Anda di halaman 1dari 18

Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam Fatwa Pengharaman Air Daun Ketum Dan Hubungannya

Dengan Saranan Eksport Daun Ketum Oleh Risda

Hafizi Bin Omari, Abdul Basir Bin Mohamadii & Aqilah Binti Abd Aziziii
i
Pelajar Sarjana Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, hafiziomar23@gmail.com.
ii
Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
abasir@ukm.edu.my.
iii
Pelajar Sarjana Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, aqilhannan@yahoo.com.my.

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

018-9102774

Abstrak

Daun ketum mempunyai khasiat yang tersendiri dalam dunia perubatan. Ia dikenali sebagai ubatan
kampung yang dapat dijadikan penawar kepada beberapa penyakit. Terdapat dua cara untuk
menjadikan ia sebagai ubat. Pertama dengan memakan daunnya, kedua dengan merebus daun dan
meminum airnya. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang telah menyalahgunakan
kelebihan daun ketum sebagai jalan untuk memuaskan nafsu. Percampuran daun ketum dengan
bahan-bahan yang membahayakan yang dapat menjadikan mereka khayal dan ketagih serta dapat
membunuh sel-sel otak. Perkara utama adalah Malaysia digemparkan baru-baru ini dengan
permohonan yang dilakukan oleh Pengerusi RISDA dalam isu permohonan RISDA kepada kerajaan
agar meluluskan program mengeksport daun ketum dengan kaedah penanaman pokok daun ketum
oleh pekebun dan jaminan pengawalan serta pengawasan terhadapa program tersebut. Namun begitu,
status hukumnya telah dikeluarkan dan permohonannya ditolak oleh kerajaan. Justeru itu, kertas kerja
ini bertujuan membincangkan berkenaan isu tersebut dengan menggunakan fatwa yang telah
dikeluarkan serta mengaplikasi beberapa kaedah fiqh yang sesuai dalam fatwa. Ia sebagai sokongan
pengharaman serta hubungkait berkaitan isu ini agar tidak berlaku lagi perkara sedemikian. Kajian ini
berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan dan dianalisis secara
deskriptif. Hasil kajian mendapati rancangan yang disuarakan oleh Risda bercanggah dengan fatwa
dan hukum berdasarkan keadaan semasa. Oleh itu, artikel ini diharapkan dapat memberi input kepada
masyarakat dan pihak-pihak berkaitan dalam menjadikan kehidupan masyarakat yang berlandaskan
syariah.

Kata kunci: kaedah fiqh, fatwa, Risda, daun ketum, hukum.


Pengenalan

Kaedah fiqh adalah suatu kaedah yang tidak semuanya diaplikasikan dalam penentuan hukum
dalam fatwa. Namun begitu, pemakaian kaedah fiqh sangat penting dalam menentukan
hukum terhadap sesuatu permasalahan yang timbul. Begitu juga fatwa, ia merupakan suatu
ijtihad oleh mufti kepada masyarakat dalam menyelesaikan permasalahan dan kemusykilan
yang timbul. Oleh itu, hubungan antara kaedah fiqh dan fatwa dalam penentuan sesuatu
hukum sangatlah penting selepas Qur‟ān, Sunnah, Ijmāk dan Qiyās. Daun ketum merupakan
bahan ubatan yang ada pada suatu masa dahulu hingga sekarang. Namun begitu,
permasalahannya wujud individu yang menyalahgunakannya sebagai suatu ubat kepada suatu
bahan yang dikategorikan bahaya dan boleh membunuh. Oleh sebab lain, ia juga dikenali
sebagai dadah oleh anti dadah kebangsan (AADK) yang menjadikannya ketagih dan
memudaratkan diri dan akal. Isunya pada hari ini permohonan oleh Risda kepada kerajaan
untuk menanam pokok ketum sebagai bahan ubatan untuk di eksport keluar negara atas
permintaan yang tinggi. Namun kerajaan telah melarang1 dan menolak program tersebut
dilaksanakan dan ditambah dengan pendapat mufti serta hukum yang digariskan oleh ulamak.

Jika dilihat dari sudut untuk membangunkan ekonomi negara sudah tentu ia tidak
menjadi masalah. Namun, adakah ia dapat dikawal dan diselia dengan jayanya bagi
menangani masalah yang sedia ada iaitu masalah ketagihan minum air daun ketum dan
seumpama seperti dadah. Oleh itu kajian ini di lakukan bagi memberi pengetahuan yang lebih
jelas kepada masyarakat terhadap keburukan daun ketum dan kesan negatif saranan
permintaan Risda2 fatwa dan hukum yang telah dikeluarkan oleh Majlis fatwa kebangsaan
dan negeri.

Hukum berkenaan air daun ketum telah diharamkan oleh muzakarah fatwa
kebangsaan dan negeri-negeri yang berkaitan. Pengharaman ini adalah disebabkan
kemudaratan, memabukkan dan boleh menghilangkan akal seseorang yang meminumnya.
Namun, permohonan Risda kepada kerajaan adalah untuk menanam pokok ketum dan
mengeksportnya ke luar negara kerana mempunyai permintaan yang tinggi dan dapat
menjana ekonomi pekebun khususnya dan negara amnya. Sekilas pandang ia tidak
menjejaskan apa-apa isu dan hukum kerana hanya menanam pokok untuk tujuan eksport.
Begitu juga hukum, ia hanya diharamkan berdasarkan air dan penyalahgunaan individu

1
http://plus.bernama.com/v1/news2.php?id=1269516
2
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
tertentu kerana memudaratkan. Pengharamannya bukanlah terletak kepada air dan pokok
ketum, tetapi penyalahgunaan sesetengah individu yang membawa kepada haram.
Persoalannya, apakah fatwa yang ada tidak kukuh dan kuat sehinggakan terdapat permohonan
walaupun ia ditolak dan dalam masa yang sama kes ini terus menerus meningkat dari hari ke
hari Apakah penggunaan kaedah fiqh yang sesuai untuk diaplikasikan dalam kes ini dalam
mengukuhkan pengharaman ke atas sesuatu yang buruk dan keji?.

Objektif kajian ini adalah untuk menyatakan permohonan saranan Risda dalam
menanam pokok ketum adalah tidak relevan dan tidak sesuai mahupun ia meningkatkan
pertumbuhan ekonomi. Walaupun permohonan tersebut ditolak, namun sebab apakah
permohonan tersebut dilakukan meskipun secara terang-terangan pengharamannya telah
dihukumkan. Fatwa yang di keluarkan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan beberapa
buah negeri telah menunjukkan dan menjelaskan berkenaan isu ini dengan lebih mendalam
dan teliti. Penggunaan kaedah fiqh yang diaplikasikan dalam penentuan hukum dalam fatwa
sangat sesuai dan tepat dalam menangani isu ini.

Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui reka bentuk
kualitatif. Rekabentuk ini dipilih adalah kerana bersesuaian dengan penyataan masalah yang
telah diutarakan di atas. Kajian perpustakaan digunakan bagi mendapatkan definisi dan
hukum-hukum yang berkaitan dengan menganalisis kitab-kitab yang muktabar.

Pengertian kaedah fiqh

Perkataan kaedah adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu kaedah atau kata jamaknya
adalah qawācid. Raghīb al-Asfahānī menjelaskan sebagaimana di dalam kitabnya al-mufradāt
fī gharīb al-Qur’ān (t.th 2:529) bermaksud asas dan ia merupakan asas sesuatu daripada
asalnya. al-Harīry (1998:7-8) menyatakan hal ini sama ada berbentuk hissi atau dapat di lihat
oleh pancaindera seperti asas rumah atau berbentuk maknawi yang tidak dapat di lihat oleh
pancaindera seperti asas agama (Ibn Manẓūr 2012:147-148). Perkara ini adalah berdasarkan
dalil daripada al-Qur‟ān, Firman Allah SWT: ( al-Qur‟ān, al-Baqarah, 2:127 )

ِ ِ َّ ‫َّك أَنت‬ ِ ِ َٰ ْ ِ‫ت وإ‬


ِ ِ ِ ِ ِ
‫يم‬
ُ ‫يع ٱلْ َعل‬
ُ ‫ٱلسم‬ َ َ ‫يل َربَّنَا تَ َقبَّ ْل منَّآ إِن‬
ُ ‫سَع‬ َ ‫يم ٱلْ َق َواع َد م َن ٱلْبَ ْي‬
ِ
ُ ‫َوإ ْذ يَ ْرفَ ُع إبْ ََٰرى‬
Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya


(Nabi Ismail) meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah kaabah
itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami!
Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah yang
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 3 .

Muhammad al-Rukī (1994:29-31) menukilkan pengertian kaedah dari segi istilah


yang diambil dari al-Jurjānī membawa maksud masalah-masalah yang bersifat umum dan
dipraktikkan ke atas semua pecahan-pecahannya. Beliau juga menukilkan takrif yang
diberikan oleh al-Baqā‟ al-Kafawī iaitu hukum yang bersifat menyeluruh dari segi kesan
keseluruhannya terhadap hukum yang juz’iyyāt termasuk di dalam lingkungannya. Menurut
penjelasan yang diberikan oleh ulamak usul al-Fiqh adalah kaedah bermaksud hukum kullī
bersifat umum yang dipraktikkan di atas semua hukum juz’iyy. Sebagai contoh: al-Amr atau
suruhan ( ‫ ) األمر‬membawa maksud kepada suruhan yang wajib dilakukan pada asasnya (Abd
Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin 2000:4). Permasalahan dan cara penyelesaiannya
adalah sama dari sudut undang-undang dan ulamak. Mereka menggunakan takrif bahawa
setiap sesuatu permasalahan yang bersifat umum itu dipraktikkan ke atas semua hukum
juz’iyy.

al-Nadwī (2009:43-45) di dalam kitabnya Qawācid Fiqhiyyah mentakrifkan kaedah


fiqh ini kepada dua takrifan, pertama adalah hukum syarak mengenai masalah umum yang
dikenal pasti melalui hukum furuk (hukum pecahan). Kedua al-Nadwī menyatakan bahawa
asas fiqh adalah yang bersifat menyeluruh (kulli), merangkumi hukum-hukum yang
disyariatkan dalam pelbagai bab mengenai masalah-masalah serta furuknya.

Pengertian Fatwa

Fatwa adalah satu perkataan yang berasal daripada perkataan arab. Perkataan fatwa ini
disebut dalam tiga bentuk sebutan, iaitu fatwā, futyā dan futwā yang membawa kepada
maksud penjelasan tentang sebarang kemusykilan oleh seseorang yang faqih dalam memberi
jawapan dan hukum (Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008:4). Asas kepada sebutan daripada

3
Semua terjemahan ayat-ayat al-Qur‟an dalam tulisan ini berdasarkan buku Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada
Pengertian al-Qur‟an,Jil. 1-11, cet. 1. Dār al-Fikr, 1968.
perkataan fatwa ini adalah berdasarkan kepada perkataan “fata” yang bermaksud pemuda
yang sihat, cerdas dan gagah (al-Fayyūmī 1987:175). Oleh itu fatwa yang dikeluarkan oleh
seseorang mufti adalah kuat dan kukuh sebagai suatu rujukan kepada masyarakat.

Ibn Manẓūr (2012:128) di dalam kitab Lisān al-Arab menyatakan penggunaan istilah
“fatwa” adalah lebih banyak digunakan berbanding perkataan “futya”. Ibn Manẓūr juga
mendefinisikan perkataan fatwa dengan (āftāhu fī al-amrī) dengan maksud menjelaskan
sesuatu kepada seseorang. al-Syawkānī (1979 1:265) menyatakan bahawasanya fatwa itu
adalah suatu hasil daripada ijtihad. Wahbah al-Zuhaylī (1996 2:1156) pula menyatakan
bahawasanya fatwa adalah sebagai suatu jawapan yang dilakukan oleh seseorang mufti pada
suatu perkara yang berlaku apabila seseuatu perkara tersebut diajukan kepadanya. Fatwa dari
pandangan al-Qarāfī ialah mengkhabarkan hukum Allah sama ada pada yang wajib atau harus
(al-Qarāfī 1994 10:121).

Kebanyakan ulama berbeza pendapat terhadap definisi fatwa dari sudut istilah, antara
ulama tersebut adalah Imam Jamāl al-Din al-Qāsīmī (1986:54) telah menyatakan di dalam
kitabnya al-Fatwa Fī al-Islām bahawa di antara mufti, orang alim, mujtahid, dan faqih adalah
sama pada ulama usul. Kenyataan ini adalah untuk mengesahkan pendapat yang mengatakan
mufti adalah mujtahid dan faqih yang mengeluarkan fatwa. Ibn Hamdān al-Hanbalī 1380H:4)
menyatakan fatwa adalah memberi perkhabaran dengan hukum Allah daripada dalil syarak.
al-Qarāfī (1994 10:121) pula menyatakan fatwa adalah perkhabaran daripada Allah kepada
kebiasaan atau keharusan.

Daun Ketum

Pokok Ketum4 juga dikenali sebagai Pokok Biak (Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada
famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia
serta di selatan Thailand. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth. Daun Ketum telah lama
menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru
lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi
rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun
air rebusan daun ketum telah disalahgunakan (Pascal Tanguay (april 2011) dan mula dijual
secara meluas kepada pengguna biasa5.

4
https://npgsweb.ars-grin.gov/gringlobal/taxonomydetail.aspx?417532
5
CNS Drugs 25 (12): 999–1007.
Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya
menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah
disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989,
Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan
mulai Januari 20036. Antara kesan buruk penggunaan daun ketum :berat badan menyusut,
insomnia, anoreksia, dehidrasi, kemurungan, masalah ingatan dan masalah jantung7. Satu
kajian lain pada pengguna kronik Malaysia terhadap daun ketum (lebih daripada 6 bulan,
dianggarkan 276 mg mitragynine setiap hari ) menunjukkan gejala yang teruk kekejangan
otot dan sakit, kesukaran tidur, demam, selera makan menurun dan pengeluaran psikologi 8.
Masalah ingatan dan kemurungan serta masalah jantung. Malaysia juga telah
mengharamkannya sama dengan dadah9 sebagai suatu yang merbahaya walaupun dalam
definisi perubatan10. Sebagaimana Kedah dan agensi dadah melarang dan mengharamkan
ketum, Perlis juga turut melarang kepada penanaman ketum11. Kepada pengedar dan
peminum akan dikenakan hukuman sekiranya didapati bersalah dibawah akta tersebut. Pada 3
Mei 2005, lima pengedar air ketum ditahan di Felda di negeri Terengganu dan 144 liter air
dan 44 kg daun ketum dirampas. Mereka boleh dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau
empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali (The Sun, 4 Mei 2005). Pada Julai 2008,
tangkapan terhadap sindiket penjualan air ketum masih dijalankan.

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, Negeri Kedah dan ulasan Mufti Wilayah Persekutuan

Disertakan di sini fatwa dari majlis Fatwa Kebangsaan Muzakarah mengenai dadah Syabu
dan jenis-jenis dadah baru yang lain yang mana daun ketum juga boleh dimasukkan sekali
kerana ‘illah yang sama iaitu memabukkan atau mengkhayalkan serta memudaratkan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 Nov 2006 telah membincangkan Hukum
penyalahgunaan dadah jenis syabu dan jenis-jenis dadah baru yang lain. Muzakarah telah

6
Journal of Medical Toxicology 8 (1): 15–32.
7
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ketum (capaian pada 7 Ogos 2016)
8
http://www.drugandalcoholdependence.com/article/S0376-8716(14)00793-5/fulltext (capaian pada 7 Ogos
2016).
9
http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=240924& capaian pada 13 Ogos 2016.
10
Di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952(http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=1118025) capaian
pada 13 Ogos 2016.
11
http://babab.net/out/perlis-tegaskan-pendirian-larang-tanam-pokok-ketum.html 28.7.2016(capaian 13 Ogos
2016).
memutuskan bahawa dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai
kesan mudarat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 29
Oktober 2014 telah memutuskan fatwa mengenai pengharaman air dari pokok ketum. Ini
berdasarkan segelintir masyarakat yang menyalahgunakan air dari pokok ketum tersebut
sehingga membawa kepada kemudaratan. Namun pada asasnya adalah harus.

Setelah meneliti pelbagai pandangan dan pendapat dalam isu penanaman pokok
ketum ini, kami lebih cenderung kepada untuk dielakkannya kerana berbeza penggunaannya
dengan bab yang lain di mana ianya lebih kepada mudarat dan juga mafsadah. Keduanya,
sekalipun niat baik dan tujuan yang jelas bagi tujuan farmaseutikal )perubatan farmasi), tetapi
isu tahap kawalan agar tidak terjerumus kepada penyalahgunaannya begitu mencabar untuk
dipertahankan. Sudah tentu kesempatan dan peluang yang ada akan diambil oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab. Ketiganya, dalam suasana amat sukar menangani isu dadah
dan seumpamanya, jika pokok ketum dibiarkan ditanam secara berleluasa, maka ia boleh
menyukarkan proses pembasmian salah guna dadah sehingga ke akar umbi. Seterusnya kami
berpendapat bahawa masih banyak lagi jenis tanaman yang boleh dikormesialkan bagi tujuan
perubatan dan juga menambahkan pendapatan yang lumayan bagi menggantikan daun ketum
dalam skala yang besar (S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah
Persekutuan 29 Julai 2016 bersamaan 24 Syawal 1437H).

Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain
adalah haram. Semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti
menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis
digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan. Maka, dengan
pernyataan diatas diqiyaskan pengharaman dadah dan seumpamanya dengan pengharaman air
dan daun ketum.

Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam Penentuan Hukum Air Daun Ketum

Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada umatnya rezeki yang luas. Berpandukan
kepada keimanan dan ketaqwaan kita dalam menongkah arus dengan memilih yang baik atau
buruk. Pada hakikatnya, Allah menghalalkan kepada kita apa yang terbaik, bersih lagi suci
dan mengharamkan sesuatu yang buruk, kotor dan najis.
Firman Allah SWT:

ِ ِ ِْ ‫ول النَِِّب ْاْل ُِمي الَّ ِذي ََِي ُدونَو مكْتُوبا ِعْن َدىم ِِف التَّوراةِ و‬ ِ َّ
ُ ‫اْل ْن ِيل يَأْ ُم ُرُى ْم بِالْ َم ْع ُروف َويَْن َه‬
‫اى ْم َع ِن‬ َ َْ ُْ ً َُ َّ ّ َّ َ ‫الر ُس‬ َّ ‫ين يَتَّبِعُو َن‬
َ ‫الذ‬
ِ َّ ِ ‫الْمْن َك ِر وُُِي ُّل ََلم الطَّيِب‬
‫ين َآمنُوا‬ ِ ْ َ‫صرُىم و ْاْلَ ْغ َل َل الَِِّ ََان‬
َ ‫ت َعلَْيه ْم فَالذ‬
ِ
َ ْ َ ْ ‫ض ُع َعْن ُه ْم إ‬ َ ِ‫اْلَبَائ‬
َ َ‫ث َوي‬ ْ ‫ات َوُُيَِّرُم َعلَْي ِه ُم‬َّ ُ ُ َ ُ
‫ك ُى ُم الْ ُم ْفلِ ُحو َن‬ ِ ‫بِِو وعَّزروه ونَصروه واتَّب عوا الن‬
َ ِ‫ُّور الَّذي أُنْ ِزَل َم َعوُ ۙ أُوَٰلَئ‬
َ ُ َ َ ُ َُ َ ُ ُ َ َ

Maksudnya:

(iaitu) orang-orang yang mengikut Rasulullah, (Muhammad SAW), Nabi yang ummi
yang mereka dapati tertulis (nama-namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan
Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan (perkara-perkara) yang keji, dan
ia menghalalkan bagi mereka segala (benda) yang baik, dan mengharamkan kepada
mereka segala (benda) yang buruk, dan ia (juga) menghapuskan dari mereka beban
dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman
kepadanya dan memuliakannya, juga menolongnya serta mengikuti nur (cahaya) yang
diturunkan kepadanya (al -Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya (al-Qur‟an, al-
A‟araf, 7:157)

Ayat ini menceritakan bahawa Allah sesungguhnya menghalalkan segala yang terbaik
dan mengharamkan segala yang mempunyai unsur keburukan, keji dan sebagainya (haram).
Oleh itu Imam al-Syafici mengatakan makanan yang halal adalah makanan yang dihalalkan
oleh syariat sahaja dan mengharamkan makanan yang diharamkan oleh syariat serta
makanan-makanan yang kotor termasuklah pengharaman arak dan seumpama dengannya (al-
Qurṭūbī 2008 7:742). Negara semakin berkembang pesat kearah kemodenan yang maju,
namun kes-kes seperti ini saban hari masih tidak dapat diselesaikan dengan sempurna. Ini
kerana setiap hari ada sahaja isu yang berkaitan Kesedaran masyarakat kian menipis
terhadap bahaya yang ada pada daun ketum jika di salah guna. Maka ayat ini bertepatan
dengan pemberitahuan oleh Allah kepada hambaNya dalam menjauhi segala perkara yang
buruk.

Daun ketum pada asasnya adalah mubāḥ. Ini kerana daun ketum dapat mengubati
penyakit dari sudut perubatan. Tiada dalil yang menyatakan penggunaan daun ketum itu
haram selagi tiada dalil yang mengharamkan. Ini terletak di bawah kaedah (al-Suyūṭī 1996
2:133):

‫اْلصل ِف اْلشياء اْلباحة حىت يدل الدليل على التحرمي‬

Maksudnya:

Asal pada sesuatu adalah harus (mubāḥ) sehingga ada dalil yang mengharamkannya.

Berpegang kepada niat seseorang dalam menggunakan daun ketum tepat kepada
paksinya iaitu sekadar untuk perubatan dan pengambilan yang berpiawaian (mengikut pakar
perubatan serta pengawalan dari perundangan). Sekiranya mengambil atas niat nafsu semata-
mata maka ia adalah haram. Sesungguhya sesuatu perbuatan yang hendak dilakukan pasti
dimulai dengan niat. Jika baik niat seseorang itu maka baiklah perbuatannya. Pengambilan
daun ketum sebagai ubat adalah tidak dilarang. Apa jua perbuatan bertunjangkan kepada niat.
Berpandukan kepada kaedah (al-Suyūṭī 1996 2:38):

‫إمنا اْلعمال بالنيات‬

Maksudnya:

Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaraḍawī(1997:72) di dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi


al-Islam menyebutkan bahawa tedapat kaedah umum yang diakui oleh syariat Islam iaitu:
Tidak halal bagi orang Islam memakan daripada apa sahaja makanan atau minuman, biarpun
sedikit, yang boleh membinasakan dirinya sama ada dengan cepat mahupun secara perlahan-
lahan seperti racun daripada segala macam jenisnya, ataupun benda-benda yang boleh
membahayakan atau menyusahkannya. Begitu juga tidak boleh memperbanyakkan daripada
makanan dan minuman kerana boleh merosakkan dirinya. Ini kerana orang Islam itu tidak
memiliki dirinya sendiri, bahkan dia dimiliki oleh agama dan umatnya, dan ianya tertakluk
kepada kehidupan, kesihatan dan harta bendanya. Semua nikmat Allah SWT yang ada dalam
tangannya adalah amanah daripada Allah SWT. Justeru, dia tidak boleh sama sekali mensia-
siakannya. Kaedah yang digunakan adalah:

‫َل ما يضر فأَلو أو شربو احلرام‬


Maksudnya:

Setiap perkara yang memudaratkan maka memakannya adalah haram

Firman Allah SWT:

ِ ‫وََل تُل ُقواْ بِأ‬


‫َيدي ُكم إِ ََل ٱلتَّهلُ َك ِة‬ َ

Maksudnya:

dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan
bersikap bakhil) (al-Qur‟an, al-Baqarah 2:195).

Tidak dinafikan bahawa daun ketum mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan telah
terbukti secara tradisional bagi mengubati beberapa jenis penyakit namun, disebalik manfaat
yang diperolehi melalui aktiviti pengkomersialannya itu terpalit juga mafsadah (kerosakan)
yang bakal berlaku bahkan sehingga kini ianya telahpun berlaku di Malaysia.

Daun ketum menjadi alternatif lain bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk
mendapatkan dadah kerana harganya yang murah serta mudah diperolehi. Akibat
penyalahgunaan daun ketum, berlakunya ketagihan dan juga mengakibatkan kerosakan
kepada empunya badan dan juga masyarakat sekeliling. Sudahlah isu dadah yang melanda
negara kita belum dapat dibanteras dengan sebaiknya, kini ditambah pula dengan satu lagi
masalah yang lain.

Sepertimana arak yang boleh memabukkan dan dadah yang boleh mengkhayalkan
sehingga menghilangkan pemikiran yang waras, begitulah juga penggunaan daun ketum yang
juga boleh memabukkan. Maka di sini, hukum pengharaman arak yang memabukkan terpakai
kepada daun ketum dan kaedah qiyās digunapakai terhadap isu ini. Ini juga sepertimana yang
dinaskan oleh al-Imam al-Ghazali (1997 1:159-161) di dalam kitabnya al-Mustasfa yang
mana beliau menyatakan bahawa setiap benda yang memabukkan dari yang diminum dan
dimakan daripadanya adalah haram diqiyaskan (hukumnya) ke atas arak. Ini kerana
pengharamannya adalah untuk menjaga akal (hifz al-„aql) yang merupakan tempat
pertimbangan dan pengharaman syarak ke atas arak menunjukkan perhatian yang diberikan
kepada maslahah ini sepertimana yang telah Allah SWT firmankan:
ِ ‫اْلَ ْم ِر َوالْ َمْي ِس ِر قُ ْل فِي ِه َما إِ ْْثٌ ََبِ ٌري َوَمنَافِ ُع لِلن‬
‫َّاس َوإِْْثُُه َما أَ َْبَ ُر ِمن نَّ ْفعِ ِه َما‬ ْ ‫ك َع ِن‬
َ َ‫يَ ْسأَلُون‬

Maksudnya:

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.


Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan (ada pula) beberapa manfaat bagi
manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya” (al-Qur‟an, al-
Baqarah, 2:219).

َِّ ِ‫احل ِق وأَ ْن تُ ْش ِرَُوا ب‬


‫اَّلل َما ََلْ يُنَِّزْل بِِو ُس ْلطَانًا‬ ِ ِ ْ ‫ش َما ظَ َهَر ِمْن َها َوَما بَطَ َن َو‬ ِ
َ ّ َْ ‫اْلْثَ َوالْبَ ْغ َي بغَ ْري‬ َ ‫قُ ْل إَِّمنَا َحَّرَم َرَِِّب الْ َف َواح‬
َِّ ‫وأَ ْن تَ ُقولُوا علَى‬
‫اَّلل َما َل تَ ْعلَ ُمو َن‬ َ َ

Maksudnya:

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan


yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan
menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan(diharamkannya) kamu
mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan (sebarang) bukti
(yang membenarkannya) dan (diharamkannya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu
yang kamu tidak ketahui”(al-Qur‟an, al-a‟araf 7:33).

al-Imam Ibn Jarir al-Tabari (2008:590-617) di dalam tafsirnya menyebutkan bahawa


meskipun terdapat manfaat dari keduanya (iaitu arak dan judi) namun dosa keduanya adalah
lebih besar dari manfaatnya. Ini sepertimana yang berlaku kepada orang yang meminum arak
dengan merasakan kelazatan yang diteguknya namun akibat dari mabuk menyebabkan
seseorang itu boleh memaki hamun, mencederakan serta membawa kepada pertumpahan
darah terhadap orang lain. Begitu juga dengan judi yang penuh dengan keseronokan dan juga
menjanjikan kekayaan (yang belum pasti), namun dengan berjudi menjadi asbab seseorang
itu menipu dan menzalimi orang lain. Manfaatnya ada namun mafsadah yang timbul
daripadanya lebih besar.

Hadis yang dikeluarkan ini dengan jelas Nabi melarang golongan ini sekerasnya:
12
‫أن النِب صلى هللا عليو وسلم هنى عن َل مسكر ومفرت‬

Maksudnya:

Bahawasanya Nabi SAW melarang penggunaan setiap yang memabukkan dan yang
melemahkan fikiran.

13
‫َل مسكر مخر وَل مخر حرام‬:‫قال رسول هللا صلى هللا عليو وسلم‬

Maksudnya:

Setiap yang memabukkan adalah arak, dan setiap arak adalah haram.

Pengharaman daun ketum adalah nyata dan tepat serta sudah diketahui oleh
masyarakat. Namun pemakaian hukum berdasarkan fatwa tidak menyeluruh kerana sikap
manusia itu sendiri. Pengharaman yang dilakukan bernoktahkan kepada kemudaratan dan
mafsadah yang besar berbanding manfaatnya. Selepas fatwa dikeluarkan maka penggunaan
kaedah fiqh adalah sangat jelas dan tepat dalam mengukuhkan lagi kiasan pengharaman
ketum sepertimana pengharaman arak dan perkara yang memabukkan dan mengkhayalkan
serta dapat menghilangkan akal seseorang. Kaedah fiqh (cAbdul cAziz Muhammad cAzzam
2005:126) yang diambil daripada hadis Nabi SAW sangat sesuai dalam isu ini iaitu: Sabda
Nabi SAW:

14
‫ضَرَر َوَلَ ِضَر َار‬
َ َ‫َل‬

Maksudnya:

Tiada kemudaratan (dalam Syariat Islam) dan tidak harus mengenakan kemudaratan
(tanpa hak).

‫الضرر يزال‬

12
Sunan Abī Daud, kitab al-Asyribah, bab al-Nahyu an al-Muskir, hadis Sahih, no 3687, m.s 406.
13
Sunan Ibn Mājjah, kitab al-Asyribah, bab Kulli Muskirin Haram, hadis Sahih, no 3390, m.s 367.
14
Sunan Ibn Mājjah, kitab al-Ahkām, bab Man Bana fī Haqqihi Ma Yadhurri bijarihi, hadis Sahih, no 2340-
2341, m.s 252.
Maksudnya:

Kemudaratan harus dihilangkan.

Daun ketum meskipun ada faedahnya, namun mafsadahnya lebih besar dan tidak
hairanlah kerajaan Malaysia juga telah mengharamkannya melalui Akta Racun 1952,
Seksyen 30 (3) dengan menyebutnya sebagai bahan psikotropik. Ini juga secara tidak
langsung kaedah sad al-Zarīcah (menutup jalan-jalan kemudaratan)(Muhammad Hisyām al-
Burhānī 1995:71-82) telah digunakan bagi membendung permasalahan penyalahgunaan daun
ketum. Bila berlakunya sesuatu keburukan dan kemudaratan maka kaedah digunapakai dalam
membanteras sesuatu perkara.

Sekiranya terdapat maslahah dan mafsadah di dalam sesuatu perkara, maka perlulah
memilih mafsadah daripada maslahah. Ini kerana pada daun ketum mempunyai maslahah dan
mafsadah. Maslahah sekiranya sesorang menjadikan ia sebagai ubat, namun menjadi
mafsadah sekiranya ketagih akan daun ketum sama ada meminum airnya atau memakan
daunnya. Maka mafsadah dipilih dalam mengharamkan penggunaannya disebabkan maslahah
yang ada cuma sedikit dan kecil berbanding mafsadah. Maka perlulah mengangkat dan
menghilangkan mafsadah terlebih dahulu. Kaedah yang digunakan adalah (cAbdullah cAli
Syacban 2014:153)

‫درء املفاسد مقدم عن جلب املصاحل‬

‫درء املفاسد أويل من جلب املصاحل‬

Maksudnya:

Membuang keburukan lebih utama daripada mengambil maslahah.

‫دفع الضرر ْلوَل من جلب النفع‬

Maksudnya:

Menolak kemudaratan lebih utama daripada meraih kemaslahatan.

Sekiranya terdapat sesuatu perbuatan atau perkara yang menjerumus kepada yang
haram maka diharamkan keseluruhannya. Walaupun ia hanyalah kadar yang sedikit. Oleh itu,
kaedah ini sesuai digunakan disebabkan asas yang halal, namun bila dibawa kepada sesuatu
yang haram, maka haramlah keputusannya. Kaedah ini adalah (Prof.H.A. Djazuli 2006:32):

‫ما أدى إيل احلرام فهو حرام‬

Maksudnya:

Apa yang membawa kepada haram maka ia adalah haram.

Walaupun pengambilannya hanya sedikit ia tetap haram disebabkan tujuannya adalah


kepada haram. Menjangkaui kepada proses perubatan semata-mata. Lama-kelamaan akan
ketagih dan membawa kepada kehancuran. Maka hadis ini bertepatan dengan pengambilan
yang banyak adalah haram, maka sedikit pun tetap haram. Sabda Nabi SAW:

15
‫ما أسكر َثريه فقليلو حرام‬

Maksudnya:

Apa yang banyak memabukkan maka sedikit pun haram

16
‫َل مسكر حرام وما أسكر َثريه فقليلو حرام‬

Maksudnya:
Setiap yang memabukkan haram dan apa yang banyak memabukkan maka sedikit pun
tetap haram.

Ulasan

15
Sunan Abī Daud, kitab al-Asyribah, bab al-Nahyu an al-Muskir, hadis Hasan Sahih, no 3681, m.s 406.
16
Sunan Ibn Mājjah, kitab al-Asyribah, bab Ma Askara Kasiruhu faqaliluhu haram, hadis Sahih, no 3392, m.s
368.
Berdasarkan penjelasan yang diberikan, dapatlah disimpulkan sebagaimana pendapat ulamak
dan fatwa yang dikeluarkan mufti dalam masalah berkaitan daun ketum ini adalah haram.
Begitu juga sebagaimana saranan permohonan Risda kepada pekebun untuk menanam pokok
ketum untuk dikomersialkan di peringkat antarabangsa juga adalah haram meskipun dapat
meningkatkan peningkatan ekonomi pekebun khususnya dan negara amnya. Tidak hairanlah
sekiranya kerajaan menolak cadangan yang diberikan kerana kebaikan hanyalah keuntungan
semata-mata tetapi keburukan terlalu tinggi dan berisiko. Ini berdasarkan kepada kenyataan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi17. Pengharaman yang jelas
dikeluarkan dalam fatwa oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri
Kedah serta Wilayah Persekutuan dalam mengembalikan kehidupan masyarakat ke arah lebih
aman dan sejahtera.

Pada asasnya, daun ketum adalah sejenis tumbuhan yang dapat mengubati beberapa
penyakit. Hukum asalnya adalah harus sama seperti penggunaan ubat yang mengandungi
perkara yang diharamkan syarak. Namun atas sebab tertentu ia harus digunakan. Sama seperti
ketum, walaupun ia mempunyai keistimewaan dan manfaat, namun keburukan yang dibawa
oleh segelintir individu menyebabkan ia diharamkan. Ini kerana ketum dapat mengkhayalkan,
memabukkan dan paling utama ia mampu menghilangkan akal fikiran seseorang. Oleh itu,
pengharamannya realistik dalam membasmi gejala ini yang sama seperti pengharaman arak.
al-Qur‟an menceritakan bahawa pada arak ada manfaatnya dan ada keburukannya, namun
keburukan itu lebih daripada manfaat. Maka dapat diqiyaskan hukum pengharaman arak
terhadap ketum. Tidak hairanlah kerajaan menolak permohonan tersebut disebabkan
kebaikannya hanyalah keuntungan semata-mata, tetapi mafsadah dan keburukan yang akan
berlaku sangatlah besar dan dahsyat. Ini kerana gejala tersebut sehingga hari ini tidak dapat
dibendung dan ditangani dengan sempurna.

Bersyukurlah diatas penolakan oleh kerajaan serta pengharaman oleh Muzakarah


fatwa kebangsaan, fatwa negeri Kedah, fatwa Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Para
ulamak bersungguh-sungguh mengeluarkan hukum dalam memastikan kehidupan masyarakat
Islam dalam keadaan aman, tenteram dan dalam keredhaan Allah. Hasil kajian ini diharapkan
dapat mengukuhkan fatwa yang dikeluarkan dan menggunakan kaedah fiqh sebagai sokongan
dalam menguatkan lagi hujjah pengharamannya kerana membawa kepada kerosakan,
kemusnahan dan kemudaratan pada tubuh badan serta akal seseorang.

17
http://www.themalaymailonline.com/print/projekmmo/berita/lebih-buruk-daripada-baik-putrajaya-larang-
tanam-ketum-komersil
Rujukan

Buku/Jurnal

c
Abdul cAziz Muhammad cAzzam. 2005. al-Qawacid al-Fiqhiyyah. al-Qāherah. Dār al-
Ḥadith.
c
Abdullah cAli Syacban. 2014. al-Qawācid wa al-Dhawābiṭ al-Fiqhiyyah. Cet.1. Beirut-
Lubnān. Dār Ibn Hazm.

Abdullah bin Muhammad Basmeih. 1968. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian
al- Qur’an. Cet.1. Jabatan Perdana Menteri.

Abd Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin. 2000. Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh.
Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Abī Abdullah Muhammad Mazīd Ibn Mājjah al-Qazuaynī. Sunan Ibn Mājjah. Baitu al-Afkār
al-Dawliyah.

Abī Daud bin al-Ashcat al-Sajistānī. Sunan Abī Dawud. Baitu al-Afkār al-Dauliyah.

David Le, Melissa M. Goggin and Gregory C.Janis. 2012. Journal of Analytical Toxicology.
Analysis of Mitragynine and Metabolites in Human Urine for Detecting the Use of the
Psychoactive Plant Kratom. MEDTOX Laboratories, Research & Development
Laboratory, New Brighton.

al- Fayyūmī. 1987. Miṣbāḥ al-Munīr. Maktabah Lubnān.

al-Ghazālī. Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī al-Ṭūsī. 1997. al-
Mustaṣfa Min Ilmī al-‘Uṣūl. Tahqiq:Dr. Muhammad Sulaimān al-Asyqar. Cet.1.
Muassasah al- Risālah.

al-Harirīy. Dr. Ibrāhīm Muhammad Mahmūd al-Harirīy. 1998. al-Madkhal ila al-Qawacid al-
Fiqhiyyah al-Kulliyyah. Cet.1. Ammān. Dār cAqār.

al-Rāghīb al-Aṣfahānī. Abī al-Qāsim Husīn bin Muhammad. al-Mufradāt Fī Gharīb al-
Qur’an. Jil.2. Maktabah Nizār Mustafa al-Bāz.
al-Nadwī. cAlī Ahmad al-Nadwī. 2009. al-Qawācid al-Fiqhiyyah. Cet.8. Dimashq. Dār al-
Qalam.

al-Suyūṭī. Jalal al-Dīn Abdul Rahman bin Abu Bakar al-Suyūṭī. 1996. al-Ashbah wa al-
Naẓāir fi Qawaid wa Furu’ Fiqh al-Syafiiyyah. Tahqiq:Muhammad al-Mu‟taṣim bi Allah al-
Baghdādī. Jil. 2. Cet. 3. Beirut. Dār al-Kutub al-Arabī.

al-Qarāfī. Muhammad bin Idrīs al-Qarāfī. 1994. al-Dhakhirah. Tahqiq:Dr. Muhammad Hajī.
Jil. 10. Cet.1. Beirut. Dār al-Ghurūb al-Islāmī.

al-Qaradhāwī. Dr. Yusuf al-Qaradhāwi. 1997. al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Cet.22.


Maktabah Waḥbah.

al-Qāsīmī. Jamal al-Dīn al-Qāsīmī. 1986. al-Fatwa Fī al-Islām. Tahqiq: Muhammad al-
Hākim al-Qaḍī. Cet.1. Beirut-Lubnān. Dār al-Kutub al-Ilmiyah.

al-Qurṭubī. 2008. al-Jāmic li Aḥkām al-Qur’an. Jakarta. Pustaka Azzam.

al-Syawkānī. Muhammad Ali al-Syaukānī. 1979. Irsyād al-Fuḥūl Ila Tahqīq al-Haqq min
Ilmi al-‘Uṣūl. Jil.1. Beirut-Lubnan. Dār al-Macrifah.

al-Zuhaylī. Wahbah al-Zuhaylī. 1996. Uṣūl al-Fiqh al-Islāmī. Jil. 2. Beirut. Dār al-Fikr al-
Mucasirah.

Ibn Hamdān al-Hanbalī. Ahmad bin Hamdān al-Rānī al-Hanbālī. 1380H. Sifat al-Fatwa wa
al-Mufti wa al-Mustaftī. Cet.1. Dimashq. Mansyūrāt al-Maktab al-Islāmī.

Muhammad al-Rukī. 1994. Naẓariyyah al-Taqcīd al-Fiqhī wa atharuhā fi al-Ikhtilāf al-


Fuqaha. Mathbacah al-Najjah al-Jadidah. Dār al-Baiḍha‟.

Muhammad Hisyām al-Burhānī. 1995. Sadd al-Dharāic fī al-Syaricah al-Islāmiyah. Cet.1.


Dimashq. Dār al-Fikr.

Prof. H. A. Djazuli. 2006. Kaidah-Kaidah Fikih. Cet.1. Kencana. Jakarta

Tanguay, Pascal; Drug Policy Consortium, International (April 2011). "Kratom in Thailand:
Decriminalization and Community Control?". Series on Legislative reform of Drug
Policies 13.

Ward J, Rosenbaum C, Hernon C, McCurdy CR, Boyer EW; Rosenbaum; Hernon; McCurdy;
Boyer (December 2011). "Herbal medicines for the management of opioid addiction:
safe and effective alternatives to conventional pharmacotherapy?". CNS Drugs 25
(12): 999–1007.

Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2008. Fatwa dan Mufti:Hukum, Etika dan Sejarah. Cet. 1.
Universiti Sains Islam Malaysia.

Internet

https://npgsweb.ars-grin.gov/gringlobal/taxonomydetail.aspx?417532

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ketum (capaian pada 7 Ogos 2016)

http://www.drugandalcoholdependence.com/article/S0376-8716(14)00793-5/fulltext.
(capaian pada 7 Ogos 2016).

http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=240924& (capaian pada 13 Ogos 2016).

http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=1118025 (capaian pada 13 Ogos 2016).

http://babab.net/out/perlis-tegaskan-pendirian-larang-tanam-pokok-ketum.html28.7.2016
(capaian 13 Ogos 2016).

http://plus.bernama.com/v1/news2.php?id=1269516 (capaian pada 14 September 2016).

http://www.themalaymailonline.com/print/projekmmo/berita/lebih-buruk-daripada-baik-
putrajaya-larang-tanam-ketum-komersil (capaian pada 14 September 2016).

Anda mungkin juga menyukai