Anda di halaman 1dari 8

Khilaf Antara Mazhab: Sorotan Sejarah Sebagai Suatu Analisis.

Mohd Khir Johari bin Abas.


Pensyarah Jabatan Pengajian Am.
Politeknik Ungku Omar.
khrjohari@yahoo.com.
Pendahuluan
Setelah kewafatan baginda SAW sustainability Islam diteruskan generasi sahabat. Sedia
dimaklumi bahawa era permulaan dan pengasasan syariat membuka ruang terhadap perkembangan dan
membuka ruang ijtihad kepada para sahabat. Tatkala wujudnya persoalan-persoalan yang menuntut
kepada hukum, muncul pandangan-pandangan dari para sahabat dalam pelbagai hukum, sama ada
pandangan itu datang dari segolongan sahabat atau pandangan persendirian mereka. Era ini merupakan
era baru yang membuka dimensi Islam yang lebih humanis dan mampan.
Justeru, kertas kerja ini akan merungkai khilaf yang berlaku di kalangan para ulama dari sorotan
sejarah. Hal ini bertujuan memberikan kefahaman bahawa khilaf yang berlaku merupakan suatu
perjalanan yang panjang berasal dari usaha gigih memelihara Islam dan bukan bermatlamatkan
perpecahan. Kepelbagaian yang wujud hasil daripada keperihatinan tidak sewajarnya berubah menjadi
titik permusuhan yang membawa pertelingkahan.
Era Khulafa al-Rashidin
Setelah kewafatan Baginda SAW, agama ini diserahkan kepada golongan sahabat bagi
memastikan usaha Nabi SAW diteruskan. Sahabat diberikan kelebihan memahami Islam dan
pensyariatan hukum-hukumnya berbanding generasi lain. Dengan keistimewaan anugerah Allah khusus
kepada sahabat inilah menjadikan mereka golongan yang paling dipercayai mewarisi legasi agama.
Antara kelebihan para sahabat adalah :
i.

Hampirnya sahabat dengan Nabi SAW dan kerapnya mereka melazimi Nabi SAW.

ii.

Keupayaan mereka memahami bahasa Arab.

iii.

Kekuatan hafalan mereka dalam menghafal al-Quran dan hadith-hadtih.

Walau bagaimana pun, perbezaan di kalangan mereka tetap wujud atas pelbagai faktor. Perbezaan inilah
yang menjadi titik tolak awal wujudnya kepelbagaian pandangan dalam hukum Islam atas dasar
1

memastikan kemampanan dan dinamisme Islam terus berjalan. Antara perbezaan para sahabat dalam
memahami nas-nas syarak :
i.

Perbezaan dalam memahami bahasa arab.

ii.

Perbezaan dalam melazimi Nabi SAW .

iii.

Perbezaan mereka dalam bentuk kadar dan kemampuan sebagai manusia.

Pada era kedua ini, para sahabat tidak terhenti kepada al-Quran dan Hadith semata-mata dalam
menghuraikan hukum khususnya hukum-hukum baru yang muncul setelah kewafatan Nabi SAW. Ijmak
dan al-Rayi muncul sebagai sandaran ketiga dan keempat setelah al-Quran dan Hadith. Ijmak sangat
mudah berlaku kerana semua sahabat-sahabat utama berada di Madinah. Selain itu rasa kebertanggung
jawaban sahabat-sahabat yang sangat tinggi dalam menjelaskan setiap persoalan dan hukum-hukum
yang mendatang menyebabkan ijmak sangat mudah berlaku. Keadaan tersebut menyempitkan ruang
perbezaan hukum yang dikeluarkan.
Walau bagaimanapun adakalanya persepakatan sukar dicari menyebabkan berlaku perbezaan
hukum khususnya sahabat-sahabat utama memiliki pandangan yang berbeza. Ironinya, walaupun ijmak
mudah berlaku tetapi ia tetap terbatas terhadap hal-hal dan perkara-perkara tertentu sahaja. Keadaan
tersebut membawa kepada kemunculan al-Rayi. Al-Rai (al-Rai juga disebut sebagai ijtihad) adalah
menggunakan seluruh daya upaya ( )menghasilkan hukum melalui penelitian dan pengkajian dalildalil yang terperinci sama ada daripada al-Quran, Hadith, penelitian daripada qias, uruf dan keutamaan.
Manakala sebahagian sahabat tidak cenderung menggunakan al-Rayi bahkan lebih selesa untuk tawaquf
dalam masalah yang ambigu. Justeru, dapat difahami bahawa pada era ini telah mula wujud dua
kelompok aliran dalam mengeluarkan hukum iaitu :
i.

Aliran al-Rayi- berdasarkan pemikiran ijtihad. Mereka yang termasuk di dalam


aliran ini adalah: Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan Abdullah bin Masud.

ii.

