Anda di halaman 1dari 8

!!., _ `.., 1. < _> ..!1. _. | .. .l`..

!!., _ `.., 1. < L..l _. !. .. .-l 1. < | < ,,> !., l.-.

Ketika kita sedang berada di dalam Pusat Islam Politeknik Sultan Idris
Shah ini, Puluhan mungkin ratusan ribu pemuda-pemuda sedang
menanti untuk berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.
Gerombolan anak muda expresi hijau Kasih Nabi S.A.W di bawah
pimpinan Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi akan bergerak menuju ke
arah kedutaan Amerika Syarikat sebaik selesai solat Jumaat hari ini.
Perkara yang sama turut kita saksikan di Mesir, Libya, Tunisia, Yaman,
Indonesia dan berberapa buah negara Islam yang lain. Inilah senario
berberapa minggu kebelakangan ini.
Filem innocence of muslim merupakan siri baru di dalam ratusan
episode samarinda penghinaan ke atas Nabi S.A.W. Jika disorot sejarah
penghinaan kepada Nabi S.A.W ia telah bermula seawal kerasulan Nabi
S.A.W. Musuh-musuh Islam terus-terusan tanpa tidur yang lena memikir
dan terus berfikir bagaimana untuk menjahanamkan ummat ini. Di era
modern ini satu demi satu cubaan dilakukan untuk menjatuhkan maruah
Islam apatah lagi maruah Nabi S.A.W. Benarlah ingatan Allah :
_l _.. ,.s :,l _...l _.> _,.. .l.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali redha kepada kamu
bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau
menurut ugama mereka.
(Al-Baqarah : 120 )

Mari bersama saya kita meneliti secebis dari himpunan sejarah..
Pada tahun 1989 Salman Rushdie, seorang warga Iran telah menghina
Nabi S.A.W melalui karya sampahnya "The Satanic Verses".
selepas itu muncul pula Taslima Nasreen seorang warganegara
Bangladesh dengan karyanya. Karya wanita biadab dan hina ini diulang
cetak di Negara Barat sehingga membolehkan beliau hidup disalut
kekayaan dan diberi perlindungan di Negara Barat.
Di Syria muncul seorang penulis bernama Haidar Bin Haidar yang
bermastautin di Mesir sewaktu zaman Hosni Mubarak. Dia telah
mengarang sebuah novel fiksyen dan memalsukan watak sebenar Nabi
S.A.W, Saidatina Khadijah dan Saidatina Aishah di dalam novel itu dan
menghinanya.
Pada tahun 1997, seorang wanita Yahudi Israel, Tatyana Suskin telah
membuat dan menyebarkan dua puluh poster yang menghina Islam dan
Nabi Muhammad S.A.W. Di antaranya ialah poster seekor babi yang
tertulis kalimah 'Muhammad' dengan pensil di kakinya yang menulis di
atas Al-Quran. Lakaran biadab wanita Yahudi ini juga telah diterbitkan
dalam beberapa akhbar di Barat.
Pada tahun 2002, Pertandingan ratu cantik diadakan di dalam bulan
Ramadhan dan di Negara Islam Nigeria, ini juga bertujuan untuk
memperlekehkan pelaksanaan Syariah Islam di Negara
tersebut.Kebiadapan terhadap Nabi SAW ditambah apabila seorang
editor akhbar berbahasa Inggeris Nigeria iaitu "Nigeria This Day" telah
menulis dalam kolumnya, "Jika Muhammad (Nabi umat Islam) masih
hidup, Muhammad pun akan membenarkan pertandingan ratu cantik
diadakan, dan Muhammad akan memilih salah seorang peserta
pertandingan ratu cantik sebagai isterinya".
Pada tahun 2004, sebuah filem dibawah garapan produser Theo Van
Gogh yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W diterbitkan.
Dokumentari ini yang kononnya sebagai ekspresi kebebasan berkarya
dengan memasukkan penghinaan terhadap Islam dan Nabi S.A.W.
Pada tahun 2005, Kemarahan pencinta-pencinta Rasulullah S.A.W
tercetus lagi, setelah akhbar Denmark Jyllands Posten memaparkan siri-
siri kartun yang menggambarkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W
sebagai seorang pengganas dan tidak bermoral. Di Malaysia, akhbar
Sarawak Tribune turut menyiarkan semula karikatur yang sama di
tengah-tengah kemarahan umat Islam yang sedang memuncak. Umat
Islam seolah diperbodohkan dengan tindakan ini yang dengan sengaja
menguji kesabaran dan rasa toleransi antara agama. Kebiadapan
muncul lagi apabila akhbar harian Cina Guang Ming Daily mengeluarkan
foto sebuah akhbar yang menyiarkan karikatur tersebut. Di tengah
keperitan hati umat Islam melihat Nabi dihina, keluar lagi gambar
karikatur lain dalam News Strait Times (NST) yang telah mempunyai
banyak reputasi menghina Islam sebelum ini dan juga membuka forum
kepada kelompok Islam liberal membina pengaruh.
Kini sekali lagi kesabaran kita dicabar. Maruah kita sekali lagi dipijak-
pijak. Kejantanan ummat Islam sekali lagi dipandang sinis. Mereka
berani melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Mereka akan menulis
apa sahaja yang mereka inginkan, mereka akan menayangkan apa
sahaja video yang mereka suka. Mereka akan nyanyian apa sahaja lagu
yang mereka mahu. Kerana mereka tahu ummat Islam tidak akan
mampu berbuat apa-apa. Ummat Islam bawahan hanya mampu
mengadakan bantahan. Demonstrasi. Boikot dan seumpamanya.
Jaluran masa turut melakarkan apa yang dilakukan tidak kemana-mana.
Boikot terhadap barangan yahudi hanya bertahan berberapa ketika.
Boikot barangan Denmark tidak kemana-mana. Apatah lagi nak pergi
jauh lagi dari itu sehingga memastikan tiada satu produk Amerika pun di
bumi bertuah ini. Ummat Islam tidak akan mampu melakukannya.
Mereka sedar itu. Kerana itu mereka tanpa segan silu akan terus-
terusan melakukan apa yang mereka mahu.
Yang lebih menyayat hati. Luka yang parah ibarat ditiskan perahan
limau tatkala melihat Pemimpin-pemimpin negara Islam hanya
mengeluarkan empat patah kata iaitu kami mengutuk tindakan itu.
Tatkala langit gaza menghujakan peluru, bumi ghaza dibasahi darah,
pemimpin negara Islam dan OIC hanya kata kami mengutuk serangan
itu. Tatkala rejim basyar Al-Asad terus menggila menghirup darah
puluhan ribu rakyatnya.. Pemimpin negara Islam dan OIC hanya kata
kita mengutuk serangan itu.. Tatkala masyarakat islam rohongya merayu
dunia Islam membantu mereka dari terus-terusan dizalimi pemimpin
negara islam hanya mengatakan kami mengutuk tindakan itu.. Apatah
lagi.. tatkala Dunia barat terus-terusan menghina Nabi S.A.W seluruh
pemimpin dunia Islam hanya mengulang skrip yang sama : kami
mengutuk tindakan itu.. Mimbar mengingatkan seluruh pemimpin dunia
Islam termasuk negara ini Kutuklah sebanyak mana yang kamu mahu
kerana realitinya bumi gaza akan terus bermandi darah.. basyar Al-asad
terus dahagakan darah Masyarakat Islam Rohingga akan terus
merempat barat akan terus-terusan melondeh dan membogelkan
maruah Islam. Pemimpin pemimpin boneka dan sekutu Amerika ini akan
terus-terusan memperbodohkan rakyat seolah-olah mereka telah
melakukan sesuatu yang sangat besar untuk Islam. Mereka seolah-olah
telah mengorbankan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup untuk
islam. Tetapi natijahnya hanyalah kami mengutuk tindakan itu

Tatkala di Mesir menyaksikan jutaan ummat turun membanjiri jalanan
mempertahankan Nabi S.A.W, di Libya menyaksikan terbunuhnya duta
Amerika ke Libya dan berberapa pegawai yang lain, di Indonesia,
menyaksiakan satu rempuhan dan asakkan kuat terhadap kedutaan
Amerika, Mungkin bahangnya agak sejuk di sini. Tatkala musuh-musuh
Islam terus-terusan menghirup darah ummat Islam, menghina Nabi
S.A.W tanpa ada kesudahan, pemuda-pemuda di Negara ini sebahagian
besarnya masih tenggelam di dalam irama gangnam style yang sangat
menjijikan.
Orang muda kita masih layu di dalam pelukan facebook, twiter dan
youtube semata-mata. Masih leka menghabiskan waktu muda hanya
dengan membilang gajet-gajet baru yang keluar setiap bulan.
Perbincangan hanya seputar topik artis, hiburan, sukan dan pasangan
kekasih masing-masing. Fikir dan zikir hanya membilang gadis-gadis
ayu di pandangan. Tatkala ditanya tentang filem innocence of muslim
dia hanya tersengih menunjukan gigi yang kuning. Tatkala ditanya
tentang isu pembantaian yang berterusan di Syria dia hanya melopong.
Tatkala ditanya tentang kempen pilihanraya presiden Amerika Syarikat
yang sedang berlansung dia hanya menganngkatkan bahu. Apatah lagi
sangat menyedihkan tatkala ditanya tentanng isu-isu ketirisan, rasuah,
penyelewengnan dan penipuan yang berlaku di dalam negara dia tidak
mengetahuinya. Maka lahirlah golongan cerdik pandai yang tidak
mengetahui apa-apa melainkan apa yang terkandung di dalam buku-
bukunya. Dunianya hanyalah biliknya, bilik kuliyah, padang bola dan
kafeteria. Manakala orang berkeja hidupnya hanyalah rumah dan
tempatnya bekerja.

Seandainya situasi ini berterusan. Kita tidak akan kemana-mana.
Keadaannya seolah-olah kita telah selesa dinoda sedemikian rupa.
Sekian lama pencabulan itu telah berlaku. Setelah sekian banyak
maruah kita diabkan. Setelah lencun muka kita diludah.. nyata kita telah
serasi, kita telah selesa. Sehingga kita tidak merasa apa-apa lagi. Kita
sudah selesa kerana kita boleh makan dengan aman. Kita selesa kerana
kita ada kereta untuk dipandu. Kita rasa selesa kerana masih ada baju
untuk dipakai. Untuk apa kita melakukan itu dan ini.. Kerana kita telah
selesa.. Islam akan terus-terusan diperkosa dengan rakusnya, kita
hanya akan kata yang penting saya ada kerja, ada kereta, boleh tidur
dengan nyenyak dan makan dengan Kenyang.

.s l !. .-L.`. _. : _. 1!, _,>l _,>. ., .s < .s
_>, _. `.: `..l-. < .l-, !. 1.. _. ,`_: _,,. < .`,
>,l| `.. _.lL. _
Dan sediakanlah segala jenis kekuatan untuk menentang mereka, dari
pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan
musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari
mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.
dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan
dianiaya.
(Al-Anfal : 60 )

Sudah tiba dan sampai masa ummat ini bangun dari lena yang panjang.
Keluar dari kepompong kebodohan. Menerjah keluar dari kebingungan
mencari jati diri. Bangunkan semangat Al-Imam Hasan Al-Banna.
Pasakkan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fatih. Melangkahlah Ibarat
Solahuddin Al-Ayubi membelah badai. Menerkamkan segagah
Sayyidina Hamzah. Majulah sekental saidina Khalid Al-Walid. Hadirkan
kecintaan kepada Islam dan Nabi S.A.W. Rasa cinta yang bukan hanya
di bibir. Tetapi rasa cinta yang menjalar di setiap pembuluh darah yang
paling sempit. Rasa cinta yang membenam ke dalam lubuk hati yang
paling dalam.. Rasa cinta yang memusatkan akal menunjangi
perjuangan. Rasa cinta yang membangunkan keberanian. Bangun
menjadi pemuda yang menadahkan dada mempertahankan Baginda
S.A.W. Melangkahlah ke hadapan.. Binalah saff perjuangan yang hidup
matinya untuk Islam. Azamkanlah di dalam diri wahai bakal para
pejuang. Sekali melangkah sekali-kali tidak akan menyerah.
Pertahankanlah Islam. Sehingga titisan darah yang terakhir. Mari kita
bersama ikrar dan pastikan selepas ini tiada siapa yang berani
menghina Islam dan Nabi S.A.W sesuka hati mereka. Cukup-cukuplah
Islam menderita sekian lama kerana kelekaan ummatnya. Seandainya di
dalam perjalanan untuk menuju matlamat itu. Tiada tuntutan yang
diminta melainkan syahid. Maka letakkan syahid sebagai galang ganti.
Dari hidup bercermin bangkai baik mati berkalang tanah. Walau
apapun janji Allah itu benar. Islam suatu hari nanti akan tetap dijulang.
Akan tiba zaman Islam berada di puncak. Merobohkan segala
keboborakn yang sedang berlaku. Masa itu pasti akan tiba.

Anda mungkin juga menyukai