut
merangkumi semua jenis ikan tanpa mengira keadaannya.Begitu juga, hukum yang sama
turut diaplikasikan ke atas kesemua jenis haiwan laut meskipun memiliki rupa yang berlainan
daripada ikan biasa, berdasarkan pendapat jumhur ulama.

5.3 Spesies Burung


Kesemua spesies burung adalah halal dimakan, melainkan burung yang diharamkan oleh
syarak. Antaranya ialah; 1) Burung pemangsa yang menangkap mangsanya menggunakan
kuku yang tajam (zi mikhlab min al-tair), 2) Burung yang dilarang bunuh oleh Rasulullah
SAW; seperti belatuk (hud-hud) dan sejenis burung pemangsa bersaiz burung pipit (surad),
dan 3) Burung yang memakan bangkai dan kotoran; seperti gagak (ghurab) dan helang
(hud’ah). Kesemua burung tersebut termasuk dalam kategori haiwan yang jijik.
Berdasarkan pengecualian terhadap tiga kategori burung tersebut, kesemua jenis burung lain
adalah dikira halal mengikut hukumnya yang asal (al-ibahah al-asliyyah). Perkara ini ada
dinyatakan oleh Ibn Hajar al-Asqalani ketika mengulas mengenai haiwan air seperti itik:
Apa-apa yang tiada larangan terhadapnya adalah halal, tetapi dengan syarat perlu disembelih,
seperti itik dan burung air
(Ibn Hajar, 1958, 9:619)

Sesetengah spesies burung seperti merpati memang ada disebutkan secara jelas mengenai
hukum halalnya, kerana para sahabat mengenakan denda bayaran seekor kambing terhadap
burung merpati yang diburu ketika seseorang berada dalam keadaan ihram (AlShaukani,
1993, 5:32). Ini menunjukkan ia termasuk antara haiwan buruan yang halal dimakan.
Imam al-Nawawi ketika mengulas pendapat Al-Shirazi dalam Al-Muhazzab menyatakan
secara terperinci beberapa spesies burung yang disepakati halal dimakan oleh para ulama
mazhab Shafi; antaranya seperti burung kasawari (na’amah), ayam, bangau (kurki), merpati
paruh dan kakinya berwarna merah (hajal), itik, merpati liar (qata) dan semua jenis burung
merpati yang lain. Begitu juga halal memakan burung yang menyerupai burung pipit atau
ciak (usfur) walaupun tidak sama warna dan jenisnya; seperti andalib iaitu sejenis burung
yang memiliki suara merdu, zurzur iaitu burung yang bersaiz lebih besar daripada burung
pipit, bulbul iaitu burung yang juga bersuara merdu, dan gagak ladang (ghurab al-zar’i) (Al-
Nawawi, t.th, 9:21)
6. Kategori Binatang Haram
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat ke 3:

‫يحةُ َو َمٓا أَ َك َل ٱل َّسبُ ُع إِاَّل َما‬َ ‫ير َو َمٓا أُ ِه َّل لِ َغي ِْر ٱهَّلل ِ بِ ِهۦ َو ْٱل ُم ْن َخنِقَةُ َو ْٱل َموْ قُو َذةُ َو ْٱل ُمت ََر ِّديَةُ َوٱلنَّ ِط‬ ِ ‫ت َعلَ ْي ُك ُم ْٱل َم ْيتَةُ َوٱل َّد ُم َولَحْ ُم ْٱل ِخ‬
ِ ‫نز‬ ْ ‫حُرِّ َم‬
ْ
‫ٱخ َشوْ ِن ۚ ٱليَوْ َم‬ ۟
ْ ‫س ٱل ِذينَ َكفَرُوا ِمن ِدينِ ُك ْم فَاَل ت َْخ َشوْ هُ ْم َو‬ َّ ْ
َ ِ‫ق ۗ ٱليَوْ َم يَئ‬ ٰ ٰ َ ۟ َ
ٌ ‫ب َوأن تَ ْستَ ْق ِس ُموا بِٱأْل ْزلَ ِم ۚ َذلِ ُك ْم فِ ْس‬ ِ ‫ص‬ُ ُّ‫َذ َّك ْيتُ ْم َو َما ُذبِ َح َعلَى ٱلن‬
ُ ‫هَّلل‬ ْ
‫ف ِ ث ٍم ۙ فَإ ِ َّن ٱ َ َغفو ٌر‬ ‫إِّل‬ ٍ ِ‫ص ٍة َغي َْر ُمت ََجان‬ ْ ُ
َ ‫ضيت لك ُم ٱ ِ ْسل َم ِدينًا ۚ فَ َم ِن ٱضْ ط َّر فِى َمخ َم‬ َ ٰ ‫إْل‬ ُ َ ُ ُ َ
ِ ‫ت َعل ْيك ْم نِ ْع َمتِى َو َر‬ ُ ‫ت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأَ ْت َم ْم‬ُ ‫أَ ْك َم ْل‬
‫َّحي ٌم‬
ِ ‫ر‬
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang
disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk,
dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan
bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak
panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang
kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada
mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu,
dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama
bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa,
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