Ahlu al-Hadith - Aliran yang takut menggeluarkan pandangan kerana takut hukum
yang dikeluarkan tidak selari dengan kehendak Allah. Antara mereka yang termasuk
dalam aliran ini adalah: Abdullah bin Umar dan Zaid bin Thabit .

Kedua-dua aliran ini adalah bibit awal pembinaan dua aliran pemahaman fiqh iaitu : Ahlu al-Hadith dan
Ahlu ar-Rayi.

Keadaan Fiqh Seusai era Khulafa al-Rashidin


Perjalanan fiqh pada era ini berjalan sama seperti dua era sebelumnya. Cuma pada era ini syura
sangat sukar berlaku kerana bibit-bibit perpecahan sudah melanda umat Islam1. Setiap kelompok
cenderung kepada pandangan yang selari dengan kelompok mereka. Selain daripada itu punca perbezaan
pendapat dalam masalah fiqh didorong oleh berberapa sebab utama, di antaranya :
i.

Ulama muslimin terpisah disebabkan pembukaan negara-negara Islam yang semakin luas.

ii.

Jumhur ulama terpecah kepada dua idealogi fiqh seperti yang telah dibahaskan di dalam topik
terdahulu:
a) Golongan yang berpegang dengan nusus semata-mata. Mereka digelar sebagai Ahlu alHadith.
b) Golongan yang berpandukan nusus dan meng-istinbat hukum berdasarkan qias. Mereka
digelar Ahlu ar-Rayi.

iii.

Berkembangnya periwayatan hadith sesudah melalui era kejumudan kerana golongan sebelumnya
sangat takut menyebarkan hadith. Mereka sangat khuatir tersalah dan termasuk di dalam golongan
yang mendustakan hadith Nabi.

iv.

Wujudnya hadith-hadith palsu pada era ini kerana banyaknya percampuran yang berlaku.

v.

Wujudnya golongan bukan Arab yang menguasai agama dan adakalanya mengatasi kehebatan
golongan Arab sendiri.

Perjalanan Hukum Syara pada era awal kurun kedua sehingga pertengahan kurun keempat
Hijrah
Pada era ini perkembangan Fiqh berada di kemuncaknya, bahkan lahirnya pendokongpendokong mazhab yang muktabar. Perkembangan ilmu pada era ini bukan sahaja terhad kepada
perkembangan fiqh dan ilmu-ilmu agama semata-mata. Perkembangan ilmu turut meliputi bidang sains,
falsafah, sastera, sejarah dan lain-lain. Pada era ini juga bermulalah era penulisan buku, penterjemahan
kitab-kitab dan penyusunan masalah-masalah ilmu. Para ulama turut membahaskan ilmu yang bukan
sahaja dalam hal ehwal agama tetapi bersangkutan dengan Islam, seperti ilmu bahasa, ilmu nahu, ilmu
hadith, arudh, sastera dan sejarah. Faktor mendorong perkembangan ilmu pada era ini adalah :

i.

Keprihatinan pemerintah terhadap ilmu fiqh dan ulama-ulamanya.

ii.

Kebebasan mengeluarkan ijtihad.

Merujuk kepada kemunculan puak Khawarij dan Syiah.

iii.

Banyak berlaku perdebatan.

iv.

Pengaruh semasa.

v.

Penyusunan ilmu.

Pada era ini muncul ramai tokoh-tokoh yang membentuk komuniti hukum mereka. Mereka turut
membina lingkungan hukum yang berasas kepada metod dan kerangka fikir tersendiri. Antara tokohtokoh zaman kegemilangan fiqh zaman ini adalah :
i.

Imam Abu Hanifah ( 80 H 150 H)

ii.

Imam Malik bin Anas ( 93 H-179 H )

iii.

Imam asy-Syafie ( 150 H 204 H )

iv.

Imam Ahmad bin Hanbal ( 164 H- 241 H )

Selain dari keempat-empat tokoh tersebut lahir juga tokoh-tokoh lain yang mendokong metod tersendiri
sehingga membentuk mazhab-mazhab kecil. Antara mazhab-mazhab lain selain Mazhab empat yang
Muktabar yang muncul :
i.

Mazhab Al-Imam Al-Auzaie.

ii.

Mazhab Imam Sufian Ath-Thauri.

iii.

Mazhab Al-Laith bin Saad.

iv.

Mazhab Imam Daud Az-Zhohiri.

v.

Mazhab Ibn Jarir Al-Tabari.

Era dari pertengahan abad ke-4 sehingga kejatuhan baghdad


Era ini berlangsung antara pertengahan abad ke-4H sampai pertengahan abad ke-7H. Ia
menyaksikan menurunnya semangat ijtihad di kalangan ulama fiqh. Era ini juga disebut sebagai era
taqlid. Banyak faktor yang menyumbang ke arah pembentukan era taqlid ini antaranya:
i.

