Anda di halaman 1dari 3

SUDAHKAH ANDA MENCARI TEMPAT BERTEDUH?

Pada musim panas, terutama di Jordan ini, menjadi kebiasaan untuk kita mencari
tempat berteduh.

Kalau ada teduhan pokok, kita tidak akan lepaskan peluang untuk berteduh.Kalau keluar
dari rumah, cepat-cepat kita ingin pulang ke rumah, sebab apa?

Panas!!!!Kalau nak keluar pun,fikir 2-3 kali…Sebab apa?Tak tahan kepala, nanti hidung
berdarah!!!!Kalau nak keluar pun mesti nak pakai topi…sebab apa?Jordan ni, bukan ada
pokok pun nak berteduh!!!Jordan pulak yag bersalah!

Nak buat macammana,dah Allah Swt sudah takdirkan Jordan macamni.Kalau naik teksi,
mesti cari yang pasang penghawa dingin..Sebab apa?Tak tahan!!!!Meruap-ruap panas
ni….!!!

Tetapi di sana,ada suatu tempat yang amat perlu kita mencari tempat berteduh!
Mataharinya bukannya jauh macam harini, tetapi jarak antara matahari dengan kepala
hanya sejauh panjang anak panah, sebagai mana yang sahih dari hadith Nabi saw.

Biar betul!!!Percaya tidak percaya itulah namanya Padang mahsyar…Suatu padang yang
pasti kita akan berada di situ suatu hari masa nanti.

Matahari yang begitu hampir, sudah tentu memanaskan suasana pada hari itu.Tidak
hairanlah ada di kalangan penghuni mahsyar nanti, ada yang tenggelam di dalam peluh
sendiri sebagaimana sahih dari hadith Nabi Saw.

Hari itu nanti ada pokok ke nak berteduh?Jawapannya tidak ada…Jadi macammana nak
berteduh pada hari itu?

Cuma pada hari itu,ada suatu tempat sahaja untuk berteduh,iaitu di bawah naungan Arasy
Allah Swt…Tetapi mudah-mudah ke nak berteduh kat situ?

Macam kita di dunia ini,kalau nak berteduh mudah sahaja?Kalau nak tahu caranya untuk
berteduh di padang mahsyar,Rasulullah saw ada mengajar kita untuk kita mencari tempat
berteduh di padang mahsyar nanti…

‫ال َس ْب َعةٌ ي ُِظلُّهُ ْم هَّللا ُ فِي ِظلِّ ِه يَ ْو َم‬ َ ‫َع ْن أَبِي هُ َري َْرةَ َع ْن النَّبِ ِّي‬
َ َ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ق‬
‫ق فِي‬ ٌ َّ‫اَل ِظ َّل إِاَّل ِظلُّهُ اإْل ِ َما ُم ْال َعا ِد ُل َو َشابٌّ نَ َشأ َ فِي ِعبَا َد ِة َربِّ ِه َو َر ُج ٌل قَ ْلبُهُ ُم َعل‬
ٌ‫اج ِد َو َر ُجاَل ِن تَ َحابَّا فِي هَّللا ِ اجْ تَ َم َعا َعلَ ْي ِه َوتَفَ َّرقَا َعلَ ْي ِه َو َر ُج ٌل طَلَبَ ْتهُ ا ْم َرأَة‬ ِ ‫ْال َم َس‬
‫ق أَ ْخفَى َحتَّى اَل تَ ْعلَ َم‬ َ ‫ص َّد‬َ َ‫اف هَّللا َ َو َر ُج ٌل ت‬ ُ ‫ال إِنِّي أَ َخ‬ َ َ‫ال فَق‬ٍ ‫ب َو َج َم‬ ٍ ‫ص‬ ِ ‫ات َم ْن‬ُ ‫َذ‬
.ُ‫ت َع ْينَاه‬ َ َ‫ق يَ ِمينُهُ َو َر ُج ٌل َذ َك َر هَّللا َ َخالِيًا فَف‬
~ْ ‫اض‬ ُ ِ‫ِش َمالُهُ َما تُ ْنف‬
 Riwayat Bukhori.Muslim,Tirmizin,Nasai,Ahmad dan Malik.

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tujuh
manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang
tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:
Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada
tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih
sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat
keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk
bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang
yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang
diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan
keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana
mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

Pengajaran hadis:

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil


- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan
itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk
melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya
ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi
pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya


– Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang
manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat
peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat,
tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa
muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah
pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi
dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan
negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid


- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang
melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan
sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan
masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar
lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan
berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga
melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang
menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan
sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat
pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina)
dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya
menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa
kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan
akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui
apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya
tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan
akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian
atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui
kebaikan yang dilakuknnya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam
ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan
sifat Jamal Allah
- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan
sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan
keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian
hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Sahabat saya, Ustzaz Asyraff Hafdzan pernah membicarakan hadith ini.Beliau


menjelaskan bahawa hadith ini seperti memberi pilihan kepada kita,yang mana mampu
kita praktikkan daripada tujuh golongan ini?Kalau tidak mampu semua,jadilah salah satu
daripada 7 golongan ini.Begitulah jelas beliau kepada kami….Memang benar kata
sahabat saya,moga-moga Allah Swt sentiasa memeliharanya,amin!!!

Bagaimana dengan anda termasuklah juga saya?Daripada ketujuh-tujuh


golongan ini,mana satu yang TELAH menjadi sifat kita?Kalau salah satu pun tidak,cepat-
cepat kita sediakan teduhan!!

Anda mungkin juga menyukai