Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN TUGASAN ( PERTENGAHAN SEMESTER )

FIQH AL-IBADAT ( SYI4013M )

TAJUK : PENERANGAN DAN PENGIRAAN ZAKAT EMAS SIMPANAN DAN


PERHIASAN

NAMA KUMPULAN : HAURA’

NAMA AHLI KUMPULAN : IMAN NURAINA BINTI ZULKAFELI - D20313001

NASYIATUL NABILAH BINTI NURDIN - D20312775

NUR UMAIRAH BINTI LATFI AMIR - D20312973

SITI KHADIJAH BINTI MUIN – D20313022


ISI KANDUNGAN

MUKA HADAPAN

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1

ISI KEPADA ZAKAT EMAS SIMPANAN 1-3


DAN PERHIASAN

PENGALAMAN AHLI KUMPULAN DALAM 4


PENYEDIAAN TUGASAN

PENUTUP 5

RUJUKAN 6
PENGENALAN

Zakat Emas merupakan zakat barangan kemas dan perhiasan wanita. Zakat yang
dikeluarkan ke atas emas bergantung sama ada emas dipakai ataupun yang disimpan
yang mana telah cukup nisab dan haulnya.

Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam
kitab suci al-Quran yang bermaksud:

Dan ( ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan
(balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak
(dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan
rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dia katakan kepada mereka): Inilah apa
yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang
kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]

APAKAH ZAKAT EMAS SIMPANAN DAN PERHIASAN

 Emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, iaitu emas yang benar-benar
menjadi simpanan dan tidak digunakan sebagai perhiasan walaupun fizikalnya sama
seperti emas perhiasan. Ianya trmasuk barang kemas yang tidak dipakai kerana sudah
rosak atau lama. Ianya juga termasuk barang perhiasan yang dimiliki oleh lelaki
sungguhpun pemakaiannya haram disisi syarak. Jika jumlah berat emas yang disimpan
itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau
setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).
Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

1
Tiada wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram)
dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut
kiraan yang sama? (HR Abu Dawud) (Nota 1)

Formula Kiraan:

Berat emas disimpan (jika melebihi nilai nisab Nota 1) x Harga Emas Semasa x 2.5%
Kadar Zakat

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang disimpan dalam tempoh setahun ialah 200
gram maka:

= Berat Emas dipakai x Harga Emas semasa 1gram x Kadar Zakat 2.5%

= 200 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%

= RM828.40

 Emas Perhiasan Dipakai

Hukum asal sebarang bentuk pemakaian tidak diwajibkan zakat. Dengan dijadikan emas
sebagai barang perhiasan dan kegunaan peribadi, emas berkenaan tidak lagi bersifat
subur dan berkembang. Namun barang perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya
pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa
(uruf) dipakai. Apa yang berlebihan dengan adat dan kebiasaan adalah dilarang atau
tidak digalakkan oleh syariah. Yusuf al-Qadrawi menyebut perhiasan wanita yang
diperbuat selain emas, dan perak, seperti mutiara, berlian dan batu berharga dikecualikan
zakat, kerana ia dikhaskan untuk kegunaan peribadi dan tidak dianggap sebagai aset
yang berkembang.

2
Wilayah Persekutuan telah menetapkan kadar uruf emas perhiasan sebanyak 800 gram.
Justeru sebarang pemakaian yang berulang ataupun sekali dalam tempoh setahun
melebihi 800 gram WAJIB dikeluarkan zakat ke atasnya. (Nota 2)

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang perhiasan yang dipakai dalam tempoh
setahun ialah 900 gram:

Formula Kiraan:

= Berat emas dipakai (jika melebihi nilai uruf Nota 2) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar
Zakat

= 900 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%

= RM3,727.80

3
PENGALAMAN AHLI KUMPULAN DALAM PENYEDIAAN TUGASAN

Terdapat banyak pengalaman yang diperolehi oleh setiap ahli kumpulan sepanjang
dalam penyediaan tugasan pertengahan semester ini. Walaupun ini merupakan
semester pertama buat kami sekumpulan tetapi ia tidak menjadi penghalang kepada kami
untuk menyiapkan tugasan ini.

Terdapat ahli kumpulan yang menerima banyak faedah yang berguna dan baik
untuk dirinya dan merasakan lebih mudah mengenali dan memahami tentang Pengiraan
Zakat Emas Simpanan dan Zakat Emas Perhiasan.Bukan itu sahaja, sikap bekerjasama
juga dapat ditingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan yang diberi.

Selain itu, terdapat juga ahli kumpulan yang dapat menambahkan ilmu tentang cara
untuk menyiapkan laporan. Hal ini demikian kerana, penyediaan laporan juga mempunyai
format yang perlu diikuti supaya laporan yang disediakan lebih kemas. Sementara itu,
cara pengeditan video juga dapat diperolehi dengan lebih banyak dalam proses
menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, memandangkan negara kita telah dilanda pandemik yang


menyebabkan pelajar IPT perlu menjalankan kelas secara maya di kediaman masing
masing, melalui tugasan ini salah seorang daripada ahli kumpulan ini merasakan dapat
mengenali dengan lebih rapat antara ahli kumpulan. Hal ini disebabkan kerana,
pembelajaran secara maya menyebabkan proses mengenal antara satu sama lain agak
terbatas lebih-lebih lagi kami merupakan pelajar baharu.

Akhir sekali, salah seorang daripada ahli kumpulan ini juga dapat membezakan
antara Zakat Emas Simpanan dan Zakat Emas Perhiasan serta syarat-syarat yang
diwajibkan bagi seseorang untuk mengeluarkan kedua-dua zakat ini dengan lebih baik
dan mengetahui bahawa uruf iaitu kadar kebiasaan disetiap negeri adalah berbeza.

4
PENUTUP

Setiap masyarakat Muslim harus sedar untuk menjadikan emas itu tidak berlegar
dalam lingkungan orang kaya, terbeku atau tidak produktif, telah ditetapkan kewajipan
umatnya untuk mengagihkan kembali harta kekayaan kepada golongan yang
memerlukan. Syarak telah menetapkan agar emas yang tidak digunakan dan disimpan,
wajib dikeluarkan zakat mengikut garis panduan yang ditetapkan, sementara emas
diguna sebagai perhiasan wanita wajib dikeluarkan zakat sekira beratnya melebihi adat
pemakaian setempat (uruf). Begitu juga kewajipan zakat tidak digugurkan terhadap
pelbagai jenis dan skim pelaburan emas yang terdapat dalam pasaran.

5
RUJUKAN

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu. (2019). Zakat Emas. Dicapai pada
Ogos 15, 2021 daripada http://www.maidam.gov.my/index.php/en/zakat-emas

Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Wilayah Persekutuan. (n.d). Zakat Emas. Dicapai
pada Ogos 16, 2021 daripada https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-
zakat/zakat-emas/

Muhsin Nor Paizin. (2014). Zakat Keatas Harta Emas : Amalan Dan Pelaksanaan di
Malaysia. Dicapai pada Ogos 16, 2021 daripada
https://www.researchgate.net/publication/343501225_Zakat_Ke_Atas_Harta_Ema
s_Amalan_dan_Pelaksanaan_di_Malaysia

Anda mungkin juga menyukai