Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan
kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta
diredhai Allah s.w.t. Maka, mimbar Jumaat pada hari ini ingin mengajak para
jamaah sekelian untuk menghayati tajuk khutbah Jumaat berjudul "Anak Solah
Merupakan Idaman Ibu Bapa ".
1
Sidang jumaat yang dikasihi Allah,
Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti
berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi
penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita
sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.
أ َْو ِعل ٍْم،ص َدقَ ٍة َجا ِريَ ٍة ٍ ِ ِ ِ " اِذَا م ات اب ِن
َ : آد َم ا ْن َقطَ َع َع َملُ هُ االَّ م ْن ثَالَث
َ ْ َ َ
." ُصالِ ٍح يَ ْدعُ ْولَه ٍ ِ
َ أ َْو َولَد،ُي ْنَت َف ُع بِه
Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya
kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang
soleh yang mendoakan kepadanya”.
Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang
terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna
kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.
Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh
merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada
setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit
sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya
golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu
diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang
soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan
negara.
Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam
proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :
Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan
cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang
dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38
2
Yang bermaksud : Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat
keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima)
doa permohonan.
Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan
zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan
lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang
baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di
samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi
fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri,
masyarakat dan negara.
Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana
akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan
hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai
pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau
diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat
menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh
menyesatkan mereka.
Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-
anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian
dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :
3
Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan
terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang
terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat
berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan
dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w.
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling
berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang
akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w. :
Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-
anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-
sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba,
penipuan dan sebagainya.
Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja
membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan
sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia
dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat
168 :
Yang bermaksud : “ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari
apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah
syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ”.
4
Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-
anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit
masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh
yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan
dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana
mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Ini semua
membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak
dengan baik dan sempurna.
Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk
membina insane yang sempurna dan merupakan modal insane yang akan
memainkan peranan untuk membangun masyarakat dan Negara yang maju
mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun 2020 akan datang.
Maksudnya : “ Dan orang orang yang berkata: " wahai Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai
penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang
bertakwa”.
( Surah al-Furqan : 74 )
ِ آن الْع ِظي ِم و َن َفعيِن وإِيَّا ُكم مِب َا فِي ِه ِمن األي ِ ىِف
ات َ َ ْ ْ َ َ َ ْ َ بَ َار َك اهللُ يِل ْ َولَ ُك ْم الْ ُق ْر
أَُق ْو ُل َق ْو ْيِل.يع الْ َعلِْي ُم
ُ مِ الس
َّ و
َ ه
ُ ه
ُ َّ
ن ِالذ ْك ِر احْل ِكْي ِم وَت َقبَّل ِميِّن و ِمْن ُكم تِالوتَ هُ إ
َ ْ َ َ َ َ
ِّ و
َ
ِ ه َذا وأَس َت ْغ ِفروا اهلل الْع ِظيم يِل ولَ ُكم ولِس ائِِر الْمس لِ ِم والْمس لِم
ات َ ْ ُ َ َ ُ ْ نْي َ َ ْ َ ْ َْ َ َ ُ ْ َ
اس َت ْغ ِفُر ْوهُ إِنَّهُ ُه َو الْغَ ُف ْو ُر ف
َ ات و َم أل ا و مه ن
ْ ِ ات األَحي ِاء
م ِ َوالْم ْؤ ِمنِ والْم ْؤ ِمن
ْ َ ْ َ ُْ َْ ُ َ َ َ ُ نْي
.الر ِحْي ُم
َّ