Anda di halaman 1dari 36

TAQLID

IIX1003
PENGANTAR PENGAJIAN SYARIAH
07/11/2017

DR MOHD HAFIZ JAMALUDIN


JABATAN SYARIAH & UNDANG-UNDANG
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

1
PENDAHULUAN
Mukallaf iaitu orang yang dipertanggungjawabkan untuk
melakasanakan hukum syarak mempunyai beberapa peringkat:
Mujtahid: Orang yang mempunyai kelayakan berijtihad. Maka, apa-apa
hukum yang dihasilkan daripada ijtihadnya, maka itulah hukum yang
dijadikan pegangannya kerana apa yang ternyata baginya itu adalah
lebih hamper kepada kehendak syarak berdasarkan dalil-dalil syarak
dan zan yang kuat.

Muqallid yang melebihi peringkat orang awam: Orang yang tidak


sampai tahap mujtahid kerana tidak mempunyai kelayakan untuk
berijtihad, tetapi dia memahami dalil dan kedudukannya.
Kefahamannya itu membolehkan dia membuat pilihan dan tarjih
dengan cara-cara yang diperakukan oleh ulama
Muqallid orang awam: Orang yang menjadi pengikut semata-mata.
Oleh itu dia memerlukan imam dan orang alim yang menjadi
ikutannya. Dia wajib bertaqlid kepada mana-mana mujtahid bagi
mendapatkan hukum syarak.
Imam Syatibi menyatakan: Tidak harus bagi seseorang untuk terus
menerus taqlid kepada mereka yang telah nyata salah ijtihadnya dan
tidak harus ta’assub dengan mengikutinya kerana ta’assub itu
2
menyalahi hukum syarak.
 Dari segi bahasa : Berasal dari kalimah “al-
Qiladah” iaitu rantai leher. Taqlid ertinya
memakai rantai leher

 Dari segi istilah Ulama:

Taqlid adalah mengambil pakai pendapat


orang lain tanpa mengetahui dalil dan
kekuatan dalil itu.

Contohnya seperti mereka yang berpendapat


boleh difasakhkan perkahwinan disebabkan
aib atau kecacatan kerana berdasarkan
pandangan mujtahid tertentu mengatakan
begitu tanpa dia mengetahui dalilnya dan
PENGERTIAN kekuatan dalil ini.
3
TAQLID
 Pada asalnya menurut Syari'at Islam, taqlid adalah dicela
dan dilarang, kerana ia bermaksud mengikut tanpa
berdasarkan kepada dalil dan bukti, lebih-lebih lagi taqlid
yang membawa kepada ta'assub yang tercela di kalangan
golongan muqallidin (yang bertaqlid).

 Namun Ulama berbeza pendapat tentang keharusan


taqlid dalam masalah furu' seperti berikut:
a. Pendapat Pertama: Tidak harus sama sekali
bertaqlid, bahkan mereka mewajibkan setiap
mukallaf itu berijtihad dan mempelajari segala ilmu-
ilmu yang diperlukan bagi ijtihad (Zahiriyyah).
b. Pendapat kedua: Ijitihad adalah tidak dibenarkan
selepas zaman imam-imam mujtahid dan Taqlid
diwajibkan kepada semua orang, sama ada yang
mampu berijtihad atau tidak (Hasywiyyah dan
Ta’limiyyah).
c. Pendapat ketiga: Taqlid hanyalah diharuskan kepada
yang ”tidak mampu” berijtihad sahaja. Sementara
Hukum mereka yang ”mampu” berijtihad adalah
Bertaqlid dalam ”diharamkan” bertaqlid (Mazhab Jumhur, termasuk
Masalah Fiqh mazhab yang empat). Pendapat inilah yang
muktamad dan lebih tepat.
(Furu')
4
Bagi masalah-masalah yang belum lagi dikaji oleh seorang mujtahid,
sedangkan orang lain telah ijtihad lebih dahulu darinya, apakah
harus bagi Mujtahid bertaqlid kepada mereka yang telah pun
berijtihad atau semestinya dia berijtihad juga dalam masalah
tersebut dan tidak wajar dia bertaqlid?
Pandangan kebanyakan ulama seperti diriwayatkan oleh Ibn al-Subki:
Adalah haram ke atas mujtahid itu bertaqlid pada masalah tersebut
bahkan wajib dia berijtihad, kerana dia mempunyai kemampuan
berijtihad dan kerana ijtihad itulah yang asal. Maka tidak harus
berpaling dari asal yang dia mampu kepada gantinya iaitu taqlid.

