Anda di halaman 1dari 19

USUL FIQH 2

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/1399-irsyad-usul-al-fiqh-siri-ke-9-nasikh-
dan-mansukh-penjelasan-dan-fungsinya

IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE-9: NASIKH DAN


MANSUKH: PENJELASAN DAN FUNGSINYA
Butiran
Dimuatnaik oleh Muhammad Fahmi Rusli
 Diterbitkan: 05 Disember 2016

 Irsyad Usul Fiqh

Mukadimah

Di dalam perbahasan ilmu usul fiqh, di sana terdapat suatu bab yang disebut
sebagai al-Nasikh dan al-Mansukh. Ia pada hakikatnya merupakan suatu cara untuk
menyelesaikan percanggahan di antara dalil-dalil. Ini kerana, sekalipun mustahil
untuk dalil-dalil bercanggah di antara satu sama lain dari sudut realitinya, akan tetapi
ia tidak mustahil berlaku pada sudut pandangan para mujtahid. Definisi al-Nasakh

Nasakh dari sudut bahasa: Digunakan kepada: Mengangkat dan juga


menghilangkan. Dikatakan: Matahari menasakhkan bayangan iaitu mengangkatnya.
Angin menasakhkan kesan-kesan iaitu menghilangkannya. Nasakh juga membawa
maksud: Menukilkan (memindahkan). Contohnya: Aku menasakhkan al-Kitab. Iaitu:
Aku menukilkan apa yang terdapat di dalamnya sekalipun tidak sedikitpun
menghilangkannya daripada tempatnya. Lihat al-Faqih wal-Mutafaqqih, al-Khatib
al-Baghdadi (Hlm. 189).

Dari sudut istilah: Mengangkat hukum syarak dengan dalil syarak yang datang
terkemudian darinya. Dalil itu dinamakan sebagai al-Naasikh manakala hukum yang
terangkat itu disebut sebagai al-Mansukh.
Jenis-jenis Nasakh

Nasakh terbahagi kepada beberapa jenis:

Pertama: Nasakh boleh jadi secara sarih ataupun jelas. Iaitu nas jelas menunjukkan
bahawa ayat tersebut telah berlaku nasakh padanya. Sebagai contohnya adalah
sabda Nabi S.A.W:

ِ ‫نَهَ ْيتُ ُك ْم ع َْن ِزيَا َر ِة ْالقُب‬


'‫ُور فَ ُزورُوهَا‬

Maksudnya: Aku dahulu melarang kalian dari menziarahi kubur maka sekarang


ziarahilah kubur.

 Riwayat Muslim (977)

Berdasarkan hadis di atas, nasakh berlaku secara jelas di dalam nas yang sama. Al-
Nasikh adalah perintah menziarahi kubur. Manakala al-Mansukh adalah larangan
menziarahi kubur.

Kedua: Nasakh dhimni (di sebalik/terkandung).

Yang dimaksudkan dengan nasakh dhimni ini adalah, Allah tidak menyebutkan
secara sarih (jelas) akan berlakunya nasakh. Akan tetapi terdapat hukum lain yang
disyariatkan yang mana ianya bercanggah dengan hukum sebelumnya tanpa
adanya nas yang sarih menunjukkan akan mansukhnya hukum yang pertama dan
tidak boleh untuk dihimpunkan di antara keduanya. Maka pensyariatan hukum yang
terkemudian itu menjadi nasikh dhimni (terkandung) bagi hukum yang terdahulu.
Contoh bagi nasakh dhimni ini adalah firman Allah S.W.T:

ۡ ۡ ٰ ۡ َ ٗ ِ ‫َوٱلَّ ِذينَ يُتَ َوفَّ ۡونَ ِمن ُكمۡ َويَ َذرُونَ أَ ۡز ٰ َو ٗجا' َو‬
ٖ ‫صيَّة أِّل ز ٰ َو ِج ِهم َّمتَعًا إِلَى ٱل َح ۡو ِل غ َۡي َر إِخ َر‬
‫اج‬

Maksudnya: Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta


meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi
nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya,
dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya.

Surah al-Baqarah (240)

Berdasarkan ayat ini, dapatlah difahami bahawa iddah bagi wanita yang kematian


suaminya adalah selama setahun penuh. Inilah hukumnya pada awal-awal islam
dahulu. Kemudian turunnya firman Allah S.W.T:

‫َّصنَ بِأَنفُ ِس ِه َّن أَ ۡربَ َعةَ أَ ۡشه ُٖر َوع َۡش ٗرا‬
ۡ ‫َوٱلَّ ِذينَ يُت ََوفَّ ۡونَ ِمن ُكمۡ َويَ َذرُونَ أَ ۡز ٰ َو ٗجا' يَتَ َرب‬

Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang


mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka
(beridah) selama empat bulan sepuluh hari.

Surah al-Baqarah (234)


Manakala ayat ini pula menunjukkan bahawa isteri-isteri yang kematian suami
hendaklah mereka itu beriddah selama empat bulan sepuluh hari. Justeru, ayat ini
menjadi nasikh dhimni ke atas hukum ayat yang pertama kerana ayat ini turun
terkemudian daripada ayat tadi.

Syarat-syarat Nasakh

Berikut merupakan beberapa syarat nasakh yang disepakati oleh para fuqaha:

 Hendaklah yang dimansukhkan itu merupakan hukum syarak.


 Nasakh itu hendaklah berlaku dengan khitob (dalil) syarak.·
 Hendaklah dalil nasikh itu datang terkemudian daripada dalil mansukh.

Apa Yang Boleh Dinasakhkan Atau Menasakhkan ?

Di antara perkara yang perlu dinyatakan, sebahagian dalil boleh menasakhkan di


antara satu sama lain. Manakala terdapat juga dalil yang lain akan tetapi ia tidak
dapat menasakhkan dalil yang lebih kuat darinya. Pembahagiannya boleh kita
fahami seperti berikut:

Pertama: Nas-nas al-Quran boleh untuk menasakhkan di antara satu sama lain.
Kerana kesemuanya sama dari sudut kekuatan kedudukan.

Kedua: Al-Quran boleh dinasakhkan oleh Sunnah yang mutawatir dan begitu


jugalah sebaliknya. Ini kerana, Sunnah yang mutawatir itu sama seperti al-Quran
dari sudut qath’iyyah al-thubut (sabit dengan jalan yang pasti).

Ketiga: Sunnah Ahaad (hadis-hadis Ahaad) boleh menasakhkan antara satu sama


lain ataupun ia boleh dinasakhkan dengan nas yang lebih kuat daripadanya.

Keempat: Ijmak tidak boleh menasakhkan nas daripada al-Quran dan juga al-
Sunnah. Ini kerana sesuatu nas itu apabila dalalah nya qath’ie maka itu menjadi
penghalang untuk berlakunya ijmak atas sesuatu yang menyelisihinya.

Kelima: Nas-nas daripada al-Kitab dan juga al-Sunnah tidak boleh untuk


memansukhkan ijmak. Ini kerana, sesuatu yang memansukhkan (al-nasikh)
hendaklah datang kemudian daripada sesuatu yang dimansukhkan (al-mansukh).
Sedangkan nas-nas al-Quran dan juga al-Sunnah ini telah datang terlebih dahulu
daripada ijmak. Bahkan ijmak sebagai dalil syarak tidak dianggap sebagai hujah
melainkan setelah wafatnya Nabi S.A.W.

