Anda di halaman 1dari 6

Solat Ubat Kepada Penyakit Sosial

Mohd Khir Johari bin Abas


Pensyarah
Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Ungku Omar.
khrjohari@yahoo.com
1

Pendahuluan
Pelbagai kajian yang dijalankan mengkaji tentang penyakit masyarakat dan pelbagai

kaedah diutarakan bagi menyelesaikannya. Pengkaji hanya memfokus satu dari berberapa titik
kajian yang berharga itu. Ilmu Psikologi melihat bahawa tindak balas manusia dan reaksinya
berpunca dari personaliti yang celaru, jiwa tidak tenang, kekusutan minda dan seumpamanya.
Keseluruhan penyakit terebut terfokus kepada jantung. Dalam masa yang sama Islam melihat
jantung memainkan peranan penting dalam solat. Jantung adalah tempat yang melahirkan
khusyu. Justeru pengkaji ingin melihat hubungkait Solat-Jantung-Penyakit sosial.
2

Pensyariatan berasakan kemaslahatan.


Para ulamak Usul Fiqh dan Fiqh berkonsensus bahawa maslahah adalah inti kepada

pensyariatan,1 bermatlamat menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia dalam


perlaksanaannya. 2 Setiap hukum yang dipertanggungjawabkan ke atas mukallaf mengandungi
hikmah tersembunyi yang membawa kebaikan atau menghindarkan kemudharatan 3 dunia dan
akhirat, bersumberkan al-Quran dan al-hadith.4

Ahmad Munif Suratmaputra, Filsafat Hukum Islam Al-Ghazali Maslahah Murslah dan Rilevensinya dengan
Pembaharuan Hukum Islam, ( Jakarta : Penerbit Pustaka Firdaus, 2002) 1. Yusuf al-Qaradhawi, fiqh Maqasid
,79. Izz al-Din ibn Abd Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, ( Damsyiq : Dar al-Qalam, 2000), 14.
Najm al-Di al-Tufi, Risalah fi riayah al-Maslahah, (Kaherah : al-Dar al-Masriyah al-Lubnaniyah, 1993) 25. AlAmidi (1387H),al-Ihkam Fi Usul al-Ahkam,( Riyadh : Dar al-SamiI, 2003), 3: 339-340. Muhammad Abu Zahrah
,Usul al-Fiqh ( Kaherah : Dar al-Fkr al-Arabi, t.t), 277. Yusuf al-Qaradhawi, Madkhal li al-Dirasah al-Syariah alIslamiyah,(beirut : Muassasah al-Rislah, 1993), 53.
2
Abd al-Karim al-Zaydan, al-Madkhal li Dirasah al-Syariah al-Islamiyah, ( Iskandariah : Dar Umar al-Khattab,
t.t ) 46-49, 202. Muhammad Salam Madkur, Usul al-Fiqh al-islam, cet1 ( Kaherah : Dar al-Nahdah al-Arabiya,
1976) 173. Al-Razi, Fakhr al-Din Muhammad bin Umar, al-Mahsul, ( Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyah, t.th ),
2:434. Al-Ghazali, Abi Hamid bin Muhammad bin Muhammad, Al-Mustasfa min Ilm al-Usul, ( Beirut :
Muassasah al-Risalah, 1997 ), 1:416. Izz al-Din ibn Abd Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, (
Damsyiq : Dar al-Qalam, 2000),7
3
Selamat Hashim, Maslahah Dalam Perundangan Hukum Syarak, ( Skudai : Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia, 2010 ), 55
4
Mohd Nazri bin Asiabu, Penggunaan Maslahah Dalam Fatwa : Kajian Kes Bagi Fatwa-Fatwa Yang
Dikeluarkan Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, (Disertasi Sarjana Syariah, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 2004), 16-20