Bagi mereka yang tidak sampai kepada martabat ijtihad (mujtahid),


sama ada dia orang awam atau lebih daripada peringkat orang
awam.?

Muktamad dari kalangan ulama al-Usul al-Muhaqqiqin adalah wajib


ke atas mereka mengikut pendapat mujtahid, bertaqlid dan beramal
dengan fatwanya

5
Pendapat yang mengharamkan taqlid berdalilkan kepada
dalil-dalil berikut:

Pertama: DALIL AL-QUR’AN

)169 :‫وأن تقولوا على هللا ما ال تعلمون (البقرة‬


Kedua: Dalil Sunnah

‫طلب العلم فريضة على كل مسلم‬

‫اجتهدوا فكل ميسور لما خلق‬


Ketiga: Dalil Akal

Orang awam bukan mujtahid, kalaulah


mereka ini diperintah supaya bertaqlid, maka
sudah tentu tidak selamat orang yang mereka
taqlud daripada tersalah dalam ijtihadnya
atau berdusta dalam menceritakannya. Ini
bererti orang awam diperintah mengikut
kesalahan dan dusta, sedangkan syarak 6
melarang perkara tersebut.
Pendapat yang membenarkan taqlid bersandarkan kepada
kenyataan dan dalil-dalil berikut:

Pertama: DALIL AL-QUR'AN


Ayat ini memerintahkan setiap mereka yang tidak berilmu dan
tidak mampu mengetahui hukum-hukum Syarak dengan cara
ijtihad supaya bertanya dan memohon fatwa kepada orang
yang berilmu.

Kedua: Orang awam pada zaman Sahabat dan tabi'in sering


atau sentiasa memohon fatwa dari kalangan mujtahidin dan
mengamalkan-nya dalam perkara-perkara yang berkaitan
dengan hukum Syarak. Mujtahid di kalangan Sahabat dan
tabi'in ini segera memberi jawapan tanpa menyebut dalil pun.
Maka dengan ini dianggap berlaku ijmak dari mereka atas
keharusan orang awam mengikut mujtahid sama ada disebut
dalilnya atau tidak.

Ketiga: Orang awam bukan mujtahid, kalaulah mereka ini


ditaklifkan berijtihad sendiri maka akan hilanglah mata
pencarian kehidupan mereka dan akan tergendala pekerjaan
masing-masing disebabkan terpaksa menumpukan masa untuk
berijtihad, khususnya dalam masalah-masalah furu' yang
muncul dari semasa ke semasa dan tidak berkesudahan. 7
TAQLID DALAM MASALAH AL-USUL

Masalah Usul adalah berkaitan dengan aqidah, seperti


beriman kepada Allah, sifat yang wajib bagi-Nya; sifat yang
mustahil ke atas-Nya, sifat yang harus bagi-Nya, perkara-
perkara sam‘iyyat dan sebagainya.

Tidak Harus Bertaqlid


 Maka jumhur ulama al-Usul berpendapat tidak harus
bertaqlid padanya, bahkan wajib setiap orang itu mengkaji
dan meneliti dalil ijmali (secara ringkas) walaupun dia
seorang awam.
 Al-Imam al-Syarbini berkata, "Sesungguhnya orang awam
itu tidak harus bertaqlid dalam masalah al-Usul, kerana
mereka itu boleh mengkaji dan menyelidiki pada dalil
ijmali".

Harus Bertaqlid
 Al-Anbari dan pengikutnya berpendapat harus bertaqlid
dalam masalah al-Usul, bahkan sebahagian mereka berkata
taqlid itu wajib dan mengkaji (nadzar) itu haram.

8
 Ulama yang menghukum wajib “nadzar” pada dalil-
dalil berhujah:

 Pertama: Mengkaji dan menyelidiki dalil-dalil itu


tidak akan mengganggu dan mengendalakan urusan
kehidupan harian sepertimana dalam masalah-masalah
furu'. Ini adalah kerana masalah al-Usul terbatas,
dalilnya ijmali mampu dikuasai oleh setiap orang dan
permasalahannya tidak berlaku perubahan dan
pembaharuan.

 Kedua: Manusia diperintahkan supaya mendapatkan


ilmunya itu secara yaqin dalam masalah al-Usul, iaitu
ilmu pengetahuan yang berasaskan hujah dan dalil
bukan taqlid yang hanya berasas-kan zan sahaja.