Keenam: Ijmak yang terbina di atas nas al-Kitab dan juga al-Sunnah ataupun Qiyas
tidak boleh untuk dinasakhkan dengan ijmak yang lain. Adapun ijmak yang terbina di
atas maslahah maka ia boleh untuk dinasakhkan dengan ijmak yang lain.

Ketujuh: Qiyas juga tidak boleh untuk menasakhkan nas al-Kitab dan juga al-
Sunnah. Demikian Qiyas tidak boleh menasakhkan Ijmak. Bahkan kesemuanya itu
tidak boleh memansukhan qiyas. Ini kerana qiyas tidaklah berlaku melainkan ketika
mana ketiadaan hukum di dalam al-Kitab, al-Sunnah, dan juga al-Ijmak.
Kelapan: Qiyas tidak boleh untuk menasakhkan qiyas yang lain. Ini kerana qiyas
terbina daripada ra’yu dan juga ijtihad.

Nasakh Di Dalam Al- Quran

Kata al-Imam al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah (W. 463 H): Nasakh di dalam al-


Quran terbahagi kepada tiga bahagian: Nasakh hukum dengan mengekalkan rasm
(ayat al-Quran), Nasakh rasm tanpa menasakhkan hukum, dan nasakh kedua-
duanya iaitu hukum dan juga rasm.

Pembahagiannya adalah seperti berikut:

1- Nasakh hukum dengan mengekalkan rasm (ayat al-Quran)

Yang dimaksudkan dengan ini adalah, Allah S.W.T memansukhkan sesuatu hukum
yang terdapat di dalam al-Quran. Dalam masa yang sama ayat yang menjelaskan
akan hukum tersebut tidak dimansukhkan sekali akan tetapi ia masih kekal di dalam
َ ‫ب َعلَ ۡي ُكمۡ إِ َذا َح‬
al-Quran. Contohnya adalah seperti berikut. Firman Allah S.W.T: ‫ض َر‬ َ ِ‫ُكت‬
ِ 'ۖ ‫صيَّةُ لِ ۡل ٰ َولِد َۡي ِن َوٱأۡل َ ۡق َربِينَ بِ ۡٱل َم ۡعر‬
‫ُوف‬ ِ ‫خَيرًا ۡٱل َو‬ ُ ‫أَ َح َد ُك ُم ۡٱل َم ۡو‬
ۡ َ‫ت إِن تَ َرك‬

Maksudnya: Diwajibkan ke atas kalian, apabila salah seorang di antara kalian


kedatangan (tanda-tanda) maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak,
berwasiat untuk ibu-bapa dan kaum kerabatnya secara makruf, (ini adalah)
kewajipan ke atas orang-orang yang bertakwa.

Surah al-Baqarah (180)

Daripada ayat di atas kita mendapati bahawa ia menunjukkan hukum wajibnya


berwasiat kepada ibubapa dan juga kaum kerabat. Akan tetapi, hukum ini telahpun
dimansukhkan apabila datangnya pensyariatan mirath.

Kata al-Imam al-Baghawi ketika menafsirkan ayat ini: “Adalah wasiat itu


difardhukan kepada kedua ibubapa dan juga kaum kerabat pada awal
permulaan Islam ke atas sesiapa yang meninggal dunia serta meninggalkan
harta. Kemudian ianya dimansukhkan dengan ayat mirath”. Rujuk Ma’alim al-
Tanzil, al-Baghawi (1/193).

Maka walaupun hukumnya telah mansukh, akan tetapi ayat tersebut ataupun
rasmnya masih terdapat di dalam al-Quran.

2- Nasakh rasm (ayat) dengan mengekalkan hukum.

Contoh baginya adalah perihal ayat rejam. Pada asalnya, ia terdapat di dalam al-
Quran. Akan tetapi ayat tersebut telah dimansukhkan manakala hukumnya tetap
kekal. Saidina Ibn Abbas R.anhuma meriwayatkan daripada Umar Ibn al-
Khattab R.anhu beliau berkata: “Sesungguhnya Allah S.W.T telah mengutuskan
Muhammad S.A.W dan menurunkan ke atasnya al-Kitab. Di antara yang Allah
turunkan ke atasnya adalah ayat rejam. Maka kami membacanya, memahaminya,
serta menjaganya”. Kata beliau lagi:
ُ‫ت ْالبَيِّنَة‬ َ ْ‫ق َعلَى َم ْن زَ نَى َوقَ ْد أَح‬
ِ ‫صنَ إِ َذا قَا َم‬ ٌّ ‫أَالَ َوإِ َّن الرَّجْ َم َح‬

Maksudnya: “Sesungguhnya rejam itu merupakan hak ke atas penzina muhson


(yang sudah berkahwin) apabila telah tertegaknya bukti”.

 Riwayat al-Bukhari (6829)

3- Nasakh rasm (ayat) berserta dengan hukum.

Contoh bagi nasakh kategori ini adalah berkenaan kadar bilangan susuan yang
cukup untuk menjadikan seseorang sebagai mahram. Dalam sebuah hadis daripada
A’isyah R.anha beliau berkata:

ٍ ‫س َم ْعلُو َما‬
‫ت‬ ٍ ‫ ثُ َّم نُ ِس ْخنَ بِخَ ْم‬  َ‫ت ي َُحرِّ ْمن‬
ٍ ‫ت َم ْعلُو َما‬ َ ‫َكانَ فِي َما أُ ْن ِز َل ِمنَ ْالقُرْ آ ِن َع ْش ُر َر‬
ٍ ‫ض َعا‬
Maksudnya: Di antara ayat yang diturunkan daripada al-Quran adalah sepuluh kali
susuan yang menjadikan mahram. Kemudian ia dinasakhkan kepada lima kali
susuan yang diketahui.

Riwayat Muslim (1452)

Kata Imam al-Khatib al-Baghdadi: Ayat yang 10 kadar ini dimansukhkan tulisan


dan hukumnya di dalam al-Quran. Lihat al-Faqih wal-Mutafaqqih, al-Khatib al-
Baghdadi (Hlm. 192).

Penutup

Akhir kalam, semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kepada kita
kefahaman berkaitan isu nasikh dan juga mansukh. Ameen.
http://myrealblo.blogspot.com/2015/11/ulumul-quran-nasikh-dan-mansukh.html
SEKOLAH TINGGI AGAMA ISLAM NEGERI KUDUS JURUSAN SYARIAH
PRODI EKONOMI SYARIAH
 TAHUN 2015

BAB I
PENDAHULUAN

A.    Latar Belakang
Setelah Nabi Muhammad SAW wafat, ia meninggalkan dua kitab yang akan
menjadi pedoman manusia hidup di dunia agar tidak tersesat yaitu Al-qur’an dan Al-
hadits. Allah juga menurunkan syariat samawiyah kepada para utusanNya untuk
memperbaiki umat di bidang akidah, ibadah dan muamalah. Tentang bidang ibadah
dan mu’amalah memilki prinsip yang sama yaitu bertujuan membersihkan jiwa dan
memelihara keselamatan masyarakat. Tuntutan kebutuhan setiap umat terkadang
berbeda satu dengan yang lain. Apa yang cocok untuk satu kaum pada suatu masa
mungkin tidak cocok lagi pada masa yang lain. Disamping itu, perjalanan dakwah pada
taraf pertumbuhan dan pembentukan tidak sama dengan perjalannya sesudah
memasuki era perkembangan dan pembangunan. Dengan demikian
hikmah tasyri’ (pemberlakuan hukum) pada suatu periode akan berbeda dengan
hikmah tasyri’ pada periode yang lain. Tetepi tidak diragukan bahwa pembuat syari’at,
yaitu Allah, rahmat dan ilmuNya meliputi segala sesuatu, dan otoritas memerintah dan
melarang pun hanya milikNya.
Oleh sebab itu, wajarlah jika Allah menghapuskan sesuatu syari’at dengan syari’at
lain untuk menjaga kepentingan para hamba berdasarkan pengetahuanNya
yang azali tentang yang pertama dan yang terkemudian.
B.     Rumusan Masalah
1.      Apa pengertian Nasikh dan Mansukh dan Syarat-syaratnya?
2.      Bagaimana sejarah Nasikh dan Mansukh?
3.      Apa saja klasifikasi Nasikh dan Mansukh?
4.      Apa perbedaan antara Nasikh dan Mansukh?
5.      Apa fungsi memahami Nasikh Mansukh?
6.      Bagaimana pendapat tentang Nasikh dan Mansukh?
BAB II
PEMBAHASAN

1.    Pengertian Nasikh dan Mansukh dan Syarat-Syaratnya


Nasikh menurut bahasa memilki dua arti yaitu: hilangkan dan hapuskan. Misalnya
dikatakan nasakhat asy-syamsu azh-zhilla, artinya matahari menghilangkan bayang-
bayang dan nasakhat ar-rih atsara al-masyyi, artinya angin menghapuskan jejak
langkah kaki. Kata naskh juga dipergunakan untuk makna memindahkan sesuatu dari
suatu tempat ke tempat lain. Misalnya:nasakhtu al- kitab, artinya, saya menyalin isi
kitab. Didalam Al-quran dikatakan:
‫إِنَّا ُكنَّا نَ ْسَت ْن ِس ُخ َما ُك ْنتُ ْم َت ْع َملُو َن‬  ۚ ‫ْح ِّق‬ ِ ِ
َ ‫ َٰه َذا كتَ ُابنَا َي ْنط ُق َعلَْي ُك ْم بِال‬ 
Artinya: “ Sesunguhnya kami menyuruh untuk menasakhkan apa dahulu kalian kerjakan.” (Al-
jatsiyah:29).
Maksudnya, kami (Allah) memindahkan amal perbuatan kedalam lembaran-
lembaran catatan amal.
Sedangkan menurut istilah nakh ialah “mengangkat (menghapuskan) hukum
syara’ dengan dalil hukum syara’ yang lain.” Disebutkan disini kata “hukum”,
menunjukkan bahwa prinsip “segala sesuatu hukum asalnya boleh” (Al-Bara’ah Al-
ashliyah) tidak termasuk yang di naskh. Kata-kata “dengan dalil hukum syara’”
mengecualikan pengangkatan (penghapusan) hukum yang disebabkan kematian atau
gila, atau penghapusan dengan ijma’ atau qiyas. Contohnya:
‫اس ٌع َعلِ ْي ٌم‬
ِ ‫اهلل إِ َّن اهلل و‬
ََ
ِ ُ‫ِهلل الْم ْش ِر ُق و الْمغْ ِرب فَأ َْينَما ُتولُّوا َفثَ َّم و ْجه‬
َ َْ َ ُ َ َ َ
ِ ‫و‬
َ
Artinya: “Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, Maka kemanapun kamu menghadap di
situlah wajah Allah[83]. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha
mengetahui. Disitulah wajah Allah” (QS. Al-Baqarah [2] : 115.)
              Kemudian di nasakh oleh ayat:
‫ْح َر ِام‬ ِِ َ ‫َف َو ِّل َو ْج َه‬
َ ‫ك َشط َْر ال َْم ْسجد ال‬
Artinya: “maka palingkanlah mukamu ke arah masjidil haram....”
(QS. Al-Baqarah:144)
Ada yang berpendapat inilah yang benar, bahwa ayat pertama tidak
di naskh   sebab ia berkanaan dengan sholat sunnah saat dalam perjalanan yang
dilakukan diatas kendaraan, juga dalam keadaan takut dan daruarat. Dengan
demikian, hkum ayat ini tetap berlaku, sebagaimana dijelaskan dalam Ash-
Shahihain. Sedang ayat kedua berkenaan dengan sholat fardlu lima waktu. Dan yang
benar, ayat kedua ini menasakh perintah kehadap Baitul Maqdis yang ditetapkan
dalam sunnah.
Sedangkan pengertian mansukh adalah hukum yang diangkat atau
dihapuskan. Maka ayat mawarits (warisan) atau hukum yang terkandung di dalamnya,
misalnya adalah menghapuskan  (nasikh) hukum wasiat kepada kedua orang tua atau
kerabat.
       Dari uraian diatas dapat disimpulkan bahwa dalam naskh diperlukan syarat-syarat
berikut:
a.       Hukum yang mansukh adalah hukum syara’
b.      Dalil penghapusan hukum tersebut adalah khitab syar’i yang datang lebih kemudian
hari khitab yang hukumnya di mansukh
c.       Khitab yang dihapuskan atau diangkat hukumnya tidak terikat (dibatasi) dengan
waktu tertentu. Sebab jika tidak demikian maka hukum akan berakhir dengan
berakhiranya waktu tersebut. Dan yang demikian tidak dinamakan nasakh.
Makki berkata: “segolongan Ulama menegaskan bahwa khitab yang
mengisyaratkan waktu dan batas tertentu, seperti firman Allah: “Maka maafkanlah
dan biarkanlah mereka sampai Allah mendatangkan perintah-Nya” (QS. Al-
Baqarah;109), adalah muhkam, tidak mansukh, sebab ia dikaitkan dengan batas waktu,
dan sesuatu yang dibatasi oleh waktu tidak ada naskh di dalamnya.

2.    Sejarah Nasikh dan Mansukh


Asal mula timbulnya teori nasikh ialah bermula adanya ayat-ayat yang menurut
anggapan mereka saling bertentangan dan tidak dapat dikompromikan.
Nasikh mansukh alam konteks eksternal agama yang lazim dikenal dengan
sebutan al-badadiperselisihkan dikalangan antar pemeluk agama.Penolakan Yahudi
dan Nasrani terhadap kemungkinan bada’ dan penerimaan kaum muslimin terhadap
naskh antar agama, pada dasarnya timbul karena adanya perbedaan paham ketiga
agama ini terhadap kenabian dan kitab sucinya. Yahudi dan Nasrani tidak mengakui
adanya naskh, karena menurut mereka, naskh  mengandung konsep al-bada’, yakni
muncul setelah tersembunyi. Maksudnya mereka adalah, naskh itu adakalanya tanpa
hikmah, dan ini mustahil bagi Allah. Dan adakalanya karena suatu kejelasan yang
didahului oleh ketidakjelasan. Dan ini pun mustahil pula bagi-Nya.
Cara berdalil mereka ini tidak dapat dibenarkan, sebab masing-masing
hikmah naskh dan mansukh telah diketahui oleh Allah labih dahulu. Jadi pengetahuan-
Nya tentang hikmah tersebut bukan hal yang baru muncul. Ia membawa hamba-
hambaNya dari satu hukum ke hukum yang lain adalah karena sesuatu maslahat yang
telah diketahuiNya yang absolut terhadap segala milikNya.
Pengetahuan tentang Nasikh dan Mansukh mempunyai manfaat besar, agar
pengetahuan tentang hukum tidak menjadi kabur dan tidak terjadi kesalahpahaman.
Oleh sebab itu, terdapat banyak atsar  yang mendorong agar mengetahui masalah ini.
Seperti yang diriwayatkan Ali pada suatu hari, ia bertanya pada seorang hakim
“Apakah kamu mengetahui yang naskh dan yang mansukh?” “Tidak” jawab hakim itu.
Maka kata Ali, “Celakalah kamu dan kamupun akan mencelakakan orang lain.”
Untuk mengetahui Nasikh dan Mansukh terdapat beberapa cara:
a.       Keterangan tegas dari Nabi
b.      Ijma’ umat bahwa ayat ini nasikh dan yang itu mansukh
c.       Mengetahui mana yang terlebih dahulu dan mana yang belakangan berdasarkan
sejarah.

3.    Klasifikasi Nasikh dan Mansukh


a.       Naskh Al-qur’an dengan Al-qur’an(Naskhul Qur’aani bil Qur’aani)
Bagian ini dsiepakati kebolehannyaa dan telah terjadi di dalam pandangan mereka
yang mengatakan adanya naskh. Misalnya, ayat tentang ‘iddah empat bulan sepuluh
hari.
b.      Naskh Al-qur’an dengan As-Sunnah(Naskhul Qur’aani bis Sunnati)
Naskh ini ada dua macam:
1)      Naskh Al-qur’an dengan hadits ahad. Jumhur berpendapat, Al-qur’an tidak boleh
dinasakh oleh hadits ahad, sebab Al-qur’an adalah mutawattir dan menunjukkan
keyakinan, sedang hadits ahad itu zhanni, bersifat dugaan, disamping tidak sah pula
menghapusakan sesuatu yang maklum (jelas diketahui) dengan
yang mazhnun (diduga).
2)      Naskh Al-qur’an dengan hadits mutawattir. Naskh senacam ini dibolehkan oleh Malik,
Abu Hanifah, dan Ahmad dalam satu riwayat, sebab masing-masing keduanya adalah
wahyu. Allah berfirman:
Artinya: “Dan Tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. 
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (QS. An-Najm
3-4)
Dalam pada itu Asy-syafi’i, Zhahiriyah dan Ahmad dalam riwayatnya yang lain
menolak naskh  seperti ini, berdasarkan firman Allah,
Artinya:  “Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya,
Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. tidakkah
kamu mengetahui bahwa Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?” (QS.
Al-Baqarah:106)
Sedang hadits tidak lebih baik dari atau sebanding dengan Al-qur’an.
c.       Naskh sunah dengan Al-qur’an(Naskhus Sunnah bil Qur’aani)
Naskh ini menghapuskan hukum yang ditetapkan berdasarkan sunnah diganti
dengan hukum yang didasarkan dengan Al-qur’an. Naskh jenis ini diperbolehkan oleh
jumhur Ulama’. Contohnnya seperti berpuasa wajib pada hari Asy-Syura yang
ditetapkan berdasarkan sunnah juga dinasakh firman Allah:
‫ان فَ َم ْن َش ِه َد ِم ْن ُك ُم‬ِ َ‫ات ِمن ال ُْه َدى والْ ُفرق‬
ْ َ َ
ٍ َ‫َّاس وبِّين‬ ِ ِ ِ
َ َ ِ ‫ض ا َن الَّذي أُنْ ِز َل في ه الْ ُق ْرآ ُن ُه ًدى للن‬
ِ َ ‫َش ْه ُر َر َم‬
َ ‫يض ا أ َْو َعلَى َس َف ٍر فَ ِع َّدةٌ ِم ْن أَيَّ ٍام أ‬
‫ُخ َر يُ ِري ُد اللَّهُ بِ ُك ُم الْيُ ْس َر َواَل يُ ِري ُد بِ ُك ُم‬ ً ‫ص ْمهُ َو َم ْن َك ا َن َم ِر‬ َّ
ُ َ‫الش ْه َر َفلْي‬
‫الْعُ ْس َر َولِتُ ْك ِملُوا ال ِْع َّدةَ َولِتُ َكِّب ُروا اللَّهَ َعلَى َما َه َدا ُك ْم َول ََعلَّ ُك ْم تَ ْش ُك ُرو َن‬
Artinya: “Maka barang siapa menyaksikan bulan Ramadlan hendaklah ia berpuasa.” (QS. Al-
Baqarah:185)[1]
Maksudnya, semula berpuasa hari Asy-Syura itu wajib, tetapi setelah turun ayat
yang mewajibkan puasa pada bulan Ramadlan, maka puasa pada hari Asyura itu tidak
wajib lagi, sehingga ada orang yang berpuasa dan ada yang tidak.
d.      Nasikh sunah dengan sunah(Naskhus Sunnah bis Sunnah)
Adapun menasakh ijma’ dengan ijma’ dan qiyas dengan qiyas atau menasakh
keduanya, maka pendapat yang shohih tidak membolehkannya.[2]
4.      Perbedaan antara Nasikh dan Mansukh
Adat Naskh adalah pernyataan yang menunjukkan adanya pembatalan hukum yang
telah ada. Nasikh yaitu dalil kemudian yang menghapus hukum yang telah ada. Pada
hakikatnya Nasikh itu berasal dari Allah, karena Dialah yang membuat hukum dan Dia
pulalah yang menghapusnya.
Sedangkan Mansukh adalah hukum yang dibatalkan, dihapuskan, atau
dipindahkan. Dan Mansukh ‘anh yaitu orang yang dibebani hukum.
5.      Fungsi memahami Nasikh dan Mansukh
Fungsi memahami Nasikh dan Mansukh diantaranya sebagai berikut:
a.       Memelihara kepentingan hamba
b.      Perkembangan tasyri’ menuju tingkat sempurna sesuai dengan perkembangan dakwah
dan perkembangan kondisi umat manusia
c.       Cobaan dan ujian bagi orang mukallaf untuk mengikutinya atau tidak
d.      Menghendaki  kebaikan dan kemudahan bagi umat. Sebab jika Nasikh itu  beralih ke
hal yang lebih berat maka di dalamnya terdapat tambahan pahala, dan jika beralih
kehal yang mengandung kemudahan dan keringanan.[3]
Pengetaguan yang benar terhadap teks yang nasikh dan yang mansukh,
disamping dapat membantu seseorang di dalam memahami konteks diturunkannya
sebuah teks,juga dapat mengetahui bagian mana teks al-Qur’an yang turun lebih
dahulu dan yang turun kemudian.Disisi lain, pengetahuan terhadap fenomena ini juga
akan memperteguh kekayaan kita bahwa sumber Al-Qur’an yang hakiki adalah Allah.
Sebab Dialah yang menghapuskan sesuatu dan menetapkan yang lainnya menurtut
kehendakNya dan kekuasaaNya tidak dapat diintervensi oleh kekuatan apapun.[4]
6.      Pendapat tentang Nasikh dan Mansukh dan ketetapannya
Dalam masalah Naskh, para Ulama terbagi atas empat golongan:
a.       Orang Yahudi. Mereka tidak mangakui adanya Naskh, karena menurutnya, Naskh
mengandung konsep al-bada’, yakni Nampak jelas setelah kabur (tidak jelas). Yang
dimaksud mereka ialah, Naskh itu adakalanya tanpa hikmah, dan ini mustahil bagi
Allah. Dan adakalanya Karena sesuatu hikmah yang sebelumnya tidak nampak. Ini
berarti terdapat suatu kejelasan yang didahului oleh ketidakjelasan. Dan ini pun
mustahilbagi-Nya.
Cara berdalil mereka ini tidak dapat dibenarkan, sebab masing-masing hikmah
Nasikh dan Mansukh telah diketahui Allah lebih dahulu. Jadi pengetahuannya tentang
hikmah tersebut bukan hal yang baru muncul. Ia membawa hamba-hamba-Nya dari
satu hokum ke hukum yang lain adalah karena suatu maslahat yang telah diketahui-
Nya jauh sebelum itu, sesuai dengan hikmah dan kekuasaan-Nya yang absolut terhadap
segala milik-Nya.
Orang Yahudi sendiri mengakui bahwa syari’at Musa menghapuskan syari’at
sebelumnya. Dan dalam nas-nas Taurat pun terdapat Naskh, sepert pengharaman
sebagian binatang atas Bani Israil yang semula dihalalkan. Berkenaan dengan mereka
Allah berfirman:
ِ ِ ِِ
َ ُ‫يل َعلَى َن ْفسه م ْن َقْب ِل أَ ْن ُتَنَّز َل الت َّْو َراةُ قُ ْل فَأْتُوا بِالت َّْو َراة فَا ْتل‬
‫وها إِ ْن‬ ِ ِ ‫ُك ُّل الطَّ َع ِام َكا َن ِحاًّل لِبَيِن إِ ْسرائِ ِاَّل‬
ُ ‫يل إ َما َحَّر َم إ ْسَرائ‬ َ َ
“Semua makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan makanan yang
diharamkan oleh Israil (Ya’kub) untuk dirinya sendiri.” (QS. Ali Imran [3]:93)[5]
Ditegaskan dalam Taurat, bahwa Adam menikah dengan saudara perempuannya.
Tetapi kemudian Allah mengharamkan pernikahan dengan demikian atas Musa, dan
Musa memerintahkan Bani Israil agar membunuh siapa saja di antara mereka yang
menyembah patung anak sapi namun kemudian perintah in idicabut kembali.
b.      Orang Syi’ah Rafidah, mereka sangat berlebihan dalam menetapkan Naskh dan
meluaskannya. Mereka memandang konsep al-bada’ sebagai suatu hal yang mungkin
terjadi bagi Allah. Dengan demikian, maka posisi mereka sangat kontradiksi dengan
orang Yahudi. Untuk mendukung pendapatnya itu mereka mengajukan argumentasi
dengan ucapan-ucapan yang mereka nisbahkan kepada Ali r.a.secara dusta dan palsu.
Juga dengan firman Allah:
ِ ‫ت و ِع ْن َدهُ أ ُُّم ال‬ ِ
‫ْكتَاب‬ َ ُ ‫يَ ْم ُحوا اللَّهُ َما يَ َشاءُ َو ُيثْب‬
Artinya: “Allah menghapuskan apa yang ia kehendaki dan menetapkan (apa yang ia
kehendaki).” (ar-Ra’d [13]:39) dengan pengertian bahwa Allah siap untuk
menghapuskan dan menetapkan.
          Paham demikian merupakan kesesatan yang dalam dan penyelewengan terhadap
Qur’an. Sebab makna ayat tersebut adalah: Allah menghapuskan segala sesuatu yang
dipandang perlu dihapuskan dan menetapkan penggantinya jika penetapannya
mengandung maslahat. Disamping itu penghapusan dan penetapan terjadi dalam
banyak hal, misalnya menghapuskan keburukan dengan kebaikan.
c.       Abu Muslim al-Asfahani. Menurutnya, secara logika Naskh dapat saja terjadi, tetapi
tidak mungkin terjadi menurut syara’. Dikatakan pula bahwa ia menolak sepenuhnya
terjadi Naskh dalam Al-Qur’an.
Pendapat Abu Muslim ini tidak dapat diterima, karena makna ayat tersebut
ialah, bahwa Qur’an tidak didahului oleh kitab-kitab yang membatalkannya dan tidak
datang pula sesudahnya sesuatu yang membatalkannya.
d.      Jumhur Ulama. Mereka berpendapat Naskh adalah suatu hal yang dapat diterima akal
dan telah pula terjadi dalam hukum-hukum syara’, berdasarkan dalil-dalil:
1.      Perbuatan-perbuatan Allah tidak tergantung padahal alasan dan tujuan. Ia boleh saja
memerintahkan sesuatu pada suatu waktu dan melarangnya pada waktu yang lain.
Karena hanya Dialah yang lebih mengetahui kepentingan hamba-hamba-Nya.
2.      Nas-nas kitab dan Sunah menunjukkan kebolehan Naskh dan terjadinya. Antara lain:
a)      Firman Allah:
“Dan apabila Kami mengganti suatu ayat di tempa ayat yang lain…” (QS.An-Nahl
[16]:101)
b)      Dalam sebuah hadist shahih, dari Ibn Abbas r.a., umar r.a.berkata : ”Yang paling
paham dan paling menguasai Qur’an diantara kami adalah Ubai. Namun demikian
kami pun meninggalkan sebagian perkataannya, karena ia mengatakan: “Aku tidak
akan meninggalkan sedikit pun segala apa yang pernah aku dengar dari Rasulullah
SAW, padahal Allah telah berfirman: Apa saja ayat yang Kami Naskhkan, atau Kami
jadikan (manusia) lupa kepadanya…” (Al-Baqarah [2]:106)[6]

BAB III
SIMPULAN
Nasikh ialah menghapuskan hukum syara’ dengan dalil hokum syara’ yang lain.
Disebutkan kata “hukum” disisni, menunjukkan bahwa prinsip “segala sesuatu hokum
asalnya boleh”. Sedangkan Mansukh adalah hukum yang diangkat atau dihapuskan.
Nasikh terdapat empat macam bagian, diantaranya:
1.      Naskh Al-qur’andengan Al-qur’an
2.      Naskh Al-qur’andengan As-sunnah
3.      Naskh As-sunnahdengan Al-qur’an
4.      Naskh As-sunnahdengan As-sunnah
Fungsi memahami Nasikh dan Mansukh diantaranya sebagai berikut:
1.      Memelihara kepentingan hamba
2.      Perkembangan tasyri’ menuju tingkat sempurna sesuai dengan perkembangan dakwah
dan perkembangan kondisi umat manusia
3.      Cobaan dan ujian bagi orang mukallaf untuk mengikutinya atau tidak
4.      Menghendaki kebaikan dan kemudahan bagi umat. Sebab jika Nasikh itu beralih ke
hal yang lebih berat maka di dalamnya terdapat tambahan pahala, dan jika beralih ke
hal yang kebihringan maka ia mengandung kemudahan dan keringanan.
Jumhur Ulama. Mereka berpendapat Naskh adalah suatu hal yang dapat diterima
akal dan telah pula terjadi dalam hukum-hukum syara’, berdasarkan dalil-dalil:
1.      Perbuatan-perbuatan Allah tidak tergantung pada alasan dan tujuan. Ia boleh saja
memerintahkan sesuatu pada suatu waktu dan melarangnya pada waktu yang lain.
Karena hanya Dialah yang lebih mengetahui kepentingan hamba-hamba-Nya.
2.      Nas-nas kitab dan Sunah menunjukkan kebolehan Naskh dan terjadinya.yaitu Firman
Allah:
“Dan apabila Kami mengganti suatu ayat di tempa ayat yang lain…” (QS.An-Nahl
[16]:101)
Dalam sebuah hadist shahih, dari Ibn Abbas r.a., umar r.a.berkata : ”Yang
paling paham dan paling menguasai Qur’an diantara kami adalah Ubai. Namun
demikian kami pun meninggalkan sebagian perkataannya, karena ia mengatakan:
“Aku tidak akan meninggalkan sedikit pun segala apa yang pernah aku dengar dari
Rasulullah SAW, padahal Allah telah berfirman: Apa saja ayat yang Kami Naskhkan,
atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya…” (Al-Baqarah [2]:106)
https://www.slideshare.net/angahrahim1/282012-konsep-nasikh-mansukh-complete
konsep nasikh mansukh complete
1. 1. KONSEP NASIKH DAN MANSUKH Disediakan oleh : Ku Fasehah Bt Ku Zahari
2. 2. • Mengangkat atau menghilangkan • Menggantikan sesuatu dengan sesuatu yang lain
• Memindahkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.
3. 3. PANDANGAN ULAMA : Al-Zajjaj • Membatalkan sesuatu dan menggantikan sesuatu
yang lain pada tempatnya. • Pertukaran di antara dua perkara dengan cara hanya
digunakan salah satu sahaja. Ibnu Faris • Mengangkat sesuatu dan mengisbatkan
sesuatu yang lain pada tempatnya atau memindahkan sesuatu kepada sesuatu yang
lain. • Perkara tersebut masih wujud tetapi berlainan tempat.
4. 4. Ibn ‘Atiyah • Satu keterangan yang menunjukkan bahawa satu- satu hukum yang telah
sabit, ditamatkan amalannya dengan keterangan yang datang kemudiannya. Al-Alusi •
Berakhirnya tempoh hukum bagi sesuatu perkara yang melibatkan pembatalan hukum
syarak yang diamalkan.
5. 5. NASKH : perubahan hukum yang dengan kedatangan hukum syarak yang
terkemudian. NASIKH : hukum yang datang kemudian sebagai pembatal hukum yang
diamalkan.
6. 6. Nas-nas Al-Quran yang menunjukkan berlakunya nasakh: dan apabila Kami tukarkan
satu ayat (al-Quran ) untuk menggantikan ayat yang lain, (yg di mansukhkan) dan Allah
memang mengetahui akan apa yang diturunkan olehNya. Maka berkata (mereka yg
kafir): sesungguhnya engkau (whai Muhammad) hanyalah seorang pendusta, sedangkan
mereka (yg kafir itu) tidak mengetahui hakikat sebenarnya" (surah An-Nahl: 101) Dalam
Surah Al-Baqarah, ayat 106 dinyatakan: "apa sahaja ayat keterangan yang Kami
mansukhkan (batalkan) atau Kami tinggalkan (atau tangguhkan), kami datangkan ganti
yang lebih baik darinya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui
bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu?"
7. 7. • Hukum yang mansukh itu hanya dari sudut amalannya sahaja namun hukum
tersebut masih lagi kekal sebagai satu hukum. • Mansukh : hukum yang dibatalkan dan
tidak lagi diamalkan oleh individu Muslim.
8. 8. PEMBAHAGIAN DAN JENIS NASAKH Disediakan oleh : Fatihah Ab Rahman
Norfarahin bt Hamdan
9. 9. PEMBAHAGIAN NASAKH Nasakh terbahagi kepada 4 bahagian : 1) Nasakh al-Quran
dengan al-Quran. 2) Nasakh al-Quran dengan al-Sunnah. 3) Nasakh al- Sunnah dengan
al- Quran. 4) Nasakh al-Sunnah dengan al-Sunnah.
10. 10. 1.Nasakh Al-Quran dengan Al-Quran. Di dalam al-Quran, terdapat 3 pembahagian
nasakh yang berlaku: 1. Nasakh yang di hapuskan tilawah dan hukumnya 2.Hukumnya
di hapuskan sedangkan tilawahnya tidak. 3. Tilawahnya di hapuskan, tetapi hukumnya
kekal
11. 11. 2.Nasakh Al-Quran dengan As-Sunnah a. Al-Quran dengan hadis Ahad *Jumhur
berpendapat al-quran tidak boleh di nasakh dengan hadis ahad, kerana al-quran bersifat
mutawatir dan pasti sedangkan hadis ahad bersifat zanni (teragak-agak).
12. 12. b.al-Quran dengan hadis Mutawatir *nasakh ini di akui oleh ulama (Malik, Abu
Hanifah dan Ahmad) dlm satu riwayat, kerana keduanya adalah wahyu. firman Allah:
"Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah
wahyu yang diwahyukan kepadanya.wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya
oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah"(An-Najm: 4-5) *akan tetapi, nasakh jenis ini
ditolak oleh as-syafie, Zahiri dan Ahmad(dlm riwayatnya yg lain) dengan berpegan
kepada ayat 106 surah al-Baqarah yang menyatakan apa yang menasakh hukum
terdahulu mestilah sama hebat atau lebih baik martabatnya. Sedangkan hadith
bermartabat lebih rendah daripada Al-Quran.
13. 13. 3. Nasakh Sunnah dengan Al-Quran. Disepakati boleh berlaku oleh jumhur ulama.
contoh: kiblat yg pada mulanya di tetapkan menghadap Baitul Maqdis dengan sunnah,
dinasakhkan dengan ayat Quran surah al-Baqarah ayat 144 : "Kerap kali Kami melihat
engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami
benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah
mukamu ke arah masjid Al- Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja
kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-
orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa
perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan
Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan."
14. 14. Kewajipan puasa pada hari asyura yang pada mulanya di tetapkan oleh sunnah
