Anda di halaman 1dari 172

ABSF2203

Usul Fiqh II

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ABSF2203
USUL FIQH II
Prof Madya Dr Azman Abdul Rahman

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dr Widad Othman
Dr Aliza Ali
Open University Malaysia

Penulis Modul: Prof Madya Dr Azman Abdul Rahman


Universiti Sains Islam Malaysia

Penyederhana: Prof Madya Datin Dr Noor Naemah Abd Rahman


Universiti Malaya

Enhancer: Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin


Universiti Teknologi MARA

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, April 2011


Edisi Kedua, Ogos 2019 (MREP)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2019, ABSF2203
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ixăxv

Topik 1 Pengenalan kepada Kaedah Pentafsiran Teks 1


1.1 Pembahagian Sumber Hukum 2
1.2 Sumber Hukum yang Disepakati 4
1.3 Sumber yang Tidak Disepakati 6
1.4 Dalil Naqli dan Dalil Aqli bagi Sumber Hukum Utama 10
Rumusan 14
Kata Kunci 14
Rujukan 15

Topik 2 Lafaz yang Mempunyai Pengertian yang Jelas 16


2.1 Jenis Lafaz yang Jelas Pengertiannya Menurut 18
Ulama Hanafiyyah
2.2 Al-Zahir (‫)ﺍﻟﻈﺎﻫﺮ‬ 18
2.2.1 Hukum al-Zahir 20
2.3 Al-Nas (‫)ﺍﻟﻨﺺ‬ 20
2.3.1 Hukum al-Nas 22
2.4 Al-Mufassar ((‫ﺍﻟﻤﻔﺴﺮ‬ 23
2.4.1 Hukum al-Mufassar 26
2.5 Al-Muhkam (‫)ﺍﻟﻤﺤﻜﻢ‬ 27
2.5.1 Hukum al-Muhkam 29
2.6 Percanggahan antara al-Zahir, al-Nas, al-Mufassar 30
dan al-Muhkam
2.7 Pembahagian Lafaz yang Jelas Pengertiannya 31
Menurut Jumhur Ulama Usul Fiqh
2.7.1 Al-Zahir (‫)ﺍﻟﻈﺎﻫﺮ‬ 31
2.7.2 Al-Nas (‫)ﺍﻟﻨﺺ‬ 32
Rumusan 32
Kata Kunci 33
Rujukan 34

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Lafaz yang Tidak Jelas Pengertiannya 35


3.1 Jenis Lafaz yang Tidak Jelas Pengertiannya 36
3.2 Al-Khafi 37
3.3 Al-Musykil 39
3.3.1 Hukum al-Musykil 41
3.4 Al-Mujmal 42
3.4.1 Hukum al-Mujmal 45
3.5 Al-Mutasyabih 46
3.5.1 Hukum al-Mutasyabih 47
Rumusan 48
Kata Kunci 48
Rujukan 49

Topik 4 Metod Para Ulama dalam Pembahagian Lafaz Berasaskan 50


Petunjuk (Dalalah) kepada Makna yang Dikehendaki (Madlul)
4.1 Metod Para Ulama Usul Fiqh 51
4.1.1 Aliran Ulama Hanafi 51
4.1.2 Aliran Ulama Mutakallimin 52
4.2 Ibarat al-Nas, Isyarat al-Nas, Dalalah al-Nas 52
dan IqtidaÊ al-Nas
4.2.1 Ibarat al-Nas 53
4.2.2 Isyarat al-Nas 54
4.2.3 Dalalah al-Nas 56
4.2.4 IqtidaÊ al-Nas 58
Rumusan 60
Kata Kunci 60
Rujukan 61

Topik 5 Metod Aliran Mutakallimin dalam Dalalah 62


5.1 Konsep Asas Pembahagian Dalalah 63
5.2 Mantuk 63
5.3 Mafhum 65
5.4 Pembahagian Mafhum Muwafaqah 66
5.5 Pembahagian Mafhum Mukhalafah 67
Rumusan 71
Kata Kunci 72
Rujukan 72

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 6 Klasifikasi Lafaz Berasaskan Skop Liputan 73


6.1 Lafaz al-ÊAm 74
6.1.1 Definisi al-ÊAm 74
6.1.2 Sighah (Bentuk) dan Contohnya 75
6.2 Dalalah al-ÊAm 77
6.2.1 Proses Pengkhususan Am (‫)ﺗﺨﺼﻴﺺ ﺍﻟﻌﺎﻡ‬ 78
dan Pandangan Ulama
6.3 Lafaz al-Khas, al-Mutlaq dan al-Muqayyad 80
6.3.1 Lafaz al-Khas 80
6.3.2 Al-Mutlaq 81
6.3.3 Al-Muqayyad 82
6.4 Proses Mengikat Ayat al-Mutlaq 83
6.4.1 Faktor Berlakunya Proses Pengikatan (Taqyid) 83
6.4.2 Faktor Tidak Berlakunya Proses Pengikatan 85
Rumusan 87
Kata Kunci 88
Rujukan 88

Topik 7 Lafaz Arahan (al-Amr) 89


7.1 Lafaz Arahan (al-Amr) 90
7.1.1 Definisi Lafaz Arahan (al-Amr) 90
7.1.2 Sighah (Bentuk) dan Contohnya 90
7.1.3 Makna yang Digunakan dalam Bentuk FiÊil Amr 93
7.1.4 Makna Asas 95
7.2 Petunjuk (Dalalah) al-Amr 96
7.3 Pandangan Ulama Terhadap Tuntutan Lafaz Arahan 98
Rumusan 102
Kata Kunci 103
Rujukan 103

Topik 8 Lafaz Larangan (al-Nahy) 104


8.1 Lafaz Larangan (al-Nahy) 106
8.1.1 Definisi Lafaz Larangan (al-Nahy) 106
8.1.2 Sighah (Bentuk) dan Contohnya 106
8.1.3 Makna Asas 109
8.1.4 Tujuan Lafaz Larangan Digunakan dalam Nas 110
8.2 Kesan daripada Lafaz Larangan 113
8.3 Tegahan yang Terhasil daripada Lafaz Larangan 114
Rumusan 116
Kata Kunci 117
Rujukan 117

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 9 Pemansuhan (Nasakh) 118


9.1 Konsep Nasakh 119
9.1.1 Definisi Nasakh 119
9.1.2 Hikmah Nasakh 120
9.1.3 Syarat Nasakh 120
9.2 Bentuk Nasakh 121
9.2.1 Nasakh Teks Sahaja 121
9.2.2 Nasakh Hukum Sahaja 122
9.2.3 Nasakh Hukum dan Teks 123
9.3 Bahagian Nasakh 124
9.3.1 Nasakh Secara Terangan atau Nasakh Soreh 125
9.3.2 Nasakh Secara Kandungan atau Nasakh Dimni 126
9.3.3 Nasakh Secara Keseluruhan atau 128
Nasakh Kulli (‫)ﺍﻟﻨﺴﺦ ﺍﻟﻜﻠﻲ‬
9.3.4 Nasakh Sebahagian atau Nasakh JuzÊi 129
9.4 Bagaimanakah Nasakh Berlaku? 131
9.4.1 Al-Quran dengan al-Quran 132
9.4.2 Al-Quran dengan Sunah 132
9.4.3 Sunah dengan al-Quran dan Sunah dengan Sunah 133
Rumusan 135
Kata Kunci 136
Rujukan 136

Topik 10 Percanggahan (al-TaÊarud) Dalil, Kaedah Penyelarasan 138


dan Pentarjihan
10.1 Konsep Asas Percanggahan (al-TaÊarud) 139
10.1.1 Definisi al-TaÊarud 139
10.1.2 Bentuk al-TaÊarud 140
10.1.3 Syarat al-TaÊarud 142
10.2 Kaedah Penyelarasan Dalil yang Bercanggah 143
10.2.1 Nasakh 144
10.2.2 Al-Tarjih 145
10.2.3 Al-JamÊ wa al-Tawfiq 146
10.3 Kaedah Penyelarasan Dalil yang Bercanggah 148
Menurut Mazhab Hanafi dan Mazhab Syafii
10.3.1 Contoh Dalil Hukum yang Diselaraskan 149
Rumusan 150
Kata Kunci 152
Rujukan 152

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda mesti membaca Panduan Kursus ini dengan teliti dari awal hingga ke akhir.
Ia menjelaskan secara ringkas mengenai kursus ini dan bagaimana anda boleh
mengendali dan memanfaatkan bahan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
masa yang anda mungkin akan gunakan untuk menyelesaikan kursus ini dengan
jayanya. Sila rujuk Panduan Kursus ini semasa menelusuri bahan kursus ini
kerana ia akan membantu anda menjelaskan komponen penting dalam kursus ini
atau butir-butir penting yang anda mungkin terlepas pandang.

PENGENALAN
ABSF2203 Usul Fiqh II adalah salah satu kursus yang ditawarkan di Open
University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus
dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam) dengan Kepujian. Modul ini bertujuan
untuk memaklumkan kepada pelajar mengenai asas pembinaan hukum fiqah
Islam. Modul ini dapat membina kemahiran pelajar mengenai prinsip pembinaan
hukum Islam. Lantaran itu, pelajar akan dapat menjelaskan sesuatu hukum
dengan lebih tepat berdasarkan kefahaman dan kemahirannya mengaplikasikan
prinsip pembinaan hukum pada keadaan-keadaan tertentu.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai 3 jam
kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa
pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa untuk Jam Pembelajaran yang Terkumpul

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam
3
perbincangan awal
Membaca modul 60

Menghadiri 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12


Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan dan peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan kaedah pentafsiran teks hukum Islam;

2. Mengenal pasti hubungan antara perkaedahan bahasa Arab dengan kaedah


pentafsiran teks;

3. Menghuraikan pelbagai kaedah, instrumen dan metod analisis teks hukum


Islam sebagai mekanisme penentuan makna yang menepati objektif syarak;
dan

4. Membincangkan aplikasi kaedah pentafsiran teks hukum dalam kegiatan


ijtihad ulama mujtahidin dan penyelidikan hukum atau fatwa kontemporari.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan seperti
yang berikut:

Topik 1 membincangkan tentang teks nas syarak yang menjadi rujukan utama
dalam sesuatu hukum. Tumpuan akan diberikan kepada sumber hukum dan
pembahagiannya; sama ada sumber hukum yang disepakati iaitu al-Quran, sunah,
ijmak dan qiyas atau yang tidak disepakati iaitu masalih mursalah, istihsan,
istishab, Âurf, qawl al-sahabi, sharÊu man qablana dan sadd al-zaraiÊ. Setiap sumber
hukum ini akan dibincangkan secara terperinci dari segi definisi dan contoh.

Topik 2 akan menerangkan kepada anda tentang jenis lafaz yang mengandungi
pengertian yang jelas seperti al-zahir, al-nas, al-mufassar dan al-muhkam. Topik
ini juga akan mendedahkan kepada anda tentang pandangan ulama mazhab
Hanafi dan jumhur ulama aliran mutakallimin berkenaan definisi al-zahir, al-nas,
al-mufassar dan al-muhkam serta kepentingan pembahagian lafaz tersebut.

Topik 3 akan membincangkan jenis lafaz yang mengandungi maksud yang tidak
jelas seperti al-khafi, al-musykil dan al-mujmal. Setiap jenis lafaz ini akan
diterangkan secara terperinci dari segi pengertian dan contohnya serta perbezaan
antaranya.

Topik 4 akan memberi pendedahan tentang metod tertentu yang digunakan oleh
para ulama untuk mengistinbat hukum daripada lafaz nas yang terdapat dalam
al-Quran dan sunah. Tumpuan akan diberikan kepada perbincangan tentang
ibarat al-nas dan isyarat al-nas termasuk contoh dan huraiannya, di samping
menjelaskan perbezaaan antara dalalah al-nas dengan dalalah al-iqtidaÊ dari segi
pengertiannya dan contohnya.

Topik 5 akan menjelaskan tentang metod ulama mutakallimin dalam memahami


dan mengistinbat hukum daripada lafaz nas al-Quran dan sunah. Tumpuan akan
diberikan dalam mengetahui perbezaan antara dalalah mantuk dengan dalalah
mafhum dari segi pengertian dan pembahagiannya. Di samping itu juga, anda
akan didedahkan dengan mafhum mukhalafah dan pembahagiannya serta
contohnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Topik 6 akan mengupas tentang lafaz al-Âam, lafaz al-khas, al-mutlaq dan
al-muqayyad dalam nas yang menjurus kepada pandangan ulama tentang proses
dan faktor berlakunya pengikatan terhadap lafaz al-Âam. Anda juga akan
dijelaskan dengan faktor tidak berlakunya pengikatan terhadap lafaz al-Âam
seperti al-mutlaq dan al-muqayyad sama pada hukum dan sebab, kedua-duanya
tidak sama pada hukum dan sebab dan kedua-duanya berlainan pada hukum dan
sama pada sebab.

Topik 7 menjelaskan kepada anda definisi lafaz arahan (al-amr), bentuk arahan
dan contohnya. Ia juga memfokuskan kepada dalalah dalam lafaz arahan yang
datang dalam pelbagai bentuk. Selain itu, anda juga akan didedahkan dengan
pandangan ulama dalam menghuraikan dalalah tersebut dengan hujah mereka
masing-masing.

Topik 8 menjelaskan kepada anda definisi lafaz larangan (al-nahy), bentuk arahan
dan contohnya. Ia juga memfokuskan kepada kesan yang terbit daripada lafaz
larangan sama ada ia bersifat larangan mutlak atau hanya kerana sebab tertentu
serta pandangan ulama dalam kesan larangan tersebut. Selain itu, anda akan
didedahkan dengan bentuk tegahan daripada lafaz larangan yang terbahagi
kepada dua iaitu larangan segera dan larangan yang berlaku secara berulang.

Topik 9 akan menerangkan kepada anda tentang konsep nasakh, hikmah dan
syaratnya. Selain itu, topik ini akan memfokuskan kepada tiga bentuk nasakh
seperti nasakh teks sahaja, nasakh hukum sahaja dan nasakh teks dan hukum.
Tumpuan juga akan diberikan kepada perbincangan bagaimana sesuatu nasakh
itu boleh berlaku dalam tiga keadaan iaitu al-Quran dengan al-Quran,
al-Quran dengan sunah, dan sunah dengan al-Quran dan sunah dengan sunah.

Topik 10 akan mendedahkan kepada anda tentang konsep al-taÊarud iaitu


percanggahan antara dalil dan mempelajari kaedah penyelarasan yang digariskan
oleh para ulama. Tumpuan akan diberikan dengan perbincangan terhadap bentuk
al-taÊarud, syarat dan contohnya. Di samping itu, anda turut dijelaskan tentang
kaedah penyelarasan antara dalil yang bercanggah menurut mazhab Hanafi dan
mazhab Syafii.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

PANDUAN PENYUSUNAN TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan
menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada
anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan
anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan
kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari
kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan
yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir
secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas,
merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini
membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada
akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang
berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Damsyik, Syria: Dar al-Fikr.

Hanafie, A. (1971). Usul fiqh. Jakarta, Indonesia: Widjaya.

Imran Ahsan Khan Nyazee. (2003). Islamic jurisprudence. Petaling Jaya, Malaysia:
The Other Press.

Mohammad Hashim Kamali. (1989). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Pelanduk Publications.

Mukhtar Yahya, & Fatchurrahman. (1993). Dasar-dasar pembinaan hukum Islam.


Bandung, Indonesia: Dar al-MaÊarif.

Zaidan, Abdul Karim. (2000). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Beirut, Lubnan: Muassasah
ar-Risalah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR


ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta
banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xxvi X COURSE ASSIGNMENT GUIDE

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
kepada
1 Kaedah
Pentafsiran
Teks
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti dua sumber hukum perundangan Islam;
2. Menerangkan sumber perundangan yang disepakati;
3. Menjelaskan sumber perundangan yang tidak disepakati; dan
4. Membezakan dalil naqli dan aqli yang menyokong al-Quran dan
sunah sebagai sumber utama perundangan Islam.

 PENGENALAN
Setiap hukum yang dirumuskan dalam fiqh Islam mempunyai sumber yang
tertentu. Sumber tersebut mempunyai mekanisme dan kaedahnya yang tersendiri
yang perlu dilalui oleh para mujtahid dan mufti. Dalam mengeluarkan sesuatu
hukum, kaedah pentafsiran teks amat diperlukan bagi memahami maksud teks
dalam sesuatu sumber hukum syarak. Persoalannya, apakah metod yang
digunakan oleh ulama dalam pentafsiran teks hukum? Apakah kepentingan
pentafsiran teks kepada sesuatu hukum?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS

Justeru itu, keseluruhan topik dalam kursus ini akan memfokuskan kepada teks
nas syarak yang menjadi rujukan utama dalam sesuatu hukum. Tumpuan akan
diberikan kepada pembahagian utama lafaz dalam sumber teks tersebut,
pandangan ulama dan contoh yang berkaitan.

Namun sebelum itu, mari kita pelajari terlebih dahulu sumber hukum Islam dan
pembahagiannya dalam wacana para ulama usul fiqh yang merupakan fokus
utama topik pertama kursus ini. Ayuh, mari kita mulakan!

1.1 PEMBAHAGIAN SUMBER HUKUM


Pertama sekali, apakah maksud sumber hukum? Menurut ulama usul fiqh,
sumber hukum merujuk kepada sandaran utama kepada sesuatu hukum. Ia
menjadi rujukan kepada semua mujtahid dalam memahami dan mengeluarkan
sesuatu hukum untuk diamalkan.

Kita sedia maklum bahawa rujukan utama umat Islam dalam menyelesaikan
sesuatu hukum ialah al-Quran dan sunah. Terdapat juga sumber lain yang
digunakan sebagai dalil terhadap sesuatu masalah. Sumber lain yang boleh
digunakan tersebut ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Sembilan sumber lain sebagai dalil terhadap sesuatu masalah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS  3

Ulama telah membahagikan pelbagai sumber hukum dalam perundangan Islam


kepada dua kategori utama dari pelbagai sudut seperti yang diterangkan dalam
Jadual 1.1 yang berikut.

Jadual 1.1: Pembahagian Sumber Hukum

Sumber Pertama Sumber Kedua


Sumber yang Sumber yang Tidak
Sumber Utama Sumber Sekunder
Disepakati Disepakati
 Al-Quran  Ijmak  Al-Quran  Masalih mursalah
 Sunah  Qiyas  Sunah  Istihsan
 Masalih  Ijmak  Istishab
mursalah  Qiyas  ÂUrf
 Istihsan  Qawl al-sahabi
 Istishab  SharÊ man
 ÂUrf qablana
 Qawl al-sahabi  Sadd al-dharaiÊ
 SharÊ man  Ijmak ahli
qablana madinah
 Sadd al-dharaiÊ

Secara umumnya terdapat perbezaan antara semua kategori, namun jika


diperhatikan secara mendalam dan terperinci, anda akan dapati semua
pembahagian adalah sama. Sebenarnya, beberapa kategori ini boleh digabungkan
kepada dua kategori utama sahaja iaitu sumber hukum yang disepakati dan yang
tidak disepakati. Dua kategori ini akan kita pelajari dalam subtopik yang
seterusnya.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Apakah sumber utama sumber perundangan Islam?

2. Namakan semua komponen sumber sukender.

3. Nyatakan empat sumber yang disepakati.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS

1.2 SUMBER HUKUM YANG DISEPAKATI


Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, sumber perundangan dalam Islam
terbahagi kepada dua kategori iaitu sumber yang disepakati dan sumber yang
tidak disepakati. Apakah maksud sumber yang disepakati?

Sumber hukum yang disepakati merupakan sumber perundangan yang


dipersetujui oleh semua ulama untuk dijadikan rujukan dalam menentukan
hukum hakam.

Empat sumber ini terdiri daripada (lihat Rajah 1.2).

Rajah 1.2: Empat sumber hukum yang disepakati

Walau bagaimanapun, ulama berselisih pandangan dalam ijmak dan qiyas.


Jumhur ulama meletakkannya sebagai sumber yang disepakati, manakala minoriti
ulama mengklasifikasikannya sebagai sumber yang tidak disepakati.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS  5

Mari kita lihat Jadual 1.2 yang menerangkan tentang empat sumber ini dengan
lebih terperinci.

Jadual 1.2: Empat Sumber Hukum yang Disepakati

Maksud
Sumber
Bahasa Istilah
Al-Quran Bacaan. Kitab Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril
a.s. secara mutawatir dalam bahasa Arab dan
membacanya adalah suatu ibadat.
Sunah Jalan. Terdapat perbezaan maksud antara tiga golongan iaitu:
Pandangan fuqaha: Ibadat sunat yang diriwayatkan
daripada Rasulullah SAW dan tidak wajib, atau ibadat
yang mendatangkan pahala jika dilakukan dan tidak
berdosa jika meninggalkannya.
Pandangan usuliyyun: Apa-apa yang datang daripada
Rasulullah SAW selain daripada al-Quran sama ada
perbuatan Baginda, kata-katanya atau pengakuannya
yang menjadi sumber hukum syarak.
Pandangan muhaddithun: Apa-apa yang datang
daripada Rasulullah SAW yang terdiri daripada
perbuatan Baginda, kata-katanya, pengakuannya, sifat
fizikalnya dan akhlaknya sama ada sebelum atau selepas
dilantik menjadi rasul.

Ijmak Keazaman dan Persepakatan ulama mujtahid dalam kalangan umat


menetapkan Islam terhadap sesuatu hukum syarak dalam satu-satu
sesuatu. masa selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Qiyas Menentukan Penyelarasan hukum sesuatu perbuatan yang tiada dalil
sesuatu hukum dengan sesuatu perbuatan lain yang mempunyai dalil
berdasarkan berdasarkan Âillah (sebab) yang sama. Sebagai contoh,
sesuatu yang hukum menagih dadah adalah haram di sisi agama.
lain. Pengharamannya tidak disebut oleh nas tetapi ia
diqiyaskan dengan hukum meminum arak kerana Âillah
yang sama iaitu memabukkan. Hal ini adalah
berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

‫ُﻛ ﱡﻞ ُﻣ ْﺴ ِﻜ ٍﺮ َﺣَﺮ ٌام‬


Maksudnya:
Setiap yang memabukkan itu haram.
(Al-Bukhari, 2001)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS

AKTIVITI 1.1

Dalam forum myINSPIRE:

(a) Senaraikan dua hukum syarak yang bersumberkan ijmak yang


berkaitan dengan isu kontemporari.

(b) Definisi qiyas telah disebutkan dalam Jadual 1.2. Bincangkan


mengapa Âillah atau sebab menjadi faktor utama dalam perkara
qiyas.

1.3 SUMBER YANG TIDAK DISEPAKATI


Sekarang, mari kita beralih pula kepada sumber perundangan yang tidak
disepakati. Apakah maksud sumber ini?

Sumber yang tidak disepakati adalah sumber yang persetujui dijadikan hujah
oleh sebahagian ulama manakala sebahagian yang lain tidak menyetujuinya.

Terdapat lapan sumber perundangan yang tidak disepakati seperti yang telah
dinyatakan dalam Jadual 1.1. Masihkah anda ingat? Mari kita lihat Jadual 1.3 yang
menerangkan lapan sumber tersebut dengan lebih mendalam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS  7

Jadual 1.3: Sumber Perundangan yang Tidak Disepakati

Maksud
Sumber Contoh
Bahasa Istilah
Istihsan Menganggap Menukar sesuatu Hukum membuka aurat
‫اﺳﺘﺤﺴﺎن‬ sesuatu itu baik. hukum yang umum pesakit adalah haram
kepada hukum yang tetapi melalui istihsan,
dikecualikan daripada doktor dibenarkan
hukum am tersebut berbuat demikian.
dengan tujuan
mengelakkan daripada
kemudaratan.
Masalih Berhujah dengan Melakukan sesuatu Mewajibkan ujian HIV
mursalah kemaslahatan yang tiada nas untuk menjaga maslahat
atau kebaikan tentangnya untuk kesihatan pasangan
‫ﻣﺼﺎﱀ ﻣﺮﺳﻠﺔ‬
yang tidak mendapatkan kebajikan suami isteri dan
disebut oleh nas. dan menolak mengetatkan peraturan
kemudaratan merokok di tempat
berdasarkan awam bagi menjaga
pandangan akal yang keselamatan pengguna
sihat. lain (menolak
kemudaratan).

Sadd Menutup Menghentikan Menghalang penjualan


al-dharaiÊ perantara atau kemudaratan dengan bahan bacaan porno
menyekat jalan menutup jalan dan yang merosakkan minda
‫ﺳﺪ اﻟﺬراﺋﻊ‬
penghubung. pintu yang membawa dan akhlak remaja.
kepadanya.

Al-Êurf Sesuatu kebiasaan Adat kebiasaan yang Jual beli barang dengan
‫اﻟﻌﺮف‬ bagi manusia atau dilakukan oleh manusia persetujuan penjual dan
adat. sama ada perbuatan pembeli yang tiada ijab
atau percakapan. dan kabul (lafaz „saya
Ulama mengiktiraf Âurf jual‰ dan „saya beli‰). Ia
yang sahih sebagai adalah Âurf yang sah,
hujah apabila tidak walaupun tiada akad
menyanggahi syarak, kerana unsur yang asas
tiada bidaah dan ialah persetujuan penjual
khurafat serta tidak dan pembeli.
menghalalkan perkara
yang haram dan
sebaliknya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS

SyarÊ man Syariat mereka Syariat yang Kewajipan berpuasa


qablana yang hidup diturunkan kepada kepada kita yang mana
sebelum zaman para nabi dan rasul turut difardukan kepada
‫ﺷﺮع ﻣﻦ ﻗﺒﻠﻨﺎ‬
kita. sebelum Rasulullah kaum-kaum terdahulu.
SAW seperti syariat Firman Allah SWT
Nabi Ibrahim a.s. dan dalam surah
Nabi Musa a.s. al-Baqarah, ayat 183
yang bermaksud:
Tiada perubahan pada
perkara asas seperti Wahai orang-orang yang
rukun iman kerana ia beriman, diwajibkan ke
adalah tunjang risalah atas kamu berpuasa
yang dibawa oleh seperti mana difardukan
setiap rasul tetapi ke atas orang-orang
perubahan berlaku sebelum kamu supaya
pada beberapa hukum kamu bertakwa.
hakam berdasarkan
masa, suasana dan
Pengharaman beberapa
keadaan sesuatu umat.
bahagian haiwan
terhadap Bani Israil
tetapi tidak untuk umat
pada zaman ini. Firman
Allah SWT dalam surah
al-AnÊaam, ayat 146
yang bermaksud:

Dan kami haramkan


untuk orang-orang
Yahudi segala binatang
yang berkuku daripada
lembu dan kambing.
Kami haramkan untuk
mereka lemak daripada
kedua haiwan itu kecuali
lemak yang melekat
dengan punggung
kedua-duanya atau usus
atau yang bercampur
dengan tulang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS  9

Qawl Kata-kata sahabat Fatwa dan pandangan Fatwa yang disepakati


al-sahabi Nabi Muhammad sebahagian sahabat oleh para sahabat
SAW. yang terbit selepas bahawa kadar terendah
‫ﻗﻮل اﻟﺼﺤﺎﰊ‬
kewafatan Rasulullah mahar ialah sebanyak 10
SAW. Seluruh ulama dirham dan tempoh haid
menjadikannya hujah yang paling singkat ialah
jika sesuatu fatwa itu tiga hari.
disepakati oleh para
sahabat. Namun, jika
fatwa itu hanya semata-
mata ijtihad sebahagian
sahabat, maka majoriti
ulama menganggapnya
hujah manakala minoriti
menolaknya. Golongan
minoriti menolaknya
kerana mereka
berpendapat bahawa
para sahabat adalah
insan yang terdedah
kepada melakukan
kesilapan termasuk
ketika berijtihad.
Ijmak ahli Persepakatan Persepakatan ulama -
Madinah penduduk mujtahid Madinah
Madinah. Munawwarah pada tiga
‫إﲨﺎع أﻫﻞ‬
kurun awal (dalam
‫اﳌﺪﻳﻨﺔ‬ kalangan generasi
sahabat, tabiin dan tabi)
dalam sesuatu hukum
syarak pada konteks
tertentu.
Istishab Menjadikan Mengekalkan hukum Seseorang yang telah
‫اﺳﺘﺼﺤﺎب‬ sesuatu sebagai berdasarkan hukum berwuduk tetapi terlupa
sahabat. yang asal selagi tiada adakah wuduknya
dalil yang masih sah atau terbatal.
mengubahnya. Berdasarkan istishab, dia
dianggap kekal dengan
hukum asal iaitu
wuduknya masih sah
dan menunaikan solat.
Tetapi jika dia sedar
wuduknya telah terbatal
semasa atau selepas
solat, maka dia mesti
berwuduk.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Apakah definisi sadd al-dharaiÊ? Berikan satu contoh yang


berkaitan dengannya.

2. Terangkan pengertian istishab dan berikan satu contoh yang


berkaitan dengannya.

AKTIVITI 1.2

Nyatakan pandangan anda tentang hukum mematuhi peraturan lalu


lintas sewaktu menggunakan jalan raya. Adakah peraturan tersebut
selari dengan sumber perundangan Islam? Bincangkan perkara ini
dalam forum myINSPIRE.

1.4 DALIL NAQLI DAN DALIL AQLI BAGI


SUMBER HUKUM UTAMA
Kita telah mempelajari bahawa dalam perundangan Islam, sumber utama kepada
sesuatu hukum ialah al-Quran dan sunah atau dikenali dengan al-nas al-sharÊie.
Seterusnya, kita akan membincangkan dengan lebih terperinci tentang dalil naqli
dan dalil aqli terhadap keutamaan berpegang kepada al-Quran dan sunah.

Mari kita lihat Jadual 1.4 yang menerangkan dalil naqli dan dalil aqli yang
menyokong al-Quran sebagai sumber hukum.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS  11

Jadual 1.4: Dalil Naqli dan Dalil Aqli yang Meyokong al-Quran sebagai Sumber Hukum

Dalil Naqli Dalil Aqli

Firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat Seperti mana Allah SWT menurunkan
59: kitab dan mengutuskan para rasul
untuk kaum-kaum terdahulu,
demikian jugalah Dia menurunkan
tΑθß™§9$# (#θãè‹ÏÛr&uρ ©!$# (#θãè‹ÏÛr& (#þθãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ untuk umat ini kitab suci yang
lengkap dengan manhaj hidup,
’n<Î) çνρ–Šãsù &™ó©x« ’Îû ÷Λä⎢ôãt“≈uΖs? βÎ*sù ( óΟä3ΖÏΒ ÍöΔF{$# ’Í<'ρé&uρ akidah yang benar, hukum hakam
yang mudah dan panduan akhlak
yang sempurna. Jika tiada sebarang
4 ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè? ÷Λä⎢Ψä. βÎ) ÉΑθß™§9$#uρ «!$# kitab panduan, mana mungkin kita
boleh memahami ajaran agama yang
∩∈®∪ ¸ξƒÍρù's? ß⎯|¡ômr&uρ ×öyz y7Ï9≡sŒ menunjukkan kita jalan yang benar.

Memang benar bahawa tidak


Maksudnya:
mustahil bagi Allah SWT terus
Wahai orang yang beriman, taatlah kamu
mengilhamkan ilmu dan memberi
kepada Allah dan taatlah kamu kepada
petunjuk kepada hamba-Nya tetapi
Rasulullah dan kepada ulil-amri (orang yang
penurunan kitab adalah satu wasilah
berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian
iaitu penghubung untuk agama
jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
sampai kepada kita dan daripadanya
dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
kita mengetahui selok-belok ajaran
mengembalikannya kepada (kitab) Allah
Islam.
(al-Quran) dan (sunah) Rasul-Nya ă jika kamu
benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Perutusan al-Quran sebagai kitab
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),
panduan juga adalah tanda kebesaran
dan lebih elok pula kesudahannya.
Allah SWT kerana ia merupakan
mukjizat Nabi Muhammad SAW
Firman Allah lagi dalam surah an-Nahl, ayat
yang kekal hingga ke hari kiamat.
44:
Bahasanya yang indah dan tinggi
mempunyai iÊjaz iaitu kekuatan yang
öΝÍκös9Î) tΑÌh“çΡ $tΒ Ä¨$¨Ζ=Ï9 t⎦Îi⎫t7çFÏ9 tò2Ïe%!$# y7ø‹s9Î) !$uΖø9t“Ρr&uρ menarik perhatian bagi siapa sahaja
yang bertadabbur dengannya.

∩⊆⊆∪ šχρã©3xtGtƒ öΝßγ¯=yès9uρ

Maksudnya:
Dan Kami pula turunkan kepadamu (wahai
Muhammad) al-Quran yang memberi
peringatan, supaya engkau menerangkan
kepada umat manusia akan apa yang telah
diturunkan kepada mereka, dan supaya
mereka memikirkannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS

Jadual 1.5 pula menunjukkan dalil naqli dan dalil aqli yang menyokong sunah
sebagai sumber hukum.

Jadual 1.5: Dalil Naqli dan Dalil Aqli yang Menyokong Hadis (Sunah)
Nabi Muhammad SAW sebagai Sumber Hukum

Dalil Naqli Dalil Aqli

Firman Allah SWT dalam surah Rasional daripada nas al-Quran menunjukkan
an-NisaÊ, ayat 80: autoriti sunah dalam menerangkan hukum
syarak. Jika tidak, perintah kepada umat
Islam agar mentaati arahan Nabi Muhammad
!$yϑsù 4’¯<uθs? ⎯tΒuρ ( ©!$# tí$sÛr& ô‰s)sù tΑθß™§9$# ÆìÏÜム⎯¨Β SAW akan menyebabkan segala ucapan,
perbuatan dan pengakuan Baginda sia-sia
∩∇⊃∪ $ZàŠÏym öΝÎγøŠn=tæ y7≈oΨù=y™ö‘r& ekoran tiada autoriti yang menuntut
kepatuhan terhadap perkara yang
disampaikan. Penolakan sunah sebagai
Maksudnya:
sumber hukum secara tidak langsung akan
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah,
menjejaskan sebahagian besar komponen
maka sesungguhnya dia telah taat
hukum syarak. Hal ini adalah kerana
kepada Allah; dan sesiapa yang
keseluruhan syariat Islam dijelaskan oleh
berpaling ingkar, maka (janganlah
sunah Rasulullah SAW. Para ulama
engkau berdukacita wahai
menegaskan bahawa sunah adalah penjelas
Muhammad), kerana Kami tidak
(syarih) kepada al-Quran dalam konteks
mengutusmu untuk menjadi pengawal
penyampaian hukum kepada manusia.
(yang memelihara mereka daripada
melakukan kesalahan).
Suatu yang maklum bahawa sebahagian
besar daripada ayat al-Quran menerangkan
Firman Allah SWT dalam surah
hukum syarak secara umum tanpa
an-Najm, ayat 3 dan 4:
diperincikan. Secara logiknya, sudah tentu
sunah amat diperlukan untuk mentafsirkan
Ö©óruρ ωÎ) uθèδ ÷βÎ) ∩⊂∪ #“uθoλù;$# Ç⎯tã ß,ÏÜΖtƒ $tΒuρ ayat al-Quran, menjelaskan petunjuk,
merungkaikan kerumitan makna selain turut
berperanan mensyariatkan hukum.
∩⊆∪ 4©yrθãƒ
Seseorang itu tidak mampu untuk
Maksudnya: beramal tanpa merujuk kepada
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu pelaksanaan yang pernah dibuat oleh
yang berhubung dengan agama Islam) Rasulullah SAW sekiranya al-Quran
menurut kemahuan dan pendapatnya diturunkan tanpa rasul sebagai
sendiri. Segala yang diperkatakannya pembimbing, tentu manusia akan
itu (sama ada al-Quran atau hadis) mentafsirkan al-Quran sewenang-
tidak lain hanyalah wahyu yang wenangnya menurut hawa nafsu dan
diwahyukan kepadanya. menyalahi objektif sebenar penurunannya.
Oleh itu, Baginda diutuskan untuk
menerangkan kandungan al-Quran agar
selari dengan tuntutan Allah SWT.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS  13

Firman Allah SWT dalam surah


al-Hasyr, ayat 7:

öΝä39pκtΞ $tΒuρ çνρä‹ã‚sù ãΑθß™§9$# ãΝä39s?#u™ !$tΒuρ...

߉ƒÏ‰©
x ©!$# ¨βÎ) ( ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 (#θßγtFΡ$$sù çμ÷Ψtã

∩∠∪ É>$s)Ïèø9$#

Maksudnya:
⁄dan apa yang dibawa oleh rasul
kepada kamu, hendaklah kamu semua
mengambilnya dan apa yang
dilarangnya bagimu, maka
tinggalkanlah dan bertakwalah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah
amat keras hukumannya.

SEMAK KENDIRI 1.3

1. Apakah yang anda faham tentang dalil naqli dan dalil aqli?
Apakah perbezaan kedua-duanya?

2. Sebutkan satu dalil naqli dan satu dalil aqli yang membuktikan
sunah adalah sumber hukum.

AKTIVITI 1.3

1. Anda telah mengetahui beberapa nas al-Quran tentang sumber


perundangan Islam. Cuba anda cari dua dalil daripada hadis sahih
tentang perkara yang sama.

2. Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah SAW yang kekal hingga ke


hari kiamat. Mengapakah kitab lain tidak kekal bahkan ditokok
tambah? Bincangkan perkara ini dalam forum myINSPIRE.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS

 Menurut ulama usul fiqh (usuliyyin), sumber hukum merujuk kepada


sandaran utama kepada sesuatu hukum.

 Dua sumber perundangan Islam ialah:

- Sumber utama atau sekunder; dan

- Sumber yang disepakati atau tidak disepakati.

 Sumber utama ialah al-Quran dan sunah atau dikenali dengan al-nas al-sharÊie
manakala sumber sukender ialah ijmak, qiyas, masalih mursalah, istihsan,
istishab, Âurf, qawl al-sahabi, sharÊ man qablana dan sadd al-dharaiÊ.

 Sumber yang disepakati ialah al-Quran, sunah, ijmak dan qiyas manakala
sumber tidak disepakati ialah masalih mursalah, istihsan, istishab, Âurf, qawl
al-sahabi, sharÊ man qablana, sadd al-dharaiÊ dan ijmak ahli Madinah.

 Dalil naqli adalah berdasarkan al-Quran dan hadis manakala dalil aqli adalah
berdasarkan akal.

 Dalil aqli sememangnya selari dengan akal yang murni dan fitrah manusia
untuk menerima al-Quran dan sunah sebagai sumber perundangan.

ÂUrf Masalih mursalah


Dalil aqli Qawl al-sahabi
Dalil naqli Qiyas
Ijmak Sadd al-dharaiÊ
Istihsan SharÊ man qablana
Istishab Sunah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENTAFSIRAN TEKS  15

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (1997). Pengantar usul fiqh. Kuala Lumpur,
Malaysia: Pustaka Salam.

Al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismail. (2001). Sahih al-Bukhari. Muhammad Zuhayr


Nasir (tahqiq) (Ed. ke-1). Masurah, Yaman: Dar Tuq al-Najat.

Al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Damsyik, Syria: Dar al-Fikr.

Hanafie, A. (1971). Usul fiqh. Jakarta, Indonesia: Widjaya.

Imran Ahsan Khan Nyazee. (2003). Islamic jurisprudence. Petaling Jaya, Malaysia:
The Other Press.

Mohammad Hashim Kamali. (1989). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Pelanduk Publications.

Mukhtar Yahya, & Fatchurrahman. (1993). Dasar-dasar pembinaan hukum Islam.


Bandung, Indonesia: Dar al-MaÊarif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Lafaz yang
Mempunyai
2 Pengertian
yang Jelas
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Mengenal pasti empat jenis lafaz yang mengandungi pengertian
yang jelas menurut ulama Hanafiyyah;
2. Menghuraikan maksud al-zahir, al-nas, al-mufassar dan
al-muhkam;
3. Membezakan antara al-zahir, al-nas, al-mufassar dan al-muhkam;
dan
4. Membincangkan pembahagian lafaz yang jelas menurut jumhur
ulama usul fiqh.

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa ayat al-Quran dan sunah Rasulullah SAW mengandungi
makna dan maksud yang jelas dan tidak jelas? Dua kategori ini diringkaskan
seperti Rajah 2.1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS  17

Rajah 2.1: Dua jenis lafaz yang terdapat dalam al-Quran dan sunah

Al-Quran merupakan sumber rujukan utama untuk mengetahui segala perintah


dan larangan Allah SWT kepada manusia. Manakala sunah pula berperanan
memberi penjelasan yang lebih lanjut terhadap apa yang disampaikan oleh
al-Quran. Memandangkan kedua-dua sumber utama tersebut dalam bahasa Arab,
maka pengetahuan tentang kaedah bahasa tersebut (al-qawaÊid al-usuliyyah
al-lughawiyyah) menjadi suatu yang penting dalam penyelidikan hukum syarak.
Perlu diingat bahawa kejelasan (‫ )ﻭﺿﻮﺡ‬makna sesuatu lafaz tidak sama antara satu
ayat dengan ayat lain sebagaimana terdapat juga kekaburan (‫ )ﺧﻔﺎء‬padanya.

Maka, kaedah bahasa Arab berperanan membantu mujtahid memahami


pengertian (makna) yang tepat bagi sesuatu lafaz yang terdapat dalam al-Quran
mahupun sunah (hadis) Rasulullah SAW, sebelum suatu hukum dirumuskan.
Lantaran itu, para ulama terdahulu telah membuat kajian terperinci terhadap
bentuk lafaz yang digunakan dalam kedua-dua sumber utama ini.

Untuk makluman anda, kejelasan dan kekaburan makna dalam ayat al-Quran dan
bilangan hadis (sunah) yang berkaitan dengan hukum syarak adalah sangat
banyak. Hal ini adalah kerana terdapat pelbagai bentuk lafaz yang digunakan
dalam setiap dalil daripada kedua-dua sumber utama tersebut.

Oleh itu, dalam topik ini kita akan teliti dahulu tahap atau tingkatan kejelasan
(‫ )ﻭﺿﻮﺡ‬sesuatu lafaz yang terdapat dalam dalil al-Quran dan sunah. Ayuh, mari
kita teruskan!

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS

2.1 JENIS LAFAZ YANG JELAS


PENGERTIANNYA MENURUT ULAMA
HANAFIYYAH
Anda telah mempelajari dalam Rajah 2.1 tadi bahawa lafaz yang terkandung
dalam al-Quran dan sunah terbahagi kepada dua iaitu:

(a) Lafaz yang mengandungi maksud atau makna yang jelas; dan

(b) Lafaz yang tidak jelas (akan diterangkan dalam Topik 3).

Sekarang, mari kita bincangkan dahulu tahap lafaz yang mengandungi pengertian
yang jelas mengikut pandangan ulama usul fiqh Hanafiyyah (mazhab Hanafi).
Lafaz yang jelas terbahagi kepada empat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Empat jenis lafaz yang jelas pengertiannya

Empat jenis lafaz ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik
seterusnya.

2.2 AL-ZAHIR (‫)الظاھر‬


Pertama sekali, apakah maksud al-zahir?

Al-zahir bermaksud setiap lafaz atau kata-kata yang mempunyai maksud


yang jelas berdasarkan kepada gaya bahasa lafaz (‫ )ﺳﻴﺎﻕ ﺍﻟﻜﻼﻡ‬itu sendiri, tanpa
melihat kepada lafaz ayat lain di luar daripada lafaz itu (‫ )ﻗﺮﻳﻨﺔ ﺧﺎﺭﺟﻴﺔ‬dan tanpa
membuat sebarang penelitian terhadap ayat tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS  19

Contohnya adalah seperti dalam firman Allah SWT yang berikut:

(a) Surah al-Baqarah, ayat 275:

ِ
... َ‫اﻟﺮ‬
ّ ‫اﻪﻠﻟُ اﻟْﺒَـْﻴ َﻊ َو َﺣﱠﺮَم‬ َ ‫ َوأ‬...
‫َﺣ ﱠﻞ ﱠ‬
Maksudnya:
...dan Allah menghalalkan jual beli (perniagaan) dan mengharamkan riba⁄

(b) Surah an-NisaÊ, ayat 3:

ِ
...‫ع‬
َ َ‫ور‬ َ ‫ﺎب ﻟَ ُﻜﻢ ِّﻣ َﻦ اﻟﻨِّ َﺴﺎء َﻣﺜْـ َ ٰﲎ َوﺛَُﻼ‬
َُ ‫ث‬
ِ
َ َ‫ﻓَﺎﻧﻜ ُﺤﻮا َﻣﺎ ﻃ‬...
Maksudnya:
⁄maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada
perempuan (lain): dua, tiga atau empat...

(c) Surah al-Maidah, ayat 38:

... $yϑßγtƒÏ‰÷ƒr& (#þθãèsÜø%$$sù èπs%Í‘$¡¡9$#uρ ä−Í‘$¡¡9$#uρ

Maksudnya:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka⁄

Berdasarkan kepada tiga contoh yang telah disebutkan, kita dapat fahami bahawa
makna atau maksud yang terkandung dalam setiap ayat secara tersurat sahaja
atau bersifat kefahaman umum, namun ia bukan makna sebenar kepada ayat
tersebut.

ّ ِ ‫ﻪﻠﻟﺍﺍُ ْﺍﻟﺒَ ْﻴ َﻊ َﻭ َﺣ ﱠﺮ َﻡ‬


Ayat ...‫ﺍﻟﺮﺑَﺎ‬ ‫ َﻭﺃ َ َﺣ ﱠﻞ ﱠ‬⁄ (surah al-Baqarah, 2:275) dikategorikan sebagai ayat
al-zahir kerana apa yang difahami secara zahirnya daripada ayat ini adalah
bahawa Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan segala bentuk riba.

Walau bagaimanapun, ia tidaklah menjelaskan maksud sebenar di sebalik ayat


tersebut. Tujuan sebenar ayat ini diturunkan oleh Allah SWT adalah untuk
menafikan dakwaan yang menyamakan riba dengan jual beli. Perlu diketahui
bahawa perkataan ‫ ﺍﻟﺒﻴﻊ‬dan ‫ ﺍﻟﺮﺑﺎ‬merupakan perkataan yang berbentuk umum; oleh
itu, ia tertakluk kepada takhsis (‫ ) ﺗﺨﺼﻴﺺ‬dan juga nasakh (‫)ﻧﺴﺦ‬.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
20  TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS

Oleh itu, keharusan jual beli dalam ayat tadi telah ditakhsiskan dengan
pengharaman arak, babi, barang tidak dimiliki dan jenis urus niaga yang ditegah
oleh syarak.

Manakala dalam ayat ..‫ﻉ‬ َ ‫ﺎء َﻣﺜْﻨَﻰ َﻭﺛ ُ َﻼ‬


َ ‫ﺙ َﻭ ُﺭﺑَﺎ‬ ِ ‫ﺴ‬َ ّ‫ﺎﺏ ﻟَ ُﻜ ْﻢ ِﻣﻦَ ﺍﻟ ِﻨ‬
َ ‫ﻁ‬َ ‫ﻓَﺎ ْﻧ ِﻜ ُﺤﻮﺍ َﻣﺎ‬... (surah an-NisaÊ,
4:3) memberi kebenaran kepada umat Islam untuk bernikah. Hal ini adalah kerana
maksud yang dapat difahami berdasarkan al-zahir ayat, sedangkan ayat ini
diturunkan bertujuan menjelaskan keharusan berpoligami untuk lelaki Muslim.

2.2.1 Hukum al-Zahir


Orang Islam wajib berpegang kepada maksud yang diperoleh secara zahir
daripada ayat yang terdapat dalam al-Quran dan sunah, sama ada lafaz yang
digunakan adalah umum atau khusus, melainkan terdapat dalil yang
menunjukkan sama ada memberi maksud yang berbeza atau maksud daripada
zahir ayat itu telah dinasakhkan.

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Apakah definisi al-zahir menurut mazhab Hanafi?

2. Sebutkan satu contoh nas yang bersifat al-zahir.

2.3 AL-NAS (‫)النص‬


Sekarang, mari kita pelajari pula tentang al-nas. Apakah maksudnya?

Al-nas bermaksud lafaz yang menunjukkan suatu makna yang merupakan


makna asal bagi lafaz tersebut. Makna tersebut masih boleh menerima takwil
(tafsiran makna lain) dan boleh dinasakhkan ketika zaman penurunan wahyu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS  21

Contohnya, ayat yang menyentuh tentang keharusan berjual beli dan


pengharaman riba. Secara zahirnya, ayat ini hanya menerangkan hukum berjual
beli dan hukum riba tetapi secara nasnya atau maksud sebenar ayat itu adalah
untuk menafikan dakwaan pihak yang menyatakan jual beli dan riba adalah dua
perkara yang sama. Hal ini adalah berdasarkan kepada konteks ayat secara
keseluruhan dalam al-Quran yang menceritakan pandangan orang Yahudi
terhadap jual beli dan riba:

3 (#4θt/Ìh9$# ã≅÷WÏΒ ßìø‹t7ø9$# $yϑ¯ΡÎ) (#þθä9$s%...

Maksudnya:
⁄mereka telah mengatakan: „Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja
seperti riba...‰
(Surah al-Baqarah, 2:275)

Contoh lain adalah seperti dalam surah an-NisaÊ, ayat 3 yang mana Allah SWT
telah berfirman:

...4©o_÷WtΒ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# z⎯ÏiΒ Νä3s9 z>$sÛ $tΒ (#θßsÅ3Ρ$$sù...

Maksudnya:
⁄maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan
(lain): dua, tiga atau empat...

Secara zahirnya, ayat ini merupakan dalil yang mengharuskan perkahwinan


antara lelaki dengan wanita. Walau bagaimanapun, maksud sebenar ayat ini
diturunkan adalah untuk menjelaskan keharusan bagi lelaki untuk berpoligami
tidak lebih daripada empat orang isteri sahaja. Maksud yang tersirat atau nas ini
dapat difahami berdasarkan kepada sambungan daripada ayat ini, iaitu:

...¸ο‰
y Ïn≡uθsù (#θä9ω÷ès? ωr& óΟçFøÅz ÷βÎ*sù...

Maksudnya:
⁄kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara para isteri kamu)
maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja...
(Surah an-NisaÊ, 4:3)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS

Oleh yang demikian, secara keseluruhannya, Allah SWT mengharuskan kepada


lelaki untuk berkahwin lebih daripada seorang isteri tetapi tidak lebih daripada
empat orang sahaja.

Selain itu, firman Allah SWT dalam surah at-Talaq, ayat 1 َ...‫ﻮﻫ ﱠﻦ ﻟِﻌِ ﱠﺪ ِِ ّﻦ‬ ِ
ُ ‫ﻓَﻄَﻠّ ُﻘ‬... Secara
zahirnya, ayat ini menunjukkan seorang lelaki atau suami tidak boleh menambah
lebih daripada satu talak apabila dia hendak menceraikan isterinya. Sedangkan
maksud sebenar di sebalik ayat ini atau nasnya adalah suami hendaklah
mengambil kira waktu sunah (atau waktu sesuai yang diajarkan oleh Nabi
Muhammad SAW) apabila dia hendak menceraikan isterinya. Sebagaimana
diterangkan dalam suatu hadis Ibnu Umar, iaitu anak kepada Sayidina Umar
al-Khattab r.a.:

ِ‫ﻮل ﱠ‬
- ‫اﻪﻠﻟ‬ ُ ‫ ﻓَـ َﻘ َﺎل َر ُﺳ‬-‫ﷺ‬- ‫ﱠﱮ‬ ِِ ِ ِ ِ ِ
ٌ ‫أَﻧﱠﻪُ ﻃَﻠﱠ َﻖ ْاﻣَﺮأَﺗَﻪُ َوﻫ َﻰ َﺣﺎﺋ‬
ّ ‫ﻚ ﻋُ َﻤُﺮ ﻟﻠﻨ‬ َ ‫ﺾ ﻓَ َﺬ َﻛَﺮ َذﻟ‬
« ‫ت أ َْو َوِﻫ َﻰ َﺣ ِﺎﻣ ٌﻞ‬ ِ ِ
ْ ‫ » ُﻣ ْﺮﻩُ ﻓَـ ْﻠﻴُـَﺮاﺟ ْﻌ َﻬﺎ ﰒُﱠ ﻟْﻴُﻄَﻠّ ْﻘ َﻬﺎ إِ َذا ﻃَ ُﻬَﺮ‬-‫ﷺ‬
Maksudnya:
Sesungguhnya dia (Ibnu Umar) telah menceraikan isterinya yang dalam keadaan
haid, Sayidina Umar r.a. telah memberitahu hal ini kepada Nabi Muhammad
SAW, Baginda telah bersabda: „Perintahkanlah supaya dia kembali/rujuk semula
kepada isterinya, atau ceraikanlah dalam keadaan dia (isteri) suci atau hamil.‰
(Abu Daud, t.t.)

Hadis ini menjelaskan beberapa waktu yang sesuai untuk suami menceraikan
isterinya supaya tidak berlaku kezaliman. Kezaliman di sini merujuk kepada
tempoh idah isteri yang terlalu lama jika diceraikan selain daripada waktu yang
dinyatakan dalam hadis tersebut.

2.3.1 Hukum al-Nas


Petunjuk lafaz al-nas pada suatu makna adalah lebih jelas daripada al-zahir.
Namun, ia masih boleh ditakwil dan menerima pemansuhan makna hanya pada
waktu Rasulullah SAW masih hidup.

Oleh itu, wajib beramal dengan maknanya yang asal selagi tiada sebarang
pentakwilan atau pentakhsisan yang menunjukkan makna yang berbeza daripada
petunjuk al-nas itu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS  23

Dari segi hukum, tiada perbezaan antara al-nas dengan al-zahir kerana wajib
beramal dengan kedua-duanya. Walau bagaimanapun, al-nas berfungsi
menjelaskan dan menerangkan maksud yang difahami daripada al-zahir.

Dengan kata lain, mengetahui maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh
mutakallim, iaitu Allah SWT melalui al-Quran dan sunah kerana ia merupakan
maksud asal/sebenar kepada suatu ayat atau hadis. Maksud tersebut diketahui
dengan cara melihat perbezaan dan persamaan antara zahir dengan nas. Oleh
yang demikian itu, kedudukan al-nas lebih tinggi daripada al-zahir.

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Apakah perbezaan antara lafaz al-zahir dengan lafaz al-nas?

2. Jelaskan dua contoh al-zahir dan al-nas.

2.4 AL-MUFASSAR (‫)المفسر‬


Seterusnya mari kita pelajari tentang al-mufassar.

Al-mufassar bermaksud lafaz yang menunjukkan kepada makna yang jelas


yang menjadi makna asal kepada ayat al-Quran atau hadis. Ia tidak boleh
ditakwil tetapi masih boleh dinasakhkan pada zaman wahyu sedang
diturunkan.

Contohnya dalam surah an-Nur, ayat 2 Allah SWT berfirman:

... ( ;οt$ù#y_ sπs($ÏΒ $yϑåκ÷]ÏiΒ 7‰Ïn≡uρ ¨≅ä. (#ρà$Î#ô_$$sù ’ÎΤ#¨“9$#uρ èπu‹ÏΡ#¨“9$#

Maksudnya:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebat...

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS

Firman Allah SWT lagi:

...t⎦⎪Ï%©!$#uρ tβθãΒötƒ ÏM≈oΨ|Áósßϑø9$# §ΝèO óΟs9 (#θè?ù'tƒ Ïπyèt/ö‘r'Î/ u™!#y‰pκà− óΟèδρ߉Î=ô_$$sù t⎦⎫ÏΖ≈uΚrO

Zοt$ù#y_

Maksudnya:
Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang
saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat...
(Surah an-Nur, 24:4)

Dalam kedua-dua ayat ini terdapat perkataan ‫( ثماني‬80) dan ‫( مئة‬100) yang
mewakili bilangan. Kalimah inilah yang dikatakan sebagai al-mufassar kerana
perkataan 80 dan 100 menunjukkan kepada bilangan tertentu dan memberi
pengertian yang jelas kepada akal manusia dan akal tidak perlu mentakwilkannya
untuk mengetahui maksud yang sebenar. Oleh kerana secara umumnya bilangan
ini dikhususkan kepada sebatan yang menjadi hukuman kepada pesalah qazaf
dan zina, ia tidak perlu ditakhsiskan atau dispesifikkan penggunaannya dalam
keadaan yang lain.

Perkataan ini boleh dinasakhkan sekiranya terdapat ayat al-Quran lain yang
menasakhkannya. Seperti yang telah dijelaskan tadi, nasakh tidak berlaku kecuali
ketika zaman Nabi Muhammad SAW iaitu ketika al-Quran sedang diturunkan
secara beransur-ansur mengikut keadaan dan suasana.

Mari kita teliti surah at-Taubah, ayat 36:

Z... π©ù!%x. š⎥⎫Å2Îô³ßϑø9$# (#θè=ÏG≈s%uρ...

Maksudnya:
⁄dan perangilah orang Musyrik itu keseluruhannya⁄

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS  25

ْ ‫( ﺍْﻟ ُﻤ‬orang Musyrik atau yang menyekutukan Allah SWT)


Perkataan َ‫ﺸ ِﺮﻛِﻴﻦ‬
tergolong dalam lafaz yang zahir dan bersifat umum. Hal ini adalah kerana
maksud perkataan itu adalah jelas dari segi maknanya. Dalam masa yang sama, ia
juga bersifat umum kerana perkataan orang Musyrik itu sendiri tidak dihadkan
bilangannya. Adakah maksud ayat itu merujuk kepada sebahagian, separuh atau
keseluruhan? Oleh itu, ia terbuka kepada takhsis atau penentuan daripada sudut
bilangan dalam perkataan tersebut.

Namun, oleh kerana wujud perkataan lain selepasnya iaitu ً‫( ﻛَﺎﻓَﺔ‬keseluruhan),
ْ ‫ ﺍْﻟ ُﻤ‬tidak perlu lagi ditakhsiskan kerana perkataan itu telah pun
perkataan َ‫ﺸ ِﺮﻛِﻴﻦ‬
ditentukan bilangan bagi maksud perkataan َ‫ﺸ ِﺮﻛِﻴﻦ‬ ْ ‫ﺍْﻟ ُﻤ‬.

Berdasarkan kepada contoh tadi, al-mufassar adalah lafaz atau perkataan yang
merangkumi bayan al-taqrir dan bayan al-tafsir. Oleh kerana itulah, al-mufassar
lebih jelas berbanding al-nas. Maksud yang terkandung dalam lafaz ini diperoleh
melalui gaya bahasa yang terdapat dalam lafaz tersebut secara jelas, bukan
berdasarkan kepada makna yang diberikan oleh lafaz ayat itu sendiri. Apakah
maksud bayan al-taqrir dan bayan al-tafsir? Mari kita lihat jawapannya dalam
Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Maksud Bayan al-Taqrir dan Bayan al-Tafsir

Bayan al-Taqrir (‫)بيان تقرير‬ Bayan al-Tafsir (‫)بيان التفسير‬


Suatu keterangan yang menolak Suatu keterangan yang menjelaskan
penggunaan yang khusus yang sesuatu lafaz yang mengandungi maksud
menjadikan lafaz tersebut pasti dari yang tersembunyi.
sudut maknanya.

Contoh bayan al-taqrir ialah seperti seorang suami melafazkan ‫ﻁﻠﻘﻲ ﻧﻔﺴﻚ ﻣﺮﺓ ﻭﺍﺣﺪﺓ‬
atau „ceraikan dirimu sendiri dengan talak satu.‰ Perkataan ‫ ﻭﺍﺣﺪﺓ‬dalam lafaz ini
menafikan keharusan wanita itu untuk menceraikannya lebih daripada satu kali.

Manakala bagi bayan al-tafsir, contoh kita boleh lihat dalam surah al-Hijr, ayat 30:

∩⊂⊃∪ tβθãèuΗødr& öΝßγ=à2 èπs3Íׯ≈n=yϑø9$# y‰yf|¡sù

Maksudnya:
(Setelah selesai kejadian Adam), maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya
sekali.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS

Perkataan ‫ ْﺍﻟ َﻤ َﻼﺋِﻜَﺔ‬dalam ayat ini mengandungi maksud yang umum. Oleh itu, ia
boleh ditakhsiskan kerana terdapat kemungkinan ia bermaksud semua malaikat
sujud atau sebahagian sahaja yang sujud.

Walau bagaimanapun, dengan wujudnya perkataan ‫ ُﻛﻠﱡ ُﻬ ْﻢ‬selepas perkataan


„malaikat‰ secara tidak langsung telah menetapkan maksudnya kepada
keseluruhan malaikat. Oleh itu, ia tidak lagi boleh ditakhsiskan.

Selain itu juga, perkataan َ‫ ﺃَﺟْ َﻤﻌُﻮﻥ‬dalam ayat yang sama menjelaskan bahawa
keseluruhan malaikat sujud secara bersama-sama tidak secara berasingan. Hal
inilah yang dinamakan sebagai bayan al-tafsir (‫)ﺑﻴﺎﻥ ﺍﻟﺘﻔﺴﻴﺮ‬.

Contoh lain lafaz al-mufassar ialah sunah yang memperincikan lafaz umum
al-Quran yang mensyariatkan:

(a) Solat fardu dan zakat (surah al-Baqarah, 2:43);

(b) Puasa (surah al-Baqarah, 2:183); dan

(c) Haji (surah Ali-ÊImran, 3:97).

Dalam hal ini, sunah Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan makna dan
pengertian semua ibadat tersebut menerusi pengucapan dan perbuatan Baginda.
Maka pengertian solat, zakat, puasa dan zakat menjadi al-mufassar yang tidak
boleh ditakwil lagi.

2.4.1 Hukum al-Mufassar


Apakah hukum al-mufassar? Orang Islam wajib beramal dengan maksud yang
terkandung dalam lafaz al-mufassar dan maksud tersebut tidak boleh ditakwil
atau ditakhsis tetapi boleh dinasakhkan. Walau bagaimanapun, nasakh tidak
boleh dilakukan pada zaman ini kerana ia hanya berlaku pada zaman Nabi
Muhammad SAW (‫ )ﻋﻬﺪ ﺍﻟﻨﺒﻮﺓ‬ketika wahyu sedang diturunkan. Setelah kewafatan
Baginda, wahyu telah pun terhenti dan semua hukum syarak dalam al-Quran dan
sunah telah menjadi sempurna dan jelas. Oleh demikian, sebarang pembatalan
atau nasakh terhadap ayat al-Quran dan sunah tidak lagi berlaku.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS  27

SEMAK KENDIRI 2.3

1. Sebutkan hukum beramal dengan lafaz al-zahir, al-nas dan


al-mufassar.
2. Huraikan maksud bayan al-taqrir dan bayan al-tafsir.

2.5 AL-MUHKAM (‫)المحكم‬


Lafaz jelas terakhir yang akan dibincangkan ialah al-muhkam. Apakah
maksudnya?

Al-muhkam ialah lafaz yang petunjuknya (‫ )ﺩﻻﻟﺔ‬menunjukkan suatu


pengertian yang jelas sesuai dengan susunan lafaz itu dan tidak mungkin
menerima sesuatu yang lain sama ada pentakwilan (‫)ﺗﺄﻭﻳﻞ‬, pentakhsisan
(‫ )ﺗﺨﺼﻴﺺ‬mahupun pemansuhan (‫ﻧﺴﺦ‬ ).

Antara contoh lafaz yang dikategorikan sebagai al-muhkam ialah ayat yang
berkaitan asas akidah Islam seperti beriman kepada Allah SWT, para malaikat,
kitab, para rasul dan hari kiamat.

Begitu juga dengan cabang hukum fiqh yang bersifat kekal dan berterusan
sebagaimana yang terdapat dalam surah al-Ahzab, ayat 53:

ÿ⎯Íνω÷èt/ .⎯ÏΒ …çμy_≡uρø—r& (#þθßsÅ3Ζs? βr& Iωuρ «!$# š^θß™u‘ (#ρèŒ÷σè? βr& öΝà6s9 šχ%x. $tΒuρ...

...4 #´‰t/r&

Maksudnya:
...Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasulullah, dan tidak boleh
berkahwin dengan para isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya...

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS

Selain itu, firman Allah SWT dalam surah an-Nur, ayat 4:

...4 #Y‰t/r& ¸οy‰≈pκy− öΝçλm; (#θè=t7ø)s? Ÿωuρ...

Maksudnya:
⁄dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya⁄

Al-muhkam terbahagi kepada dua seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Dua kategori al-muhkam

Kita akan membincangkan tentang kedua-dua muhkam dengan lebih terperinci


dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2: Dua Kategori Muhkam

Al-Muhkam li Zatihi Al-Muhkam li Ghairihi


Al-muhkam li zatihi (‫ )ﺍﻟﻤﺤﻜﻢ ﻟﺬﺍﺗﻪ‬ialah lafaz Al-muhkam li ghairihi (‫)ﺍﻟﻤﺤﻜﻢ ﻟﻐﻴﺮﻩ‬
yang mengandungi maksud yang jelas dan bermaksud semua lafaz yang
difahami daripada lafaz itu sendiri. mengandungi maksud yang jelas tetapi
Misalnya dalam surah al-Ahzab, ayat 53: kejelasan maksudnya itu disebabkan
oleh faktor luaran.
ِ‫ﻮل ﱠ‬
‫اﻪﻠﻟ‬ َ ‫ َوَﻣﺎ َﻛﺎ َن ﻟَ ُﻜ ْﻢ أَن ﺗـُ ْﺆذُوا َر ُﺳ‬... Semua ayat atau lafaz sama ada

...‫اﺟﻪُ ِﻣﻦ ﺑَـ ْﻌ ِﺪ ِﻩ أَﺑَ ًﺪ‬ ِ daripada al-Quran atau sunah yang
َ ‫َوَﻻ أَن ﺗَﻨﻜ ُﺤﻮا أ َْزَو‬ tidak boleh dinasakhkan kerana wahyu
telah pun terhenti dengan kewafatan
Nabi Muhammad SAW dikategorikan
Maksudnya:
sebagai al-muhkam li ghairihi. Hal ini
⁄Dan kamu tidak boleh sama sekali
adalah kerana penjelasan berkenaan
menyakiti Rasulullah, dan tidak boleh
maksudnya itu diperoleh daripada
bahawa kamu berkahwin dengan para
faktor luar.
isterinya sesudah ia wafat, selama-
lamanya..

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS  29

Dalam ayat ini, terdapat perintah agar


menghormati Rasulullah SAW dengan
tidak melakukan sebarang perbuatan yang
menyakiti Baginda. Antara larangan
tersebut ialah diharamkan berkahwin
dengan para ummul Mukminin selepas
kewafatan Baginda. Lafaz ‫َﻭ َﻻ ﺃَﻥ ﺗ َﻨ ِﻜ ُﺤﻮﺍ‬
dalam ayat tersebut menjadi lebih jelas
setelah diiringi lafaz ‫ﺃَﺑَﺪًﺍ‬. Oleh yang
demikian, larangan tersebut tidak boleh
dinasakhkan kerana bersifat al-muhkam li
zatihi sepanjang masa.

2.5.1 Hukum al-Muhkam


Apakah hukum al-muhkam? Orang Islam wajib beramal dengan maksud yang
diperoleh daripada ayat atau lafaz al-muhkam kerana maksud yang difahami
daripada lafaz itu tidak boleh lagi menerima takwil, takhsis dan juga tidak boleh
dinasakhkan.

SEMAK KENDIRI 2.4

Isikan ruang kosong yang berikut:

(a) __________ bermaksud lafaz yang menunjukkan kepada makna


yang jelas yang menjadi makna asal kepada ayat al-Quran atau
hadis.

(b) ___________ bermaksud setiap lafaz atau kata yang mempunyai


maksud yang jelas berdasarkan kepada gaya bahasa lafaz
(‫ )ﺳﻴﺎﻕ ﺍﻟﻜﻼﻡ‬itu sendiri, tanpa melihat kepada lafaz dalam ayat lain
di luar daripada lafaz itu (‫)ﻗﺮﻳﻨﺔ ﺧﺎﺭﺟﻴﺔ‬.

(c) __________ bermaksud lafaz yang petunjuknya (‫ )ﺩﻻﻟﺔ‬menunjukkan


suatu pengertian yang jelas sesuai dengan susunan lafaz itu dan
tidak mungkin menerima sesuatu yang lain.

(d) ___________ bermaksud lafaz yang menunjukkan makna dan dalil


dan ia merupakan makna asal bagi lafaz tersebut. Namun, ia masih
boleh menerima takwil dan boleh dinasakhkan ketika zaman
penurunan wahyu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS

AKTIVITI 2.1

Bincangkan dalam forum myINSPIRE:

(a) Mengapakah lafaz yang mempunyai pengertian yang jelas


dibahagikan kepada beberapa bahagian?

(b) Apakah akan terjadi jika nasakh masih berlaku pada zaman
sekarang?

2.6 PERCANGGAHAN ANTARA AL-ZAHIR,


AL-NAS, AL-MUFASSAR DAN
AL-MUHKAM
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, al-muhkam mempunyai kedudukan
yang tertinggi antara keempat-empat bentuk lafaz yang jelas. Keadaan ini berlaku
kerana ia tidak menerima takwil, takhsis dan nasakh. Seterusnya, al-mufassar
berada pada kedudukan kedua dalam pembahagian ini kerana maksud atau
makna yang diperoleh daripadanya tidak perlu ditakwil dan ditakhsis.

Walau bagaimanapun, ia boleh dinasakhkan oleh wahyu sama ada al-Quran atau
sunah. Namun, perlu diingat bahawa nasakh hanya berlaku pada ketika Nabi
Muhammad SAW masih hidup sahaja, iaitu ketika wahyu sedang diturunkan
secara berperingkat-peringkat. Manakala al-nas mengambil tempat ketiga selepas
al-mufassar dan al-muhkam kerana maknanya boleh ditakwil, ditakhsis dan
dinasakhkan. Kedudukan yang paling bawah adalah al-zahir. Hal ini adalah
kerana al-zahir mengandungi makna yang jelas dari sudut bahasa atau makna
yang tersurat sahaja, boleh ditakwil dan dinasakhkan. Oleh kerana itu, ia berada
dalam kedudukan yang paling bawah. Secara ringkasnya, kedudukan hierarki
bagi keempat lafaz jelas ini boleh digambarkan seperti dalam Rajah 2.4.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS  31

Rajah 2.4: Kedudukan empat jenis lafaz jelas mengikut hierarki

SEMAK KENDIRI 2.5

Susunkan kedudukan al-muhkam, al-zahir, al-nas dan al-mufassar


berdasarkan kedudukan tertinggi ke kedudukan terendah.

2.7 PEMBAHAGIAN LAFAZ YANG JELAS


PENGERTIANNYA MENURUT JUMHUR
ULAMA USUL FIQH
Mengikut pandangan sebahagian besar ulama selain daripada ulama mazhab
Hanafi, lafaz yang jelas pengertiannya hanya terbahagi kepada dua, iaitu zahir
dan nas sahaja.

2.7.1 Al-Zahir (‫)الظاھر‬


Jumhur ulama usul fiqh mendefinisikan al-zahir sebagai lafaz yang boleh
ditakwilkan maknanya atau lafaz yang dikategorikan sebagai dalalah zanniyyah
(‫)ﺩﻻﻟﺔ ﻅﻨﻴﺔ‬, iaitu dalil yang mengandungi makna yang pelbagai, sama ada makna
lafaz itu diperoleh dari sudut bahasa seperti maksud umum atau makna yang
diperoleh dari sudut istilah syarak sendiri seperti solat, zakat dan lain-lain.

Hal ini menunjukkan bahawa istilah al-zahir mengikut pandangan sebahagian


ulama adalah gabungan antara definisi al-zahir dengan al-nas di sisi ulama
Hanafi.

Hukum beramal dengan makna yang difahami daripada lafaz al-zahir adalah
wajib dan hanya boleh diganti dengan makna yang lain sekiranya ia ditakwil
dengan betul iaitu dengan memenuhi semua syarat untuk menggunakan takwil.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS

2.7.2 Al-Nas (‫)النص‬


Jumhur ulama usul fiqh mendefinisikan al-nas sebagai lafaz yang mempunyai
makna yang tidak boleh ditakwil atau lafaz yang berada di bawah kategori dalalah
qatÊiyyah (‫ )ﺩﻻﻟﺔ ﻗﻄﻌﻴﺔ‬iaitu lafaz yang mengandungi makna yang jelas dan pasti.
Contohnya, perkataan Muhammad merujuk kepada individu tertentu (kata nama
khas).

Hukum beramal dengan makna lafaz nas adalah wajib secara qatÊi dan tidak boleh
diganti dengan makna yang lain kecuali dengan nasakh.

Jumhur ulama mengatakan bahawa istilah al-muhkam wujud dalam makna


al-zahir dan al-nas, iaitu lafaz yang mengandungi makna yang jelas sama ada
dalalah qatÊiyyah atau dalalah zanniyyah.

AKTIVITI 2.2

Jelaskan perbezaan pandangan yang wujud dalam kalangan ulama


Hanafi dan jumhur ulama berkenaan al-zahir dan al-nas. Bincangkan
dalam forum myINSPIRE mengapa perbezaan ini berlaku.

 Lafaz yang jelas menurut ulama Hanafi terbahagi kepada empat bahagian
iaitu al-zahir, al-nas, al-mufassar dan al-muhkam.

 Al-zahir bermaksud setiap lafaz atau kata-kata yang mempunyai maksud


yang jelas berdasarkan kepada gaya bahasa lafaz (‫ )ﺳﻴﺎﻕ ﺍﻟﻜﻼﻡ‬itu sendiri, tanpa
melihat kepada lafaz dalam ayat lain yang di luar daripada lafaz itu
(‫ )ﻗﺮﻳﻨﺔ ﺧﺎﺭﺟﻴﺔ‬dan tanpa membuat sebarang penelitian terhadap ayat tersebut.

 Al-nas adalah lafaz yang mempunyai makna dan dalil yang jelas serta boleh
menerima takwil dan takhsis. Selain itu, ia boleh dinasakhkan ketika zaman
penurunan al-Quran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS  33

 Al-mufassar adalah lafaz yang mengandungi makna tertentu dan makna


tersebut merupakan suatu dalil atau petunjuk yang lebih jelas berbanding nas
dan zahir. Ia tidak perlu ditakwil dan ditakhsis, tetapi ia boleh dinasakhkan.
Walau bagaimanapun, nasakh hanya berlaku pada zaman wahyu sedang
diturunkan.

 Al-muhkam ialah lafaz yang petunjuknya (‫ )ﺩﻻﻟﺔ‬menunjukkan suatu


pengertian yang jelas sesuai dengan susunan lafaz itu dan tidak mungkin
menerima sesuatu yang lain sama ada pentakwilan (‫)ﺗﺄﻭﻳﻞ‬, pentakhsisan
(‫ )ﺗﺨﺼﻴﺺ‬mahupun pemansuhan (‫)ﻧﺴﺦ‬.

 Mengikut pandangan sebahagian besar ulama selain daripada ulama mazhab


Hanafi, lafaz yang jelas pengertiannya hanya terbahagi kepada dua sahaja
iaitu al-zahir dan al-nas.

 Jumhur ulama mendefinisikan al-zahir sebagai lafaz yang boleh ditakwilkan


maknanya atau lafaz yang dikategorikan sebagai dalalah zanniyyah (‫)ﺩﻻﻟﺔ ﻅﻨﻴﺔ‬,
iaitu dalil yang mengandungi makna yang pelbagai, sama ada makna lafaz itu
diperoleh dari sudut bahasa seperti maksud umum atau makna yang diperoleh
dari sudut istilah syarak itu sendiri seperti solat dan zakat.

 Mengikut jumhur ulama, al-nas diertikan sebagai lafaz yang mempunyai


makna yang tidak boleh ditakwil atau lafaz yang berada di bawah kategori
dalalah qatÊiyyah (‫ )ﺩﻻﻟﺔ ﻗﻄﻌﻴﺔ‬iaitu lafaz yang mengandungi makna yang jelas
dan pasti. Contohnya, perkataan Muhammad merujuk kepada individu
tertentu (kata nama khas).

Al-mufassar Khafi dalalah


Al-muhkam Nasakh
Al-nas Takhsis
Al-zahir Takwil
Dalalah qatÊiyyah Wadhih dalalah
Dalalah zanniyyah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 LAFAZ YANG MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG JELAS

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (1997). Pengantar usul fiqh. Kuala Lumpur,
Malaysia: Pustaka Salam.

Abu Dawud Sulayman Ibn al-AshÊath. (t.t.). Sunan Abi Dawud. Muhammad
Muhy al-Din Abd al-Hamid (tahqiq). Beirut, Lubnan: Al-Maktabah
al-Asriyyah.

Al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Damsyik, Syria: Dar al-Fikr.

Hanafie, A. (1971) Usul fiqh. Jakarta, Indonesia: Widjaya.

Imran Ahsan Khan Nyazee. (2003). Islamic jurisprudence. Petaling Jaya, Malaysia:
The Other Press.

Mohammad Hashim Kamali. (1989). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Pelanduk Publications.

Mukhtar Yahya, & Fatchurrahman. (1993). Dasar-dasar pembinaan hukum Islam.


Bandung, Indonesia: Dar al-MaÊarif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Lafaz yang
Tidak Jelas
3 Pengertiannya
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Mengenal pasti empat jenis lafaz yang mengandungi pengertian
yang tidak jelas dalam al-Quran;
2. Membezakan al-khafi, al-musykil, al-mujmal dan al-mutasyabih;
dan
3. Menerangkan implikasi terhadap hukum hasil daripada
penggunaan lafaz yang tidak jelas.

 PENGENALAN
Seperti yang telah dinyatakan dalam topik lepas, ayat dalam al-Quran terdiri
daripada ayat dengan makna dan maksud yang:

(a) Jelas; dan

(b) Tidak jelas.

Allah SWT telah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui
perantaraan malaikat Jibril a.s. sebagai rahmat dan panduan kepada umat
manusia secara keseluruhan. Isi kandungannya terdiri daripada hukum akidah,
syariah, akhlak dan tasawuf.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA

Dalam bab syariah, pelbagai ayat hukum boleh ditemui yang menjelaskan perkara
suruhan dan tegahan kepada manusia khususnya kepada Muslim. Dalam ayat
tersebut, kadangkala terdapat lafaz yang mengandungi pelbagai maksud.

Oleh itu, para ulama yang berusaha memahami pelbagai ayat tersebut telah
membuat berbagai tafsiran masing-masing berdasarkan kemahiran dan
pemahaman mereka. Akibatnya, muncullah berbagai hukum dalam sesuatu
masalah hasil daripada analisis mereka terhadap ayat tersebut.

Justeru itu dalam topik ini, anda akan mempelajari pengertian, perbezaan dan
contoh bagi empat jenis lafaz yang tidak jelas pengertiannya. Ayuh, mari kita
teruskan!

3.1 JENIS LAFAZ YANG TIDAK JELAS


PENGERTIANNYA
Dalam Topik 2, anda telah mempelajari empat jenis lafaz yang jelas pengertiannya,
iaitu al-zahir, al-nas, al-mufassar dan al-muhkam. Seterusnya, kita akan
mempelajari pula empat jenis lafaz yang tidak jelas pengertiannya (lihat Rajah 3.1).

Rajah 3.1: Empat jenis lafaz yang tidak jelas pengertiannya

Empat jenis lafaz ini menjadi fokus kita untuk topik ini. Mari kita lihat satu persatu
lafaz ini dalam subtopik yang berikutnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA  37

3.2 AL-KHAFI
Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut tentang topik ini, tahukah anda
apakah pengertian al-khafi?

Al-khafi ialah lafaz yang mengandungi makna yang tersembunyi dan


maksud yang tidak jelas atau lafaz yang dalalahnya tersembunyi disebabkan
terdapatnya kesamaran.

Dalam bahasa Arab, khafi (‫ )ﺧﻔﻲ‬bermaksud tersembunyi atau rahsia. Merujuk


kepada usul fiqh pula, istilah ini bermaksud lafaz atau perkataan yang memberi
maksud yang jelas dalam konteks ayat itu sendiri tetapi maksudnya menjadi tidak
jelas apabila ia diaplikasi kepada beberapa istilah yang mempunyai persamaan
sifat dengannya.

Untuk makluman anda, al-khafi merupakan tahap kesamaran yang paling rendah
bagi lafaz yang terdapat dalam teks al-Quran dan hadis.

Contohnya, dalam surah al-Maidah, ayat 38:

͕tã ª!$#uρ 3 «!$# z⎯ÏiΒ Wξ≈s3tΡ $t7|¡x. $yϑÎ/ L™!#t“y_ $yϑßγtƒÏ‰÷ƒr& (#þθãèsÜø%$$sù èπs%Í‘$¡¡9$#uρ ä−Í‘$¡¡9$#uρ

∩⊂∇∪ ÒΟŠÅ3ym

Maksudnya:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang
mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah daripada Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Perkataan pencuri (‫ )ﺍﻟﺴﺎﺭﻕ‬mempunyai maksud yang hampir sama dengan


perkataan penyeluk saku. Perkataan pertama bermaksud seseorang yang
mengambil harta orang lain secara sembunyi tanpa kerelaan pemiliknya dan harta
tersebut disimpan di tempat yang selamat.

Manakala perkataan yang kedua memberi makna seseorang yang mengambil


harta orang lain tanpa kerelaan pemiliknya dan ia dilakukan ketika pemilik itu
tidak menyedarinya, walaupun dia hadir di tempat kejadian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA

Bagaimanakah pula dengan hukumannya? Adakah hukuman bagi seorang


penyeluk saku sama seperti hukuman yang dikenakan kepada seorang pencuri?
Para ahli fiqh telah berpendapat bahawa perbuatan penyeluk saku mempunyai
ciri yang hampir sama dengan perbuatan seorang pencuri. Oleh itu, hukuman
yang dikenakan adalah sama.

Begitu juga dengan masalah perwarisan harta. Terdapat hadis yang menyatakan
bahawa seorang pembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuhnya.
Berdasarkan kepada hadis ini, seseorang anak yang membunuh ayahnya sendiri
tidak berhak mendapat pusaka daripada harta ayahnya.

Bagaimanakah pula halnya bagi seorang pegawai penjara yang diberi kuasa oleh
mahkamah untuk menjatuhkan hukuman bunuh terhadap ayahnya sendiri yang
didapati bersalah atas kesalahan membunuh orang lain? Adakah dia akan
kehilangan haknya untuk mewarisi pusaka ayahnya?

Hal ini adalah sebahagian contoh yang berkaitan dengan lafaz yang terdapat
dalam al-Quran dan hadis yang dikategorikan sebagai al-khafi. Ulama usul telah
berusaha untuk mengenal pasti maksudnya yang tepat dengan cara mencari
persamaan atau melihat kepada maksud lafaz ini berdasarkan kepada
pemahaman dari sudut bahasa.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah al-khafi dalam ilmu


usul fiqh?

2. Apakah tahap kesamaran bagi lafaz al-khafi?

AKTIVITI 3.1

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan dua contoh yang berkaitan


dengan lafaz yang terdapat dalam al-Quran dan hadis yang
dikategorikan sebagai al-khafi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA  39

3.3 AL-MUSYKIL
Apakah maksud al-musykil?

Al-musykil (‫ )ﺍﻟﻤﺸﻜﻞ‬ialah salah satu daripada bentuk lafaz yang tidak


mengandungi makna yang jelas kerana disebabkan oleh lafaz itu sendiri
mengandungi lebih daripada satu makna seperti lafaz musytarak.

Apakah perbezaan antara al-musykil dan al-khafi? Perbezaan antara al-musykil


dengan al-khafi boleh dilihat dari segi perkataan dan lafaz yang termasuk di
bawah kategori al-musykil. Ketidakjelasan makna dalam lafaz al-musykil adalah
disebabkan oleh perkataan itu sendiri yang mempunyai maksud yang tidak jelas.
Maksudnya hanya boleh diketahui dengan merujuk kepada qarinah atau petunjuk
yang menjelaskan maksudnya yang sebenar.

Manakala bagi perkataan yang dikelaskan sebagai al-khafi, ia merujuk kepada


perkataan yang maksudnya menjadi tidak jelas kerana faktor luaran. Oleh itu,
untuk menjelaskan maksudnya yang tepat, ia perlulah bersandarkan kepada
qarinah dari luar.

Contohnya firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 228:

4 &™ÿρãè% sπsW≈n=rO £⎯ÎγÅ¡àΡr'Î/ š∅óÁ−/utItƒ àM≈s)¯=sÜßϑø9$#uρ

Maksudnya:
Dan para isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri
mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (daripada haid).

Perkataan quruÊ ( ٍ‫ )ﻗُ ُﺮﻭء‬dalam ayat ini dikategorikan sebagai musytarak atau
perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna, iaitu suci dan haid. Para
ulama telah mengkaji maksud perkataan ini dengan melihat kepada qarinah atau
petunjuk dan dalil syarak yang lain.

Mazhab Syafii dan Maliki mentafsirkan perkataan quruÊ sebagai suci atau (‫)ﺍﻟﻄﻬﺮ‬
kerana perkataan َ‫ ﺛَﻼﺛَﺔ‬dalam ayat tadi dikategorikan sebagai ‫ ﻣﺆﻧﺚ‬sedangkan
perkataan selepasnya iaitu ٍ‫ ﻗُ ُﺮﻭء‬adalah ‫ﻣﺬ ّﻛﺮ‬. Oleh kerana itu, perkataan quruÊ
merujuk kepada ‫ ﺍﻟﻄﻬﺮ‬kerana ia juga bersifat ‫ ﻣﺬ ّﻛﺮ‬, manakala haid (‫ )ﺍﻟﺤﻴﻀﺔ‬bersifat
‫ﻣﺆﻧﺚ‬.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA

Selain itu, ‫ ﺍﻟﻄﻬﺮ‬lebih hampir kepada maksud asal perkataan quruÊ iaitu mengumpul
dan menghimpun (‫ )ﺍﻟﺠﻤﻊ ﻭﺍﻟﻀﻢ‬kerana dalam tempoh suci banyak darah akan
terhimpun di dalam rahim wanita tetapi dalam tempoh haid darah akan keluar
daripada rahim wanita. Hal ini adalah pandangan kedua-dua mazhab ini.

Manakala mazhab Hanafi dan Hambali menyatakan perkataan ٍ‫ ﻗُ ُﺮﻭء‬sebagai haid


(‫)ﺍﻟﺤﻴﻀﺔ‬. Hujah mereka adalah dengan bersandarkan kepada dua hadis iaitu hadis
yang diriwayatkan oleh Sayidatina Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:

َ َ ْ َ َ َ ْ ُ َّ
...‫ان‬
ِ ‫عِدة المةِ حيضت‬...
Maksudnya:
⁄idah bagi hamba adalah dua kali haid⁄
(Al-Tirmizi, 1996)

Hadis ini menerangkan bahawa tiada perbezaan antara hamba wanita dengan
wanita merdeka yang telah diceraikan, kedua-duanya mempunyai idah masing-
masing. Hal ini menunjukkan perkataan quruÊ dalam surah al-Baqarah
bermaksud haid kerana kedua-dua surah dan hadis tersebut menceritakan tentang
idah wanita yang diceraikan suami. Hanya yang membezakannya ialah perkataan
quruÊ dalam al-Quran dan perkataan haid dalam hadis itu.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:

‫المستحاضة تدع الص ة أيام أقرائها‬

Maksudnya:
Wanita yang keluar darah kerana penyakit (dibenarkan) meninggalkan solat
beberapa hari dalam tempoh quruÊ nya.
(Al-Tirmizi, 1996)

Hadis ini menjelaskan tujuan idah adalah bagi mengetahui sama ada rahim
seseorang wanita itu bersih daripada benih bekas suaminya atau sebaliknya.
Untuk mengetahui hal tersebut ialah dengan melihat sama ada wanita itu datang
haid atau tidak. Oleh itu, perkataan quruÊ diertikan sebagai haid menurut
pendapat mazhab ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA  41

Selain itu, dalam surah al-Baqarah, ayat 223:

(#þθßϑn=ôã$#uρ ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 ö/ä3Å¡àΡL{ (#θãΒÏd‰s%uρ ( ÷Λä⎢÷∞Ï© 4’¯Τr& öΝä3rOöym (#θè?ù'sù öΝä3©9 Ó^öym öΝä.äτ!$|¡ÎΣ

∩⊄⊄⊂∪ š⎥⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$# ÌÏe±o0uρ 3 çνθà)≈n=•Β Νà6¯Ρr&

Maksudnya:
Para isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun
tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal yang baik)
untuk diri kamu; dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya
kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira
wahai Muhammad) kepada orang yang beriman.

Perkataan ‫ ﺃﻧﻰ‬dalam ayat ini mengandungi dua makna iaitu „bagaimana‰ (‫)ﻛﻴﻒ‬,
berdasarkan ayat ‫ ﺃﻧﻰ ﻳﻜﻮﻥ ﻟﻲ ﻏﻼﻡ‬yang bermaksud „Bagaimanakah aku boleh
mendapat seorang anak?‰ dan „dari mana‰ (‫ ) ﻣﻦ ﺃﻳﻦ‬berdasarkan ayat ‫ﺃﻧﻰ ﻟﻚ ﻫﺬﺍ‬
yang bererti „Dari manakah kamu boleh memiliki (barang) ini?‰ Setelah kajian
dan penelitian dibuat didapati bahawa maksud sebenar perkataan ‫ ﺃﻧﻰ‬adalah
„bagaimana‰.

3.3.1 Hukum al-Musykil


Kita wajib mengkaji dan meneliti perkataan yang musykil itu untuk mencari
maknanya yang sebenar. Sebarang penjelasan daripada maksud yang diperoleh
daripada perkataan tersebut hendaklah diamalkan bersumberkan dalil dan
qarinah.

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Berikan maksud al-musykil.

2. Nyatakan perbezaan antara al-musykil dengan al-khafi.

3. Terangkan secara ringkas perbezaan pendapat berkenaan dengan


tafsiran lafaz ‫ ﻗﺮﺅ‬dalam surah al-Baqarah, ayat 228.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA

AKTIVITI 3.2

Pada pandangan anda, apakah hikmah di sebalik kewujudan lafaz atau


perkataan yang tidak jelas maksudnya dalam ayat al-Quran dan hadis?
Bincangkan perkara ini dalam forum myINSPIRE.

3.4 AL-MUJMAL
Yang berikut adalah maksud al-mujmal.

Al-mujmal adalah suatu lafaz yang hanya diketahui maksudnya oleh orang
yang menyebut perkataan tersebut.

Dalam konteks ini, ia merujuk kepada Allah SWT melalui al-Quran dan lidah Nabi
Muhammad SAW menggunakan perkataan tertentu untuk menerangkan sesuatu
perkara yang berkaitan dengan hukum syarak. Oleh itu, ia tidak dapat ditafsir
dengan akal tetapi maksud perkataan tersebut boleh difahami hanya dengan
merujuk kepada al-Quran dan hadis.

Apakah kedudukan al-mujmal? Kedudukan al-mujmal adalah lebih rendah


berbanding al-musykil kerana ia mengandungi pelbagai makna dan setiap
daripada makna itu mempunyai persamaan yang terlalu hampir sehingga tidak
dapat dibezakan dengan mudah kecuali setelah dijalankan penelitian yang
mendalam. Mengapakah perkara ini berlaku?

Terdapat tiga faktor yang menyebabkan lafaz atau perkataan itu dikategorikan
sebagai al-mujmal iaitu:

(a) Perkataan itu mempunyai maksud yang banyak (musytarak);

(b) Perkataan itu asing dalam bahasa; dan

(c) Perkataan itu ditukarkan maksudnya dari sudut bahasa kepada maksud dari
sudut istilah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA  43

Jadual 3.1 menerangkan ketiga-tiga faktor tersebut dengan lebih terperinci.

Jadual 3.1: Tiga Faktor yang Menyebabkan Lafaz atau Perkataan


Dikategorikan sebagai al-Mujmal

Perkara Huraian

Perkataan itu mempunyai Apabila maksud yang terdapat dalam perkataan itu
maksud yang banyak tidak dapat ditarjih atau dipilih makna yang lebih tepat
(musytarak) dengan maksud yang dikehendaki oleh perkataan itu
kerana tiada petunjuk daripada sumber luar, maka ia
termasuk di bawah kategori ini. Contohnya seperti
lafaz ‫ ﺍﻟﻤﻮﺍﻟﻲ‬.

Jika seseorang berkata: ِ ‫ﺃﻭﺻﻴﺖ ﺑﺜﻠﺚ ﻣﺎﻟﻲ ﻟﻤﻮﺍﻟﻲ‬

Maksudnya:
Aku telah mewasiatkan 1/3 daripada hartaku
kepada mawaaliku.

Mawaali dalam bahasa Arab boleh diertikan sebagai


seseorang yang telah membebaskan hamba (‫)ﻣﻌﺘِﻘﻮﻥ‬
atau bekas hamba (‫ )ﻣﻌﺘ َﻘﻮﻥ‬berdasarkan perbezaan
baris. Maksud perkataan yang digunakan tadi hanya
boleh difahami dengan merujuk kepada pewasiat itu
sendiri.

Perkataan itu adalah asing Contohnya, perkataan ‫ ﺍﻟ َﻬﻠُﻮﻉ‬dalam surah al-MaaÊrij,


dalam bahasa yang ayat 19.
digunakan

∩⊇®∪ %·æθè=yδ t,Î=äz z⎯≈|¡ΣM}$# ¨βÎ) *

Maksudnya:
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah
gelisah (lagi bakhil kedekut).

Perkataan tadi adalah asing dalam bahasa Arab yang


menyebabkan maksud ayat al-Quran tersebut tidak
dapat difahami. Walau bagaimanapun, dalam surah
yang sama, perkataan ‫ ﺍﻟ َﻬﻠُﻮﻉ‬dijelaskan maksudnya
dalam ayat 20-21.

∩⊄⊇∪ $¸ãθãΖtΒ çösƒø:$# çμ¡¡tΒ #sŒÎ)uρ ∩⊄⊃∪ $Yãρâ“y_ •¤³9$# çμ¡¡tΒ #sŒÎ)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA

Maksudnya:
Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah
gelisah; dan apabila dia beroleh kesenangan, dia
sangat bakhil kedekut.

Begitu juga dengan perkataan ‫ ﺍﻟﻘﺎﺭﻋﺔ‬dan ‫ ﺍﻟﺤﺎﻗﺔ‬yang


bererti hari kiamat diterangkan maksudnya dalam
surah masing-masing.

Perkataan itu ditukarkan Setiap perkataan mempunyai maksudnya yang


maksudnya dari sudut tersendiri berdasarkan kepada penggunaannya dari
bahasa kepada maksud sudut bahasa. Dalam kes al-mujmal, perkataan itu telah
dari sudut istilah ditukarkan maksudnya kepada makna yang lain
apabila ia dijadikan istilah tertentu dalam al-Quran
atau sunah.

Sebagai contoh, perkataan solat, puasa, zakat dan riba.


Perkataan solat difahami umum sebagai doa tetapi
syarak telah mendefinisikannya sebagai suatu
perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan
diakhiri dengan salam. Begitu juga dengan perkataan
zakat. Masyarakat Arab memahami maknanya yang
asal sebagai „berkembang‰. Ia telah dijadikan istilah
dalam syarak iaitu jumlah harta tertentu yang
dikeluarkan untuk kepentingan orang tertentu.

Manakala puasa pula bermaksud menahan diri


daripada melakukan sesuatu. Mengikut istilah syarak
ia diertikan sebagai menahan diri daripada melakukan
perkara yang boleh membatalkan puasa di siang hari
sepanjang bulan Ramadan.

SEMAK KENDIRI 3.3

1. ____________ merupakan suatu lafaz yang hanya diketahui


maksudnya oleh orang yang menyebut perkataan itu.

2. Mengapakah kedudukan al-mujmal lebih rendah berbanding


dengan kedudukan al-musykil?

3. Senaraikan tiga perkara yang menyebabkan lafaz dikategorikan


sebagai al-mujmal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA  45

3.4.1 Hukum al-Mujmal


Semasa proses penurunan al-Quran, semua perkataan yang mujmal diterangkan
sendiri oleh Allah SWT. Hal ini adalah kerana lafaz atau perkataan itu
mengandungi maksud yang samar dan sukar untuk difahami oleh manusia. Selain
itu juga, perkataan itu tidak dapat dijelaskan melalui gaya bahasa atau sighah
lafaz mahupun daripada petunjuk atau dalil yang lain. Oleh yang demikian,
keterangan mengenai maksud perkataan tersebut diperoleh daripada Allah SWT
melalui al-Quran dan sunah.

Apabila terdapat lafaz atau perkataan yang al-mujmal dalam kalam Allah SWT
(al-Quran dan sunah), penjelasannya hendaklah diperoleh daripada kalam itu
sendiri.

Setelah maksud perkataan itu difahami, status perkataan itu akan bertukar kepada
al-mufassar (perkataan yang telah ditafsir) dan semua hukum yang berkaitannya
hendaklah terpakai. Contohnya solat, puasa, zakat dan haji hukumnya adalah
wajib kepada setiap Muslim. Oleh itu sekiranya ditinggalkan, seseorang itu telah
berdosa kepada Allah SWT.

Walau bagaimanapun, jika penjelasan terhadap maksud perkataan al-mujmal itu


tidak dapat difahami dengan sempurna, status perkataan itu akan berubah kepada
al-musykil. Oleh itu, para ulama hendaklah berusaha untuk menjelaskan maksud
sebenar perkataan itu dengan menggunakan ijtihad mereka.

Contohnya, mazhab Hanafi menganggap perkataan riba dikategorikan sebagai


mujmal. Perkataan atau lafaz riba mengikut pengertian bahasa adalah ‫ ﺍﻟﺰﻳﺎﺩﺓ‬atau
tambahan. Sekiranya ini adalah maksud bagi ayat ‫ ﻭﺃﺣﻞ ﷲ ﺍﻟﺒﻴﻊ ﻭﺣﺮﻡ ﺍﻟﺮﺑﺎ‬sudah
pastilah ada persamaan riba dengan jual beli kerana tujuan jual beli itu adalah
untuk mendapatkan tambahan atau keuntungan daripada harga asal barang yang
dijual. Oleh yang demikian, maksud riba yang sebenar telah dijelaskan oleh
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubadah bin al-Samit bahawa Rasulullah
SAW melarang:

،‫ َواﻟﺸﱠﻌِ ِﲑ ِ ﻟﺸﱠﻌِ ِﲑ‬،‫ َواﻟْﺒُـِّﺮ ِ ﻟْﺒُـِّﺮ‬،‫ َواﻟْ ِﻔﻀ ِﱠﺔ ِ ﻟْ ِﻔﻀ ِﱠﺔ‬،‫ﺐ‬
ِ ‫ﺐ ِ ﻟ ﱠﺬ َﻫ‬ ِ ‫ﻳَـْﻨـ َﻬﻰ َﻋ ْﻦ ﺑَـْﻴ ِﻊ اﻟ ﱠﺬ َﻫ‬
ٍ ْ ‫ َﻋْﻴـﻨًﺎ ﺑِ َﻌ‬،‫ إِﱠﻻ َﺳﻮاء ﺑِﺴﻮ ٍاء‬،‫ واﻟْ ِﻤ ْﻠ ِﺢ ِ ﻟْ ِﻤ ْﻠ ِﺢ‬،‫واﻟﺘ ْﱠﻤ ِﺮ ِ ﻟﺘ ْﱠﻤ ِﺮ‬
،‫ أَ ِو ْازَد َاد‬،‫ ﻓَ َﻤ ْﻦ َز َاد‬،‫ﲔ‬ ََ ً َ َ َ
‫ﻓَـ َﻘ ْﺪ أ َْرَﰉ‬

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA

Maksudnya:
Jual beli emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli
dengan barli, kurma dengan kurma dan garam dengan garam dipertukarkan
dengan sama sukatan dan secara serta merta. Siapa yang menambah atau minta
tambah maka ia telah melakukan riba.
(Muslim, t.t.)

Berdasarkan kepada hadis tersebut, riba bermaksud sebarang penambahan yang


berlaku dalam jual beli (pertukaran barang melalui sistem barter) yang melibatkan
barang-barang ribawi iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam.

Ahli fiqh merasakan bahawa penerangan yang terkandung dalam hadis ini belum
mencukupi untuk menjelaskan maksud riba secara menyeluruh. Mereka
melakukan ijtihad berdasarkan dalil naqli dan pemahaman mereka terhadap dalil
tersebut. Hal ini mengakibatkan berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan
mazhab berkenaan dengan sebab (‫ ) ِﻋﻠﱠﺔ‬yang menyebabkan sebarang tambahan
dalam sesuatu jual beli atau urus niaga itu menjadi haram kerana penambahan
yang berlaku itu dianggap sebagai riba.

SEMAK KENDIRI 3.4

Terangkan hukum yang mesti diikuti oleh seseorang ulama apabila dia
menjumpai lafaz al-mujmal dalam al-Quran.

3.5 AL-MUTASYABIH
Sebelum kita akhiri topik ini, mari kita lihat al-mutasyabih.

Al-mutasyabih ialah suatu lafaz nas yang mana pengertian yang


dikehendakinya sama sekali tidak dapat difahami kerana tidak terdapat
qarinah yang boleh menghilangkan kesamarannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA  47

Contohnya firman Allah SWT dalam surah al-Fath, ayat 10:

... 4 öΝÍκ‰É‰÷ƒr& s−öθsù «!$# ߉tƒ ...

Maksudnya:
...tangan Allah di atas tangan mereka...

Dalam ayat ini, perkataan ‫ ﻳَ ُﺪ‬merupakan lafaz mutasyabih. Lafaz ini tidak dapat
difahami sebagaimana adanya, tetapi perkataan ini haruslah dilakukan penelitian
dan perbahasan yang mendalam.

Lafaz ‫ ﻳَ ُﺪ‬tidak boleh diertikan dengan „tangan Allah‰ kerana jika diertikan seperti
itu, ia bererti menyerupakan Allah SWT dengan makhluk dan ia tidak mungkin
berlaku. Lafaz ‫ﻳَ ُﺪ‬ lebih tepat diertikan dengan kekuasaan Allah SWT.

3.5.1 Hukum al-Mutasyabih


Lafaz al-mutasyabih seperti ditakrifkan oleh ulama usul fiqh adalah termasuk
dalam perbahasan ilmu kalam. Ia banyak terjadi pada ayat yang menceritakan
sifat Allah SWT (ayat al-sifat) seperti bersemayam di atas Arasy (surah Taha, 20:5),
mempunyai tangan (surah al-Fath, 48:10) dan seumpamanya. Para ulama salaf dan
khalaf menyatakan bahawa sama ada makna lafaz al-mutasyabih tersebut
diserahkan (al-tafwidh) sepenuhnya kepada Allah SWT atau ditakwilkan dengan
makna yang sesuai dengan sifat ketuhan-Nya yang berbeza daripada sifat sekalian
makhluk.

Hakikatnya, lafaz al-mutasyabih tidak ditemui dalam nas-nas syarak berkaitan


hukum amali. Hal ini disebabkan tujuan pensyariatan hukum dalam al-Quran dan
sunah harus dilaksanakan oleh manusia. Suatu arahan syarak yang datang dalam
bentuk yang sukar diketahui oleh sesiapa, akan menjadi tidak berfaedah (lagha).
Perkara ini mustahil berlaku dalam hukum syarak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA

 Dalam al-Quran dan hadis terdapat lafaz atau perkataan yang mempunyai
maksud yang jelas dan tidak jelas.

 Lafaz yang tidak jelas terbahagi kepada empat iaitu al-khafi, al-musykil,
al-mujmal dan al-mutasyabih.

 Al-khafi ialah lafaz yang mempunyai maksud yang jelas apabila ia dibaca
dalam ayatnya sendiri tetapi menjadi kabur apabila perkataan itu bertemu
dengan perkataan lain yang mempunyai maksud yang hampir sama.

 Al-musykil merupakan lafaz yang mengandungi banyak maksud dan


pengertiannya.

 Al-mujmal adalah lafaz yang tidak jelas maknanya dan hanya boleh dijelaskan
oleh dalil al-Quran ataupun hadis Rasulullah SAW.

 Al-mutasyabih ialah suatu lafaz nas yang mana pengertian yang


dikehendakinya sama sekali tidak dapat difahami kerana tidak terdapat
qarinah yang boleh menghilangkan kesamarannya.

 Para ulama yang mujtahid wajib mengkaji, meneliti dan menjelaskan lafaz dan
perkataan yang tidak diketahui maksudnya yang sebenar sekiranya lafaz
tersebut dikategorikan sebagai al-khafi dan al-musykil.

 Hanya nas daripada al-Quran dan hadis sahaja yang boleh menjelaskan
maksud yang terkandung dalam lafaz al-mujmal.

 Lafaz yang tidak jelas dalam beberapa nas al-Quran dan hadis merupakan
salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat dalam
kalangan ulama.

Al-khafi Al-mutasyabih
Al-mujmal Musytarak
Al-musykil Qarinah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 LAFAZ YANG TIDAK JELAS PENGERTIANNYA  49

Abu Dawud, Sulayman Ibn al-AshÊath (t.t.). Sunan Abi Dawud. Muhammad
Muhy al-Din Abd al-Hamid (tahqiq). Beirut, Lubnan: Al-Maktabah
al-Asriyyah.

Al-Tirmizi, Abu Isa Muhammad Ibn Isa. (1996). Al-jamiÊ al-kabir. Bashsyar
Awwad MaÊruf (tahqiq) (Ed. ke-1). Beirut, Lubnan: Dar al-Gharb al-Arabi.

Al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Damsyik, Syria: Dar al-Fikr.

Imran Ahsan Khan Nyazee. (2003). Islamic jurisprudence. Petaling Jaya, Malaysia:
The Other Press.

Muslim, Abu al-Hasan Ibn al-Hajjaj. (t.t.). Sahih Muslim. Muhammad FuÊad Abd
al-Baqi (tahqiq). Beirut, Lubnan: Dar IhyaÊ al-Turath al-Arabi.

Zaidan, Abdul Karim. (2000). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Beirut, Lubnan: Muassasah
ar-Risalah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Metod Para
Ulama dalam
4 Pembahagian
Lafaz Berasaskan
Petunjuk
(Dalalah) kepada
Makna yang
Dikehendaki
(Madlul)
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Mengenal pasti dua metod para ulama usul dalam pembahagian
lafaz berasaskan dalalah kepada madlul; dan
2. Membincangkan ibarat al-nas, isyarat al-nas, dalalah al-nas dan
dalalah al-iqtidaÊ.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METOD PARA ULAMA DALAM PEMBAHAGIAN LAFAZ  51
BERASASKAN PETUNJUK (DALALAH) KEPADA MAKNA
YANG DIKEHENDAKI (MADLUL)

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa para ulama mempunyai metod tertentu dalam memahami
dan mengistinbat hukum daripada lafaz nas al-Quran dan sunah? Justeru itu
melalui topik ini, anda akan mempelajari beberapa metod tertentu yang
digunakan oleh para ulama untuk mengistinbat hukum daripada lafaz nas yang
terdapat dalam al-Quran dan sunah mengikut aspek dalalahnya. Mari kita
sambung pembelajaran kita.

4.1 METOD PARA ULAMA USUL FIQH


Metod para ulama usul fiqh (usuliyyin) dalam pembahagian lafaz boleh
dibahagikan kepada dua metod, iaitu:
(a) Aliran ulama Hanafi; dan
(b) Aliran ulama mutakallimin.

4.1.1 Aliran Ulama Hanafi


Ulama Hanafi membahagikan lafaz kepada empat bahagian. Keempat-empat
bahagian ini dinyatakan seperti dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Empat bahagian lafaz dalam aliran ulama Hanafi

Kita akan membincangkan keempat-empat bahagian ini dengan lebih terperinci


dalam subtopik yang seterusnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 4 METOD PARA ULAMA DALAM PEMBAHAGIAN LAFAZ
BERASASKAN PETUNJUK (DALALAH) KEPADA MAKNA
YANG DIKEHENDAKI (MADLUL)

4.1.2 Aliran Ulama Mutakallimin


Ulama mutakallimin pula membahagikan lafaz kepada dua bahagian seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Dua bahagian lafaz dalam aliran ulama mutakallimin

Untuk makluman anda, dua bahagian ini akan diterangkan dengan lebih
terperinci dalam Topik 5.

AKTIVITI 4.1

Anda telah dijelaskan dengan metod para ulama bagi memahami nas.
Sekarang, bolehkah anda fikirkan beberapa lafaz yang menjadi
perbahasan mereka? Bincangkan perkara ini dalam forum myINSPIRE.

4.2 IBARAT AL-NAS, ISYARAT AL-NAS,


DALALAH AL-NAS DAN IQTIDA’ AL-NAS
Anda telah mengetahui secara umum bahawa metod ulama Hanafi dalam
pembahagian lafaz terbahagi kepada empat bahagian. Oleh itu dalam subtopik ini,
anda akan dijelaskan tentang definisi setiap bahagian berserta contohnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METOD PARA ULAMA DALAM PEMBAHAGIAN LAFAZ  53
BERASASKAN PETUNJUK (DALALAH) KEPADA MAKNA
YANG DIKEHENDAKI (MADLUL)

4.2.1 Ibarat al-Nas


Apakah yang dimaksudkan dengan ibarat al-nas?

Ibarat al-nas bermaksud petunjuk lafaz kepada makna yang dimaksudkan


sama ada maksud itu asli atau tidak.

Mari kita lihat contoh ibarat al-nas dalam firman Allah SWT yang berikut:

(a) Surah an-NisaÊ, ayat 3:

...(#θßsÅ3Ρ$$sù $tΒ z>$sÛ Νä3s9 z⎯ÏiΒ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# 4©o_÷WtΒ y]≈n=èOuρ yì≈t/â‘uρ...

Maksudnya:
...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada
perempuan (lain): dua, tiga atau empat...

Apakah maksud ayat ini? Mari kita lihat huraian lanjut mengenainya dalam
Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Maksud Asli dan Tidak Asli Ibarat al-Nas bagi Surah an-NisaÊ, Ayat 3

Maksud Asli Maksud Tidak Asli/Ikutan


Ayat ini mengehadkan bilangan isteri Ayat ini menjelaskan keharusan bernikah
hanya sampai empat sahaja. dan memadai dengan seorang isteri jika
tidak mampu berlaku adil.

(b) Surah al-Baqarah, ayat 275:

4 (#4θt/Ìh9$# tΠ§ymuρ yìø‹t7ø9$# ª!$# ¨≅ymr&uρ...

Maksudnya:
⁄padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan
mengharamkan riba.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 4 METOD PARA ULAMA DALAM PEMBAHAGIAN LAFAZ
BERASASKAN PETUNJUK (DALALAH) KEPADA MAKNA
YANG DIKEHENDAKI (MADLUL)

Perbandingan maksud asli dan maksud tidak asli bagi ayat ini diberikan
dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Maksud Asli dan Tidak Asli Ibarat al-Nas bagi Surah al-Baqarah, Ayat 275

Maksud Asli Maksud Tidak Asli/Ikutan


Ayat ini menafikan adanya persamaan Ayat ini menjelaskan halal jual beli dan
antara jual beli dengan riba kerana ayat ini haram riba.
diturunkan untuk menjawab tohmahan
Musyrikin yang mengatakan kedua-duanya
adalah sama.

4.2.2 Isyarat al-Nas


Anda telah mempelajari definisi ibarat al-nas dan penerangannya melalui contoh
yang telah diberikan. Sekarang mari kita belajar pula bahagian kedua metod
ulama Hanafi dalam pembahagian lafaz iaitu isyarat al-nas.

Apakah yang dimaksudkan dengan isyarat al-nas?

Isyarat al-nas bermaksud petunjuk lafaz kepada makna yang tidak


dimaksudkan oleh lafaz sama sekali tetapi ia merupakan makna lazim bagi
makna yang sabit secara ibarat al-nas.

Dalam pengertian lain, isyarat al-nas dalam suatu lafaz secara lazimnya turut
menunjukkan suatu makna lain (yang tidak dinyatakan) bersama makna asal yang
dinyatakan dalam lafaz tersebut.

Mari kita lihat contoh isyarat al-nas dalam al-Quran seperti yang berikut:

(a) Surah al-Baqarah, ayat 187:

∩⊇∇∠∪ öΝä3Í←!$|¡ÎΣ 4’n<Î) ß]sù§9$# ÏΘ$uŠÅ_Á9$# s's#ø‹s9 öΝà6s9 ¨≅Ïmé&

Maksudnya:
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh)
dengan isteri kamu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METOD PARA ULAMA DALAM PEMBAHAGIAN LAFAZ  55
BERASASKAN PETUNJUK (DALALAH) KEPADA MAKNA
YANG DIKEHENDAKI (MADLUL)

Jadual 4.3 menunjukkan perbandingan maksud bagi ayat ini.

Jadual 4.3: Maksud Ibarat al-Nas dan Isyarat al-Nas bagi Surah al-Baqarah, Ayat 187

Maksud Ibarat al-Nas Maksud Isyarat al-Nas


Keharusan untuk bersetubuh bagi suami Keharusan seseorang itu untuk
isteri pada malam hari puasa hingga memulakan puasanya/atau berpuasa
waktu subuh. pada hari tersebut walaupun masih
berjunub.

(b) Surah al-Baqarah, ayat 233:

4 Å∃ρã÷èpRùQ$$Î/ £⎯åκèEuθó¡Ï.uρ £⎯ßγè%ø—Í‘ …ã&s! ÏŠθä9öθpRùQ$# ’n?tãuρ...

Maksudnya:
⁄dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu
itu menurut cara yang sepatutnya.

Apakah maksud ayat ini? Mari kita lihat jawapannya dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4: Maksud Ibarat al-Nas dan Isyarat al-Nas bagi Surah al-Baqarah, Ayat 233

Maksud Ibarat al-Nas Maksud Isyarat al-Nas


Ayat ini menjelaskan bahawa nafkah para Ayat ini menjelaskan bahawa anak itu
ibu yang menyusukan anak adalah dipautkan/dikaitkan keturunannya
ditanggung oleh si bapa. kepada ayahnya dan bukan kepada
si ibu, ini difahami daripada perkataan
&s! (untuknya yakni ayahnya).

SEMAK KENDIRI 4.1

Terangkan definisi ibarat al-nas dan isyarat al-nas berserta satu contoh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 4 METOD PARA ULAMA DALAM PEMBAHAGIAN LAFAZ
BERASASKAN PETUNJUK (DALALAH) KEPADA MAKNA
YANG DIKEHENDAKI (MADLUL)

4.2.3 Dalalah al-Nas


Apakah yang dimaksudkan dengan dalalah al-nas?

Dalalah al-nas bermaksud petunjuk lafaz dalam suatu hukum yang


diterangkan, namun secara tidak langsung menunjukkan pula kepada hukum
yang tidak diterangkan kerana ada persamaan Âillah antara keduanya.

Yang berikut adalah contoh dalalah al-nas dalam al-Quran:

(a) Surah al-IsraÊ, ayat 17:

∩⊄⊂∪ $VϑƒÌŸ2 Zωöθs% $yϑßγ©9 ≅è%uρ $yϑèδöκp ÷]s? Ÿωuρ 7e∃é& !$yϑçλ°; ≅à)s? Ÿξsù

Maksudnya:
Maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan „uf‰, dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun).

Apakah maksud ayat ini? Mari kita lihat jawapannya dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5: Maksud Ibarat al-Nas dan Dalalah al-Nas bagi Surah al-IsraÊ, Ayat 17

Maksud Ibarat al-Nas Maksud Dalalah al-Nas


Maksud ayat ini ialah melarang Maka secara dalalah al-nas ialah dilarang
seseorang anak daripada menyebut „uf‰ segala perkara yang menyakiti mereka
terhadap ibu bapa. Namun, dapat seperti memukul/mengherdik dan
difahami daripada ayat ini sebenarnya sebagainya. Walaupun tidak disebut
ialah larangan menyakiti mereka. dalam ayat tetapi Âillahnya sama, iaitu
menyakiti perasaan kedua ibu bapa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METOD PARA ULAMA DALAM PEMBAHAGIAN LAFAZ  57
BERASASKAN PETUNJUK (DALALAH) KEPADA MAKNA
YANG DIKEHENDAKI (MADLUL)

(b) Surah an-NisaÊ, ayat 10:

( #Y‘$tΡ öΝÎγÏΡθäÜç/ ’Îû tβθè=à2ù'tƒ $yϑ¯ΡÎ) $¸ϑù=àß 4’yϑ≈tGuŠø9$# tΑ≡uθøΒr& tβθè=à2ù'tƒ t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ)

∩⊇⊃∪ #ZÏèy™ šχöθn=óÁu‹y™uρ

Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara zalim,
sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan
mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Mari kita ketahui maksud yang lebih terperinci bagi ayat ini dalam
Jadual 4.6.

Jadual 4.6: Maksud Ibarat al-Nas dan Dalalah al-Nas bagi Surah an-NisaÊ, Ayat 10

Maksud Ibarat al-Nas Maksud Dalalah al-Nas


Ayat ini menjelaskan bahawa haram Ayat ini menjelaskan bahawa turut
memakan harta anak yatim secara diharamkan juga perbuatan memusnah,
zalim. membakar atau merosakkan dan sebarang
perkara yang boleh memusnahkan harta
anak yatim kerana ia juga termasuk dalam
pengertian memakan secara zalim.

SEMAK KENDIRI 4.2

Berikan maksud dalalah al-nas dan dua contohnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 METOD PARA ULAMA DALAM PEMBAHAGIAN LAFAZ
BERASASKAN PETUNJUK (DALALAH) KEPADA MAKNA
YANG DIKEHENDAKI (MADLUL)

4.2.4 Iqtida’ al-Nas


Sehingga kini kita telah mempelajari tiga bahagian pembahagian lafaz menurut
ulama Hanafi. Seterusnya, kita akan mempelajari bahagian terakhir pembahagian
lafaz menurut ulama Hanafi, iaitu iqtidaÊ al-nas.

Apakah yang dimaksudkan dengan iqtidaÊ al-nas?

IqtidaÊ al-nas bermaksud petunjuk lafaz kepada makna yang tidak disebut
tetapi diperlukan untuk kebenaran sesuatu ucapan.

Mari kita lihat contoh iqtidaÊ al-nas dalam al-Quran:

(a) Surah an-NisaÊ, ayat 23:

öΝä3çG≈n=≈yzuρ öΝä3çG≈£ϑtãuρ öΝà6è?≡uθyzr&uρ öΝä3è?$oΨt/uρ öΝä3çG≈yγ¨Βé& öΝà6ø‹n=tã ôMtΒÌhãm

... M÷zW{$# ßN$oΨt/uρ ˈF{$# ßN$oΨt/uρ

Maksudnya:
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (para perempuan yang
berikut): ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, saudara-
saudara bapa kamu, saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara
kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan...

Mari kita ketahui maksud yang lebih terperinci bagi ayat ini dalam
Jadual 4.7.

Jadual 4.7: Maksud Ibarat al-Nas dan IqtidaÊ al-Nas bagi Surah an-NisaÊ, Ayat 23

Maksud Ibarat al-Nas Maksud IqtidaÊ al-Nas


Maksud ayat ini ialah pengharaman zat Maka difahami secara iqtidaÊ al-nas ialah
ibu. Sedangkan pengharaman sesuatu haram berkahwin dengan para
hendaklah berkaitan dengan perbuatan perempuan yang disebut dalam ayat ini.
mukalaf.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METOD PARA ULAMA DALAM PEMBAHAGIAN LAFAZ  59
BERASASKAN PETUNJUK (DALALAH) KEPADA MAKNA
YANG DIKEHENDAKI (MADLUL)

(b) Surah al-Maidah, ayat 3:

èπs)ÏΖy‚÷Ζßϑø9$#uρ ⎯ÏμÎ/ «!$# ÎötóÏ9 ¨≅Ïδé& !$tΒuρ ÍƒÌ“Ψσø:$# ãΝøtm:uρ ãΠ¤$!$#uρ èπtGøŠyϑø9$# ãΝä3ø‹n=tæ ôMtΒÌhãm

... ÷Λä⎢øŠ©.sŒ $tΒ ωÎ) ßìç7¡¡9$# Ÿ≅x.r& !$tΒuρ èπys‹ÏܨΖ9$#uρ èπtƒÏjŠutIßϑø9$#uρ äοsŒθè%öθyϑø9$#uρ

Maksudnya:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk
semuanya), binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, yang
mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati jatuh dari tempat yang tinggi,
yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang
sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)...

Maksud yang lebih terperinci bagi ayat ini diberikan dalam Jadual 4.8.

Jadual 4.8: Maksud Ibarat al-Nas dan IqtidaÊ al-Nas bagi Surah al-Maidah, Ayat 3

Maksud Ibarat al-Nas Maksud IqtidaÊ al-Nas


Ayat ini menjelaskan bahawa haram Ayat ini menjelaskan bahawa
(secara zat) bangkai, darah dan daging pengharaman di sini hanyalah
babi semata-semata. perbuatan memakan dan mengambil
manfaat daripadanya kerana arahan
pengharaman sesuatu adalah berkaitan
dengan perbuatan mukalaf dan bukan
berkaitan dengan zat sesuatu.

Umumnya, anda telah mempelajari metod ulama Hanafi dalam pembahagian


lafaz secara terperinci dalam topik ini. Manakala dalam Topik 5, anda akan
mempelajari metod jumhur mutakallimin dalam pembahagian lafaz. Anda akan
dapat memahami secara keseluruhan metod ulama usul fiqh dalam pembahagian
lafaz apabila anda selesai mempelajari metod ulama mutakallimin nanti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 METOD PARA ULAMA DALAM PEMBAHAGIAN LAFAZ
BERASASKAN PETUNJUK (DALALAH) KEPADA MAKNA
YANG DIKEHENDAKI (MADLUL)

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Berikan definisi iqtidaÊ al-nas.

2. Jelaskan maksud iqtidaÊal-nas dalam surah an-NisaÊ, ayat 23 dan


surah al-Maidah, ayat 3.

 Terdapat dua metod para ulama usul fiqh dalam pembahagian lafaz
berdasarkan petunjuk (dalalah) kepada makna yang dikehendaki (madlul)
iaitu ulama Hanafi dan ulama mutakallimin.

 Ulama Hanafi membahagikan metod mereka kepada empat bahagian iaitu


ibarat al-nas, isyarat al-nas, dalalah al-nas dan iqtidaÊ al-nas.

 Ibarat al-nas adalah petunjuk lafaz kepada makna yang dimaksudkan sama
ada maksud itu asli atau tidak.

 Isyarat al-nas adalah petunjuk lafaz kepada makna yang tidak dimaksudkan
oleh lafaz sama sekali tetapi ia merupakan makna lazim bagi makna yang sabit
secara ibarat al-nas.

 Dalalah al-nas adalah petunjuk lafaz melalui hukum yang diterangkan kepada
hukum yang tidak diterangkan kerana ada persamaan Âillah antara keduanya.

 IqtidaÊal-nas adalah petunjuk lafaz kepada makna yang tidak disebut tetapi
diperlukan untuk kebenaran sesuatu ucapan.

 Ulama mutakallimin membahagikan metod mereka kepada dua sahaja iaitu


mantuk dan mafhum.

Dalalah al-nas IqtidaÊ al-nas


Hanafi Isyarat al-nas
Ibarat al-nas Mutakallimin

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 METOD PARA ULAMA DALAM PEMBAHAGIAN LAFAZ  61
BERASASKAN PETUNJUK (DALALAH) KEPADA MAKNA
YANG DIKEHENDAKI (MADLUL)

Al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Damsyik, Syria: Dar al-Fikr.

Hanafie, A. (1971). Usul fiqh. Jakarta, Indonesia: Widjaya.

Imran Ahsan Khan Nyazee. (2003). Islamic jurisprudence. Petaling Jaya, Malaysia:
The Other Press.

Mohammad Hashim Kamali. (1989). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Pelanduk Publications.

Mukhtar Yahya, & Fatchurrahman. (1993). Dasar-dasar pembinaan hukum Islam.


Bandung, Indonesia: Dar al-MaÊarif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Metod Aliran
Mutakallimin
5 dalam Dalalah
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Mengenal pasti dua metod aliran mutakallimin dalam dalalah;
2. Menerangkan pengertian dalalah mantuk dan dua pecahannya;
3. Menjelaskan dalalah mafhum dan dua pecahannya; dan
4. Membezakan dalalah mafhum muwafaqah dengan mafhum
mukhalafah.

 PENGENALAN
Dalam topik yang lepas, kita telah mempelajari metod ulama Hanafi dalam
pembahagian lafaz secara terperinci. Seterusnya dalam topik ini, kita akan
menyambung pelajaran kita dengan mempelajari metod ulama mutakallimin
dalam memahami dan mengistinbat hukum daripada lafaz nas al-Quran dan
sunah. Metod ini amat penting diketahui dan dipelajari terutamanya bagi mereka
yang terlibat dalam istinbat hukum dan memberikan fatwa kepada masyarakat.

Sesuatu hukum yang dikeluarkan hendaklah tepat dan sesuai dengan keadaan
masa dan tempat. Diharapkan dengan pengetahuan yang mendalam tentang
metod yang digunakan oleh ulama Hanafi dan mutakallimin dalam mengistinbat
hukum, anda dapat mengetahui sama ada sesuatu hukum yang dikeluarkan itu
betul ataupun sebaliknya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METOD ALIRAN MUTAKALLIMIN DALAM DALALAH  63

5.1 KONSEP ASAS PEMBAHAGIAN DALALAH


Kita telah mempelajari dalam Topik 4 yang lepas bahawa ulama Hanafi
membahagikan pembahagian dalalah kepada empat bahagian iaitu ibarat al-nas,
isyarat al-nas, dalalah al-nas dan iqtidaÊ al-nas. Seterusnya dalam topik ini, kita
akan mempelajari bagaimana ulama mutakallimin membahagikan pembahagian
dalalah untuk mengistinbat hukum.

Umumnya, pembahagian dalalah oleh golongan ini terbahagi kepada dua sahaja
dan setiap bahagian mempunyai konsepnya yang tersendiri. Dua konsep asas
pembahagian dalalah ini ditunjukkan dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Dua bahagian dalalah oleh aliran mutakallimin

5.2 MANTUK
Apakah yang dimaksudkan dengan mantuk?

Mantuk bermaksud hukum yang ditunjukkan oleh ucapan lafaz itu sendiri.

Dalalah mantuk terbahagi kepada dua bahagian seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Dua bahagian mantuk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 5 METOD ALIRAN MUTAKALLIMIN DALAM DALALAH

Mari kita lihat Jadual 5.1 yang menerangkan maksud mantuk sarih dan mantuk
ghair sarih.

Jadual 5.1: Mantuk Sarih dan Mantuk Ghair Sarih

Mantuk Maksud Contoh

Sarih Petunjuk lafaz Surah al-Baqarah, ayat 275:


kepada seluruh
pengertian yang
dikehendaki atau 4 (#4θt/Ìh9$# tΠ§ymuρ yìø‹t7ø9$# ª!$# ¨≅ymr&uρ...
sebahagiannya
sahaja.
Maksudnya:
...dan Allah telah menghalalkan berjual beli
(berniaga) dan mengharamkan riba.

Dalam ayat ini dari segi mantuknya, petunjuk lafaz


menunjukkan secara jelas dan dapat difahami bahawa
jual beli adalah halal dan perbuatan riba adalah
haram.

Ghair Petunjuk lafaz atas Surah al-Baqarah, ayat 233:


sarih satu ketentuan
hukum yang
diperoleh dengan 4 Å∃ρã÷èpRùQ$$Î/ £⎯åκèEuθó¡Ï.uρ £⎯ßγè%ø—Í‘ …ã&s! ÏŠθä9öθpRùQ$# ’n?tãuρ
melihat hubungan
dan kaitan yang
tidak boleh Maksudnya:
dipisahkan daripada Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan
mantuk. pakaian kepada ibu itu menurut cara yang
sepatutnya.

Daripada ayat ini, dapat difahami bahawa nasab


dikaitkan kepada bapa, bukan kepada ibu. Oleh itu,
nafkah anak adalah kewajipan bapa, bukan kewajipan
ibu.

AKTIVITI 5.1

Tahukah anda, bahawa petunjuk mantuk merangkumi ibarat


al-nas, isyarat al-nas dan iqtidaÊ al-nas di sisi para ulama Hanafi?
Bincangkan rasional perkara ini dalam forum myINSPIRE.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METOD ALIRAN MUTAKALLIMIN DALAM DALALAH  65

5.3 MAFHUM
Apakah yang dimaksudkan dengan mafhum?

Mafhum bermaksud hukum yang tidak ditunjukkan oleh ucapan lafaz itu
sendiri, tetapi daripada pemahaman terhadap ucapan lafaz tersebut.

Mafhum juga boleh dibahagikan kepada dua seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Dua bahagian mafhum

Mari kita lihat Jadual 5.2 yang menerangkan maksud mafhum muwafaqah dan
mafhum mukhalafah dengan lebih lanjut.

Jadual 5.2: Dua Kategori Mafhum dan Maksudnya

Mafhum Muwafaqah Mafhum Mukhalafah


Penetapan sesuatu hukum yang tidak Penetapan sesuatu hukum yang tidak
disebutkan dalam nas, tetapi selari dengan disebutkan dalam nas tetapi berlawanan
apa yang disebut dalam nas kerana dengan hukum yang disebutkan di
terdapat kesesuaian dan persamaan Âillah dalamnya.
antara kedua-duanya sama ada dalam
bentuk nafi mahupun isbat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 5 METOD ALIRAN MUTAKALLIMIN DALAM DALALAH

5.4 PEMBAHAGIAN MAFHUM MUWAFAQAH


Seterusnya, mari kita pelajari tentang pecahan mafhum muwafaqah. Tahukah
anda ada dua lagi kategori bagi mafhum ini? Mari kita lihat Rajah 5.4 untuk
mengetahui dua kategori tersebut.

Rajah 5.4: Dua kategori mafhum muwafaqah

Jadual 5.3 menerangkan dua kategori ini dengan lebih terperinci.

Jadual 5.3: Fahwal Khitab dan Lahnul Khitab

Mafhum
Maksud Contoh
Muwafaqah
Fahwal khitab Apabila yang Memukul orang tua (ayah atau ibu)
difahamkan lebih hukumnya adalah haram, berdasarkan firman
utama hukumnya Allah dalam surah al-IsraÊ, ayat 23 yang
daripada yang bermaksud:
diucapkan.
Jangan mengeluarkan kata yang keji terhadap
kedua orang tua (ibu bapa).
Menyebut „uf‰ sahaja tidak boleh apalagi
memukul mereka.
Lahnul khitab Apabila yang tidak Membakar harta anak yatim adalah tidak
diucapkan sama boleh berdasarkan firman Allah dalam surah
hukumnya dengan an-NisaÊ, ayat 10 yang bermaksud:
yang diucapkan.
Mereka yang memakan harta benda anak
yatim dengan jalan aniaya sebenarnya
memakan api ke dalam perutnya.
Jadi membakar harta anak yatim adalah sama
hukum dengan memakannya, iaitu tidak
dibenarkan (haram).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METOD ALIRAN MUTAKALLIMIN DALAM DALALAH  67

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Berikan maksud bagi mantuk dan mafhum.

2. Nyatakan dua kategori mantuk dan mafhum.

5.5 PEMBAHAGIAN MAFHUM MUKHALAFAH


Sekarang, mari kita pelajari pula pembahagian mafhum mukhalafah yang
mempunyai lima bahagian (lihat Rajah 5.5).

Rajah 5.5: Lima kategori mafhum mukhalafah

Mari kita lihat Jadual 5.4 yang menerangkan maksud kelima-lima bahagian
mafhum mukhalafah dengan lebih lanjut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 5 METOD ALIRAN MUTAKALLIMIN DALAM DALALAH

Jadual 5.4: Maksud Lima Bahagian Mafhum Mukhalafah

Mafhum Mukhalafah Maksud


Mafhum al-sifah Petunjuk lafaz yang disifatkan dengan sesuatu sifat yang
mana hukum akan menjadi berlainan ketika/apabila
ketiadaan sifat tersebut.
Mafhum al-syart Petunjuk lafaz yang bergantung padanya sesuatu hukum
dengan sesuatu syarat yang mana tidak ada hukum tanpa
syarat tersebut.
Mafhum al-ghayah Petunjuk lafaz yang menunjukkan hukum sampai kepada
qhayah (batas/tujuan). Hukum yang terdapat sesudah
perkataan yang menunjukkan adanya batas akan berlainan
dengan hukum yang sebelumnya.
Mafhum al-Âadad Petunjuk lafaz yang mengaitkan padanya sesuatu hukum
dengan suatu bilangan tertentu yang mana ia menafikan
selain daripada bilangan tersebut.
Mafhum al-laqab/al-ism Petunjuk lafaz yang mengaitkan sesuatu hukum dengan
suatu laqab atau ism jamid yang mana ia akan menafikan
semua laqab atau ism jamid yang selain daripada itu.

Jadual 5.5 pula memberikan satu contoh bagi setiap kategori mafhum mukhalafah.

Jadual 5.5: Contoh bagi Lima Bahagian Mafhum Mukhalafah

Mafhum
Contoh
Mukhalafah

Mafhum al-sifah Firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 25:

ÏM≈oΨÏΒ÷σßϑø9$# ÏM≈oΨ|Áósßϑø9$# yxÅ6Ζtƒ βr& »ωöθsÛ öΝä3ΖÏΒ ôìÏÜtGó¡o„ öΝ©9 ⎯tΒuρ

Ò ÏM≈oΨÏΒ÷σßϑø9$#4 ãΝä3ÏG≈uŠtGsù ⎯ÏiΒ Νä3ãΖ≈yϑ÷ƒr& ôMs3n=tΒ $¨Β ⎯Ïϑsù

Maksudnya:
Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan
yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan yang baik (yang
merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka
bolehlah kamu berkahwin dengan hamba perempuan yang
beriman yang kamu miliki.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METOD ALIRAN MUTAKALLIMIN DALAM DALALAH  69

Ayat ini menyatakan keharusan berkahwin dengan hamba


perempuan sekiranya mereka Islam. Secara kesimpulannya,
mafhum al-sifah dapat difahami bahawa sifat Islam yang
diletakkan pada mereka itu menjadikan haram berkahwin dengan
mereka sekiranya kafir.

Mafhum al-syart Firman Allah SWT dalam surah al-Thalaq, ayat 6:

£⎯ßγn=÷Ηxq z⎯÷èŸÒtƒ 4©®Lym £⎯Íκön=tã (#θà)ÏΡr'sù 9≅÷Ηxq ÏM≈s9'ρé& £⎯ä. £βÎ)uρ

Maksudnya
Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka
berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka
melahirkan anak yang dikandungnya.

Ayat ini menyatakan syarat perempuan yang diceraikan untuk


mendapat nafkah ialah mengandung, maka secara
mukhalafahnya jika perempuan itu tidak mempunyai syarat
tersebut (mengandung), dia tidak berhak untuk mendapat nafkah.

Mafhum Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 187:


al-ghayah

ÏŠθu ó™F{$# ÅÝø‹sƒø:$# z⎯ÏΒ âÙu‹ö/F{$# äÝø‹sƒø:$# ãΝä3s9 t⎦¨⎫t7oKtƒ 4©®Lym (#θç/uõ°$#uρ (#θè=ä.uρ 4

È≅øŠ©9$# ’n<Î) tΠ$u‹Å_Á9$# (#θ‘ϑÏ?r& ¢ΟèO ( ( Ìôfxø9$# z⎯ÏΒ

Maksudnya:
Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu
benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan
malam), iaitu waktu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu
sehingga waktu malam (Maghrib).

Ayat ini menjelaskan bahawa harus makan dan minum selagi


belum terbit fajar, secara mukhalafahnya ialah haram makan dan
minum selepas sampai tujuan tersebut iaitu masuk waktu subuh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 5 METOD ALIRAN MUTAKALLIMIN DALAM DALALAH

Mafhum al-Âadad Firman Allah SWT dalam surah an-Nur, ayat 2:

;οt$ù#y_ sπs($ÏΒ $yϑåκ÷]ÏiΒ 7‰Ïn≡uρ ¨≅ä. (#ρà$Î#ô_$$sù ’ÎΤ#¨“9$#uρ èπu‹ÏΡ#¨“9$#

Maksudnya:
...perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah
kamu sebat tiap-tiap seorang daripada keduanya 100 kali sebatan.

Ayat ini menjelaskan secara mukhalafahnya ialah bilangan


sebatan selain daripada jumlah 100 kali adalah haram (sama ada
bertambah atau berkurang).

Mafhum Firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 23:


al-laqab/al-ism

...öΝä3çG≈yγ¨Βé& öΝà6ø‹n=tã ôMtΒÌhãm...

Maksudnya:
...diharamkan ke atas kamu (bernikah) dengan ibu kamu...

Ayat ini menjelaskan secara mukhalafahnya ialah selain daripada


al-laqab atau al-ism yang disebutkan adalah tidak termasuk
dalam hukum tersebut.

Dalam mantuk ayat ini, haram hukumnya mengahwini ibu


kandung yang melahirkan kita. Maka mafhum al-laqabnya ialah
bahawa ketentuan hukum ini tidak berlaku bagi ibu yang lain
selain ibu kandung.

SEMAK KENDIRI 5.2

1. Nyatakan lima kategori mafhum mukhalafah.

2. Berikan satu contoh bagi setiap kategori mafhum mukhalafah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 METOD ALIRAN MUTAKALLIMIN DALAM DALALAH  71

AKTIVITI 5.2

Bincangkan dalam forum myINSPIRE:

(a) Perbezaaan antara mafhum al-sifah dengan mafhum al-syart.

(b) Perbezaan antara mafhum al-ghayah dengan mafhum al-Âadad.

 Metod ulama mutakallimin dalam pembahagian lafaz berdasarkan petunjuk


(dalalah) kepada makna yang dikehendaki (madlul) terbahagi kepada dua
iaitu mantuk dan mafhum.

 Mantuk adalah hukum yang ditunjukkan oleh ucapan lafaz itu sendiri.

 Mafhum adalah hukum yang tidak ditunjukkan oleh ucapan lafaz itu sendiri,
tetapi daripada pemahaman terhadap ucapan lafaz tersebut.

 Mantuk terbahagi kepada dua bahagian, iaitu mantuk sarih dan mantuk ghair
sarih.

 Mafhum terbahagi kepada dua bahagian, iaitu mafhum muwafaqah dan


mafhum mukhalafah.

 Mafhum muwafaqah ialah penetapan sesuatu hukum yang tidak disebutkan


dalam nas, tetapi selari dengan apa yang disebut dalam nas kerana terdapat
kesesuaian dan persamaan Âillah antara kedua-duanya sama ada dalam bentuk
nafi mahupun isbat.

 Mafhum muwafaqah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu fahwal khitab dan
lahnul khitab.

 Mafhum mukhalafah ialah penetapan sesuatu hukum yang tidak disebutkan


dalam nas tetapi berlawanan dengan hukum yang disebutkan dalamnya.

 Mafhum mukhalafah terbahagi kepada lima bahagian iaitu mafhum al-sifah,


mafhum al-syart, mafhum al-ghayah, mafhum al-Âadad dan mafhum al-laqab
atau al-ism.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 5 METOD ALIRAN MUTAKALLIMIN DALAM DALALAH

Fahwal khitab Mafhum al-syart


Lahnul khitab Mafhum mukhalafah
Mafhum Mafhum muwafaqah
Mafhum al-Âadad Mantuk
Mafhum al-ghayah Mantuk ghair sarih
Mafhum al-sifah Mantuk sarih
Mafhum al-laqab atau al-ism Mutakallimin

Al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Damsyik, Syria: Dar al-Fikr.

Hanafie, A. (1971). Usul fiqh. Jakarta, Indonesia: Widjaya.

Imran Ahsan Khan Nyazee. (2003). Islamic jurisprudence. Petaling Jaya, Malaysia:
The Other Press.

Mohammad Hashim Kamali. (1989). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Pelanduk Publications.

Mukhtar Yahya, & Fatchurrahman. (1993). Dasar-dasar pembinaan hukum Islam.


Bandung, Indonesia: Dar al-MaÊarif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Klasifikasi
Lafaz
6 Berasaskan
Skop Liputan
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan definisi lafaz al-Êam, bentuk dan contohnya;
2. Mengenal pasti dalalah am dan huraiannya berpandukan hujah
para ulama;
3. Menjelaskan konsep lafaz al-khas, al-mutlaq dan al-muqayyad; dan
4. Menghuraikan faktor berlakunya pengikatan ayat al-mutlaq dan
faktor yang menafikan proses tersebut.

 PENGENALAN
Sedarkah anda, antara rahmat dalam Islam ialah toleransinya terhadap insan
dalam banyak perkara kerana sifat mereka yang lemah? Contohnya, firman Allah
SWT dalam surah al-Maidah, ayat 101:

öΝä.÷σÝ¡n@ öΝä3s9 y‰ö6è? βÎ) u™!$u‹ô©r& ô⎯tã (#θè=t↔ó¡n@ Ÿω (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

Maksudnya:
Wahai orang yang beriman janganlah kamu bertanya (nabi kamu) hal yang
menyusahkan kamu bila kamu bertanya tentangnya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
74  TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN

Ayat ini mengingatkan manusia agar tidak menyulitkan sesuatu perkara yang
telah diberi keluasan oleh Islam padanya. Terdapat banyak dalil yang kelihatan
bersifat umum tetapi dikhususkan (takhsis) oleh para ulama dalam beberapa
keadaan supaya objektif asal pensyariatannya selari dengan kehendak syarak,
serta maknanya tidak disalah erti dan dikeluarkan rumusan hukum yang salah.

Justeru itu, topik ini mengupas tentang lafaz al-Âam, lafaz al-khas, al-mutlaq dan
al-muqayyad dalam nas yang menjurus kepada pandangan ulama tentang proses
dan faktor berlakunya pengikatan terhadap lafaz am.

6.1 LAFAZ AL-’AM


Dalam subtopik pertama ini, anda akan didedahkan dengan definisi, bentuk dan
contoh bagi lafaz al-Êam. Selain itu, anda juga akan diterangkan tentang petunjuk
(dalalah) al-Êam dan proses pengkhususan al-Êam.

6.1.1 Definisi al-’Am


Apakah yang dimaksudkan dengan lafaz al-Êam?

‫ﺼ ْﻮَرٍة َﻋﻠَﻰ َﺳﺒِْﻴ ِﻞ‬ ٍِ ٍ ِ َ ِ‫اﺣﺪاً ﻟ‬ ِ ‫ﺿﻌﺎً و‬ ِ ٌ ‫ﻟَ ْﻔ‬


ُ ‫ﻠﺪﻻﻟَﺔ َﻋﻠَﻰ أَﻓْـَﺮاد َﻛﺜ َﲑة َﻏ ِﲑ َْﳏ‬ َ ْ ‫ﻆ ُوﺿ َﻊ َو‬
ِِ ِ ِ ِ ِ ُ
ْ َ‫اﻟﺸ ُﻤ ْﻮل واﻻ ْﺳﺘ ْﻐَﺮاق ﳉَﻤْﻴ ِﻊ َﻣﺎ ﻳ‬
ُ‫ﺼﻠُ ُﺢ ﻟَﻪ‬
Lafaz am bermaksud lafaz yang diletakkan dalam sekali penggunaannya bagi
menunjukkan beberapa perkara yang banyak yang tiada batasan, dengan
meliputi semua makna yang sesuai baginya.

Lafaz al-Êam ini diperuntukkan hanya dengan sekali penggunaan (‫ )وﺿﻊ واﺣﺪ‬untuk
membezakannya daripada lafaz musytarak (lafaz yang berkongsi banyak makna)
kerana musytarak memerlukan beberapa kali penggunaan lafaz untuk
menunjukkan makna tertentu mengikut keadaan.

Lafaz al-Êam juga digunakan untuk menunjukkan beberapa perkara yang tidak
terbatas (‫ﳏﺼﻮر‬ ‫)ﻏﲑ‬. Ia bertujuan untuk mengeluarkan lafaz al-khas seperti nama
orang dan jenis haiwan serta angka tertentu kerana unsur ini merupakan sesuatu
yang terbatas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN  75

Lafaz al-Êam juga meliputi semua makna yang sesuai baginya. Ia berfungsi untuk
membezakan antara lafaz al-Êam dengan jamak yang nakirah (umum) kerana
jamak yang umum ini berada antara maksud am dengan khas. Sebagai contoh,
apabila seseorang berkata „rumah saya diunjungi oleh ramai tetamu.‰ Ramainya
tetamu itu tidak menunjukkan kesemua mereka tetapi bermaksud beberapa orang
sahaja.

Lafaz al-Êam juga meliputi beberapa sighah atau lafaz dan makna yang
menunjukkan jumlah yang ramai atau banyak seperti perkataan al-rijal iaitu kaum
lelaki, al-muslimin iaitu semua orang Islam dan al-qaum iaitu kaum.

6.1.2 Sighah (Bentuk) dan Contohnya


Jadual 6.1 yang berikut menunjukkan enam bentuk lafaz al-Êam dalam al-Quran
dan hadis berserta contohnya.

Jadual 6.1: Bentuk Lafaz al-ÊAm dan Contohnya

Bentuk Lafaz
Contoh
al-ÊAm

Lafaz ‫ ﻛﻞ‬dan ‫ﺟﻤﻴﻊ‬ (a) Surah al-Tur, ayat 21:

∩⊄⊇∪ ×⎦⎫Ïδu‘ |=|¡x. $oÿÏ3 ¤›ÍöΔ$# ‘≅ä.

Maksudnya:
Setiap manusia terikat dengan amalan yang
dikerjakannya.

(b) Seperti kata seseorang:

‫ﲨﻴﻊ ﻣﻦ ﺗﻴﲏ أﻛﺮﻣﻪ‬


Maksudnya:
Saya memuliakan semua orang yang datang pada saya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN

Lafaz jamak yang Surah al-Baqarah, ayat 228:


menjadi makrifah
dengan ‫ﺃﻝ ﺍﻻﺳﺘﻐﺮﺍﻗﻴﺔ‬ &™ÿρãè% sπsW≈n=rO £⎯ÎγÅ¡àΡr'Î/ š∅óÁ−/utItƒ àM≈s)¯=sÜßϑø9$#uρ...

Maksudnya:
...dan para isteri yang diceraikan hendaklah mereka menahan
diri (daripada berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).

Lafaz ‫ ﺍﻟﻤﻄﻠﻘﺎﺕ‬ialah jamak yang dijadikan makrifah dengan ‫ﺃﻝ‬


‫ﺍﻻﺳﺘﻐﺮﺍﻗﻴﺔ‬.

Lafaz mufrad yang Surah al-Baqarah, ayat 275:


menjadi makrifah
dengan ‫ﺃﻝ ﺍﻻﺳﺘﻐﺮﺍﻗﻴﺔ‬ ¨≅ymr&uρ ª!$# yìø‹t7ø9$# tΠ§ymuρ (#4θt/Ìh9$#…

Maksudnya:
...dan Allah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan
riba.

Lafaz ‫ ﺍﻟﺒﻴﻊ‬dan ‫ ﺍﻟﺮﺑﺎ‬adalah mufrad yang dijadikan makrifah


dengan ‫ﺃﻝ ﺍﻻﺳﺘﻐﺮﺍﻗﻴﺔ‬.

Lafaz mufrad yang Surah Ibrahim, ayat 34:


menjadi makrifah
dengan idhafah 3 !$yδθÝÁøtéB Ÿω «!$# |Myϑ÷èÏΡ (#ρ‘‰ãès? βÎ)uρ
(‫)ﺇَﺿﺎﻓﺔ‬
Maksudnya:
Dan sekiranya kamu hitung nikmat Allah nescaya ia tidak
terkira (banyaknya).

Lafaz ‫ ﻧﻌﻤﺖ ﷲ‬ialah am kerana ia mufrad yang dimakrifahkan


dengan idhafah.

Kata nama Surah an-NisaÊ, ayat 24:


mawsulah
(‫اﳌﻮﺻﻮل‬ ‫)اﺳﻢ‬ öΝà6Ï9≡sŒ u™!#u‘uρ $¨Β Νä3s9 ¨≅Ïmé&uρ

Maksudnya:
Dan dihalalkan bagi kamu wanita yang lain daripada yang
disebutkan itu (yang diharamkan kamu mengahwininya).

Perkataan ‫ ما‬merupakan lafaz am kerana ia kata penghubung.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN  77

Lafaz nakirah (‫) ﻧﻜﺮة‬ Daripada Abu Dawud (t.t.):

( ‫) ﻓﻼ َو ِﺻﻴَﺔَ ﻟِﻮا ِر ٍث‬


berbentuk penafian
atau tegahan

Maksudnya:
Tidak sah wasiat (yang dibuat) untuk waris.

Lafaz wasiat adalah am kerana ia nakirah iaitu sebarang


perkataan yang umum.

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Berikan pengertian lafaz al-Êam secara ringkas.

2. Bilakah dan apakah sebabnya lafaz am diaplikasikan?

3. Kemukakan empat bentuk lafaz al-Êam dalam al-Quran atau hadis


dan sertakan satu contoh untuk setiap lafaz tersebut.

AKTIVITI 6.1

Anda telah faham tentang definisi lafaz al-Êam. Adakah penentuan lafaz
am ini boleh ditentukan berdasarkan akal manusia? Bincangkan perkara
ini dalam forum myINSPIRE.

6.2 DALALAH AL-‘AM


Jumhur ulama berpandangan bahawa lafaz al-Êam berfungsi untuk semua makna
yang berkaitan dengannya kecuali apabila terdapat dalil yang
mengkhususkannya dan mengeluarkannya daripada makna umum.

Sebagai contoh, dalam masalah perwarisan harta pusaka. Semua anak perempuan
termasuk para puteri Rasulullah SAW turut berhak mendapat harta pusaka
berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 11:

( öΝà2ω≈s9÷ρr& þ’Îû ª!$# ÞΟä3ŠÏ¹θãƒ

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN

Maksudnya:
Allah memerintahkan kamu (mengenai pembahagian harta) terhadap anak-anak
kamu.

Ayat ini difahami oleh para sahabat bahawa ia bersifat umum dan anak-anak
Rasulullah SAW juga berhak mewarisi hak peninggalan Baginda. Namun, mereka
telah dikecualikan daripada sifat umum tersebut berdasarkan hadis yang
melaporkan bahawa Sayidina Abu Bakar r.a. berkata kepada mereka sabda
Baginda yang berbunyi:

ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬
َ ُ‫ث َﻣﺎ ﺗَـَﺮْﻛﻨَﺎﻩ‬
ُ ‫ﻻ ﻧُ َﻮر‬.َ
Maksudnya:
Kami para nabi tidak boleh dipusakai. Apa-apa yang kami tinggalkan (daripada
harta) adalah menjadi sedekah.
(Muslim, t.t.)

6.2.1 Proses Pengkhususan Am (‫ )تخصيص العام‬dan


Pandangan Ulama
Subtopik ini menjurus kepada perbincangan bagaimana ulama berinteraksi
SEMAK KENDIRI 7.1
dengan lafaz al-Êam yang terdapat dalam nas. Ada dalam kalangan mereka
melihat konsep lafaz al-Êam sebagai sesuatu yang amat luas tetapi ada juga yang
meletakkan had dalam memahami lafaz al-Êam. Secara umumnya, terdapat dua
pandangan yang berbeza daripada para ulama iaitu pendapat ulama Hanafi dan
majoriti ulama (lihat Jadual 6.2).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN  79

Jadual 6.2: Pendapat Ulama Hanafi dan Majoriti Ulama Berkenaan dengan Proses
Pengkhususan al-ÊAm

Ulama Hanafi Majoriti Ulama


Mereka berpendapat bahawa lafaz al-Êam Jumhur ulama mendapati lafaz al-Êam
menunjukkan ia boleh diertikan dengan bersifat zanni atau ‫ ﻅﻨﻲ‬iaitu ia boleh
semua makna yang sesuai dengannya ditakrifkan dengan berbagai maksud dan
dan petunjuk tersebut bersifat qatÊi atau ia tidak tetap.
‫ ﻗﻄﻌﻲ‬iaitu ia sesuatu yang pasti dan
diyakini. Sesuatu lafaz al-Êam tidak boleh
diubah melainkan ada dalil yang
mengkhususkannya.
Ulama mazhab Hanafi melihat bahawa Menurut majoriti ulama, lafaz al-Êam pada
lafaz al-Êam diperuntukkan dari segi kebiasaannya boleh dikhususkan kepada
bahasa supaya ia meliputi semua makna makna tertentu. Ia terjadi melalui
yang sesuai dengannya dan inilah penelitian dalil yang membuktikan
maksud sebenar bagi lafaz al-Êam. Ia perkara ini. Mereka juga melihat lazimnya
tidak harus difahami sebagai lafaz yang tiada lafaz al-Êam kecuali terdapat
boleh berubah selagi tiada dalil yang pengkhususan pada sebahagiannya. Oleh
mengkhususkannya. itu, pada mereka jika pengkhususan
lazimnya berlaku pada lafaz al-Êam, ia
Adapun kemungkinan bahawa takhsis
tidak lagi memberi maksud yang qatÊi
iaitu pengkhususan lafaz al-Êam kepada
sebaliknya ia telah menjadi zanni.
makna yang lebih spesifik yang berlaku
tanpa dalil, hal demikian tidak boleh
diterima kerana perkara tersebut hanya
merupakan andaian (spekulasi) tanpa
asas.

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Jelaskan fungsi dalalah am.

2. Huraikan proses pengkhususan am dan pandangan ulama dalam


masalah ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN

6.3 LAFAZ AL-KHAS, AL-MUTLAQ DAN


AL-MUQAYYAD
Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari tentang lafaz al-khas, al-mutlaq dan
al-muqayyad. Mari kita teruskan!

6.3.1 Lafaz al-Khas


Apakah maksud lafaz al-khas?

Lafaz al-khas ialah lafaz yang diperuntukkan untuk menunjukkan sesuatu


perkara secara khusus, sama ada manusia mahupuan haiwan, atau jenis
sesuatu perkara (‫ )ﺟﻨﺲ اﻷﻓﺮاد‬seperti jantina, atau menunjukkan perkara yang
banyak dan boleh dibilang seperti angka 10, 100 atau 1,000.

Para pelajar perlu mengetahui bahawa makna lafaz al-khas bersifat muktamad
dan pasti (qatÊi).

Contoh lafaz al-khas daripada ayat al-Quran ialah firman Allah SWT dalam surah
al-Maidah, ayat 89:

ãƒÌøtrB ÷ρr& óΟßγè?uθó¡Ï. ÷ρr& öΝä3ŠÎ=÷δr& tβθßϑÏèôÜè? $tΒ ÅÝy™÷ρr& ô⎯ÏΒ t⎦⎫Å3≈|¡tΒ Íοu|³tã ãΠ$yèôÛÎ) ÿ…çμè?t≈¤s3sù

4 5Θ$−ƒr& ÏπsW≈n=rO ãΠ$u‹ÅÁsù ô‰Ågs† óΟ©9 ⎯yϑsù ( 7πt6s%u‘

Maksudnya:
Maka kafarah melanggar sumpah itu ialah memberi makan 10 orang miskin
dengan makanan yang sama nilai kamu beri pada ahli keluarga kamu, atau
memberi pakaian kepada mereka atau membebaskan seorang hamba. Sesiapa
yang tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kafarahnya ialah puasa
selama tiga hari.

Lafaz َ‫ﺴﺎﻛِﻴﻦ‬ َ ‫ َﻋ‬iaitu 10 orang miskin dan ‫ ﺛَﻼَﺛَ ِﺔ ﺃَﻳﱠﺎﻡ‬iaitu tiga hari ialah lafaz
َ ‫ﺸ َﺮﺓِ َﻣ‬
al-khas yang terdapat dalam nas. Ia menunjukkan angka dengan jelas dan qatÊi
serta tidak ada unsur yang boleh mengubah angka itu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN  81

6.3.2 Al-Mutlaq
Apakah yang dimaksudkan dengan al-mutlaq?

‫َﻣﺎ َد ﱠل ﻋﻠﻰ ﻓَـ ْﺮٍد أ َْو أَﻓْـَﺮ ٍاد ﻋﻠﻰ َﺳﺒِْﻴ ِﻞ اﻟ ﱡﺸﻴُـ ْﻮِع َوَﱂْ ﻳَـ ْﻘ َِﱰ ْن ﺑِِﻪ َﻣﺎ ﻳَ ُﺪ ﱡل ﻋﻠﻰ ﺗَـ ْﻘﻴِْﻴ ِﺪ ِﻩ‬
ِ ‫اﻟﺼ َﻔ‬ ِ ٍِ ِ
‫ﺎت‬ ّ ‫ﺑِﺼ َﻔﺔ ﻣ َﻦ‬
Maksudnya:
Perkataan yang menunjukkan kepada suatu atau beberapa perkara secara meluas
dan tidak terdapat unsur lain yang mengikat perkara itu dengan mana-mana sifat
tertentu.

Jadual 6.3 memberikan anda huraian terhadap definisi al-mutlaq dengan


terperinci.

Jadual 6.3: Huraian Definisi al-Mutlaq

Perkataan Definisi al-Mutlaq

‫َﻣﺎ‬ Merangkumi perkataan yang mempunyai makna


atau tidak.

‫ﻳَ ُﺪ ﱡل‬ Berfungsi bagi mengeluarkan perkataan yang tidak


mempunyai makna.

ُ ‫ﻋﻠﻰ ﻓَـ ْﺮٍد أ َْو أَﻓْـ َﺮ ٍاد ﻋﻠﻰ َﺳﺒِْﻴ ِﻞ اﻟ‬


‫ﺸﻴُـ ْﻮِع‬ Berfungsi bagi mengeluarkan perkataan khusus
seperti nama „Muhammad‰ dan mengekalkan
perkataan yang menunjukkan sesuatu yang umum.

ِ ِ‫وَﱂ ﻳـ ْﻘ َِﱰ ْن ﺑِ ِﻪ ﻣﺎ ﻳ ُﺪ ﱡل ﻋﻠﻰ ﺗَـ ْﻘﻴِْﻴ ِﺪ ِﻩ ﺑ‬


‫ﺼ َﻔ ٍﺔ‬ Berfungsi bagi mengasingkan perkataan yang
َ َ ََْ terikat.
ِ ‫اﻟﺼ َﻔ‬ ِ
‫ﺎت‬ ِّ ‫ﻣ َﻦ‬

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN

6.3.3 Al-Muqayyad
Apakah yang dimaksudkan dengan al-muqayyad?

ِ ِ‫ﻣﺎ د ﱠل ﻋﻠﻰ ﻓَـﺮٍد أَو أَﻓْـﺮ ٍاد ﻋﻠﻰ ﺳﺒِﻴ ِﻞ اﻟ ﱡﺸﻴـﻮِع واﻗْـﺘَـﺮ َن ﺑِِﻪ ﻣﺎ ﻳ ُﺪ ﱡل ﻋﻠﻰ ﺗَـ ْﻘﻴِﻴ ِﺪ ِﻩ ﺑ‬
‫ﺼ َﻔ ٍﺔ‬ ْ َ َ َ َ ُْ َْ َ ْ ْ َ َ
ِ ‫اﻟﺼ َﻔ‬
‫ﺎت‬ ِ ِ
ّ ‫ﻣ َﻦ‬
Maksudnya:
Perkataan yang menunjukkan kepada sesuatu perkara atau beberapa perkara
secara meluas dan disertakan dengan perkataan yang mengaitkannya dengan sifat
tertentu.

Jadual 6.4 memberikan anda huraian terhadap definisi al-muqayyad dengan lebih
terperinci.

Jadual 6.4: Huraian Definisi al-Muqayyad

Perkataan Maksud al-Muqayyad

‫َﻣﺎ‬ Merangkumi perkataan yang mempunyai


makna atau tidak.

‫ﻳَ ُﺪ ﱡل‬ Berfungsi bagi mengeluarkan perkataan yang


tidak mempunyai makna.

‫ﻋﻠﻰ ﻓَـ ْﺮٍد أ َْو أَﻓْـ َﺮ ٍاد ﻋﻠﻰ َﺳﺒِْﻴ ِﻞ اﻟ ﱡ‬


‫ﺸﻴُـ ْﻮِع‬ Berfungsi bagi mengeluarkan perkataan seperti
nama seseorang yang menunjukkan lafaz
tertentu.

‫ﺼ َﻔ ٍﺔ ِﻣ َﻦ‬
ِ ِ‫واﻗْـﺘَـﺮ َن ﺑِ ِﻪ ﻣﺎ ﻳ ُﺪ ﱡل ﻋﻠﻰ ﺗَـ ْﻘﻴِْﻴ ِﺪ ِﻩ ﺑ‬
َ َ َ َ
Berfungsi bagi mengaitkannya dengan
perkataan yang tertentu.
ِ ‫اﻟﺼ َﻔ‬
‫ﺎت‬ ِّ

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN  83

SEMAK KENDIRI 6.3

Tandakan  (betul) atau  (salah) pada setiap kenyataan yang berikut.

Kenyataan Jawapan
Al-mutlaq ialah perkataan yang menunjukkan kepada
sesuatu perkara atau beberapa perkara secara meluas dan
disertakan dengan perkataan yang mengaitkannya dengan
sifat-sifat tertentu.
Al-muqayyad ialah perkataan yang menunjukkan kepada
sesuatu perkara atau beberapa perkara secara meluas dan
disertakan dengan perkataan yang mengaitkannya dengan
sifat-sifat tertentu.
Lafaz khas ialah lafaz yang diperuntukkan untuk
menunjukkan sesuatu perkara secara berasingan atau
menunjukkan perkara yang banyak dan boleh dibilang.

6.4 PROSES MENGIKAT AYAT AL-MUTLAQ


Seperti yang difahami, al-mutlaq adalah bersifat umum. Contoh nas yang
mempunyai lafaz al-mutlaq akan diikat atau dikhususkan supaya maqasid
daripada nas itu dapat difahami sesuai dengan kehendak syarak. Subtopik ini akan
menjelaskan dengan lebih lanjut tentang proses mengikat (‫ )ﺗﻘﻴﻴﺪ‬nas al-mutlaq.

6.4.1 Faktor Berlakunya Proses Pengikatan (Taqyid)


Proses pengikatan terhadap ayat al-mutlaq berlaku apabila al-mutlaq dan
al-muqayyad itu bersangkutan dengan sebab hukum. Terdapat dua faktor yang
menyebabkan ia berlaku iaitu:

(a) Hadis Pertama

( ‫) اﳉﺎر أﺣﻖ ﺑﺸﻔﻌﺔ ﺟﺎرﻩ ﻳﻨﺘﻈﺮ ﺎ وإن ﻛﺎن ﻏﺎﺋﺒﺎ إذا ﻛﺎن ﻃﺮﻳﻘﻬﻤﺎ واﺣﺪا‬
Maksudnya:
Seseorang jiran lebih berhak mendapat syufÊah (keberhakan bahagian) harta
jirannya, ditunggunya walaupun dia tiada apabila jalan kedua-duanya satu.
(Abu Dawud, t.t.)
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
84  TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN

(b) Hadis Kedua

( ‫) أﻧﻪ ﻗﻀﻰ ﻟﺸﻔﻌﺔ ﻟﻠﺠﺎر‬


Maksudnya:
Sesungguhnya Rasulullah SAW menghukumkan keberhakan bahagian
harta (seseorang) untuk jirannya.
(Ahmad, 1995)

Hadis pertama bermaksud seseorang ahli syarikat berhak mendapat hasil jualan
saham apabila terdapat ahli syarikat lain yang menjual saham kepada orang lain
tanpa menawarkan saham tersebut kepada rakan kongsi lain terlebih dahulu jika
syarikat itu ialah syarikat al-shuyuÊ (harta syarikat belum dibahagi-bahagikan
sesama ahli syarikat dan ia merupakan maksud ayat Baginda ‰jalan kedua-duanya
satu‰).

Manakala hadis kedua pula tidak mensyaratkan harta itu mesti daripada sebuah
syarikat yang belum dibahagikan sahamnya dan hadis ini bersifat umum.

Apakah pula pandangan ulama tentang dua hadis tersebut?

(a) Ulama mazhab Hanafi melihat ahli syarikat berhak mendapat hasil jualan
saham syarikat kepada orang lain, manakala seseorang jiran berhak memiliki
hasil jualan jirannya yang lain apabila dia tidak ditawarkan untuk membeli
harta sempadan itu terlebih dahulu; dan

(b) Ulama selain mazhab Hanafi pula berkata hadis berbentuk al-mutlak
ditafsirkan dengan hadis yang al-muqayyad dan mereka berpendapat tidak
sah keuntungan kecuali untuk jiran yang merupakan ahli syarikat sahaja.

AKTIVITI 6.2

Hadis yang baru anda pelajari sebentar tadi mementingkan hubungan


baik sesama jiran. Fikirkan hikmah yang terdapat di sebalik sikap positif
ini. Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE untuk
perbincangan lanjut dengan rakan sekursus.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN  85

6.4.2 Faktor Tidak Berlakunya Proses Pengikatan


Terdapat juga beberapa faktor yang menafikan berlakunya proses pengikatan
(taqyid). Ia berlaku apabila al-mutlak dan al-muqayyad bersangkutan dengan
sesuatu hukum itu sendiri. Terdapat tiga faktor yang menghalang berlakunya
proses pengikatan iaitu:

(a) Al-mutlaq dan al-muqayyad sama pada hukum dan sebab;


(b) Kedua-duanya tidak sama pada hukum dan sebab; dan

(c) Kedua-duanya berlainan pada hukum dan sama pada sebab.

Mari kita lihat Jadual 6.5 yang memberikan contoh dan penjelasan terhadap
ketiga-tiga faktor yang disenaraikan tadi.

Jadual 6.5: Tiga Faktor yang Menghalang Berlakunya Proses Pengikatan

Faktor Contoh Kesimpulan

Al-mutlaq (a) Surah al-Maidah, ayat 3: Lafaz „darah‰ dalam


dan ayat pertama
al-muqayyad berbentuk umum.
sama pada ÍƒÌ“Ψσø:$# ãΝøtm:uρ ãΠ¤$!$#uρ èπtGøŠyϑø9$# ãΝä3ø‹n=tæ ôMtΒÌhãm Lafaz darah dalam
hukum dan ayat kedua pula
sebab Maksudnya: bermaksud darah
Diharamkan bagi kamu darah dan yang mengalir.
daging khinzir. Hukumnya sama,
iaitu haram
(b) Surah al-AnÊaam, ayat 145: meminum darah dan
sebabnya juga sama,
iaitu kerana ia
5ΟÏã$sÛ 4’n?tã $·Β§ptèΧ ¥’n<Î) z©Çrρé& !$tΒ ’Îû ߉É`r& Hω ≅è% memudaratkan.

%·nθàó¡¨Β $YΒyŠ ÷ρr& ºπtGøŠtΒ šχθä3tƒ βr& HωÎ) ÿ…çμßϑyèôÜtƒ

Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku
tidak mendapati daripada wahyu yang
mengharamkan makanan yang dimakan
kecuali bangkai dan darah yang
mengalir.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN

Al-mutlaq (a) Surah al-Maidah, ayat 38: Lafaz „tangan‰ dalam


dan ayat pertama
al-muqayyad berbentuk umum.
tidak sama $yϑßγtƒÏ‰÷ƒr& (#þθãèsÜø%$$sù èπs%Í‘$¡¡9$#uρ ä−Í‘$¡¡9$#uρ... Lafaz dalam ayat
pada hukum kedua pula
dan sebab Maksudnya: merupakan sampai
...dan pencuri lelaki dan wanita had siku. Hukumnya
hendaklah kamu potong tangan mereka. tidak sama kerana
pada ayat pertama
(b) Surah al-Maidah, ayat 6: arahan memotong
tangan, manakala
ayat kedua menyebut
Íο4θn=¢Á9$# ’n<Î) óΟçFôϑè% #sŒÎ) (#þθãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ tentang membasuh
tangan. Sebabnya
È,Ïù#tyϑø9$# ’n<Î) öΝä3tƒÏ‰÷ƒr&uρ öΝä3yδθã_ãρ (#θè=Å¡øî$$sù juga tidak sama
kerana ayat pertama
berkaitan dengan
Maksudnya: mencuri dan ayat
Wahai orang yang beriman, apabila kedua pula tentang
kamu hendak solat maka basuhlah muka wuduk.
dan tangan kamu hingga ke siku.

Al-mutlaq (a) Surah al-Maidah, ayat 6: Hukum pada kedua-


dan dua ayat tersebut
al-muqayyad berlainan kerana
berlainan Íο4θn=¢Á9$# ’n<Î) óΟçFôϑè% #sŒÎ) (#þθãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ berwuduk dengan
pada hukum membasuh anggota
dan sama È,Ïù#tyϑø9$# ’n<Î) öΝä3tƒÏ‰÷ƒr&uρ öΝä3yδθã_ãρ (#θè=Å¡øî$$sù wuduk tetapi
pada sebab tayamum hanya
menyapunya.
Maksudnya: Namun, „sebab‰
Wahai orang yang beriman, apabila perbuatan ini sama,
kamu hendak solat maka basuhlah muka iaitu bersuci sebelum
dan tangan kamu hingga ke siku. menunaikan solat.
(b) Surah an-Nisa, ayat 43:

öΝä3Ïδθã_âθÎ/ (#θßs|¡øΒ$$sù $Y7ÍhŠsÛ #Y‰‹Ïè|¹ (#θßϑ£ϑu‹tFsù

3 öΝä3ƒÏ‰÷ƒr&uρ

Maksudnya:
Bertayamumlah kamu dengan tanah
yang suci, maka sapulah muka dan
tangan kamu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN  87

 Kajian al-mutlaq dan al-muqayyad bertujuan supaya maqasid atau tujuan asal
sesuatu hukum berjalan sesuai dengan kehendak syarak, tidak disalah erti dan
dipermainkan.

 Lafaz al-Êam ialah lafaz yang diperuntukkan sekali penggunaan bagi


menunjukkan beberapa perkara yang banyak yang tiada batasan dengan
meliputi semua makna yang sesuai baginya.

 Jumhur ulama mendapati lafaz al-Êam berfungsi untuk semua makna yang
berkaitan dengannya kecuali apabila ada dalil yang mengkhususkannya dan
mengeluarkannya dari makna umum.

 Lafaz al-khas ialah lafaz yang diperuntukkan untuk menunjukkan sesuatu


perkara secara berasingan sama ada manusia, haiwan, jantina atau sesuatu
bilangan yang bersifat tetap dan diyakini (qatÊi).

 Al-mutlaq ialah perkataan yang menunjukkan kepada perkara secara


menyeluruh dan tidak terdapat unsur lain yang mengkhususkan perkara itu
dengan sifat pengkhususan.

 Al-muqayyad ialah perkataan yang menunjukkan kepada perkara secara


menyeluruh dan disertakan dengan perkataan yang mengaitkannya dengan
sifat tertentu.

 Faktor pengikatan terhadap ayat al-mutlaq berlaku apabila al-mutlak dan


al-muqayyad itu bersangkutan dengan sebab hukum.

 Terdapat tiga faktor yang menafikan berlakunya proses pengikatan (taqyid)


iaitu:

- Al-mutlaq dan al-muqayyad sama pada hukum dan sebab;


- Kedua-duanya tidak sama pada hukum dan sebab; dan

- Kedua-duanya berlainan pada hukum dan sama pada sebab.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 6 KLASIFIKASI LAFAZ BERASASKAN SKOP LIPUTAN

Al-mutlaq Mufrad
Al-muqayyad Nakirah
Dalalah am QatÊi
Idhafah Sighah
Jamak Syarikat al-shuyuÊ
Lafaz al-Êam Takhsis
Lafaz al-khas Zanni
Maqasid

Abu Dawud, Sulayman Ibn al-AshÊath (t.t.). Sunan Abi Dawud. Muhammad
Muhy al-Din Abd al-Hamid (tahqiq). Beirut, Lubnan: Al-Maktabah
al-Asriyyah.

Ahmad, Abu Abd Allah Ibn Hanbal. (1995). Musnad al-Imam Ahmad ibn Hanbal.
Ahmad Muhammad Shakir (tahqiq). Kaherah, Mesir: Dar al-Hadith.

Al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Damsyik, Syria: Dar al-Fikr.

Mohd Salih Hassan. (2002). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala Lumpur,
Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Muslim, Abu al-Hasan Ibn al-Hajjaj (t.t). Sahih Muslim. Muhammad FuÊad Abd
al-Baqi (tahqiq). Beirut, Lubnan: Dar IhyaÊ al-Turath al-Arabi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Lafaz Arahan
(al-Amr)
7
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan definisi lafaz arahan, bentuk dan contohnya;
2. Mengenal pasti pelbagai bentuk lafaz arahan yang wujud dalam
al-Quran dan hadis;
3. Menerangkan makna asas lafaz arahan;
4. Membezakan dalalah al-amr pada tuntutan segera, tuntutan
berulang dan tuntutan selepas tegahan; dan
5. Membincangkan pandangan ulama terhadap tuntutan lafaz arahan.

 PENGENALAN
Sebagai agama yang membawa kepada kesejahteraan, Islam mewajibkan umatnya
dengan beberapa kewajipan yang mesti dilakukan seperti menunaikan solat,
puasa, zakat dan haji. Terdapat juga suruhan dalam Islam yang tidak berbentuk
kewajipan tetapi merupakan suatu galakan untuk menambah kebajikan seperti
melakukan solat sunat, umrah, puasa sunat dan bersedekah.

Lafaz arahan atau suruhan yang terkandung dalam al-Quran dan hadis Rasulullah
SAW datang dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan jenis ibadat yang
diperintahkan. Hal ini adalah bagi memudahkan seseorang beramal sesuai
dengan konsep Islam sebagai agama yang mudah dan rasional.

Justeru itu, topik ini akan menjelaskan kepada anda definisi lafaz arahan (al-amr),
bentuk arahan dan contohnya. Ia juga akan memfokuskan kepada petunjuk
(dalalah) dalam lafaz arahan yang datang dalam pelbagai bentuk.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
90  TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)

Selain itu, anda turut didedahkan dengan pandangan ulama dalam menghuraikan
dalalah tersebut dengan hujah mereka masing-masing. Jadi, mari kita teruskan!

7.1 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)


Dalam subtopik pertama ini, anda akan didedahkan dengan definisi lafaz arahan,
sighah (bentuk arahan) dan contohnya serta makna asas bagi lafaz arahan.

7.1.1 Definisi Lafaz Arahan (al-Amr)


Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan lafaz arahan?

Lafaz arahan ialah suatu lafaz yang menyuruh untuk melakukan sesuatu
perbuatan. Arahan ini datang daripada pihak yang berkuasa yakni Allah
SWT.

Untuk makluman anda, definisi lafaz arahan tadi adalah menurut ulama mazhab
Hanafi dan Hambali. Bagaimanakah pula pandangan ulama mazhab Syafii dan
Maliki? Menurut ulama mazhab Syafii dan Maliki pula, arahan tidak semestinya
datang daripada pihak atasan yang berkuasa.

7.1.2 Sighah (Bentuk) dan Contohnya


Terdapat empat sighah atau bentuk lafaz arahan yang terkandung dalam
al-Quran dan hadis Rasulullah SAW iaitu:

(a) FiÊil amr atau nas dalam bentuk suruhan;


(b) FiÊil mudariÊ yang disertai dengan lam al-amr (huruf lam yang membawa
maksud arahan);

(c) Khabar dalam nas yang meminta untuk melakukan sesuatu; dan

(d) Masdar yang menggantikan fiÊil amr.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)  91

Mari kita lihat Jadual 7.1 yang menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

Jadual 7.1: Empat Sighah (Bentuk) Lafaz al-Amr dan Contohnya

Bentuk Contoh

FiÊil amr atau nas Surah Ali-ÂImran, ayat 102:


dalam bentuk
suruhan
ΝçFΡr&uρ ωÎ) ¨⎦è∫θèÿsC Ÿωuρ ⎯ÏμÏ?$s)è? ¨,ym ©!$# (#θà)®?$# (#θãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊇⊃⊄∪ tβθßϑÎ=ó¡•Β

Maksudnya:
Wahai orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dengan
sebenar-benar takwa.

Dalam ayat ini, perintah supaya bertakwa berbentuk fiÊil iaitu


perbuatan yang membawa maksud satu suruhan.

FiÊil mudariÊ yang Surah al-Baqarah, ayat 185:


disertai dengan lam
al-amr (huruf lam
yang membawa ( çμôϑÝÁuŠù=sù töꤶ9$# ãΝä3ΨÏΒ y‰Íκy− ⎯yϑsù
maksud arahan)
Maksudnya:
Dan sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat bulan (anak
bulan Ramadan) hendaklah dia berpuasa.

Perintah „hendaklah dia berpuasa‰ datang dalam bentuk fiÊil


mudariÊ yang disertai dengan lam al-amr iaitu lam suruhan.

Khabar dalam nas Surah al-Baqarah, ayat 233:


yang meminta untuk
melakukan sesuatu
( È⎦÷⎫n=ÏΒ%x. È⎦÷,s!öθym £⎯èδy‰≈s9÷ρr& z⎯÷èÅÊöムßN≡t$Î!≡uθø9$#uρ

Maksudnya:
Dan para ibu menyusukan anak mereka selama dua tahun
penuh.

Arahan untuk menyusukan anak dalam ayat tadi ialah khabar


yang membawa maksud perintah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)

Masdar yang Surah al-Baqarah, ayat 283:


menggantikan fiÊil
amr
( ×π|Êθç7ø)¨Β Ö⎯≈yδÌsù...

Maksudnya:
...maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang
(oleh orang yang memberi hutang).

Perkataan „barang gadaian‰ dalam ayat ini adalah kata terbitan


atau masdar yang membawa maksud perintah.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Jawab betul atau salah pada setiap kenyataan yang berikut. Untuk
soalan yang salah (jika ada), tulis semula jawapan yang betul.

(a) Menurut ulama mazhab Syafii dan Hanafi, lafaz arahan ialah
suatu lafaz yang menyuruh untuk melakukan sesuatu
perbuatan. Arahan ini datang daripada pihak yang berkuasa
yakni Allah SWT.

(b) Menurut ulama mazhab Maliki dan Hambali, arahan tidak


semestinya datang daripada pihak atasan yang berkuasa.

2. Cuba anda huraikan secara ringkas, empat bentuk sighah lafaz


arahan secara ringkas dan sertakan contoh untuk setiap satu.

AKTIVITI 7.1

Anda telah mempelajari empat bentuk lafaz arahan. Sekarang, cuba


anda fikirkan sebab seseorang itu dipertanggungjawabkan dengan
beberapa kewajipan dalam Islam. Bincangkan persoalan ini dalam
forum myINSPIRE.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)  93

7.1.3 Makna yang Digunakan dalam Bentuk Fi’il Amr


Sekarang, mari kita lihat makna yang digunakan dalam bentuk fiÊil amr dalam
Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Makna yang Digunakan dalam Bentuk FiÊil Amr

Bentuk al-Amr Makna

َ ُ َ ۡ ُ ۡ ُ َّ َ َ َ ُ َّ ْ ُ َ َ َ ٰ َ َّ ْ ُ َ َ َ ٰ َ َّ ْ ُ َ َ
٥٦ ‫حون‬ ‫وأقِيموا ٱلصلوة وءاتوا ٱلزكوة وأطِيعوا ٱلرسول لعلكم تر‬
Wajib

Maksudnya:
Dan dirikanlah kamu akan solat serta berilah zakat; dan taatlah
kamu kepada rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah an-Nur, 24:56)

Sunat
( #Zöyz öΝÍκÏù öΝçGôϑÎ=tæ ÷βÎ) öΝèδθç7Ï?%s3sù...

Maksudnya:
...berikan kemerdekaan (mukatabah) kepada budak-budak, bila
kamu mengetahui kebajikan (harta) pada mereka.
(Surah an-Nur, 24:33)

Harus
(#ρߊ$sÜô¹$$sù ÷Λä⎢ù=n=ym #sŒÎ)uρ...

Maksudnya:
...dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu
berburu.
(Surah al-Maidah, 5:2)

Ancaman
(tahdid) ∩⊂⊃∪ Í‘$¨Ζ9$# ’n<Î) öΝà2uÅÁtΒ ¨βÎ*sù (#θãè−Gyϑs?

Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): Bersenang-senanglah kamu (bagi
sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke
neraka.
(Surah Ibrahim, 14:30)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)

ۡ َ ّٗ َ ُّ َ َ ٰٓ َ ۡ َ ُ َ َ َ َ ْ ٓ ُ َ َ َ َّ َ ُّ َ ٰٓ َ
ُ‫ك ُت ُبوه‬
ۚ ‫يأيها ٱلِين ءامنوا إِذا تداينتم ب ِدي ٍن إ ِ أج ٖل مسم فٱ‬
Memberi
petunjuk
(irshad)
Maksudnya:
Wahai orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu
urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu
masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan
masa bayarannya) itu.
(Surah al-Baqarah, 2:282)

Melemahkan
(taÊjiz) ⎯Ï&Î#÷VÏiΒ ⎯ÏiΒ ;οu‘θÝ¡Î/ (#θè?ù'sù...

Maksudnya:
...maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding
dengan al-Quran itu.
(Surah al-Baqarah, 2:23)

Doa
...£“t$Î!≡uθÏ9uρ ’Í< öÏøî$# Éb>§‘

Maksudnya:
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu
bapaku...
(Surah Nuh, 71:28)

Memuliakan
∩⊆∉∪ t⎦⎫ÏΖÏΒ#u™ AΟ≈n=¡
| Î0 $yδθè=äz÷Š$#

Maksudnya:
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): „Masuklah
kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman.‰
(Surah al-Hijr, 15:46)

Menghina
∩⊆®∪ ãΛqÌx6ø9$# Ⓝ͓yèø9$# |MΡr& š¨ΡÎ) ø−èŒ

Maksudnya:
(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa,
sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat
(dalam kalangan masyarakatmu).
(Surah ad-Dukhaan, 44:49)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)  95

Mengajar adab Sabda Rasulullah SAW kepada anak tiri Baginda iaitu Umar bin
(taÊdib) Abu Salamah:

‫ك مما يليك‬.

Maksudnya:
Makanlah daripada makanan yang mengiringi engkau (yang
berdekatan dengan engkau).
(Al-Bukhari, 2001)

7.1.4 Makna Asas


Menurut majoriti ulama usul fiqh, makna asas bagi lafaz arahan ialah wajib
melakukan sesuatu perintah. Ia bermaksud setiap nas yang mempunyai lafaz
arahan terhadap sesuatu perbuatan menunjukkan ia satu perintah yang wajib
dilaksanakan. Namun, hukum wajib ini boleh berubah kepada sunat dan harus
jika terdapat dalihan atau qarinah tertentu yang menafikan kewajipannya.

Sabda Rasulullah SAW:

ِ ِ ِْ ‫ ﻓَ َﻼ ﻳـ ْﻐ ِﻤﺲ ﻳﺪﻩ ِﰲ‬،‫ﻆ أَﺣ ُﺪ ُﻛﻢ ِﻣﻦ ﻧَـﻮِﻣ ِﻪ‬


ُ‫ ﻓَِﺈﻧﱠﻪ‬، ً ‫اﻹ َ ء َﺣ ﱠﱴ ﻳَـ ْﻐﺴﻠَ َﻬﺎ ﺛََﻼ‬ ُ ََ ْ َ ْ ْ ْ َ َ ‫اﺳﺘَـْﻴـ َﻘ‬ ْ ‫إِ َذا‬
ْ َ‫َﻻ ﻳَ ْﺪ ِري أَﻳْ َﻦ َ ﺗ‬
ُ‫ﺖ ﻳَ ُﺪﻩ‬
Maksudnya:
Apabila salah seorang dalam kalangan kamu bangun daripada tidur hendaklah
dia mencuci tangannya sebelum berwuduk. Sesungguhnya dia tidak tahu di mana
kedudukan tangannya (semasa dia tidur).
(Muslim, t.t.)

Lafaz Baginda yang bermaksud „hendaklah dia mencuci tangannya‰ ialah suatu
perintah dan setiap perintah membawa hukum wajib melakukannya. Perkara
inilah yang difahami oleh ulama mazhab Hambali.

Namun, majoriti ulama melihatnya suatu yang disunatkan kerana arahan Baginda
menyuruh mencuci tangan adalah kerana kebiasannya tangan orang yang tidur
itu akan tersentuh kemaluan dan tempat yang kotor tanpa disedari.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)

Apabila wujudnya keraguan pada kebersihan tangan orang tersebut, maka


perintah itu tidak dikira suatu perintah yang wajib. Sebaliknya, ia kembali kepada
asal hukum asal, iaitu setiap sesuatu itu suci dan bersih sehinggalah terdapat
perkara yang mengotorkannya.

SEMAK KENDIRI 7.2

Nyatakan makna asas bagi lafaz arahan dalam bentuk fiÊil amr.

7.2 PETUNJUK (DALALAH) AL-AMR


Seterusnya dalam subtopik ini, kita akan mempelajari dalalah al-amr (petunjuk
yang menjelaskan maksud tersurat dan tersirat di sebalik lafaz arahan yang
terdapat dalam nas). Hal ini adalah kerana terdapat banyak lafaz arahan yang
disebut dalam nas mengandungi mesej tertentu yang menjadi perbahasan ulama
usul fiqh. Secara amnya, terdapat tiga dalalah al-amr seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Tiga dalalah al-amr

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)  97

Tiga dalalah ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Jadual 7.3.

Jadual 7.3: Tiga Dalalah al-Amr

Dalalah Huraian

Pada tuntutan Terdapat lafaz arahan dalam nas al-Quran atau hadis yang seakan-
segera akan perlu dilakukan dengan segera selepas ia diperintahkan seperti
(‫)ﻋﻠﻰ اﻟﻔﻮر‬ firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu...


(Surah Ali-ÂImran, 3:133)

Ayat ini seperti menyuruh bersegera beramal sebaik saja kita


mendengarnya.

Pada tuntutan Terdapat juga lafaz arahan yang dapat difahami bahawa ia menuntut
berulang supaya arahan tadi dilakukan secara berulangan seperti firman Allah
(‫)ﻋﻠﻰ اﻟﺘﻜﺮار‬ SWT yang bermaksud:

Lelaki dan perempuan yang berzina, hendaklah kamu sebat mereka


dengan seratus kali sebatan.
(Surah an-Nur, 24:2)

Perintah untuk melakukan sebatan ialah kerana adanya sebab iaitu


perbuatan zina. Apabila zina berulang maka pelaksanaan sebatannya
akan berulang. Jadi perintah akan dilakukan berulang kali apabila
sabitnya perbuatan zina, bukan kerana asal perintah iaitu sebatan.

Pada tuntutan Ada juga arahan untuk melaksanakan sesuatu dalam nas yang datang
selepas selepas ayat yang menegah daripada melakukan perbuatan tersebut
tegahan seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
(‫)اﻷﻣﺮ ﺑﻌﺪ اﳊﻈﺮ‬
...dan apabila kamu sudah selesai menunaikan haji maka pergilah
kamu berburu.
(Surah al-Maidah, 5:2)

Ayat ini melarang kita pergi memburu dalam tempoh menunaikan


haji tetapi membenarkan berbuat demikian sesudah haji selesai
dilakukan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)

SEMAK KENDIRI 7.3

1. Huraikan secara ringkas apa yang anda faham dengan maksud


dalalah al-amr „pada tuntutan selepas tegahan.‰

2. Jawab betul atau salah pada setiap kenyataan yang berikut. Untuk
soalan yang salah (jika ada), tulis semula jawapan yang betul.

(a) Terdapat dua dalalah al-amr. Kedua-dua dalalah tersebut


ialah „pada tuntutan segera‰ dan „pada tuntutan selepas
tegahan.‰

(b) Dalalah al-amr bermaksud petunjuk yang menjelaskan


maksud tersurat dan tersirat di sebalik lafaz arahan yang
terdapat dalam nas.

AKTIVITI 7.2

Anda telah memahami tuntutan segera yang terdapat dalam nas.


Bolehkan seseorang yang hendak bertaubat menangguhkan hasratnya
kerana belum puas berseronok? Bincangkan persoalan ini dalam forum
myINSPIRE.

7.3 PANDANGAN ULAMA TERHADAP


TUNTUTAN LAFAZ ARAHAN
Fokus perbincangan dalam subtopik ini adalah mengenai pelbagai pandangan
ulama usul fiqh tentang jenis tuntutan dalam lafaz arahan (al-amr). Anda akan
didedahkan dengan perbahasan para ulama berserta hujah masing-masing
terhadap ketiga-tiga dalalah al-amr yang dipelajari sebentar tadi.

(a) Adakah Tuntutan Arahan Perlu Dilaksanakan Segera?


Ulama berbeza pendapat dalam memahami nas yang mengandungi
tuntutan atau perintah yang menuntut pelaksanaannya dengan segera.
Apakah ia menuntut supaya segera dilakukan atau tidak? Mari kita cari
jawapannya dalam Jadual 7.4.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)  99

Jadual 7.4: Pandangan Ulama pada Tuntutan Segera

Pandangan Huraian

Ulama Sebahagian mereka berpendapat setiap arahan perlu dilaksanakan oleh


mazhab umat Islam dengan segera dan tidak boleh ditangguhkan. Hujah
Maliki dan mereka ialah seperti ayat al-Quran yang bermaksud:
mazhab
Hambali Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu...
(Surah Ali-ÂImran, 3:133)

Ayat ini menunjukkan kita perlu segera meminta keampunan daripada


Allah SWT dan ia tidak boleh dilengah-lengahkan.

Ulama Sebahagian mereka pula berpendapat arahan tidak bermaksud perlu


mazhab segera dilaksanakan, sebaliknya ia boleh dilakukan pada waktu lain
Hanafi jika masih ada kemampuan. Hujah mereka ialah sifat tuntutan adalah
mutlak dan tidak dikhususkan kepada waktu tertentu atau
pelaksanaannya mesti disegerakan. Justeru itu, pelaksanaannya tidak
boleh diwajibkan untuk serta merta dilakukan apabila tiada dalil yang
menyuruh berbuat demikian. Contohnya perbuatan mengqada puasa.
Ia tidak semestinya perlu disegerakan kerana boleh diganti pada waktu
lain dengan syarat seseorang itu yakin dia mampu berbuat demikian
pada waktu itu.

Ulama Pandangan terakhir pula ialah arahan pada suatu tuntutan tidak
mazhab menunjukkan ia mesti segera dilakukan atau boleh ditangguh pada
Syafii waktu lain. Hujah mereka ialah pelaksanaan sesuatu tuntutan adalah
berdasarkan keadaan seseorang, bukannya ditetapkan oleh masa
semata-mata. Contohnya seseorang yang memerlukan air kerana
dahaga. Pertolongan mesti dilakukan segera dan tidak boleh
ditangguh, sebaliknya ibadat haji boleh ditangguhkan sekiranya
seseorang itu belum memiliki kemampuan (istitaÊah).

(b) Adakah Tuntutan Arahan Berulang pada Setiap Masa?


Para ulama turut berbeza pandangan mengenai maksud tuntutan berulang
yang terdapat pada al-amr dalam nas al-Quran atau hadis. Jadual 7.5
menerangkan pandangan mereka berserta hujah masing-masing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)

Jadual 7.5: Pandangan Ulama pada Tuntutan Berulang

Pandangan Huraian

Ulama mazhab Hanafi dan Sebahagian mereka menganggap tuntutan al-amr


mazhab Hambali dalam nas adalah perkara mutlak yang tidak
menunjukkan mesti berlakunya pengulangan beberapa
kali ataupun tidak. Sebaliknya, memadai suruhan
tersebut dilakukan sekali saja bergantung kepada sebab
yang menuntut pelaksanaannya. Pandangan ini
berhujah dengan ayat al-Quran yang bermaksud:

Dan apabila kamu berada dalam keadaan janabah


(junub) maka hendaklah kamu bersuci (mengangkat
hadas besar).
(Surah al-Maidah, 5:6)

Mandi wajib hanya dilakukan apabila terdapat


sebabnya iaitu junub (hadas besar) dan tidak perlu
dilakukan berulang kali jika sebab itu tiada.

Ulama mazhab Syafii dan Pendapat kedua pula melihat arahan itu memadai
mazhab Maliki dilakukan sekali saja dari segi lafaznya, tetapi terdapat
kemungkinan ia dituntut berulang kali. Antara hujah
pandangan ini ialah daripada hadis sahih riwayat
Muslim yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah telah


mewajibkan ke atas kamu fardu haji. Lalu seorang lelaki
bertanya: „Apakah ia setiap tahun wahai Rasulullah?‰
Sabda Rasulullah: „Kalau aku mengiyakan ia akan jadi
wajib dan kalian akan lakukan dan tidak mampu.
Sesungguhnya fardu haji itu sekali saja, siapa yang
menambahnya ia disunatkan.‰

Imam Ahmad bin Hanbal Pendapat ketiga berpendapat perintah itu dilakukan
dan sebahagian fuqaha berulang kali berdasarkan keadaan usia dan
kemampuan. Contoh hujah mereka ialah ayat al-Quran
yang bermaksud:

Dan keluarkanlah zakat.


(Surah al-Baqarah, 2:43)

Ayat ini difahami Sayidina Abu Bakar r.a. dengan


perintah berulang semasa beliau memerangi golongan
yang enggan membayar zakat dan tiada seorang
sahabat pun yang membantah pandangan beliau.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)  101

(c) Keadaan Sesuatu Tuntutan Selepas Berlakunya Tegahan


Ulama berselisih pandangan dalam memahami maksud lafaz arahan yang
tiba selepas suatu tegahan terjadi. Jadual 7.6 menerangkan pandangan
mereka berserta hujah masing-masing.

Jadual 7.6: Pandangan Ulama pada Tuntutan Selepas Tegahan

Pandangan Huraian

Imam Syafii, Sebahagian ulama berpendapat bahawa perintah yang datang


ulama mazhab selepas tegahan membawa maksud perintah itu harus
Hambali dan dilaksanakan dan bukannya wajib. Hujah mereka ialah
sebahagian ulama kebanyakan perintah yang datang selepas tegahan harus
mazhab Maliki dilaksanakan dan ia adalah perkara kebiasaan dalam syarak dan
ia disepakati oleh ulama.

Ulama mazhab Sebahagian mereka berpandangan bahawa status perintah


Hanafi, mazhab seperti itu adalah suatu yang wajib dilakukan kerana lafaz itu
Syafii dan majoriti datang dalam bentuk perintah yang mesti dilaksanakan. Hujah
ulama mazhab mereka ialah firman Allah SWT yang bermaksud:
Maliki
...apabila selesai bulan-bulan Haram (tempoh empat bulan
penangguhan yang diberi kepada kaum Musyrikin bermula 10
Zulhijah iaitu waktu turunnya ayat ini sehingga 10 Rabiulakhir)
maka bunuhlah orang Musyrikin di mana saja kamu menjumpai
mereka.
(Surah at-Taubah, 9:5).

Sebahagian kecil Pandangan terakhir ini mengatakan bahawa perintah tersebut


ulama mazhab membawa hukum asal sebelum berlakunya tegahan. Jika
Hanafi sebelum itu hukum sesuatu perbuatan tersebut harus, maka
hukumnya kekal sebagai harus. Begitulah seterusnya jika ia
wajib, makruh dan seumpamanya.

SEMAK KENDIRI 7.4

Bincangkan pandangan ulama terhadap tuntutan lafaz arahan berulang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)

AKTIVITI 7.3

Bolehkah seseorang yang berkemampuan menunaikan umrah terlebih


dahulu berbanding fardu haji? Bincangkan perkara ini dalam forum
myINSPIRE.

 Lafaz arahan (al-amr) ialah lafaz yang menyuruh untuk melakukan sesuatu
perbuatan dan ia wujud dalam nas.

 Terdapat empat bentuk ayat arahan atau sighah amr iaitu:

- FiÊil amr atau nas dalam bentuk suruhan;


- FiÊil mudariÊ yang disertai dengan lam al-amr (huruf lam yang membawa
maksud arahan);

- Khabar dalam nas yang meminta untuk melakukan sesuatu; dan

- Masdar yang menggantikan fiÊil amr.

 Terdapat 10 bentuk makna yang digunakan untuk amr iaitu wajib, sunat,
harus, ancaman, memberi pertunjuk, melemahkan, doa, memuliakan,
menghina dan mengajar adab.

 Hukum wajib ini boleh berubah kepada sunat dan harus jika terdapat sebab
tertentu yang menafikan kewajipannya.

 Dalalah al-amr ialah petunjuk yang menjelaskan maksud tersurat dan tersirat
di sebalik lafaz arahan yang terdapat dalam nas dan ia menjadi perbincangan
penting ulama usul fiqh dalam menentukan hukum.

 Lafaz perintah dalam nas al-Quran atau hadis disebut dalam banyak keadaan
seperti perintah segera, perintah berulang dan perintah yang datang selepas
sesuatu tegahan.

 Ulama berbeza pendapat dalam memahami nas yang berkaitan dengan


perintah yang menuntut ia segera dilakukan, perintah yang berulang dan
perintah yang datang selepas sesuatu larangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 LAFAZ ARAHAN (AL-AMR)  103

 Para ulama mazhab mendatangkan hujah masing-masing daripada nas


al-Quran, hadis dan hujah akal untuk setiap jenis perintah yang mereka
perselisihkan.

 Mazhab Hambali merupakan mazhab yang cenderung kepada maksud zahir


bagi setiap lafaz perintah yang wujud dalam nas.

Dalalah al-amr Nas


FiÊil amr Sighah (bentuk)
Khabar Ulama mazhab Hanafi
Lafaz arahan (al-amr) Ulama mazhab Hambali
Lam al-amr Ulama mazhab Maliki
Masdar Ulama mazhab Syafii

Al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail. (2001). Sahih al-Bukhari. Muhammad Zuhayr


Nasir (tahqiq) (Ed. ke-1). Masurah, Yaman: Dar Tuq al-Najat.

Al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Damsyik, Syria: Dar al-Fikr.

Dawudi, Safwan Adnan. (1999). Al-lubab fi usul al-fiqh. Damsyik, Syria: Dar
al-Qalam.

Muslim, Abu al-Hasan ibn al-Hajjaj (t.t). Sahih Muslim. Muhammad FuÊad Abd
al-Baqi (tahqiq). Beirut, Lubnan: Dar IhyaÊ al-Turath al-Arabi.

Zaidan, Abdul Karim. (2000). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Beirut, Lubnan: Muassasah
ar-Risalah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Lafaz
Larangan
8 (al-Nahy)
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan definisi, bentuk dan contoh lafaz larangan (al-nahy);
2. Menerangkan makna asas lafaz larangan dan penggunaannya
dalam nas;
3. Menghuraikan kesan yang terbit daripada lafaz larangan; dan
4. Mengenal pasti sama ada tegahan daripada lafaz larangan itu mesti
dilaksanakan segera atau berlaku secara berulang-ulang.

 PENGENALAN
Bertemu kembali kita dalam topik yang baharu. Dalam topik yang lepas, kita telah
mempelajari lafaz perintah, manakala dalam topik ini kita akan pelajari pula lafaz
larangan (al-nahy).

Urusan ibadat merupakan hak mutlak Allah SWT tanpa adanya ruang untuk
manusia campur tangan. Tiada sesiapa pun boleh mempertikaikan jumlah waktu
solat fardu dalam sehari, puasa di bulan Ramadan dan seumpamanya.

Manakala bagi urusan muamalat, perniagaan, jual beli, pertanian, adat resam dan
budaya, Islam memberi ruang yang luas untuk manusia menguruskannya selagi
tiada unsur penipuan, kezaliman dan penindasan. Jika terdapat unsur yang
negatif ini, maka barulah Islam memainkan peranan melarang sekeras-kerasnya
perbuatan tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)  105

Justeru itu, larangan dan tegahan dalam Islam bukanlah bertujuan menyekat
kehidupan manusia, sebaliknya demi menjaga maslahat mereka kerana agama itu
sendiri datang untuk memudahkan kehidupan manusia. Hal ini dinyatakan oleh
firman Allah SWT dalam surah al-Hajj, ayat 78:

...‫وَﻣﺎ َﺟ َﻌ َﻞ َﻋﻠَْﻴ ُﻜ ْﻢ ِﰲ اﻟ ِّﺪﻳ ِﻦ ِﻣ ْﻦ َﺣَﺮٍج‬...


َ
Maksudnya:
...dan Dia (Allah) tidak jadikan sebarang kesusahan dalam agama untuk
kamu...

Islam melarang beberapa perkara tetapi menyediakan banyak alternatif yang baik
untuk manusia. Sebagai contoh, Islam mengharamkan daging khinzir terhadap
umatnya tetapi mengharuskan banyak haiwan lain untuk dimakan. Arak
diharamkan kerana kemudaratannya tetapi diganti dengan pelbagai jenis
minuman lain yang enak. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 91:

ُ ْ ْ َْ ُ َ ْ َ َ ُ َ ُ َ ْ َّ ُ ُ َ َّ
َ ‫ك ُم الْ َع َد َاوةَ َو ْالَ ْغ َض‬
‫س َو َي ُص َّدك ْم‬
ِِ ‫اء ِف ال ْم ِر َوال َمي‬ ‫إِنما ي ِريد الشيطان أن يوق ِع بين‬
َ َّ َ َّ ْ َ
ۖ ِ ‫الص ة‬ ‫عن ذِك ِر ا ِ َوع ِن‬

Maksudnya:
Sesungguhnya syaitan hendak menjerumuskan kamu ke kancah permusuhan dan
kebencian sesama kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu daripada
mengingati Allah dan mengerjakan solat.

Oleh itu, topik ini akan menjelaskan kepada anda definisi lafaz larangan (al-nahy),
bentuk dan contohnya, makna asas dan penggunaan lafaz ini dalam nas. Ia juga
memberi tumpuan kepada kesan yang terbit daripada lafaz larangan, sama ada ia
bersifat larangan mutlak atau hanya kerana sebab tertentu serta pandangan ulama
dalam kesan larangan tersebut.

Tidak ketinggalan, anda turut didedahkan dengan bentuk tegahan daripada lafaz
larangan yang terbahagi kepada dua, iaitu larangan segera dan larangan yang
berlaku secara berulang. Mari kita teruskan!

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)

8.1 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan definisi lafaz larangan, bentuk
(sighah) arahan dan contohnya, makna asas bagi lafaz larangan dan tujuan
penggunaan lafaz larangan dalam nas.

8.1.1 Definisi Lafaz Larangan (al-Nahy)


Apakah yang dimaksudkan dengan lafaz larangan? Mari kita lihat jawapannya
dalam Jadual 8.1.

Jadual 8.1: Makna Lafaz Larangan (al-Nahy) dari Sudut Bahasa dan Istilah

Lafaz Larangan (al-Nahy)


Bahasa Istilah
Tegahan atau mencegah Perintah untuk meninggalkan atau menghentikan sesuatu
perbuatan. Ia datang daripada pihak yang berkuasa (Allah
SWT) untuk pihak yang diperintah (umat manusia).

8.1.2 Sighah (Bentuk) dan Contohnya


Terdapat lima sighah atau bentuk lafaz larangan yang terkandung dalam
al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Lima bentuk larangan tersebut diterangkan
dengan lebih lanjut dalam Jadual 8.2.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)  107

Jadual 8.2: Lima Sighah (Bentuk) Lafaz Larangan (al-Nahy)

Bentuk Contoh

Lafaz larangan yang Surah Ali ÂImran, ayat 130:


disertai fiÊil mudhariÊ
(‫)ﻓﻌﻞ ﺍﻟﻤﻀﺎﺭﻉ‬
(#θà)¨?$#uρ ( Zπxyè≈ŸÒ•Β $Z≈yèôÊr& (##θt/Ìh9$# (#θè=à2ù's? Ÿω (#θãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

∩⊇⊂⊃∪ tβθßsÎ=øè? öΝä3ª=yès9 ©!$#


Maksudnya:
Wahai orang yang beriman janganlah kamu memakan riba
yang berlipat ganda dan takutilah Allah mudah-mudahan
kamu berjaya.

Surah al-Israa, ayat 32:

∩⊂⊄∪ Wξ‹Î6y™ u™!$y™uρ Zπt±Ås≈sù tβ%x. …çμ¯ΡÎ) ( #’oΤÌh“9$# (#θç/tø)s? Ÿωuρ

Maksudnya:
Dan janganlah kamu hampiri zina. Sesungguhnya ia
perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan.

Lafaz suruhan yang Surah al-Baqarah, ayat 278:


menyuruh berhenti
daripada melakukan
sesuatu perkara ∩⊄∠∇∪ t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σ•Β ΟçFΖä. βÎ) (##θt/Ìh9$# z⎯ÏΒ u’Å+t/ $tΒ (#ρâ‘sŒuρ

Maksudnya:
Dan tinggalkanlah sisa daripada riba jika kamu benar-benar
orang yang beriman.

Surah al-Hajj, ayat 30:

∩⊂⊃∪ Í‘ρ–“9$# š^öθs% (#θç6Ï⊥tFô_$#ρu Ç⎯≈rO÷ρF{$# z⎯ÏΒ š[ô_Íh9$# (#θç6Ï⊥tFô_$$sù

Maksudnya:
Maka jauhilah kotoran (patung berhala) dan hindarilah kata
dusta (pembohongan).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)

Perkataan ‫ ﻳﻨﻬﻰ‬yang Surah al-Nahl, ayat 90:


bermaksud „larang‰
yang disebut dengan
jelas 4‘sS÷Ζtƒuρ 4†n1öà)ø9$# “ÏŒ Ç›!$tGƒÎ)uρ Ç⎯≈|¡ômM}$#uρ ÉΑô‰yèø9$$Î/ ããΒù'tƒ ©!$# ¨βÎ) *

4 Ä©øöt7ø9$#uρ Ìx6Ψßϑø9$#ρu Ï™!$t±ósxø9$# Ç⎯tã

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat baik
serta memberi kaum kerabat, dan melarang perbuatan keji,
kemungkaran dan kezaliman.

Lafaz pengharaman Surah al-Maidah, ayat 3:


yang jelas disebut

⎯ÏμÎ/ «!$# ÎötóÏ9 ¨≅Ïδé& !$tΒuρ ÍƒÌ“Ψσø:$# ãΝøtm:uρ ãΠ¤$!$#uρ èπtGøŠϑ


y ø9$# ãΝä3ø‹n=tæ ôMtΒÌhãm

Maksudnya:
Diharamkan untuk kamu (memakan) bangkai, darah, babi
dan haiwan yang disembelih bukan kerana Allah.

Surah al-Baqarah, ayat 275:

4 (#4θt/Ìh9$# tΠ§ymuρ yìø‹t7ø9$# ª!$# ¨≅ymr&uρ

Maksudnya:
Dan Allah telah menghalalkan perniagaan dan
mengharamkan riba.

Peringatan yang Sabda Rasulullah SAW:


disertai perkataan
ِ َ‫اﳉﻠُﻮس ِﰲ اﻟﻄﱡﺮﻗ‬
« ‫ﺎت‬ ِ
َ ُْ ‫» إ ﱠ ُﻛ ْﻢ َو‬
(‫ )ﺇﻳﺎﻛﻢ‬bermaksud
„hendaklah kamu ُ
berhati-hati‰
Maksudnya:
Berhati-hatilah kamu dengan duduk di tepi jalan.
(Muslim, t.t.)

* Larangan dalam hadis ini tidak bermaksud pengharaman


tetapi makruh duduk di tepi jalan kecuali ditunaikan hak jalan
seperti mengajak orang yang lalu-lalang kepada kebaikan dan
mencegah mereka daripada kemungkaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)  109

AKTIVITI 8.1

Fikirkan apakah punca seseorang itu tidak mengendahkan larangan


yang digariskan oleh Islam. Bincangkan persoalan ini dalam forum
myINSPIRE.

8.1.3 Makna Asas


Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan makna asas bagi al-nahy atau
larangan (‫اﻟﻨﻬﻲ‬ ‫)ﻣﻮﺟﺐ‬. Terdapat tiga pendapat tentang makna asas bagi maksud
lafaz larangan ini mengikut perbahasan para ulama. Ketiga-tiga pendapat tersebut
diterangkan dalam Jadual 8.3.

Jadual 8.3: Tiga Pendapat tentang Makna Asas bagi Maksud Lafaz Larangan Mengikut
Perbahasan Para Ulama

Pendapat Huraian
Makruh Sebahagian ulama mentafsirkan maksud sebenar sesuatu lafaz
larangan yang terdapat dalam nas dan dalil sebagai makruh. Maksud
makruh tersebut hanya berubah jika terdapat sebab atau qarinah
tertentu yang mengubah kepada haram dan sebagainya.
Haram atau Segelintir ulama mengatakan lafaz tegahan membawa maksud haram
makruh atau makruh. Penentuan salah satu hukum yang tepat antara kedua-
duanya bergantung kepada qarinah atau sebab. Sebagai contoh,
sesuatu tegahan boleh dihukumkan sebagai haram dan juga makruh
tetapi jika terdapat sebab tertentu yang menjelaskan larangan
pelaksanaannya secara mutlak, maka tegahan itu haram dilakukan.
Sebaliknya, jika terdapat qarinah menunjukkan larangan itu tidak
bersifat mutlak maka ia hanya makruh sahaja.
Tegahan Pandangan terakhir pula mengatakan lafaz larangan dalam nas
secara membawa maksud tegahan secara mutlak. Maksud larangan ini telah
mutlak dipegang oleh para salafus salih, iaitu generasi awal dalam kalangan
para sahabat dan tabiin yang memahami bahawa larangan dalam
sesebuah nas atau dalil menunjukkan suatu pengharaman mutlak.
Pendapat ini disokong oleh majoriti ulama. Mereka menegaskan
bahawa inilah makna hakiki dalam sesebuah lafaz tegahan dan hanya
digunakan secara majazi bagi maksud makruh dan sebagainya apabila
terdapat qarinah yang jelas menunjukkan tegahan itu bukan satu
pengharaman.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Jelaskan lima bentuk larangan atau sighah secara umum berserta


satu contoh untuk setiap satu.

2. Perintah untuk meninggalkan atau menghentikan sesuatu


perbuatan dikenali sebagai ____________.

3. Dalam menentukan makna asas bagi al-nahy, terdapat tiga


pendapat yang berbeza mengikut pandangan para ulama.
Nyatakan tiga pendapat tersebut.

8.1.4 Tujuan Lafaz Larangan Digunakan dalam Nas


Lafaz tegahan yang terdapat dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW
mempunyai pelbagai tujuan. Secara khususnya, terdapat tujuh tujuan lafaz
larangan digunakan dalam nas seperti yang dinyatakan dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Tujuh tujuan lafaz larangan digunakan dalam nas

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)  111

Huraian lanjut mengenai tujuh tujuan ini diberikan dalam Jadual 8.4.

Jadual 8.4: Tujuh Tujuan Lafaz Larangan Digunakan dalam Nas

Tujuan Contoh

Mengharamkan Surah al-Israa, ayat 33:


sesuatu perbuatan
3 Èd,ysø9$$Î/ ωÎ) ª!$# tΠ§ym ©ÉL©9$# }§ø¨Ζ9$# (#θè=çFø)s? Ÿωuρ

Maksudnya:
Dan janganlah kamu bunuh jiwa (seseorang) yang Allah
haramkan kecuali dengan alasan yang benar.

Memakruhkan Daripada al-Bukhari (2001):


sesuatu perbuatan
( ‫) إذا ﺷﺮب أﺣﺪﻛﻢ ﻓﻼ ﻳﺘﻨﻔﺲ ﰲ اﻹ ء‬
Maksudnya:
Dan apabila seseorang dalam kalangan kamu minum, janganlah
dia menghembuskan nafas di dalam bekas minuman.

Doa Surah Ali-ÂImran, ayat 8:

...$oΨoK÷ƒy‰yδ øŒÎ) y‰÷èt/ $oΨt/θè=è% ùøÌ“è? Ÿω $oΨ−/u‘

Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami
kepada kesesatan sesudah Engkau beri kami petunjuk...

Memberi petunjuk Surah al-Maidah, ayat 101:

...öΝä.÷σÝ¡n@ öΝä3s9 y‰ö6è? βÎ) u™!$u‹ô©r& ô⎯tã (#θè=t↔ó¡n@ Ÿω (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu bertanya (kepada
nabimu) hal yang mana jika diterangkan kepada kamu, nescaya
ia akan menyusahkan kamu...

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)

Menerangkan Surah Ibrahim, ayat 42:


sesuatu hukuman
öΝèδã½jzxσム$yϑ¯ΡÎ) 4 šχθßϑÎ=≈©à9$# ã≅yϑ÷ètƒ $£ϑtã ¸ξÏ≈xî ©!$# ⎥t⎤|¡óss? Ÿωuρ

∩⊆⊄∪ ã≈|Áö/F{$# ÏμŠÏù ßÈy‚ô±n@ 5ΘöθuŠÏ9

Maksudnya:
Dan jangan sekali-kali kamu (wahai Muhammad) sangka
bahawa Allah itu lalai dengan apa yang orang zalim lakukan.
Sesungguhnya Allah memberi penangguhan kepada mereka ke
suatu hari yang mana mata mereka akan terbeliak.

Menerangkan Surah al-Hijr, ayat 88:


sesuatu
penghinaan
...óΟßγ÷ΨÏiΒ $[_≡uρø—r& ÿ⎯ÏμÎ/ $uΖ÷è−GtΒ $tΒ 4’n<Î) y7ø‹t⊥ø‹tã ¨β£‰ßϑs? Ÿω

Maksudnya:
Jangan sekali-kali kamu alihkan pandanganmu (kerana
terpegun) kepada kenikmatan hidup (di dunia) yang Kami beri
kepada beberapa golongan antara mereka orang kafir...

Menerangkan Surah al-Tahrim, ayat 7:


perasaan putus asa
∩∠∪ tβθè=yϑ÷ès? ÷Λä⎢Ζä. $tΒ tβ÷ρt“øgéB $yϑ¯ΡÎ) ( tΠöθu‹ø9$# (#ρâ‘É‹tG÷ès? Ÿω (#ρãxx. t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

Maksudnya:
Wahai orang kafir, janganlah kamu kemukakan keuzuran pada
hari ini. Sesungguhnya kamu hanya dibalas atas apa yang kamu
lakukan.

SEMAK KENDIRI 8.2

Huraikan tujuh tujuan lafaz larangan dan contohnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)  113

8.2 KESAN DARIPADA LAFAZ LARANGAN


Seterusnya, kita akan mempelajari kesan daripada lafaz larangan yang disebut
oleh nas. Kesan ini berkaitan tentang persoalan apakah sesuatu larangan itu
berlaku secara mutlak atau kerana terdapat sesuatu sebab. Mari kita lihat
Jadual 8.5 yang menerangkan tiga kesan tersebut dengan lebih terperinci.

Jadual 8.5: Tiga Kesan daripada Lafaz Larangan

Kesan Huraian
Larangan Kesan utama yang timbul daripada lafaz larangan ialah wujudnya
mutlak pandangan ulama yang melihat bahawa larangan mutlak yang
terdapat dalam nas merujuk kepada larangan menyeluruh sama ada
kesalahan itu banyak dilakukan oleh orang ramai atau sedikit.
Sebagai contoh, mengadakan aktiviti jual beli terhadap barang yang
tidak wujud seperti seseorang yang berkata kepada rakannya, „Saya
jual ikan di dalam laut ini kepada anda.‰ Perniagaan seperti ini
dilarang sama sekali oleh Islam kerana ia melanggar rukun atau
perkara asas, iaitu perlu wujudnya barang yang hendak diniagakan.
Contoh lain ialah menunaikan solat tanpa wuduk. Perbuatan ini
dilarang kerana ia jelas bercanggah dengan syarat asas yang
digariskan oleh nas iaitu wajib berwuduk sebelum menunaikan solat.
Dua contoh tadi juga tidak mempunyai sebarang qarinah yang boleh
mengubah hukumnya kepada makruh atau sebagainya. Para ulama
bersepakat bahawa jika sesuatu rukun dalam ibadat khusus seperti
solat, puasa dan haji tidak ditunaikan sama ada tertinggal atau
sengaja diabaikan, maka ibadat itu dikira batil (tidak sah) dan fasid
(rosak).
Larangan Kesan lain yang timbul ialah menurut para ulama, sesuatu larangan
bersama hanya berlaku apabila terdapat sebab tertentu atau qarinah tetapi
sebab lain rukun perbuatan itu tetap ada dengan syarat ia tidak lazim (biasa)
berlaku.
Sebagai contoh, menjalankan aktiviti perniagaan semasa orang lain
menunaikan solat Jumaat, mendirikan solat di kawasan tanah yang
dirampas dan berwuduk dengan air yang dicuri. Jumhur ulama
berpendapat ibadat seperti ini tidak batil dan tidak juga fasid tetapi
hanya makruh kerana larangan tetap wujud.
Hujah mereka ialah sesuatu perbuatan yang lengkap rukunnya tetap
dikira sah walaupun melakukan perkara yang dilarang. Sebagai
contoh, berwuduk dengan air yang dicuri masih dihukumkan sah
kerana semua anggota wuduk disapu dengan air tetapi perbuatan itu
fasid kerana menggunakan air yang dicuri.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)

Manakala ulama mazhab Zahiri pula berpendapat perbuatan seperti


ini tetap batil dan tidak sah kerana ia masih tidak lari dari hakikatnya,
iaitu ia tetap dilarang. Pendapat ini juga dinukil daripada Imam
Ahmad bin Hanbal dan Imam Malik.
Larangan Larangan jenis ini ditegah kerana terdapat perkara atau sifat yang
wujud kerana sentiasa melaziminya. Sebagai contoh, larangan berpuasa pada Hari
sifat yang Raya Aidilfitri dan hari tasyrik serta aktiviti jual beli dengan syarat
melaziminya yang fasid.
Ulama mazhab Hanafi berpendapat perbuatan seperti ini hanya fasid,
iaitu rosak sifatnya tetapi rukunnya tetap ada menyebabkan ia sah. Ia
hanya fasid kerana wujud kesan yang dikehendaki.
Manakala jumhur ulama daripada mazhab Syafii dan mazhab lain
berpendapat perbuatan tersebut adalah batil dan fasid dan ia tidak
sah kerana dilarang dengan tegas oleh nas syarak.

SEMAK KENDIRI 8.3

1. Jelaskan tiga kesan yang timbul daripada lafaz larangan.

2. Sebutkan pandangan ulama tentang perkara tersebut dengan


hujah mereka masing-masing.

8.3 TEGAHAN YANG TERHASIL DARIPADA


LAFAZ LARANGAN
Akhir sekali, mari kita lihat kepada jenis tegahan yang terbit daripada lafaz
larangan. Ia membicarakan sama ada tegahan yang disebut dalam lafaz larangan
itu mesti segera dilakukan atau berlaku secara berulang-ulang.

(a) Berlaku Segera (‫اﻟﻔﻮر‬ ‫)ﻋﻠﻰ‬


Sesuatu larangan atau tegahan itu berlaku dengan segera kerana makna asal
tegahan itu ialah berhenti daripada melakukan sesuatu perbuatan dan tidak
boleh mengulanginya. Ia juga selari dengan definisi larangan sama ada dari
segi bahasa atau istilah yang menuntut seseorang supaya tidak melakukan
perbuatan yang dilarang dan tegahan ini selama-lamanya. Selain itu, ia
merupakan pendapat kebanyakan ulama usul fiqh dan para fuqaha.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)  115

Apabila syarak melarang sesuatu perbuatan kerana kemudaratannya, maka


ia perlu dihentikan segera. Larangan itu juga berterusan dan kekal
selamanya. Oleh itu, hukum asal bagi setiap tegahan ialah mesti dijauhi
tegahan tersebut dan haram melakukannya. Contohnya seperti firman Allah
SWT dalam surah Luqman, ayat 13:

( «!$$Î/ õ8Îô³è@ Ÿω...

Maksudnya:
...dan janganlah kamu sekutukan Allah.

Perkataan ‫ ﻻ‬dalam ayat al-Quran tersebut menunjukkan ia satu larangan


iaitu jangan sesekali mensyirikkan Allah SWT. Rasulullah SAW turut
bersabda:

ِ ِ ِ َ‫)ﻣﺎ ﻧَـﻬﻴـﺘُ ُﻜﻢ ﻋْﻨﻪ ﻓ‬


ْ ‫ﺎﺟﺘَﻨﺒُﻮﻩُ َوَﻣﺎ أ ََﻣ ْﺮﺗُ ُﻜ ْﻢ ﺑِﻪ ﻓَﺎﻓْـ َﻌﻠُﻮا ﻣْﻨﻪُ َﻣﺎ‬
(‫اﺳﺘَﻄَ ْﻌﺘُ ْﻢ‬ ْ ُ َ ْ َْ َ
Maksudnya:
Apa-apa yang aku larang kamu darinya maka hendaklah kamu jauhinya,
dan apa-apa yang aku perintahkan kamu lakukannya, maka laksanakanlah
ia mengikut kemampuan kamu.
(Muslim, t.t.)

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu tegahan mesti dijauhi serta-
merta dan ditinggalkan tanpa sebarang penangguhan.

(b) Berlaku Secara Berulang (‫اﻟﺘﻜﺮار‬ ‫)ﻋﻠﻰ‬


Sebahagian ulama berpendapat bahawa tegahan yang dimaksudkan dalam
lafaz larangan berlaku berulang-ulang dan tidak semestinya segera berkuat
kuasa. Hal ini adalah kerana sesuatu larangan itu hanya berlaku disebabkan
sesuatu qarinah yang menyebabkannya perlu dijauhi. Perkara ini berterusan
selagi terdapat sebab yang membawa kepada tegahan.

SEMAK KENDIRI 8.4

Huraikan definisi tegahan yang terhasil daripada lafaz larangan yang


berlaku dengan segera dan yang berulang-ulang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)

 Lafaz larangan (al-nahy) bermaksud perintah untuk meninggalkan atau


menghentikan sesuatu perbuatan. Ia datang daripada pihak yang berkuasa
(Allah SWT) untuk pihak yang diperintah (umat manusia).

 Larangan dan tegahan dalam Islam bukan bertujuan menyekat kehidupan


manusia, sebaliknya demi menjaga maslahat mereka kerana agama itu sendiri
datang untuk memudahkan kehidupan manusia.

 Terdapat lima sighah atau bentuk dalam lafaz perintah. Antaranya ialah lafaz
larangan yang disertai fiÊil mudhariÊ, lafaz suruhan yang menyuruh berhenti
daripada melakukan sesuatu perkara dan lafaz pengharaman yang jelas
disebut.

 Terdapat tiga pandangan ulama dalam memahami makna asas lafaz larangan
iaitu makruh; haram dan makruh; dan tegahan mutlak.

 Terdapat tujuh penggunaan lafaz larangan dalam nas. Antaranya ialah untuk
mengharamkan sesuatu perbuatan, memakruhkan sesuatu perbuatan, tujuan
doa dan memberi petunjuk.

 Kesan daripada lafaz larangan boleh dilihat dari segi larangan mutlak
(larangan menyeluruh), larangan bersama sebab lain (apabila terdapat sebab
tertentu atau qarinah) dan larangan kerana sifat yang melaziminya (terdapat
perkara atau sifat yang sentiasa melaziminya).

 Para ulama bersepakat bahawa sekiranya sesuatu rukun dalam ibadat khusus
tidak ditunaikan, tertinggal atau sengaja diabaikan, maka ibadat itu dikira
batil (tidak sah) dan fasid (rosak).

 Ulama mazhab Hanafi mengkhususkan urusan muamalat sahaja dalam


membezakan fungsi batil dan fasid tetapi mereka sepakat dengan mazhab lain
dalam urusan ibadat khusus.

 Majoriti ulama berpendapat larangan atau tegahan itu berlaku dengan segera
kerana makna asal tegahan itu ialah berhenti daripada melakukan sesuatu.

 Sebahagian kecil ulama berpendapat bahawa tegahan dalam lafaz larangan


berlaku berulang-ulang dan tidak semestinya segera berkuat kuasa
disebabkan sesuatu qarinah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 LAFAZ LARANGAN (AL-NAHY)  117

Al-nahy Makruh
Batil Maslahat
Fasid Muamalat
FiÊil mudhariÊ Mutlak
Haram Qarinah
Ibadat khusus Sighah
Jumhur ulama

Al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismail. (2001). Sahih al-Bukhari. Muhammad Zuhayr


Nasir (tahqiq) (Ed. ke-1). Masurah, Yaman: Dar Tuq al-Najat.

Al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Damsyik, Syria: Dar al-Fikr.

Dawudi, Safwan Adnan. (1999). Al-lubab fi usul al-fiqh. Damsyik, Syria: Dar
al-Qalam.

Mohd Sawari, Mohd Fuad. (2005). Al-madkhal ila dirasat usul al-fiqh
al-Islami. Kuala Lumpur, Malaysia: Research Centre Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia.

Muslim, Abu al-Hasan ibn al-Hajjaj (t.t). Sahih Muslim. Muhammad FuÊad Abd
al-Baqi (tahqiq). Beirut, Lubnan: Dar IhyaÊ al-Turath al-Arabi.

Zaidan, Abdul Karim. (2000). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Beirut, Lubnan: Muassasah
ar-Risalah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pemansuhan
(Nasakh)
9
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan definisi, hikmah dan syarat nasakh;
2. Mengenal pasti tiga bentuk nasakh;
3. Membincangkan empat bahagian nasakh; dan
4. Menghuraikan bagaimana berlakunya nasakh.

 PENGENALAN
Pernahkah anda mendengar perkataan nasakh sebelum ini? Apakah erti nasakh
dan bagaimanakah ia boleh berlaku dan apakah hikmahnya terhadap umat Islam?
Tahukah anda bahawa pernah berlaku pemansuhan beberapa hukum syarak pada
peringkat awal penurunan wahyu? Sebagai contoh, pada zaman permulaan Islam,
wanita tidak dibenarkan pergi ke kubur atas sebab tertentu. Tetapi, selepas itu,
turun dalil yang membenarkan wanita ke kubur sehingga hari ini. Hal inilah yang
dinamakan nasakh, iaitu menggantikan hukum terdahulu dengan hukum baru.
Mari kita bincangkan topik nasakh secara terperinci.

Nasakh atau pemansuhan merupakan suatu topik yang terpenting dalam bidang
usul fiqh. Kepentingan nasakh ini tidak dapat dinafikan kerana penguasaan
tentangnya merupakan salah satu syarat seorang mujtahid. Secara asasnya,
seorang mujtahid mestilah mengetahui latar belakang dalil sesuatu hukum
khususnya berkaitan dengan al-Quran dan sunah yang akan dijadikan asas
hukum. Dengan mempelajari cabang ilmu ini, seseorang itu akan mengetahui
sejarah perkembangan sesuatu hukum dalam Islam untuk kemaslahatan insan
sejagat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)  119

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 106:

&™ó©x« Èe≅ä. 4’n?tã ©!$# ¨βr& öΝn=÷ès? öΝs9r& 3 !$yγÎ=÷WÏΒ ÷ρr& !$pκ÷]ÏiΒ 9ösƒ¿2 ÏNù'tΡ $yγÅ¡ΨçΡ ÷ρr& >πtƒ#u™ ô⎯ÏΒ ô‡|¡ΨtΡ $tΒ *

∩⊇⊃∉∪ íƒÏ‰s%

Maksudnya:
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami
tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik
daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui
bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

Oleh itu, topik ini akan menerangkan kepada anda tentang konsep nasakh,
hikmah dan syaratnya. Selain itu, topik ini juga akan memfokuskan kepada
bentuk nasakh serta bagaimana sesuatu nasakh itu berlaku.

9.1 KONSEP NASAKH


Subtopik pertama ini akan membincangkan definisi, hikmah dan syarat nasakh.
Ayuh, mari kita teruskan!

9.1.1 Definisi Nasakh


Apakah yang anda faham tentang nasakh atau pemansuhan? Definisi nasakh
secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu dari segi bahasa
dan istilah. Mari kita lihat Jadual 9.1 yang menerangkan setiap definisi.

Jadual 9.1: Definisi Nasakh dari Segi Bahasa dan Istilah

Bahasa Istilah
Antara maksudnya dari segi Menghilangkan atau menggantikan hukum syarak
bahasa ialah: yang telah ditetapkan dalam nas sebelumnya
(a) Menghilangkan; dengan nas atau dalil syarak yang baru.
(b) Memindahkan dari suatu Ia juga membawa maksud membatalkan sesuatu
tempat ke tempat yang lain; hukum atau amalan yang telah sedia ada dengan
(c) Menggantikan; dan sesuatu hukum syarak yang lain berdasarkan nas
atau dalil yang datang kemudian daripadanya.
(d) Menukarkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)

9.1.2 Hikmah Nasakh


Apakah hikmah nasakh? Secara amnya, terdapat empat hikmah nasakh iaitu:

(a) Meraikan kemaslahatan insan bersesuaian dengan kehendak maqasid


syariah;

(b) Menghilangkan kesulitan akibat daripada bebanan nas atau hukum syarak
yang terdahulu;

(c) Perubahan syariat yang selalu menuju ke arah kesempurnaan sesuai dengan
perkembangan dakwah dan juga perkembangan kehidupan manusia; dan

(d) Sebagai ujian bagi manusia sama ada ia akan tunduk pada aturan yang telah
ditentukan oleh Allah SWT atau tidak.

9.1.3 Syarat Nasakh


Apakah syarat nakash? Terdapat lima syarat pemansuhan sesuatu hukum atau
teks dalam pensyariatan Islam iaitu:

(a) Sesuatu hukum yang dinasakhkan merupakan hukum syarak yang bukan
ditetapkan kerana zatnya seperti perkara yang berkaitan dengan akidah.
Selain itu, hukum tersebut tiada kaitan dengan larangan kerana zatnya
seperti kekufuran serta perkara yang berkaitan dengan hukum akal yang
telah ditetapkan oleh agama.

(b) Hukum yang memansuhkan sesuatu hukum iaitu al-nasikh mestilah datang
berasingan (terkemudian) daripada hukum yang dinasakhkan.

(c) Sesuatu hukum yang dinasakhkan (al-mansukh) mestilah sabit dengan nas
serta tidak ditentukan penggunaannya untuk jangka masa tertentu.

(d) Sesuatu hukum yang dinasakhkan mestilah berbentuk amali atau praktikal,
bukannya akidah atau keimanan.

(e) Dalil atau nas yang memansuhkan sesuatu hukum mestilah lebih kuat atau
sama dari segi pensabitan dalalahnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)  121

AKTIVITI 9.1

Bincangkan dalam forum myINSPIRE:

(a) Umumnya, nasakh adalah menggantikan hukum terdahulu dengan


hukum yang baru berpandukan dalil syarak. Apakah dalil yang
boleh digunakan untuk berlakunya nasakh?

(b) Adakah nasakh boleh berlaku pada zaman sekarang atau hanya
berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW sahaja?

9.2 BENTUK NASAKH


Nasakh boleh dibahagikan kepada tiga bentuk seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Tiga bentuk nasakh

Tiga bentuk nasakh ini akan diterangkan dalam subtopik seterusnya.

9.2.1 Nasakh Teks Sahaja


Apakah nasakh teks sahaja?

Nasakh teks sahaja merupakan pembatalan sesuatu bacaan dalam al-Quran


mahupun sunah tanpa membatalkan pensyariatan hukumnya yang telah
sedia ada.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)

Sebagai contoh, nasakh atau pemansuhan teks berkaitan dengan rejam terhadap
penzina yang telah berkahwin tanpa menasakhkan hukumnya:

"َ‫"اَﻟﺸْﱠﻴ ُﺦ َواﻟﺸْﱠﻴ َﺨﺔُ إِذَا َزﻧَـﻴَﺎ ﻓَ ْﺎر ُﲨُْﻮ ُﳘَﺎ اﻟﺒَـﺘﱠﺔ‬


Maksudnya:
Orang lelaki dan perempuan apabila melakukan zina hendaklah kamu rejamkan
kedua-duanya.

Teks atau ayat ini telah dinasakhkan pembacaannya. Namun begitu, hukuman
rejam tetap digunakan dan dilaksanakan dalam Islam.

9.2.2 Nasakh Hukum Sahaja


Yang berikut adalah maksud nasakh hukum sahaja.

Nasakh hukum sahaja merupakan pembatalan sesuatu hukum tanpa


melibatkan pemansuhan sesuatu teks. Teks tersebut masih dikekalkan dalam
al-Quran atau sunah namun pengaplikasian hukumnya telah tiada.

Sebagai contoh, pemansuhan hukum berkaitan dengan idah wanita yang


kematian suami. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 240:

uöxî ÉΑöθy⇔ø9$# ’n<Î) $·è≈tG¨Β ΟÎγÅ_≡uρø—X{ Zπ§‹Ï¹uρ %[`≡uρø—r& tβρâ‘x‹tƒuρ öΝà6ΨÏΒ šχöθ©ùuθtGムt⎦⎪Ï%©!$#uρ

3 7∃ρã÷è¨Β ⎯ÏΒ  ∅ÎγÅ¡àΡr& þ’Îû š∅ù=yèsù $tΒ ’Îû öΝà6ø‹n=tæ yy$oΨã_ Ÿξsù z⎯ô_tyz ÷βÎ*sù 4 8l#t÷zÎ)

∩⊄⊆⊃∪ ×Λ⎧Å6ym ͕tã ª!$#uρ

Maksudnya:
Dan orang yang (hampir) mati antara kamu serta meninggalkan isteri,
hendaklah berwasiat untuk isteri mereka, iaitu diberi nafkah sagu hati (makan,
pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh
pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat
tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)  123

wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri itu) lakukan pada diri
mereka daripada perkara yang patut (yang tidak dilarang syarak) itu dan
ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dalam ayat ini, hukum idah bagi wanita yang kematian suaminya adalah selama
setahun, kemudian hukum ini dinasakhkan dengan ayat yang terkemudian
daripadanya, iaitu firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 234:

#sŒÎ*sù ( #Zô³tãuρ 9åκô−r& sπyèt/ö‘r& £⎯ÎγÅ¡àΡr'Î/ z⎯óÁ−/utItƒ %[`≡uρø—r& tβρâ‘x‹tƒuρ öΝä3ΖÏΒ tβöθ©ùuθtFムt⎦⎪Ï%©!$#uρ

tβθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ ª!$#uρ 3 Å∃ρâ÷êyϑø9$$Î/ £⎯ÎγÅ¡àΡr& þ’Îû z⎯ù=yèsù $yϑŠÏù ö/ä3øŠn=tæ yy$oΨã_ Ÿξsù £⎯ßγn=y_r& z⎯øón=t/

∩⊄⊂⊆∪ ×Î6yz

Maksudnya:
Dan orang yang meninggal dunia antara kamu, sedang mereka meninggalkan
isteri hendaklah isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan
sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada
salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya
menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syarak). Dan (ingatlah), Allah
sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

9.2.3 Nasakh Hukum dan Teks


Apakah maksud nasakh hukum dan teks?

Nasakh hukum dan teks merupakan pembatalan dua elemen utama dalam
sesuatu pensyariatan, iaitu nas al-Quran itu sendiri (teks) berserta dengan
pengaplikasian hukumnya.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.a. berkata:

ٍ ‫ﺎت ﻣﻌﻠُﻮﻣ‬
ٍ ‫ ِﲞَ ْﻤ‬،‫ ﰒُﱠ ﻧُ ِﺴ ْﺨ َﻦ‬،‫ﺎت ُﳛَِّﺮْﻣ َﻦ‬ ٍ ‫ ﻋ ْﺸﺮ ر‬:‫آن‬ ِ ِ
‫ﺲ‬ َ ْ َ ‫ﺿ َﻌ‬ َ َ ُ َ ِ ‫َﻛﺎ َن ﻓ َﻴﻤﺎ أُﻧْ ِﺰَل ﻣ َﻦ اﻟْ ُﻘ ْﺮ‬
ِ ‫ وﻫ ﱠﻦ ﻓِﻴﻤﺎ ﻳـ ْﻘﺮأُ ِﻣﻦ اﻟْ ُﻘﺮ‬،‫ﷲ ﺻﻠﱠﻰ ﷲ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ‬
‫آن‬ ِ ُ ‫ ﻓَـﺘـﻮِّﰲ رﺳ‬،‫ﺎت‬ ٍ ‫ﻣﻌﻠُﻮﻣ‬
ْ َ َ ُ َ ُ َ َ َ َ ْ َ ُ َ ‫ﻮل‬ ُ َ َ ُُ َ َْ

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)

Maksudnya:
Al-Quran ketika diturunkan meletakkan syarat 10 kali susuan untuk melayakkan
seseorang anak itu menjadi anak susuan dan haram sebagaimana anak-anaknya.
Kemudian syarat tersebut dinasakhkan kepada lima kali susuan sahaja dan
Rasulullah sudah wafat ketika mereka membaca begitu dalam al-Quran.
(Muslim, t.t.)

Namun begitu, teks tersebut tidak terdapat dalam al-Quran seperti mana yang
diriwayatkan iaitu (‫ﳛﺮﻣﻦ‬ ‫)ﻋﺸﺮ رﺿﻌﺎت ﻣﻌﻠﻮﻣﺎت‬. Justeru itu, dengan ketiadaan teks
tersebut maka berlakulah pembatalan (nasakh) keduanya iaitu teks dan
pengaplikasian hukum tersebut.

SEMAK KENDIRI 9.1

Nyatakan tiga bentuk nasakh dan definisi bagi setiap nasakh tersebut.

9.3 BAHAGIAN NASAKH


Terdapat empat bahagian dalam pembahagian nasakh seperti yang diperlihatkan
dalam Rajah 9.2.

Rajah 9.2: Empat bahagian nasakh

Empat bahagian ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)  125

9.3.1 Nasakh Secara Terangan atau Nasakh Soreh


( ‫) اﻟﻨﺴﺦ اﻟﺼﺮﻳﺢ‬
Apakah maksud nasakh secara terangan?

Nasakh secara terangan bermaksud hukum baharu membatalkan atau


menasakhkan secara jelas syariat yang terdahulu.

Hal ini berlaku dalam surah al-Anfal, ayat 65 yang mewajibkan orang Islam
seramai 20 orang melawan musuh sebanyak 200 orang (kekuatan berdasarkan
nisbah 1:10):

(#θç7Î=øótƒ tβρçÉ9≈|¹ tβρçô³Ïã öΝä3ΖÏiΒ ⎯ä3tƒ βÎ) 4 ÉΑ$tFÉ)ø9$# ’n?tã š⎥⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$# ÇÚÌhym ©É<¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

ω ×Πöθs% óΟßγ¯Ρr'Î/ (#ρãxx. š⎥⎪Ï%©!$# z⎯ÏiΒ $Zø9r& (#þθç7Î=øótƒ ×πs($ÏiΒ Νà6ΖÏiΒ ⎯ä3tƒ βÎ)uρ 4 È⎦÷⎫tGs($ÏΒ

∩∉∈∪ šχθßγs)øtƒ

Maksudnya:
Wahai nabi, peransangkanlah orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada
antara kamu 20 yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang
(daripada pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada antara kamu 100 orang,
nescaya mereka dapat menewaskan 1,000 orang daripada golongan yang kafir,
disebabkan mereka (yang kafir itu) orang yang tidak mengerti.

Kemudian, hukum tersebut dinasakhkan dengan ayat yang berikutnya (ayat 66)
dengan menyatakan nisbah mereka 1:2 dengan kekuatan orang Islam seramai 100
orang, manakala golongan musuh seramai 200 orang. Firman Allah SWT dalam
surah al-Anfal, ayat 66:

×οtÎ/$|¹ ×πs($ÏiΒ Νà6ΖÏiΒ ⎯ä3tƒ βÎ*sù 4 $Z÷è|Ê öΝä3ŠÏù χr& zΝÎ=tæuρ öΝä3Ψtã ª!$# y#¤yz z⎯≈t↔ø9$#

∩∉∉∪ t⎦⎪ÎÉ9≈¢Á9$# yìtΒ ª!$#uρ 3 «!$# ÈβøŒÎ*Î/ È⎦÷⎫xø9r& (#þθç7Î=øótƒ ×#ø9r& öΝä3ΖÏiΒ ⎯ä3tƒ βÎ)uρ 4 È⎦÷⎫tGs($ÏΒ (#θç7Î=øótƒ

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)

Maksudnya:
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan
dahulu) kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika
ada antara kamu 100 orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan
200 orang; dan jika ada antara kamu 1,000 orang, nescaya mereka dapat
menewaskan 2,000 orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah berserta orang
yang sabar.

9.3.2 Nasakh Secara Kandungan atau Nasakh Dimni


(‫)اﻟﻨﺴﺦ اﻟﻀﻤﲏ‬
Yang berikut adalah maksud nasakh dimni.

Nasakh secara kandungan atau nasakh dimni bermaksud pensyariatan


sesuatu hukum bertentangan dengan hukum yang terdahulu, malah ia tidak
dapat dihimpunkan antara keduanya melain dibatalkan salah satu daripada
kedua hukum tersebut.

Justeru itu, hukum yang terkemudian dianggap menasakhkan hukum yang


terdahulu walaupun ia tidak dinyatakan secara jelas dan terang. Sebagai contoh,
hukum berkaitan dengan pusaka. Allah SWT mewajibkan wasiat untuk ibu bapa
dan kaum kerabat seperti mana firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 180:

t⎦⎫Î/tø%F{$#uρ Ç⎯÷ƒy‰Ï9≡uθù=Ï9 èπ§‹Ï¹uθø9$# #·öyz x8ts? βÎ) ßNöθyϑø9$# ãΝä.y‰tnr& u|Øym #sŒÎ) öΝä3ø‹n=tæ |=ÏGä.

∩⊇∇⊃∪ t⎦⎫É)−Fßϑø9$# ’n?tã $ˆ)ym ( Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/

Maksudnya:
Kamu diwajibkan, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika ia ada
meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum
kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu
kewajipan atas orang yang bertakwa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)  127

Ayat ini jelas bertentangan dengan ayat yang diturunkan kemudian daripadanya
yang mensyariatkan pembahagian harta pusaka secara faraid tanpa melibatkan
wasiat daripada si mati seperti mana firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ,
ayat 11:

È⎦÷⎫tGt⊥øO$# s−öθsù [™!$|¡ÎΣ £⎯ä. βÎ*sù 4 È⎦÷⎫‹u sVΡW{$# Åeáym ã≅÷VÏΒ Ìx.©%#Ï9 ( öΝà2ω≈s9÷ρr& þ’Îû ª!$# ÞΟä3ŠÏ¹θãƒ

$yϑåκ÷]ÏiΒ 7‰Ïn≡uρ Èe≅ä3Ï9 Ïμ÷ƒuθt/L{uρ 4 ß#óÁÏiΖ9$# $yγn=sù Zοy‰Ïm≡uρ ôMtΡ%x. βÎ)uρ ( x8ts? $tΒ $sVè=èO £⎯ßγn=sù

4 ß]è=›W9$# ÏμÏiΒT|sù çν#uθt/r& ÿ…çμrOÍ‘uρuρ Ó$s!uρ …ã&©! ⎯ä3tƒ óΟ©9 βÎ*sù 4 Ó$s!uρ …çμs9 tβ%x. βÎ) x8ts? $£ϑÏΒ â¨ß‰¡9$#

öΝä.äτ!$t/#u™ 3 A⎦ø⎪yŠ ÷ρr& !$pκÍ5 ©Å»θム7π§‹Ï¹uρ ω÷èt/ .⎯ÏΒ 4 â¨ß‰¡9$# ÏμÏiΒT|sù ×οuθ÷zÎ) ÿ…ã&s! tβ%x. βÎ*sù

$¸ϑŠÎ=tã tβ%x. ©!$# ¨βÎ) 3 «!$# š∅ÏiΒ ZπŸÒƒÌsù 4 $YèøtΡ ö/ä3s9 Ü>tø%r& öΝß㕃r& tβρâ‘ô‰s? Ÿω öΝä.äτ!$oΨö/r&uρ

∩⊇⊇∪ $VϑŠÅ3ym

Maksudnya:
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak
kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak
perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka
bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua
(separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang daripada
keduanya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati
itu mempunyai anak. Sekiranya si mati tidak mempunyai anak, sedang yang
mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu
pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-
beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah
sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah
dibayarkan hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak
mengetahui siapa antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada
kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing
seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan daripada Allah; sesungguhnya Allah
adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)

Justeru itu secara tidak langsung, hukum yang terkemudian ini menasakhkan
hukum yang terdahulu walaupun tidak dinyatakan secara jelas tentang
pemansuhannya.

AKTIVITI 9.2

Bincangkan dalam forum myINSPIRE:

(a) Satu contoh lain yang berkaitan dengan nasakh soreh dan nasakh
dimni.
(b) Apakah pemansuhan hukum yang terjadi menunjukkan syariat
Islam tidak konsisten?

9.3.3 Nasakh Secara Keseluruhan atau Nasakh Kulli


(‫)اﻟﻨﺴﺦ اﻟﻜﻠﻲ‬
Apakah maksud nasakh kulli?

Nasakh keseluruhan bermaksud membatalkan keseluruhan hukum


terdahulu yang melibatkan semua mukalaf.

Contohnya adalah sama dengan Subtopik 9.2.2 iaitu firman Allah SWT dalam
surah al-Baqarah, ayat 240 dan ayat 234. Ayat 240 menjelaskan bahawa hukum
beridah bagi perempuan yang kematian suami adalah selama setahun.

Namun, ayat 240 telah dinasakhkan dengan ayat 234 surah al-Baqarah yang
menunjukkan bahawa masa beridah bagi perempuan yang kematian suami adalah
selama empat bulan 10 hari sahaja. Dengan ini, jelaslah bahawa hukum ayat yang
terdahulu telah dinasakhkan oleh hukum ayat yang terkemudian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)  129

9.3.4 Nasakh Sebahagian atau Nasakh Juz’i


( ‫) اﻟﻨﺴﺦ اﳉﺰﺋﻲ‬
Yang berikut adalah maksud nasakh sebahagian.

Nasakh sebahagian bermaksud syarak telah mensyariatkan hukum secara


umum yang melibatkan semua mukalaf. Kemudian, syarak telah
membatalkan hukum tersebut kepada sebahagian mukalaf sahaja.

Hal ini adalah seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 234:

#sŒÎ*sù ( #Zô³tãuρ 9åκô−r& sπyèt/ö‘r& £⎯ÎγÅ¡àΡr'Î/ z⎯óÁ−/utItƒ %[`≡uρø—r& tβρâ‘x‹tƒuρ öΝä3ΖÏΒ tβöθ©ùuθtFムt⎦⎪Ï%©!$#uρ

tβθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ ª!$#uρ 3 Å∃ρâ÷êyϑø9$$Î/ £⎯ÎγÅ¡àΡr& þ’Îû z⎯ù=yèsù $yϑŠÏù ö/ä3øŠn=tæ yy$oΨã_ Ÿξsù £⎯ßγn=y_r& z⎯øón=t/

∩⊄⊂⊆∪ ×Î6yz

Maksudnya;
Dan orang yang meninggal dunia antara kamu, sedang mereka meninggalkan
isteri hendaklah isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan 10
hari. Kemudian, apabila telah habis masa idahnya itu, maka tidak ada salahnya
bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang
baik (yang diluluskan oleh syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui
dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

Ayat ini menjelaskan hukum idah secara umum bagi perempuan atau isteri yang
kematian suami sama ada sedang mengandung atau tidak mengandung adalah
selama empat bulan 10 hari.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)

Kemudian, ayat dan hukum ini telah dinasakhkan oleh firman Allah SWT dalam
surah al-Talaq, ayat 4:

óΟs9 ‘Ï↔¯≈©9$#uρ 9ßγô©r& èπsW≈n=rO £⎯åκèE£‰Ïèsù óΟçFö;s?ö‘$# ÈβÎ) ö/ä3Í←!$|¡ÎpΣ ⎯ÏΒ ÇÙŠÅsyϑø9$# z⎯ÏΒ z⎯ó¡Í≥tƒ ‘Ï↔¯≈©9$#uρ

⎯ÍνÍöΔr& ô⎯ÏΒ …ã&©! ≅yèøgs† ©!$# È,−Gtƒ ⎯tΒuρ 4 £⎯ßγn=÷Ηxq z⎯÷èŸÒƒt βr& £⎯ßγè=y_r& ÉΑ$uΗ÷qF{$# àM≈s9'ρé&uρ 4 z⎯ôÒÏts†

∩⊆∪ #Zô£ç„

Maksudnya:
Dan perempuan dalam kalangan kamu yang putus asa daripada kedatangan haid,
jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga
bulan; dan (demikian) juga idah perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan
mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang
dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya
Allah memudahkan baginya segala urusannya.

Ayat ini menerangkan bahawa idah perempuan yang mengandung sama ada
yang diceraikan atau kematian suami adalah melahirkan anak kandungannya.
Jelas di sini bahawa ayat ini menasakhkan sebahagian hukum iaitu idah bagi
perempuan yang mengandung sama ada diceraikan atau kematian suami dan
mengekalkan sebahagian hukum yang lain, iaitu idah bagi perempuan yang tidak
mengandung dan kematian suami.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)  131

SEMAK KENDIRI 9.2

Tandakan  (betul) atau  (salah) pada setiap kenyataan yang berikut.

Kenyataan Jawapan

Pensyariatan sesuatu hukum bertentangan dengan hukum yang


terdahulu malah ia tidak dapat dihimpunkan antara keduanya
melain dibatalkan salah satu daripada kedua hukum tersebut
dikenali sebagai nasakh dimni.

Membatalkan keseluruhan hukum terdahulu yang melibatkan


semua mukalaf dikenali sebagai nasakh juzÊi.

Hukum baharu membatalkan atau menasakhkan secara jelas


syariat yang terdahulu dikenali sebagai nasakh soreh.

Mensyariatkan hukum secara umum yang melibatkan semua


mukalaf dikenali sebagai nasakh kulli.

9.4 BAGAIMANAKAH NASAKH BERLAKU?


Anda telah mempelajari tentang empat bahagian nasakh dalam subtopik yang
lepas. Sekarang, mari kita pelajari pula bagaimana nasakh berlaku. Mengikut
kaedah umum syariat Islam, nasakh tidak boleh berlaku melainkan dengan
menggunakan nas atau dalil yang sama kuat atau lebih kuat daripadanya.
Berdasarkan kepada kaedah umum ini, nasakh boleh berlaku dalam tiga keadaan
seperti yang dinyatakan dalam Rajah 9.3.

Rajah 9.3: Tiga kaedah umum bagaimana nasakh berlaku

Tiga kaedah ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)

9.4.1 Al-Quran dengan al-Quran


Al-Quran harus dinasakhkan dengan al-Quran apabila kedua-duanya sama dari
segi dalalah (petunjuk) kerana kedua-duanya adalah sama dari segi kekuatannya.
Anda boleh melihat contoh nasakh al-Quran dengan al-Quran dalam Subtopik 9.3.

9.4.2 Al-Quran dengan Sunah


Ulama berselisih pendapat tentang nasakh al-Quran dengan sunah kepada dua
pendapat iaitu:

(a) Jumhur ulama mengharuskan nasakh al-Quran dengan hadis mutawatir


kerana ia seumpama al-Quran dari segi kekuatan petunjuknya (dalalah); dan

(b) Imam Syafii berpendapat bahawa tidak harus nasakh al-Quran dengan
sunah walaupun menggunakan hadis mutawatir.

Contoh nasakh al-Quran dengan sunah adalah seperti yang berikut:

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 180:

t⎦⎫Î/tø%F{$#uρ Ç⎯÷ƒy‰Ï9≡uθù=Ï9 èπ§‹Ï¹uθø9$# #·öyz x8ts? βÎ) ßNöθyϑø9$# ãΝä.y‰tnr& u|Øym #sŒÎ) öΝä3ø‹n=tæ |=ÏGä.

∩⊇∇⊃∪ t⎦⎫É)−Fßϑø9$# ’n?tã $ˆ)ym ( Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/

Maksudnya:
Kamu diwajibkan, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika ia ada
meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum
kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu
kewajipan atas orang yang bertakwa.

