Anda di halaman 1dari 47

TARIKH TASYRI ISLAMI

Mohd Khir Johari bin Abas .



MUQADDIMAH
Pengertian

: Menetapkan waktu berlaku sesuatu perkara. Kemudian hamzah dibuangkan untuk
meringankan sebutan .

Maksudnya : Waktu yang sama ketika perkara tersebut berlaku. Kemudian
penggunaannya diperluaskan termasuk setiap perkara dan kejadian yang berlaku pada
masa-masa tertentu.

:

Merupakan perkataan yang mempunyai maksud pelbagai. Di antaranya :

i. Jalan yang lurus

O ElE4UEE_ _O>4N lOEC)O= =}g)`
@O^`- E_u)lE> 4 ;7)l4>
47.-4Ou- 4g~-.- 4pOU;4C ^g
Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau)
menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka
Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak
mengetahui (perkara Yang benar)
1
.

ii. Tempat laluan air.


1
Surah Al-jathiyah : 18
Kemudiannya para ulamak menggunakan lafaz syara untuk merujuk kepada hukum-
hukum yang yang ditetapkan Allah untuk membentuk hamba-hambanya menjadi
mukmin yang beramal untuk kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.

Kepentingan Syariah untuk semua.

1. Mengawal kemahuan dan kehendak manusia dari mengikut tuntutan nafsu
semata-mata.

2. Mengiktiraf manusia sebagai hamba dengan mengikut segala ketentuan yang
ditetapkan.


Perbezaan di antara

: Adalah set undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh
manusia, bertujuan memudahkan urusan dan menyusun kehidupan mereka .

Perbezaan di antara :

i. Tasyri Ilahi bertujuan membentu budi pekerti yang mulia di kalangan
masyarakat. Manakala Tasyri Al-WadI tidak lebih dari memelihara hak-
hak dirinya dan hak-hak orang lain.

ii. Tasyri Ilahi terbina di atas komponen suruhan dan larangan. Manakala
tasyri wadi adalah semata-mata larangan dan suruhan adalah datang
secara tidak langsung.

iii. Tasyri Ilahi adalah undang-undang yang di tuntut kita mengabdikan diri
pada penggubalnya. Manakala Tasyri Wadi tidak lebih sekadar hukuman
seandainya berlaku perkara yang melanggarnya. Manakala bagi yang
patuh tidak ada sebarang ganjaran diberikan.

iv. Tasyri Ilahi menghukum apa yang berada di luar dan di dalam. Manakala
Tasyri Wadi memengrlukan bukti dan penyaksian yang zahir.

v. Adakalanya undang-undang manusia membolehkan apa yang dilarang
Allah.

Perkembangan

1. Pada zaman Nabi S.A.W.

2. Pada zaman Khulafa ar-Rasyidin

3. Selepas zaman Khulafa ar-Rasyidin sehingga awal kurun kedua .

4. Pada awal kurun kedua sehingga pertengahan kurun keempat hijrah.

5. Pada pertengahan kurun keempat sehingga kejatuhan baghdad.

6. Dari kejatuhan baghdad sehingga kini.

Perbahasan

Meliputi :
1. Tempoh tadrij hukum
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi dan ciri-ciri spesifikasinya .
3. Fuqaha dan mujtahid .
4. Pemikiran para mujtahid serta sistem pemikiran yang dipakai atau sistem
istinbath.

KEPENTINGAN MEMAHAMI SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM

1. Melalui kajian tarikh tasyri kita dapat mengetahui prinsip dan tujuan syariat Islam.

2. Melalui kajian tarikh tasyri kita dapat mengetahui kesempurnaan Islam di dalam
seluruh aspek kehidupan.

3. Menghargai usaha dan jasa para ulama, bermula dari para sahabat Rasulullah saw
hingga para imam dan murid-murid mereka dalam mengisi khazanah ilmu dan peradaban
kaum muslimin.

4. Mengetahui punca perbezaan pandangan di kalangan para Ulamak di dalam
mengeluarkan hukum. Justeru menerima perbezaan ini sebagai suatu kesempurnaan dan
bukan membawa kepada perpecahan.

SYARIAH ISLAMIYAH.

Syariah Islamiyah adalah set hukum-hukum yang ditetapkan Allah untuk manusia
keseluruhannya melalui perantaran Nabi S.A.W. yang dikandungkan di dalam Al-Quran
dan Hadith.

TOPIK PERBAHASAN SYARIAH ISLAMIYAH.

1. Hukum-hukum Itiqad ( )
Terkandung di dalam perbahasan hukum-hukum Itiqad adalah semua
perkara yang bersangkutan dengan ilmu tauhid yang menyucikan zat Allah
S.W.T, mengakui kewujudan malaikat, para nabi, jin, qiyamah, syurga dan
neraka. Bagi menjelaskan masalah ini para ulamak meletakan Ilmu tauhid
bagi membahaskannya.

2. Hukum-hukum Wujdaniyah ( )
Terkandung di dalam perbahasan hukum-hukum al-wujdaniah adalah
segala yang berkaitan dengan akhlak, seperti sifat zuhud, wara, sabar dan
al-hilm. Bagi menjelaskan perkara ini ulamak menyusun ilmu akhlak atau
tasawuf.

3. hukum-hukum perbuatan (

)
Terkandung di dalam hukum-hukum perbuatan adalah semua perkara yang
bersangkutan dengan hubungan manusia dengan manusia, hubungan
manusia dengan alam dan hubungan manusia dengan Allah dalam bentuk
amalan dan perbuatan, seperti solat, jual beli, niat iktikaf dan zakat. Bagi
menjelaskan masalah ini para ulamak menyusun ilmu fiqh.

Tarikh Tasyri(

) hanya membincangkan tentang perkembangan ilmu Fiqh


bermula dari zaman Nabi sehinggalah terbentuknya mazhab-mazhab Fiqh seperti Mazhab
Syafiie, Mazhab Hanafi, Mazhab Syiah, Mazhab Imam Laith, Mazhab Az-Zaidiyah dan
sebagainya sehinggalah zaman sekarang ini. Pada kuliyah yang lalu sudah diceritakan
tentang peringkat perbahasan ilmu Tarikh Tasyri(

). Oleh yang demikian


adalah menjadi suatu keperluan untuk kita memahami makna dan pengertian Fiqh. Fiqh
dari sudut bahasa bererti Faham dan Mengetahui. Berdasarkan Firman Allah S.W.T :
4`4 ]~E 4pONLg`u^-
W-NOg441g LO-. _ OU 4OE4^ }g`
]7 lO~Og gu+g)` OEj*.C
W-O_OE4-41g O) ^}Cg].-
W-+OO4N1g4 _4`O~ -O)
W-EONE_4O jgO) _^UE
]+OEO^4 ^gg
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi
berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara
mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang
dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar
berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka
dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
2


Maksud perkataan -O_OE4-41g di dalam ayat tersebut adalah
FAHAM , MENGETAHUI keseluruhan perkara yang berkaitan dengan agama.

Fiqh dari sudut Istilah :


Ilmu berkaitan hukum-hukum Syariyah Perbuatan yang diperolehi ( hukum-hukum
tersebut ) daripada dalil-dalil yang terperinci.

Maka berdasarkan takrifan ini seseorang yang mahir dalam ilmu fiqh digelar sebagai Al-
Faqih

atau Fuqaha

bagi jamak ( ramai ) . Takrif bagi Faqih adalah :


Seseorang yang mempunyai kemampuan khusus dan keupayaan mengistinbat (
menghasilkan ) hukum-hukum syara daripada dalil-dalilnya yang terperinci. Dengan
Istilah ini Faqih dan Mujtahid adalah sama.

Perbezaan di antara Fiqh dan Syariah

1. Syariah itu umum meliputi Fiqh, Tauhid dan Tasawuf. Manakala Fiqh adalah satu
bahagian dari Syariah tersebut.

2. Syariah meliputi hukum dan kaedah-kaedah penurunan Al-Quran dan periwayatan
Hadith Nabi S.A.W. Manakala fiqh adalah dari sudut pelaksanaan. Merujuk
lepada hukum-hukum yang dihasilkan dari Al-Quran dan Al-Hadith.

METHOD PENSYARIATAN PADA KENABIAN


2
At-Taubah 122
Nabi S.A.W. menyampaikan syariat kepada manusia melalui berberapa perantaraan, di
antaranya ;

1. Meletakan hukum bagi kejadian-kejadian dan soalan-soalan yang diajukan kepada
baginda S.A.W. Adakalanya baginda S.A.W. memberikan jawapan bagi
merungkai persoalan mereka dengan satu ayat atau berberapa ayat dari Al-Quran.
Sebagai contohnya :

C4^OU4*OEC -O4` 4pOgLNC W ~
.4` +^E^ ;}g)` OOE=
^Eg4OU)U 4-)4O^~-4
_OE4-41^-4 -=OO^-4
^-4 O):OO- 4`4
W-OUE^> ;}g` OOE= Ep) -.-
gO) _1)U4 ^g)
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): apakah Yang akan mereka belanjakan
(dan kepada siapakah)? katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) Yang kamu
belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak
yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang Yang terlantar Dalam perjalanan. dan
(ingatlah), apa jua Yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka Sesungguhnya Allah
sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas Dengan sebaik-baiknya).
El4^OU4*OEC ^}4N @OgO-
g-4OE^- 4g~ gO1g W ~ 4g~
gO1g OO):E W
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang Dalam
bulan Yang dihormati; katakanlah: "Peperangan Dalam bulan itu adalah berdosa besar,

2. Adakalanya baginda S.A.W mengutarakan jawapan berdasarkan pandangan
baginda S.A.W ( wahyu dalam bentuk hadith ),atau perbuatan baginda S.A.W.
Sebagai contohnya badinda pernah ditanya :
: .
Maksudnya : Kami menaiki sampan pada suatu hari, adakah kamu boleh
berwudhu dengan air laut ?. Maka Nabi S.A.W menjawab : Ia ( laut itu ) suci
airnya dan halal bangkai di dalamnya.


Begitu juga di dalam bab haji. Baginda S.A.W. bersabda :

Ambillah dariku cara ibadat kamu.

PERKEMBANGAN PERUNDANGAN PADA ERA INI.

Pada era ini syariat turut selari dengan kehendak dan keperluan manusia. Ia juga selari
dengan situasi masyarat awal ketika itu. Seperti mana manusia berkembang dari satu
peringkat kepada peringkat yang lebih tinggi maka syariat juga begitu. Manusia berubah
dari kanak-kanak menjadi remaja, kemudian menjadi dewasa dan akhirnya tua. Hukum
melalui peroses yang sama pada peringkat-peringkat yang tertentu. Bagi memahami
situasi ini saya datangkan dengan berberapa contoh peningkatan atau perkembangan di
dalam pensyariatan ini.

Perkembangan syariat pada era ini terbahagi kepada dua jenis.

Pertama : Perkembangan di dalam pelbagai hukum yang berlainan yang turun satu demi
satu dan bukannya turun dalam bentuk keseluruhannya.

Kedua : Perkembangan di dalam hukum yang sama. Berubah dari sautu peringkat kepada
peringkat yang lain.

Contoh 1 : Hukum solat .

Pada awal Islam solat yang di tuntut cumalah dua rakaat dan ditunaikan 2 kali sehari ,
iaitu pada waktu pagi dan malam. Hal ini kerana Islam masih baru. Dengan tuntutan yang
berat akan menyebabkan mereka terbeban dengan hukum-hukum Islam. Apabila
keenakan beribadah sudah wujud di dalam hati mereka maka, Allah S.W.T menurunkan
kewajipan solat menjadi lima kali sehari semalam.

Contoh 2 : Hukum zakat .

Pada permulaannya kadar yang wajib dikeluarkan bagi zakat adalah tidak ditetapkan.
Iaitu keluarkan apa yang terlebih dari keperluan harian. Walau bagaimanapun pada tahun
yang ke-2 Hijrah zakat diwajibkan. Banyak ayat yang turun menceritakan tentang
kewajipannya. Kemudian Baginda S.A.W menetapkan harta-harta yang tertentu dengan
jumlah yanng tertentu di dalam hadith-hadith baginda S.A.W.

Contoh 3 : Hukum pengharaman arak.

Masyarakat arab pada suatu masa dahulu menjadikan arak sebagai minuman asasi. Oleh
kerana itu Islam datang dengan pengharaman yang berperingkat-peringkat.

}g`4 g4OE OgCEL-
U4L;N-4 4p7OgC+-> +OuLg` -6OE:Ec
~^ejO4 L=OEO Ep) O) ElgO LO4CE
Og 4pOUu4C ^g_
Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram
dan makanan serta minuman Yang halal; Sesungguhnya pada Yang demikian itu
terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang mahu
menggunakan akalnya.


El4^OU4*OEC ^;4N @O;EC^-
)OOuOE^-4 W ~ .E)_1g E^)
OO)l 7gE44`4 +EELUg
.E_^)4 +O4- }g` E)_g^^^

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah:
"Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi
dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan

Og^4C 4g~-.- W-ON44`-47
W-O+4O^> E_OUO- +^4
O4Oc _/4EO W-OUu> 4` 4pO7O>
Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan
mengetahui akan apa Yang kamu katakan.

Og^4C 4g~-.- W-EON44`-47
E^^) NO;C^- +OO^1E^-4
C=^-4 N^e-4 /;_jO ;}g)`
E4N ^}C^OO=- +O+lg[4-;_
7+UE 4pO)U^> ^_
Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya)
kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya.

Contoh 4 : Hukum pengharaman zina

Pada peringkat pertama perempuan yang berzina dihukumkan dengan kurungan di rumah
manakala lelaki si penzina dihukum dengan celaan dan hukuman yang tertentu.

Kemudian Allah S.W.T menurunkan ayat hukuman sebat bagi perempuan yang belum
berkahwin.

Manakala perbuatan baginda S.A.W yang merejam seorang perempuan bernama
Ghamidiyah dan pasangannya Maiz kerana berzina. Kedua-dua mereka adalah penzina
yang sudah berkahwin.

ERA PEMBINAAN DAN PENYEMPURNAAN HUKUM

Kita telah dijelaskan pada k topik yang lalu bagaimana peranan era permulaan dan
pengasasan syariat di dalam membuka ruang terhadap perkembangan dan membuka
ruang ijtihad kepada para sahabat. Pada era ini juga fiqh itu terbatas hanya kepada
perkara-perkara asas dan dasar-dasar terhadap hukum-hukum tertentu. Justeru membuka
ruang yang sangat luas di hadapan para Mujtahid untuk menghuraikannya selari dengan
tuntutan dan garis panduan yang telah disediakan.
Maka, bolehlah kita simpulkan bahawa pada era kedua ini, iaitu era pembinaan dan
penyempurnaan ini adalah era perkembangan ijtihad dan menghasilkan hukum-hukum
tatkala wujudkannya persoalan-persoalan yang menuntut kepada hukum. Pada era ini
wujudlah pandangan-pandangan dari para sahabat di dalam pelbagai hukum, samada
pandangan itu datang dari segolongan sahabat atau pandangan persendirian mereka.
Secara umumnya era ini bermula pada tahun ke 11 Hijrah dan berlangsung sehinggalah
pertengahan kurun ke 14 Hijrah. Dalam tempoh ini kita akan melihat perkembangan fiqh
dalam 3 peringkat :
i. Era Khulafa ar-Rasyidin
ii. Era Umawiyah
iii. Era Abbasiyah

ERA KHULAFA AR-RASYIDIN

Era ini dikira sebagai era permulaan di dalam tempoh pembinaan dan penyempurnaan
hukum Fiqh. Bermulanya era ini selepas kewafatan Baginda S.A.W. pada tahun ke 11
Hijrah sehinggalah hujung pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin pada tahun 40 Hijrah.
Selepas sempurnanya perletakan asas Syariat pada zaman Nabi S.A.W., maka para
sahabatlah yang menjadi pendokong dan penerus perjuangan Nabi S.A.W di dalam
memastikan syariat sentiasa terbela dan berterusan. Khususnya di dalam berhadapan
dengan pelbagai persoalan-persolan baru yang sering wujud di dalam masyarakat.
Dengan keistimewaan yang dianugerahkan Allah kepada para sahabat R.A dan setelah
meneliti dengan mendalam setiap perkara, mereka mampu untuk memikul tugas yang
berat ini. Mereka adalah golongan yang paling berkemampuan, berupaya dan
mempunyai kelayakan untuk menafsir dan memahami nusus-nusus syarak dengan baik.
Kemampuan dan keupayaan mereka adakalanya tidak mampu dilaksanakan generasi
selepas mereka.

KEISTIMEWAAN PARA SAHABAT DI DALAM MEMAHAMI SYARIAT

Sahabat diberikan kelebihan memahami Islam dan pensyariatan hukum-hukumnya
berbanding generasi lain. Kelebihan-kelebihan ini bolehlah kita nyatakan seperti berikut :
i. Hampirnya mereka dengan Nabi S.A.W dan kerapnya mereka melazimi
nabi S.A.W. memberikan mereka kelebihan di dalam mengetahui sebab-
sebab penurunan sesuatu ayat Al-Quran dan punca Nabi S.A.W
mengutarakan sesuatu hadith. Mereka juga melihat sendiri baginda S.A.W
menafsirkan ayat-ayat Al-Quran, mengeluarkan hukum, menguasai sebab-
sebab penghasilan hukum dan hikmah-hikmah yang terkandung di dalam
setiap hukum.
ii. Keupayaan mereka memahami bahasa Arab. Al-quran juga diturunkan di
dalam Bahasa Arab.
iii. Kekuatan hafalan mereka di dalam menghafal Al-quran dan hadith-hadtih
menjadikan mereka generasi yang unggul di dalam melaksanakan dan
memelihara segala hukum di dalamnya.
PERBEZAAN PARA SAHABAT DI DALAM MEMAHAMI NAS-NAS SYARAK.

Dengan keupayaan dan kelebihan yang dianugerahkan kepada mereka, tidak bererti
keseluruhan mereka mempunyai keupayaan dan kelebihan yang sama. Hakikat ini tidak
dapat dinafikan kerana dalam apa keadaan mereka masih manusia yang mempunyai
kelebihan dan kekurangan tertentu.

Asas perbezaan para sahabat di dalam memahami nas-nas Syarak :

i. Perbezaan di dalam memahami Bahasa Arab : Ada dikalangan mereka yang
menguasai bahasa pada tahap yang sederhana, ada di antara mereka yang
menguasainya pada tahap yang tinggi. Diriwayatkan pada suatu hari Saidina
Umar Al-Khattab berkhutbah dan membaca ayat kemudian
ada di antara mereka bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan .
Saidina Umar menjawab : Apakah yang kamu katakan tentang nya maka
itulah maksudnya. Maka berdiri seorang lelaki dari kaum Huzail lantas
berkata : Itu adalah dari bahasa kami. Maksudnya adalah .

ii. Perbezaan di dalam melazimi Nabi S.A.W . Perbezaan melazimi Nabi S.A.W
melahirkan para sahabat yang berbeza di dalam memahami nas-nas syarak,
hadith-hadith dan hukum-hukum yang berkaitan. Ada di antara para sahabat
yang mendengar sedikit hadith, ada yang mendengar keseluruhan hadith dan
sebagainya.

iii. Perbezaan mereka dalam bentuk kadar dan kemampuan sebagai manusia.
Perbezaan secara fitrah kemanusian turut mempengaruhi tahap pemahaman
mereka terhadap sesuatu hadith dan ayat-ayat Al-Quran. Ada di anatara
mereka yang mampu menghafal sehingga ribuan hadith . Manakala ada yang
hanya mampu menghafal berberapa hadith sahaja. Kadar kecerdikkan dan
tahap pemahaman mereka terhadap sesuatu nas juga berbeza. Sebagai contoh :
4O4O^- eUE^ 7 7E4Cg1
e;E^`4 7^OU4 /Eug^
e14O4 N7 =Uce"- 44Cg1 _
Tatkala turunnya ayat ini sebahagian sahabat bergembira dengan turunnya
ayat ini kerana pada pemahaman mereka ia merupakan khabar gembira
tentang penyempurnaan agama Islam. Berbeza dengan saiyidina Umar.
Ketika mendengar penurunan ayat ini, beliau menangis teresak-esak.
Lantas berkata tidak ada kesempurnaan melainkan selepas ini berlaku
kekurangan. Nabi S.A.W hanya hidup 81 hari selepas ayat ini ditirunkan.

KEISTIMEWAAN SYARIAH ( FIQH ) PADA ERA SAHABAT.

Keadaan Syariah atau Fiqh pada era sahabat mempunyai berberapa keistimewaan
dibandingkan dengan era-era yang lain. Di antaranya :

1. Fiqh pada zaman ini berjalan selari dengan zamannya di samping membahaskan
perkara-perkara yang benar-benar berlaku secara hakiki. Tidak wujud hukum-
hukum andaian semasa era ini melainkan setiap hukum menjawab persoalan yang
sedia ada dan isu-isu yang berlegar pada zaman itu. Ditambah lagi dengan
kesibukan Khulafa Ar-Rasyidin dengan urusan pentadbiran dan perkembangan
Islam turut menjadi kekangan terhadap memikirkan hukum-hukum andaian yang
tidak berlaku pada zaman tersebut. Hal ini kerana pada perinngkat kedua ini,
urusan penghakiman dan fatwa adalah urusan ketua Negara di samping tugas-
tugas yang lain.

2. Pada zaman ini telah sempurna pembukuan Al-Quran dan dibentuk menjadi
sebuah buku yang sempurna. Justeru dapat mengelakan masyarakat Islam
berselisih pendapat tentang sumber utama rujukan Hukum iaitu Al-Quran.
Berbeza pada era permulaan zaman sahabat, Al-Quran belum dibukukan secara
sempurna.

3. Tidak banyak periwayatan-periwayatan hadith pada era ini melainkan ketika
diperlukan., Walau bagaimanapun pada peringkat ini, Hadith-hadith masih boleh
dijamin kesucian dan ketulenannya kerana belum wujud hadith-hadith dusta. Hal
ini kerana jarak mereka dengan era kenabian masih dekat. Bahkan ramai para
sahabat yang sentiasa mendampingi Nabi S.A.W masih hidup. Justeru
memudahkan untuk dipastikan kedudukan sesuatu hadith itu sama ada benar atau
palsu. Walau bagaimanapun pada akhir-akhir era ini bermullah era periwayatan
dan pembukuan hadith kerana wilayah Negara Islam semakin luas.

4. Wujud pada era ini sumber hukum yang ketiga slepas Al-Quran dan Hadith iaitu
Ijmak. Bahkan ia kerap berlaku. Ia didorong oleh jumlah sahabat yang berhimpun
di Mekah dan Madinah sahaja. Justeru memudahkan untuk menghimpunkan
mereka semua sekali.

5. Wujud juga pada era ini Ijtihad-ijtihad yang dibina atas dasar sebab Illah .
Maka sesuatu hukum itu bergantung kepada penyebabnya sama ada penyebabnya
wujud atau tidak. Sebagai contohnya, langkah yang di ambil oleh Saidina Abu
Bakar menggugurkan hak orang-orang yang ingin dijinakan hatinya daripada
asnaf zakat. Sedangkan Al-Quran dengan jelas menyebutkan hak mereka.
Pendirian ini diambil melalui ijtihad atau pandangan saidina Umar yang melihat
ia tidak ada keperluan dan meninggikan kedudukan Islam dan orang Islam.
Begitu juga dengan Hukum talak tiga dengan satu lafaz menjadi tiga sedangkan
pada zaman Nabi S.A.W tiga bersamaan satu, kerana telah berleluasa sumpahan
talak sedemikian.

6. Pada era ini telah mula wujud dua kelompok aliran di dalam mengeluarkan
hukum iaitu :
a. Aliran Al-Rayi- berdasarkan pemikiran Ijtihad. Mereka yang termasuk
di dalam aliran ini adalah : Saidina Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Talib
dan Abdullah bin Masud.
b. Aliran yang takut menggeluarkan pandangan kerana takut hukum yang
dikeluarkan tidak selari dengan kehendak Allah. Di antara mereka yang
termasuk di dalam aliran ini adalah : Abdullah bin Umar dan Zaid bin
Thabit .
Kedua-dua aliran ini adalah bibit awal pembinaan dua aliran pmahaman fiqh iaitu : Ahlu
Al-Hadith & Ahlu Ar-Rayi Kita akan huraikan kedua-dua aliran ini pada kuliyah yang
akan datang.

Keadaan Fiqh di akhir zaman Khulafa ar-Rasyidin sehingga awal kurun ke-2 H.

Perjalanan fiqh pada era ini berjalan sama seperti dua era sebelumnya. Cuma pada era ini
syura sangat sukar berlaku kerana bibit-bibit perpecahan sudah melanda Umat Islam.
Setiap kelompok cenderung kepada pandangan yang selari dengan kelompok mereka.
Selain daripada itu punca perbezaan pendapat di dalam masalah fiqh di dorong oleh
berberapa sebab utama. Di antaranya :

i. Ulamak muslimin terpisah di antara mereka oleh kerana pembukaan
negara-negara Islam yang semakin luas. Hal ini menyebabkan hubungan
di antara mereka tidak berlangsung seperti era yang sebelumnya.

ii. Jumhur ulamak terpecah kepada dua idealogi fiqh. Seperti yang telah
dibahaskan di dalam kuliyah terdahulu.
i. Golongan yang berpegang dengan nusus semata-mata. Mereka
digelar sebagai Ahli Hadith.
ii. Golongan yang berpandukan Nusus dan mengistinbat hukum
berdasarkan qias. Mereka digelar Ahli Ar-Rayi

iii. Berkembangnya periwayatan hadith sesudah melalui era kejumudan
kerana golongan sebelumnya sangat takut menyebarkan hadith kerana
khuatir tersalah dan termasuk di dalam mereka yang mendustakan hadith
Nabi.

iv. Wujudnya hadith-hadith palsu pada era ini kerana banyakannya
percampuran yang berlaku.

v. Wujudnya golongan bukan Arab yang menguasai agama dan adakalanya
mengatasi kehebatan golongan Arab sendiri.

Dua golongan utama yang terpengaruh dengan perpecahan Umat Islam .

a. Khawarij.
b. Syiah.

Pada era Nabi tidak pernah wujud golongan yang di dakwa Khawarij mahupun syiah.
Asas kepada perpecahan ini berlakku apabila sesetengah sahabat berpandangan Khilafah
itu adalah sebagai suatu warisan. Maka Saidina Ali lah yang paling layak mendapatkan
kedudukan sedemikian.

Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau
Pembela". Contohnya: Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong,
pendokong atau pembela Ali". Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud
"Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya". Dan
apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman kalimah syiah dalam
erti kata suatu kelompok atau fahaman belum wujud dan belum terbentuk. Tetapi
kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan antara Syiah (penyokong)
Ali dan Syiah Muawiyah. Hanya kelompok Syiah di waktu itu kesemua mereka
berfahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Menurut kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai,
ditambah dan dikurangi oleh para sahabat dan tidak asli. Al-Quran yang asli berada di
tangan Ali yang kemudian diwariskan kepada putera-puteranya. Menurut Syiah lagi
bahawa pada masa sekarang ini al-Quran yang asli berada di tangan Imam Mahadi al-
Muntazar. Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli
Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya. Mereka
juga berpeganng dengan konsep taqiyyah.

BERPECAH ULAMAK ISLAM DI BERBERAPA BUAH NEGERI.

Seperti yang sedia dimaklumi ketika era kedua ( zaman khulafa Ar-rasyidin ) khususnya
ketika era pemerintahan Saidina Ummar Al-Khattab, beliau melarang para sahabat
meninggalkan Madinah melainkan atas alasan yang sangat mendesak. Keadaan ini
memudahkan Ijmak berlaku dan mengurangkan berlakunya percanggahan pendapat di
kalangan generasi ini. Keadaan ini mula berubah pada era pemerintahan Saidina Uthman.
Banyak negara-negara Islam baru dibuka, sehingga menyebabkan ramai para sahabat
keluar dari Madinah di atas pelbagai tuntutan, sama ada dilantik menjadi kadi, hakim,
gabenor, ketua tentara dan sebagainya.
Seterusnya merekalah yang menjadi golongan yang mempelopori perkembangan
fiqh dan pembentukan mazhab sehingga kini. Setiap daripada mereka lebih mengetahui
situasi dan suasana di tempat mereka. Merekalah yang mengeluarkan fatwa dalam
pelbagai masalah yang berlaku bahkan mereka juga tempat rujukan bagi merungkai
sebarang persoalan. Ditambah dengan kesukaran medium perhubungan di antara suatu
tempat dengan dengan yang lain, membentuk blok-blok feqah berdasarkan kawasan. Bagi
negara Syam ada pandangan fiqh tersendiri, begitu juga dengan Basrah, Kufah, Maghribi,
Mekah dan Madinah.
i. Bagi penduduk-penduduk Madinah mereka berpegang dengan pandangan
Abdullah bin Umar, Said bin Musaiib dan Urwah bin Zubair dari golongan
Tabiin.
ii. Ahli Mekah bersandar kepada fatwa-fatwa dan pandangan Abdullah bin
Abbas, manakala dari golongan Tabiin Mujahid bin Jubair, Atho bin
Abi Rabah dan Thawuus bin Kaisan,
iii. Ahli Kuffah pula bersandar kepada pandangan dan pendapat Abdullah bin
Masud, manakala dari golongan tabiin, seperti Alqamah An-Nakhaie
dan Al-Aswad bin Yazid.
iv. Penduduk Basrah pula menyandarkan pandangan mereka kepada Abu
Musa Al-Asyari, Anas bin Malik, Hasan Al-Basri dan Muhammad bin
Sirin.
v. Manakala ahli Syam berpegang dengan fatwa dan pandangan Muadz bin
Jabal, Ubadah bin Shomit dan Abu Darda, Manakala dari golongan
tabiin seperti Abu Idris Al-Khilani, Makhul Ad-Dimasyqi, Umar bin
Abdul Aziz dan Raja bin Haiwah.
vi. Dan ahli Mesir berpegang dengan pandangan dan fatwa yang dikeluarkan
oleh Abdullah bin Amru bin Al-As.

TIMBULNYA HADITH-HADITH PALSU.

Faktor yanng mendorong ke arah kemunculan hadith-hadith palsu adalah :
a. Tiada penyusunan dan pengumpulan Hadith.
b. Para sahabat hanya berpegang kepada penghafalan semata-mata.
c. Sukarnya untuk menghimpunkan segala hadith-hadith Nabi selama 23 tahun.
d. Campur tangan musuh-mush Islam.

Di atas dorongan inilah ada di antara sahabat-sahabat tidak sewenang-wenangnya
menerima segala yang disampaikan sebagai hadith. Di dalam sebuah Athar :
3


: :
:
: : !



Maksudnya : Berkata Mujahid : Busyair Al-Adawi mendatangi Ibnu Abbas lantas
berkata : Nabi S.A.W berkata dan Rasulullah S.A.W barkata, Ibnu Abbas tidak
menghiraukan percakapannya dan tidak memandang kepadanya. Maka Busyair bertanya
: Wahai Ibnu Abbas Apakah kesalahanku sehingga kamu tidak mendengar
percakapanku. Aku menceritakan kepadamu tentang Rasulullah dan kamu tidak mahu
mendengarnya ?. Ibnu Abbas menjawab : Pada suatu masa dahulu, tatkala kami
mendengar seorang lelaki mengatakan, Rasulullah S.A.W bersabda..mata kami akan
berlari ke arahnya, telinga kami akan terpaku kepada pertuturannya, tetapi tatkala

3
Mukhtasar Tarikh Damsyiq
manusia hidup di atas kesukaran dan kacau bilau kami tidak akan mengambil sesuatu
dari Rasullah melainkan apa yang kami ketahui sahaja.