Melalui penelitian secara induktif mendapati para ulamak menjadikan maslahah


sebahagian dari perbahasan utama maqasid al-syariah.5 Maslahah turut menjadi frasa kata
yang sering diulang-ulang dalam kitab-kitab mereka. Para sarjana islam mengidentifikasi
maslahah sebagai prinsip, sumber hukum, doktrin, konsep, metod dan teori. 6 Kepelbagaian
terma yang digunakan menggambarkan kepentingannya untuk difahami. Sebahagian daripada
para ulamak pula mempopularkan ungkapan :
7

Bermaksud :
Dimana sahaja kamu temui al-maslahah maka di situ adanya syariat Allah.8
Ungkapan ini menggambarkan keutamaan makna hukum iaitu kemaslahatan berbanding
hukum itu sendiri. Ianya secara tidak langsung memberi ruang kepada akal untuk mencari
makna tentang hukum dan memaknakannya.
3

Solat.
Dalam al-Quran Allah menyebut sebanyak 67 kali perkataan

dan sekali

perkataan menjadikannya 68 kali, perkataan yang terkembang dari juga disebut


sebanyak 68 kali. Dengan jumlah yang sama berulang perkataan dan .10 Pengkaji
melihat wujudnya hubungan signifikan antara solat, malaikat, al-quran dan selamat. Kajian
lanjut berkaitan dengannya sangat-sangat diharapkan.
Fokus perbahasan terhadap berberapa ayat antaranya 11 :

Yusuf Ahmad Muhammad al-Badawi, Maqasid al-Syari'ah 'inda Ibnu Taimiyah, (Jordan : Dar al-Nafais, 2000),
283.
6
Asmawi M.Ag, Konseptualisasi Teori Maslahah, https://www.academia.edu/9998895 dicapai pada 18 Mac 2015.
7
Muhammad Najib al-Mutii, Kitab al-Majmu Syarh al-Muhazzab li al-Syairazi, ( Jeddah : Maktabah al-Irsyad,
t.t) 22:16 . Hasbi ash-Shiddieqy, Falsafah Hukum Islam, ( Jakarta :Bulan Bintang, 1975), 331
8
Dr. Yusuf al-Qardawi tidak setuju dengan ungkapan ini dan menafikan ungkapan ini tatkala disandarkan kepada
ibnu al-Qayyim dan Ibnu Taimiyah. Bahkan beliau turut mencadangkan ungkapan yang lain bagi menggantikan
ungkapan tersebut. Ungkapan yang disyorkan adalah :

Bermaksud : Dimana sahaja ditemui syariat Allah maka kedapatan maslahah bagi hamba. Lihat Fiqh Maqasid
Qardawi, 116
Tidak termasuk perkataan pecahan darinya seperti .
Abd al-Razzaq al-Nawfal, Al-'ijaz al-'Adadi li al-Quran al-Karim, ( beirut : Dar al-Kitab al-'Arabi, 1987), 147151
11
Pemilihan ayat berdasarkan perbahasan terus dan perbahsan ini adalah perbahasan ringkas. Pengkaji sedia
membuat kajian lanjut seandainya memerlukan tuntutan sedemikian.
9

10

i. Al-Ankabut, 29:45.

Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari AlQuran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah
dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih
besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu
kerjakan.
Al-Qurtubi : Perkataan solat bermaksud menunaikannya pada waktunya, dengan bacaannya,
rukunya, sujudnya, duduknya, tasyahhudnya dan segala yang berkitan dengannya. Solat
menjadi penghapus dosa-dosa yang dilakukan. Bahkan beliau berpandangan solat yang
menjadi penghalang adalah solat yang difahami dari pelbagai ayat al-Quran dan hadith-hadith
Nabi SAW iaitu yang difahami, yang dihayati, khusu dan seumpamanya. 12
Ibn al-Kathir : Solat mengandungi dua titik penting iaitu mencegah perbuatan keji dan
mungkar. Dengan ketekunan yang mampan akan membuahkan sedemikian. 13
Al-Nasafi : Solat yang konsisten dapat menghalang perbuatan seperti zina dan perbuatan yang
ditegah syara dan akal. 14
ii. Maryam, 19:59.