a) Bangkai dan jenis jenisnya


bangkai iaitu binatang yang mati sendiri tanpa melalui proses penyembelihan atau proses
pemburuan (kerana kalau diburu, ada kemungkinan kita tidak sempat sembelih dan binatang
itu sudah mati apabila kita sampai kepadanya, atau dibawa kepada kita oleh binatang buruan
kita).Semua bangkai binatang adalah haram dimakan kecuali dua sahaja: iaitu bangkai
belalang dan ikan. Ini kerana ada hadith yang menyentuh berkenaan perkara ini.
i) Mukhaniqah
Binatang yang mati akibat tercekik, iaitu sama ada disebabkan oleh perbuatan manusia atau
haiwan itu sendiri seperti mati kerana terjerut tali di leher, atau kerana lemas akibat tersepit di
tempat yang sempit dan sesak.
ii) Mauquzah
Binatang yang mati kerana dipukul dengan kuat menggunakan apa sahaja objek sama ada
kayu, batu, penukul besi atau objek berat yang lain. Hal ini kerana terdapat masyarakat Arab
terdahulu yang memukul haiwan dengan kayu sehingga mati dan mereka memakannya
selepas itu. Dalam konteks moden, haiwan yang mati dipukul di tengkorak menerusi kaedah
penetrative captive bolt stunning boleh dikira termasuk dalam kategori ini.
iii) Mutaraddiyah
Binatang yang mati kerana terjatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi, termasuk juga yang
dicampak ke dalam perigi dan seumpamanya.

iv) Natihah
Binatang yang mati akibat ditanduk oleh haiwan lain, meskipun tempat yang ditanduk itu
ialah tempat yang biasanya disembelih iaitu di kawasan leher sehingga menyebabkan darah
mengalir keluar daripadanya. Ini kerana antara syarat sah sembelihan adalah perlu disertakan
niat kerana Allah.

v) Ma akala al-sabu
Binatang yang mati akibat dimakan oleh binatang buas, seperti serigala dan harimau,
melainkan jika sempat disembelih. Pengharaman haiwan jenis ini disebabkan oleh perbuatan
masyarakat Arab Jahiliyyah yang memakan sakibaki daging yang telah dimakan oleh
binatang buas, lalu Islam datang menghapuskan amalan tersebut.

*Walau bagaimanapun, pada akhir ayat yang sama setelah dinyatakan mengenai kelima-lima
jenis haiwan tersebut, al-Quran turut menegaskan bahawa sekiranya sempat disembelih ( ‫إِاَّل َما‬
‫ )ذ َكيَّت ْ ُم‬dalam keadaan ia masih bernyawa, maka kesemuanya menjadi halal dimakan. Dalam
hal ini, haiwan masih lagi dianggap hidup sekiranya ia memiliki beberapa tanda seperti
adanya pergerakan tangan, kaki atau ekor (Al-Qaradawi, 1985, 47).
b) Darah yang mengalir
Darah yang keluar dari binatang sebelum ia mati. Dalam ayat yang lain, disebut sebagai
tambahan maklumat, darah yang haram itu adalah ‘darah yang mengalir’ (Rujuk An’am:145).
Jadi, hati dan limpa walaupun berdarah, boleh dimakan.Dan kalau ada sedikit darah yang
melekat pada daging, itu tidak mengapa. Tidaklah perlu dibasuh daging itu sampai langsung
tidak ada darah. Boleh rujuk pada ayat Baqarah:173

c) Khinzir
Daging Khinzir dan ini termasuk bulu, kulit dan tulang. Disebut daging sahaja dalam ayat ini
kerana daging yang paling banyak dari bahagian tubuh babi itu. Penggunaan perkataan lahm
al-khinzir (daging khinzir) menunjukkan bahawa khinzir, sama ada yang disembelih ataupun
tidak, adalah diharamkan secara ‘aini (haram pada zatnya). Meskipun al-Quran hanya
menyebut perkataan daging, namun sebenarnya pengharaman tersebut turut merangkumi
lemak dan setiap anggota khinzir yang lain.

