Anda di halaman 1dari 8

SEMINAR FIQH AL-AWLAWIYYAT (KEUTAMAAN) DALAM MENDEPANI ISU SEMASA UMAT ISLAM

Tarikh Tempat : 10 April 2010 / 25 Rabiul Akhir 1431H : Auditorium Intim, Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak Darul Ridzuan

FIQH AL AWLAWIYYAT, KONSEP SERTA APLIKASI MASAKINI


Oleh: YBhg. Dr Fahmi bin Abdul Khir Kolej Komuniti Gerik Perak Darul Ridzaun

Anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Perak Dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) 1

1.0 Pendahuluan


Puji pujian dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t, selawat dan salam ke atas Nabi junjungan s.a.w.

Islam adalah agama yang menyuruh umatnya menggunakan akal dan kebijaksanaan di dalam memahami kehidupan yang berteraskan nas-nas al-Quran dan al-hadis. Kebijkasanaan para ulamak dan cendiakawan Islam memungkinkan kita lebih memahami akan tuntutan menurut keutamaan di dalam Islam. Ini membawa kepada tercetusnya pandangan yang melihat kepada prioriti di dalam agama. al-Imam Syatibiy telah cuba mengupas teori maqasid al-syariah di dalam karyanya yang masyhur, al-Muwafaqat. Beliau telah menggariskan perkara-perkara yang menjadi keutamaan di dalam agama samada yang bersifat darurat, hajiyat dan tahsiniat. Kesinambungan dari itu lahirlah para pemikir dan ulamak Islam yang cuba mengupas lanjut akan teori keutamaan di dalam agama. Fiqh maratib al-amal atau fiqh al-awlawiyyat, fiqh almaqsad, fiqh al-muwazanah, fiqh al-waqi` adalah sebahagian dari cetusan dan huraian yang diberikan oleh para ulamak kontemporari yang bertujuan untuk memperluaskan kefahaman umat ini terhadap perkara yang menjadi keutamaan di dalam Islam, khususnya di dalam menangani isu-isu masa kini yang sarat dengan aspek-aspek yang perlu ditimbang dengan konsep-konsep keutamaan di dalam agama. Mudah-mudahan seminar fiqh al-awlawiyyat yang dianjurkan memberikan input yang positif kepada para peserta serta membuka minda ke arah memahami tuntutan agama yang sebenar dalam menangani isu-isu semasa yang sangat mencabar.

2.0 Konsep fiqh al-Awlawiyyat 2.1 Takrifan bahasa dan istilah al-Fiqh beerti al-fahm iaitu kefahaman atau memahami. al-Awlawiyyat adalah kata jama` dari perkataan yang bererti lebih penting atau lebih utama. Justeru Fiqh al-Awlawiyyat adalah istilah yang merujuk kepada panduan atau kaedah ke arah memahami perkara-perkara yang lebih utama di dalam agama. Berkata al-Qaradawiy ketika menjelaskan pengertian fiqh al-Awlawiyyat atau fiqh maratib al-a`mal:

) (. : . ....
Maksudnya: (Fiqh Urutan keutamaan amal) apa yanag daku maksudkan ialah meletakkan sesuatu pada urutannya dengan adil, dari perkara hukum, nilai dan amalan, kemudian mendahulukan yang lebih utama berdasarkan kepada timbangan syarak yang tepat, maka tidaklah perkara remeh didahukukan dari perkara penting, tidak pula perkara penting mendahulu perkara yang lebih penting, tidak juga perkara marjuh(lemah) mendahului perkara yang rajih, tidak juga perkara yang kecil keutamaannya mendahului perkara yang besar keutamaannya, bahkan hendaklah didahulukan yang berhak didahulukan serta dikemudiankan yang berhak dikemudiankan, tidak dibesarkan perkara yang kecil, tidak dipermudahkan perkara yang penting, hendaklah diletakkan setiap sesuatu ditempatnya dengan timbangan yang tepat tanpa tindakan yang melampau dan merugikan....

2.2 Asas dan dasar fiqh al-Awlawiyyat Tidak dinafikan konsep fiqh al-awlawiyyat adalah sedutan dari nas-nas naqliy dari al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w antaranya:

Maksudnya: Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.(19) (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.(20) (Surah alTawbah 19-20) 3

Sabda Nabi s.a.w:

: " " :
Maksudnya: Iman itu tujuh puluh cabangnya, yang tertinggi adalah ialah berkata dan beriman dengan "Tiada Tuhan melainkan Allah" manakala yang paling rendahnya ialah membuang bahaya di jalanan (Riwayat al-Bukhariy)

Athar sahabiy juga menjelaskan peristiwa di Thaqifah Bani Saidah

di mana para sahabat

berhimpun bagi melantik ketua negara menggantikan Rasulullah s.a.w di mana ianya lebih utama daripada memaqamkan Rasulullah s.a.w kerana membiarkan kaum muslimin ketika itu tanpa ketua Negara akan mengakibatkan fitnah dan kemudaratan yang lebih besar. Di sini jelas para sahabat mengikut urutan keutamaan dengan memilih ketua negara dahulu selepas itu barulah memaqamkan jasad Rasulullah s.a.w.

Sikap tegas Abdullah bin Umar r.a apabila ditanya tentang hukum darah nyamuk, beliau lantas bertanya kembali kenapa anda tidak bertanya daku tentang hukum darah Saidina Husin yang mati dibunuh.

2.3 Tinjauan Konsep dan Kaedah Fiqh al-Awlawiyyat 1.Konsep Fiqh al-Awlawiyat adalah selari dengan Teori Maqasid al-Syariah atau Fiqh al-Maqasid, di mana pensyariatan hukum hakam adalah untuk kebaikan (kemaslahatan manusia). Justeru tujuan dan matlamat syarak adalah memberi kebaikan dan manfaat kepada manusia serta menghindarkan kemudaratan. Di sebalik hukum hakam yang disyariatkan terkandung rahsia dan illat tertentu yang ingin dicapai dan secara pasti ianya bukanlah `abath (sia-sia). Dirumuskan juga secara urutan bahawa matlamat syariat kepada manusia adalah untuk memelihara kepentingan agamanya, nyawanya, akalnya, keturunannya dan hartanya. Kenapakah zina itu adalah haram? Kerana memelihara keturunan dan nasab manusia. Kenapakah arak itu diharamkan? Kerana memelihara akal manusia.

2.Konsep Fiqh al-Awalawiyyat adalah kesinambungan dari Fiqh al-Muwazanah. Fiqh alMuwazanah merujuk kepada pertimbangan di antara masalih (kebaikan) dan mafasid (keburukan) di dalam menentukan keutamaan hukum. Berkata al-Qaradawiy:

.
Maksudnya: Dan apabila berkumpul pada satu perkara kebaikan dan keburukan, kemudaratan dan manfaat maka perlu ditimbang dan dibandingkan antara keduanya. Penentuan berdasarkan yang yang lebih banyak(samada kebaikan atau keburukan). 3.Keutamaan menghindarkan keburukan dari menghasilkan kebaikan. 4.Keutamaan maslahah yang besar dari maslahah yang kecil. 5.Keutamaan maslahah umum dari maslahah individu. 6.Keutamaan maslahah akan datang dari maslahah semasa yang remeh. 7.Keutamaan mafsad yang ringan dari mafsad yang lebih berat. 8.Keutamaan ilmu dari amal dan keutamaan faham dari hafal. 9.Keutamaan mengetahui illat dan rahsia hukum. 10.Keutamaan yang qat`iy dari yang zanniy. 11.Keutamaan mengambil yang mudah dari yang susah. 12.Keutamaan mengambilkira waqi` dan urf semasa. 13.Keutamaan mengambilkira pelaksanaan secara beransur ansur. 14.Keutamaan perkara usul dari furu`. 15.Keutamaan perkara fardhu dari perkara sunat. 16.Keutamaan fardhu ain dari fardhu kifayah.

3.0 Aplikasi isu-isu masakini 3.1 Menunaikan haji dan umrah berulang kali Menunaikan haji dan umrah berulang kali, dan dalam masa yang sama mengabaikan sumbangan dan sedekah untuk kemajuan ilmu pengetahuan dan meringankan kesusahan orang fakir dan miskin adalah bercanggah dengan konsep fiqh al-Awlawiyyat.

3.2 Isu penggunaan kalimah Allah oleh orang kafir Dari sudut nas, terdapat ayat al-Quran dan hadis serta athar yang mengukuhkan keharusannya namun konsep kemaslahatan umat diutamakan, keburukan masa depan hendaklah dielak, keutamaan waqi`, keutamaan pemeliharaan kepentingan agama dan beberapa konsep fiqh awlawiyyat yang lain menjadi pertimbangan terhadap pengharamannya.

3.3 Isu pengguguran bayi Terdapat pandangan yang menyatakan ianya adalah harus jika bayi masih belum melebihi empat bulan. Namun tinjauan terhadap konsep keutamaan mengelakkan keburukan lebih besar, keutamaan waqi` tersebut. menjadikan tindakan pembuangan bayi adalah haram walau sebesar mana kandungan

3.4 Isu gejala sosial Semua pihak hendaklah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap aspek kemaslahatan dan kemudaratan. Sebagai contoh, ibu bapa yang ingin memberi pendedahan tentang internet kepada anak-anak seharusnya mengambil inisiatif tertentu supaya kesan buruk dapat dielak.

3.5 Membayar zakat fitrah dengan nilai wang Di dalam mazhab Syafi`iy, zakat fitrah wajib dibayar di dalam bentuk makanan ruji atau beras. AlQaradawi menyatakan pandangannya di mana dari sudut fiqh al-Maqsad, illat hukum zakat fitrah adalah mengkayakan orang miskin, justeru pelaksanaan hukum seharusnya menjurus ke arah itu.

3.6 Isu sebatan wanita Di dalam fiqh al-awlawiyyat, keutamaan adalah memberi pendidikan dan pemahaman berbanding dengan pelaksanaan yang tergesa-gesa. al-marhum Mustafa al-Zarqa, ketika ditanya tentang pelaksanaan hukum had ke atas penzina juga menekankan aspek pendidikan dan pemahaman. Namun perlu diingat jangan sampai ianya menjadi alasan yang tidak berkesudahan.

3.7 Membeli barangan jualan orang Islam Membantu saudara seagama adalah keutamaan di dalam agama. Keutamaan mengambilkira waqi` dan keadaan semasa, di mana ketandusan para peniaga muslim yang berjaya menjadikan membeli serta malanggan produk peniaga muslim adalah satu kewajipan.

3.8 Isu perpaduan dan persaudaraan umat Islam Perpaduan umat adalah awlawiyyat di dalam agama. Ianya menjangkau sebarang perselisihan pendapat di kalangan umat Islam.

3.9 Isu kebersihan masjid dan tanah perkuburan Nilai-nilai kebersihan di masjid dan tanah perkuburan menjadi keutamaan dari sudut waqi` memandangkan Malaysia negara berbilang agama. Kebersihan masjid dan tanah perkuburan membawa imej dan syiar agama.

Penutup

Konsep Fiqh al-Awlawiyyat dilihat menjadi semakin penting di dalam menentukan pandangan syarak terhadap isu-isu mencabar masa kini. Mudah-mudahan perbincangan ringkas tentang fiqh alawlawiyyat di dalam kertas kerja ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Rujukan: 1.Fiqh al-Awlawiyyat, Dr Yusuf Abdullah al-Qardawiy 2.al-Muwafaqat, Imam al-Syatibiy 3.Fatwa al-Zarqa, Mustafa al-Zarqa 4.al-Fatawa al-Mu`asirah (1-2), Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawiy 5.Usd al-Ghabat fi Ma`rifat al-sahabat, Ibn Athir 6.Fiqh al-Sirah, Ramadan al-Butiy 7.al-Tafsir al-Munir, Dr Wahbah al-Zuhayliy 8.Fath al-Bariy Fi Syarh Sahih al-Bukhariy, Ibn Hajar al-`Asqalaniy 9.Usul al-Fiqh al-Islamiy, Dr Wahbah al-Zuhayliy 10.al-Halal wa al-Haram Fi al-Islam, Dr Yusuf al-Qardawiy 7

BIODATA Nama: Dr Hj Mohd Fahmi Bin Abdul Khir


Tarikh lahir: 20 Mac 1974 Alamat Tetap:No 29 Jalan padi Malinja, Bendang Kerajaan, 33300 Gerik, Perak No Tel: 05-7913287 (Rumah) / 019-3140182 (hp) Pendidikan: -Sek.Men. Keb. Agama Sultan Azlan Shah, Bandar Seri Iskandar. -Kolej Islam Kelang. -Madrasah al-Latifiyyat, Pengkalan Hulu.(Pondok Pakteh) -Universiti of Jordan (Sarjana Muda Kepujian) -Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Pendidikan) -Universiti Malaya (Sarjana) -Universiti Malaya (Doktor Falsafah) Rumahtangga: -Mendirikan rumahtangga pada 03 / 03 / 2002 dengan Dr Halipah Binti Khalid, Pegawai Perubatan di kilnik Ibu dan Anak, Pejabat Kesihatan, Gerik. -4 orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan.1.Muhammad Fathi 2.Muhammad Fariz 3.Nur Fakhrina 4.Muhammad Faruqi Kerjaya : -Guru agama di Sek Men Taayah, Ipoh. -Guru agama di SMKA Maahad Muar, Muar. -Guru agama di Sek Men Tun Perak, Padang Rengas. -Guru Bahasa Arab di Matrikulasi, UIA. -Tutor di Fakulti Bahasa, UPM. -Guru agama di Sek Men Sultan Idris Shah II, Gerik. -Pensyarah Kolej Komuniti Gerik (sekarang) Pengalaman/Pengiktirafan: -Guru agama bertauliah, Jabatan Mufti Perak. -Pengkursus dan penceramah haji Negeri Perak. -Ahli muzakarah haji negeri Perak. Menyertai muzakarah haji peringkat kebangsaan. -Amil Profesional Zakat, Majlis Agama Islam Perak -Pengerusi Maahad Tahfiz dan Kemukjizatan al-Quran, Pondok Air Jernih, Gerik. -Panelis Radio Perak fm -Pendakwah (Penceramah, ahli panel forum, Imam, khatib, guru agama masjid dll. Karya dan Kertas Kerja: -Pengguguran kata dan ayat : Satu Analisis Kemukjizatan al-Quran(Disertasi Sarjana) -Kesan Bahasa Arab terhadap Perselisihan Ahli Fiqh: Kajian Khusus Kitab Bidayat al-Mujtahid Wa Nihayat alMuqtasid.(Tesis PHD) -Kemukjizatan al-Quran: Bukti kebenaran Islam dan Kerasulan Muhammad s.a.w -Bacaan al-Quran Dan Kemukjizatan bahasa al-Quran. -Puasa Ramadan: satu Ibadat yang unik -Mutiara Indah Di dalam tafsiran Surah al-Sajdah -Surah al-Qadr dan kemukjizatan Bilangan di dalam al-Quran. -Fadhilat Surah al-Fatihah -Soal Jawap Puasa. -Risalah Umrah dan Ziarah. -Perkahwinan dan Perceraian: Keadilan di dalam Islam -Islam dan psikologi: Satu pendekatan untuk Penolong Pendaftar nikah

Anda mungkin juga menyukai