Anda di halaman 1dari 3

Maksud Fitnah

 Merendahkan diri seseorang di mata segolongan masyarakat atau

masyarakat umum.

 Menyebabkan seseorang tersebut dicemuh, dihina, dibenci atau dikeji.

 Merosakkan reputasi diri seseorang dalam mana-mana jawatan, profesion

atau perniagaan

 Merosakkan kredibiliti seseorang

Jenis Fitnah

Slander fitnah dalam bentuk pertuturan atau penyiaran melalui medium komunikasi

pendengaran atau penglihatan

Libel fitnah dalam bentuk bahan bercetak seperti akhbar, majalah, buku, gambar, imej, visual

Bentuk Tindakan Fitnah

1. Fitnah Jenayah

Tindakan di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502

 Secara amnya, melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya

atau seseorang yang mungkin boleh menjejaskan

ketenteraman awam.

 Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun dan/atau denda


Tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)

 Hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan

kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan

 Menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan

 Menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia

 Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau penjara sehingga 3

tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya , penjara tidak melebihi

5 tahun.

 Tindakan hanya boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara dan tidak

melalui individu

2. Fitnah Sivil

Tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)

 Tindakan dimulakan atas kapasiti persendirian.

 Plaintif dalam kes memohon penghakiman dan ganti rugi

Pihak yang Terlibat

 Plaintif mempunyai hak untuk menentukan defendan dalam kesnya.

 Selalunya, dalam kes libel, pihak yang terlibat ialah penulis, editor, penerbit,

pencetak, dan kadangkala penjual bahan bercetak tersebut.

 Dalam kes yang melibatkan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel, sistem pesanan

ringkas (SMS) dan lain-lain, orang yang bertanggungjawab ialah penulis, penyebar

dan pembekal maklumat tersebut.


Bentuk Ganti Rugi dan Penghakiman

 Ganti Rugi Khas - perkara ini perlu dibuktikan secara khusus oleh plaintif bahawa

kerugian tersebut ditanggung. Butir-butir ganti rugi

mesti diberikan.

 Ganti Rugi Am Mahkamah selalunya memutuskan perkara ini berdasarkan fakta kes.

 Ganti Rugi Teladan (Exemplary Damages) harus dituntut secara khusus dan

mahkamah hanya membenarkannya sekiranya mahu menghukum defendan.

 Ganti Rugi Teruk (Aggravated Damages) hanya dibenarkan jika kes fitnah tersebut

amat serius.

 Sekatan/halangan (Injunction) ini bertujuan menghalang penerbitan atau pencetakan

diteruskan pada masa akan datang.

Memohon Maaf Secara Terbuka selalunya dalam kes libel, plaintif menuntut agar

defendan memohon maaf dengan cara pengiklanan.

Anda mungkin juga menyukai