Selain dari faktor-faktor yang telah disebutkan tadi terdapat juga berberapa faktor lain
yang membawa kepada kemunculan Hadith-hadith palsu. Di antaranya :
i. Permusuhan agama. Kita telah mengetahui bagaimanakah Abdullah bin Saba
mengacau bilaukan empayar Islam sehingga mendorang kepada terkorbannya
ramai para sahabat di dalam perperangan Siffin dan Jamal.
ii. Sikat fanatik Mazhab. Ada di antara pengikut-pengikut para sahabat yang
mulia dan para pengikut Imam-imam terutama, mereka pelbagai hadith bagi
mendokong pandangan dan pendapat Mazhab mereka. Antara contohnya :

: :
.

Muhammad bin Said bin Muhammad Abu Abdullah Al-Buriqi, diriwayatkan
daripadanya Abu Bakar Asy-Syafie dan lain-lain, Kata Al-Khatib : Dialah yang
mendustakan Nabi tatkala menyebutkan hadith : Akan datang pada umatku seorang
lelaki dengan Abu Hanifah beliau adalah matahari Ummatku. Dan akan datang juga
dikalangan umatku seseorang lelaki digelar Muhammad bin Idris, Fitnahnya ke atas
Ummatku lebih teruk dari Iblis.
4


. ,
Mencintai Ali adalah kebajikan, tidak mudharat dengan kecintaan itu walaupun
melakukan kejahatan. Membencinya adalah dosa, tidak bermanfaat segala amalan
dengan membencinya.

3. Terpengaruh dengan para Ulamak yang cenderung kepada pemerintah. Maka mereka
akan meletakan hadith-hadith mengampu dan menceritakan kelebihan mereka. Seperti

4
Al-Hakim mengatakan, dia menggabungkan hadith Khurasan dan hadith pengikut Iraq. Penipuan yang
dilakukan terlalu banyak dan tidak terhitung.
yang diriwayatkan dari Gaiyas bin Ibrahim tatkala bertemu dengan Al-Mahdi bin Mansor
5
. Oleh kerana tajubnya beliau melihat Al-Mahdi bermain dengan burung merpati. Maka
dia pun berkata :

Tiada pertandingan itu melainkan yang berkasut, yang menerjang
6
atau berkepak.

Lantas Al-Mahdi menhadiahkannya dengan 1000 dinar. Ketika dia bangun untuk
meninggalkan majlis berkatalah Khalifah : Aku melihat kamu ini seoranng pendusta.
Nabi tidak pernah menyebutkan tentang yang bersayap. Sesungguhnya tujuan mu untuk
menghampiri kami. Hadith yanng sama turut digunakan oleh Abu Al-Buhturi Al-Qadi
tatkala memuji Ar-Rasyid. Lantas Ar-Rasyid mengarahkan burung tersebut disembelih.

4. Bermudah-mudahan di dalam meriwayatkan kelebihan di dalam bab Targhib dan
Tarhib.
7
Seperti hadith-hadith yang diriwayat daripada Abu Ismah Nuh bin Abi
Maryam, beliau meletakan banyak hadith menceritakan kelebihan surah-surah di dalam
Al-Quran. Tatkala ditanya kenapa kamu melakukan sedemikan maka jawabnya : Aku
melihat orang semakin sibuk dengan Fiqh Imam Abu hanifah, kitab Al-Maghazi Imam
Muhammad bin Ishak dan mereka lalai dari menghafal Al-Quran. Maka aku letakan
hadith ini hanya untuk Allah.

5. Fanatik sesetengah golongan yang hanya berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah
serta menolak yang selain dari keduanya. Maka golongan ini dipengaruhi oleh ahli-ahli
hikmah dan falsafah yang kemudiannya mereka mendakwa kata-kata hikmah itu adalah
hadith.

Hadith-hadtih palsu ini tidak terhad hanya pada matan. Adakalanya ia juga merebak pada
sanad sesebuah hadith.


5
Namanya Muhammad bin Abdullah ( 127-169 ) salah seorang khalifah empayar Abbasiyah di Iraq.
Memegang tampuk pemerintahan selama 10 tahun sebulan. Seorang yang baik dan mempunyai akhlak
terpuji.
6
Seperti kuda
7
Ajakan dan Ancaman
Ahlu Hadith dan Ahlu Rayi

Seperti yang telah dinyatakan terdahulu, Ijtihad pada zaman sahabat hanya berlegar
disekitar masalah yang berlaku. Bahkan ada di antara para sahabat terlalu cermat di
dalam mengeluarkan pandangan tatkala berhadapan dengan masalah yang tidak
disebutkan di dalam Al-Quran dan hadith. Dalam masa yang sama ada juga para sahabat
menggunakan pandangan dalam konteks yang lebih terbuka selari dengan perkembangan
Islam dan munculnya pelbagai masalah yang baru. Di sinilah timbulnya bibit-bibit
perbezaan method pemikiran di dalam masalah fiqh.

Jalan atau method Ahlu Hadith
8
di semenanjung Hijaz.

Golongan Ahlu Hadith adalah mereka yang terhenti pandangan mereka hanya kepada
Nas-nas
9
dan Athar
10
mereka sekali-kali tidak akan menyerahkan sesuatu masalah itu
kepada pandangan sendiri melainkan di dalam keadaan yang sangat darurat. Kebanyakan
mereka yang cenderung dengan pegangan sebegini duduk di semenanjung Hijaz.
Golongan ini diketuai oleh Sa,id bin Musayyib R.A. Beliau adalah orang yang paling
arif di dalam ilmu hadith. Beliau juga menghimpunkan fatwa-fatwa Saidina Abu Bakar,
Saidina Umar, Saidina Zaid dan lain-lain para sahabat yang utama.

Pendirian golongan Ahlu Hadith atau Ulamak Hijaz terhadap Nas-nas adalah seperti
berikut :

i. Mereka terkesan dengan pandangan guru-guru mereka seperti Abdullah
bin Umar, yang sangat kuat berpegang dengan Nas semata-mata dan
sangat wara di dalam meletakan pandangan sendiri. Ia sangat jelas
disebutkan di dalam biodata Abdullah bin Umar sebelum ini.

8
Mereka yang sanngat teliti di dalam menggunakan pandangan di dalam masalah hokum.
9
Al-Quran dan Hadith
10
Amalan sahabat terdahulu.
ii. Persekitaran mereka banyak terdedah dengan amalan para sahabat
terdahulu dan terlalu sedikit masalah-masalah baru yang diutarakan
sehingga mengecilkan ruang untuk beralih kepada pandangan sendiri.
iii. Apabila mereka dilontarkan dengan masalah, mereka akan segera meniliti
kandungan Al-Quran, kemudian hadith dan athar sahabat. Seandainya
tiada jawapan terhadap persoalan itu maka ketika itulah mereka akan
beralih kepada pandangan sendiri atau kebanyakan mereka mengambil
langkah berhenti daripada menjawab. Sebagai contoh sebuah kisah yang
diriwayatkan , seorang lelaki datang bertemu dengan Salim bin Abdullah
bin Umar Al Qurasy Al-Adawi
11
bertanyakan suatu permasalahan. Maka
dijawab : Aku tidak pernah mendengar sesuatu pun dari apa yang engkau
tanya. Kemudian ditanya lagi : Berikanlah pandangan mu di dalam
masalah ini. Salim menjawab : Tidak. Dia ditanya lagi dan dikatakan :
Aku redha dengan pandangan mu. Salim menjawab Mudah-mudahan aku
dapat memberi pandanganku di dalam masalah ini, tetapi aku terlupa dan
datang kepadaku pandangan yang baru yang tidak sesuai untuk
soalanmu.Di sini jelas, menggambarkan bagaimana mereka tidak suka
menduga perkara yang tidak berlaku. Hal ini kerana ia akan mendorong
mereka menggunakan pandangan mereka, itulah perkara yang paling tidak
disukai oleh mereka.

Jalan atau Method Ahlu Rayi di Iraq.

Golongan Ahlu Rayu meraikan pandangan dan ijtihad mereka di dalam mengeluarkan
hukum. Mereka tidak membekukan
12
sesuatu masalah yang diutarakan. Golongan ini
diketuai oleh Ibrahin An-Nakhaei. Mereka berpandangan setiap hukum-hukum syara

13
, merangkumi kemaslahatan yang sesuai untuk hamba-hamba Allah. Ia
terbina di atas asas-asas yang ditetapkan. Mengandungi sebab-sebab terterntu yang
mengikat hukum . Maka mereka berusaha mengkaji sebab dan hikmah hukum-hukum

11
Salah seorang dari 7 orang Ulamak terkemuka Madinah dari kalangan Tabiien.
12
Tidak membiarkan sebarang persoalan melainkan ada penyelesaiannya.
13
Logik atau munasabah dari sudut matlamat dan tujuan.
yang disyariatkan . Dan memusatkan hukum-hukum yang bersangkutan dengan hukum
asal samada wujud atau tidak. Adakalanya mereka meninggalkan sesetengah hadith
kerana tidak selari dengan sebab-sebab sesuatu hukum apatah lagi hadith-hadith yang
bercanggahan dengan sebab sesuatu hukum. Mereka sangat berbeza dengan golongan
Ahlu Hadith yang mengkaji seumber hukum lebih utama dari sebab hukum.

Dasar pandangan golongan ini seperti berikut.

i. Mereka terkesan dengan kaedah guru mereka iaitu Abdullah bin Masud.
Beliau memilih cara Saidina Umar di dalam mengeluarkan hukum dengan
meraikan pandangan. Abdullah bin Masud pernah mengungkapkan :
Seandainya ada golongan yang merintis jalan di lembah, dan Umar juga
merintis jalan yang lain bersama golongannya di lembah yang berbeza,
maka aku akan mengikut lembah Umar dan pengikut-pengikutnya.
ii. Mereka berpandangan Iraq adalah bumi bertuah yang dilimpahi para
sahabat. Manakala Kuffah dan Basrah adalah tulang belakang kepada
tentera Islam. Daripada Iraqlah terbukanya negara-negara Islam yang lain
seperti Khurasan. Kuffah juga menjadi pusat pentadbiran Saidina Ali
ketika memegang tampuk pemerintahan. Memadai dengan kewujudan
mereka sebagai sumber rujukan utama. Dalam masa yang sama Iraq juga
menjadi tempat tumbuhnya fahaman syiah, pusat pentadbiran golongan
khawarij, selain dari menjadi bumi pergolakan dan fitnah, Iraq juga
menjadi pusat munculnya hadith-hadith palsu dan pembohongan terhadap
Nabi S.A.W, maka ulamak-ulamaknya menetapkan syarat yang sangat
ketat di dalam penerimaan terhadap hadith.
iii. Masalah yang timbul di Iraq lebih banyak berbanding di Hijaz.
Memandanngkan negara Iraq lebih pesat membangun dibandinngkan
dengan Hijaz. Tatkala berhadapan dengan pelbagai isu dan persoalan yang
adakalanya tidak disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith, maka sangat
mendesak mereka untuk beralih kepada pandangan.

Berlaku pertembungan di antara kedua-dua madrasah ini. Walaubagaimanapun ada juga
di antara Ulamak Hijaz yang terkesan dengan metod Ahlu Rayi seperti Rabiah bin
Abdul Rahman
14
. Ada juga di antara ulamak Iraq yang terkesan dengan gerakan Ahlu
Hadith sebagai cintohnya Amir bin Syurahil
15
. Beliau pernah berkata : Apa sahaja yang
di datangkan kepadamu oleh sahabat-sahabat Nabi maka ambillah ia. Apa sahaja yanng
di datangkan daripada pandangan mereka sendiri, campakkanlah ia ke dalam kebun
kurma.

Walau bagaimanapun perlu diingatkan golongan Ahlu Rayi yang kita bincangkan
bukanlah mereka yang mendahulukan akal daripada Nas, mereka adalah golongan yang
berpindah kepada akal tatkala kebuntuan nas di dalam merungkai permasalahan.

Contoh perbezaan pandangan kedua-dua madrasah.

1. Imam Malik menyebutkan di dalam Kitab Muwatta-nya :


Daripada Rabiah bin Abi Abdul Rahman, dia berkata : Aku bertanya Said bin
Musaiyib : Barapakah yang dikenakan terhadap sebatang jari perempuan. Katanya :
10 ekor unta, Kemudian aku berkata lagi : Bagaimana kalau dua jari. Maka jawabnya
: dua puluh. Aku bertanya lagi : Bagaimana dengan tiga jari. Jawabnya : 30 unta. Aku
tanya lagi : Bagaimana dengan 4 jari. Jawabnya : 20 ekor. Aku bertanya tatkala
lukanya semakin banyak dan kecacatan semakin ketara adakah pampasannya semakin
berkurang ?. Maka said berkata : Adakah kamu orang Iraq ?. Jawab Rabiah : Bahkan

14
Merupakan guru Imam Malik dan digelar dengan Abdul Rahman Ar-Rayi.
15
Lebih dikenali dengan Asy-Syabi.
seorang Alim yang inginkan penegasan dan seorang Jahil yang inginkan pengajaran.
Maka Said berkata : Ia adalah Sunnah Nabi S.A.W.

Said mengeluarkan fatwa dengan zahir hadith yang diriwayatkan oleh Imam Nasai

Daripada Amru bin Syuiab daripada bapanya daripada datuknya katanya : Nabi
S.A.W bersabda : Pampasan seorang perempuan sama seperti pampasan seorang
lelaki sehinggalah jumlahnya 1/3 daripada diyatnya
16
.

Bersandarkan hadith ini pampasan bagi 4 jari lebih dari 1/3 pampasan yang berhak
baginya ( 100 ekor unta ) dan perlu di bahagiakan setengah, walaupun bercanggahan
dengan logik akal. Hal ini kerana akal tiada ruang di dalam menetapkan hukum.

2. Imam Abu Hanifah bertemu dengan Imam Al-Awzai di Mekah. Maka berkata Al-
Awzai kepada Imam Abu Hanifah : Kenapakah kamu tidak mengangkat tangan
ketika rukuk dan ketika bangun darinya ?. Maka dijawab Imam Abu Hanifah : Kerana
tidak ada suatu pun yang sahih daripada Nabi S.A.W menceritakan tentangnya. Maka
jawab Al-Awzai bagaimanakah boleh sedemikian bukankah Az-zuhri meriwayatkan
:

- -


Nabi S.a.w mengangkat kedua tangannya selari dengan bahunya ketika memulakan
solat, ketika bertakbir untuk rukuk dan ketika mengangkat kepala daripada rukuk dan
tidak mengangkatnya di antara dua sujud.

Maka dijawab oleh Imam Abu Hanifah : Diceritakan kepada kami oleh Hammad
daripada Ibrahim daripada Alqamah, begitu juga dari Al-Aswad daripada Ibnu
Masud R.A :

16
Pengertian Diyyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau ahli
waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan melakukan sesuatu jenayah, seperti mencederakan
anggota badan atau melukakan atau membinasakan. Jumlah keseluruhan Diyat adalah 100 ekor unta.


Sesungguhnya Nabi S.A.W tidak mengangkat tangannya di dalam solat melainkan
ketika takbir iftitah.

Lantas dijawab Imam Awzai : Aku mendatangkan kepadamu hadith yang dibawakan
oleh Az-Zuhri daripada Salim daripada bapanya, kamu pula mendatangkan hadith
yang diriwayatkan oleh Hammad daripada Ibrahim ?. Dijawab Imam Abu Hanifah :
Hammad adalah lebih faqeh daripada Zuhri, Ibrahim adalah lebih faqeh daripada
Salim, dan Alqomah tidaklah lebih rendah daripada Ibnu Umar, Seandainya Ibnu
Umar mempunyai keistimewaan bersahabat dengan Nabi S.A.W maka Al-Aswad
mempunyai banyak lagi kelebihan. Dan Adbullah tetap Abdullah. Maka terdiamlah
Al-Awzai.

PERJALANAN HUKUM SYARA PADA ERA AWAL KURUN KEDUA SEHINGGA
PERTENGAHAN KURUN KEEMPAT HIJRAH.

Pada era ini perkembangan Fiqh berada di kemuncaknya. Bahkan pada era ini jugalah
lahirnya pendokong-pendokong mazhab yang muktabar. Perkembangan ilmu pada era ini
bukan sahaja terhad kepada perkembangan fiqh dan ilmu-ilmu agama semata-mata,
bahkan perkembangan ilmu turut meliputi bidang sains, falsafah, satera, sejarah dan lain-
lain. Pada era ini juga bermulalah era penulisan buku, penterjemahan kitab-kitab dan
penyusunan masalah-masalah ilmu. Para ulamak juga turut membahaskan ilmu yang
bukan di dalam agama tetapi bersangkutan dengan Islam, seperti ilmu bahasa, ilmu nahu,
ilmu hadith, arudh, sastera dan sejarah.

Faktor mendorong perkembangan ilmu pada era ini.

1. Keprihatinan pemerintah terhadap ilmu Fiqh dan Ulamak-ulamaknya.

Para pemimpin era Abbasiyah tidak terlalu memikirkan politik dan pembinaan negara
semata-mata berbanding dengan era sebelumnya. Bahkan mereka menitik beratkan soal
ilmu dan perkembangan agama. Sehingga boleh dikatakan setiap daerah dan pelusuk
negeri mempunyai tempat pengajian agama. Golongan pemerintah juga mengutamakan
pemimpin-peminpin dari golongan ulamak dan meletakan mereka berperanan di dalam
masyarakat. Selain dari itu para Khalifah juga menghampirkan diri dan sentiasa
berdamping dengan golongan ulamak.

2. Kebebasan mengeluarkan ijtihad.

Kebebasan mengeluarkan pandangan dan ijtihad di dalam bidang ilmu menyemarakkan
lagi perkembangan fiqh. Perkara ini berlaku kerana pemerintah tidak menghadkan
mazhab yang tertentu yang perlu diikuti dan tidak menetapkan undang-undang yang tetap
bagi sesuatu isu. Justeru membuahkan pelbagai hukum bagi satu isu. Mufti-mufti dan
para mujtahid akan berpegang dengan pandangan yang betul pada pandangan mereka.

3. Banyak berlaku perdebatan.

Seperti yang dinyatakan di dalam kuliyah terdahulu, perdebatan sering berlaku bermula
dari era sahabat sehinggalah era sebelum ini. Pada era ini perdebatan di kalangan ulamak
semakin hebat dan melangkaui pelbagai bidang dan displin ilmu. Hal ini didorong oleh
sebab kemunculan tokoh-tokoh ulamak di dalam pelbagai bidang dan kecenderungan
mereka untuk membuktikan kebenaran sesuatu dakwaan.

4. Pengaruh semasa

Tatkala empayar Abbasiyah meluas dan melangkaui batasan negara dan bangsa, pelbagai
golongan mula mendekati Islam . Dalam masa yang sama mereka turut terpengaruh
dengan adat kebudayaan, resam dan gaya hidup mereka. Maka timbullah persoalan-
persoalan berlegar di sekitar kehidupan harian mereka yang sebelum ini tidak wujud di
dalam Islam. Pada era kegemilangan Empayar Abbasiyah juga, Islam menjadi pilihan
dan penyatuan agama-agama dan bangsa-bangsa yang berada di dalam naungan empayar
Abbasiyah. Dalam keadaan ini berlakulah percampuran di dalam urusan seharian
sehinggalah urusan perkahwinan dan kaitan dengan kehidupan beragama. Adakalanya
wujud perbahasan berkaitan agama begitu juga pertmbungan di antara Islam dan falsafah-
falsafah yang wujud ketika itu.

5. Penyusunan ilmu.

Di antara tanda tebesar perkembangan ilmu pada era ini adalah kemunculan pengarang-
pengarang dan penyususn-penyusun di dalam pelbagai bidang ilmu.

Di antara bidang-bidang penulisan ilmu yang wujud pada era ini seperti Tafsir, Qiraat,
Hadith dan Usul Fiqh


ERA DARI PERTENGAHAN KURUN KEEMPAT SEHINGGA KEJATUHAN
BAGHDAD.

Era ini berlangsung di antara pertengahan abad ke-4 sampai pertengahan abad ke-7 H. Ia
menyaksikan menurunnya semangat ijtihad di kalangan ulama fiqh. Era ini juga disebut
sebagai era Taqlid. Banyak factor yang menyumbang kea rah pembentukan era taqlid ini.
Di antaranya :

i. Keadaan politik yang kucar-kacir, sehingga membawa kepada pembentukan wilayah-
wilayah kecil dibawah pemerintahan yang berbeza.

ii. Kesatuan umat Islam mula digugat sehingga memisahkan hubungan di dalam sebuah
empayar islam yang besar sehingga membentuk negara-negara yang memiliki kuasa
autonomi.

iii. Para pemimpin sibuk dengan hal ehwal politik sehingga mengabaikan hal ehwal ilmu
dan ulamak. Berbeza dengan era yang sebelumnya, keperihatinan para pemimpin
merupakan di antara faktor utama perkembangan fiqh.

Taqlid : Berpegang dengan hokum-hukum tertentu dari mujtahid tertentu, dengan
menganggap ia seolah-olah ketetapan syara yang perlu dipatuhi oleh seoranng muqallid.

Para ulamak pada era ini turut memiliki kehebatan ilmu dan penguasaan alat-alat bagi
mengeluarkan hokum. Walau bagaimanapun mereka lebih selesa duduk di dalam
lingkungan apa yang telah sedia wujud. Di antara factor yang menyumbang ke arah
fenomena taqlid adalah :

Penyusunan kitab-kitab Fiqh.

Penyusunan kitab-kitab fiqh mendatangkan kebaikan di dalam menyimpan khazanah
ilmu para Ulama, tetapi pada sudut yang lain ia meenyebabkan para ulama merasa
cukup dengan apa yang telah tersedia. Bahkan mereka merasakan cukup sekadar
mendokong mazhab-mazhab yang tertentu di dalam mengeluarkan pandangan.. Mereka
merasakan tidak perlu untuk melakukan perkara yang sama seperti generasi sebelumnya.
Mereka mula cenderung menumpukan perhatian terhadap usaha menghurai, mengkritik,
meluaskan atau memendekkan apa yang terkandung di dalam kitab-kitab fiqh yang sedia
ada.

Fanatik Mazhab

Para ulamak sibuk mengembangkan mazhab masing-masing. Di dalam keadaan mereka
sangat berpegang teguh dengan pandangan imam-imam mereka. Ulama ketika itu merasa
lebih baik mengikuti pendapat yang ada dalam mazhab daripada mengikuti metode yang
dikembangkan imam mazhabnya untuk melakukan ijtihad. Fanatik mazhab ini
adakalanya membawa kepada scenario yang tidak sihat di dalam perbezaan pandangan
mazhab. Sehingga sampai tahap menafikan kebenaran mazhab yang lain atau merendah-
rendahkan mazhab yang lain. Timbullah gerakan memburuk-burukan suatu sama yang
lain.

Penutupan pintu ijtihad.

Walau pun ada pelbagai peringkat dan pembahagian ijtihad, kita boleh
membahagikannya kepada dua bahagian iaitu ijtihad mutlak dan ijtihad fi mazhab. Ijtihad
mutlak bermaksud seorang mujtahid mengembangkan metode ijtihadnya secara
sendiri dan mengeluarkan hukum-hukum berdasarkan metodenya. Mereka yang berada di
dalam katogeri ini digelar sebagai mujtahid mustaqil. Menurut sebahagian para ulamak
pada era ini Mujtahid mustaqil telah tiada. Ada sebahagian yang menyatakan, selepas
kewafatan Al-Imam Muhammad ibnu Jarir Ath-Thobari pada tahun 310 H, tiada siapa
pun yang sampai martabat ijtihad yang bebas melainkan terhad di dalam mazhab yang
tertentu. Mereka merasakan ketidak mampuan untuk berdiri dengan pandangan dan
pendapat sendiri melainkan meletakkan diri di dalam keadaan bertaqlid. Walaupun
mereka memiliki kemampuan dan kehebatan yang tidak kurang dibandingkan generasi
sebelumnya.

Polisi pemerintah

Sepanjang era yang lalu, telah dinyatakan Khalifah tidak akan melantik seorang qadhi
melainkan seseorang yang menguasai Al-quran dan As-Sunnah serta mampu untuk
mengeluarkan hokum dan berijtihad. Berbeza di dalam era ini seseorang qadhi hanya
akan dilantik apabila ia cenderung kepada mazhab yang dipilih khalifah. Bagi mereka
yang berhasrat menduduki kerusi qadhi maka mereka perlu berpegang teguh dengan
mazhab yang dipilih oleh seorang khalifah.

Antara sumbangan ulama fiqh pada era ini adalah :

1. Meletakkan illah bagi seseatu hukum ) (.

Pada era ini wujud keadaan andaian-andaian terhadap sesuatu hukum sebelum kewujudan
perkara tersebut. Mereka mengandaikan pelbagai hukum untuk sesuatu isu andaian. Maka
berlakulah proses menghimpun, menyusun dan meletakkannya di dalam kategori yang
sama. Mereka turut berselisih di dalam menentukan sebab atau illah bagi sesuatu hukum.
Dari perbezaan illah hukum inilah lahirnya perbezaan hukum. Akhirnya membawa
kepada pembukaan pintu ijtihad di dalam mazhab. Di antara yang giat menjalankan
usaha-usaha ini adalah mazhab Hanafi. Kitab Al-Imam Muhammad bin Hassan adalah di
antara kitab yang sering diperbahaskan kerana kekurangan illah di dalmnya.

2. Tarjih di antara pandangan yang berbeza di dalam Mazhab.

Tarjih berlaku sama ada melalui riwayah atau dirayah. Dari sudut Riwayah adakalanya
sesuatu isu dinaqalkan melalui jalan yang pelbagai dari imam mazhab. Sebagai
contohnya ada di antara para Imam yang mempunyai pandangan yang berbeza di dalam
sesuatu hokum. Pada mulanya beliau menyebutkan hokum tertentu, kemudian beliau
menarik pandangannya dan mengubah dengan hokum yang baru. Mereka yang
meriwayatkan pandangan pertama adakalanya tidak mengetahui pandngan yang kedua
dan terus berpegang dengan pandangan tersebut. Maka perbezaan ini mengundang
ulamak di dalam era ini untuk mentarjihkan di antara kedua-dua pandangan tersebut.
Selain dari itu adakalanya juga sesuatu hokum itu dilihat dari sudut pandang yang
berbeza. Samada ia dilihat dari sudut hokum sebenarnya atau dari sudut ihtiyat. Juzteru
membuahkan 2 hukum yang berbeza. Maka ulamak pada era ini mentarjih satu di antara
duanya.

Manakala dari sudut dirayah, para ulamak di dalam era ini mentarjihakan di antara
pandangan Imam mazhab dan pandangan anak-anak muridnya. Sama ada perbezaan
Imam dengan anak muridnya atau perbezaan di antara anak muridnya. Di dalam contoh
yang lebih jelas. Di dalam mazhab syafie apabila berlaku pertembungan di antara
Riwayat Imam Rabi dan riwayat imam Muzani, maka riwayat Imam Rabi ditarjihkan.

3. Menyokong mazhab-mazhab tertentu.

Wujud pada era ini golongan Ulama yang mendokong sepenuhnya mazhab-mazhab yang
mereka ikuti. Mereka melakukan pelbagai cara bagi membantu dan menguatkan mazhab
yang mereka ikuti. Justeru terhasilllah kitab-kitab Manaqib yang menceritakan kelebihan-
kelebihan Ulama-ulamak tertentu. Perkembangan ini juga turut membawa kepada
penghasilan kitab-kitab perbandingan di antara mazhab. Mereka menghimpunkan
pandangan pelbagai mazhab di dalam sesuatu isu dan mentarjihkan Selain dari penulisan
kitab-kitab perbandingan mazhab, perbezaan pandangan di antara mazhab juga
mewujudkan majlis-majlis debat mempertahankan pandangan dan mazhab tertentu.
Sebagai contohnya :

Imam Ibnu Arabi menyebutkan di dalam kitab Al-Ahkam : Diceritakan kepada kami
berlaku suatu perdebatan di Masjid Al-Q=Aqsapada tahun 487H di antara Al-Imam Az-
Zuzani dan Al-Imam Atho Al-Maqdisi berkenaan hukuman terhadap orang kafir kerana
membunuh seorang Muslim.
Al-Imam Az-Zuzani : Dia hendaklah diqisas, berdasarkan dalil :
Og^4C 4g~-.- W-ONL4`-47 =Ug-7
N7^OU4 O=^- O) OUu^- W
OO+4^- @O+4^) :E^-4
glE^) _/6^1-4 _/6^1) _
;}E 4O>NN N. ;}g` gO1= E7/E*
lv4:gE> NOuE^)
v7.-E14 gO^O) }=O;O))
ElgO -Og^C` }g)` 7)O OE;O4O4
^}E OE4-;N- Eu4 ElgO N-
R-EO4N _1g ^_g
Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas"
(balasan Yang seimbang) Dalam perkara orang-orang Yang mati dibunuh iaitu: orang
merdeka Dengan orang merdeka, dan hamba Dengan hamba, dan perempuan Dengan
perempuan. maka sesiapa (pembunuh) Yang dapat sebahagian keampunan dari
saudaranya (pihak Yang terbunuh), maka hendaklah orang Yang mengampunkan itu)
mengikut cara Yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula)
hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian
itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. sesudah
itu sesiapa Yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab
seksa Yang tidak terperi sakitnya.
17

Ayat ini umum pada semua pembunuhan samaada ia muslim atau kafir.

Al-Imam Atho Al-Maqdisi : Apa yang Syeikh hujahkan tidak boleh dikira hujah dalam
3 keadaan.

i. Allah menyebutkan : , disyaratkan persamaan di dalam
mengenakan tindakan. Tiada persamaan di antara kafir dan muslim. Kafir rendah
kedudukan dan darjatnya.

ii. Allah mengikat hujung ayat dengan awal ayat. Maka maksud ayat menjadi jelas
dengan kefahaman keseluruhan ayat. Tatkala Allah menyebutkan hamba dengan
hamba, merdeka dengan merdeka, maka hamba tidak di samakan dengan merdeka
kerana kerendahan martabatnya. Maka Kafir adalah lebih utama direndahkan
martabatnya berbanding Islam.

iii. Kemudian Allah menyebutkan : . di antara islam dan kafir
tiada persaudaraan. Maka jelas menunjukan dalil tersebut tidak termasuk di dalam
isu ini.

Imam Az-Zuzani : Bahkan dalil itu adalah benar. Apa yang kamu pertikaikan tidak
menjejaskan sedikit pun pandangan saya. Di dalam ayat menuntut persamaan. Ya kerana
persamaan itu untuk orang Islam. Tetapi untuk orang kafir tidak dituntut persamaan itu.

17
Al-Baqarah : 178
Bahkan perbahasan mereka sangat panjang memadai penulis menukilkan sebahagian
darinya sebagai contoh.

Sebagai kesimpulannya, walaupun era ini dikenali sebagai era taqlid, perkembangan
hokum tetap berlaku. Pada era inilah bermulanya penulisan kitab-kitab tokoh al-
manaqib dan penulisan kitab-kitab perbezaan mazhab Fiqh Al-Muqaranah. Kedua-
dua katogeri kitab ini memberikan sumbangan yang sangat besar di dalam memahami
hokum dalam konteks kepelbagaian mazhab dan di dalam keadaan isu-isu yang yang
muncul sepanjang zaman.

ERA JUMUD DAN KEMUNDURAN

Era ini berlangsung dari perrtengahan kurun ketujuh sehingga kurun yang ke-13 Hijrah.
Perkembangan fiqh pada era ini seolah-olah tiada pergerakan dan berada pada tahap yang
paling teruk. Walau bagaimanapun era ini merupakan yang paling panjang di dalam
sejarah perjalanan hokum. Pada era yang sebelumnya kita melihat, bagaimana para
ulamak cenderung terhadap mengeluarkan illah, tarjih, tahrij dan sebagainya. Ia sangat
berbeza dengan era kejumudan dan kemunduran ini, para ulamak tidak cenderung
terhadap perkara yang sama, walau pun mereka mempunyai kemampuan dan keupayaan
untuk berijtihad. Di dalam bidang penulisan juga mengalami kemunduran. Tidak banyak
kitab-kitab baru dihasilkan. Mereka lebih tertumpu terhadap usaha menghafal kitab-kitab
yang sedia ada.

Usaha ulamak pada era ini.

i. Menulis matan-matan.

Matan merupakan ringkasan dan singkatan dari penulisan yang panjang. Pada era ini para
ulamak sangat menekankan tentang penghafalan dan penjagaan matan. Di kalangan
mereka sangat berpegang dengan kata-kata :


Barang siapa menghafal matan-matan maka dia menguasai ilmu.

Gaya penulisan begini tidak pernah wujud sebelumnya melainkan pada fasa yang kedua
di dalam era ini.

ii. Penulisan syarah, hasyiah dan taliq.

Syarah : Huraian terhadap maksud-maksud pengistilahan yang dinyatakan oleh ulamak
terdahulu.

Hasyiah : Huraian nota kaki yang ditulis bagi menghurai maksud sesuatu istilah, apabila
syarah gagal menjelaskan maksud yang dikehendaki.

Taliq : Komentar yang diberikan terhadap sesuatu isu, apabila hasyiah tidak memadai
dan tidak sampai kepada kemahuan ulamak yang meletakkan hasyiahn pada kitab
tertentu.

LAHIRNYA MUJADDID

Ketentuan Allah S.W.T sepanjang zaman, dengan tidak membenarkan manusia
berterusan berada di dalam keadaan kegelapan. Pasti akan wujud sinar dihujung
kegelapan. Setelah selesai gelap malam, akan muncul matahari. Era jumud dan mundur
ini diterangi dengan munculnya bintang-bintang yang bersinar. Mereka berperanan
menyedarkan manusia akan kegelapan yang sedang mereka berada di dalamnya. Di
antara bintang yang bersinar pada era ini adalah :

i. Syeikh Al-Islam Ahmad ibnu Abdul Halim ibnu Taimiyah digelar dengan taqiyuddin,
wafat pada tahun 728 H.

ii. Al-Imam Abu Muhammad ibnu Abi Bakar Syamsuddin ibnu Qayyim Al-Jauziyah,
wafat pada tahun 751. Beliau merupakan anak murid Syeikh Al-Islam Ibnu Taimiyah.

Faktor kejumudan dan kemunduran era ini .

i. Ketegangan politik di dalam negara-negara Islam.
ii. Para ulamak cendrung terhadap pengajian kitab-kitab fiqh yang ditulis era sebelumnya.
iii. Para ulamak dikekang dari menjalankan ijtihad.
iv. Wujudnya penulisan-penulisan yang menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami.
Maka para ulamak sibuk merungkai dan memahami istilah-istilah tersebut.

ERA KESEDARAN DAN KEBANGKITAN SEMULA FIQH.
Era ini bermula dari akhir kurun ke-13 sehinga sekarang. Ia memaparkan munculnya
tokoh-tokoh yang berwibawa membawa fiqh ke suatu arah yang tersendiri. Walau pun
era ini tidaklah segemilang era-era yang terawal tetapi ia tetap mempunyai keistimewaan
tersendiri berbanding era yang sebelumnya. Fiqh berjalan dengan nafas dan wajah yang
baru. Berjalan seiring dengan perkembangan dan kemajuan manusia di dalam pelbagai
bidang .

Elemen kemajuan fiqh di dalam era ini.
i. Pembelajaran Fiqh Islami secara tersusun.
ii. Pengkanunan fiqh Islami di dalam negara-negara Islam/

1. Pembelajaran Fiqh secara tersusun.

Para ulamak meletakkan keutaman terhadap pembelajaran dan pengkajian fiqh pada era
ini. Mereka mula menulis dan mengeluarkan pandangan-pandangan segar di dalam isu-
isu semasa sesuai dengan perkembangan manusia. Di antara kejayaan yang dapat dicapai
di dalam era ini di dalam bidang pembelajaran fiqh adalah :

i. Keperihatinan para ulamak terhadap mazhab-mazhab muktabar dan pandangan-
pandangan ulamak muktabar tanpa membezakan di anatara mereka.

Pada era yang lalu telah dinyatakan keadaan fiqh dikekang mengikut citarasa pemerintah.
Para qadhi yang dilantik perlu mengeluarkan pandangan berdasarkan mazhab pilihan
khalifah. Pada era ini keadaan jauh berbeza. Para qadhi bebas mengeluarkan pandangan
menurut mana-mana mazhab-mazhab dan pandangan ulamak yang muktabar. Manakala
di Universiti-universiti para Mahasiswa bebas memilih untuk mendalami mana-mana
mazhab fiqh yang diinginkan. Bahkan pembelajaran fiqh perbandingan ditawarkan. Dari
sudut tarjih, pandangan yang ditarjihkan adalah mengikut perbahasan dalil dan pendalilan
bukan sekadar kecenderungan kepada mazhab-mazhab tertentu. Bahkan adakalanya
pandangan-pandangan yang selama ini tidak diketengahkan turut dibincangkan. Hal ini
berlaku kerana pada era sebelumnya pandangan tersebut diketepi kerana tidak
mempunyai pendokong yang kuat untuk memperjuangkannya walaupun ia merupakan
suatu pandangan yang kuat. Pendedehan pemikiran dan idea yang pelbagai ini melahirkan
pelajar-pelajar yang lebih kritis, terbuka minda dan berkemampuan tinggi.

ii. Kepeihatinan terhadap perbahasan topiK-topik yang berfaedah.

Era kejumudan berlalu dengan meperlihatkan kecenderungan para ulamak meringkaskan
kitab-kitab dan ilmu-ilmu. Hasil usaha mereka kurang memberikan impak yang besar.
Perbahasan hanya berlegar di sekitar matan-matan. Manakala pada era ini tumpuan
diberikan kepada asas utama masalah. Mereka tidak sekadar melihat kepada kaedah
pemeliharaan ilmu, tetapi melihat kepada ilmu itu sendiri. Kitab-kitab turath mula
menjadi bahan pengkajian dan penelitian. Peralihan tumpuan kepada kitab-kitab turath
yang penuh keunggulan turut mengubah jatidiri pengkaji dengan menghayati jatidiri
unggul ulamak di zaman keemasan.

iii. Keperihatinan terhadap fiqh perbandingan.

Ulamak pada era ini turut memberikan tumpuan terhadap fiqh perbandingan.
Perbandingan dibuat di antara mazhab dan adakalanya perbandingan juga berlaku di
antara pandangan-pandangan ulamak di dalam mazhab yang sama. Adakalanya juga
perbandingan turut berlaku di anatara hokum fiqh dan undang-undang manusia. Di dalam
era ini juga banyaknya berlaku muktamar-muktamar yang membahaskan isu-isu utama
dan dilihat dari pelbagai pandangan mazhab dan pendapat para ulamak .

iv. Penubuhan Institut penyelidikan ) ( dan penghasilan ensiklopedia fiqh (
) .

Institut Penyelidikan Universiti Al-Azhar ) (

Institut Penyelidikan Islam adalah entiti tertinggi di dalam penyelidikan Islam. Ia
menjalankan kajian terhadap segala yang berkaitan dengan bidang penyelidikan Islam
dan memperbaharui thaqafah Islamiyah. Ia ditubuhkan pada tahun 1961 di Kaherah,
Mesir. Institut ini menghimpunkan ramai pakar-pakar di dalam bidang mereka bagi
menjalankan penyelidikan. Universiti Al-Azhar juga memainkan peranan dalam
melahirkan modal insan yang berkualiti di dalam melaksanakan tugas berkaitan. Institut
Penyelidikan Islam mempunyai berberapa badan atau lajnah utama. Di antaranya :
Lajnah Al-Quran Al-Karim.
Lajnah Penyelidikan fiqh.
Lajnah kitab-kitab turath.
Dan lain-lain.
Manakala seseorang yang dilantik mnjadi ahli Majlis Institut Penyelidikan Islam perlu
memiliki syarat-syarat berikut :
Umur tidak kurang dari 40 tahun
Dikenali sebagai seorang yang wara dan bertaqwa.
Berkelulusan tinggi dari Universiti Al-Azhar atau maahad-maahadnya.
Pernah mengeluarkan kajian berkualiti di dalam bidang keilmuan dan thaqafah
Islam.

Ensiklopedia Fiqh Kuwait.

Objektif utama penghasilan ensiklopedia ini adalah bagi menyemarakan perkembangan
fiqh di dalam negara Kuwait dan dunia Islam secara umumnya. Para ulamak yang diakui
dan diiktiraf keilmuannya diberikan ruang untuk mengutarakan pandnagan mereka di
dalam pelbagai isu di dalam ensiklopedia ini. Segala permasalah disusun mengikut
susunan abjad bagi memudahkan para pengkaji membacanya.

2. Pengkanunan hukum-hukum fiqh ) (.

Perkataan () merupakan bentuk masdar dari (

), yang bererti membentuk undang-


undang. Maka boleh kita fahami taqnin al-ahkam bererti mengumpulkan hukum-hukum
dan kaedah-kaedah penetapan hukum (tasyri) yang berkaitan dengan masalah tertentu,
menyusunnya secara sistematik, serta mengungkapkannya dengan ayat-ayat yang tegas,
ringkas, dan jelas dalam bentuk bab, dan fasal. Kemudian disusun menikut nomor secara
berurutan. Penyusunan ini bertujuan menetapkannya sebagai undang-undang atau
peraturan. Undang-unang atau peratutran ini kemudiannya disahkan oleh pemerintah,
sehingga wajib para qadhi melaksanakannya di dalam mengeluarkan hokum. Dengan
demikian dapat disimpulkan bahawa taqnin adalah proses legalisasi fiqh Islam ke dalam
bentuk undang-undang yang berlaku di suatu Negara. Di Malaysia kita menyebutnya
sebagai enakmen atau akta.

TOKOH-TOKOH FIQH ERA BARU

Syeikh Dr Wahvah Az-Zuhaili.

Beliau dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun 1932. Pengajian menengahnya di
Syria, kemudian ke peringkat Universiti di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah Aliyah
(B.A) di al-Azhar pada tahun 1956 dalam bidang Syariah Islam. Kemudian
menyambung pengajian ke peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di
Universiti Kaherah (Cairo University). Sejak selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi
pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor.
Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh
Perbandingan). Telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam.
Karya beliau yang termasyhur ialah al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang merangkumi
semua bab Fiqh meliputi 9 jilid besar.Karya-karya beliau yang lain ialah;
1.
2.
3.
4.

Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi

Beliau adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan
ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research)
dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of
Muslims Scholars). Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau
mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-
Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki
Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang
ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada
Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954. Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian
Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran
dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan
hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya
dalam Penyelesaian Masalah Sosial). Beliau memberikan sumbangan yang sangat besar
terhadap dunia fiqh moden dengan pelbagai tulisan dan fatwa yang bermanfaat.

As-Syahid Abdul Kadir Audah (Hakim yang syahid: 1906-1954)

Sheikh Abdul Kadir Audah merupakan tokoh gerakan Islam kontemporari, Daei Islam di
zaman moden dan pemimpin besar Ikhwanul Muslimin. Beliau seorang ulama fiqh,
hakim yang berpengalaman dan seorang pakar dalam bidang perundangan. Buku beliau
yang terkenal, at-Tasyri al-Jinai fil Islam Muqarrinan bil Qanun al-Wadhi telah
menjadi fenomena dan mencipta perubahan yang besar pada pemikiran kaum intelektual
di Mesir kerana buku ini telah memperlihatkan keunggulan Undang-undang syariat atas
undang-undang konvensional. Ianya telah menjadi rujukan ulama, ahli fikah, pengamal
undang-undang dan pensyarah di pelbagai universiti. Ketika pemerintah menjatuhkan
hukuman mati terhadap beliau dan 6 orang sahabatnya, Hakim As-Syahid Abdul Kadir
Audah maju ke tiang gantung dengan berani dan mendekatkan diri kepada Allah
menerima ketentuan-Nya. Perkataan yang beliau ucapkan sebelum perlaksanaan
hukuman itu dan ruhnya mengadap Allah Darahku akan menjadi laknat atas pemimpin
Revolusi.

Muhammad Abu Zahrah (1898-1974M)

Nama penuhnya ialah Muhammad Ahmad Mustafa Abu Zahrah dilahirkan pada 29 Mac
1898M di Mahallah al-Kubra, Mesir. Keluarganya adalah sebuah keluarga yang
memelihara adab-adab agama dan nilai-nilai Islam. Ketika berusia sembilan tahun, beliau
telah menghafal al-Quran. Pada tahun 1916, beliau memasuki Sekolah Kehakiman
Syariah, Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1907 dan hanya mengambil pelajar yang
cemerlang. Kolej ini dibina bertujuan melahirkan ahli feqah yang semasa dan pratikal
yang bersesuaian dengan realiti masyarakat bagi mengisi jawatan hakim syari di Mesir.
Namun malangnya, kolej ini ditutup pada tahun 1923 dan pelajar-pelajar di pindahkan ke
Dar Ulum, Kaherah. Hanya beberapa pelajar yang dibenarkan tamat sehingga tahun 1925.
Apabila tamat di kolej tersebut, beliau memasuki Institut Latihan Kehakiman untuk
menjadi peguam selama setahun. Pada tahun 1927, beliau belajar di Dar Ulum selama
enam bulan bagi membolehkan ia memasuki peperiksaan bagi mendapat Sijil Dar Ulum.
Muhammad Abu Zahrah meninggal dunia pada petang hari Jumaat pada 12 April 1974 di
Rumahnya di Zaitun, Kaherah ketika berumar 76 tahun. Beliau memberikan sumbangan
yang besar di dalam isu Ahwal Syahsiah.

Mustafa al-Zarqa (1907-1999M)

Mustafa bin Ahmad bin Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin Abdul Qadir al-
Zarqa dilahirkan di kawasan bernama Banqusah, Halab, Syria pada tahun 1907M.
Melihat kepada manhaj dan cara pembelajaran yang dilalui oleh Mustafa serta bidang
yang diceburi, maka Mustafa mempunyai kepakaran dalam bidang berikut :

i. Fiqh. Mustafa belajar fiqh Hanafi secara serius dan mendalam menyebabkan beliau
seorang yang pakar dalam bidang fikah Hanbali. Dalam mazhab Hanbali, beliau telah
membuat tarjih di antara pandangan-pandangan ulama mazhab serta mengeluarkan fatwa
dan ijtihadnya sendiri. Walaupun beliau pakar dalam mazhab Hanafi tetapi beliau juga
pakar dalam mazhab-mazhab yang lain seperti mazhab Maliki, Hanbali dan Syafie. Oleh
itu itu, didapati beliau dapat menguasai fikah perbandingan.
ii. Undang-Undang. Secara khususnya Mustafa adalah pakar dalam undang-undang
Sivil dan undang-undang kekeluargaan. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi
peguam yang menyebabkan dapat menguasai teks undang-undang dengan baik.

Di antara tinggalan beliau :

-
-
-

PERKEMBANGAN MAZHAB FIQH DI MALAYSIA.

Untuk mengetahui sejarah perkembangan hukum di Malaysia maka kita perlu mengetahui
sejarah kemasukan Islam ke Malaysia. Menurut Prof Madya Dr Abdul Halim El-
Muhammady :
18
Penentuan tarikh kedatangan Islam ke Malaysia belum mendapat kata

18
Pengaruh Fiqh ShafiI dalam Pemikiran Masyarakat Melayu di Malaysia : Kertas kerja
yang dibentangkan dalam Seminar Hukum Islam Semasa V, Menilai Realiti, Penghayatan dan
sepakat di kalangan ahli sejarah, cuma secara umumnya mereka menerima bahawa
kedatangan Islam ke sebelah sini di antara abad ke 13M dan 14M. Walau
bagaimanapun, penemuan-penemuan baru pada batu-batu bersurat yang dijumpai di
Pahang, Kedah dan mata wang emas di Kelantan ada menunjukkan bahawa kedatangan
Islam ke Malaysia adalah tarikhnya lebih awal dari apa yang telah ditentukan
sebelumnya.
Bukan sekadar tarikh tepat tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu tidak
disepakati, bahkan tempat asal kedatangan pendakwah-pendakwah ke Tanah Melayu juga
tidak disepakati. Walaubagaimanapun penulis lebih cenderung kepada pandangan yang
mengatakan pendakwah-pendakwah yang datang ke Tanah Melayu berasal dari timur
tengah atau negara arab berdasarkan berberapa bukti, seperti penggunaan tulisan jawi,
gelaran-gelaran keturunan Arab seperti Syed dan Syarifah, pengaruh kalimah Arab di
dalam bahasa Melayu dan lain-lain seperti yang disebutkan oleh ramai pengkaji-pengkaji.
Pengaruh Mazhab ShafiI di Malaysia
Seperti yang telah dibahaskan di dalam bab yang sebelum ini, pada pertengahan kurun
keempat sehingga akhir kurun ketujuah adalah era kemunduran dan kejumudan Fiqh.
Tiada mazhab-mazhab baru yang dibentuk melainkan meluaskan pengaruh mazhab-
mazhab yang telah sedia ada. Berdasarkan pelbagai kajian yang dilakukan ramai
bersetuju menyatakan bahawa Tanah Melayu terpengaruh kepada mazhab Syafie.
Adapun pengaruh kepaa pandangan mazhab dab aliran yang lain adalah di dalam jumlah
yang kecil. Walau pun penulis tidak dapat memastikan secara jelas siapakah individu
utama yang berperanan membawa pengaruh mazhab Syafie ke Tanah Melayu, pengaruh
mazhab syafie di Malaysia boleh dibuktikan dengan berberapa perkara di antaranya :
1. Kitab-kitab yang diajarkan dan menjadi rujukan.

Prospek Fiqh Syafie di Malaysia anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 22-23hb
Ogos 2007.

Kitab-kitab ini menjadi bacaan, pembelajran dan rujukan kepada seluruh masyarakat di
Malaysia. Samada pembelajaran secara formal di sekolah-sekolah rasmi atau
pembelajaran secara tidak formal di pondok-pondok, di surau-surau atau di masjid-
masjid. Ini merupakan bukti jelas menunjukan keseluruhan masyarakat di Malaysia
berpegang denggan pandangan mazhab syafie walaupun adakalanya pembelajaran secara
formal di sekolah-sekolah tidak menyebutkan bahawa mazhab yang dipelajari adalah
mazhab syafie. Di antara contoh kitab-kitab yang dibaca, dipelajari dan menjadi rujukan
setiap lapisan masyarakat Islam di Malaysia adalah :
1. Kitab-kitab karangan ulamak Nusantara :
i. Karangan Sheikh Dawud b. Sheikh Abdullah al-Fatani.
o Munyat al-Musalli.
o Kitab Furu al-Masail.
ii. Karangan Sheikh Muhammad b. Ismail Dawud Fatani.
o Kitab al-Bahr al-Wafi wa al-Nahr al-Safi.
o Matla al Badrain.
iii. Karangan Sheikh Muhammad Arshad b. Abdullah al-Banjari.
o Kitab Sabil al-Muhtadin Li Al-Tafaquh fi Amr al-Din.

2. Kitab-kitab karangan Ulamak Muktabar.
i. Karangan Al-Imam Abu Shuja.
Al-Ghayah At-Taqrib.
ii. Karangan Al-Imam An-Nawawi.
Minhaj al-Talibin.
iii. Karangan Al-Imam Zain al-Din al-Malibari.
Fath al-Muin.
iv. Karangan Al-Imam Qalyubi wa Umairah.
Al-Mahalli.
v. Karangan Al-Imam Sayyid al-Bakri.
Ianat al-Talibin.
vi. Karangan Al-Imam Zakaria al-Ansari.
Fath al-Wahab bi Sharh Minhaj al-Tullab.
2. Perundangan
Menurut pandangan Prof Madya Dr Abdul Halim El-Muhammady Kesan Islam dan
aliran mazhab ShafiI ini bukan sahaja mempengaruhi masyarakat umum malah ia juga
mempengaruhi sistem keadilan Negara kerana sebelum kedatangan penjajah, undang-
undang Islam diamalkan di negeri-negeri Melayu. Sejak dari abad kelima belas apabila
undang-undang Melaka iaitu Kanun Melaka dan Kanun Laut Melaka digunapakai di
negeri Melaka. Kanun ini digubal lebih kurang pada tahun 1444 mengikut kenyataan
Richard Winstedt. Demikian juga undang-undang Pahang iaitu Kanun Pahang yang
digunapakai pada masa pemerintahan Abdul Ghafur di abad keenam belas. Kedua-dua
undang-undang ini mengandungi pelbagai bidang perundangan, keluarga, jenayah,
muamalat, antarabangsa, prosedur, keterangan dan sebagainya. Undnag-undang ini
adalah beraliran Mazhab Shafii.
Berdasarkan pengalaman penulis yang pernah bertugas di Jabatan Mufti kerajaan Negeri
Sembilan, melihat kebanyakan fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan Mufti Negeri
Sembilan dan Jabatan Mufti negeri-negeri adalah bersandarkan kepada pandangan
mazhab Syafie. Keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah
Fatwa Kebangsaan, pandangan-pandangan tokoh-tokoh agama dan enakmen-enakmen
yang berkaitan dengan Agama Islam juga tidak lari dari lingkungan pengaruh Mazhab
Syafie.

Anda mungkin juga menyukai