Anda di halaman 1dari 9

Kisah Nabi Ayub `Alaihis Salam yang tabah Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu `Alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan, hadirin dan hadirat, yang diRahmati Allah sekalian.

Berjalan-jalan ke Tanjung Jara, Bermain pasir bersama rakan, Kisah Nabi Ayub pilihan cerita, Mari bersama kita dengarkan. (pantun

Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Ketabahan Nabi Ayub `Alaihis Salam.

Tersebutlah kisah suatu cerita, Kisah Nabi Ayyub diuji Ilahi, Sifatnya alim, beriman dan bertakwa Digoda iblis yang iri hati (Syair) Kawan-kawan sekalian, Nabi Ayub a.s terkenal dengan kekuatan imannya. Sehingga ianya telah menimbulkan rasa cemburu kepada iblis laknatulLah. Iblis juga berasa sakit hati apabila mendengar para malaikat asyik memuji Nabi Ayub `Alaihis Salam. Iblis lalu menggoda dan merayu kepada Nabi Ayub `Alaihis Salam supaya meninggalkan suruhan Allah dan berhenti beribadat. Setelah semua godaan yang dilakukan oleh

iblis itu tidak berjaya, iblis telah menemui Allah lalu berkata, Tuhan, Ayub itu sebenarnya tidak ikhlas sujud kepada-Mu. Dia cuma inginkan nikmat kekayaan dan anak-anak sebagai pewarisnya sahaja.

Mendengar kata-kata iblis itu, maka Allah ingin membuktikan kepada iblis bahawa Nabi Ayub `Alaihis Salam itu sememangnya seorang yang beriman, sabar dan tabah dalam menghadapi sebarang dugaan. Lalu, Allah telah memberikan kebenaran kepada iblis supaya menghasut Nabi Ayub `Alaihis Salam agar lalai dalam beribadat.

Lihatlah kawan-kawan! Walaupun iblis berkali-kali menghasut dan menggoda Nabi Ayub `Alaihis Salam untuk meninggalkan suruhan Allah, namun ia tetap mempertahankan hak dan prinsip yang dianutinya, demi rasa cintanya kepada Allah Yang Maha Agung. Ini semua adalah hasil keimanan yang dimiliki oleh Nabi Ayub `Alaihis Salam, yang telah mendidik jiwa dan raganya agar tidak tunduk kepada hasutan iblis dan syaitan.

Namun kita sungguh berasa sedih. Apa yang berlaku kepada pemuda-pemudi hari ini, mereka terlalu mudah untuk terpengaruh dengan kuasa jahat iblis dan syaitan yang menyesatkan seperti pengaruh black metal, skinhead dan sebagainya lagi yang boleh merosakkan aqidah.

Apa yang berlaku seterusnya ya? Untuk pengetahuan kawan-kawan, iblis telah memusnahkan segala harta benda Nabi Ayub `Alaihis Salam sehingga Nabi Ayub `Alaihis Salam menjadi seorang muflis. Iblis juga berjaya memusnahkan kediaman Nabi Ayub `Alaihis Salam sehingga roboh dan binasa. Anak-anak Nabi Ayub `Alaihis Salam yang berada di dalam rumah itu kesemuanya meninggal dunia dalam keadaan

yang sungguh mengerikan.

Setelah berjaya memusnahkan semuanya, iblis menyamar sebagai seorang lelaki dan bertanya kepada Nabi Ayub `Alaihis Salam, Wahai Ayub, lihatlah keadaanmu sekarang. Hilang segala harta benda dan anak-anak yang kau miliki selama ini, sedangkan engkau adalah hamba Allah yang kuat beribadat. Tidak guna engkau kuat beribadat kerana Allah Yang Maha Berkuasa itu pun tidak mahu menyelamatkanmu.

Namun Nabi Ayub `Alaihis Salam tahu lelaki yang bertanya kepadanya itu adalah iblis. Lalu Nabi Ayub `Alaihis Salam menjawab, Wahai iblis, semua yang aku miliki selama ini, adalah pinjaman daripada Allah sahaja. Kini sudah tiba masanya Allah mengambilnya semula. Hanya Allah sahaja yang berkuasa di atas segala-galanya.

Sesungguhnya kawan-kawan, manusia yang hidup di dunia ini tidak akan dapat lari daripada menerima qada dan qadar yang ditentukan Allah, seperti musibah-musibah yang menyebabkan penderitaan dan kesusahan. Sebagai cabaran dan ujian dari Allah, ianya harus dihadapi dengan penuh kesabaran. Perlu juga diingat, bahawa apabila menghadapi kesengsaraan, janganlah mudah kecewa dan putus asa.

Seterusnya apa ya? Iblis sungguh marah dan kecewa apabila usahanya untuk memesongkan akidah Nabi Ayub `Alaihis Salam menemui kegagalan. Sekali lagi iblis menemui Allah untuk menyatakan perasaan kecewanya itu. Untuk kali ketiganya Allah telah mengizinkan iblis berbuat apa sahaja terhadap kesihatan Nabi Ayub `Alaihis Salam. Iblis datang kepada Nabi Ayub `Alaihis Salam dan membawa bersamanya satu penyakit yang tidak ada ubat atau penawar untuk menyembuhkannya. Kulit tubunhya habis hancur di makan ulat-ulat Nabi Ayub

`Alaihis Salam terpaksa menghadapi kesakitan itu bertahun-tahun lamanya. Namun segala kesakitan itu tidak menghalang Nabi Ayub `Alaihis Salam untuk sujud kepada Allah.

Kawan-kawan, lihatlah Nabi Ayub `Alaihis Salam. Walaupun menanggung kesakitan yang tiada perinya, ia tetap tidak lupa untuk sujud menyembah Allah kerana Allah itulah yang perlu diingati selalu di kala senang mahupun susah.

Apa kesudahannya ya? Melihat ketabahan Nabi Ayub `Alaihis Salam itu, iblis semakin kecewa kerana segala usahanya selama ini tidak juga berhasil. Satu lagi peluang yang masih ada ialah menghasut isteri Nabi Ayub `Alaihis Salam. Iblis telah berjaya menghasut isteri Nabi Ayub `Alaihis Salam supaya meninggalkan Nabi Ayub `Alaihis Salam seorang diri. Tinggallah Nabi Ayub `Alaihis Salam menanggung kesakitan itu seorang diri. Pada suatu hari, Nabi Ayub `Alaihis Salam telah berdoa kepada Allah supaya disembuhkan penyakitnya. Sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Anbiyaa ayat 83 :

Yang maksudnya : Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata : Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihi daripada segala (yang lain) yang mengasihani. Allah lalu mewahyukan kepada Nabi Ayub `Alaihis Salam supaya menghentakkan kakinya ke tanah supaya keluar air daripada tanah tersebut. Air yang keluar itu hendaklah diminum dan digunakan untuk mandi agar segala penyakit yang dideritainya menjadi sembuh. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Shaad ayat 42 :

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya) : Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya) : Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).

Nabi Ayub `Alaihis Salam pun melaksanakan suruhan Allah itu dan penyakitnya kembali sembuh. Keadaan tubuhnya menjadi seperti sediakala malah lebih kuat dan bertenaga sebagaimana zaman mudanya dahulu. Isteri yang meninggalkannya dahulu telah menyesal dan mengakui kesalahannya.

Ini menjadi teladan buat kita semua, bahawa apabila kita mempunyai sesuatu masalah, Allahlah menjadi tempat untuk kita memohon pertolongan. Kepadanyalah kita mengadu segala masalah melalui amalan doa yang sebaik-baiknya disertai dengan ibadah solat samada yang wajib mahupun yang sunat. Sesungguhnya doa itu adalah tali yang mengikat antara manusia dengan Khaliq-Nya dan sesungguhnya doa itu adalah kekuatan bagi setiap Muslim. Sampai di sini sahajalah dapat saya sampaikan kisah Ketabahan Nabi Ayub Alaihis Salam. Moga kita semua akan mendapat iktibar dan pengajaran daripada kisah yang saya sampaikan ini.

Sekian sahaja, WabilLahit taufiq wal hidayah. Wassalamu `alaikum W.B.T. Ilal liqo wa maas salamah..

Kisah Nabi Ayub `Alaihis Salam yang tabah Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu `Alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan, hadirin dan hadirat, yang diRahmati Allah sekalian.

Berjalan-jalan ke Tanjung Jara, Bermain pasir bersama rakan, Kisah Nabi Ayub pilihan cerita, Mari bersama kita dengarkan. (pantun) Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Ketabahan Nabi Ayub `Alaihis Salam. Tersebutlah kisah suatu cerita, Kisah Nabi Ayyub diuji Ilahi, Sifatnya alim, beriman dan bertakwa Digoda iblis yang iri hati (Syair) Rakan-rakan sekalian, Salah seorang malaikat telah berkata; Aku tidak pernah melihat seorang manusia yang hidup di atas bumi Allah yang lebih baik dari hamba Allah Ayyub. Dia adalah seorang mukmin sejati dan ahli ibadah yang tekun. Walaupun mempunyai harta yang banyak, namun sebahagiannya digunakan untuk menolong orang fakir miskin. Hari-harinya terisi penuh dengan ibadah, sujud kepada Allah dan bersyukur atas segala nikmat yang yang ada. Para malaikat mengakui kebenaran itu bahkan menyebut lagi beberapa sifat dan tabiat yang lain yang ada pada diri Nabi Ayyub. Hadirin sekalian, Percakapan para malaikat yang memuji-muji Nabi Ayyub itu didengar oleh Iblis laknatullah yang sedang berada tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Mereka merasa panas hati dan jengkel mendengar kata-kata pujian para malaikat. Mereka tidak rela melihat seorang dari anak cucu anak Nabi Adam menjadi seorang mukmin yang baik, ahli ibadah yang tekun dan melakukan amal soleh.

Maka pergilah Iblis mendatangi Nabi Ayyub untuk melihat sejauh mana kebenaran pujian para malaikat itu. Ternyata memang benar Nabi Ayyub patut mendapat segala pujian itu. Siang dan malam sentiasa berada di mihrabnya untuk melakukan solat, berzikir, bertasbih dan bertahmid. Iblis pun menggoda Nabi Ayyub supaya asyik kepada dunia namun usahanya gagal. Telinga Ayyub pekak terhadap segala bisikannya dan hatinya sudah penuh dengan iman dan takwa. Cinta dan taatnya kepada Allah merupakan benteng daripada serangan godaan Iblis laknatullah. Hadirin yang dikasihi, Akan tetapi Iblis laknatullah masih tidak berputus asa lalu menghadap Allah untuk menghasut. Ia berkata : Wahai Tuhan, sesungguhnya Ayyub yang menyembah, bertasbih dan bertahmid menyebut nama-Mu, tidak berbuat demikian seikhlas dan setulus hatinya kerana cinta dan taat pada-Mu. Ia melakukan semua itu kerana takut akan kehilangan semua kenikmatan duniawi yang telah Engkau kurniakan kepadanya. Lalu Allah berfirman : Sesungguhnya Ayyub adalah seorang hamba-Ku yang sangat taat kepada-Ku, ia seorang mukmin sejati, apa yang ia lakukan untuk mendekati dirinya kepada-Ku adalah semata-mata didorong oleh iman yang teguh dan taat yang bulat kepada-Ku. Seterusnya Allah mencabar iblis supaya menggoda Nabi Ayyub yang terkenal sebagai seorang yang beriman dan bertakwa. Hadirin sekalian, Setelah itu, iblis pun mengumpulkan syaitan-syaitan, pembantunya dan bersepakat untuk merosakkan aqidah dan iman Nabi Ayyub. Caranya ialah dengan memusnahkan harta kekayaannya sehingga ia menjadi seorang yang miskin, mencerai-beraikan keluarganya sehingga ia menjadi sebatang kara. Nabi Ayyub ju

ga diuji dengan penyakit kulit yang teruk dan bermacam-macam penyakit yang lain sehingga baginda menjadi sangat kurus. Isteri yang dikasihinya juga meninggalkannya lantaran termakan pujukan syaitan durjana. Maka tinggallah Nabi Ayyub sendirian dalam kesakitan namun baginda tetap tabah dan sabar kerana yakin dan beriman bahawa Allah sentiasa bersamanya. Rakan-rakan sekalian, Nabi Ayyub dipilih sebagai nabi dan teladan yang baik bagi hamba-hamba-Nya sehingga dikenali sebagai simbol kesabaran. Pengajaran dari cerita ini ialah : Pertama : Kita hendaklah beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kedua : Kita hendaklah sabar dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran. Allah sentiasa bersama kita.

Anda mungkin juga menyukai