Keadaan politik yang kucar-kacir, sehingga membawa kepada pembentukan wilayah-wilayah


kecil di bawah pemerintahan yang berbeza.

ii.

Kesatuan umat Islam mula digugat sehingga memisahkan hubungan dalam sebuah empayar islam
yang besar sehingga membentuk negara-negara yang memiliki kuasa autonomi.

iii.

Para pemimpin sibuk dengan hal ehwal politik sehingga mengabaikan hal ehwal ilmu dan ulama.
Berbeza dengan era yang sebelumnya, keperihatinan para pemimpin merupakan di antara faktor
utama perkembangan fiqh.

Walaupun dalam keadaan fiqh yang semakin lemah dinamikanya, para ulama pada era ini turut
memiliki kehebatan ilmu dan penguasaan alat-alat bagi mengeluarkan hukum. Walau bagaimanapun
mereka lebih selesa dalam lingkungan apa yang telah sedia wujud. Antara faktor yang menyumbang ke
arah fenomena taqlid adalah :
i.

Penyusunan kitab-kitab Fiqh.

ii.

Fanatik Mazhab.

iii.

Penutupan pintu ijtihad.

iv.

Polisi pemerintah.

Dalam keadaan hukum fiqh berlegar di dalam kelompok tersendiri para ulama yang muncul turut
memberikan sumbangan yang besar dalam bidang keilmuan. Antara sumbangan ulama fiqh pada era ini
adalah :
i.

Meletakkan illah bagi sesuatu hukum ) ( .

ii.

Tarjih di antara pandangan yang berbeza di dalam Mazhab.

Era jumud dan mundur


Era ini berlangsung dari perrtengahan kurun ke-7H sehingga kurun yang ke-13H. Perkembangan
fiqh pada era ini seolah-olah tiada pergerakan dan berada pada tahap yang paling teruk. Walau
bagaimanapun era ini merupakan yang paling panjang dalam sejarah perjalanan hukum. Pada era
sebelumnya kita melihat bagaimana para ulama cenderung terhadap mengeluarkan illah, tarjih, tahrij
dan sebagainya. Berbeza dengan era kejumudan dan kemunduran ini, para ulama tidak cenderung
terhadap perkara yang sama, walau pun mereka mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk berijtihad. Dalam bidang penulisan juga mengalami kemunduran. Tidak banyak kitab-kitab baru dihasilkan.
Mereka lebih tertumpu terhadap usaha menghafal kitab-kitab yang sedia ada. Antara usaha yang
dijalanakan ulama pada era ini :
i.

Menulis mutun.

ii.

Penulisan syarah, hasyiah dan taliq.

Era ini berlalu dengan keadaan fiqh yang suram. Bahkan mewarisi dogma yang hitam atau putih.
Kesinambungan taqlid pada era lalu diteruskan dengan menjadikan atmosfera fiqh yang jumud dan
mundur. Antara faktor kejumudan dan kemunduran era ini :
i.
5

Ketegangan politik di dalam negara-negara Islam.

ii.

Para ulama cenderung terhadap pengajian kitab-kitab fiqh yang ditulis era sebelumnya.

iii.

Para ulama dikekang dari menjalankan ijtihad.

iv.

Wujudnya penulisan-penulisan yang menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami.


Maka para ulama sibuk merungkai dan memahami istilah-istilah tersebut.

Era kesedaran dan kebangkitan semula Fiqh


Era ini bermula dari akhir kurun ke-13 sehingga sekarang. Ia memaparkan munculnya tokohtokoh yang berwibawa membawa fiqh ke suatu arah yang tersendiri. Walau pun era ini tidaklah
segemilang era-era awal tetapi ia tetap mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding era yang
sebelumnya. Fiqh berjalan dengan nafas dan wajah yang baru. Berjalan seiring dengan perkembangan
dan kemajuan manusia dalam pelbagai bidang . Antara elemen yang menyumbang kemajuan fiqh dalam
era ini adalah:
i. Pembelajaran fiqh islami secara tersusun.
ii. Pengkanunan fiqh Islami di dalam negara-negara Islam.

