Anda di halaman 1dari 14

ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

TAJUK : PENGHARAMAN RIBA

ID KOS : ABSW3103

KEWANGAN ISLAM

KURSUS : IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM

NAMA : UMMU ATIHYAH BINTI ZULAMIR HASSANI

NO.MATRIK : 911009095104001

NO KAD PENGENALAN : 911009-09-5104

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM ALOR SETAR

SEMESTER : 10/2017

1
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT


1. Pengenalan 3
2. Pengertian Riba 4
3. Konsep Riba Dalam Literatur Fiqh 7
4. Illat Hukum Riba Dalam Perdebatan Ulama’ 10
5. Kesimpulan 13
6. Rujukan 14

2
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

1.0 PENGENALAN

Al-Quran merupakan sumber utama hukum Islam. Seluruh ayatnya berstatus qath’iy
al wurud yang diyakini kesahihannya. Ia merupakan pedoman umum bagi umat manusia
dalam rangka mengatur kehidupannya, baik yang berkaitan dengan ibadah mahupun
muamalah. Salah satu hal yang berkaitan dengan muamalah yang diatur oleh Al-Quran
adalah masalah riba. Fokus pembahasan dalam tulisan ini adalah mengenai pengertian
riba dalam Islam, ayat-ayat tentang riba, dan konsep riba menurut al-Quran. Pengertian
riba menurut istilah syarak adalah tambahan yang disyariatkan kepada seseorang dalam
sesuatu transaksi jual beli, hutang piutang dari semua jenis barang, baik berupa perhiasan,
makanan, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan mahupun benda-benda tertentu yang boleh
ditukarkan dengan cara yang tertentu. Adapun, pembicaraan Al-Quran tentang riba serupa
dengan pembicaraan tentang khamar. Pada tahap pertama sekadar menggambarkan
adanya unsur negative di dalamnya. Di susuli dengan isyarat tentang keharamannya. Pada
tahap ketiga secara eksplisit dinyatakan keharaman salah satu bentuknya, iaitu apabila
berlipat ganda. Dan terakhir baru diharamkan secara total dalam berbagai bentuknya.

3
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

2.0 PENGERTIAN RIBA

Kata riba berasal dari Bahasa Arab, secara etimologis bererti tambahan iaitu azziyadah,
berkembang (an-numuw), membesar (al-‘uluw) dan meningkat (al-irtifa’). Sehubungan dengan
erti riba dari segi bahasa berikut, ada ungkapan orang Arab kuno menyatakan riba sebagai arba
fulan ‘ala fulan iza azada ‘alaihi iaitu seorang yang melakukan riba terhadap orang lain jika di
dalamnya terdapat unsur tambahan atau disebut liyarbu ma’athaythum min syai’in lita’khuzu
aktsara minhu iaitu mengambil dari sesuatu yang kamu berikan dengan cara berlebih dari apa
yang diberikan.

Menurut terminologi ilmu fiqh, riba merupakan tambahan khusus yang dimiliki salah satu
pihak yang terlibat tanpa adanya imbalan tertentu. Riba sering juga diterjemahkan dalam
bahasa Inggeris sebagai “Usury” dengan erti tambahan wang atas modal yang diperolehi
dengan cara yang dilarang oleh syarak, baik dengan jumlah yang sedikit ataupun dengan
jumlah tambahan yang bannyak.

Antara lainnya, al-Qurthubi berpendapat riba itu tambahan iaitu al ziyadah. Riba itu
terbahagi kepada dua iaitu riba yang haram dan riba yang halal. Riba yang halal itu ialah hadiah
yang diberikan seseorang (kepada orang lain) dengan motif untuk mendapatkan sesuatu yang
lebih baik dibandingkan dengan hadiah yang diberikannya itu. Pemberi hadiah yang
mempunyai motif seperti ini tidak akan mendapatkan pahala dan juga tidak berdosa.

Contoh pemberian seperti ini ialah, ucapan salam yang disampaikan seseorang kepada
orang lain. Adapun halal bagi orang lain, khusus untuk Nabi Muhammad SAW, menurut
Qurthubi, riba seperti ini tetap merupakan sebuah tindakan yang haram beliau lakukan. Untuk
mengukuhkan lagi pendapat tersebut, al-Qurthubi memberikan dalil berupa firman Allah dalam
ayat 6 surah al-Muddatsir iaitu :

“Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih
banyak. (Q.s al Muddatsir [74]:6).

Pendapat para ahli fiqih berkaitan dengan pengertian riba’, antara lainnya adalah seperti
berikut. Menurut Al-Mali, pengertian riba adalah akad yang terjadi atas pertukaran barang
tertentu yang tidak diketahui perimbangan menurut syara’, ketika berkad atau mengakhiri
penukaran kedua belah pihak atau salah satunya. Menurut Abdul Rahman Al-Jaziri, pengertian
riba adalah akad yang terjadi dengan pertukaran tertentu, tidak diketahui sama atau tidak
menurut syara’ atau terlambat salah satunya.

4
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

Pendapat lain yang dikemukakan oleh Syeikh Muhammad Abduh bahawa pengertian riba
adalah penambahan-penambahan yang disyaratkan oleh orang yang memiliki harta kepada
orang yang meminjam hartanya, kerana dimungkiri janji oleh peminjam dari waktu yang telah
ditentukan. Menurut Ali bin Muhammad al Juijani, riba adalah tambahan yang tidak menjadi
imbalan bagi sesuatu yang disyaratkan bagi salah seorang yang meminjam dan yang memberi
pinjaman. Namun istilah ini terlalu sempit. Istilah yang lebih baik dikemukakan oleh Syeikh
‘Abdurrahman Taj, iaitu tambahan pada salah satu pihak dalam akad mu’awwadlah tanpa
mendapat imbalan atau tambahan itu diperoleh kerana adanya penangguhan.

Riba hukumnya adalah haram berdasarkan firman-firman Allah SWT dan sabda-sabda
Rasulullah SAW, di antaranya adalah:

Firman Allah SWT :

“ Ertinya: orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti
berdirinya orang yang kemasukan syaitan akibat tekanan. Keadaan mereka yang demikian itu,
adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba.
Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah
sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka
baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan) dan urusannya kepada
Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni
neraka; mereka kekal di dalamnya (QS. Al Baqarah [2]: 275)”

Firman Allah SWT lainnya adalah;

“Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat
ganda dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan (QS. Ali
Imran [3]: 130).”

Berbagai sabda Rasulullah SAW diantaranya adalah “Allah melaknat pemakan riba, orang
yang memberi makan dengan riba, dua orang saksinya, dan penulisnya”. (Hadis Riwayat
penulis sunan, At Tirmidzi mensahihkan hadis ini)

Sabda Rasulullah SAW yang lain, “satu dirham riba yang dimakan seseorang dengan
sepengetahuannya itu lebih berat dosanya daripada tiga puluh enam berbuat zina”. (Hadis
Riwayat Ahmad dengan sanad sahih). Sabda Rasulullah SAW: “Riba mempunyai tujuh puluh
tiga pintu, pintu yang paling ringan adalah seperti seseorang menikahi ibu kandungan”. (Hadis
Riwayat Al Hakim dan ia mensahihkannya)

5
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

Pada dasarnya, jenis-jenis riba terbahagi kepada dua kategori, iaitu riba dalam akad jual
beli dan riba dalam akad hutang piutang.

2.1 RIBA DALAM AKAD HUTANG PIUTANG


 Riba Nasi’ah iaitu memberi hutang kepada orang lain dengan tempoh atau had yang
tertentu. Jika terlewat dalam proses pembayarannya maka akan dianaikkan jumlah atau
nilainya sebagai tambahan. Contohnya, seseorang itu meminjam wang sebanyak 5000
dalam tempoh satu tahun. Apabila cukup tempoh berikut peminjam tersebut tidak
mampu untuk melunaskan bayarannya tepat pada waktunya. Maka, di atas keterlewatan
tersebut peminjam dikenakan tambahan sebanyak 10% dari nilai pinjaman.
 Riba Qardh iaitu meminjam wang kepada seseorang dengan syarat ada kelebihan atau
keuntungan bagi pihak pemberi pinjaman. Contohnya, si peminjam meminjam wang
sebanya RM 3000 dalam tempoh satu tahun tetapi harus dibayar semula sebanyak RM
4000.

6
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

3.0 KONSEP RIBA DALAM LITERATUR FIQH

Dalam literature fiqh, pada umumnya para fukaha membahagikan riba dalam dua kategori.
Pertama, riba nasi’ah, yang juga lazim disebut sebagai riba AL Quran, riba al-duyun dan riba
al-jalli. Secara definitive, dalam mazhab Hanafi, riba al-nasi’ah didefinisikan sebagai berikut:

“Tambahan atas benda yang dihutangkan, yang berbeza jenisnya baik yang dapat ditimbang
mahupun yang sejenis, tetapi tidak dapat ditimbang.”

Sedangkan dalam mazhab Hanafi, riba nasi’ah didefinisikan sebagai berikut :

“(Perjanjian) hutang untuk jangka waktu tertentu dengan tambahan pada waktu pelunasan
hutang, tanpa adanya penggantian yang sepadan.

Secara sederhana Wahbah al-Zuhayli mendefinisikan riba al-nasi’ah sebagai berikut:

“Riba nasî’ah ialah mengakhirkan pembayaran hutang dengan tambahan dari jumlah hutang
pokok (dan ini lazim disebut riba Jahiliyyah)”.

Kedua, rba fadhl, yang juga lazim dikenal sebagai riba al-sunnah, riba albuyû‘, riba al-nisâ’,
dan/atau riba al-khaffî. Secara definitif dalam mazhab Hanafi riba al-fadhl ini dirumuskan
sebagai berikut:

“ Kelebihan yang diperolehi dari sebuah transaksi tanpa adanya penggantian meskipun secara
hokum berdasarkan parameter yang telah ditetapkan syari’at yang disyaratkan terhadap salah
satu pihak dari kedua-dua pihak yang saling melakukan pertukaran.

Sedangkan dalam mazhab Syafi’e, riba fadhl itu didefinisikan sebagai berikut:

“Akad yang ditetapkan pada sebuah transaksi pertukaran barang tertentu yang tidak diketahui
kesesuaiannya berdasarkan parameter yang ditetapkan syariat sewaktu akad tersebut dibuat
atau kerana adanya kelewatan penyerahan salah satu atau kedua jenis barang yang ditukarkan”.

Mengenai benda-benda yang menjadi objek riba fadhl, para fukaha berbeza pendapat. Pendapat
pertama, semisal dianut oleh Daud al-Zhahiri, Qatadah, Thawus Ibn Kaisan, Ali Ibn Aqil al-
Baghdadi, dan Utsman al-Buti, benda yang disebut dalam hadis Nabi yang berbunyi sebagai
berikut:

“Dari ‘Ubâdah ibn al-Shâmit berkata, aku mendengar Rasulullah Saw. melarang menukar emas
dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, kacang sya'ir dengan kacang
sya'ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam, kecuali sama dan sebanding. Barangsiapa

7
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

yang menambahkannya atau sengaja meminta tambahannya, maka ia sudah berbuat riba. Maka
para sahabat pun segera mengembalikan (barang yang masuk kategori riba) yang semula telah
diambilnya”. (H.r. Muslim).

3.1 KONSEP RIBA DALAM AL-QURAN

Menurut Quraish Shihab, tidak mudah menjelaskan hakikat riba, kerana Al-Quran tidak
menghuraikannya secara terperinci. Nabi Muhammad SAW juga tidak sempat menjelaskan
secara tuntas kerana rangkaian ayat-ayat riba turun setelah kewafatan baginda. Umar bin al-
Khattab sangat mendambakan kejelasan masalah riba ini, beliau berkata, “sesungguhnya
termasuk dalam bahagian akhir yang turun adalah ayat-ayat riba. Rasulullah wafat sebelum
beliau menjelaskannya. Maka tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak
meragukan kamu”.

Memahami konsep riba dalam Al-Quran yang dimaksudkan di sini adalah bukan
mengenai hukumnya, halal atau haram. Ini kerana keharamannya telah disepakati (ijma’) oleh
para ulama. Menurut Quraish Shihab, para ulama sejak dulu hingga kini ketika membahas
masalah ini, mereka tidak melihat riba untuk sekadar mengetahuinya. Akan tetapi mereka
melihat dan membahasnya sambal meletakkan dalam benak mereka beberapa transaksi
ekonomi, menggunakan, mengetahui dan menetapkan apakah praktik-praktik tersebut sama
dengan riba yang diharamkan itu sehingga ia pun menjadi haram, ataukah tidak sama.

Ada beberapa pandangan dalam menjelaskan riba dengan erti pengambilan tambahan,
baik dalam transaksi jual beli mahupun pinjam meminjam. Menurut Ibn al-Arabiy al Malikiy
dalam kitabnya Ahkam al-Quran menjelaskan bahawa riba secara Bahasa adalah tambahan,
namun yang dimaksudka di dalam Al-Quran iaitu setiap penambahan yang diambil tanpa
adanya transaksi pengganti atau penyeimbang yang dibenarkan oleh syari’ah.

Transaksi pengganti atau penyeimbang yang dimaksudkan iaitu transaksi bisnes atau
komersial yang melegitimasi penambahan tersebut secara adil. Seperti jual beli, gadai, sewa
atau hasil sesuatu projek. Dalam transaksi sewa, si penyewa membayar upah sewa kerana
adanya manfaat sewa yang dinikmati, termasuk menurunnya nilai ekonomi sesuatu barang
kerana penggunaan si penyewa. Dalam hal jual beli pula, si pembeli membayar harga atas
imbalan barang yang diterimanya. Demikian juga dalam sesuatu projek, para peserta
perkongsian berhak mendapat keuntungan kerana selain mengeluarkan modal, peserta itu juga
turut menanggung kemungkinan risiko kerugian yang boleh saja terjadi.

8
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

Menurut M.Umar Capra, riba secara harfiah bererti adanya peningkatan, pertambahan
atau perumbuhan. Tetapi tidak semua peningkatan atau pertumbuhan terlarang dalam Islam
kerana keuntungan juga merupakan peningkatan atas jumlah pokok, akan tetapi hal ini tidak
terlarang. Bila diperhatikan surah al Rum, ayat 39, ayat pertama yang berbicara tentang riba,
dinilai oleh para ulama tafsir tidak berbicara tentang riba yang diharamkan. Al-Qurthubiy,
menyebutkan bahawa riba yang dimaksudkan adalah riba halal. Ikrimah al-Dhahhak dan Ibn
Abbas, sebagaimana yang ditulis oleh Al-Qurthubiy mengatakan riba terbahagi kepada dua
iaitu riba halal dan riba haram. Adapun yang dimaksudkan dengan riba halal adalah yang
dihadiahkan dengan harapan mendapat balasan yang lebih baik. Yang demikian itu tidak dapat
pahala dan tidak dapat dosa. Riba jenis inilah yang disindir Tuhan dalam ayat ini. Sedangkan
Ibn Katsir menamainya riba mubah.

Dalam surah an-Nisa’, ayat 160-161, Allah SWT menggambarkan hukuman bagi orang
Yahudi berupa pengharaman atas makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan kepada
mereka kerana kezaliman dan menghalangi manusia dari menuju jalan Allah. Kezaliman yang
dilakukan oleh orang Yahudi, kata Quraish Shihab, kerana mereka telah bertaubat dari
kezaliman yang lalu, kemudian mengulang lagi kezaliman itu, termasuk di antaranya dengan
memakan riba, yang merupakan sesuatu yang sangat tidak berperikemanusiaan.

Jadi, larangan riba di sini, menurut al-Shabuniy ialah berbentuk isyarat, bukan secara
terang-terangan kerana ayat ini hanyalah kisah Yahudi yang bukan merupakan dalil qat’ie bagi
orang Islam untuk haramnya riba. Sedangkan dalam surah Ali Imran ayat 130, yang secara
tegas melarang orang-orang beriman memakan riba dengan berlipat ganda, dan diperintahkan
untuk bertaqwa kepada Allah SWT agar mendapat keuntungan. Menurut al-Shabuniy, ayat ini
secara tegas melarang, tetapi larangan (haramnya) baru bersifat juz’i.

9
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

4.0 ILLAT HUKUM RIBA DALAM PERDEBATAN ULAMA’

Ulama fiqh berbeza pendapat dalam menentukan illat (sebab hukum) yang menyebabkan
keharaman riba fadhl dan riba nasi’ah. Menurut ulama mazhab Hanafi dan salah satu riwayat
dari Imam Ahmad bin Hambal, riba fadhl ini hanya berlaku dalam timbangan atau takaran harta
yang sejenis, bukan terhadap nilai harta. Apabila yang dijadikan ukuran adalah nilai harta,
maka kelebihan yang terjadi tidak termasuk riba fadhl. Contohnya, seekor sapi yang berumur
tiga tahun dijual dengan spi yang berumur empat tahun. Dalam kes ini, sapi yang berumur
empat tahun lebih besar dari yang berumur tiga tahun. Oleh sebab itu, kelebihan pada jual beli
seperti ini tidak termasuk dalam riba fadhl dan tidak diharamkan. Alasan mereka, sekalipun
objek yang diperjualbelikan sama, akan tetapi nilainya sudah berbeza dan diperjualbelikan
bukan dengan timbangan atau takaran.

Pendapat mereka ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW, yang ertinya,
“(memperjualbelikan) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum,
anggur dengan anggur, kurma dengan kurma, garam dengan garam haruslah sama, seimbang
dan tunai. Apabila jenis yang diperjualbelikan berbeza, maka juallah sesuai dengan
kehendakmu (boleh yang satu lebih banyak dari yang lain) asal dengan tunai.” (HR. Muslim
dari Ubadah bin Shamit). Dua jenis yang pertama, emas dan perak menurut mereka,
diperjualbelikan dengan cara timbangan khusus (al-wazn) dan empat jenis buah-buahan
diperjualbelikan dengan cara kilo (al-kail). Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda
“Janganlah kamu memperjualbelikan emas dengan emas kecuali jika seimbang (sama
beratnya) dan jangan pula kamu jual sesuatu yang ada dengan yang belum ada.” (HR Bukhari
dan Muslim dari Abu Said al-Khudri).

Berdasarkan kedua hadis di atas, ulama mazhab Hanafi dan salah satu riwayat dari
Imam Ahmad bin Hambal menetapkan bahawa yang menjadi illat keharaman riba fadhl adalah
kelebihan barang atau harga dari benda sejenis yang diperjualbelikan melalui alat ukur al-wazn
dan al-kail. Berdasarkan illat ini, mereka tidak mengharamkan kelebihan pada jual beli rumah,
tanah, haiwan dan benda lain yang dijual dengan satuan, sekalipun sejenis, kerana benda-benda
seperti itu dijual berdasarkan nilainya, bukan berdasarkan al-wazn dan al-kail.

Berbicara dengan lebih lanjut lagi, ulama mazhab Hanafi mengatakan bahawa dasar
keharaman riba fadhl ini dititikberatkan kepada sad az-zari’ah, iaitu menutup segala
kemungkinan yang dapat membawa kepada riba yang berakibat mudarat bagi umat manusia.
Adapun illat dalam keharaman riba nasi’ah menurut ulama mazhab Hanafi adalah kelebihan

10
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

dari harga barang yang ditunda pembayarannya pada waktu tertentu. Contohnya, A berhutang
wang kepada B sejumlah RM 1000, yang pembayarannya dilakukan bulan depan dan dengan
syarat pengembalian wang tersebut dilebihkan menjadi RM 2000. Kelebihan wang dengan
tempoh masa ini disebut sebagai riba nasi’ah. Unsur kelebihan pembayaran yang berlipat ganda
apabila wang tidak boleh dibayar pada saat tempohnya menurut mazhab Hanafi, ia merupakan
suatu kezaliman dalam muamalah. Kezaliman, bagaimana pun bentuknya menurut mereka
adalah haram. Itulah sebabnya Allah SWT menyatakan di akhir surah al-Baqarah [2]: 279 dari
rangkaian ayat riba, “….kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya.”

Ulama mazhab Maliki dan Syafi’e berpendirian bahawa illat keharaman riba fadhl,
khususnya emas dan perak adalah disebabkan keduanya merupakan harga dari sesuatu, emas
dan perak itu telah dibentuk, seperti cincin atau kalung. Oleh sebab itu, apa pun bentuk emas
dan perak, apabila sejenis tidak boleh diperjualbelikan dengan cara menghargai yang satu lebih
tinggi dari yang lain. Misalnya, apabila emas dijual dengan emas yang dibentuk menjadi cincin
atau kalung, tidak boleh dilebihkan harga yang satu atas yang lain.

Dalam menetapkan illat riba nasi’ah dan riba fadhl pada benda-benda yang termasuk
makanan, terjadi perbezaan pendapat antara ulama mazhab Maliki dan Syafi’e. menurut ulama
mazhab Maliki, illat jenis makanan yang terdapat dalam riba nasi’ah, berbeza dengan illat yang
terdapat pada riba fadhl. Sedangkan illat pada riba fadhl, menurut ulama mazhab Maliki adalah
makanan pokok dan tahan lama. Namun begitu, ulama mazhab Maliki tidak memberikan
batasan waktu yang pasti. Alasan mereka adalah manusia tidak tertipu dan harta mereka
terhindar dari spekulasi. Tujuan seperti ini, menurut mereka, paling tidak dan terutama
berkaitan erat dengan makanan pokok setiap manusia. Oleh sebab itu, untuk memelihara
makanan tersebut, diperlukan suatu hukum agar tidak terjadi unsur penipuan yang berlebihan,
iaitu dengan mengharamkan riba fadhl pada makanan tersebut, sesuai dengan hadis Naabi
SAW yang diriwayatkan oleh Muslim dari Ubadah bin Shamit di atas.

Illat riba di kalangan mazhab Hambali terdapat tiga riwayat, yaitu: (1) al-wazn dan al-kail,
seperti yang dikemukakan oleh ulama mazhab Hanafi; (2) untuk jenis makanan sama dengan
pendapat ulama mazhab Syafi’i, iaitu kerana sifat makanannya, sedangkan untuk emas dan
perak karena keduanya merupakan harga dari sesuatu; dan (3) sifat al-wazn dan al-kail untuk
jenis makanan dan harga dari sesuatu bagi emas dan perak. Menurut mereka, menjadikan sifat
al-wazn dan al-kail sebagai illat riba, baik riba nasi’ah maupun riba fadhl, sejalan dengan sabda

11
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

Nabi SAW., yang ertinya, “Tidak ada (riba) terhadap sesuatu yang dikilo (al-kail) dan
ditimbang (al-wazn)” (HR. Ad-Daruquthni dari Sa’id bin Musayyab).

Menurut mazhab Zhahiri, riba itu tidak ada illat-nya. Hal ini sejalan dengan prinsip mereka
yang menolak mencar-cari illat suatu hukum yang ditetapkan Allah SWT., dan Rasulullah
SAW. Oleh sebab itu, apabila Rasulullah SAW., telah menyatakan bahawa berlaku riba pada
enam jenis barang yang disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Muslim dari Ubadah
bin Shamit di atas, maka seorang Mujtahid cukup menyatakan riba hanya pada enam jenis itu,
tanpa mencari apa illat keharamannya. Implikasi dari pendapat mereka ini adalah tidak ada riba
pada selain dari enam jenis tersebut.

Di sisi lain, illat riba di kalangan mazhab Hambali terdapat tiga riwayat, yaitu: (1) al-wazn
dan al-kail, seperti yang dikemukanan ulama mazhab Hanafi; (2) untuk jenis makanan sama
dengan pendapat ulama mazhab Syafi’i, yaitu karena sifat makanannya, sedangkan untuk emas
dan perak karena keduanya merupakan harga dari sesuatu; dan (3) sifat al-wazn dan al-kail
untuk jenis makanan dan harga dari sesuatu bagi emas dan perak. Berbeda dengan pendapat di
atas, bagi mazhab Zhahiri, riba tidak memiliki illat. Hal ini sejalan dengan prinsip mereka yang
menolak mencari-cari illat suatu hukum yang ditetapkan Allah SWT., dan Rasulullah SAW.

12
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan di sini bahawa secara estimologinya,
kata riba beerti tumbuh dan tambah. Yakni segala sesuatu yang tumbuh dan bertambah itu
dinamakan riba. Sedangkan pengertian riba menurut istilah syarak adalah tambahan yang
disyaratkan kepada seseorang dalam suatu transaksi jual beli, hutang piutang dari semua
jenis barang, baik berupa perhiasan, makanan, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan
mahupun benda-benda tertentu yang boleh dipertukarkan dengan cara yang tertentu. Ulama
fiqh mendefinisikan riba dengan kelebihan harta dalam suatu muamalah dengan tidak ada
imbalan atau gantinya. Memahami konsep riba dalam Al-Quran bukanlah mengenai
hukumnya, halal atau haram kerana keharamannya telah disepakati (ijma’) oleh para ulama
berdasarkan petunjuk nas-nas yang sahih. Akan tetapi yang dikaji adalah bentuk-bentuk
muamalah yang tergolong dalam muamalah ribawiyah menurut al-Quran.

13
ABSW3103 PENGHARAMAN RIBA’ KEWANGAN ISLAM

RUJUKAN

Abdullah (Eds.), Taufik. Ensiklopedi Tematis Dunia Islam, Ajaran. Jakarta: PT. Ichtiar Baru
van Hoeve. 2003

Algaoud, Latifa M. dan Mervyin K. Lewis. Perbankan Syariah, Prinsip, Praktik, dan Prospek.
Jakarta: Serambi.2001

Al-Muslih, Abdullah dan Shalah ash-Shawi. Fikih Ekonomi Keuangan Islam. Jakarta: Darul
Haq. 2004

Asy-Syathiri, Sayyid Ahmad ibnu Umar. Al-Yaqut an-Nafis fi Mazhab ibnu Idris. Surabaya:
Maktabah al-Hidayah. Tt

Aziz, Jamal Abdul. “Riba dan Etika Bisnis Islam (Telaah atas Konsep Riba ‘Kontemporer’
Muhammad Sharur)”. Ibda’ Jurnal Studi Islam dan Budaya, Vol. II, No. 1, (Jan-Jun 2004).
2004

Azzam, Abdul Aziz Muhammad. Fiqh Muamalah Sistem Transaksi dalam Fiqh Islam. Jakarta:
Amzah. 2010

Bagha, Musthafa Dibal. at-Tazhib. Jiddah: al-Haramain. Tt Dahlan (Ed.), Abdul Aziz.
Ensiklopedi Hukum Islam Jilid 5. Jakarta:

PT. Ichtiar Baru van Hoeve. 1997

Ahmad Musthafa al-Maragiy, op.cit., Juz III, h. 59 dst.; Muhammad ‘Ali al-Shabuniy, Tafsir
Ayat al-Ahkam, Jilid I (Beirut: Dar al-Qalam, 1971), h. 389. M. Quraish Shihab, Tafsir al-
Misbah, Jilid XI (Cet. VII; Jakarta: Lentera Hati, 2007), h. 73.

Shubhiy ‘Abd al-Ra’uf ‘Ashr & Ahmad Musthafa Qasim al-Thahthawiy, al-Mu‘jam
alMaudhu‘iy li Ayat al-Qur’an al-Karim (Kairo: Dar al-Fadhilah, 2006), h. 493.

Al-Qur’ân al-Karîm

‘Abd al-Makârim, Zaydan, Madzhab ibn Abbâs fi al-Ribâ bayn Madzâhib Fuqahâ’ al-Sunnah
wa al-Syî‘ah, al-Qâhirah: Dâr al-Ittihâd al-‘Arabî li al-Thiba’ah, 1972

Abû Zayd, ‘Abd al-‘Azhîm Jalâl, Fiqh al-Ribâ Dirâsah Muqâranah wa Syâmilah li
alTathbîqah al-Mu‘âshirah, Bayrût: Mu’assasah al-Risâlah, 1425 H/2004 M.

14

Anda mungkin juga menyukai