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta


menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab
(dalam neraka).
i. Al-Zuhaily : Setelah Allah menceritakan tentang umat terdahulu daripada para nabi dengan
sifat terpuji, Allah memotret gambaran umat terkemudian yang meninggalkan suruhan agama
12

Muhammad ibn Ahmad al-Qurtubi, Al-Jami li al-Ahkam al-Quran, ( Kaherah : Dar al-Hadith, 2002), 7:308309.
13
Ibnu kathir, Tafsir al-Quran al-Azhim, (Kaherah : Dar al-Hadith, 2002), 6:296.
14
Abdullah ibn Ahmad ibn Mahmud al-Nasafi, Tafsir al-Nasafi, ( Beirut : Dar Kutub al-Ilmiah, 1995), 2:292-293.

dan melakukan larangannya. Antara perbuatan yang mereka lakukan adalah terjerumus ke arah
penzinaan, meminum arak, mengikut syahwat dan meninggalkan solat. Al-Syaukani
berpandangan mereka yang mengakhirkan waktu solat, meninggalkan fardhu-fardhunya,
syarat-syaratnya, dan rukun-rukannya termasuk dalam mencuaikan solat.15
ii. Al-Qurtubi : Generasi manusia diteruskan dengan generasi yang rosak. Keadaan ini hampir
berlakunya kiamat tatkala telah pergi sabahagian para ualamak. Mereka telah menerpa loronglorong penzinaan.16
4

Kajian Literatur

Banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan ibadah solat dan kesannya terhadap psikologi,
spritual, akal, personaliti dan sebagainya. Antara kajian yang dilakukan di peringkat sarjana
Universiti Malaya sepanjang 2007-2015 adalah :
i. Terdapat korelasi yang signifikan pada p<.01 antara solat dan nilai-nilai spritual dan penyakit
gelisah.17
ii. Di dapati bahawa tahap pengetahuan solat dan pengabaian solat adalah punca mengapa
responden mudah terjebak dengan kegiatan buruk laku. 18
ii. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap perlaksanaan solat dan konflik
rumahtangga. Namun begitu, jika dilihat pada nilai r=-.62, ia merupaka suatu nilai negatif . Ini
boleh difahami dan membawa maksud bahawa, lemahnya tahap perlaksanaan solat boleh
membuka ruang kepada lebih tingginya konflik rumahtangga walau pun ia hanya nilai yang
sedikit.19

15

Wahbah al-Zuhaily, Al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syariah wa al-Manhaj, ( Damsyik : Dar al-Fikr alIslami, 1998), 16:131.
16
Al-Qutubi, 6: 111-112.
17
Ahmad Hisyam bin Azizan, Solat dan nilai-nilai Spritual Dalam Menangani Gelisah Dalam Kalangan Remaja
Islam : Kajian di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Selangor, Disertasi Sarjana Usuluddin, Jabatan
Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya, 2009, 361.
18
Nor Azira binti Yusof, Hubungkait AntaraPengabaian Solat Dengan Buruk Laku Individu : Kajian di Sekolah
Tunas Bati Sengai Besi, Kuala Lumpur, Disertasi Sarjana Syariah, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya,
2008.
19
Nor Dalilah bte Zakaria, Perlaksanaan Ibadat Solat dan Hubungannya Dengan Konflik Rumah Tangga : Kajian
di Unit Rudingcara Keluarga, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI, Disertasi Sarjana
Syariah, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya 2012, 74.

4.1

Jantung dalam al-Quran

Perkataan jantung dalam bentuk singular sebanyak 53 kali dan dalam bentuk plural
sebanyak 104 kali dalam al-Quran. Hampir keseluruhan ayat menyentuh tentang
fikiran, perasaan, kesedaran, penakulan dan seumpamanya.

Antara ayat-ayat yang menyentuh tentang perkara tersebut adalah ; Al-Baqarah : 10, alMaidah : 52, al-Anfal : 49, al-Taubah : 125, al-Hajj : 53, al-Nur 50, al-Ahzab :12 , 32
dan 60, Muhammad : 20 dan 29, al-Muddathir : 31.

4.2

Apa ada dengan Jantung.


Kajian mendapati bahawa minda, akal, kecerdikan, perasaan dan segala bentuk kepandaian
terletak pada Jantung dan bukannya otak.

Berberapa fakta hasil kajian Dr Abd Daim Al-Kaheel.

Profesor Gary Schwartz Pakar psikiatri,University of Arizona, dan Dr. Linda Russek
percaya bahawa Kuasa jantung mampu menjadi Penyimpanan dan pemprosesan
maklumat .

Dr Gary telah menjalankan penyelidikan termasuk lebih daripada 300 kes pemindahan
jantung, dan mendapati bahawa mereka mengalami perubahan psikologi yang drastik
selepas pembedahan

Jantung berdenyut sejak seseorang masih janin dalam rahim ibu dan selepas 21 hari
kehamilan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.

Apabila mereka menjadi dewasa jantung mengepam lebih daripada tujuh puluh ribu
liter darah, amaun ini dipam semasa mengembang dan menguncup.

Ia berdegup setiap hari lebih daripada seratus seribu kali, dan apabila ia menjadi tujuh
puluh tahun umur anda untuk mengepam juta tong darah dalam tempoh ini.

Dan sesetengah penyelidik hari ini percaya bahawa jantung adalah salah satu yang
mengarahkan otak di tempat kerja, dan setiap sel jantung menyimpan memori. Dr
Schwartz mengatakan bahawa sejarah kita ditulis dalam setiap sel dalam badan kita.

Menurut Dr J. Andrew Armour dalam setiap sel jantung, terdapat set otak yang sangat
kompleks.

Jantung dalam hadith.

Nabi s.a.w bersabda menghuraikan tentang punca kepada sebahagian penyakit :


20

Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah, tatala ia baik, baiklah
keseluruhan jasad dan tatkala ia rosak rosaklah keseluruhan jasad, ia adalah jantung.
Nabi SAW secara jelas menyebutkan bahawa segala perkara yang baik dan merosakkan
berpunca dari jantung 21. Di sinilah letaknya titik yang mengarahkan akal untuk memikirkan,
kaki untuk berjalan, tangan untuk bertindak dan sebagainya.
6

Kesimpulan.

i. Setiap perintah yang datang dari Allah SWT mengandungi kemaslahatan bagi manusia
khususnya solat. Walau pun kita tidak dapat memahami kelebihan sebahagian besar perkara
ibadah tetapi ia tidak menafikan keutamaannya dalam pembentukan kemaslahatan manusia.
i. Dari pelbagai sumber nas dan pandangan para ulamak solat merupakan ibadah yang mampu
membentuk individu yang sihat imannya.
ii. Pengkaji turut berpandangan, solat itu sendiri adalah ibadah yang mempunyai kedudukan
yang tinggi, tetapi perlu dibezakan antara solat dan orang yang bersolat ibarat pisau dn cara
penggunaan pisau.
iii. Kebanyakkan penyakit masyarakat hari ini adalah berpunca dari hati yang rosak apath lagi
mati.
iv. Justeru langkah yang perlu dilakukan adalah mendorong solat yang ditunaikan untuk
menghidupkan hati (Jantung)

: : 52 - : - : : 20
21

Masyarakat melayu sudah sekian lama dan sebati dengan istilah hati, walaupun maksud asalnya
adalah jantung. Pengkaji tidak berhajat menghurai polimik pengistilahan ini terlalu panjang. Justeru
untuk kajian ringkas ini pengkaji mengembalikan al-qalb kepada maksud bahasanya iaitu jantung.

Anda mungkin juga menyukai