1. Pembelajaran Fiqh secara tersusun.


Para ulama meletakkan keutaman terhadap pembelajaran dan pengkajian fiqh pada era ini.
Mereka mula menulis dan mengeluarkan pandangan-pandangan segar dalam isu-isu semasa sesuai
dengan perkembangan manusia. Antara kejayaan yang dapat dicapai pada era ini dalam bidang
pembelajaran fiqh adalah:
i. Keperihatinan para ulama terhadap mazhab-mazhab muktabar dan pandangan-pandangan
ulama muktabar tanpa membezakan antara mereka.
ii. Keperihatinan terhadap perbahasan topik-topik yang berfaedah.
iii. Keperihatinan terhadap fiqh perbandingan.
iv. Penubuhan Institut penyelidikan ) ( dan penghasilan ensiklopedia fiqh (
) .
2. Pengkanunan hukum-hukum fiqh ) ( .
Perkataan ( )merupakan bentuk kata terbitan dari ( ), yang bererti membentuk undangundang. Maka boleh kita fahami taqnin al-ahkam bererti mengumpulkan hukum-hukum dan kaedahkaedah penetapan hukum (tasyri) yang berkaitan dengan masalah tertentu, menyusunnya secara
sistematik, serta mengungkapkannya dengan ayat-ayat yang tegas, ringkas, dan jelas dalam bentuk bab,
6

dan fasal. Kemudian disusun mengikut nombor secara berurutan. Penyusunan ini bertujuan
menetapkannya sebagai undang-undang atau peraturan. Undang-undang atau peratutran ini
kemudiannya disahkan oleh pemerintah, sehingga wajib para qadhi melaksanakannya dalam
mengeluarkan hukum. Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa taqnin adalah proses legalisasi fiqh
Islam ke dalam bentuk undang-undang yang berlaku di sesebuah negara. Di Malaysia, kita menyebutnya
sebagai enakmen atau akta.
Pada era ini muncul tokoh-tokoh yang menggerakkan dan menyumbang perkembangan fiqh
yang lebih dinamis. Antara tokoh-tokoh fiqh era baru.
i.

Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili.

ii.

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi

iii.

As-Syahid Abdul Qadhir Audah. (Hakim yang syahid: 1906-1954)

iv.

Muhammad Abu Zahrah (1898-1974 M)

v.

Mustafa al-Zarqa (1907 M-1999 M)

Kesimpulan
Syariat Islam merupakan keadilan Allah di antara hambaNya, rahmat Allah ke atas
makhlukNya

dan

perlindungan

Allah

terhadap

bumiNya. Ia

dibina

di atas dasar memberi

kemanfaatan ke atas hambaNya. Oleh yang demikian setiap hukum yang terkandung dalam alQuran memandang berat terhadap kemaslahatan umat manusia untuk menjamin kelangsungan
hidup mereka. Sejarah perjalanan hukum merakamkan hukum berubah sesuai dengan masa, zaman,
tempat dan maslahah yang wujud. Apatah lagi hukum Syariat bukan bermatlamat meletakkan manusia
dalam kongkongan atas slongan hukum semata-mata, bahkan bertujuan mendatangkan kemaslahatan di
dunia dan di akhirat. Para ulama Usul Fiqh dan Fiqh berkonsensus bahawa maslahah adalah inti kepada
pensyariatan, bermatlamat menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia dalam perlaksanaannya.
Setiap hukum yang dipertanggungjawabkan ke atas mukallaf mengandungi hikmah tersembunyi yang
membawa kebaikan atau menghindarkan kemudharatan dunia dan akhirat, bersumberkan al-Quran dan
al-hadith.
Dalam perbahasan Perundangan Islam, kita juga akan didedahkan dengan sumber-sumber yang
menjadi sandaran hukum-hukum. Hal ini kerana hukum dibina melalui kaedah dan displin ilmu yang
tersusun rapi. Ia tidak terbina di atas rasa atau pandangan seseorang ulama semata-mata. Para ulama
mengkategorikan sumber hukum kepada yang disepakati dan yang tidak disepakati. Sumber hukum
7

yang disepakati adalah al-Quran, al-Hadith, al-ijma dan al-Qiyas. Manakala sumber hukum yang tidak
disepakati seperti istihsan, urf, maslahah al-mursalah, sadd al-dhrai dan madhab sahabi. Daripada
pembahagian tersebut sumber-sumber hukum boleh dikategorikan kepada sumber primer dan sumber
sekunder. Sumber hukum yang berbentuk primer adalah nas al-Quran dan al-hadith, manakala sumber
sekunder seperti ijma, qiyas, istihsan, urf, maslahah al-mursalah, sadd al-dhrai dan madhab sahabi.
Dengan penghayatan sejarah perjalanan hukum ini, dapat melahirkan perasaan menyanjung dan
menghargai perjuangan para ulama dalam memahami, meng-istinbat dan mengeluarkan hukum.
Penghayatan yang mendalam juga, dapat membantu kita mengetahui punca perbezaan pandangan di
kalangan para ulama dalam mengeluarkan hukum seterusnya menerima perbezaan sebagai suatu
kesempurnaan dan bukan membawa kepada perpecahan.

Anda mungkin juga menyukai