Anda di halaman 1dari 12

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

SEMESTER I (2019/2020)

NAMA KUMPULAN: NUR LEMBAH PANGSUN

TUGASAN 1: ULASAN KAJIAN TINDAKAN : PENGGUNAAN KAEDAH “COCOM” UNTUK


MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA
KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

TUGASAN 2: JURNAL REVIEW TENTANG KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN


KEMAHIRAN PENCARIAN MAKLUMAT DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA
PENDIDIKAN DENGAN MENGGUNAKAN GOOGLE SCHOLAR.

NAMA NO. MATRIK

MOHAMAD ZULKARNAIN BIN HICHAMUDIN CIA19057098

MUHAMMAD FAIZ BIN ABDULLAH CIA19057102

HAFIZI BIN OMAR CIA19057111

MUHAMAD KHAIRI SYAH BIN YAHYA CIA19057112

MAKLUMAT KURSUS

NAMA KURSUS KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KOD KURSUS DWP 10703

NAMA PENSYARAH DR. MOHD FAISAL BIN MOHAMED

TARIKH SERAH 01 APRIL 2020


ULASAN KAJIAN TINDAKAN : PENGGUNAAN KAEDAH “COCOM” UNTUK
MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA
KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

PENGENALAN

Kajian ini dilakukan untuk melihat secara menyeluruh (overall view) atau ulasan kajian berkaitan
penulisan artikel yang dilakukan oleh pengkaji berkaitan.. pengkaji melakukan kajian penggunaan
kaedah “cocom” dalam membantu murid tahun empat mengenal pasti dan dapat membanding beza
kedudukan Kerajaan Melayu Awal serta geografinya. Dalam kajian ini, pengkaji menzahirkan nilai
kooperatif dalam kalangan murid. Namun begitu, terdapat beberapa pelajar yang lemah, tidak dapat
menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meningkatkan
kefaman murid dalam pelajaran dan arahan. Kaedah yang digunakan adalah analisis dokumen, temu
bual dan pemerhatian. Kaedah penganalisis data yang digunakan pula analisis kandungan dan analisis
pola. Dapatan kajian berdasarkan lima peserta kajian yang digunakan menunjukkan perubahan dan
perkembangan yang positif dalam mengenal pasti dan membanding beza kedudukan Kerajaan Melayu
Awal serta geografinya dengan menggunakan kaedah “cocom”. Akhir sekali, kajian yang dilakukan
bukan sekadar meningkatkan kefahaman murid, namun memantapkan amalan kendiri seseorang
sebagai guru dalam proses pembelajaran.

ULASAN UMUM

Kajian tindakan oleh penulis ini ialah tentang masalah yang dihadapi semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran bertujuan bagi membantu murid tahun 4C untuk mengenal pasti dan membanding beza
kedudukan Kerajaan Melayu Awal yang merangkumi lokasi kerajaan dan ekonomi setiap kerajaan
serta juga mengenal pasti pulau, laut, teluk dan selat di sekitar Kerajaan Melayu Awal. Antara
masalah yang dihadapi oleh penulis ialah murid tidak dapat menghabiskan latihan yang diberikan
mengikut masa yang ditetapkan selain itu ada sesetengah mereka tidak faham mengenai soalan yang
ditujukan dalam latihan itu. Lebih-lebih lagi soalan yang mengenai mengenal pasti lokasi kerajaan-
kerajaan Melayu Awal berdasarkan peta kepulauan Melayu.
Oleh itu penulis telah membuat pemerhatian dan penilaian dimana semasa sesi pengajaran,
kesemua lima kumpulan memberikan kerjasama yang memuaskan dan aktif dalam kerja berkumpulan
namun ketika tajuk kedudukan Kerajaan Melayu Awal, mereka keliru dan tidak tahu di mana
kedudukan tersebut. Begitu juga tidak tahu mengenai arah mata angin yang di maksudkan dalam peta
tersebut semasa aktiviti Find and Mark. Untuk lembaran kerja pula, mereka tidak membanding beza
kerajaan Melayu Awal dari segi ekonomi dan lokasi kedudukan kerajaan. Penulis menyedari bahawa
ianya berkemungkinan disebabkan oleh bahan bantu mengajar yang di gunakan oleh penulis dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan, apabila peta Kerajaan Melayu Awal berwarna
putih tiada petunjuk apa yang terkandung dalam peta itu seperti kedudukan kerajaan Melayu Awal,
pulau, selat, teluk dan laut. Lebih-lebih lagi murid-murid tidak tahu bagaimana rupanya bentuk pulau,
selat, teluk dan laut tersebut.