9
 Ketiga: Hadis yang diriwayatkan tatkala turun ayat:

ِ ‫ت ِأل ُ ْو ِلي األ ْلبَا‬


‫ب‬ ٍ ‫ف اللَّ ْي ِل َوالنَّ َه ِار آليَا‬
ِ َ‫اختِال‬ ِ ‫ت َواأل َ ْر‬
ْ ‫ض َو‬ ِ ‫اوا‬
َ ‫س َم‬ ِ ‫ِإ َّن فِي َخ ْل‬
َّ ‫ق ال‬
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih ber-ganti malam
dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijak-sanaan dan keluasan
rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.
(Ali'Imran: 190)

 Lalu baginda bersabda:

‫ويل لمن الكها ولم يتفكر فيها‬


“Binasalah atau celakalah mereka yang memamah dan mengunyah
ayat tersebut (membacanya) dan tidak mahu memikirkan padanya”.

 Keempat: Asal pada hukum taqlid itu dicela pada Syara'


dan tidak diharuskan. Adapun taqlid yang diharuskan pada
masalah furu' itu adalah dikecualikan dari kaedah asal
tersebut

10
HUKUM BERTAQLID DENGAN MAZHAB-MAZHAB FIQH

 Mazhab-mazhab fiqh ialah madrasah atau aliran fiqhi yang


telah masyhur dengan nama-nama pengasasnya. Mereka ini
adalah tokoh-tokoh agung ulama mujtahidin yang terkenal
dengan kealimannya, ketinggian ijtihadnya, wara' dan
taqwanya.
 Ada di antara mazhab-mazhab ini yang pupus ditelan zaman
dan kesan-kesannya juga terhapus dengan kematian
sahabat-sahabat atau pengikut-pengikutnya, seperti
mazhab al-Auza'iy, Sufian al-Thauri, al-Laith dan lain-lain.
 Bagaimanapun masih ada mazhab-mazhab yang masih
kekal sehingga kini dan mempunyai pengikut-pengikut setia
yang terus-menerus mengamal, mempertahan dan mengem-
bangkannya, seperti mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i dan
Hanbali.
 Setiap mazhab ini mempunyai kitab-kitab dan karangan
ulama masing-masing yang menjelaskan pandangan
fuqaha' mereka.
 Apakah boleh bertaqlid dengan mazhab-mazhab ini atau
dalam ertikata lain perlukah bermazhab.?

11
PERLUKAH BERMAZHAB?
Keperluan bertaqlid dengan mana-mana mazhab dalam Islam, ini
adalah bergantung kepada keadaan seseorang. Seseorang mujtahid
wajib mengetahui segala hukum itu dari sumbernya yang asal
dengan cara penyelidikan, kajian dan ijtihad. Maka tidak harus dia
bertaqlid, bahkan wajib dia beramal dengan keputusan ijtihadnya.
Berlainan dengan orang yang tidak mampu berijtihad, maka wajiblah
dia mengikut ulama mujtahidin dengan memohon fatwa dan
mengemukakan soalan kepada mereka, sama ada secara lisan atau
merujuk kepada pendapat-pendapat mereka yang ditulis dalam
kitab-kitab muktabar yang sah sandarannya.
Oleh yang demikian orang awam hendaklah mengikut salah satu
mazhab yang dipilihnya dari mazhab-mazhab yang masyhur dan
masih kekal hingga ke hari ini dan yang sah pemindahannya (‫)النقل‬
kepada kita.

12
Namun demikian hendaklah berada dalam pemikiran kita perkara-
perkara berikut:
 Pertama: Mazhab-mazhab hanya merupakan madrasah dan aliran fiqh
bagi menafsirkan nas-nas Syariah dan pengambilan hukum-hukum
darinya. Maka ia adalah metodologi-metodologi fiqh dalam beristinbat
dan mengetahui hukum-hukum (bukan Syariat baru).
 Kedua: Sesungguhnya Syariat Islam, iaitu nas-nas al-Quran dan al-Sunnah
— lebih tinggi kedudukannya dari mana-mana mazhab. Bukan mazhab
lebih tinggi kedudukannya dari Syariat.
 Ketiga: Syariah Islam adalah menjadi hujah ke atas setiap mazhab, bukan
mazhab menjadi hujah ke atas Syariat Islam.
 Keempat: Asas yang mengharuskan mengikut mazhab-mazhab ini ialah
kerana diyakini bahawa ia telah berjaya; memperkenalkan kepada
pengikutnya hukum-hukum Syariah yang berdasarkan al-Qur'an dan al-
Sunah
 Kelima: Bagi seseorang yang mengikut mazhab tertentu adalah
diharuskan mengikut mazhab lain dalam sesetengah masalah kerana
tidaklah wajib dia terikat dengan kesemua ijtihad mazhab yang menjadi
ikutannya. Tetapi ikutan kepada mazhab lain itu hendaklah berasaskan
dalil-dalil yang mendorongnya beralih dari mazhabnya kepada mazhab
lain dalam masalah tertentu itu. 13
 Keenam: Seorang muqallid (pengikut) hendaklah bersihkan diri
dari sifat taasub kepada mazhabnya secara melulu, kerana
mazhab-mazhab fiqh bukan sebagai pemecah-belah Islam dan
bukan sebagai agama yang menasakhkan Syariah Islam, bahkan
ia merupakan aliran-aliran dalam menafsirkan Syari'ah dan
fahamannya. Ia juga sebagai metodologi dalam penyelidikan,
kajian dan kefahaman, di samping sebagai cara ilmiah dalam
istinbat hukum.
 Ketujuh: Kita tidak seharusnya merasa sempit, resah atau merasa
sesuatu yang pelik dengan adanya perselisihan mazhab. Tugas
seseorang mujtahid adalah untuk memahami dan mengeluarkan
sesuatu hukum bagi sesuatu permasalahan. Sebagai manusia
biasa, pengetahuan dan kefahaman para mujtahid adalah
berbeza-beza, berlebih kurang dan tidak sama. Maka, sudah pasti
berlaku perbezaan dari sudut istinbat hukum dan kefahaman
tentang dalil. Justeru, kita harus berbangga dengan perbezaan
ilmu fiqh ini yang telah mewariskan kepada kita perbendaharaan
yang besar, dan kita menganggap itu sebagai tanda kesuburan
dan hidupnya fiqh, betapa luasnya pemikiran fuqaha' agung kita
yang telah melaksanakan tanggungjawab memberi khidmat
kepada Syariat Islam yang mulia.
14
 Kelapan: Hendaklah kita memahami daya usaha yang dicurahkan
oleh ulama-ulama mujtahidin dari pelbagai mazhab itu, kita
hendaklah menghormati mereka, beradab kepada mereka, sentiasa
mendoakan kebaikan mereka dan kita percaya bahawa mereka akan
mendapat ganjaran pahala sama ada ijtihad mereka betul atau
tidak. Seperti mana yang diajarkan oleh Allah SWT melalui
Firmannya;

َ ُ‫ين َجا ُؤوا ِمن بَ ْع ِد ِه ْم يَقُول‬


‫ون َربَّنَا ا ْغ ِف ْر لَنَا َو ِ ِل ْخ َوا ِننَا‬ َ ‫َوالَّ ِذ‬
‫ين آ َمنُوا‬ َ ‫ان َو ََل ت َ ْجعَ ْل فِي قُلُو ِبنَا ِغ اّلً ِلالَّ ِذ‬ ِ ْ ‫سبَقُونَا ِب‬
ِ ‫الي َم‬ َ ‫ين‬َ ‫الَّ ِذ‬
‫وف َّر ِحي ٌم‬ٌ ‫َربَّنَا ِإنَّ َك َر ُؤ‬
“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka berkata: Wahai Tuhan
kami! Ampunkanlah bagi kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman.
Dan janganlah Engkau menjadikan dalam hati kami perasaan hasad dan dendam terhadap
orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Betas
Kasihan dan Rahmat-Mu."
(Al-Hasyr: 10)”

15
Perpindahan Mazhab dan Pandangan Ulama

 Sebahagian ulama berpandangan bahawa wajib ke atas


orang awam terikat dengan mazhab tertentu. Ini kerana,
dia telah beriktikad bahawa mazhab yang ia ikuti adalah
benar, maka wajiblah dia berpegang dengan kehendak
iktikadnya.

 Keterangan di atas bermaksud, apabila dia telah


beriktikad atau sekurang-kurangnya berat sangkaannya
(‫ )الظن الغالب‬bahawa mazhab yang menjadi pegangannya
adalah benar, maka mazhab yang lain hanya mempunyai
sangkaan yang lemah (‫ )الوهم‬bahawa ia adalah mazhab
yang benar. Justeru itu, wajib baginya mengikut sangkaan
yang kuat dan meninggalkan sangkaan yang lemah dalam
permasalahan hukum syarak.

16
Perpindahan Mazhab dan Pandangan Ulama

 Menurut pendapat yang asah (‫ )اصح‬dari pendapat dan


fatwa ulama muta'akhirin mazhab Syafi'i seperti al-
Syaikh Ibn Hajar dan lain lain, bahawa orang awam
tidaklah wajib dia terikat dengan mazhab tertentu
bahkan harus baginya berpindah dari satu mazhab
kepada mazhab-mazhab lain yang muktabar (telah
tersusun serta di bukukannya).

 Walaupun dengan semata-mata keinginan, sama ada


berpindah terus buat selama-lamanya atau pada
masalah-masalah tertentu sahaja, walaupun telah
difatwakan atau diputuskan hukuman atau telah
mengamalkan pandangan mazhab pertama yang
menyalahi pandangan mazhab kedua yang bakal diikuti.

17
Perpindahan Mazhab dan Pandangan Ulama

 Hujah bagi pandangan ini ialah tidak wajib ke atas


mereka kecuali apa yang diwajibkan oleh Allah dan
RasulNya iaitu mengikut mana-mana ulama tanpa
ditentukan yang mana satu di antara mereka.

 Mereka yang memohon fatwa daripada para sahabat dan


tabi’in tidaklah terikat dengan mazhab tertentu. Ini
merupakan satu persepakatan di kalangan para mujtahid
pada zaman itu bahawa tidak wajib bertaqlid kepada
imam atau mazhab tertentu dalam setiap masalah.

 Memperwajibkan kepada orang awam untuk berpegang


dengan mazhab tertentu boleh membawa kesempitan,
sedangkan perselisihan para mujtahid mengenai hukum-
hukum fiqh adalah merupakan Rahmat Allah kepada
hambaNya.

18
Syarat Keharusan berpindah mazhab:

 Pertama: Jangan bertaqlid itu sampai membawa kepada talfiq. Talfiq


ialah mencampur aduk antara dua mazhab dalam satu
permasalahan.

 Kedua: Tidak bertujuan mencari-cari yang rukhsah iaitu mengambil


yang mudah-mudah dari setiap mazhab, kerana amalan seperti ini
berdosa dan kata sesetengah ulama boleh menjadi fasiq.

 Ketiga: Ibn Daqiq al-'Iid dan 'Izz al-Din bin 'Abd al-Salam
mensyaratkan, "Jangan ada hukum yang ditaqlidkan itu boleh
membawa kepada membatalkan keputusan hakim.”

19
Taqlid Selain Dari Imam-imam Mujtahid Yang Empat

 “Orang awam” tidak wajib terikat dengan


mazhab imamnya bahkan dia boleh
mengamalkan pendapat mazhab lain pada
sesuatu masalah atau beberapa masalah, atau
dia berpindah terus kepada mazhab lain.

 Apakah taqlid itu harus berkisar dalam empat


mazhab yang masyhur sahaja atau boleh juga
taqlid kepada yang lain dari empat mazhab itu,
seperti mazhab tokoh-tokoh sahabat, mazhab
Zahiriyyah, mazhab al-Laith al-Auza'ie, Ibn Jarir
atau lain-lain? Di sini ulama berselisih pendapat
seperti berikut:

20
Perselisihan pendapat Ulama :
1. Sebahagian ulama masih membenarkan taqlid kepada pandangan selain
daripada mazhab yang empat berdasarkan keharusan bertaqlid kepada
mazhab secara umum. Ini kerana, sekiranya harus untuk seseorang untuk
bertaqlid kepada mazhab Syafie, maka harus juga baginya untuk bertaqlid
kepada mazhab al-Laith, al-Awza’i, al-Thauri, al-Tabari dan lain-lain.
2. Walaubagaimanapun, kebanyakan ulama muta'akhirin berpendapat tidak
harus bertaqlid kepada selain lain dari imam-imam yang empat, kerana
mazhab mereka tidak disusun dengan rapi dan pasti, dan juga boleh
menyebabkan orang yang mengikutnya itu terdedah kepada kesalahan dan
beberapa takwil.
3. Berbeza dengan mazhab yang empat kerana ia telah terkenal umum,
tersusun dengan rapi dan telah dibukukan hasil usaha yang bersungguh-
sungguh oleh pengikut masing-masing yang menyebarkannya di samping
memperjelaskan yang tersembunyi, mengkhususkan yang umum dan
meng’qaid’kan yang mutlaq. Wujud ketenangan jiwa apabila
mengamalkannya kerana hampir kepada kebenaran.

21
Perselisihan pendapat Ulama (sambungan):
4. Pandangan-pandangan daripada mazhab-mazhab yang tidak masyhur ini
juga sebahagian besarnya telah terkandung dan bertepatan dengan salah
satu daripada mazhab yang empat.
5. Imam al-Haramain (419 – 478 H) berkata, telah ijmak ulama muhaqqiqun
bahawa orang awam tidak harus berpegang kepada mazhab-mazhab
sahabat, bahkan mereka mesti mengikut mazhab-mazhab imam yang
telah teruji, kerana mereka telah menjelaskan cara-cara penyelidikan dan
kajian dibuat, di samping memperbetulkan dan mengesahkan masalah-
masalah-nya, seterusnya mereka menerang dan menghimpunkan nya di
dalam kitab-kitab yang muktabar.
6. Ibn Salah pula berkata sewajarnya bertaqlid hanyalah kepada imam-imam
yang empat sahaja, kerana mazhab-mazhab tersebut telah tersebar luas,
telah diketahui apa yang diqaidkan dari yang mutlaqnya, dikhususkan
yang umumnya dan telah bertebaran furu'-furunya, berbeza dengan
mazhab-mazhab lain.

22
• Gejala taqlid ini tidak muncul dalam sekelip mata atau lahir
sebagai suatu wabak yang merebak dalam masa yang
singkat. Paling tepat ia boleh disifatkan sebagai gejala alam
yang bermula dan menular sedikit demi sedikit, bukan
sahaja oleh faktor dalaman pengajian Syariah sendiri, tetapi
juga faktor luaran, terutama persekitaran politik dan
kebudayaan yang ada pada waktu itu.

• Contoh-contoh daripada fenomena alam boleh membantu


buat memahami fenomena taqlid ini. Kata sesetengah
orang, setiap apa yang sudah mencapai kemuncak itu akan
mengalami kemerosotan. Ibarat bulan yang sudah penuh
purnama di malam kelima belas tak mungkin mencapai
kesempurnaan lebih daripada itu. Sebaliknya ia akan
mengalami kemerosotan sedikit demi sedikit sama ada
disedari oleh semua orang ataupun tidak.

LATAR 23
• Alam pemikiran dan tamadun manusia pun begitu.
Dalam sejarah tamadun manusia yang lama ini,
tidak pernah tercatat ada tamadun yang terus
hidup menongkat langit. Sebaliknya tamadun
datang dan pergi silih berganti adalah perkara
biasa. Dalam al-Quran sendiri Allah pernah
membayangkan bahawa sejarah itu bertukar ganti
antara umat manusia.
• Oleh sebab itu, gejala taqlid ini lebih wajar dilihat
sebagai adunan antara kelemahan manusia sendiri
dan kehendak alam. Walau bagaimana hebat
sekalipun sikap dan usaha manusia, kehendak alam
tetap juga akan berlaku. Sebaliknya usaha yang
gigih daripada manusia kadangkala boleh
mengubah kehendak alam.
• Dengan cara ini, apa pun yang berlaku terhadap
pengajian Syariah dalam peringkat taqlid ini,
kesalahannya tidak boleh diletakkan sepenuhnya
ke atas bahu para fuqaha semata-mata, tetapi
harus dipikul bersama oleh umat Islam seluruhnya.
Malah perlu dilihat sebagai sebahagian daripada
LATAR kehendak alam sendiri 24
BELAKANG
 Perkembangan Gejala Taqlid;
Gejala taqlid ini bermula pada pertengahan abad keempat hijrah. Bagaimanapun, para
penulis biasanya membahagikan tempoh berkenaan kepada dua peringkat.
 Peringkat pertama: Di antara pertengahan abad keempat sehinggalah kejatuhan
Baghdad ke tangan orang-orang Tatar pada tahun 656H.
Pada peringkat pertama, taqlid belum benar-benar menguasai pengajian Syariah
seluruhnya. Apa yang berlaku ialah semangat ijtihad secara bebas tanpa terikat
dengan mazhab-mazhab tertentu mula pudar. Bagaimanapun, mereka masih lagi
terus berusaha terutama dalam memperkembangkan pandangan-pandangan
dalam mazhab masing-masing, dengan menganalisis pandangan-pandangan
berkenaan dan mempertahankannya daripada kritikan-kritikan daripada para
fuqaha mazhab lain.

Walau bagaimanapun, taqlid pada ketika ini telah menggantikan ijtihad yang
sangat subur pada abad-abad sebelumnya.

Sikap bermazhab dengan imam-imam terdahulu juga telah mula subur di kalangan
ulama pada zaman tersebut sama ada dengan mengikut hukum-hukum yang telah
ditetapkan atau mengikut manhaj dan kaedah yang ditetapkan oleh para imam
terdahulu.

25
 Perkembangan Gejala Taqlid;
 Peringkat Kedua: Selepas Kejatuhan Baghdad
Pada peringkat kedua ini, gejala taqlid ini sudah benar-benar
menguasai keadaan sepenuhnya. Pada waktu itu tiada lagi ijtihad
yang dilakukan, sama ada secara terbuka atau dalam mazhab
sendiri. Semua para fuqaha telah mengikat diri mereka dengan
fatwa orang-orang terdahulu dan menerima sepenuhnya
pandangan-pandangan lama itu tanpa analisis dan usul periksa.

Sikap seperti ini juga timbul hasil daripada kerisauan para ulama
terhadap penyelewengan orang-orang yang masih tidak sampai
tahap mujtahid tetapi mendakwa dirinya telah memenuhi syarat-
syarat tersebut (Ibnu Rejab al-Hanbali)

Pada zaman tersebut para ulama hanya memelihara hukum-


hukum yang dikeluarkan oleh para ulama terdahulu tanpa
sebarang perbincangan atau usaha untuk mencari illah atau
maqasid daripada setiap hukum (Mustafa al-Zarqa’)

26
 Perkembangan Gejala Taqlid;
 Namun begitu, pada kurun ini terdapat penulisan-penulisan
yang berkhidmat dalam mentahqiqkan mazhab yang
dipegangnya serta usaha-usaha untuk mengemukakan dalil-
dalil bagi setiap hukum yang dipegang dalam mazhab.
Muncul juga siri-siri fatwa daripada para ulama pada zaman
tersebut bagi menjawab persoalan-persolan yang timbul di
kalangan masyarakat seperti Fatawa al-Subki, Fatawa al-
Qaffal, Fatawa al-Imam al-Nawawi, Qurratu al-’Ain bi Fatawa
‘Ulama al-Haramayn, al-Fatawa al-Hindiyyah dan banyak lagi.
Justeru, ini menunjukkan bahawa para ulama pada zaman
tersebut juga tidak meninggalkan peranan mereka dalam
memberikan penyelesaian bagi permasalahan yang timbul
dalam ruang lingkup mazhab dan usul mazhab yang menjadi
pegangannya.

27
Sebab-Sebab Berlaku Taqlid;

 Politik
Masalah politik yang ketara berlaku di Baghdad, Andalus, Afrika
Utara dan beberapa pelosok negara Islam baik di Timur
mahupun di Barat.
Kestabilan politik yang hilang ini telah memberi kesan yang
mendalam terhadap kemajuan pengajian Syariah. Dalam
keadaan seperti itu wujud apa yang disebut sebagai kegelisahan
politik yang mengganggu penumpuan para ulama kepada
bidang keilmuan masing-masing.
Jaringan akademik di antara para fuqaha juga telah terganggu.
Keprihatinan para pemerintah terhadap perkembangan ilmu
juga telah semakin hilang akibat pergolakan politik. Seperti
mana dimaklumi, para khalifah pemerintah Abbasiyah begitu
berminat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan,
termasuklah dalam bidang pengajian Syariah.

28
Sebab-Sebab Berlaku Taqlid;

 Sosial
Dari segi sosial pula, paling ketara ialah timbul perasaan kurang yakin di
kalangan para fuqaha terhadap kebolehan sendiri. Ini mungkin kerana
terlampau kagum dengan ketokohan atau keagungan para fuqaha
sebelum itu sehingga merasakan diri mereka terlalu kerdil berbanding
dengan mereka itu.
Perasaan kurang yakin dan rendah diri ini telah menjadikan para
fuqaha pada waktu itu kurang melakukan ijtihad walaupun sesetengah
daripada mereka sebenarnya telah mencapai tahap keilmuan yang
hampir setanding dengan para imam mujtahidin yang terdahulu. Lebih-
lebih lagi apabila mereka dapat hasil-hasil ijtihad terdahulu telah selesai
dibukukan dan mudah untuk dirujuk. Adalah lebih mudah lagi bagi
mereka pada waktu itu untuk merujuk sahaja kepada buku-buku
berkenaan dan bertaqlid dengan fatwa-fatwa yang terdapat di
dalamnya daripada melakukan ijtihad dengan berbagai-bagai risiko yang
terdapat di dalamnya.

29
Sebab-Sebab Berlaku Taqlid;

 Akademik dan Keilmuan


 Antara sebab akademik yang membawa kepada gejala taqlid ini ialah sikap
fanatik para fuqaha sendiri terhadap mazhab masing-masing.
 Mazhab-mazhab pada umumnya telah lahir pada zaman sebelum ini, iaitu
yang dikenali sebagai zaman kecemerlangan pengajian Syariah. Kelahiran
mazhab ini adalah merupakan kesinambungan terhadap adanya aliran-
aliran pemikiran yang berbeza-beza dalam memahami Syariah, terutama
aliran "maslahah" dan aliran "qiyas. Bagaimanapun yang paling
mempengaruhi ke atas lahirnya mazhab fiqh ini ialah ketokohan para
pemimpin mazhab-mazhab itu sendiri serta para pembantu kanan mereka.
 Di bawah mazhab-mazhab ini pengajian Syariah telah berkembang dengan
sempurna sehingga telah mencapai tahap kemajuan yang begitu tinggi.
Dalam keadaan seperti ini, ijtihad telah memberi sumbangan yang baru ke
arah memperlengkapkan hukum bagi kegunaan masyarakat seluruhnya.
Bahkan hukum-hukum yang telah diijtihadkan itu bukan sahaja cukup
untuk digunakan oleh masyarakat Islam semasa, tetapi juga oleh generasi-
generasi yang akan datang memandangkan sifatnya yang memandang ke
hadapan.

30
Sebab-Sebab Berlaku Taqlid;

 Akademik dan Keilmuan (sambungan)

 Dalam suasana yang mewah dengan hasil ijtihad ini para fuqaha
sezaman tidak lagi merasai apa-apa keperluan untuk terus
berijtihad. Malah apa-apa usaha untuk berijtihad boleh dilihat
sebagai melawan arus dan tidak sayugia dihormati.

 Hasil daripada keadaan tersebut, setiap orang merasakan lebih


selesa untuk terikat dengan mazhab-mazhab yang ada, baik secara
keseluruhan mahupun dalam setiap fatwa yang diperlukan. Dalam
suasana seperti itu keterbukaan akademik tiada lagi. Sebaliknya
apa yang ditegakkan ialah sikap bertaqlid dan menerima apa sahaja
pandangan para fuqaha terdahulu dengan anggapan ia adalah
kemuncak pemikiran yang tidak lagi dapat atau sesuai dinilai
kembali.

31
KESAN TAQLID TERHADAP
PENGAJIAN SYARIAH

32
KESAN TAQLID TERHADAP
PENGAJIAN SYARIAH
 Taqlid pada asalnya dikembangkan oleh para murid imam-
imam mazhab yang cerdik dan cergas dalam memahami segala
ilmu yang disampaikan oleh guru-gurunya kemudian
menyebarkan ilmu tersebut, menyalin semula, memasukkan di
dalam karangan mereka sendiri, berpegang teguh dengan
hukum fiqh dan manhaj fiqh imam-imam mereka dan
mempertahankan pandangan guru-guru mereka dalam setiap
perbincangan dan perdebatan dengan para ulama yang lain.

 Taqlid juga menghasilkan sejumlah karangan yang menjelaskan


segala usul dan furuk yang telah diperbincangkan dalam sesuatu
mazhab sehingga segala usul dan furuk tersebut dapat kita
pelajari dan fahami sehingga ke hari ini.

33
KESAN TAQLID TERHADAP
PENGAJIAN SYARIAH
Taqlid juga menyebabkan banyak negara telah menjadikan sesebuah
mazhab tersebut sebagai mazhab rasmi bagi negaranya bagi
memudahkan sistem pentadbiran dan pengadilan di kalangan
rakyatnya. Ia juga telah menjadi inspirasi kepada penkodifikasian
undang-undang (al-Taqnin) seperti mana yang berlaku pada negara
moden pada hari ini.

 Timbul sekolah-sekolah atau madrasah-madrasah yang mengajar dan


menyebarkan mazhab-mazhab tertentu. Perkara-perkara yang
dipelajari di madrasah-madrasah ini adalah hukam hakam di dalam
mazhab, perdebatan, khilaf di kalangan mazhab, Usul Fiqh dan Ilmu
Kalam (‘Iz al-Din ‘Abd al-Salam). Madrasah-madrasah ini juga mendapat
dokongan daripada pemerintah dan masyarakat melalui pemberian
wakaf seperti Universiti al-Azhar di Mesir dan Universiti al-Qarawiyyin
di Maghribi.

34
KESAN TAQLID TERHADAP
PENGAJIAN SYARIAH
Taqlid juga telah memberi khidmat dalam menyebarkan kefahaman
fiqh Islam ke seluruh dunia Islam melalui para ulama dan pendokong-
pendokong mazhab. Mazhab Hanafi telah mendominasi negara Mesir,
Tunisia, Algeria dan negara-negara di Timur Tengah. Mazhab Maliki
telah menyebarkan pandangan-pandangannya di Maghribi dan negara-
negara di benua Afrika. Manakala mazhab Syafie sangat terkenal di
Nusantara dan Mazhab Hanbali telah tersebar di Semenanjung Tanah
Arab (Hijaz).

35
SEKIAN
TERIMA KASIH

36

Anda mungkin juga menyukai