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT telah mewajibkan wasiat kepada kedua-
dua ibu bapa dan keluarga terdekat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)  133

Kemudian kewajipan ini telah dinasakhkan dengan menggunakan hadis Nabi


Muhammad SAW:

ٍ ‫ﻻَ و ِﺻﻴﱠﺔَ ﻟِﻮا ِر‬⁄


‫ث‬ َ َ
Maksudnya:
⁄tidak sah wasiat untuk waris.
(Al-Tirmizi, 1996)

9.4.3 Sunah dengan al-Quran dan Sunah dengan


Sunah
Perbincangan untuk subtopik ini dibahagikan kepada dua iaitu:

(a) Sunah dengan al-Quran


Jumhur ulama berpendapat al-Quran harus menasakhkan hadis. Contohnya
perbuatan Nabi Muhammad SAW dan sahabat mengadap ke arah Baitul
Muqaddis ketika solat. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Barra
bin ÂAzib:

‫ﺖ اﻟْ َﻤ ْﻘ ِﺪ ِس ِﺳﺘﱠﺔَ َﻋ َﺸَﺮ‬


ِ ‫ﷲ ﺻﻠﱠﻰ ﷲ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ َْﳓﻮ ﺑـﻴ‬
َْ َ َ َ َ ْ َ ُ َ
ِ ‫ﻮل‬ ِ ‫ﺻﻠﱠﻴـﻨَﺎ ﻣﻊ رﺳ‬
َُ ََ ْ َ
‫ﺻ ِﺮﻓْـﻨَﺎ َْﳓ َﻮ اﻟْ َﻜ ْﻌﺒَ ِﺔ‬
ُ ‫ ﰒُﱠ‬،‫ أ َْو َﺳْﺒـ َﻌﺔَ َﻋ َﺸَﺮ َﺷ ْﻬًﺮا‬،‫َﺷ ْﻬًﺮا‬
Maksudnya:
Kami bersolat bersama Rasulullah SAW menghadap ke arah Baitul
Muqaddis (sebagai kiblat) selama 16 bulan atau 17 bulan, selepas itu kami
(diarahkan) berpaling ke arah Kaabah.
(Muslim, t.t.)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)

Kemudian, nas al-Quran menasakhkan hadis ini sebagaimana firman Allah


SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 144:

tôÜx© y7yγô_uρ ÉeΑuθsù 4 $yγ9|Êös? \'s#ö7Ï% y7¨ΨuŠÏj9uθãΨn=sù ( Ï™!$yϑ¡¡9$# ’Îû y7Îγô_uρ |==s)s? 3“ttΡ ô‰s%

(#θè?ρé& t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ)uρ 3 …çνtôÜx© öΝä3yδθã_ãρ (#θ—9uθsù óΟçFΖä. $tΒ ß]øŠymuρ 4 ÏΘ#tysø9$# ωÉfó¡yϑø9$#

∩⊇⊆⊆∪ tβθè=yϑ÷ètƒ $£ϑtã @≅Ï≈tóÎ/ ª!$# $tΒuρ 3 öΝÎγÎn/§‘ ⎯ÏΒ ‘,ysø9$# çμ¯Ρr& tβθßϑn=÷èu‹s9 |=≈tGÅ3ø9$#

Maksudnya:
Kerap kali Kami melihat kamu (wahai Muhammad), berulang-ulang
menengadah ke langit, maka Kami benarkan kamu berpaling mengadap
kiblat yang kamu sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid
al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada
maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang
(Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui
bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar
daripada Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang
mereka lakukan.

(b) Sunah dengan Sunah


Pemansuhan sunah dengan sunah boleh berlaku jika keduanya setaraf dari
segi kesabitan (wujudnya sunah) dan petunjuk (dalalah) maknanya. Oleh
itu, sekiranya sunah itu bertaraf mutawatir maka tidak boleh dinasakhkan
kecuali dengan yang mutawatir atau masyhur di sisi ulama Hanafi.

Sekiranya hadis Ahad, maka ia harus dinasakhkan dengan hadis mutawatir


atau masyhur kerana kedua-duanya terlebih kuat daripada hadis Ahad
sebagaimana ia diharuskan nasakh dengan hadis Ahad.

Contoh hadis yang menasakhkan hadis ialah Nabi Muhammad SAW pernah
menegah para sahabat daripada menziarahi kubur kerana sebab tertentu,
namun selepas itu Baginda tidak menegahnya, sebagaimana sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Sulayman bin Buraydah daripada bapanya:

،‫ ﻓَـ َﻘ ْﺪ أ ُِذ َن ﻟِ ُﻤ َﺤ ﱠﻤ ٍﺪ ِﰲ ِزَ َرِة ﻗَـ ِْﱪ أ ُِّﻣ ِﻪ‬،‫ﺖ ﻧَـ َﻬْﻴـﺘُ ُﻜ ْﻢ َﻋ ْﻦ ِزَ َرِة اﻟ ُﻘﺒُﻮِر‬
ُ ‫ﻗَ ْﺪ ُﻛْﻨ‬
ِ ‫ﻓَـﺰوروﻫﺎ ﻓَِﺈﻧـﱠﻬﺎ ﺗُ َﺬ ّﻛِﺮ‬
‫اﻵﺧَﺮَة‬ ُ َ َُُ
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)  135

Maksudnya:
Sesungguhnya aku telah menegah kamu menziarahi kubur, maka
sekarang ziarahilah. Maka ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat.
(Al-Tirmizi, 1996)

SEMAK KENDIRI 9.3

1. Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan nasakh berlaku.

2. Apakah hukum nasakh al-Quran dengan al-Quran dan sunah


dengan sunah?

3. Berikan satu contoh nasakh al-Quran dengan sunah dan sunah


dengan al-Quran.

AKTIVITI 9.3

Bincangkan dalam forum myINSPIRE:

(a) Adakah nasakh boleh berlaku dengan ijmak ataupun qiyas?

(b) Mengapakah hadis Ahad tidak boleh menasakhkan hadis


mutawatir?

 Nasakh bermaksud menghilangkan atau menggantikan hukum syarak yang


telah ditetapkan dalam nas sebelumnya dengan nas atau dalil syarak yang
baru.

 Antara hikmah nasakh ialah meraikan kemaslahatan insan bersesuaian


dengan kehendak maqasid syariah dan menghilangkan kesulitan akibat
daripada bebanan nas atau hukum syarak yang terdahulu.

 Antara syarat nasakh sesuatu hukum yang dinasakhkan mestilah berbentuk


amali atau praktikal dan dalil atau nas yang memansuhkan sesuatu hukum
mestilah lebih kuat atau sama dari segi pensabitan dalalahnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)

 Bentuk nasakh terbahagi kepada tiga iaitu: nasakh hukum sahaja; nasakh teks
sahaja; dan nasakh hukum dan teks.

 Bahagian nasakh terbahagi kepada empat bahagian iaitu nasakh secara


terangan; nasakh secara kandungan; nasakh secara keseluruhan; dan nasakh
sebahagian.

 Nasakh boleh berlaku dalam tiga keadaan iaitu nasakh al-Quran dengan
al-Quran; al-Quran dengan sunah; dan sunah dengan al-Quran dan sunah
dengan sunah.

Al-Quran Nasakh secara kandungan


Dalalah Nasakh secara keseluruhan
Nasakh Nasakh secara terangan
Nasakh hukum Nasakh teks
Nasakh hukum dan teks Sunah
Nasakh sebahagian

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (1997). Pengantar usul fiqh. Kuala Lumpur,
Malaysia: Pustaka Salam.

Al-Tirmizi, Abu Isa Muhammad Ibn Isa. (1996). Al-jamiÊ al-Kabir. Bashsyar
Awwad MaÊruf (tahqiq) (Ed. ke-1). Beirut, Lubnan: Dar al-Gharb al-Arabi.

Al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Damsyik, Syria: Dar al-Fikr.

Hanafie, A. (1971). Usul fiqh. Jakarta, Indonesia: Widjaya.

Ibn Majah, Muhammad Ibn Yazid al-Qazwayni. (2009). Sunan Ibn Majah. SyuÊayb
al-ArnaÊut et. al (tahqiq). Beirut, Lubnan: Dar al-Risalah al-Alamiyyah.

Imran Ahsan Khan Nyazee. (2003). Islamic jurisprudence. Petaling Jaya, Malaysia:
The Other Press.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 PEMANSUHAN (NASAKH)  137

Mohammad Hashim Kamali. (1989). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Pelanduk Publications.

Mukhtar Yahya, & Fatchurrahman. (1993). Dasar-dasar pembinaan hukum Islam.


Bandung, Indonesia: Dar al-MaÊarif.

Muslim, Abu al-Hasan Ibn al-Hajjaj (t.t). Sahih Muslim. Muhammad FuÊad Abd
al-Baqi (tahqiq). Beirut, Lubnan: Dar IhyaÊ al-Turath al-Arabi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Percanggahan
(al-TaÊarud)
10 Dalil, Kaedah
Penyelarasan
dan
Pentarjihan
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menerangkan definisi, bentuk dan syarat al-taÊarud;
2. Menghuraikan tiga kaedah penyelarasan dalil yang bercanggah
dalam ilmu usul fiqh; dan
3. Membincangkan kaedah penyelarasan dalil yang bercanggah
menurut mazhab Hanafi dan mazhab Syafii.

 PENGENALAN
Dalam topik yang terakhir ini, kita akan membincangkan konsep al-taÊarud, iaitu
percanggahan sesama dalil dan mempelajari kaedah penyelarasan yang
digariskan oleh para ulama. Walaupun nampak ada percanggahan antara dalil
secara zahir, namun ia sebenarnya tidak berlaku, bahkan dalil tersebut saling
menjelaskan antara satu sama lain dengan tujuan memudahkan urusan insan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH  139
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 106:

3 !$yγÎ=÷WÏΒ ÷ρr& !$pκ÷]ÏiΒ 9ösƒ¿2 ÏNù'tΡ $yγÅ¡ΨçΡ ÷ρr& >πtƒ#u™ ô⎯ÏΒ ô‡|¡ΨtΡ $tΒ *

Maksudnya:
Sebarang ayat yang Kami mansuhkan atau Kami lupakannya (daripada manusia),
Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang setanding dengannya.

Para ulama berusaha untuk menyelaraskan nas tersebut agar dapat menunjukkan
kefahaman dan aplikasi hukum syarak dengan cara yang betul. Faedah utamanya
ialah dapat mengetahui sama ada sesuatu hukum yang dikeluarkan itu lebih tepat
dengan cara melakukan penyelarasan kedua-dua dalil yang bertembung,
pentarjihan atau pemansuhan salah satu daripadanya. Mari kita teruskan
pembelajaran kita.

10.1 KONSEP ASAS PERCANGGAHAN


(AL-TA’ARUD)
Para ulama sepakat mengatakan bahawa percanggahan antara dua dalil berlaku
secara zahir sahaja dan bukannya secara hakikat sebenar. Adalah amat mustahil
berlakunya percanggahan antara dalil kerana ia merupakan wahyu daripada
Allah SWT. Apa yang berlaku adalah kelemahan manusia dalam memahami nas
tersebut sehingga dilihat seperti berlakunya percanggahan.

10.1.1 Definisi al-Ta’arud


Pertama sekali, apakah maksud al-taÊarud?

Al-taÊarud bermaksud percanggahan sesuatu hukum kerana terdapat dua


dalil yang bertentangan antara satu sama lain dalam sesuatu masalah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

10.1.2 Bentuk al-Ta’arud


Terdapat empat bentuk percanggahan atau al-taÊarud seperti yang dihuraikan
dalam Jadual 10.1.

Jadual 10.1: Empat Bentuk al-TaÊarud

Bentuk Contoh Huraian


TaÊarud pada dua Surah al-SyuraÊ, ayat 52: Ayat pertama
dalil yang umum memberitahu bahawa
∩∈⊄∪ 5ΟŠÉ)tGó¡•Β :Þ≡uÅÀ 4’n<Î) ü“ωöκtJs9 y7¯ΡÎ)uρ Nabi Muhammad SAW
adalah sekadar
Maksudnya: menyampaikan Islam
Dan sesungguhnya kamu benar-benar kepada umat Baginda
memberi petunjuk kepada jalan yang tetapi ayat kedua
lurus. menegaskan bahawa
hanya Allah SWT sahaja
Surah al-Qasas, ayat 56:
yang membuka hati
seseorang itu untuk
|Mö6t7ômr& ô⎯tΒ “ωöκsE Ÿω y7¨ΡÎ)
menerima petunjuk.
Maksudnya:
Sesungguhnya kamu tidak dapat
memberi petunjuk kepada orang yang
kamu kasihi.
TaÊarud antara Surah Al-Ahzab, ayat 50: Ayat pertama
dua dalil yang menyatakan bahawa
khusus û©ÉL≈©9$# y7y_≡uρø—r& y7s9 $oΨù=n=ômr& !$¯ΡÎ) ©É<¨Ζ9$# $y㕃r'¯≈tƒ Allah SWT memberitahu
rasul-Nya tentang
!$£ϑÏΒ y7ãΨ‹Ïϑtƒ ôMs3=n tΒ $tΒuρ  ∅èδu‘θã_é& |MøŠs?#u™ wanita-wanita yang
halal untuk Baginda
nikahi tetapi ayat kedua
y7ÏG≈£ϑtã ÏN$oΨt/uρ y7ÏiΗxå ÏN$oΨt/uρ šø‹n=tã ª!$# u™!$sùr&
menjelaskan bahawa
para isteri Rasulullah
Maksudnya: SAW adalah pilihan
Wahai nabi, sesungguhnya Kami telah Allah SWT dan Baginda
menghalalkan bagimu para isterimu tidak dibenarkan
yang telah kamu berikan mas mengahwini wanita lain
kahwinnya dan hamba sahaya yang walaupun selepas
kamu miliki yang termasuk apa yang mereka diceraikan.
kamu peroleh dalam peperangan yang
dikurniakan Allah untukmu, dan
(demikian pula) anak-anak perempuan
daripada saudara lelaki bapamu, anak-
anak perempuan daripada saudara
perempuan bapamu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH  141
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

Surah Al-Ahzab, ayat 52:

tΑ£‰t7s? βr& Iωuρ ߉÷èt/ .⎯ÏΒ â™!$|¡ÏiΨ9$# šs9 ‘≅Ïts† ω

£⎯åκß]ó¡ãm št7yfôãr& öθs9uρ 8l≡uρø—r& ô⎯ÏΒ £⎯ÍκÍ5

Maksudnya:
Tidak halal bagimu mengahwini
perempuan sesudah itu dan tidak
boleh (pula) mengganti mereka dengan
isteri (yang lain), meskipun
kecantikannya menarik hatimu.
TaÊarud antara Daripada hadis riwayat Muslim (t.t.): Penjelasan hadis
dalil umum dan
ِ pertama berbentuk
khusus ْ ‫) ﻓ َﻴﻤﺎ َﺳ َﻘ‬
( ‫ﺖ ْاﻷَﻧْـ َﻬﺎر َواﻟْﻐَْﻴﻢ اﻟْﻌُ ُﺸﻮر‬ umum iaitu
merangkumi semua
Maksudnya: jenis tanaman tetapi
Tanaman yang diairi dengan air sungai hadis kedua
dan air hujan, (zakatnya) adalah satu memperincikan bahawa
persepuluh. tanaman yang kurang
Daripada hadis riwayat al-Bukhari daripada lima wisq
(2001): tidak dikenakan zakat.

ِ ِ ‫) ﻟَﻴ‬
َ ‫ﺲ ﻓ َﻴﻤﺎ ُدو َن ﲬَْ َﺴﺔ أ َْو ُﺳ ٍﻖ‬
( ٌ‫ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ َ ْ
Maksudnya:
Tidak ada zakat pada (tanaman) yang
kurang daripada lima wisq (sejenis
sukatan).
TaÊarud dua nas, Surah al-Baqarah, ayat 234: Ayat pertama
salah satunya menjelaskan tempoh
kelihatan umum z⎯óÁ−/utItƒ %[`≡uρø—r& tβρâ‘x‹tƒuρ öΝä3ΖÏΒ tβöθ©ùuθtFムt⎦⎪Ï%©!$#uρ idah wanita yang
daripada yang kematian suami
lain pada suatu ( #Zô³tãuρ 9åκô−r& sπyèt/ö‘r& £⎯ÎγÅ¡àΡr'Î/ manakala ayat kedua
keadaan, dan menghuraikan tempoh
lebih khusus Maksudnya: idah wanita hamil ialah
pada keadaan Orang yang meninggal dunia antara sehingga sampai waktu
lain pula kamu dengan meninggalkan para isteri melahirkan
(hendaklah para isteri itu) kandungannya.
menangguhkan dirinya (beridah)
empat bulan sepuluh hari.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

Surah al-Talaq, ayat 4:

£⎯ßγn=÷Ηxq z⎯÷èŸÒtƒ βr& £⎯ßγè=y_r& ÉΑ$uΗ÷qF{$# àM≈s9'ρé&uρ

Maksudnya:
Dan para perempuan yang hamil,
waktu idah mereka itu ialah sampai
mereka melahirkan kandungannya.

10.1.3 Syarat al-Ta’arud


Para ulama meletakkan tiga syarat bagi membolehkan al-taÊarud berlaku. Syarat
tersebut dihuraikan dalam Jadual 10.2.

Jadual 10.2: Tiga Syarat al-TaÊarud

Syarat Contoh
Dua dalil tersebut hendaklah setara dari Al-Quran dengan al-Quran
sudut kesabitannya. = Kedua-duanya adalah qatÊi.
Dua dalil hendaklah setara dari sudut Hadis Ahad dengan hadis Ahad.
kekuatan dalil.
Dua dalil hendaklah setara dari sudut Tidak berlaku al-taÊarud sekiranya
hukum, waktu, tempat dan sudut hukum, waktu, tempat dan sudut
perbincangan. perbincangan adalah berbeza.

SEMAK KENDIRI 10.1

Tandakan  (betul) atau  (salah) pada setiap kenyataan yang berikut.

Kenyataan Jawapan
Al-taÊarud bermaksud percantuman sesuatu hukum kerana
adanya dua dalil yang bersamaan antara satu sama lain dalam
sesuatu masalah.
Al-taÊarud bermaksud percanggahan sesuatu hukum kerana
adanya dua dalil yang bertentangan antara satu sama lain dalam
sesuatu masalah.
Para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa percanggahan
antara dalil mustahil berlaku kerana dalil merupakan wahyu
Ilahi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH  143
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

AKTIVITI 10.1

Setelah mengetahui bentuk dan syarat al-taÊarud, cuba anda fikirkan


apakah hikmah di sebalik konsep al-taÊarud ini? Bincangkan perkara ini
dalam forum myINSPIRE.

10.2 KAEDAH PENYELARASAN DALIL YANG


BERCANGGAH
Apabila berlaku percanggahan antara dua dalil secara zahir, maka ia perlu
diselaraskan mengikut kaedah yang telah ditetapkan dalam ilmu usul fiqh.
Terdapat tiga kaedah penyelarasan yang dirangka bagi menangani permasalahan
ini seperti yang dinyatakan dalam Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Tiga kaedah penyelarasan al-taÊarud

Tiga kaedah ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

10.2.1 Nasakh
Anda telah mempelajari nasakh dalam topik yang lepas. Masihkah anda ingat?
Apakah maksud nasakh? Mari kita lihat Jadual 10.3 yang memberikan dua
maksud nasakh.

Jadual 10.3: Makna Nasakh dari Sudut Bahasa dan Istilah

Nasakh
Bahasa Istilah
Menghilangkan atau menggantikan. Menggantikan sesuatu hukum syarak yang
lama dengan sesuatu dalil syarak yang baharu.

Mari kita lihat dua contoh ayat yang berikut:

(a) Contoh 1

( öΝà6©9 ×öyz (#θãΒθÝÁs? βr&uρ 4 …ã&©! ×öyz uθßγsù #Zöyz tí§θsÜs? ⎯yϑsù

Maksudnya:
Maka sesiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan (memberi
fidyah lebih daripada yang ditentukan itu), maka itulah yang lebih baik
baginya. Dan (walaupun demikian) berpuasa lebih baik bagimu jika kamu
mengetahui.
(Surah al-Baqarah, 2:184)

(b) Contoh 2

ô⎯ÏiΒ ×Ïèsù 9xy™ 4’n?tã ÷ρr& $³ÒƒÍsΔ tβ$Ÿ2 ⎯tΒuρ ( çμôϑÝÁŠu ù=sù töꤶ9$# ãΝä3ΨÏΒ y‰Íκy− ⎯yϑsù

3 tyzé& BΘ$−ƒr&

Maksudnya:
Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu; dan sesiapa
yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian
wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang
lain.
(Surah al-Baqarah, 2:185)
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH  145
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

Ayat pada Contoh (1) menjelaskan bahawa anda boleh memilih antara makan atau
puasa, tetapi berpuasa adalah lebih baik. Manakala ayat pada Contoh (2)
menunjukkan puasa itu wajib tetapi boleh diganti bagi orang sakit dan musafir.

Dalam hal ini, ayat Contoh (2) turun setelah ayat Contoh (1). Oleh itu, ayat Contoh
(2) menjadi nasikh (yang memansuhkan) ayat Contoh (1). Oleh itu, hukum
berpuasa bagi orang yang sakit dan musafir ialah harus.

Bagi keadaan ini, tarikh bagi dalil tersebut perlu diketahui. Dengan demikian, dalil
yang kemudian (terkini) adalah menjadi nasikh (memansuhkan hukum
sebelumnya), manakala dalil sebelumnya menjadi mansukh (yang digantikan
hukumnya) dan tidak boleh diamalkan lagi.

10.2.2 Al-Tarjih
Apakah maksud al-tarjih?

Al-tarjih bermaksud mengutamakan dalil yang lebih kuat dan tepat dengan
kehendak syarak.

Ia dipilih apabila terdapat keterangan lain yang mengukuhkannya. Maka dalil


yang disokong oleh petunjuk yang mengukuhkannya itu dijadikan hujah,
sementara dalil yang lain tidak digunakan. Mari kita lihat contohnya:

(a) Hadis Pertama

‫ﺼ ِّﻞ َﺣ ﱠﱴ ﻳَـﺘَـ َﻮ ﱠ‬
( َ‫ﺿﺄ‬ َ ُ‫ﺲ ذَ َﻛَﺮﻩُ ﻓَﻼَ ﻳ‬
‫) َﻣ ْﻦ َﻣ ﱠ‬
Maksudnya:
Barang siapa yang menyentuh kemaluannya, maka hendaklah ia berwuduk.
(Al-Tirmizi, 1996)

(b) Hadis Kedua


Rasulullah SAW pernah ditanya tentang seseorang yang menyentuh
kemaluannya, apakah ia harus berwuduk? Baginda menjawab:

َ ‫ﻀ َﻌﺔٌ ِﻣْﻨ‬
(‫ﻚ‬ َ ‫ﻀﻐَﺔٌ ِﻣْﻨ‬
ْ َ‫ﻚ أ َْو ﺑ‬ ْ ‫) َوَﻫ ْﻞ ُﻫ َﻮ إِﻻﱠ ُﻣ‬
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
146  TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

Maksudnya:
Tidak, sesungguhnya (kemaluannya) itu adalah sebahagian dari tubuhmu.
(Al-NasaÊi, 1986)

Hadis pertama ditarjihkan (diutamakan sebagai dalil lebih tepat) kerana lebih
berhati-hati di samping banyak jalur periwayatan hadis tersebut adalah sahih,
sedangkan hadis kedua hanya datang daripada satu riwayat sahaja. Banyaknya
riwayat bagi hadis pertama itu menunjukkan ia lebih kuat untuk dijadikan hujah.

10.2.3 Al-Jam’ wa al-Tawfiq


Apakah maksud al-jamÊ wa al-tawfiq? Mari kita ketahui jawapannya dalam
Jadual 10.4.

Jadual 10.4: Makna al-JamÊ wa al-Tawfiq dari Sudut Bahasa dan Istilah

Al-JamÊ wa al-Tawfiq
Bahasa Istilah
Menghimpunkan. Menyatukan dan menyerasikan kedua-dua dalil yang
kelihatan bercanggah supaya semua dalil digunakan
sebagai hujah tanpa mengenepikan salah satu
daripadanya.

Mari kita lihat contoh yang berikut:

(a) Ayat Pertama

∩∈⊄∪ 5ΟŠÉ)tGó¡•Β :Þ≡uÅÀ 4’n<Î) ü“ωöκtJs9 y7¯ΡÎ)uρ

Maksudnya:
Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang
lurus.
(Surah al-SyuraÊ, 42:52)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH  147
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

(b) Ayat Kedua

|Mö6t7ômr& ô⎯tΒ “ωöκsE Ÿω y7¨ΡÎ)

Maksudnya:
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang
yang kamu kasihi.
(Surah al-Qasas, 28:56)

Bentuk al-jamÊ yang boleh difahami antara kedua-dua ayat tadi ialah ayat pertama
menjelaskan bahawa Rasulullah SAW berperanan menunjukkan jalan hidayah
dan kebenaran kepada umat Baginda. Memberi panduan ke jalan yang benar
dipanggil juga hidayat al-irsyad atau hidayat al-bayan. Inilah tugas Nabi
Muhammad SAW kerana Baginda diutus untuk menyeru umat manusia kepada
Islam.

Manakala ayat kedua merupakan teguran Allah SWT kepada Rasul-Nya bahawa
kuasa memberi hidayah kepada seseorang, mengubah seorang kafir menjadi
Muslim atau yang fasik menjadi Mukmin adalah milik mutlak Allah SWT. Ia juga
disebut hidayat al-taufiq yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun termasuk para rasul.
Mereka hanya memberi panduan kepada agama Allah SWT tetapi hanya Allah SWT
saja yang berhak memilih dalam kalangan hamba-Nya untuk mengikuti kebenaran.

SEMAK KENDIRI 10.2

Tandakan  (betul) atau  (salah) pada setiap kenyataan yang berikut.

Kenyataan Jawapan
Al-jamÊ wa al-tawfiq bermaksud memilih dalil yang lebih kuat
dan tepat dengan kehendak syarak berbanding dalil yang
kurang tepat.

Nasakh bermaksud menyatukan dan menserasikan kedua-dua


dalil yang kelihatan bercanggah supaya semua dalil digunakan
sebagai hujah tanpa mengenepikan salah satu daripadanya.

Tarjih bermaksud menggantikan sesuatu hukum syarak yang


lama dengan sesuatu dalil syarak yang baru.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

AKTIVITI 10.2

Jelaskan peranan dan tugas utama Nabi Muhammad SAW dan


nyatakan juga peranan lain Baginda yang tidak dinyatakan dalam topik
ini. Bincangkan perkara ini dalam forum myINSPIRE.

10.3 KAEDAH PENYELARASAN DALIL YANG


BERCANGGAH MENURUT MAZHAB
HANAFI DAN MAZHAB SYAFII
Sebelum kita akhiri topik ini, mari kita pelajari tentang kaedah penyelarasan dalil
yang bercanggah menurut mazhab Hanafi dan mazhab Syafii. Secara umumnya,
para ulama berbeza pandangan bagi menyelesaikan masalah nas yang
bercanggah. Ada dalam kalangan mereka yang mengutamakan kaedah tertentu
sebelum menggunakan kaedah yang lain.

Oleh itu, subtopik ini menjelaskan kaedah penyelarasan antara dalil yang
bercanggahan berdasarkan urutan mengikut mazhab Hanafi dan mazhab Syafii.
Mari kita lihat Rajah 10.2 yang memaparkan kaedah mazhab Hanafi.

Rajah 10.2: Kaedah penyelarasan menurut mazhab Hanafi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH  149
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

Rajah 10.3 pula menunjukkan kaedah penyelarasan menurut mazhab Syafii.

Rajah 10.3: Kaedah penyelarasan menurut mazhab Syafii

10.3.1 Contoh Dalil Hukum yang Diselaraskan


Para ulama berbeza pandangan mengenai hukum memakan daging yang dibakar
dengan api (dipanggang)  adakah ia termasuk dalam perkara membatalkan
wuduk (nawaqidh al-wuduk)? Perkara ini berlaku kerana terdapat percanggahan
hukum dalam beberapa hadis sahih.

(a) Pertama, hadis riwayat daripada Sayidatina Aisyah r.a. dan Abu Hurairah
r.a. yang berbunyi:

‫ﱠﺎر‬ ِ ِ ‫ﺗـﻮ ﱠ‬
ُ ‫ﺿﺆوا ﳑﱠﺎ َﻣ ﱠﺴﺖ اﻟﻨ‬ ََ
Maksudnya:
Hendaklah kalian berwuduk daripada setiap yang disentuh api.
(Ibn Majah, 2009)

(b) Kedua, hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas, Amru Ibn Umayyah
al-Dhamri dan Maimunah, bahawa Rasulullah SAW makan daging kambing
lalu bersolat tanpa mengambil wuduk. Ibn Abbas r.a. pernah melaporkan
bahawa beliau melihat sendiri Baginda keluar untuk bersolat, lalu
dihidangkan pemberian (hadiah) berupa roti dan daging. Baginda memakan
sebanyak tiga kali suap kemudian bersolat tanpa berwuduk (Muslim, t.t.)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

Para ulama berusaha menyelesaikan percanggahan dua hadis tersebut dengan


cara yang berikut:

(a) Mendakwa hukum batal wuduk dalam hadis Zaid, Abu Hurairah, Aishah,
Jabir Ibn Samurah dan al-BarraÊ Ibn Azib telah dimansuhkan. Hukum
berwuduk selepas memakan daging unta dan kambing yang berlaku pada
peringkat awal telah dimansuhkan dengan hadis Ibn Abbas, Amru Ibn
Umayyah dan Maimunah. Dakwaan ini disokong oleh hadis lain daripada
Jabir bin Abdillah r.a. yang menyatakan bahawa dalam dua keadaan
tersebut Nabi Muhammad SAW tidak lagi berwuduk selepas memakan
daging yang dibakar (Abu Daud, t.t.; al-NasaÊi, 1986). Kaedah ini dipegang
oleh majoriti fuqaha Hanafiyyah, Malikiyyah dan SyafiÊiyyah.

(b) Mendakwa hadis berwuduk telah memansuhkan hadis tidak berwuduk


kerana hadis tidak berwuduk berlaku lebih awal. Kaedah ini dipegang oleh
Imam al-Zuhri.

(c) Sebahagian fuqaha seperti mazhab Hambali menggunakan kaedah umum


dan khusus. Hukum wajib berwuduk pada mulanya umum pada semua
jenis daging yang dibakar tetapi Baginda menyatakan dalam hadis al-Barra
Ibn ÂAzib bahawa hanya memakan daging unta secara khusus masih perlu
berwuduk sementara daging lain tidak ada masalah.

AKTIVITI 10.3

Anda telah memahami perbezaan antara mazhab Syafii dengan Hanafi


dalam penyelarasan dalil yang bercanggah. Cuba anda kenal pasti satu
kes hukum syarak yang diselesaikan dalam masalah ini mengikut
kaedah kedua-dua mazhab tersebut. Dapatkan panduan melalui tutor
anda dan bincangkan permasalahan ini dalam forum myINSPIRE.

 Al-taÊarud boleh didefinisikan sebagai percanggahan sesuatu hukum kerana


adanya dua dalil yang bertentangan antara satu sama lain dalam sesuatu
masalah.

 Walaupun kelihatan wujudnya percanggahan tetapi sebenarnya ia tidak


berlaku, bahkan dua dalil itu saling menjelaskan antara satu sama lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH  151
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

 Para ulama sepakat mengatakan bahawa percanggahan atau al-taÊarud antara


dua dalil adalah secara zahir sahaja dan bukannya dalam hakikat sebenar.

 Terdapat empat bentuk al-taÊarud yang dikenal pasti oleh para ulama usul fiqh
iaitu taÊarud pada dua dalil yang umum; taÊarud pada dua dalil yang khusus;
taÊarud pada dua dalil yang umum dan khusus; dan taÊarud dua nas yang
salah satunya kelihatan umum daripada yang lain pada suatu keadaan
manakala lebih khusus pada keadaan lain pula.

 Terdapat tiga syarat diletakkan oleh para ulama bagi memastikan


percanggahan atau al-taÊarud benar-benar berlaku iaitu dua dalil tersebut
hendaklah setara dari sudut kesabitannya; setara dari sudut kekuatan dalil;
dan setara dari sudut hukum, waktu, tempat dan sudut perbincangan.

 Terdapat tiga metod yang digunakan oleh para ulama dalam menyelaraskan
dalil yang bercanggahan iaitu nasakh, al-tarjih dan al-jamÊ wa al-tawfiq.

 Nasakh bermaksud menggantikan sesuatu hukum syarak yang lama dengan


sesuatu dalil syarak yang baharu.

 Al-tarjih bermaksud memilih dalil yang lebih kuat dan tepat dengan kehendak
syarak berbanding dalil yang kurang tepat. Ia dipilih apabila ada keterangan
lain yang menyokongnya.

 Al-jamÊ wa al-tawfiq bermaksud menyatukan kedua-dua dalil dan


menserasikan nas-nas yang kelihatan bercanggah supaya semua dalil
digunakan sebagai hujah tanpa mengenepikan salah satu daripadanya.

 Terdapat perbezaan dalam kaedah penyelarasan antara dalil-dalil yang


bercanggah dalam kalangan mazhab Hanafi dan Syafii.

 Dalam mazhab Hanafi, kaedah penyelarasan yang digunakan ialah nasakh;


al-tarjih; dan al-jamÊ wa al-tawfiq.

 Manakala dalam mazhab Syafii pula kaedah penyelarasan yang digunakan


ialah al-jamÊ wa al-tawfiq; tarjih; nasakh dan kedua-dua dalil diabaikan; dan
gugurkan kedua-dua dalil dan beralih kepada qiyas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

Al-jamÊ wa al-tawfiq Qiyas


Al-taÊarud Setara
Al-tarjih TaÊarud dua dalil khusus
Dalil TaÊarud dua nas
Hadis Ahad TaÊarud dua dalil umum dan khusus
Idah TaÊarud dua dalil umum
Nasakh Wisq

Abu Dawud, Sulayman Ibn al-AshÊath (t.t.). Sunan Abi Dawud. Muhammad
Muhy al-Din Abd al-Hamid (tahqiq). Beirut, Lubnan: Al-Maktabah
al-Asriyyah.

Al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismail. (2001). Sahih al-Bukhari. Muhammad Zuhayr


Nasir (tahqiq) (Ed. ke-1). Beirut, Lubnan: Dar Tuq al-Najat.

Al-NasaÊi, Ahmad Ibn SyuÊayb Ibn Ali. (1986). Sunan al-NasaÊi. Abd al-Fattah Abu
Ghuddah (tahqiq) (Ed. ke-2). Halab, Syria: Maktab al-MatbuÊat
al-Islamiyyah.

Al-Tirmizi, Abu Isa Muhammad Ibn Isa. (1996). Al-jamiÊ al-Kabir. Bashsyar
Awwad MaÊruf (tahqiq) (Ed. ke-1). Beirut, Lubnan: Dar al-Gharb al-Arabi.

Al-Zuhayli, Wahbah. (1986). Usul al-fiqh al-Islami. Damsyik, Syria: Dar al-Fikr.

Hanafie, A. (1971). Usul fiqh. Jakarta, Indonesia: Widjaya.

Ibn Majah, Muhammad Ibn Yazid al-Qazwayni. (2009). Sunan Ibn Majah. SyuÊayb
al-ArnaÊut et. al (tahqiq). Beirut, Lubnan: Dar al-Risalah al-Alamiyyah.

Imran Ahsan Khan Nyazee. (2003). Islamic jurisprudence. Petaling Jaya, Malaysia:
The Other Press.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PERCANGGAHAN (AL-TA’ARUD) DALIL, KAEDAH  153
PENYELARASAN DAN PENTARJIHAN

Mohammad Hashim Kamali. (1989). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Pelanduk Publications.

Mukhtar Yahya, & Fatchurrahman. (1993). Dasar-dasar pembinaan hukum Islam.


Bandung, Indonesia: Dar al-MaÊarif.

Muslim, Abu al-Hasan Ibn al-Hajjaj (t.t.). Sahih Muslim. Muhammad FuÊad Abd
al-Baqi (tahqiq). Beirut, Lubnan: Dar IhyaÊ al-Turath al-Arabi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai