Anda di halaman 1dari 24

FIQH JINAYAH

(SHA 2053)

TAJUK:
HUKUMAN TAKZIR DAN PERLAKSAANYA DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH:
PUAN NADIAH BINTI MOHD ZIN

BIL NAMA NO. MATRIK PROGRAM &


SEMESTER

1 NUR AIN SYAWANI BINTI D1920049 DPS 4


AHMAD

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN NADIAH BINTI MOHD ZIN
KANDUNGAN

BIL ISI KADUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1

2 DEFINISI 1-2

3 TAKZIR DALAM AL-QURAN DAN AS- 2-3


SUNNAH
4 HUKUMAN TAKZIR YANG DILAKUKAN 3
OLEH RASULALLAH
5 PERBEZAAN ANTARA KESLAHAN TA’ZIR 3-4
DENGAN KESALAHAN-KESALAHAN LAIN
6 ASAS KESALAHAN TA’ZIR 4-5

7 JENIS-JENIS MAKSIAT YANG DIKENAKAN 5-6


HUKUMAN TA’ZIR
8 KESALAHAN TA’ZIR YANG MENCEROBOH 6-7
HAK ALLAH SWT DAN HAK MANUSIA
9 CARA MENSABITKAN KESALAHAN 7
TA’ZIR
10 BENTUK HUKUMAN TA’ZIR 7-12

11 PERLAKSANAAN HUKUMAN TA’ZIR DI 12-14


MALAYSIA
12 KESIMPULAN 14

13 RUJUKAN 15
1. PENDAHULUAN
Undang-undang Islam pernah dilaksanakan dalam bentuk yang komprehensif untuk suatu
tempoh yang lama. Bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW, sahabat, tabiin dan sehinggalah
ke zaman akhir pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Dalam tempoh masa tersebut,
undang-undang Islam telah mengalami berbagai-bagai corak pendekatan dan kaedah pelaksanaan
yang berbeza dari semasa ke semasa. Bermula daripada sebuah undang-undang yang mudah dan
dilaksanakan secara fundamental pada zaman Rasulullah SAW sehingga menjadi undang-undang
yang kompleks pada zaman Umayyah, Abbasiyyah dan seterusnya Uthmaniyyah yang
dilaksanakan secara lebih liberal. Walaupun mengharungi pelbagai perubahan, undang-undang
tersebut terus mengekalkan sifat dan identitinya sebagai undang-undang Islam yang berasaskan
syariah Islam, berpandukan huraian para fuqaha dan menggunakan pendekatan yang semasa dan
setempat.
Islam telah mengajar manusia tentang balasan dosa dan pahala atau syurag dan neraka
demi untuk mencegah setiap umatnya dari melakukan kejahatan dan menggalakkan mereka kea
rah kebaikan. Di kalangan manusia, terdapat segelintir di antara manusia ini yang masih lagi
melakukan kejahatan tanpa menghiraukan balasan yang bakal ditimpa di akhirat kelak. Oleh
demikian, undang-undang atau hukuman adalah suatu yang amatlah penting untuk menghukum
dan mengajar manusia yang degil ini supaya tidak berulang kali mengulangi perbuatan jenayah
ini serta dapat memberi pengajaran kepada masyarakat yang lain. Hukuman dalam Islam
terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang pertama hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT iaitu hudud, qisas, diyat dan kafarrah. Bahagian yang kedua pula, ialah hukuman yang
ditetapkan oleh Allah SWT tetapi diserahkan kepada budi bicara pemerintah dan hakim untuk
melaksankanya berdasarkan diri pesalah, keseriusan jenayah dan sebagainya. Bahagian kedua ini
dengan nama lainya di panggil sebagai ta’zir.

2. DEFINISI
Dari segi bahasa perkataan ta’zir berasal daripada bahasa Arab iaitu azzara’ yang bermaksud
menolak, mencegah atau menghalang. Ia dinamakan hukuman ta’zir disebabkan wujudnya
hukuman tersebut akan dapat menghalang orang-orang yang melakukan kesalahan daripada
melakukan kesalahan ataupun mengulangi pada masa akan datang. Mengikut pengertian syarak
ialah sejenis hukuman yang tidak ditetapkan kadarnya atau bentuknya yang dilaksanakan bagi
menunaikan hak Allah SWT dan hak manusia terhadap terhadap kesalahan-kesalahan yang
selain hukuman qisas, hudud, diyat dan kifarat
Mengikut definisi fuqaha, ta’zir adalah hukuman yang tidak ditetapkan kadarnya, wajib
dilaksankan sebagai hak Allh SWT atau hak manusia dia dalam setiap maksiat yang tiada had
pembalasan dan kafarah. Justeru, dilihat daripada definisi ta’zir diatas dimana asas kesalahan
ta’zir ialah melakukan maksiat yang hukumanya tidak ditetapkan oleh syarak. Selain itu,
kesalahan ta’zir berkaitan dengan pelanggran hak Allah SWT dan hak manusia serta penetapan
1
untuk hukuman ta’zir ini diserahkan kepada pemerintah atau hakim untuk melaksankanya
berdasarkan kepada keseriusan jenayah dan diri pesalah agar tercapainya matlamat memberi
pengajaran, memulih dan mencegah.
Ta’zir adalah hukuman bagi kegiatan tidak bermoral yang tidak melibatkan jenayah
hudud, qisas, diat, atau kafarah. Maksiat ditakrifkan sebagai melakukan apa sahaja yang dilarang
oleh undang-undang Islam atau gagal melakukan sesuatu yang diharuskan oleh undang-undang
Islam. Ta’zir juga digunakan untuk pelanggaran hudud dan qisas jika dendam tidak mungkin
terjadi kerana kekurangan tiang dan keadaan atau halangan. Ta’zir, sebaliknya, tidak dapat
digunakan sebagai pengganti jenayah hudud dan qisas. Ta’zir boleh digunakan sebagai tambahan
kepada hudud dan qisas sebagai hukuman. Penguasa atau hakim menentukan jenis hukuman
ta’zir dan kadar yang dikenakan untuk memenuhi tujuan pengajaran, pencegahan, dan pemulihan
pesalah. Penerapan ta’zir, seperti penerapan undang-undang Islam, mempunyai sejarah yang
panjang. Akibatnya, banyak jenis hukuman ta’zir wujud bergantung pada konteks kesalahan
tersebut. Pada prinsipnya, Islam tidak melarang penggunaan hukuman ta’zir apa pun kerana
menjadi tanggungjawab pemerintah, hakim, atau badan perundangan negara untuk mengenal
pasti dan memilih bentuk hukuman yang tepat untuk memerangi jenayah, serta membetulkan dan
memerintahkan penjenayah. Dalam pada itu, kriteria adalah bahawa hukuman itu harus selaras
dengan falsafah hukuman Islam untuk melindungi kebaikan awam.