kemudiannya di nasakh dengan ayat 185 surah al Baqarah: "(Masa yang diwajibkan
kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu,
sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau
dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak
hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu)
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan
supaya kamu bersyukur."
15. 15. 4. Nasakh Sunnah dengan Sunnah •. Sunnah mutawatir dengan mutawatir •. Ahad
dengan ahad •.Ahad dengan mutawtir •.Mutawatir dengan ahad Tiga daripada jenis
nasakh ini tidak di tegah kecuali mutawatir dengan ahad yang di tegah oleh jumhur.
16. 16. JENIS-JENIS NASAKH 1) Nasakh tanpa pengganti 2) Nasakh dengan pengganti
yang lebih ringan. 3) Nasakh dengan pengganti yang sebanding 4) Nasakh dengan
pengganti yang lebih berat
17. 17. 1) Nasakh tanpa pengganti. Contoh: penghapusan mengenai kewajipan bersedekah
sehelum menghadap Rasulullah sepertimana firman Allah dalam surah al- Mujadalah
ayat 12: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan
bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada
fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik
bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak
disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat
dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
18. 18. ayat ini kemudian mansukh dengan ayat ke 13 surah yang sama: "Adakah kamu
takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu
mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu
(kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat
(sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu
lakukan"
19. 19. 2) Nasakh dengan pengganti yang lebih ringan Surah Al-Baqarah ayat 183: "Wahai
orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang- orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
20. 20. Berdasarkan ayat ini, puasa ahli kitab sebelum kedatangan islam ialah diharamkan
makan dan minum, dan bercampur dengan isteri-isteri atau suami mereka sehari
semalaman sehingga malam-malam yang berikutnya. Hukum ini mansukh dengan
hukum yang lebih ringan pada ayat 187 surah Al- Baqarah:
21. 21. "Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan
isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula
sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri
sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang
setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi
kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih
(cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu
setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas
larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan
ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa"
22. 22. 3) Nasakh dengan pengganti yang sebanding Kiblat asal menghala ke Baitul Maqdis
mansukh dengan ayat 144 Surah Al-Baqarah yang mengarahkan umat islam menghadap
ke Kaabah: "Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang
menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang
engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya
Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.
Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab,
mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang
benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka
lakukan."
23. 23. 4) Nasakh dengan pengganti yang lebih berat Penghapusan hukuman mengurung di
rumah bagi para isteri yang berzina dalam surah an-Nisa' ayat 15. "Dan sesiapa yang
melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah
empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.
Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut,
maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka
sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari
hukuman itu)."
24. 24. Mansukh dengan hukuman sebat pada Surah An-Nur, ayat 2: "Perempuan yang
berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya
seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan
terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman
kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman"
25. 25. HIKMAH NASAKH DAN MANSUKH
26. 26. 1. Membuktikan Bahwa Syariat Agama Islam adalah Syari’at yang sempurna. 2.
Memelihara kepentingan hamba. 3. Cubaan dan ujian bagi mukalaf untuk mentaati
ataupun melanggar hukum Allah. 4. Kemudahan dan kebaikan bagi umat. 5. Sebagai
bukti relevannya hukum syara’ dalam setiap keadaan.
27. 27. 7. Hikmah untuk menjaga kemaslahatan manusia. Sebagaimana yang terdapat
dalam penghapusan bersedekah ketika menghadap Rasul. 8. Menentukan hukum baru
sebagaimana yang terdapat dalam perintah untuk menghadap Baitul Maqdis yang di
Nasakh menghadap Ka’bah. 9. Menambah kebaikan dan pahala umat.
28. 28. • Nasakh adalah mengikut kehendak Allah dan ia adalah perbuatan Allah dan dia
menghukum mengikut kemahuan-Nya. Kadang-kadang Allah memerintahkan sesuatu
dan melarangnya pada masa yang lain. • Hukum-hukum Allah adalah meraikan
kemaslahatan. Ini kerana pensyariatan hukum adalah ditegak atas asas kemaslahatan.
Kemaslahatan ini adalah berubah mengikut perubahan individu dan zaman. Selagi
kemaslahatan itu berubah, selagi itulah hukum meraikan perubahan tersebut.
https://www.slideshare.net/chimochim95/usuluddin-stpm-ulum-al-quran-nasikh-mansukh
ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
1. 1. USULUDDIN 931/2 ULUM AL QURAN 4. NASIKH DAN MANSUKH GURU: PUAN
FATIMAH IBRAHIM
2. 2. JENIS NASIKH HUKUM DENGAN TILAWAH NASIKH HUKUM DAN BACAAN
NASIKH BACAAN TANPA HUKUM NASIKH HUKUM TANPA BACAAN
3. 3. NASIKH HUKUM DAN BACAAN • BACAAN: Tidak boleh dibaca seperti al-Quran •
HUKUM: Tidak boleh diamalkan • Ulama bersepakat HARUS • Berdasarkan dalil Allah; ّ
‫صحفوموسى ابراهيم‬¤‫إنالصحف لفى هذااألولى‬¤ Maksudnya: Sesungguhnya ini benar2 terdapat dalam
kitab2 yang terdahulu. Iaitu kitab Ibrahim dan Musa
4. 4. • Contoh: Ayat pengharaman disebabkan 10 susuan, lalu dimansukh menjadi 5
susuan. Aisyah R.A. berkata; ‫ثم يحرمن معلومات رضعات القرآن عشر من أنزل فيما كان وهن وسلم عليه هلال‬
‫ صلى هلال رسول فتوفي معلومات بخمس نسخن من يقرأ فيماالقرآن‬Maksudnya: Antara yang diturunkan
ialah 10 susuan,lalu dimansukhkan menjadi 5 susuan. Kemudian, Rasulullah SAW wafat
dan ia daripada al-Quran yang masih dibaca.
5. 5. NASIKH HUKUM TANPA BACAAN • Ulama berpendapat bahawa HARUS nasakh
HUKUM dalam AYAT, tetapi TIDAK pada BACAANNYA. • CONTOH: Firman Allah; َ ‫ت نِإ‬
‫ ُوتَمْٱل ُمُكُدَحَأ َرَضَح َاذِإ ْمُكْيَلَع َبِتُكْيَدِلوْلِل ُةَّي ِص َوْٱل ْاًريَخ َكَرِن َينِبَرْقَألٱ َوَينِقَّتُمٱل ىَلَع اًّقَح ِوفُرْعَمٱلِب‬Maksudnya:
diwajibkan ke atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda2) maut, jika
ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya
secara ma’ruf, ini adalah kewajiban ke atas orang2 yang bertakwa.
6. 6. • Hukum ayat di atas telah dinasakh dengan hadis berikut: َ‫ لَةَّي ِص َوث ِار َوِل‬Maksudnya:
tiada wasiat untuk waris. • Berdasarkan contoh yang diberi, hukum asal memberi wasiat
kepada ibu bapa dan kaum kerabat adalah wajib. Akan tetapi telah dinasakh melalui
hadis tersebut. Walau bagaimanapun, bacaan tidak dinasakhkan dan kekal.
7. 7. • Contoh lain: ً‫ج َو ْزَأ َونُرَذَي َو ْمُكنِم َونَّف َوَتُي َينِذَّٱل َوَلِإ اًعَتَم مِه ِج َو ْزَ ِّأل ًةَّي ِص َو اِلوَحْٱل ى اجَرْخِإ َْريَغ‬
Maksudnya: dan orang yang akan meninggal dunia antara kamu dan meninggalkan
isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, iaitu diberi nafkah sehingga setahun
lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). • Ayat di atas menjelaskan bahawa
iddah seorang wanita yang kematian suaminya adalah setahun. Selama itu dia diberi
nafkah daripada harta suaminya dan tidak mendapat harta waris.
8. 8. • Lalu, Allah memansuhkannya dengan firman Allah: ً ‫ج َو ْزَأ َونُرَذَي َو ْمُكنِم َن ْوَّف َوَتُي َينِذَّٱل َوْرَأ‬
‫ َّنِهِسُفنَأِب َنْصَّبَرَتَي ارُهْشَأ َةَعَب اًرْشَع َو‬Maksudnya: orang2 yang meninggal dunia antaramu dengan
meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah)
empat bulan sepuluh hari. • Hikmat nasakh hukum tanpa bacaan adalah untuk
meringankan umat.
9. 9. NASIKH BACAAN TANPA HUKUM • Ulama’ bersepakat HARUS • Umat Islam
digalakkan untuk beramal dengan hukumnya. • Contoh: ُ ‫خيَّشٱلاَيَنَز َاذِإ ُةَخْيَّشٱل َواَهوُمُج ْارَفَبْلَأيز ِزَع‬ ْ
‫ هلال َو هلال َنِّم ًَلاَكَن ةَّتَحيمِك‬Maksudnya: lelaki dan perempuan yang berzina, maka hendaklah
kamu merejam mereka sebagai hukuman dari Allah (SWT).
10. 10. • Ayat tersebut dahulunya terdapat dalam surah Al-Ahzab yang telah dimansukh
bacaanya sahaja, namun hukumnya masih dipakai sehingga kini. Iaitu, penzina lelaki
dan perempuan yang telah berkahwin, hukumnya direjam kedua-duanya. • Hikmahnya
nasikh bacaan tanpa hukum adalah untuk mengehadkan lafaz2 al-Quran ke dalam
medium tertentu agar umat mudah untuk menghafalnya serta memberi kemudahan
kepada ulama meneliti dan mengenalnya.
11. 11. PENDAPAT ULAMA’ TENTANG NASAKH QURAN DENGAN SUNNAH ULAMA’/
JENIS HADITH IMAM ABU HANIFAH, MALIK, DAN AHMAD IMAM AL-SYAFI’I,
PENGIKUT AL-ZAHIRI, DAN AHMAD H A D I T H M U T A W A T T I R • HARUS
KERANA DIKITIRAF DARI SEGI KEKUATAN. BERDASARKAN DALIL: .‫ى َوَهْال ِنَع ُقِطْنَي اَم َو‬
‫ىَحوُي يْح َو ََّلِإ َوُه ْنِإ‬. MAKSUDNYA:3. dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut
kemahuan hawa nafsunya. 4.Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya). (SURAH AL-NAJM; 3 & 4) • TIDAK HARUS BERDASARKAN FIRMAN
ALLAH: ‫أنَهِلْثِم ْوَأ اَها‬œَ‫ آ ْنِم ْخَسْنَن اَم ۞ْنُن ْوَأ ةَياَهِس ْنِم ْريَخِب ِ َْت‬MAKSUDNYA: Ayat mana saja yang Kami
nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih
baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. (surah al-Baqarah; 106)
12. 12. • DAN FIRMAN ALLAH: َ‫ رْكِالذ َكْيَلِإ اَنْلَزْنَأَوِاسَّنلِل َنِيَبُتِلْمِهْيَلِإ َل ِزُن َام‬MAKSUDNYA; Dan Kami
turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang
telah diturunkan kepada mereka (SURAH AN-NAHL; 44) • MEREKA BERPENDAPAT
BAHAWA AL-NASAKH SEBAHAGIAN DARIPADA AL-BAYAN(PENERANGAN) • Di
mana ayat di atas menjelaskan bahawa Allah menyandarkan gantian yang dinasakhkan
itu pada diri-NYA sahaja dan mendatangkan al- Quran sahaja sebagai ganti • Oleh itu,
mereka berpendapat bahawa al-Quran hanya boleh dinasakh dengan al-Quran sahaja.
13. 13. H A D I T H A H A D JUMHUR ULAMA’ BERSEPAKAT: • TIDAK BOLEH
MENASAKH AL-QURAN KERANA AL-QURAN ADALAH MUTAWATTIR YANG
MEMBERIKAN MERIT KEPASTIAN(YAQIN). • SEBALIKNYA AHAD BERTAFSIR ZANNI
ATAU KETIDAKPASTIAN. • OLEH ITU, HADITH AHAD TIDAK BOLEH MENASAKH AL-
QURAN.
14. 14. CARA BERLAKU NASAKH NASIKH ADA GANTI NASIKH TIADA GANTI
15. 15. NASIKH ADA GANTI 1. Ganti nasakh yang seimbang 2. Ganti nasakh lebih ringan 3.
Ganti nasakh lebih berat
16. 16. 1. GANTI NASAKH SEIMBANG DENGAN YANG DIMANSUKH • Ulama’ bersepakat
HARUS • Contohnya: Perubahan kiblat daripada Baitul Maqdis ke arah Kaabah • Firman
Allah SWT: ۚ ِ‫طش َكَهْج َو ِّل َوَف‬œَ‫ امَرَحْال ِد ِجْسَمْال َ َْر‬Maksudnya: Maka palingkanlah mukamu ke
arah Masjidil Haram (Surah Al-Baqarah; 144)
17. 17. 2. GANTI NASAKH LEBIH RINGAN • Hukum awal dan dahulu terdapat dalam nas al-
Quran. • Contoh: ‫ ىَلِإ ُثَفَّالر ِامَي ِّصال َةَلْيَل ْمُكَل َّل ِحُأۚ ْمُكِاَسِن‬Maksudnya: Dihalalkan kepada kamu
pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri2 kamu (Surah Al-Baqarah; 187)
18. 18. • Ayat di atas sebagai pemansuh hukum yang terkandung di dalam surah al-Baqarah
ayat 183 di bawah ini: ُ‫ كَّلَعَل ْمُكِلْبَق ْنِم َينِذَّال َىلَع َبِتُك اَمَكَونُقَّتَت ْم‬Maksudnya: Sebagaimana
diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu supaya kamu bertakwa (Surah Al-Baqarah;
183) • Berdasarkan contoh d atas, sebelum ayat 187 surah al-Baqarah diturunkan, umat
Islam pada masa itu diharamkan untuk makan,minum / bersetubuh jika mereka tidur
selepas mendirikan solat isyak. Lalu, Allah menurunkan surah al- Baqarah ayat 187
sebagai keringanan kepada umat Islam.
19. 19. 3.GANTI NASAKH LEBIH BERAT • Sebagai contoh pemansuhan tahanan rumah
dengan sebatan. Firman Allah; َ ‫ف ْمُكِاَسِن ْنِم َةَش ِاحَفْال َينِتْأَي يِت َّالَّل َوًةَعَب ْرَأ َّنِهْيَلَع ُوادِهْشَتْساْنِإَف ۖ ْمُكْنِم يِف‬
‫ َّنُهوُكِسْمَأَف ُوادِهَشِتوُيُبْال‬Maksudnya: Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan
keji, hendaklah ada empat orang saksi diantara kamu (yang menyaksikannya).
Kemudian apabila mereka telah memberi persaksian, maka kurunglah mereka (wanita-
wanita itu) dalam rumah (Surah Al-Nisa’; 15)
20. 20. • Dimansuhkan oleh ayat : ُِ‫هْنِم د ِاح َو َّلُك ُوادِلْاجَف يِناَّالز َو ُةَيِناَّالزْمُكْذُخْأَت َل َو ۖ ةَدْلَج َةَِاِم اَماَمِهِب ِينِد يِف ةَفْأَر‬
‫ َّاّلل‬Maksudnya: Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-
tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada
keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah (Surah An-Nur; 2)
21. 21. ْ‫كُشاًر ي ِزَجًل‬

Anda mungkin juga menyukai