Oleh itu, wujudnya kaedah “COCOM” bagi mewujudkan satu aspek kaedah yang mudah
meliputi semua aspek mengenai Kerajaan Melayu Awal yang bertujuan memudahkan proses
pengajaran. Penulis menjadikan murid-murid kelas 4C sebagai rujukan ketika proses pembelajaran
dilakukan. Oleh yang demikian, dengan menggunakan Code Colouring Map (COCOM) secara tidak
langsung mengukuhkan kaedah penggunaan warna dalam suatu pengajaran dan pembelajaran (PdP)
merupakan pendekatan yang sesuai dan menarik bagi kajian yang hendak dikaji. Oleh sebab itu,
kajian ini bukan sekadar membantu murid mengenal pasti kedudukan Kerajaan Melayu Awal sahaja,
tetapi murid akan dapat membanding beza setiap Kerajaan Melayu Awal pada ketika itu dari segi
kedudukan geografi, arah mata angin pengaruh kerajaan dalam aktiviti perdagangan iaitu ekonomi
dan juga lautan di sekitarnya yang menjadi tumpuan perdagangan utama pada zaman tersebut.

Perancangan yang rapi dilakukan oleh penulis meliputi sebelum, semasa dan selepas kajian
tindakan ini dilaksanakan. Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar dan efektif, penulis
telah menyediakan kertas kerja kajian, selain itu penulis juga turut membuat bacaan tambahan melalui
buku dan kajian-kajian lepas bagi mengetahui lebih lanjut mengenai masalah yang saya hadapi dan
jalan penyelesaian yang perlu dipilih.

Perancangan pelaksanaan telah penulis rangka dan jadualkan mengikut bahagian-bahagian


tertentu supaya mudah untuk saya menjalankan kajian. Bukan itu sahaja, instrumen pengumpulan data
yang bersesuaian telah di pilih bagi membantu kajian tindakan ini. Perbincangan bersama rakan yang
turut melakukan kajian yang hampir sama telah di lakukan untuk memastikan kajian tindakan yang
saya laksanakan ini adalah bermutu.

Penulis telah menggunakan memilih model kajian tindakan kemmis atau dikenali sebagai
kaedah gelungan. Dimana model ini bermula dengan perancangan, kemudaian tindakan serta
pemerhatian dan kemudian mereflek tindakan yang dilaksanakan. Sekiranya objektif kurang tercapai,
maka proses yang sama akan berulang sehingga objektif tercapai.
Penulis juga melampirkan beberapa graf sebagai rujukan kepada kajian yang dilakukan. Ini
menunjukkan suatu kajian yang boleh diguna pakai sebagai kajian yang bermaklumat dan boleh
dijadikan sebagai rujukan. Oleh itu, dalam ulasan ini juga dilampirkan graf yang telah dijalankan oleh
penulis kedalam ulasan ini.

Langkah-Langkah Yang Dijalankan Oleh Penulis

Rajah 1

DAPATAN KAJIAN

Dalam penyelidikan kajian tindakan, penulis menggunakan inovasi COCOM iaitu Code Colouring
Map. Dalam kajian ini terdapat tiga persoalan yang dinyatakan yang dikemukakan.
1. Adakah murid dapat mengenal pasti kedudukan laut, pulau, selat dan teluk serta membezakan
kedudukan Kerajaan Melayu Awal dari segi, lokasi kerajaan dan ekonomi kerajaan pada
ketika itu dalam peta Kerajaan Melayu Awal?

 Penulis boleh menilai dan melihat kumpulan 1 dapat melaksanakan secara kooperatif
dengan melabel dan mengenal pasti dengan baik laut, pulau, selat dan teluk serta
membanding beza Kerajaan Melayu Awal dari segi lokasi kerajaan dan ekonomi
Kerajaan Melayu Awal. Hal ini kerana, mereka suka kepada warna yang pelbagai yang
terdapat dalam peta COCOM.

2. Adakah Penggunaan COCOM (Code Colouring Map) dapat membantu menambahkan


amalan kendiri saya terhadap pengajaran dan pembelajaran dan sekali gus dapat
meningkatkan pembelajaran kooperatif dalam kalangan murid?

 Penulis melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah 4C sendiri
selepas habis waktu sekolah dengan kebenaran ibu bapa, guru kelas, guru pembimbing
dan juga guru besar. Sepanjang sesi pembelajaran tersebut segala pemerhatian
dilaksanakan oleh rakan praktikum penulis iaitu Cikgu Richard. Jika dilihat perbezaan
masa sebelum, semasa dan selepas penggunaan inovasi COCOM ini menggambarkan
suatu kejayaan bagi pelaksanaan inovasi COCOM ini kerana pencapaian mereka berlima
iaitu kumpulan 1 sangat memberangsangkan dan juga semangat kooperatif semasa
mereka melaksanakan Aktiviti 1: Find and Mark iaitu mengenal pasti laut, pulau, teluk
dan selat serta membanding beza kedudukan Kerajaan Melayu Awal.

3. Pada transkrip temu bual yang dijalankan untuk menguji atau meminta peserta kajian
kumpulan 1 iaitu Amir, Suraya, Kalang, Amoi dan Fahim mengutarakan pendapat masing-
masing semasa menggunakan inovasi COCOM (Code Colouring Map). Berdasarkan temu
bual tersebut kelima-lima peserta kajian dalam kumpulan 1 menyatakan bahawa mereka
menganggap tajuk tersebut susah, bosan dan tidak faham apa yang dimaksudkan pulau, teluk,
selat dan laut lebih-lebih lagi tidak tahu kedudukan kerajaan Melayu Awal serta tiada
penggunaan warna yang menarik dalam peta tersebut sebelum ini tetapi selepas penggunaan
inovasi COCOM pandangan dan pendapat mereka berubah. Temu bual ini dijalankan selepas
penggunaan inovasi COCOM.
Perbezaan sebelum, semasa dan selepas penggunaan inovasi COCOM

Rajah 2

Temu bual dijalankan oleh penulis selepa kumpulan 1 menggunakan inovasi COCOM. Melalui temu
bual tersebut penulis mendapati bahawa walaupun COCOM hanya digunakan dalam 3 minggu namun
berdasarkan temu bual yang dijalankan oleh Cikgu Syikin iaitu guru pembimbing penulis dalam
subjek Sejarah telah menyatakan bahawa beliau begitu yakin penggunaan inovasi COCOM ini dapat
mencapai matlamat objektif walaupun baru sahaja digunakan kepada kumpulan 1 dalam masa 3
minggu sahaja tetapi menunjukkan perubahan yang ketara kepada mereka berlima.

Hal ini membuktikan bahawa penggunaan inovasi COCOM dapat meningkatkan pemahaman
murid dalam proses pembelajaran, mewujudkan nilai kooperatif secara berpasukan dan juga
memudahkan dan memantapkan proses pengajaran guru yang bertindak sebagai fasilitator seperti
mana yang dikehendaki dalam pembelajaran abad ke-21. Justeru, berdasarkan apa yang diutarakan
oleh Cikgu Syikin sememangnya mengakui bahawa kesemua peserta kajian dalam kumpulan 1 masih
mengekalkan prestasi dalam pembelajaran Tajuk 4 iaitu Kedudukan Kerajaan Melayu Awal yang
merupakan tajuk yang sukar mulanya tetapi dengan wujudnya inovasi COCOM kaedah pengajaran
mudah dan mantap serta wujudnya pembelajaran kooperatif wujud. Berikut adalah transkrip temu
bual tersebut.

Kelebihan Kajian Tindakan

• Mempunyai susun atur kajian tindakan yang baik. Kerana mempunyai pendahuluan, kajian
literature, fokus kajian, permasalahan, objektif, sasaran kajian, analisis data dan kesimpulan.

• Kajian yang dijalankan meliputi kelompok yang jelas dalam sebuah sekolah, fokus kepada
murid dalam sebuah kelas sahaja.

• Kajian ringkas dan padat.

• Menyatakan kepentingan warna dalam dunia reality dalam pengalaman. Ini kerana berkait
rapat dengan kajian yang dilakukan.

• Mempunyai rujukan kajian yang baik dan meluas

• Melakukan kajian dengan susun atur dan terancang.

• Berkesan walau hanya mengambil amsa 2 minggu

• Mempunyai cadangan kajian lanjutan.


Kekurangan kajian tindakan

• Graf perbandingan perlu dinyatakan diantara kajian sebelum dan selepas agar keputusan
kajian dapat dilihat dengan lebih jelas

• kajian perlu dilakukan secara terperinci dan menyeluruh.

• Kajian perlu membezakan minat murid, kaedah pengajaran dan tahap kognitif.

• Kajian hanya dilakukan keatas 5 orang murid. Sepatyutnya kajian dilakukan keatas 20 murid
yang agak lemah dalam semua mata pelajaran.

• Mempelbagaikan kaedah dan teknik yang bersesuaian tanpa memfokuskan kepada satu
kaedah sahaja.

• Impak keseluruhan tidak jelas, mungkin perlu dilaksanakan dalam masa 1 bulan untuk
mendapat keputusan yang tuntas.

• Dapatan kajian perlu melalui pengukuhan dan bukan sekadar sesi dialog sahaja.

Kesimpulan

- Kajian secara keseluruhan memberi suatu inovasi dan input yang baru kepada tenaga
pengajar. Ia juga boleh diguna pakai dalam proses pdpc

- Masalah yang timbul dapat diselesaikan dan objektif kajian tercapai.

- Kaedah yang digunakan memberi peningkatan kepada murid dalam tahap kefahaman
pelajaran dan memahami arahan.

- Murid dapat menjawab soalan yang diberi dengan menggunakan kaedah “cocom” (code
colouring map)

- Kajian yang dijalankan menepati kriteria sebagai seoarang pengkaji dan memenuhi kriteria-
kriteria kajian yang berjaya.
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH
SEMESTER I (2019/2020)

TUGASAN KUMPULAN:

Jurnal Review Tentang Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran


Pencarian Maklumat Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan
Dengan Menggunakan Google Scholar.

NAMA NO. MATRIK

MOHAMAD ZULKARNAIN BIN HICHAMUDIN CIA19057098

MUHAMMAD FAIZ BIN ABDULLAH CIA19057102

MAKLUMAT KURSUS

NAMA KURSUS KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KOD KURSUS DWP 10703

NAMA PENSYARAH MOHD FAISAL MOHAMAD

TARIKH SERAH 21 MAC 2020

PENGAKUAN PELAJAR

Kami mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah kami
terima dan rujuki.

Catatan (jika ada):


Tandatangan Pelajar: ZUL & FAIZ Tarikh: 21 MAC 2020

Tajuk Jurnal          : Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Pencarian Maklumat Dalam

Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Dengan Menggunakan Google

Scholar.

Penulis                     : Fatin Fatinah Manap, Aidah Karim.

Sumber              : Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education

Link jurnal  :

http://journal.kuis.edu.my/attarbawiy/wpcontent/uploads/2018/06/Vol.2_No.1_2018_58-
66.pdf

Diakses                    : 13/3/2020

Reviewer                 : MOHAMAD ZULKARNAIN BIN HICHAMUDIN (057098)

MUHAMMAD FAIZ BIN ABDULLAH (057102)

Latar Belakang   : Google scholar merupakan enjin carian dalam kalangan pelajar seiring

dengan rupa bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21.

Tujuan Kajian Dilakukan

Penelitian dalam jurnal bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pencarian maklumat


dalam kalangan pelajar sarjana pendidikan dengan menggunakan Google Scholar. Satu
bengkel berkaitan tentang pengenalan dan penggunaan Google Scholar telah dirancang dan
dilaksanakan ke atas lima orang pelajar sarjana pendidikan. Pengumpulan data yang telah
dijalankan menggunakan kajian lapangan dan sesi temu bual, pemerhatian dan ujian pra dan
pos. Hal ini telah banyak diperkatakan dan banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas
mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini
dan masa depan dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia (pppm) 2013 – 2025.

Selain itu kebolehan membaca, menulis dan mengesan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai sumber yang ada dalam google scholar ini diperakui penggunaannya oleh para
akademik. Google scholar menyediakan cara yang mudah untuk mencari karya ilmiah secara
meluas. ia juga boleh mencari pelbagai sumber dalam pelbagai bidang dari satu lokasi:
makalah, tesis, buku dan ikhtisar daripada penerbit akademik, masyarakat profesional,
gedung simpanan dalam talian, universiti dan laman web lain. Selain itu google scholar dapat
membantu pelajar sarjana mencari karya kajian ilmiah yang berkaitan di seluruh dunia.

Sampel

Sampel diambil dari lima orang pelajar sarjana pendidikan.

Metode Kajian

Pengumpulan data yang telah dijalankan menggunakan kajian lapangan dan sesi temu bual,
pemerhatian dan ujian pra dan pos. Dapatan penggunaan Google Scholar ini berjaya
meningkatkan kemahiran pencarian maklumat dalam kalangan pelajar sarjana
pendidikan. Analisis data menggunakan teknik analisis deskriptif.

Kelebihan kajian ini dilakukan.

Penyelidikan dapat membantu pelajar mencari carian rujukan yang terkini dari sumber yang
benar serta menjadikan pelajar celik dalam membaca serta penyelidikan tindakan kajian ini
dapat dijadikan slot tambahan sebagai aktiviti penyebaran maklumat pada setiap kali orientasi
pelajar baru. Ini sedikit sebanyak memberikan peluang kepada pelajar baru untuk
menambahkan pengetahuan mereka dalam mencari sumber maklumat rujukan dalam tugasan
ilmiah. Kaedah pencarian maklumat menggunakan Google Scholar ini berjaya memberi
kesan yang positif kepada peningkatan kemahiran dalam pencarian sumber maklumat dalam
penulisan pelajar. Walaupun pada awal kajian tindakan, terdapat seorang orang pelajar tidak
begitu mahir menggunakan Google Scholar namun dengan penggunaan berterusan aplikasi
ini boleh membantu mereka dalam kajian pada masa akan datang demi menghasilkan
penulisan ilmiah dengan lebih mudah.

Kekurangan kajian ini.

Perlu adakan pendedahan lebih meluas kepada seluruh fakulti agar cakna akan keperluan
pelajar mereka masing-masing demi kesiagaan mereka dalam menuntut ilmu. Selain itu,
sampel dalam kajian ini perlu diperluaskan bagi mengetahuai sejauh mana pelajar sajana
pendidikan tahu akan penggunaan Google Scholar.
Hasil dari kajian ini.

Penelitian menunjukkan bahwa kajian ini telah memberikan kesan kepada setiap peserta
kajian dalam meningkatkan kemahiran proses pencarian maklumat dengan cara mudah dan
pantas. Pengkaji percaya Google Scholar ini dapat membantu pelajar menghasilkan penulisan
akademik dengan cepat, menjimatkan masa dan secara tidak langsung dapat menghilangkan
tekanan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai