Anda di halaman 1dari 8

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat
2 Jun 2023 / 13 Zulkaedah 1444H

Mengharungi Arus Kehidupan Yang Serba Berpengaruh

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah (s.w.t) dengan


sebenar-benar ketakwaan. Dengan memenuhi segala suruhan-
Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan ilmu
pengetahuan agama, kita dapat mencapai ketakwaan yang
sebenarnya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Saudaraku,

1
Setiap individu yang berada di bawah tanggungan kita
merupakan amanah Allah yang perlu dipelihara. Sama ada ibu
ayah kita yang berada di tanggungan, mahupun anak-anak kita
yang masih berada di dalam jagaan.

Memelihara amanah yang diberikan, bermakna kita seharusnya


peka dengan hak-hak mereka, serta kewajipan agama yang perlu
dipelihara. Oleh itu, khutbah pada bulan ini akan menyentuh ayat-
ayat Al-Quran yang mengandungi padanya pengajaran serta
panduan bagi ahli keluarga. Sebagai pedoman sepanjang hayat.
Allah (s.w.t) berfirman:

Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!


Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang
bahan-bahan bakarannya terdiri daripadamanusia dan batu;
neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras
lagi kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah
dalam menuruti segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka,
dan mereka pula melakukan segala yang diperintahkan.”

Saudaraku,

2
Ayat yang dibacakan sebentar tadi menekankan kepentingan
untuk memelihara ahli keluarga sentiasa. Perkara ini adalah
penting untuk kita sentiasa ambil kira. Lebih-lebih lagi di zaman
ini, dengan kesibukan tugas seharian kita. Ibu bapa perlu keluar
bekerja di siang hari demi menyediakan kelengkapan dan
keperluan keluarga. Anak-anak pula yang banyak meluangkan
masa di luar rumah. Pasti mereka akan terdedah dengan anasir-
anasir yang tidak elok seandainya tidak bijak memilih teman-
teman yang mengajak kepada kebaikan.

Maka pendidikan anak serta pembentukannya, sebenarnya


bermula di rumah. Setentunya dengan membekalkan mereka
dengan ilmu pengetahuan agama yang mencukupi. Sejajar
dengan tuntutan agama sepertimana yang diriwayatkan, Baginda
(s.a.w) bersabda:

‫َطَلُب الِعْلِم َفِر يَض ٌة َعَلى ُك ِّل ُمْس ِلٍم‬

Yang bermaksud: “Menuntut Ilmu itu adalah satu kewajipan atas


setiap orang Muslim.” [Hadis riwayat Ibn Majah]

Tidak dinafikan bahawa ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini


adalah ilmu agama. Ilmu agama ini perlu disemai di dalam hati
dan sanubari anak-anak demi menjaga pendirian mereka supaya
tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak elok.

3
Imam Al-Ghazali berkata dalam Ihya’ Ulumiddin menegaskan
bahawa kewajipan setiap individu untuk menuntut Ilmu
agama, berbeza mengikut keadaan dan situasi individu
tersebut.

Contohnya, seorang yang hampir ke umur dewasa ataupun


baligh, maka menuntut ilmu berkaitan dengan kewajipan solat
menjadi satu kewajipan baginya. Peranan ibu bapa pada situasi
ini adalah dengan melengkapkan anak-anak mereka dengan ilmu
pengetahuan berkaitan dengan kewajipan solat. Begitu juga bagi
mereka yang telahpun dewasa dan masuk ke alam pekerjaan dan
berhadapan dengan pelbagai arus dan pemahaman. Setentunya
ilmu agama yang wajib untuk mereka pelajari mengikuti
perbezaan keperluan seseorang individu.

Saudaraku,

Maka, tanggungjawab seorang ayah dan ibu adalah untuk


berusaha untuk memahami cabaran yang dihadapi anak, pada
waktu yang sama berusaha untuk memberi kefahaman, ataupun
membekalkan dengan kefahaman agama yang diperlukan. Ini
bermakna ibu bapa hari ini bukan sahaja perlu memiliki
pengetahuan untuk menyediakan bimbingan dan panduan hala
tuju pemikiran dan pengalaman hidup sesuai dengan persekitaran
kehidupan dan zaman mereka; akan tetapi kita seharusnya peka

4
akan perkembangan serta cabaran yang dihadapi anak-anak.
Peranan ibu bapa tidak hanya cukup untuk memastikan anak-
anaknya diasuh dengan ibadah dan pendidikan agama seperti
bersolat dan berpuasa sahaja.

Saudaraku,

Contoh teladan kita dalam membentuk keluarga, adalah


kehidupan Nabi (s.a.w). Bagaimana dengan pelbagai peranan
yang dimainkan Nabi (s.a.w), iaitu Baginda adalah seorang Nabi,
imam, pemimpin, pada waktu yang sama Baginda juga seorang
suami, ayah dan atuk. Maka masa-masa Baginda dibahagi-
bahagikan antara keperluan keluarga serta masyarakat.

Oleh itu, luangkanlah masa untuk mendekati ahli keluarga kita,


lebih khusus lagi untuk memahami anak-anak kita serta cabaran
yang mereka hadapi. Berikan kepada mereka pendidikan ilmu
agama yang mencukupi. Ketahuilah bahawa pendidikan anak
merupakan tanggungjawab ibu bapa yang bakal dipersoalkan di
akhirat kelak.

Ibu bapa harus menjadi pengaruh yang baik buat anak-anak


mereka. Berikan mereka contoh yang baik sebagai iktibar buat
mereka. Kerana anak-anak yang dilengkapkan dengan ilmu
agama yang kukuh dan ditambah dengan hubungan yang baik
bersama ibu bapa. Insya-Allah akan menjadi anak yang bijak

5
mengharungi kehidupan dengan baik. Bak kata pepatah, benih
yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

Semoga Allah (s.w.t) memberi kita semangat serta kekuatan


untuk mendidik anak-anak kita dan memelihara mereka daripada
api neraka. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

‫ُه‬‫َّن‬‫ِإ‬ ‫ُه‬ ‫و‬ ‫ َفا ْغِف‬، ‫َأ ُل ِلي َذ ا َأ ْغِف ا ال ِظ ِلي َلُك‬
‫َو‬ ‫ُه‬ ‫ُقْو َقْو َه َو ْس َت ُر َهلل َع ْيَم َو ْم ْس َت ُر‬
‫الَغُفْو ُر الَّر ِح ْيم‬

6
‫‪Khutbah Kedua‬‬

‫الَحْم ُد ِهلل َحْم ًد ا َك ِثيًر ا َك َم ا َأَمَر ‪َ ،‬و َأْش َه ُد َأن اَل ِإَلَه ِإاَّل اُهلل َو ْح َد ُه اَل‬
‫َش ِر يَك َلُه‪َ ،‬و َأْش َه ُد َأَّن َس ِّيَد َنا ُمَح َّم ًد ا َعْبُد ُه َو َر ُس وُلُه‪ .‬الَّلُه َّم َص ِّل َو َس ِّلْم‬
‫ِع‬
‫َعَلى َس ِّيِد َنا ُمَح َّم ٍد َو َعَلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِعيَن ‪َ .‬أَّما َبْع ُد ‪َ ،‬فَيا َباَد‬
‫م‬ ‫ُك‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫َّم‬ ‫وا‬ ‫ان‬ ‫‪،‬‬ ‫َأ‬ ‫ا‬ ‫ي‬‫ِف‬ ‫ى‬ ‫َل‬‫ا‬ ‫ا‬ ‫وا‬ ‫َّت‬
‫ُق‬ ‫‪.‬اهلل‪ِ ،‬ا‬
‫ْن‬
‫َم َم َر َو َتُه َع َنَه َع ُه َو َز َج َر‬ ‫َهلل َتَع‬
‫َأاَل َص ُّلوا َو َس ِّلُم وا َعَلى الَّنِبِّي اْلُم ْص َطَف ى‪َ ،‬فَق ْد َأَم َر َنا اُهلل ِبَذ ِلَك َح ْيُث‬
‫ي‬ ‫َقال ِفي ِكَتاِبِه ال ِز يِز ‪ِ :‬إَّن ا اَل ِئَك َتُه ُّلوَن َعَلى الَّنِبِّي ـا َأُّي ا اَّلِذ‬
‫َي َه َن‬ ‫ُيَص‬ ‫َهلل َو َم‬ ‫َع‬
‫َءاَمُنوا َص ُّلوا َعَليِه َو َس ِّلُم وا َتسِليًم ا‪ .‬الَّلُه َّم َص ِّل َو َس ِّلْم َو َباِر ْك َعَلى‬
‫‪ِّ .‬يِد َنا َّم ٍد َعَلى آِل ِّيِد َنا َّم ٍد‬
‫َس ُمَح‬ ‫َس ُمَح َو‬
‫َو اْر َض الَّلُه َّم َعِن الُخ َلَف اِء الَّر اِش ِد يَن الَم ْه ِد ِّييَن َأِبي َبْك ٍر َو ُعَم َر َو ُعْثَم اَن‬
‫َو َعِلِّي ‪َ ،‬و َعن َبِق َّيِة الَّصَح اَبِة َو الَق َر اَبِة َو الَّتاِبِعيَن ‪َ ،‬و َتاِبِعي الَّتاِبِعيَن ‪َ ،‬و َعَّنا‬
‫ي‬ ‫‪َ .‬عُه م ِفيِه م ِب ْح ِتَك ا َأ الَّر اِح ِم‬
‫َن‬ ‫َر َم َي ْرَح َم‬ ‫َم َو‬
‫الَّل َّم اْغِف ِلل ْؤ ِم ِني ال ْؤ ِم اِت ‪ ،‬ال ِلِم ي ال ِل اِت ‪ ،‬اَأل اِء‬
‫ْح َي‬ ‫ْر ُم َن َو ُم َن َو ُمْس َن َو ُمْس َم‬ ‫ُه‬
‫ِم نُه م َو اَألْم َو اِت ‪ .‬الَّلُه َّم اْد َفْع َعَّنا الَباَل َء َو الَو َباَء َو الَّز اَل ِز َل َو الِم َح َن ‪َ ،‬ما‬

‫‪7‬‬
‫َظَه َر ِم ْنَه ا َو َما َبَطَن ‪َ ،‬عن َبَلِد َنا َخ اَّص ًة‪َ ،‬و َس اِئِر الُبْلَد اِن َعاَّمًة‪َ ،‬ياَر َّب‬
‫ا‬ ‫َذ‬ ‫ا‬ ‫ِق‬ ‫‪،‬‬ ‫ًة‬ ‫ِة‬ ‫ال اَلِم ي ‪َّ .‬ب ا آِت ا ِفي الُّد ن ا ًة‪ِ ،‬في اآلِخ‬
‫َر َح َس َن َو َن َع َب‬ ‫َي َح َس َن َو‬ ‫َع َن َر َن َن‬
‫‪.‬الَّناِر‬

‫ِع َباَد اِهلل‪ِ ،‬إَّن اَهلل َيْأُمُر ِبالَعْد ِل َو اِإل ْح َس اِن َو ِإيَتاِء ِذ ي الُقْر َبى‪َ ،‬و َيْنَه ى‬
‫ا‬ ‫وا‬ ‫ُك‬ ‫اذ‬‫َف‬ ‫‪،‬‬ ‫َن‬ ‫و‬ ‫َّك‬ ‫َذ‬‫َت‬ ‫ُك‬‫َّل‬ ‫َل‬ ‫ُظُك‬ ‫َعِن الَف َش اِء ال نَك ِر ال ْغِي ‪ِ ،‬ع‬
‫ُر َهلل‬ ‫ْح َو ُم َو َب َي ْم َع ْم ُر‬
‫ال ِظ ي ْذ ُك رُك ‪ ،‬اْش ُك وُه َعَلى ِن ِم ِه ِز دُك ‪ ،‬ا َأُلوُه ِم ن َفضِلِه‬
‫َع َي ْم َو ْس‬ ‫ْم َو ُر‬ ‫َع َم َي‬
‫‪ُ.‬يعِط ُك م‪َ ،‬و َلِذ كُر اِهلل َأكَبُر ‪َ ،‬و اُهلل َيعَلُم َما َتصَنُعوَن‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai