Anda di halaman 1dari 17

1

1.1 PENGENALAN

Islam adalah agama yang mudah dan memudahkan, di samping itu juga ia adalah sebuah
agama yang amat sesuai serta bersesuaian dengan kehendak, naluri dan fitrah manusia (Abd.
Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali 2000). Agama Islam adalah agama yang syumul. Ia juga
adalah agama yang di redhai oleh Allah SWT. Berdasarkan firman Allah :

َ َ ‫ف الَّذِّينَ أُوتُوا ْال ِّكت‬


‫اب إِّ ََّّل ِّم ْن بَ ْع ِّد َما َجا َء ُه ُم ْال ِّع ْل ُم بَ ْغيًا‬ َ َ‫اختَل‬ ِّ ْ ‫َّللا‬
ْ ‫اْلس ََْل ُم ۗ َو َما‬ ِّ َّ َ‫إ َّن الدِّينَ ِّع ْند‬
‫ب‬ َ ‫س ِّري ُع ْال ِّح‬
ِّ ‫سا‬ َّ ‫َّللاِّ فَإ ِّ َّن‬
َ َ‫َّللا‬ َّ ‫ت‬ ِّ ‫بَ ْينَ ُه ْم ۗ َو َم ْن َي ْكفُ ْر بِّآيَا‬
Maksudnya:

Sesungguhnya agama (yang di redhai) di sisi Allah hanyalah Islam, tidaklah berselisih
orang-orang yang telah diberi al-Kitab kecuali setelah datang pengetahuan kepada
mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir
terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya (al-
Qur’an, al-cImrān, 3:19).

Islam itu sendiri ia bersifat fleksibel dan sesuai digunakan dan diamalkan sepanjang
zaman. Ini terbukti kerana ia bermula daripada zaman nabi Muhammad SAW yang diberikan
amanah untuk membawa dan menyebarkan agama Islam itu sehinggalah kepada zaman kita
sekarang. Seterusnya hingga ke hari kiamat. Oleh yang demikian, Islam adalah suatu agama
yang menjaga kepentingan pengikutnya yang disebut sebagai maqāsid. Antara objektif
(maqasid) agama Islam yang suci lagi murni ini adalah menjaga kesucian, kemurnian,
kebajikan dan maslaḥah manusia mengikut situasi zaman dan keadaan. Oleh sebab itu, jika
kita lihat dalam sesetengah keadaan kita dapati sesuatu hukum itu berubah mengikut
kesesuaian masa(peredaran zaman dan keadaan).

Di mana dasar tersebut lebih di kenali dengan lafaz dan kaedah:

‫َّل ينكر تغير األحكام بتغير األزمان‬

bermaksud tidak dinafikan ada perubahan hukum berdasarkan perubahan masa (al-Zarqā’
1998).
2

Secara tidak langsungnya ia telah membuka jalan kepada para mujtahidin untuk
berijtihad berkaitan status hukum tertentu dalam menyelesaikan masalah-masalah yang
timbul selepas wafatnya nabi Muhammad SAW. Ia juga memberi ruang kepada para mufti
untuk mengeluarkan fatwa-fatwa yang sesuai bertepatan dengan masa dan situasi keadaan
terhadap sesuatu masalah baru yang timbul. Antara contohnya seperti pemindahan organ,
bayi tabung uji, rokok elektronik(vape), shisha, daun ketum, pendapatan KWSP, zakat
pendapatan dan lain-lain lagi yang memerlukan kepada analisis dan kajian penyelidikan
untuk mengetahui status hukum terhadap masalah yang baru muncul pada masa kini.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kebanyakkan daripada masyarakat kita pada hari ini sangat tidak mengambil berat
akan sesuatu fatwa yang di bincangkan atau yang dikeluarkan oleh jabatan fatwa. Ini kerana
mungkin mereka tidak mengetahui perjalanan pengeluaran dan apakah kaedah yang
digunakan dalam pengeluaran fatwa. Mungkin mereka tertanya-tanya apakah yang digunakan
dalam pengeluaran sesuatu fatwa.

Kaedah fiqh merupakan suatu jalan atau metode yang di guna pakai yang diberikan
perhatian oleh para fuqahā’ dalam mencari hukum terhadap permasalahan baru yang
memerlukan penyelesaian sekiranya masalah yang timbul itu tidak dinaskan di dalam al-
Qur’an, al-Sunnah, al-Ijmac dan al-Qiyas. Ia adalah merupakan pokok-pokok fiqh yang asas
bersifat secara menyeluruh (kulliy). Didapati dalam bentuk-bentuk nas atau teks-teks
perundangan yang ringkas padanya terangkum di dalamnya segala masalah yang berkaitan.
Dalam istilah lain, kaedah ini mengumpulkan segala permasalahan fiqh yang serupa dan di
letakkan di bawah satu kaedah.

Seterusnya, kaedah ini akan menjadi panduan dalam menetapkan sesuatu hukum
terhadap sesuatu masalah yang hampir sama dan serupa. Mustafa al-Zarqā’ di dalam bukunya
al-Madkhal al-Fiqhī ada menyatakan bahawasanya kaedah fiqh ini banyak membantu dari
segi menghafal dan mengenal pasti masalah-masalah yang banyak berlaku dan ia merupakan
satu wasilah (jalan) untuk menemukan atau mencari hukum hakam yang dapat
menyelesaikannya. Beliau juga berpendapat, sekiranya kaedah-kaedah fiqh ini tidak wujud,
maka hukum hakam fiqh akan menjadi suatu hukum-hukum yang furuc iaitu yang berpisah-
3

pisah dan kadangkala ia akan menyebabkan kecelaruan dan boleh menimbulkan pertentangan
antara satu sama yang lain dalam sesuatu masalah .

Sesungguhnya Islam itu tidak memberatkan dan menyusahkan pengikutnya. Oleh itu,
kewujudan kaedah fiqh ini sebenarnya adalah sejajar dengan prinsip Islam yang tidak
memberatkan dan membebankan pengikutnya. Maka ia adalah suatu peluang terhadap
manusia untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan dan tuntutan fiqh dalam kehidupan
manusia.

Justeru itu, menyedari akan keistimewaan yang ada pada kaedah fiqh yang di
perlukan dalam pengeluaran fatwa, oleh itu penulis tertarik dan berminat untuk mengetahui
prosedur-prosedur dan sejauh mana kaedah fiqh ini diaplikasikan atau digunakan dalam
mengeluarkan sesuatu fatwa. Seterusnya, penulis memilih untuk mengkaji berkaitan beberapa
aplikasi kaedah fiqh dalam fatwa-fatwa yang di keluarkan oleh sebuah jabatan fatwa di
Malaysia. Penulis berminat untuk mengetahui prosedur pengeluaran hukum atau fatwa
berpandukan kepada mana-mana kaedah fiqh dalam syariat Islam. Contohnya mengkaji di
dalam pengeluaran sesuatu hukum atau fatwa berpandukan beberapa kaedah fiqh. Oleh sebab
yang demikian, penulis telah memilih untuk menjuruskan kajian ini di jabatan fatwa di negeri
Kedah. Ini kerana kajian terhadap Negeri Kedah masih belum ada yang membuat kajian
berkaitan aplikasi kaedah fiqh yang digunakan dan perjalanan pengeluaran fatwa itu sendiri.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Akhir zaman ini pelbagai bentuk permasalahan baru yang muncul di seluruh dunia amnya
dan di Negara Malaysia secara khususnya. Oleh sebab pelbagai permasalahan baru yang
timbul di negara Malaysia ini, masyarakat memerlukan campur tangan daripada pihak yang
mahir dalam bidang keagamaan seperti ahli fatwa untuk menyelesaikan segala permasalahan
yang muncul. Masyarakat memerlukan kepada fatwa yang dapat menyelesaikan
permasalahan yang timbul agar kesangsian yang terdapat di dalam benak minda dan fikiran
mereka. Pengeluaran fatwa yang bersandarkan kepada al-Qur’ān dan al-Sunnah sudah cukup
jelas untuk meyakinkan masyarakat berkenaan dengan fatwa yang telah di keluarkan. Namun
begitu, kupasan dan kajian yang mendalam serta syarahan yang berkaitan dengan sesuatu
permasalahan itu dengan menghuraikan aplikasi kaedah fiqh dalam pengeluaran sesuatu
4

fatwa itu adalah lebih mendatangkan kekuatan dan keyakinan kepada ahli cilmu dan
masyarakat umum yang memerlukan kepadanya.

Jika kita lihat daripada zaman permulaan muncul Islam dengan zaman pada masa
kini, didapati ia mempunyai perbandingan daripada fiqh sewaktu zaman permulaan Islam dan
pada zaman ini. Ini kerana fiqh sewaktu permulaan Islam itu sendiri terbahagi kepada
beberapa bahagian, iaitu terbahagi kepada banyak cabang dan furuk. Apakah yang
menyebabkan ia terjadi sebegini? Ini terjadi disebabkan berlakunya kemunculan pelbagai
masalah yang baru yang di dalamnya berkaitan dengan ibadat, muamalat dan sebagainya.
Disebabkan itulah para ulama fiqh diperlukan dan terpaksa mengkaji masalah-masalah
cabang yang baru muncul ini kerana padanya tiada nas-nas dalam al-Qur’ān mahupun al-
Sunnah dan mengeluarkannya daripada usul yang telah sedia ada dan menetapkan status
hukum bagi segala permasalahan yang timbul. Oleh sebab itu, maka muncullah satu ilmu
perundangan Islam yang baru, di kenali sebagai Qacidah Fiqhiyyah. Ia disebabkan apabila
muncul masalah-masalah yang baru dan padanya memerlukan kepada suatu penetapan
hukum.

Oleh sebab itu penulis terpanggil untuk melakukan kajian atau analisis terhadap
aplikasi kaedah fiqh yang di gunakan oleh Majlis Fatwa di Malaysia dalam mengeluarkan
sesuatu fatwa. Kaedah ini adalah sesuatu yang perlu untuk diketahui kepada masyarakat
awam dan ahli ilmu bagi mendatangkan rasa keyakinan dengan aplikasinya dalam
pengeluaran sesuatu fatwa. Hal ini disebabkan pada hari ini wujud segelintir daripada
masyarakat yang beranggapan fatwa yang dikeluarkan oleh sesebuah jabatan fatwa di
Malaysia adalah menyusahkan dan membebankan. Bahkan ada segelintir daripada mereka ini
tidak menghormati fatwa yang telah dikeluarkan. Seperti contoh isu fatwa yang telah
diputuskan oleh muzakarah khas jawatan kuasa majlis fatwa kebangsaan Malaysia berkenaan
dengan shisha (Utusan Malaysia Online 2013). Bahkan ada juga sesetengah pihak yang
mempertikaikan dan menolak serta tidak mengendahkan fatwa yang di keluarkan berkaitan
kes yang berlaku membabitkan wanita Islam yang mempersoalkan fatwa yang
mengharamkan bagi mereka untuk menyertai pertandingan ratu cantik selepas mereka ini di
gugurkan daripada penyertaan miss world Malaysia 2013 (Berita harian Online 2013).

Justeru itu, setelah meneliti kes-kes yang berlaku maka bertepatan lah dengan
keinginan penulis untuk mengkaji atau membuat kajian berkaitan aplikasi kaedah fiqh di
Jabatan Fatwa Kerajaan Negeri Kedah sebagai satu langkah kedepan. Kesedaran untuk
5

mengambil inisiatif sendiri dan mengambil pendekatan untuk menjelaskan segala yang
terperinci bagi menguatkan fatwa yang di keluarkan bukan sahaja dengan kekuatan dalil
seperti al-Qur’an dan al-Hadith semata-mata, bahkan bertepatan dengan kaedah-kaedah fiqh
yang memberi kemudahan dan kebaikan kepada masyarakat umum. Kajian ini juga cuba
untuk mendapatkan beberapa kaedah fiqh yang bersesuaian dan diaplikasikan bertepatan
dengan fatwa yang dikeluarkan.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Terdapat beberapa persoalan kajian yang perlu diberi perhatian seperti berikut:

i. Apakah kaedah asas dan kaedah yang terkecuali yang telah dibincangkan oleh para
ulama.

ii. Adakah institusi fatwa dan mufti berkepentingan dalam menentukan sesuatu hukum.

iii. Apakah kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam fatwa dari tahun 1979 sehingga 2010

iv. Apakah kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam fatwa dari tahun 2011 sehingga 2015

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Bagi menjawab persolan-persoalan diatas beberapa objektif telah ditetapkan untuk dicapai,
antaranya:

i. Menganalisis perbahasan ulama berkaitan kaedah asas dan kaedah terkecuali.

ii. Mengetahui institusi fatwa dan mufti berkepentingan dalam menentukan sesuatu
hukum..

iii. Mengenalpasti kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam fatwa dari tahun 1979
sehingga 2010.
6

iv. Mengenalpasti kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam fatwa dari tahun 2011
sehingga 2015.

1.6 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini akan tertumpu kepada beberapa perkara:

i. Kajian akan menumpukan kepada kaedah fiqh dari sudut makna, perkembangannya
dan jenis-jenisnya.

ii. Menumpukan kepada definisi fatwa dan sejarah penubuhannya serta peranan Jabatan
Mufti Kerajaan Negeri Kedah.

iii. Menganalisis beberapa fatwa dan aplikasi beberapa kaedah fiqh yang digunakan oleh
Jabatan Mufti Fatwa Negeri Kedah. Ini juga adalah pokok perbahasan kajian oleh
penulis. Penulis akan mengaplikasikan beberapa kaedah fiqh ini dengan berpandukan
beberapa rujukan utama daripada fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Fatwa
Kerajaan Negeri Kedah

1.7 DEFINISI OPERASIONAL

i. Kamus dewan mendefinisikan perkataan aplikasi dengan maksud kegunaan (pada


praktikalnya.

ii. Fiqh dari segi bahasa membawa maksud kefahaman yang mendalam berkaitan tujuan,
perbuatan dan sesuatu ucapan. Pengertian ini ada di sebut di dalam al-Qur’ān, firman
Allah bermaksud:

“ Mereka berkata wahai Syucaib kamu tidak mengerti kebanyakan daripada apa yang
engkau katakan ini”

Fiqh dari segi istilah pula membawa erti mengetahui sesuatu hukum-hukum syarak
yang amali, iaitu yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci. Secara
kesimpulannya fiqh adalah satu kefahaman yang mendalam terhadap hukum syarak
7

yang di perintahkan oleh Allah kepada mukalaf yang bertepatan dengan perincian
setiap dalil-dalil.

iii. Kaedah fiqh: kaedah fiqh menurut pengertian bahasa terdiri daripada dua kalimah:
kalimah pertama berasal daripada bahasa arab iaitu qacedah yang bermaksud asas
sesuatu atau asal sesuatu. al-Raghīb al-Asfahānī menyatakan di dalam kitab al-
mufradāt fī gharīb al-Qur’ān bermaksud: “asal dan asas sesuatu dan asalnya. hal ini
sama ada ia berbentuk hissi atau dapat di lihat oleh pancaindera: seperti contoh asas

rumah (‫)قواعد البيت‬, mungkin juga berbentuk maknawi, seperti contoh asas agama
(‫( )قواعد الدين‬al-Hariri 1998). Perkara ini berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an,
antaranya ialah:

i. Sebagaimana firman Allah SWT:

‫س ِّمي ُع‬
َّ ‫نت ٱل‬ ِّ ‫َو ِّإ ْذ يَ ْرفَ ُع ِّإب َٰ َْرهي ُم ْٱلقَ َوا ِّعدَ ِّمنَ ْٱلبَ ْي‬
َ َ ‫ت َو ِّإ ْس َٰ َم ِّعي ُل َربَّنَا تَقَب َّْل ِّمنَّا ٓ ۗ ِّإنَّ َك أ‬
‫ْٱلعَ ِّلي ُم‬

Maksudnya :
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan
binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa
dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami);
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui (al-
Qur’an, al-Baqarah, 2:127).

ii. Sebagaimana firman Allah yang lain:

‫ٱَّللُ بُ ْن َٰ َينَ ُهم ِّمنَ ْٱلقَ َوا ِّع ِّد‬


َّ ‫فَأَتَى‬
Maksudnya :
maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya
(al-Qur’an, al-nahl, 16:26).

i. Manakala kalimah kedua pula ialah perkataan fiqhiyyah, asalnya adalah daripada
perkataan fiqh yang membawa maksud al-fahm iaitu suatu kefahaman (Md.Saleh Hj.
8

Ahmad 1998). Pengertian dari segi istilah pula para ulama mentakrifkan kaedah fiqh
ini dengan pelbagai takrifan, namun para penyelidik mendapati bahawasanya takrifan-
takrifan itu mengandungi makna yang sama tetapi di ungkapkan dalam gaya bahasa
yang berbeza. Antara takrif yang sering digunakan atau di ungkapkan dalam
memahami kaedah fiqh adalah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk
nas yang pendek dan membentuk hukum umum yang sesuai dengan bahagian-
bahagiannya (al-Rukiyy 1998 ). Selain daripada itu, kaedah-kaedah fiqh ini juga
ditakrifkan sebagai sesuatu asas atau prinsip fiqh yang bersifat menyeluruh dalam
bentuk nas-nas atau teks perundangan yang ringkas namun meliputi segala hukum-
hakam yang disyariatkan secara umum terhadap perkara-perkara yang tergolong
dalam lingkungannya. Namun begitu, sesetengah para ulama’ mentakrifkan kaedah
fiqh ini sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat umum di ambil daripada dalil-
dalil daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang menjadi asas kepada kaedah-kaedah
yang secara keseluruhannya diselarikan dengan cabang-cabang atau juz’iyyah dalam
perbahasan ilmu fiqh.

ii. Secara kesimpulannya, kaedah fiqh adalah suatu kaedah dalam perundangan Islam
yang disusun dan dibukukan oleh para ulama’ untuk menjadikan ia sebagai suatu asas
yang dapat memahamkan dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah
hukum ( al-Rukiyy 1998 ). Keistimewaannya adalah kaedah fiqh ini di teksnya dalam
bentuk beberapa kalimah yang ringkas dan padat yang berbentuk suatu lafaz yang
umum, tetapi padanya makna yang sangat luas serta mencakupi segala permasalahan
dengan terperinci. Walaupun begitu, kaedah fiqh tidaklah merangkumi ke atas segala
permasalahan yang berlaku, kadang kala ia tidak sesuai di gunakan dalam masalah-
masalah tertentu. Oleh itu, para ulama’ mendefinisikan kaedah fiqh ini sebagai kaedah
yang bersifat majoriti (menyeluruh) atau aghlabiyyah. Atas dasar itulah para fuqaha’
tidak mengharuskan kepada para hakim menggunakan kaedah fiqh semata-mata atau
hanya berpegang kepada kaedah fiqh dalam penghakiman yang di lakukan tanpa
merujuk kepada dalil-dalil yang lain yang bersifat umum atau khas yang dapat
memenuhi terhadap sesuatu kes itu. Ini disebabkan sejauh mana pun ia di guna pakai
dalam setiap perlaksanaan hukum, ia masih mempunyai masalah-masalah yang di
kecualikan daripada kaedah-kaedah tersebut. Dalam erti kata setiap kaedah fiqh yang
digunakan atau di aplikasikan itu mestilah disokong oleh dalil-dalil yang lain dalam
menentukan sesuatu perkara itu di benarkan atau tidak. Fiqhiyyah ini adalah sebagai
9

pokok-pokok atau asal kepada fiqh yang bersama dengan kuli dalam bentuk teks-teks
perundangan yang ringkas tetapi merangkumi akan hukum-hukum yang disyariatkan
secara umum serta peristiwa-peristiwa yang berada di bawah skopnya ( Muhammad
Yusri Yusof 2006 ). Al-nadwi turut mentakrifkan kaedah fiqh yang dibawa oleh al-
Maqarri al-Maliki iaitu setiap yang kulli(menyeluruh) itu ia lebih khas berbanding
dengan asal(usul) dan lain-lain makna yang logik yang am, ia juga adalah lebih umum
daripada akad-akad dan kumpulan garis panduan fiqh yang khusus ( al-Nadwi 1994 ).

iii. Fatwa: fatwa dari segi bahasa adalah menjawab atau menjelaskan sesuatu masalah
(Ahmad Ali Taha al-Rayyan 1994). Menurut sacdi Abu jayyab dalam kamus al-fiqhi
fatwa bermaksud menjawab permasalahan-permasalahan syarac atau undang-undang
yang menimbulkan masalah dalam menyelesaikan kepada seseorang ( sacdi Abu
Jayyab). Kalimah fatwa sebenarnya adalah satu kalimah daripada bahasa arab yang
berasal dari fata-yaftu-fatwan. Fatwa atau futya yang memberi pengertian ifta’ yang
bermaksud perbuatan yang dikeluarkan oleh seorang alim mengenai hukum-hukum
yang bersangkut dengan hak syariah (Luis Ma’luf 1952). Ibn manzhur dalam lisan al-
arab menyatakan futan dan fatwa adalah dua perkataan nama yang di gunakan di
tempat al-ifta’ yang bermaksud satu perbuatan yang di lakukan oleh mufti mengenai
sesuatu hukum atau satu keputusan hukum yang dikeluarkan oleh seorang faqih
(seorang yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan Islam) (Ibn Manzhur
1956). Dari segi syarak ia bermaksud menjelaskan hukum-hukum syarak dengan
berpandukan kepada al-Kitab, al-Sunnah, al-Ijmak dan al-Qiyas (Ibn Rusyd al-
Qurtubi t.th). Berdasarkan takrifan-takrifan di atas, fatwa adalah suatu keputusan yang
dilakukan, dibuat atau penjelasan hukum syarak oleh mufti oleh sesuatu kumpulan
yang terdiri daripada ulama’ iaitu Jawatankuasa atau Jawatankuasa Syariah bagi
sesuatu masalah sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya sama ada secara
bersendirian atau secara kolektif (Abdullah Abdul Razak 2013)
10

1.8 SOROTAN KAJIAN

Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penulis-
penulis terdahulu dan yang terkini berkaitan membicarakan tentang kaedah fiqh. Antaranya
kitab turath yang masyhur dalam membicarakan kaedah fiqh ialah kitab al-ashbah wa al-
nazair karangan imam al-Suyuti. Kitab ini membicarakan tentang kaedah fiqh secara khusus.
Imam al-Suyuti membahagikan perbahasan ini kepada dua bahagian iaitu kaedah fiqhiyyah
asasiyyah iaitu lima kaedah yang asal dan kaedah fiqhiyyah fariyyah yang asalnya daripada
kaedah fiqhiyyah asasiyyah. Imam al-Suyuti memulakan dengan kaedah asas, contohnya
kaedah al-dharar yuzal dan diikuti masalah fiqh yang berkaitan dengannya. Kemudian imam
al-Suyuti mendatangkan pula kaedah-kaedah yang terbit berdasarkan kaedah asas, contohnya
kaedah al-dharurat tubih al-mahzurat, ini adalah kaedah yang diterbitkan daripada kaedah
asas al-Dharar Yuzal beserta dengan masalah fiqh yang ditetapkan hukumnya berdasarkan
kaedah ini.

Qawacid Majallat al-Ahkam al-cAdliyah yang disusun oleh sekumpulan ulama’


kerajaan cUthmaniyah pada zaman pemerintahan sultan al-Ghazi Abd al-cAziz Khan al-
c
Uthmani merupakan satu lagi karya lama yang menyentuh tentang kaedah fiqh. Buku ini ini
dijadikan sebagai rujukan oleh mahkamah-mahkamah yang wujud pada ketika itu. Buku ini
dimulakan dengan menyenaraikan 99 qacidah fiqhiyyah yang diambil daripada Ibn Nujaym
dalam kitabnya al-Ashbah wa al-Nazhair dan daripada al-Khadimi dalam bukunya Khatimat
Majami al-Haqaiq. Kesemua kaedah fiqh yang disenaraikan di awal buku ini disebut berserta
dengan contoh tanpa huraian atau penjelasan yang terperinci. Majallat al-Ahkam al-Adliyyah
ini mengandungi 99 fasa (maddah) yang mana setiap satunya menyatakan kaedah fiqh dan ia
juga dijadikan ensiklopedia fiqh dalam hukum-hakam yang berkaitan dengan muamalat.

Al-Zarqa’ menulis satu buku yang diberi nama Syarh al-Qawaid al-Fiqhiyyah dan
buku ini juga menerangkan kaedah fiqh di mulai dengan kaedah al-Umur bi Maqasidiha.
Kemudian beliau mengaplikasikan kaedah ini dalam masalah-masalah fiqh. Perbezaan antara
buku ini dan buku yang dikarang oleh imam al-Suyuti ialah daripada sudut persembahannya
dan buku ini juga lebih tersusun dan kemas. Al-Zarqa’ juga cuba mengaplikasikan kaedah
fiqh dalam pelbagai masalah yang berkaitan dengan ibadat, munakahat dan muamalat.

Kajian ini dilakukan oleh (Ahmad Badri Abdullah, Paizah Hj. Ismail, Mohd Anuar
Ramli t.th ) memfokuskan mengenai perbahasan terhadap beberapa kaedah-kaedah Fiqh (al-
11

Qawa’id al-Fiqhiyyah) yang berkaitan dengan penyerupaan (al-tasyabbuh) orang Islam


dengan orang bukan Islam. Beberapa isu yang melibatkan interaksi masyarakat Islam dengan
orang bukan Islam dalam konteks semasa dan setempat dibincangkan. Antaranya dalam
aspek pakaian, perayaan dan politik. Untuk menganalisis isu-isu tersebut, kaedah fiqh akan
diaplikasikan yang mana ia telah disimpulkan oleh para ulama fiqh dengan merujuk kepada
nas-nas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah, serta kesimpulan hukum-hukum al-tasyabbuh
yang terdapat di dalam karya-karya klasik.

Terdapat juga antara penulisan yang terbaru yang membincangkan hubung kait
dengan kaedah fiqh dengan permasalahan semasa seperti penulisan yang dilakukan oleh
Anwar Fakhri bin Omar dalam disertasinya yang bertajuk “ kaedah fiqh dan hubung kaitnya
dengan permasalahan fiqh semasa”.

Zahari Mahad Musa (2014) dalam Kajian penulisannya Kaedah Fiqh Dalam Majallat
Al-Ahkam Al-Cadliyyah menyatakan kaedah fiqh (al-Qawacid al-Fiqhiyyah) merupakan satu
cabang penting dalam disiplin ilmu fiqh. Ia mempunyai peranan tersendiri dalam membantu
untuk menerangkan dan menentukan sesuatu hukum kerana penggubalannya adalah
berdasarkan kesimpulan dan pemerhatian terhadap pelbagai permasalahan fiqh yang sedia
ada. Tanpa penemuan kaedah fiqh sebagai satu ilmu penting dalam menentukan hukum,
nescaya setiap hukum permasalahan ditulis dalam keadaan panjang lebar yang hanya
difahami oleh pakar dalam bidangnya sahaja. Usaha penulisan kaedah fiqh adalah sebahagian
sumbangan ijtihad ilmuan fiqh selepas kemunculan aliran-aliran mazhab tertentu dalam
perundangan Islam. Kaedah fiqh didefinisikan sebagai prinsip fiqh umum yang mengandungi
hukum-hakam bersifat menyeluruh dan digubal daripada pelbagai perbincangan fiqh dengan
menghubungkan kes-kes yang berkaitan dengannya. Ia juga dikenali dengan hukum syarak
yang digubal dalam bentuk menyeluruh dan digunakan dalam menentukan hukum-hakam
sesuatu permasalahan yang berhubung dengannya.
12

1.9 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi yang akan digunakan di bahagikan kepada tiga aspek utama. Tiga aspek utama
tersebut adalah reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data
:

1.9.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dipilih bagi mencapai objektif kajian iaitu kajian
analisis kandungan. Sehubungan itu, sebab reka bentuk kajian analisis kandungan dipilih
kerana kajian ini tidak melibatkan kajian dan penyelidikan yang bersifat uji kaji data numerik
dan statistik. Kajian yang dilakukan menerusi dokumen adalah penting untuk memperoleh
maklumat secara mendalam terhadap apa yang dikaji. Justeru, jelaslah kajian ini hanya perlu
kepada maklumat yang teliti dan mendalam untuk membincangkan konsep dan kaeah fiqh
serta penggunaannya dalam fatwa negeri Kedah. Kajian secara kualitatif adalah sebagai
proses untuk memahami dan mengkaji permasalahan berdasarkan pelbagai kaedah dengan
membina gambaran yang mendalam dan menyeluruh, menganalisis perkataan, membuat
pandangan yang terperinci. penyelidikan kualitatif dijalankan dalam latar belakang
semulajadi dan penyelidik merupakan instrumen utama pengumpulan data sama ada dalam
bentuk perkataan ataupun gambar, membuat penganalisisan secara induktif, menghuraikan
makna yang diberikan oleh peserta kajian serta dijelaskan dalam bahasa yang menarik.
Sehubungan itu, pendekatan bagi analisi kandungan ialah analisis dokumen yang
bersumberkan kepada sumber primer dan sumber sekunder yang menjadi asas dalam kajian
ini. Antara dokumen penting yang menjadi sumber kepada kajian ini adalah al-Quran, kitab-
kitab hadith utama yang diiktiraf, kitab-kitab tafsir, kitab-kitab fiqh klasik dan kitab-kitab
qawācid fiqhiyyah. Di samping itu, kajian ini juga turut menyelusuri sumber-sumber sekunder
seperti pelbagai kajian yang telah di jalankan oleh para sarjana tempatan berkaitan penilaian
dan penulisan kaedah fiqh dalam undang-undang dan fatwa. Turut digunakan buku-buku
yang ditulis oleh sajana Islam kontemporari yang kebanyakannya telah mensintesiskan
sumber klasik, tesis, artikel jurnal, kertas kerja seminar dan bahan-bahan yang berkaitan
dengan tajuk kajian.
13

1.9.2 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ialah melalui analisis dokumen. Kaedah ini
diaplikasikan terhadap pelbagai material dan literatur yang menyentuh konsep, fatwa dan
kaedah fiqh. Sumber hukum seperti al-Quran, hadith, qiyās dan kaedah fiqh menjadi bahan
utama dalam kaedah tekstual ini.
Manakala, kitab-kitab fiqh klasik dan kaedah fiqh menjadi sumber utama kajian ini
yang dianalisis. Begitu juga buku-buku fatwa. Antara kitab kaedah fiqh yang digunakan
antaranya al-Ashbāh wa al-Naẓā’ir al-Ṣuyūṭī, al-Qawācid al-Fiqhiyyah al-Nadwī, dan
Syaraḥ Qawācid al-Fiqhiyyah al-Zarqā’. Dalam kajian ini, data-data dikumpul melalui
analisis dokumen dan temu bual. Analisis dokumen digunakan untuk mengkaji dengan lebih
objektif, sistematik dan kuantitatif terhadap kandungan bertulis seperti buku teks, artikel,
akhbar dan kandungan lisan seperti ucapan dan temu bual. Justeru, kaedah ini diguna pakai
dalam kajian ini untuk mengkaji bahan-bahan bermaklumat yang diperoleh yang terdiri
daripada sumber-sumber primer dan sekunder yang merangkumi kitab, buku, akhbar, jurnal,
artikel, majalah, sumber dari laman sesawang, transkrip temu bual daripada pihak jabatan
fatwa dan sebagainya.

Manakala melalui temu bual pula, data-data diperoleh daripada mereka yang
berpengetahuan dalam subjek yang dikaji dengan menggunakan kaedah temu bual separa
struktur. Bentuk temu bual separa struktur dipilih kerana ia menggabungkan ciri-ciri
mengarah dan seragam temu bual berstruktur dengan ciri-ciri fleksibiliti temu bual tidak
berstruktur. Ini membolehkan maklumat yang lebih lanjut dapat diperoleh berdasarkan
jawapan yang diberikan oleh pemberi maklumat. Maklumat-maklumat yang diperoleh
daripada hasil temu bual tersebut kemudiannya dirakam dan ditranskripkan.

1.9.3 Kaedah Penganalisisan Data

Penganalisian data dalam kajian ini dilakukan menggunakan pendekatan deskriptif dan
induktif.

1. Pendekatan deskriptif

Pendekatan deskriptif merupakan pendekatan asas dalam menganalisis data bagi kajian ini
14

Analisis data dalam penyelidikan kualitatif bermula sebaik sahaja pengumpulan data
bermula. Menerusi pendekatan ini, data dianalisis mengikut tema Pengkaji telah
menganalisis perkembangan, penubuhan dan fatwa-fatwa yang telah di keluarkan oleh
Jabatan Mufti Negeri Kedah melalui dokumen yang telah dikaji oleh mereka. Kaedah analisis
tematik telah digunakan oleh pengkaji dalam menganalisis segala dokumen dalam kajian ini.

1.10 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini hanya mengkaji kepada perbahasan berkenaan kaedah-kaedah fiqh sebagai
sokongan kepada fatwa yang dikeluarkan oleh JawatanKuasa Fatwa Negeri Kedah Darul
Aman. Selain itu, kajian ini hanya memfokuskan kepada fatwa yang diwartakan oleh Jabatan
Fatwa Negeri Kedah dan menggunakan kaedah fiqh yang bersesuain dengan isu dalam fatwa
tersebut. Penekanan ditumpukan kepada fatwa dan kaedah fiqh selain mengguna pakai
pandangan ulama-ulama klasik dan kontemporari seperti imam Syafici, al-ghazālī, al-
Shirbīnī, al-Zuhailī dan al-Qaraḍāwī. Setiap fatwa yang terdapat akan diselarikan dengan
penggunaan kaedah fiqh selain menumpukan kepada al-Quran, al-Sunnah dan pandangan
ulama.

1.11 SIGNIFIKAN KAJIAN

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, terdapat beberapa kepentingan daripada kajian
ini:
1.11.1 Masyarakat Awam

Menerangkan dan menjelaskan kepada masyarakat akan sesuatu fatwa yang dikeluarkan
berdasarkan al-Quran dan al-Hadith. Kemudian diterangkan dan diperincikan sesuatu hukum
dengan menggunakan kaedah fiqh. Kepentingan kajian ini dilakukan begi merungkaikan
permasalahan yang timbul dengan menyatakan sesuatu hukum berdasarkan pengeluaran
fatwa. Di samping itu menjadikan kaedah fiqh sebagai penyokong dan pengukuh kepada
fatwa dalam memahamkan kepada masyarakat.

Kajian ini perlu diketengahkan kepada masyarakat yang pada hari ini tidak
mengambil peduli kepada sesuatu fatwa yang dikeluarkan. Kebanyakan masyarakat pada hari
15

ini tidak mengambil penting akan sesuatu hukum berdasarkan fatwa. Malahan ada yang
menghina dan memperlekehkan institusi fatwa. Maka, inisiatif ini dilakukan dan perlu
diketengahkan agar masyarakat memahami konteks hukum, fatwa dan kaedah fiqh yang
digunakan dalam fatwa. Pemahaman ini dapat membantu masyarakat untuk menjalani
kehidupan dalam suasana yang aman, harmoni dan diredai Allah.

1.11.2 Jabatan Mufti Negeri Kedah

Menjadi sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam mengeluarkan fatwa dan
menyelesaikan sebarang masalah dengan berdedikasi. Oleh sebab lain, menjadi seuah
organisasi yang menyebarkan maklumat secara menyeluruh penggunaan kaedah fiqh dalam
mengeluarkan sesuatu fatwa.

1.11.3 Ahli Akademik dan Jabatan Mufti

Kajian ini boleh dijadikan sebagai khazanah ilmu pengetahuan dan pengkalan data kepada
ahli akdemik secara umumnya atau kepada ahli bidang kaedah fiqh secara khusunya. Begitu
juga dengan institusi jabatan mufti serta pelajar-pelajar universiti dalam memahami kaedah
fiqh dan fatwa serta mengaplikasikan kaedah fiqh dalam fatwa. Setiap fatwa yang
dikeluarkan hasil daripada permasalahan yang timbul atau daripada permintaan individu,
badan atau ngo. Sehubungan itu,

1.10 KESIMPULAN

Sejak kebelakangan ini kita melihat banyak permasalahan yang timbul dan memerlukan
kepada pengeluaran fatwa terhadap sesuatu isu tersebut. Namun begitu, kita mendapati
apabila kita amati dari aspek kehidupan masyarakat bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh
mufti bukanlah sesuatu yang diambil berat oleh masyarakat. Terdapat sesetengah daripada
mereka beranggapan bahawa fatwa yang dikeluarkan itu menyusahkan dan membebankan
bagi mereka. Oleh itu mereka memandang remeh dan enteng dengan setiap fatwa yang
dikeluarkan.
16

Oleh sebab yang demikian, dalam hal yang berlaku ini pengkaji mengambil satu
langkah yang bersesuaian dengan merasakan perlu dilakukan dengan menerangkan kepada
masyarakat bahawa pentingnya fatwa dan kaedah fiqh bertepatan dengan fatwa yang
dihuraikan. Masyarakat memerlukan pemahaman yang jelas berkaitan dengan kaedah fiqh
yang terdapat dalam fatwa tersebut. Penghuraian ini sangat penting bagi memastikan
masyarakat memahami isi-isi yang disampaikan. Dengan pemahaman yang jelas, masyarakat
akan merasakan bahawa kepentingan fatwa tersebut serta mengetahui bahawa sebenarnya
fatwa itu bukanlah menyusahkan dan membebankan tetapi lebih memudahkan masyarakat
dalam kehidupan seharian mereka.
17

RUJUKAN

Abd. Latif Muda dan Rosmawati Ali. 2000. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh. Pustaka
Salam Sdn.Bhd.

Abdullah Abdol Razak .2013. Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam Fatwa di Jabatan Mufti
Kerajaan Negeri Sembilan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Ahmad Ali Taha al-Rayyan.1994. Ḍawābit al-Ijtihād wa al-Fatāwa. al-Qaherah. Jabhah


c
Ulama’ al-Azhār.

Ahmad Badri Abdullah, Paizah Hj. Ismail & Mohd Anuar Ramli. Aplikasi Kaedah Fiqh
Dalam Isu Penyerupaan(al-Tasyabbuh) Dengan Orang Islam Dalam Konteks
Masyarakat Majmuk di Malaysia. Jabatan Fiqh dan Usul. Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.

Dr.Ibrahim Muhammad Mahmud al-Hariri.1998.al-Madkhal Ila al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-


Kulliyyah.Cet. 1. Amman:Dar cAqar.

Dr.Othman bin Hj. Ishak. 1981. Fatwa Dalam Perundangan Islam. Fajar Bakti.

Ibn Manzhur. 1956. Lisan al-Arab. Beirut.

Luis Ma’luf. 1952. al-Munjid. Beirut.

Md. Saleh Hj. Ahmad.1998. Qawācid al-Fiqhiyyah. Pustaka Haji Abdul Majid. Kuala
Lumpur.

Muhammad Yusri Yususf. 2006. Aplikasi Usul dan Kaedah Fiqh Dalam Pembangunan
Pasaran Modal Islam di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

al-Nadwi.Ali Ahmad. 1994. al-Qawacid al-Fiqhiyyah. Dar al-Qalam. Dimashq.

al-Raghīb al-Asfahānī.t.th.al-Mufradat fi Gharib al-Qur’an.

al-Rukiyy. Muhammad. 1998. Qawacid al-Fiqh al-Islamī. Dar al-Qalam. Dimashq.

al-Zarqā’. 1998. Ahmad bin Muhammad. Syarah Qawacid al-Fiqhiyyah. Cet. 5. Damsyiq.
Dar al-qalam.

Zahari Mahad Musa. 2014. Penulisan Kaedah fiqh dalam Majallat al-Ahkam al-cAdliyyah.
Jurnal Pengajian Islam. Akademi Islam Kolej Universiti Islam Selangor.

Anda mungkin juga menyukai