Anda di halaman 1dari 3

WAHAI ANAKKU

Mohd Khir Johari bin Abas


Wahai Anakku
Barang siapa yang tidak beramal tidak akan memperolehi ganjaran. Diriwayatkan kisah
seorang lelaki dari Bani Israel beribadah kepada Allah selama 70 tahun. Allah berkehendak
memuliakan lelaki ini dikalangan para malaikat. Diutuskan kepada lelaki tersebut satu
malaikat agar mengkhabarkan kepadanya dengan amalan yang sedang dilakukannya sekarang
tidak melayakkan untuk memasuki syurga. Apabila disampaikan sedemikian, lelaki itu
berkata : Kami diciptakan untuk tujuan beribadah, maka sewajarnya kami beibadah
kepadanya. Apabila malaikat itu kembali bertemu Allah dia berkata : Wahai tuhan, engkau
mengetahui apa yang telah dikatakannya. Allah berfirman : Dengan sedemikian pun dia
tidak berpaling dari melakukan ibadah kepadaku, aku ( Allah ) yang mempunyai kemulian
sekali-kali tidak akan berpaling daripadanya. Persaksiakanlah wahai malaikat, telah aku
ampunkan segala dosa-dosanya.
Nabi S.A.W bersabda :

Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab. Timbanglah dirimu sebelum kamu ditimbang.
Imam Ali berkata :

Barang siapa menyangka tanpa kesungguhan dia akan masuk kesyurga, maka dia adalah
orang yang berharap. Barang siapa menyangka dia akan samapi dengan berusaha
bersungguh-sungguh maka dia terlalu yakin
Berkata Imam Hasan R.H : memeohon syurga tanpa amalan, adalah dosa daripada dosa-dosa.
Dan katanya : Tanda-tanda hakikat yang sebenarnya adalah meninggalkan mulahazah amal,
bukannya meninggalkan amal.
1


1
Kata Al-Imam Ibnu Athillah As-Sakandari :

Maksudnya:"Sebahagian tanda berpegang (manusia) atas amal, ialah kurang harapannya kepada
Allah ketika terjadi kesalahan-kesalahan".

Bergantung dengan Allah adalah di antara sifat Al-Arifin. Manakal bergantung dengan selainnya
adalah sifat orang Jahil yang sentiasa lalai. Golongan Al-Arifin tatkala dibentangkan dengan
Nabi S.A.W bersabda :

Orang yang bijaksana adalah orang yang sentiasa memuhasabah diri dan beramal untuk
sesudah kematian, Orang yang bodoh adalah orang yang mengikut hawa nafsunya dan
beraharap kepada Allah dengan pelbagai harapan.
Wahai anakku
Berapa malam yang telah kamu hidupkan dengan mengulang-ngulang ilmu dan
mengulangkaji kitab-kitab. Dengan sebab itu kamu mengharamkan tidur ke atas dirimu. Aku
tidak tahu apakah pendorong yang menyebabkan kamu berbuat sedemikian. Seandainya niat
kamu untuk memperolehi sedikit habuan dunia, memperolehi hartanya, menikmati jawatan
dunia dan untuk berbangga di anatara sahabat dan teman, maka celakalah diatas dirimu dan
cilakalah. Seandainya niat mu adalah untuk menghidupkan syariah Nabinya, memperbaiki
akhlak dan melemahkan nafsu ammarah bi suuk, maka berbahagialah bagimu.
Benarlah kata-kata penyair yang menyatakan :

Ertinya :
Berjaga malam kalau bukan kerana zatMu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana
kehilanganMu adalah tidak berguna.

Wahai Anakku

Hiduplah semahumu kerana kamu akan mati, cintailah sesiapa yang kamu mahu, maka
sesungguhnya kamu akan meninggalkannya. Lakukankan apa yang kamu mahu kerana kamu
akan diberikan balasan.
Wahai Anakku.

kelebihan dan keistimewaan maka mereka fana tentang dirinya. Mereka hanya melihat Tuhannya di
dalam setiap perkara. Apabila mereka duduk di dalam kedukacitaan mereka melihat itu adalah di
antara hak Tuhannya yang perlu disempurnakan. Sepertimana mereka kekal di dalam ketaatan tatkala
mendapat nikmat mereka tetap kekal di dalam ketaatan tatkala mendapat kedukaan. Tiada beza di
antara dua keadaan. Samada dalam keadaan berduka atau berada di dalam keadaan kegembiraan.
Apakah yang kamu perolehi daripada mempelajari ilmu kalam, ilmu perdebatan, ilmu
perubatan, syair-syair, bintang-bintang, arudh, nahu, tasrif, dan sebagainya melainkan
membazirkan waktu dengan bercanggahan dengan kemahuan Allah.
Aku meneliti di dalam kitab Injil , Nabi Isa A.S bersabda : Daripada waktu jenazah
dibaringkan sehinggalah diletakkan di liang kubur, Allah akan bertanya kepadanya 40
soalan. Yang pertamanya ; Wahai hambaku kamu membersihkan pandangan manusia
kepadamu bertahun-tahun lamanya. Dan kamu tidak membersihkan pandanganKu padamu
walaupun seketika. Setiap hari ia melihat kepada hatimu dan berkata : Apa yang kamu
perbuat untuk selainKu. Sedangkan kamu diliputi dengan kebaikanku,ataupun kamu pekak
sehingga kamu tidak mendengar!
Wahai Anakku
Ilmu tanpa amalan gila, dan amal tanpa ilmu tidak menjadi.
Ketahuilah bahawa ilmu tidak menjauhkan dirimu dari maksiat-maksiat hari ini. Dan tidak
membawamu kepada ketaatan. Dan tidak menjauhkan kamu dari apai neraka Allah esok.
Seandainya kamu tidak beramal hari ini, kamu tidak akan mampu beramal dengan hari-hari
yang telah berlalu. Kelak di hari kiamat kamu akan berkata :


Kembalikan kami untuk kami melakukan amal soleh.

Anda mungkin juga menyukai