3. TAKZIR DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH


Perkataan Takzir tidak pernah dinyatakan didalam Al-quran dan As-sunnah.Namun didalam Al-
quran terdapat beberapa jenis kesalahan yang tidak ada hukuman yang ditetapkan baginya dan
diserahkan kepada hakim atau pemerintah untuk menghukumnya kepada yang melakukan
jenayah. Terdapat berkanaan dengan hukuman ta’zir dai dalam al-Quran:

َّ ‫ع ْن ُه َما ۗ إِ َّن‬
‫َّللاَ َكانَ ت َ َّوابًا َر ِحي ًما‬ َ ‫ضوا‬ ْ َ ‫ان يَأْتِيَانِ َها ِم ْن ُك ْم فَآذُو ُه َما ۖ فَإ ِ ْن تَابَا َوأ‬
ُ ‫صلَ َحا فَأَع ِْر‬ ِ َ‫َواللَّذ‬
(Surah an-Nisa: 16)
Maksudnya: dan (mana-mana) dua orang di antara kamu Yang melakukan perbuatan Yang keji
itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika
mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah
mereka kerana Sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat, lagi Maha Luas
rahmatNya.
Ayat ini menerangkan mengenai 2 orang lelaki yang melakukan hemoseksual.Penetapan
hukumnya tidak secara khusus dan tidak dinyatakan cara dilaksanakan hukumannya.Maka
hakim atau pemerintah perlukan meletakkan hukuman bagi kesalahan hemokseksual.

2
Hukuman ta’zir di dalam Sunnah Rasulullah SAW dimana baginda pernah menjatuhkan ta’zir
kepada Abu Zar r.a dengan sabdanya:

َ َ ‫عش ََرةِ أ‬
َّ ‫سواطٍ إِالَّ فِى َح ٍدٍّ ِمن ُحدُو ِد‬
‫َّللاِ تَعَا َل‬ َ َ‫ا َ يُجلَد ُ أ َ َحدٌ فَوق‬
Maksudnya: “Sesungguhnya engkau adalah seorang yang terdapat dalam dirimu ciri-ciri
jahiliah.”

‫ارت َ َك‬ َّ ‫سج ِد الَ أَر َب َح‬


َ ‫َّللاُ تِ َج‬ َ ‫قُولُوا ِل َمن بَا‬
ِ ‫ع َواشت َ َرى ِفى ال َم‬
Malsudnya: “Katakankn kepada orang yang menjual dan membeli di masjid,” Mudah-mudahan
Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaanmu.”

4. HUKUMAN TAKZIR YANG DILAKUKAN OLEH RASULALLAH


Rasulullah juga memerintahkan sekatan terhadap tiga orang sahabat yang tidak menyertai jihad
tanpa uzur syar’i dengan cukup dengan sekatan tersebut.
i. Baginda pernah memerintahkan orang lelaki yang berpelilaku seperti wanita menjauhkan diri
dari madinah.
ii. Baginda pernah memenjarakan seorang lelaki selama sehari semalam kerana kes tuduhan.
iii. Baginda pernah menaikkan nilai denda terhadap orang yang mengambil buah kurma dari
pokok sebagai stok makanan….ia merupakan beberapa bentuk takzir yang lain yang pernah
rasulullah s.a.w laksanakan.Ini bermaksud untuk mendidik serta memberikan pengajaran kepada
kaum muslimin.

5. PERBEZAAN ANTARA KESLAHAN TA’ZIR DENGAN KESALAHAN-


KESALAHAN LAIN

Terdapat banyak perbezaan antara kelasahan ta’zir dengan kesalahan hudud dan qisas. Di
antaranya ialah:
i. Kesalahan hudud dan qisas telah ditentukan hukumannya oleh syarak dan ia menjadi
hukuman yang wajib dilaksanakan. Hakim tidak memberi pilihan untuk menukar atau
menambah ataupun mengurangkan kadar yang telah ditetapkan. Sementara itu, dalam
hukuman ta’zir hakim bebas memilih bentuk kadar hukuman yang sesuai dengan diri
pesalah serta dengan kesalahan yang dilakukanya.

3
ii. Dalam kesalahan hudu dan qisas kedudukan dan pangkat pesalah tidak akan diambil kira
apabila disabit kesalahan dan tidak ada keraguan dalam kes itu. Manakala, bagi hukuma
ta’zir diambil kira tentang kedudukan dan pangkat pesalah untuk menentukan hukuman.

iii. Pembalasan hukuman hudud telah diputuskan oleh mahkamah adalah satu kemestian
tanpa sebarang pengampunan, pertolongan atau tindakkan menggurgurkannya atas apa
sebab sekalipun. Sementara itu, dalam pembalasan qisas, pihak pemerintah tidak
mempunyai hak untuk memberi ampun kerana hak itu telah diberikan kepada mangsa
yang berhak sahaja. Tetapi dalam pembalasan ta’zir, pihak pemerintah boleh memberi
penganpunan dan pertolongan kepada pesalahnya jika terdapat kebaikan disebalik
pengampunan dan pertolongan kepada pesalahnya jika terdapat kebaikan disebalik
pengampunan itu. Pihak pemerintah diberikan pilihan untuk menentukan mana satu yang
terbaik antara memberi ampun atau melaksanakan hukuman ta’zir.

iv. Kesalahan hudud dan qisas hanya dapat disabitkan menerusia kesalahan para saksi iaitu
empat oran lelaki dalam kes zina, duan orang lelaki bagi kes yang tidak melibatkan zina.
Saksi wanita tidak disabitkan bagi kesalahan hudud dan qisas. Tetapi kesalahan ta’zir
boleh disabitkan dengan saksi wanita, sumpah, keengganan bersumpah dan lain-lain lagi
yang berkaitan dengan perundangan Islam.

v. Pembalasan hudud dan qisas tidak boleh dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang belum
baligh kerana mereka tidak diwajibkan menunaikan hukum-hukum syarak. Namun, bagi
kesalahan ta’zir pesalah yang baligh boleh dihukum untuk tujuan pengajaran.

6. ASAS KESALAHAN TA’ZIR


Asas keslahan ta’zir adalah dengan melakukan maksiat. Maksiat yang dimaksudkan adalah
meninggalkan pekara-perkara yang diwajibkan oleh syarak seperti tidak mengeluarkan zakat,
tidak berpuasa atau melakukan perkara yang diharamkan oleh syarak seperti memakan riba,
rasuah dan pecah amanah. Disyaratkan maksiat itu tidak ada hukuman had dan kafarah dalam
Islam.
Ulama telah membahagikan maksiat itu kepada tiga jenis iaitu:
i. Maksiat yang diwajibkan hukuman had iaitu hudud, qisas dan diyat.
ii. Maksiat yang hukumanya bebentuk kafarah seperti kesalahan melakukan
persetubuhan suami isteri pada siang hari di bulan Ramadhan.

4
iii. Maksiat yang tiada hukuman had dan kafarah. Sabarang maksiat yang tidak termasuk
antara yang pertama dan kedua di atas adalah tertakluk kepada kesalahan ta’zir.
Damikian, jenisnya tidak terhad seperti riba, khalwat, memakan makanan haram dan
lain-lain. Maksiat jenis ini akan dijatuhkan apa-apa sahaja hukuman ta’zir.

Melakukan perkara-perkara yang makruh dan meninggalkan perkara yang sunat tidak
dianggap melakukan maksiat tetapi pada keadaan tertentu hukuman ta’zir boleh dijatuhkan oleh
pemerintah sekiranya dalam hukuman itu terdapat kebaikan terhadap masyarakat. Pada
kebiasaanya hukuman ini dijatuhkan disebabkan melakukan kesalahan yang sama berulang kali.
Selain itu, alasan bagi para ulama yang membenarkan tindakan ini ialah berdasarkan perbuatan
Saiyidina Umar yang mengenakan ta’zir kepada seorang lelaki yang melakukan perkara makruh
iaitu menajamkan pisau dihadapan seekor kambing yang sudah direbahkan untuk disembelih.
Tindakan ta’zir juga boleh diambil terhadap perbuatan yang tidak ada kaitan dengan melakukan
perkara-perkara yang makruh atau meninggalkan perkara yang sunat, tetapi kepentingan awam
yang memerlukan hukuman itu dijatuhkan.
Oleh itu, alasan bagi perlaksanaan ta’zir ini adalah perbuatan Rasulullah SAW menahan
seorang lelaki yang dituduh mencuri. Tindakan Rasulullah SAW sabgai hukuman ta’zir bagi
lelaki berkenaan berasaskan tindakan yang dibuat dengan tujuan supaya dia tidak lari. Jelaslah,
asas hukuman ta’zir dalam tindakan itu adalah untuk menjaga kepentingan awam dan bukanlah
kerana maksiat yang dilakukanya. Contoh bagi ta’zir untuk kepentingan awam ini ialah seperti
menghukum kanak-kanak yang tidak mengerjakan solat atau mencuri. Walaupun kesalahan
meninggalkan solat atau mencuri bagi kanak-kanak yang belum mumyiz bukanlah satu
kesalahan syarak kerana mereka belum ditaklifkan lagi namun, untuk menjaga kepentingan
awam mereka boleh dikenakan ta’zir.

7. JENIS-JENIS MAKSIAT YANG DIKENAKAN HUKUMAN TA’ZIR


Maksiat yang boleh dikenakan hukuman ta’zir kepada tiga jenis:
i. Maksiat yang mempunyai hukuman yang ditetapkan oleh syarak tetapi tidak dapat
dilaksankan kerana tidak cukup syarat perlaksananya. Contohnya, mencuti barang
tidak mencukup hisab.

ii. Maksiat yang mempunyai hukuman yang diktetpakn oleh syarak tetapi tidak dapat
dilaksanakan kerana terdapat syubhah. Contohnya, mencuri harta perkongsian.

5
iii. Maksiat yang tidak ada peruntukan hukum syarak dan maksiat jenis inilah yang
paling banyak bilanganya. Syarak hanya menyebut bahagian kecil sahaja dari
kesalahan-kesalahan ta’zir itu yang merupakan kesalahan-kesalahan sepanjang masa
dan setiap keadaan. Selain daripada kesalahan itu, syarak memberi kuasa kepada
pemerintah untuk menentukan sendiri kesalahan yang dikira sebagai kesalahan ta’zir.
Penentuan ini mestilah berasaskan kepentingan awam dan tidak bertentangan dengan
nas-nas serta dasar-dasar umum syarak.

Demikian, daripada penjelasan di atas dapat dibahagikan sebab yang boleh dikenakan ta’zir
kepada empat bahagian:
i. Ta’zir kerana melakukan maksiat
ii. Ta’zir kerana melakukan perbuatan dan tinggalkan yang tidak sepatutnya.
iii. Ta’zir kerana kepentingan awam
iv. Ta’zir sebagai hukuman tambahan kepada hukuman yang ditetapkan.

8. KESALAHAN TA’ZIR YANG MENCEROBOH HAK ALLAH SWT DAN HAK


MANUSIA

Hak Allah merupak manfaat kepada orang ramai serta dapat menjauhkan mudarat daripada
mereka. Boleh dikatakan hak Allah SWT ini hak yang menyentuh masyarakat. Sementara, hak
manusia hanya untuk individu atau hak peribadi sahaja. Hal ini, ulama telah membahagikan
kesalahan ta’zir yang berkaitan dengan hak Allah SWT dan hak manusia keoada empat
bahagian:
i. Hak Allah SWT seratus peratus atau sepenuhnya. Contohnya, kesalahan
meninggalkan solat dan tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

ii. Hak Allah SWT dan hak manusia secara berkongsi tetapi hak Allah lebih dominan.
Contohnya, seperti kesalahan berkhalwat dengan isteri orang. Walaupun berkhalwat
itu merupakan perkara buruk kepada masyarakat secara umum, namun pada masa
yang sama ia juga menyentuh kepada individu secara khusus iaitu suami wanita yang
dikhalwat.

iii. Hak manusia seratus peratus atau sepenuhnya. Contohnya, perbuatan kanak-kanak
yang mencela orang dewasa. Perbuatan kanak-kanak itu tidak dianggap keslahan bagi
Allah SWT kerana tidak bertanggungjawab menunaikn hak-hak Allah. Dalam hal ini,
orang dewasa yang telah dicela itu mempunyai hak sepenuhnya untuk mengambil
tindakan.

6
iv. Hak manusia dan hak Allah SWT secara berkongsi tetapi hak manusia lebih dominan.
Seperti, kesalahan mengumpat atau menghina diaman kes ini ada menyentuh hak
Allah SWt iaitu melarang manusia menyakiti orang lain, namun pada masa yang
sama juga menyentuh kehormatan dan maruah orang yang diumpat secara khusus.
Dalam es ini, hak individu yang terlibat adalah lebih dominan.

9. CARA MENSABITKAN KESALAHAN TA’ZIR


Oleh kerana kesalahan ta’zir ini tidak seberat hukuman hudud, maka cara pensabitanya tidaklah
seketat atau setinggi tahap pembuktian keslahan hudud. Tahap pembuktian yang diperlukan
untuk menjatuhkan hukuman ta’zir keatas orang yang memaidai sangkaan berat (ghalabah-zan).
Antara cara yang disebut ulama ialah:
i. Pengakuan pesalah
ii. Keterangan para saksi
iii. Keengganan bersumpah
iv. Maklumat hakim
v. Kesaksian saksi-saksi wanita bersama saksi-saksi lelaki
vi. Kesaksian seseorang berdasarkan kepada kesaksian saksi lain.
vii. Surat seorang kadi kepada kadi yang lain.

10. BENTUK HUKUMAN TA’ZIR


Di sini akan dibincangkan bentuk hukuman ta’zir yang biasa dijalankan. Walau bagaimanapun,
bukan bentuk hukuman ini sahaja yang boleh dijatuhkan ta’zir. Malah apa sahaja hukuman yang
boleh menolong mencapai matlamat ta’zir iaitu mencegah melakukan jenayah seterusnya
memulihkan akhlak pesalah, boleh digunakan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip
umum syariah.
1) Hukuman mati (al-Qatl)
Kaedah asal hukuman takzir adalah untuk memberikan pengajaran yang tidak membawa
kemusnahan atau kematian. Jumhur ulama (mazhab Maliki, Syafii, Hanbali dan Zahiri)
berpendapat bahawa hukuman bunuh tidak harus dijatuhkan kepada pesalah melalui peruntukan
hukuman takzir. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa hukuman bunuh boleh
dikenakan bagi kesalahan tertentu seperti menjadi pengintip bagi pihak musuh, mendedahkan
rahsia sulit negara kepada musuh, mengajar ilmu yang boleh membawa kekufuran, dan
tindakan yang boleh memecahbelahkan kesatuan umat. Menurut mazhab Hanafi, hukuman
bunuh boleh dijatuhkan bagi kesalahan yang berat seperti berzina berulang kali, mencuri
berulang kali sehingga membawa kemudaratan, melakukan kesalahan liwat atau homoseksual
7
yang berterusan, serta pembunuhan yang tidak boleh dikenakan hukuman qisas. Membenarkan
pelaksanaan hukuman bunuh bukanlah bererti pemerintah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan
hukuman bunuh kepada pesalah dengan sewenang-wenangnya tanpa batas tertentu. Keputusan
pemerintah untuk menjatuhkan hukuman tetap tertakluk pada prinsip yang telah ditetapkan oleh
syarak.

2) Hukuman Sebat (al-Jalad)


Meskipun hukuman sebat ditetapkan bagi kesalahan hudud, tetapi dilaksanakan juga terhadap
kesalahan takzir. Autoriti hukuman sebat terhadap kesalahan takzir adalah berdasarkan firman
Allah SWT dalam al-Quran, Surah al-Nisa’, ayat 34 yang bermaksud: “dan perempuan-
perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu
menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau
juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan
mengajarnya)”. Allah SWT memberikan ayat ini kepada suami sebagai petunjuk untuk
menangani dilema isteri nusyuz. Sekiranya kaunseling dan pulauan di tempat tidur gagal
memberikan hasil, pukulan ringan yang tidak membawa kontena dibenarkan sebagai jalan
terakhir. Seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Qurtubi, pukulan yang dimaksudkan adalah yang
dimaksudkan untuk memberi petunjuk dan bukannya melukai. Rasulullah SAW mengatakan
dalam sebuah hadis bahawa ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk berdoa pada usia
tujuh tahun dan menghukum mereka dengan pemukul ringan jika mereka enggan melakukannya
ketika mereka mencapai usia sepuluh tahun.
Pukulan adalah bahagian dari proses sebat. Semua hujah menjelaskan bahawa hukuman sebat
diperlukan untuk tujuan pengajaran. Berdasarkan hujah ini, para Khulafa 'al-Rasyidin dan raja-
raja Islam percaya bahawa hukuman sebat, sebatan, atau sebatan boleh digunakan sebagai
semacam hukuman ta’zir. Dengan kata lain, para ahli hukum telah mencapai kesepakatan
mengenai topik ini. Namun, para ahli hukum tidak setuju mengenai jumlah dan keterukan
hukuman sebat untuk hukuman ta’zir.

3) Penjara(al-Habs)
Penjara dalam bahasa Arab disebut sebagai al-habs atau al-sijn yang bermaksud “tahanan”
atau “kurungan”. Menurut fuqaha, hukuman penjara bermaksud “mengurung dan melarang
seseorang daripada melakukan sesuatu”. Walaupun fuqaha tidak sepakat dalam penentuan
tempoh tahanan, namun mereka sepakat mengatakan bahawa hukuman penjara sebagai salah satu
daripada hukuman ta’zir. Ibnu Kathir menjelaskan bahawa ketetapan hukum pada masa
permulaan Islam adalah berdasarkan ayat ini yang menyatakan bahawa seseorang wanita
apabila nyata melakukan perbuatan zina melalui bukti yang adil, maka dia mesti ditahan
di dalam rumah (dikurung) dan tidak boleh keluar dari rumah tersebut sehingga mati.
8
Ibn Abbas mengatakan bahawa hukum menahan wanita yang melakukan perbuatan zina di dalam
rumahnya sehingga mati kekal sehingga Allah SWT menggantikan hukuman tahanan
dengan sebatan.
Selain itu, Rasulullah SAW pernah menahan dan menyebat seorang lelaki yang
membunuh hambanya, serta memerintahkannya supaya memerdekakan seorang hamba tanpa
melaksanakan hukuman qisas terhadap lelaki berkenaan. Dalam kes lain, Rasulullah SAW
pernah menjatuhkan hukuman qisas terhadap lelaki yang melakukan pembunuhan dan
menahan lelaki yang bersubahat memegang mangsa dalam kes pembunuhan tersebut.
Penahanan tersebut berjalan sehingga lelaki itu mati. Sayidina Umar bin al-Khattab juga
pernah menahan Hatibah kerana mencerca dan memenjarakan lelaki yang bernama Sabigh
kerana pertanyaannya tentang Surah al-Dhariyat, Surah al-Mursalat dan Surah al-Nazi’at, serta
memukul beberapa kali dan menghalaunya ke Iraq.

4) Buang Daerah atau Kawasan (al-Taghrib)


Pengasingan pada asalnya digunakan sebagai hukuman atas kejahatan berzina. Pengusiran
dari sebuah daerah memerlukan pemindahan pesalah ke daerah lain di dalam negara Islam yang
tidak kurang dari jarak yang diperlukan untuk solat qasar. Berdasarkan masa pengasingan bagi
pesalah berzina, Fuhaqa Syafii dan Hanbali percaya tempoh pengasingan di daerah ini tidak akan
melebihi satu tahun, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang melebihi
hukuman had pada kesalahan-kesalahan yang bukan had maka ia daripada orang-orang yang
melampaui batas”. Demikian, Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, sebaliknya, berpendapat
bahawa hukuman pengasingan dari daerah itu boleh berlangsung lebih dari satu tahun. Hukuman
mengusir dari daerah kerana berzina, menurut Imam Abu Hanifah, adalah takzir, bukan batasan.
Dalam kes Imam Malik, hadis yang menyatakan bahawa hukuman takzir tidak boleh melebihi
had hukuman telah dihapuskan.
Meskipun para fuqaha tidak sepakat mengenai waktu pemindahan daerah itu, mereka semua
sepakat bahawa hal itu seharusnya dan dapat digunakan sebagai hukuman ta’zir jika sesuai.
Hukuman ini dikeluarkan atas kesalahan ta’zir ketika pelakunya mengulangi kesalahan tersebut
dan berusaha untuk meyakinkan orang lain untuk melakukannya, serta membahayakan orang
lain. Keputusan Rasulullah SAW untuk membuang wanita yang kelihatan seperti lelaki dan
lelaki yang kelihatan seperti wanita, serta wanita yang diasingkan dari kawasan itu ke laman web
yang disebut "al-Naqi," menjadi wewenang bagi mereka yang menyokong hukuman tersebut.
Tindakan Sayyida Umar al-Khattab yang mengusir daerah Nasr ibn Hajaj kerana penampilannya
yang baik yang mengundang fitnah di kalangan wanita di tempatnya (Madinah) ke Basrah (Iraq)
tidak dibantah oleh sahabat lain yang menjadikannya sebagai ijmak.

9
5) Denda (al-Gharamah)
Al-Gharamah ialah istilah Arab yang bermaksud “denda”. Dari segi definisi, denda
merupakan hukuman yang diputuskan oleh hakim supaya pesalah membayar sejumlah wang
sebagai denda atas kesalahan yang dilakukannya. Hukuman denda boleh dijadikan sebagai
hukuman asal atau hukuman tambahan kepada sesuatu kesalahan. Menurut al-Bahnasi,
denda atau wang dikumpulkan kerana ia menjadi sebahagian daripada pendapatan negara dan
boleh digunakan untuk apa sahaja yang difikirkan sesuai oleh negara. Sunnah Rasulullah SAW,
yang mengarahkan agar denda dikenakan kepada pencuri barang yang tidak dihukum dengan
amputasi tangan, menunjukkan kewenangan pelaksanaan denda. Dalam kes lain, Rasulullah
SAW menjatuhkan hukuman cambuk dan denda dengan membayar balik orang yang mencuri
buah asam jawa sebelum dimasukkan ke simpanan dua kali lebih banyak.

6) Rampasan Harta Benda (al-Musadarah)


Al-Musadarah ialah hukuman berbentuk rampasan harta benda pesalah sebagai
hukuman atas kesalahan yang dilakukannya. Oleh itu, untuk memahami hukuman musadarah,
Imam Abu Yusuf mendakwa bahawa satu-satunya jenis penyitaan harta benda yang dibenarkan
adalah penyitaan harta jenayah untuk jangka waktu tertentu sebagai hukuman untuk
mengelakkan perbuatan jenayah tidak berulang. Daripada menyimpan harta itu untuk dirinya
sendiri atau perbendaharaan negara, hakim mengembalikannya kepada pemiliknya. Menurut Ibn
‘Abidin, penguasa mungkin merampas harta penjenayah, memegangnya, dan kemudian
mengembalikannya setelah pelakunya bertaubat. Sekiranya, di sisi lain, pesalah enggan
bertaubat, pemerintah dapat menggunakan hasilnya untuk kepentingan umum. Rasulullah SAW
mempunyai wewenang untuk melaksanakan hukuman ini ketika dia menjatuhkan hukuman
merampas setengah harta seseorang kepada mereka yang enggan membayar zakat difardukan.
Akibatnya, hakim dapat memutuskan hukuman tazir ke atas harta benda, sama ada diambil atau
dimusnahkan, setelah membuat keputusan berdasarkan ijtihadnya, selama hukuman itu melayani
masyarakat umum berdasarkan wewenang yang telah disampaikan.

7) Nasihat dan Teguran (al-Wa’z)


Jika dibandingkan dengan hukuman takzir lain, nasihat dan teguran adalah yang paling teruk.
Hukuman ini bertujuan untuk memberi amaran dan petunjuk kepada pelaku untuk tidak
mengulangi kesalahan tersebut, dan juga untuk membuatnya sadar bahawa dia telah melakukan
kesalahan. Allah SWT menyebutkan kewenangan hukuman dalam Surah al-Nur, ayat 34, sebagai
pembalasan tahap pertama bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya. Hukuman itu juga
bertujuan untuk menjauhkan penjenayah dari tidak diadili. Bentuk hukuman ini biasanya
diperuntukkan bagi seseorang yang melakukan pelanggaran kecil untuk pertama kalinya, kerana
hakim percaya hukuman itu akan menghalangi pelaku melakukan kesalahan itu lagi.
10
8) Celaan Rasmi atau Amaran Tegas (al-Tawbikh)
Fuqaha sepakat menerima hukuman ini berdasarkan kes Abu Zar yang memanggil Bilal bin
Rabbah dengan gelaran wahai anak hitam, iaitu suatu ungkapan yang amat menghiris hati
Bilal. Sebagai manusia biasa yang mempunyai perasaan, Bilal lantas pergi bertemu
Rasulullah SAW untuk mengadu perkara tersebut. Selepas mendengarnya, muka Baginda
berubah. Rasulullah SAW terus ke tempat Abu Zar berada tetapi h lalu Abu Zar memberi
salam kepada Rasulullah SAW. Baginda kemudiannya menyebut, “Wahai Abu Zar, kamu
menghina Bilal dan menghina asal usulnya. Ketahuilah Abu Zar, sesungguhnya asal usul
kamu ialah orang jahiliah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya di dalam diri kamu
masih ada sisa sifat jahiliah”. Abu Zar r.a. berasa sangat menyesal dan berkata, “Wahai
Rasulullah SAW, maafkan kesalahanku dan mintalah Allah SWT ampunkan dosaku. Abu
Zar berlari mendapatkan Bilal lalu dipeluknya sambil memohon kemaafan. Abu Zar meletakkan
kepalanya di atas tanah seraya berkata, “Demi Allah SWT wahai Bilal, aku tidak akan
angkat pipiku dari atas tanah, kecuali kamu pijak pipiku yang sebelah lagi dengan
kakimu. Ianya lalu sahaja dan terus ke masjid. Setelah mengetahui Rasulullah SAW marah
kepadanya. Demi Allah SWT sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina”.
Bilal kemudian mendekatkan mukanya ke pipi Abu Zar lalu menciumnya berkali-kali dan
memeluknya sebagai tanda kemaafan. Para fuqaha tidak menetapkan kata-kata atau perbuatan
tertentu sebagai cara mencela hukuman al-Tawbikh sebaliknya, celaan boleh dibuat dalam
bentuk kata-kata atau perbuatan yang hakim menilai cukup dan munasabah untuk menghukum
pesalah. Namun, tidak boleh ada fitnah atau penghinaan dalam kritikan tersebut.

9) Ugutan (al-Tahdid)
Ancaman adalah hukuman ta’zir yang mendorong pesalah untuk memperbaiki tingkah
lakunya dengan mengancam untuk menghukumnya jika kesalahan itu berulang. Walaupun
hukuman telah dijatuhkan, hukuman tersebut tidak akan dilaksanakan sampai pelakunya
melakukan kejahatan lain (dalam jangka waktu tertentu). Selain syarat biasa, hukuman ta’zir
harus sesuai dengan keadaannya, dan jika kesalahan dilakukan, hukuman itu harus sebanding
dengan keadaannya.

10) Pemulauan (al-Hajr)


Cara berurusan dengan isteri nusyuz dijelaskan oleh Allah SWT. Al-hajr, atau memulau
tempat tidur, adalah salah satu teknik yang dicadangkan. Wahbah al-Zuhaily menjelaskan
bahawa memulau menghentikan hubungan seksual dengannya atau enggan tidur dengannya.
Mulaukan juga diizinkan, hingga dan termasuk menolak berkomunikasi dengannya selama tiga
hari. Tujuan pemulauan seperti yang dijelaskan oleh al-Qurtubi supaya isteri tersebut sedar akan
kesilapannya dan kembali mentaati suaminya.Dalam kes lain, Ka’ab bin Malik telah dihukum
11
oleh Rasulullah SAW dengan hukuman “pemulauan” kerana tidak turut serta dalam
peperangan Tabuk. Hukuman dikenakan kepada beliau kerana perbuatan yang
dilakukannya mempengaruhi masyarakat Islam untuk turut bersikap culas terhadap arahan
Rasulullah SAW pada masa akan datang. Setelah hukuman dijatuhkan, beliau berasa sangat
menyesal. Namun, beliau tetap memberanikan dirinya menghampiri Rasulullah SAW tetapi
tidak dipedulikan oleh Baginda dan kaum Muslimin. Pada hari yang ke-50, Ka’ab telah
menerima khabar gembira bahawa taubatnya diterima Allah SWT. Beliau lantas bergegas
menemui Rasulullah SAW dan disambut oleh Baginda dan kaum muslimin dengan
gembira. Walau bagaimanapun, hukuman pemulauan seperti ini tidak lagi praktikal sekiranya
kekuatan hidup beragama sudah tidak wujud lagi dalam masyarakat.

11) Pendedahan Kesalahan di Khalayak Ramai (al-Tasyhir)


Hukuman ini disepakati oleh semua mazhab dalam Islam. Tujuan hukuman adalah untuk
menyedarkan masyarakat bahawa pelakunya tidak lagi boleh dipercayai. Kesaksian dan penipuan
palsu sering kali merupakan kesalahan yang mengakibatkan hukuman ini. Pesalah diarak ke
pasar dan dinyatakan bersalah pada zaman dahulu. Hukuman ini pada masa ini dapat
dilaksanakan dengan menerbitkan keputusan mahkamah di sebuah surat khabar, menyiarkannya
di televisyen, radio, internet, dan sebagainya.

12) Melucutkan Jawatan Pesalah (al-ʻAzal min al-Wazifah)


Dalam Kitab al-Hisbah,, Ibnu Taimiyyah pernah berkata, “Boleh dilaksanakan hukuman
takzir dengan melucutkan jawatan kerana Rasulullah SAW dan para sahabatnya pernah
berbuat demikian”. Hukuman ini boleh dilaksanakan apabila seseorang pegawai itu tidak
bersikap amanah dalam usaha melaksanakan tugasnya atau tidak lagi dapat menjalankan
tugasnya dengan baik seperti yang dikehendaki dan diperlukan oleh kepentingan awam.

11. PERLAKSANAAN HUKUMAN TA’ZIR DI MALAYSIA


Terdapat aspek yang berkaitan dengan iaitu kesalahan dan hukumanya di Malaysia. Jika
dilihat dari sudut pelaksanaanya di Mahkamah Syariah berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah
negeri-negeri dan undang-undang Persekutuan melalui Kanun Keseksaan. Oleh hal demikian,
enakmen menyenaraikan pelbagai keslahan berikut:
1) Kesalahan suami isteri seperti menganiaya isteri dan tidak taat pada suami.
2) Keslahan berhubung dengan seks seperti sumbang mahram, khalwat, melacur dan
persetubuhan haram.
3) Kesalahan yang berhubung dengan minuman keras seperti meminum, manjual dan
membeli.
12
4) Kesalahan daripada aspek keimanan sperti melaporkan dan mendaftar masuk atau keluar
daipada Islam serta keslahan berhubung dengan pengambilan anak angkat.
5) Pelbagai kesalahan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.
Jelaslah, bahawa semua kesalahan yang disenaraikan kecuali berzina dan meminum arak
adalah dibawah kategori kesalahan ta’zir. Namun, dari segi perlaksanaan hukumanya. Jika
diteliti, dalam peruntukan yang telah dibuat iaitu melalui Akta Mahkamah Syariah (Perundangan
Jenayah) 1965 yang telah dipinda pada tahun 1984 hanya setakat menjatuhkan hukuman penjara
3 tahun atau denda sehingga lima ribu ringgit atau sebat enam kali atau gabingan mana-mana
hukuman tersebut. Peruntukan ini tidak tepat menuriut hukuman ta’zir dalam Islam sepertimana
yang telah ditetapkan. Jika dilihat bentuk-bentuk hukuman ta’zir dalam perundangan Islam yang
boleh dikenakan adalah pelbagai dan berdasarkan keseriusan keslahan diri pesalah.
Keterbasan Mahkamah Syariah mengenakan tiga bentuk hukuman ta’zir sahaja ialah kerana
beberapa sebab, antaranya:
1) Perlembagaan Persekutuan
Sebarang penggubalan undang-undang termasuk undang-undang ta’zir oleh kerajaan negeri akan
terbatal sekiranya bercanggah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Disini jelas
dapat dilihat bahawa Perlembangaan Persekutuan adalah lebih tinggi daripada al-Quran dan
sunnah. Sementara itu, terdapat juga pernyatan yang menyatakan bahawa Mahkamah Syariah
tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman mengikut al-Quran dan Sunnah kecuali
yang diberikan oleh undang-undang Persekutuan kerana ianya dikawal oleh Parlimen. Undang-
undang Persekutuan yang memberi kuasa hukum kepada Mahkamah Syariah ialah Akta
Mahkamah Syariah.
2) Akta Parlimen
Akta yang dimaksudkan Akta Mahkamah Syariah (Perundangan Jenayah)1965. Akta tersebut
telah menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah menenai kesalahan kesalahan di negara ini.
Kesalahan yang berkaitan dengan hukuman ta’zir kebanyakan nya berada di bawah Kanun
Keseksaan. Antara kelasahan itu, memberi keterangan palsu dan kesalahan terhadap keadilan
awam, kesalahan berkenaan dengan setem kerajaan dan duit, kesalahan berkenaan akta
penimbang dan sukatan, kesalahan berkenaan kesihatan, kesopanan, keselamatan dan akhlak
awam.
Walaupun kesalahan ta’zir berada dibawah peruntukan undang-undang jenayah di
Malaysia namuan, dari segi hukumanya masih belum menepati hukuman ta’zir Islam yang
sebenarnya kerana kebanyakkan hukuman di dalam Kanun Keseksaan sama seperti dalam
Enakmen Jenayah Syariah negeri telah dihadkan maksimum. Untuk menjadikan hukuman ta’zir
seperti kehendak Islam, maka peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Parlimen yang
berkaitan mestilah dipinda bagi yang mana perlu dipindakan supaya selaras dengan kehendak

13
Islam. Demikian, dengan menjadikan peruntukan undang-undang Islam sebagai undang-undang
utaman Malaysia, maka semua peruntukan yang lain mestilah diselaraskan dengan undang-
undang Islam. Begitu juga dengan semua akta-akta dan kanun serta enakmen yang telah
diluluskan yang bertentangan dengan undang-undang Islam mestilah dipinda bersesuaian dengan
Islam.

12. KESIMPULAN
Akhir sekali, seperti yang dinyatakan sebelum ini hukuman ta’zir tidak terhad kepada hukuman
yang disenaraika sebenarnya terdapat pelbagai jenis hukuman tazir. Terserah kepada pemerintah
atau legislatif Nasional untuk melaksanakan dan memilih apa saja hukuman yang diperlukan
untuk memerangi jenayah dan dapat memperbaiki dan mendidik pesalah, asalkan hukuman itu
berdasarkan kepentingan umum. Perbezaan antara hudud dan ta’zir adalah bahawa hukuman atas
pelanggaran hudud ditetapkan oleh syarak dan tidak dapat diubah. Sementara hukuman untuk
ta’zir diserahkan kepada budi bicara pemerintah. Pemerintah tidak boleh memutuskan hukuman
ta’zir berdasarkan hawa nafsu, tetapi harus mempertimbangkan semua keadaan yang
menyangkut kesalahan itu, termasuk pelaku sendiri, tahap bahaya yang ditimbulkan oleh
kesalahan itu untuk kepentingan umum, dan sebagainya. Yang penting, hukuman itu berpotensi
untuk menghalang orang lain daripada mengulangi kesalahan tersebut.
Oleh demikian, menurut undang-undang Islam objektif hukuman ta’zir mestilah untuk
mencegah atau menakut-nakuti pelaku untuk terus khawatir terhadap pesalah itu sendiri dan
tidak membiarkannya sendiri sehingga kesadaran agama berkembang dalam dirinya dan dia
dengan rela hati akan menahan diri dari segala kesalahan. Kesedaran dalaman ini, dan juga
kesedaran agama, adalah pendekatan terbaik bagi seseorang untuk tidak melakukan kesalahan
dalam Islam. Undang-undang Islam telah mencapai suatu tahap kegemilangan pada zaman
sebelum ini. Oleh itu, menurut para fuqaha ta’zir disyariatkan untuk tujuan pembersihan dan
pemulihan, iaitu dengan membetulkan diri pesalah dan membersihkan dirinya dari segala
kekotoran jenayah sehingga dengan itu dia akan menjadi seorang yang bersih dan terselamat
daripada dorongan jenayah dan termasuk dalam golongan orang-orang yang berguna kepada
masyarakat

13. RUJUKAN

1. file:///C:/Users/USER/Downloads/29-Article%20Text-35-1-10-20201220.pdf
2. http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/4381/1199
3. http://syariah.johor.gov.my/wp-content/uploads/2018/03/Undang-Undang-Jenayah-
Islam.pdf
14
4. https://peranaksama.wordpress.com/jenis-jenis-hukuman-tazir/
5. http://www.ukm.my/jcil/wp-content/uploads/2018/06/JCIL-2018-31-Article-5.pdf
6. https://www.researchgate.net/publication/339016974_ISU_DAN_CANDANGAN_K
E_ARAH_PELAKSANAAN_HUKUMAN_TA'ZIR_BAGI_JENAYAH_RASUAH_
DI_MAHKAMAH_SYARIAH_MALAYSIA
7. http://jurnal.utu.ac.id/jcivile/article/view/967

Anda mungkin juga menyukai