d) Binatang yang disembelih bukan kerana Allah


Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain dari Allah semasa penyembelihan itu.
Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain daripada Allah, samada disebut
namanya atau tidak semasa penyembelihan, bahkan sekalipun dibacakan bismillah. Menurut
pengarang Fath al-Majid fi Syarh Kitab al-Tawhid: “Ini kerana sembelihan untuk berhala (an-
Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafazkan namanya. Maka ia
sama dengan sembelihan yang disebut nama selain Allah. Jika diharamkan kerana disebut:
“dengan nama al-Masih” dan sebagainya, maka memaksudnya adalah lebih aula untuk
diharamkan. Sebabnya, ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannya
berbanding yang memohon kepada selain Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu
disembelih untuk selain dari Allah sebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram sekalipun
disebut bismillah. Kalau pada zaman Jahiliah, ada binatang yang asalnya halal dimakan tapi
disembelih atas nama berhala dan selain Allah. Zaman sekarang pun ada juga perkara ini di
kalangan orang Islam kerana ada yang jahil agama yang sembelih binatang kerana mereka
nak jamu jin dan hantu. Ini juga adalah haram dimakan kerana tujuan mereka sembelih
binatang itu adalah untuk membesarkan selain Allah. Daging sembelihan itu haram dimakan
walaupun baca Basmalah semasa nak sembelih dan sembelih dengan cara Islam. Sembelihan
orang Majusi, penyembah berhala dan penganut fahaman ateis (iaitu golongan yang tidak
mempercayai kewujudan tuhan), dikira termasuk dalam kategori ini. Ini kerana
penyembelihan golongan seperti ini bukanlah untuk dipersembahkan kepada Allah,
sebaliknya untuk tuhan yang disembah oleh mereka seperti api, berhala atau untuk diri
sendiri.
e) Binatang yang disembelih untuk berhala
Orang jahiliyyah biasanya menyembelih haiwan untuk persembahan kepada berhala ataupun
disembelih dekat dengan berhala, pun haram juga makan walaupun semasa menyembelihnya
disebut nama Allah.

6.2 Binatang yang kotor dan menjijikkan


Haiwan kecil dan melata di atas muka bumi seperti lipas, kala jengking, nyamuk, cengkerik,
kutu, lalat dan seumpamanya. Selain itu, menurut pandangan sesetengah ulama, ia turut
merangkumi beberapa jenis haiwan lain seperti tikus dan ular. Dalam konteks Malaysia,
haiwan-haiwan seperti siput babi, cacing dan ulat gonggok boleh dianggap termasuk dalam
kategori haiwan melata. Secara umum, serangga dan haiwan melata termasuk antara haiwan
yang haram dimakan berdasarkan pendapat jumhur ulama daripada mazhab Hanafi, Shafi,
Hambali dan Daud al-Zahiri .Selain itu,kala jengking mempunyai racun yang merbahaya
kepada manusia manakala tikus dan lipas pula dalah haiwan yang kotor dan jijik. Antara dalil
yang menunjukkan kepada pengharaman tersebut adalah kerana ia tergolong dalam kategori
haiwan yang kotor dan jijik (khabaith) yang diharamkan menerusi frman Allah SWT:

َ ِ‫َويُح ِّر ُم َعلَ ْي ِه ُمال َخبَائ‬


‫ث‬
“Dan diharamkan ke atas mereka (makanan) yang kotor (al-khabaith).”
(Surah al-A‘raf 7:157)
6.2 Binatang haram berdasarkan hadith
6.2.1 Binatang buas bertaring
Dalil yang menunjukkan pengharaman haiwan buas ialah hadis sahih daripada Abu
Tha’labah al-Khushani:
‫اع‬ ٍ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم نَهَى َع ْن أَ ْك ِل ُك ِّل ِذي نَا‬
ِ َ‫ب ِمنَ ال ِّسب‬ َ ِ ‫أن َرسُو َل هَّللا‬
َّ
“Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang daripada makan setiap yang bertaring daripada
binatang buas.”
(Al-Bukhari, 2001, Kitab al-Zaba’ih wa al-Said, Bab Akl Kulli zi Nab min al-Siba‘; Muslim,
t.th, Kitab al-Said wa al-Zaba’ih, Bab Akl Kulli zi Nab min al-Siba‘)
Berdasarkan tafsiran yang diberikan oleh para ulama,terdapat dua kriteria utama yang
menjadi asas kepada pengharaman tersebut iaitu pertama; dari jenis haiwan buas dan kedua;
memiliki taring yang kuat untuk memburu mangsanya. Antara contoh haiwan yang termasuk
dalam kategori ini seperti anjing, singa, serigala, beruang, harimau, gajah, kera, dan
seumpamanya.

6.2.2 Keladai jinak


berdasarkan daripada riwayat Jabir bin Abdullah R.A bahawa :

‫مار األ ْهلِ ِّي‬


ِ ‫الح‬
ِ ‫النبي ﷺ ع َِن‬
ُّ ِ ْ‫ َو ُح ُم َر ال َوح‬،‫أَ َك ْلنا َز َمنَ َخ ْيبَ َر ال َخ ْي َل‬
‫ َونَهانا‬،‫ش‬
“Pada waktu perang Khaibar kami pernah memakan (daging) kuda dan keldai liar dan Nabi
SAW melarang kami daripada memakan (daging) keldai jinak (peliharaan).”
Riwayat Muslim (1941)

Keldai terbahagi kepada dua jenis iaitu kedai jinak dan keldai liar atau turut dikenali sebagai
kuda belang . Bagi jenis pertama iaitu keldai jinak, hukumnya haram dimakan menurut
pendapat jumhur ulama yang terdiri daripada mazhab Hanafi, Maliki, Shafi dan
Hambali.Pengharaman yang dinyatakan oleh baginda SAW adalah bagi kes keldai jinak
sahaja. Manakala hukum keldai keldai liar dan kuda adalah halal dimakan kerana ia termasuk
dalam kategori makanan yang baik (tayyibat)
6.2.3 Burung pemangsa berkuku tajam dan memakan bangkai
Hadith Riwayat daripada Irbad bin Sariyah:
‫ب ِمنَ الطَّي ِْر‬
ٍ َ‫ى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َح َّر َم يَوْ َم َخ ْيبَ َر ُك َّل ِذي ِم ْخل‬
َّ ‫صل‬ َّ
َ ِ‫أن َرسُو َل هللا‬
“Sesungguhnya Rasulullah SAW mengharamkan pada hari Khaibar semua jenis burung
pemangsa yang berkuku tajam.”

Kebiasaannya, kuku yang dimiliki tersebut kuat dan boleh melukakan, sepertimana yang
terdapat pada burung Hering,semua jenis burung Helang serta burung Rajawali.
Pengharaman burung-burung tersebut juga disebabkan tabiatnya yang jijik iaitu memakan
bangkai, justeru ia bertentangan dengan prinsip al-Quran yang hanya menghalalkan makan
yang baik-baik dan mengharamkan makanan yang kotor dan jijik seperti dijelaskan dalam
Surah al-A‘raf (7:157). Selain itu, terdapat beberapa jenis burung yang telah disenaraikan
sebagai burung yang haram dimakan dalam mazhab Shafi antaranya ialah burung kakak tua,
merak, layang-layang,gagak dan kelawar.

6.2.4 anjing dan kucing


Haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing antara haiwan yang bertaring tetapi tidak
tergolong dalam kategori binatang buas. Bagi kedua-dua binatang ini, hukumnya adalah tetap
haram, kerana terdapat larangan yang khusus oleh Rasulullah SAW mengenai hukum
memakan kucing . Sebagai contoh, hadis yang diriwayatkan daripada Jabir RA:
“Nabi SAW melarang daripada memakan kucing dan harganya.”
Al-Tirmizi, 1998, Abwab al-Buyu‘, Bab Ma Ja’a f Karahiyat Thaman al-Kalb wa al-Sinnaur)
. Pengharaman anjing datang dengan beberapa faktor:
ia adalah najis menurut jumhur ulama; lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat
oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim).ia
termasuk di dalam al-mustakhbath (yang dipandang jijik); ia memakan kotoran.larangan nabi
SAW daripada memakan harga anjing dan kucing. (Riwayat as-sahih).
6.2.4 Binatang yang diarah bunuh

Sabda nabi SAW:“Dari ‘Aisyah bahawa rasul SAW bersabda:


5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak, burung
layang-layang, kala jengking, tikus, anjing dan al-’aqur (sejenis binatang yang menggigit).”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai).

Dalil supaya membunuh cicak adalah berdasarkan hadis sahih riwayat Ummu Sharik iaitu:
“Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkannya (Ummu Sharik supaya membunuh cicak.”
(Muslim, t.th, Kitab Qatl al-Hayyat, Bab: Istihbab Qatl al-Wazagh, 4:1757)

Kesemua haiwan yang diarahkan oleh Rasulullah SAW supaya dibunuh adalah haram
dimakan menurut pendapat jumhur ulama. Antaranya ialah kala jengking, burung gagak,
helang, tikus, dan anjing liar yang menyerang dan cicak.Yang diarahkan dibunuh hanyalah
anjing liar yang menyeranag manusia.Justeru jika anjing tersebut tidak mengancam
keselamatan manusia,makai a tidak boleh dibunuh.

6.2.5 Binatang yang dilarang bunuh


Hadis daripada Ibn ‘Abbas RA:
“Nabi SAW melarang daripada membunuh empat jenis binatang iaitu semut, lebah, burung
belatuk dan burung surad.”
(Ibn Majah, 2009, Abwab al-Said, Bab Ma Yunha ‘an Qathlihi)
kesemua haiwan yang dilarang oleh Rasulullah SAW daripada dibunuh adalah haram
dimakan menurut pendapat jumhur ulama. Antara haiwan tersebut ialah semut, lebah, burung
belatuk, burung surad, katak dan kelawar
6.2.6 Binatang al-jallalah
Iaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikkan. Ibn Hazm
menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan ianya
umum. Dalilnya:
i– Hadith Ibn Umar:
Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat
Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya).
ii– Hadith Ibn Abbas:
Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa-i, Ibn Majah, al-Hakim. At-Tirmizi mensahihkannya). Kata
al-Hafiz dalam al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini.
Kata al-Albani: zahir hadith memihak kepada Ibn Hazm lantaran disebut tentang susunya.
Sungguhpun begitu, para ulama meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang
disebut oleh Ibn Hajar.
Kata al-Baghawi: “kemudian hukum tentang binatang yang memakan kotoran, hendaklah
dilihat: jika ia hanya memakannya kadang-kadang, maka ia bukan al-jallalah; justeru tidak
haram dimakan seperti ayam dan sebagainya”. Kata Ibn Hazm: “telah sahih bahawa Abu
Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya), jika didapati memakan
kotoran”.
Berhubung hal ini para ulama berbeza pendapat:
Ahmad, ath-Thauri dan al-Syafi’iyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram. Inilah
yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-’Eid.Sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah
makruh sahaja.
7.Binatang yang tidak disebut statusnya
7.1 Bintang dua alam
Iaitu binatang yang tinggal di daratan serta di dalam air seperti katak, kura-kura, ketam, ular,
buaya, memerang dan sebagainya. Terdapat tiga pendapat dalam masalah ini:
Pendapat Pertama: Ulama’ aliran mazhab Hanafi dan Syafie:
Tidak halal memakannya; kerana ia terdiri daripada binatang yang kotor, dan kerana nabi saw
dalam hadis yang telah dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Daud telah melarang daripada
membunuh katak. Sekiranya ia halal dimakan, nescaya nabi tidak akan melarang daripada
membunuhnya.
Pendapat Kedua: Ulama’ aliran mazhab Maliki: Diharuskan makan katak , penyu dan
seumpamanya yang telah disebut sebelum ini; kerana tidak ada nas atau dalil yang
mengharamkannya.
Pendapat Ketiga: Ulama’ aliran mazhab Hanbali dan pendapatnya lebih terperinci, iaitu setiap
binatang yang hidup di atas darat walaupun ia terdiri daripada haiwan laut, tidak halal
dimakan sekiranya tidak disembelih seperti burung laut, penyu, dan memerang. Namun,
dikecualikan haiwan yang tidak mempunyai darah seperti ketam kerana ia diharuskan makan
serta tidak perlu disembelih berdasarkan riwayat yang datang daripada Imam Ahmad.
Pengecualian tersebut adalah kerana ia merupakan haiwan laut yang tinggal di darat, di
samping darahnya tidak mengalir
i)Buaya
Buaya - menurut pandangan yang sahih bahawa adalah haram memakannya, kerana ia juga
duduk didarat dan mempunyai taring, walaupun ia menghabiskan masa yang lama didalam
air, akan tetapi sebab yang awal tadi mendahului hukum (binatang darat yang bertaring).
Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa buaya diharamkan oleh Mazhab Syafie dan
Hanbali :
."Kerana kotornya buaya dan sesungguhnya ia kuat pada taringnya dan buaya memakan
orang". Sudah tentu telur buaya juga haram dimakan.
8.0 Binatang buruan
Berburu telah disyariatkan oleh Allah SWT. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
ۚ ‫ص ْي ِد َوأَنتُ ْم ُح ُر ٌم‬ ْ َّ‫ۗ أُ ِحل‬
َّ ‫ت لَ ُكم بَ ِهي َمةُ اأْل َ ْن َع ِام إِاَّل َما يُ ْتلَ ٰى َعلَ ْي ُك ْم َغ ْي َر ُم ِحلِّي ال‬
Maksudnya: Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya),
kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-
binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan
ketika kamu dalam keadaan berihram.[1]
(Surah al-Maidah, 4: 1)
Firman Allah SWT lagi:
‫َوإِ َذا َحلَ ْلتُ ْم فَاصْ طَادُوا‬
Maksudnya: Dan apabila kamu telah selesai dari ihram, maka bolehlah kamu berburu.
(Surah al-Maidah, 4: 2)

Perkataan al-Saidu (‫ )الصيد‬ialah nama terbitan daripada perkataan (‫)صاد‬, yang bermaksud
berburu dan menangkap binatang dengan helah sama ada ia boleh dimakan atau tidak. Namun
demikian, nama terbitan tersebut kemudiannya dimaksudkan dengan objeknya (‫)المصيد‬, yang
bermaksud binatang buruan.
Ayat yang pertama menghadkan pengharaman berburu ketika berihram, manakala ayat yang
kedua pula menjelaskan keharusan berburu setelah bertahallul. Berkenaan dengan memburu
menggunakan senapang maka hukumnya adalah harus. Ini kerana ia diqiaskan kepada benda
yang tajam atau lemparan seperti panah dan lain lagi.

8.1 Syarat pemburu


1)Pemburu binatang darat syaratnya sama seperti orang yang menyembelihhaiwan, iaitu dia
mestilah Islam atau golongan Ahli Kitab.
2)Hendaklah seorang yang tidak menganiaya binatang.
3)Hendaklah bukan orang yang sedang dalam ihram umrah atau haji,berdasarkan surah al -
Maidah, ayat 95 - Bermaksud:“Janganlah membunuh binatang buruan ketika kamu sedang
berihram
4) Binatang yang diburu adaah binatang yang tidak mungkin ditangkap dengan tangan atau
dengan cara lain untuk disembelih pada lehernya.
8.2 Syarat binatang buruan
1)Ketika dilepaskan anak panah atau anjing pemburu terlatih dalam keadaan binatang buruan
masih hidup.
2)Jika melepaskan anjing untuk berburu, hendaklah menyebut nama Allah ke atas buruan itu.
Jika tidak, dan binatang buruan ditemui sudah tidak bernyawa, maka hukumnya sama dengan
bangkai.
3)Rasulullah saw bersabda :
“Apabila engkau melepaskan anjingmu, maka hendaklah engkau menyebut nama Allah
keatasnya.
4)Jika anjing itu menangkap binatang buruan untuk kamu dan kamu dapati binatang buruan
untuk kamu masih hidup, maka hendaklah kamu sembelih” (HR al-Bukhari & Muslim)

8.3 Syarat alat pemburu


Senjata tajam yang boleh melukai binatang buruan
1)Alat tersebut boleh menembusi kulit yang boleh membunuh haiwan tersebut kerana
ketajamannya, bukan kerana beratnya. Senjata tersebut mestilah tertusuk ke dalam badan
binatang buruan itu dan mati disebabkan oleh ketajaman dan tikamannya, bukanlah kerana
beratnya.
2)Senapang atau pistol juga boleh digunakan kerana mampu menembusi badan binatang
buruan, malah lebih berkesan berbanding tombak atau pedang.
Jika kamu menggunakan panah tersebut, lalu ia menusuk ke badan binatang buruan itu, maka
bolehlah kamu makan. Sebaliknya jika mengenai tepinya sahaja, janganlah kamu makan.
(HR Bukhari & Muslim)
3)Sekiranya alat yang digunakan hanya mengenai sayap atau bahu haiwan tersebut, dan
ditemui dalam keadaan masih hidup maka sembelih lah seperti biasa.

8.4 Binatang yang dapat melukai binatang buruan


1) Binatang hendaklah dididik iatu Anjing, singa, burung helang yang dijadikan pemburu itu
dididik dan terlatih untuk menerima arahan.
2)Datang kepada tuannya apabila dipanggil dan akan segera melakukan perburuan apabila
diarahkan.
3)Memburu untuk kepentingan tuannya dan bukanlah atas kehendak dan kepentingan sendiri.
4)Binatang pemburu tidak memakan daging haiwan yang diburunya..
5) Menyebut nama Allah ketika melepaskan binatang pemburu.
8.5 Pandangan tentang haiwan buruan yang ditemui mati
Pemburu melepaskan anak panah kepada haiwan buruan, kemudian ia menghilang dan
apabila ditemui, ia sudah mati.Binatang buruan itu halal jika ia:
1)Binatang tersebut tidak jatuh ke dalam air Jika ia ditemui di dalam air, HARAM dimakan
kerana dikhuatiri ia mati kerana lemas, bukan kerana panahan pemburu
2)tidak terdapat tanda mati kerana senjata lain. Jika menemui bekas luka dari panahan orang
lain, maka ia HARAM dimakan.Kecuali ia datang dari orang yang sama-sama berburu
3)Binatang tersebut belum busuk. ika ia ditemui di dalam keadaan yang telah membusuk dan
mula mereput, maka ia HARAM untuk dimakan.
9.0 Hikmah binatang halal dan haram
Hikamah bianatang Halal ialah dapat mendorong seseorang untuk menjadi hamba Allah yang
bersih kerana memakan binatang yang halal.Selain itu dapat menghidarkan tubuh badan
daripada penyakit kerana bianatang halal adalah bersih daripada najis.
Hikmah pengharaman binatang pula ialah kerana ianya memudaratkan tubuh badan.
Sesetengah haiwan berkemungkinan mempunyai bisa atau racun yang mampu membunuh
manusia. Contohnya diharamkan ular, kala jengking, lipan dan seumpamanya. Justeru, Islam
mengharamkannya untuk dimakan. Bukan sahaja haiwan, bahkan Islam turut mengharamkan
apa sahaja makanan yang memudaratkan manusia. Prinsip ini adalah amat bertepatan dengan
ajaran Islam yang melarang umatnya melibatkan diri dalam sebarang bentuk aktiviti yang
boleh membahayakan tubuh badan mereka
Terdapat sesetengah haiwan yang diharamkan kerana kenajisannya, contohnya seperti
bangkai, darah yang mengalir dan khinzir. Istilah yang digunakan dalam al-Quran ialah rijs
yang bermaksud najis dan kotor.
Arahan supaya umat Islam tidak makan daripada haiwan yang najis memiliki hikmah yang
amat besar. Ini kerana setiap yang disifatkan najis oleh al-Quran kebiasaannya boleh
memudaratkan tubuh badan. Sebagai contoh, Islam mengharamkan bangkai kerana bangkai
berupaya menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis kuman dan bakteria berbahaya. Hal yang
sama turut berlaku pada darah dan khinzir.
Pengharaman khinzir adalah disebabkan ia membawa beberapa kemudaratan sama ada dari
aspek kimia, mikrob dan sikap (psikologi), iaitu ia disebut boleh menghilangkan perasaan
cemburu serta menjadi dayus.Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi
al-Islam ketika mengulas berkenaan pengharaman daging babi menyebut: Perkara ketiga
yang diharamkan Alah SWT ialah daging babi. Ini adalah kerana tabiat yang sihat akan
memandangnya kotor dan tidak akan menyukainya. Sebab babi ini, makanan yang sangat
disukainya ialah dari benda-benda yang kotor, jijik dan najis.
Ilmu perubatan moden menetapkan bahawa memakan daging babi itu sangat berbahaya di
seluruh pelusuk dunia, khususnya di daerah yang beriklim panas. Sebagaimana yang
berkaitan dengan penyelidikan ilmiah bahawa sesiapa yang memakan daging babi itu
menyebabkan lahirnya cacing kerawit yang sangat merbahaya, dan ulat-ulat yang dapat
membinasakan tubuhnya.Justeru, dalam masa terdekat ini, ilmu moden ini akan
mendedahkan banyak lagi rahsia pengharaman itu, lebih banyak dari apa yang difirmankan
Allah SWT, ketika dia mensifatkan Rasul-Nya dalam firman-Nya (‫ث‬ َ ِ‫ ) َوي َُح ِّر ُم َعلَ ْي ِه ُم ْال َخبَائ‬yang
bermaksud: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) telah mengharamkan ke atas mereka semua
yang kotor.” (al-A'raf: 157)
Dr. Joseph Mercola, pakar kesihatan terkenal Amerika Syarikat menyebut: “Kajian
mendapati daging babi boleh memberikan bahaya kepada kesihatan dalam pelbagai
peringkat. Menurut kajian oleh Consumer Reports, 69 peratus daripada sampel-sampel
daging babi yang diuji mengandungi bakteria berbahaya Yersinia enterocolitica yang boleh
menyebabkan masalah-masalah kesihatan.”
Dr. Muhammad Abdul Khair menyebut beberapa penyakit yang disebabkan oleh daging babi:
"Daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan cacing-cacing lain. Cacing-cacing ini
akan berpindah kepada manusia yang memakan daging babi tersebut. Perlu dicatat, sehingga
ini, generasi babi belum terbebas daripada cacing-cacing ini. (Lihat Ijtihadat fi al-Tafsir al-
Quran al-Karim, hlm. 112)
Dr. Zakir Abdul Karim Naik dalam “20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam” berkata: Antara
sebab pengharaman daging babi ialah: Memakan daging babi akan menyebabkan tidak
kurang daripada 70 pelbagai jenis penyakit yang akan dijangkiti antaranya:
Helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lain-lain lagi.Antara yang
berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah umum cacing pita. Tersimpan dalam
usus dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai
ke semua organ tubuh. Jika ianya memasuki otak, boleh mengakibatkan hilang ingatan. Jika
memasuki jantung, boleh menyebabkan serangan jantung. Jika memasuki mata, boleh
menyebabkan buta. Jika memasuki hati, akan menyebabkan kerosakan pada hati.

Kesimpulan
Kesimpulannya, Islam merupakan agama yang amat mementingkan aspek keselamatan
makanan yang dimakan oleh seorang Muslim, khususnya berkaitan haiwan. Hal ini dapat
dilihat menerusi pengharaman kesemua jenis haiwan yang bersifat najis, kotor, ganas,
beracun dan jijik. Begitu juga, jumlah haiwan yang diharamkan adalah amat sedikit jika
dibandingkan dengan haiwan yang dihalalkan. Hal ini menunjukkan Islam adalah agama
rahmat. Dalam konteks industri halal, penggunaan bahan-bahan daripada sumber haiwan
halal adalah amat penting. Manakala bahan-bahan daripada sumber haiwan yang haram
perlulah dielakkan sama sekali terutama dalam menghasilkan produk-produk makanan dan
untuk kegunaan harian. Setiap umat Islam perlu mengambil berat mengenai halal dan haram
haiwan supaya tidak terjerumus dalam penggunaan haiwan-haiwan yang diharamkan dalam
Islam. Pendidikan halal juga perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak supaya mereka dapat
menjadikannya sebagai panduan.
Rujukan
https://www.bookcapital.my/book/info/279011/Halal-Haram-Haiwan-Menurut-Islam-dan-
Fatwa-di-Malaysia
https://celiktafsir.net/2016/05/01/maidah-ayat-3/
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3185-al-kafi-1143-hikmah-pengharaman-
khinzir
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2688-al-kafi-853-hukum-memakan-
makanan-laut-dan-penyu

Anda mungkin juga menyukai