Anda di halaman 1dari 49

AL-BAGHY

LAW534 Undang-Undang Jenayah Islam

1) FAIZNUR BINTI NORDIN (2023323725)


2) SITI NUR FAREHA BINTI AB AZIZ (2023783429)
3) AMIRA NAJWAFITRI BINTI AMIR ARIF (2023992253)
Definisi
Baghy didefinisikan sebagai “menuntut sesuatu”. Ia boleh
diistilahkan sebagai menuntut sesuatu yang tidak seharusnya
dengan kejam dan zalim. Dalam Islam didefinisikan sebagai
pemberontakan atau penderhakaan kepada negara. Ia salah
satu daripada kesalahan-kesalahan hudud, iaitu antara
jenayah berat yang telah ditetapkan di dalam al-Quran atau al-
Sunnah.
Definisi
Perkataan “baghy” berasal daripada perkataan akar “bagha”,
yang bermaksud "menginginkan atau mencari sesuatu",
"menyebabkan rasuah", "mendengki" atau "untuk melakukan
ketidakadilan". Seorang pemberontak dipanggil "baghi", dan
lebih daripada seorang pemberontak adalah "bughah".
Definisi
Dalam Al-Quran surah Al Kahfi 18 : 64 “Katakannya : Begitulah apa yang
pernah kami tuntut”.
Dalam surah Al-Aaf : 33 “ Katakanlah:"Sesungguhnya Tuhanku hanya
mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau
yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh
dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu
mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan
sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu
memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
Definisi
Baghy dihuraikan oleh para fuquha sebagai “penentangan
terhadap pemimpin yang berautoriti yang memerintah
sehingga menyebabkan suasana huru-hara, pemberontakan
atau peperangan.

Surah Al-Hujurat: Ayat 9


Elemen-Elemen
I. Perbuatan menderhaka (penentangan terhadap
pemerintah)
II. Penggunaan kekuatan dan kekerasan
III. Niat jahat
I. Perbuatan menderhaka (penentangan terhadap
pemerintah)
Iaitu keluar mentaati pemerintah, tidak kira kepada
pemerintahnya ataupun pegawai tertinggi. Elemen ini merujuk
kepada satu bentuk penderhakaan yang dilakukan oleh para
penduduk untuk menyanggah atau menyingkirkan pemerintah
yang menjalan hukum-hukum Allah.Ia mestilah terjadi kepada
pemerintahan Islam yang adil dan menjalankan hukum Allah,
tidak kira samada bertujuan untuk merampas kuasa atau untuk
tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Misalnya, pada zaman Abu Bakar As-Siddiq, sekumpulan
pemberontak yang diketuai oleh Musailamah yang enggan
untuk membayar zakat. Ini dikira sebagai Al baghyu kerana
kumpulan ini menentang pemerintah yang adil yang
menjalankan hukum Allah. Elemen keluar daripada
mentaati digambarkan dengan keengganan untuk
membayar zakat kepada pemerintah.
Pemberontakan terhadap pemerintah yang zalim dan tidak
menjalankan hukum Allah tidak dikategorikan sebagai Baghy.
Para fuquha berpendapat adalah haram melakukan
penentangan keatas pemerintahan yang fasiq walaupun
dengan tujuan amar makruf nahi mungkar kerana ia dapat
menimbulkan sesuatu yang lebih buruk dan matlamat dari
nahi mungkar tidak tercapai.
Jenis penderhakaan atau pemberontakan :

I. Pemberontak yang tidak mempunyai asas dan alasan bagi


penentangan yang dilakukan sama ada mereka mempunyai kekuatan
ataupun tidak - Ia digelar sebagai perompak/penyamun.
II. Pemberontak yang mempunyai asas kepada pemberontakan yang
dilakukan tetapi tidak mempunyai kekuatan - Ia digelar sebagai
perompak/penyamun.
III. Pemberontak yang mempunyai asas bagi penderhakaan dan
mempunyai kekuatan.
Jumhur ulama berpendapat bahawa penderhakaan yang ketiga
dianggap sebagai jenayah Baghy kerana mempunyai alasan dan
kekuatan dalam gerakan.
Apa yang dimaksudkan sebagai asas? Ia bermaksud alasan-alasan dan
sebab-sebab bagi pemberontakan tidak kira samada betul ataupun
tidak.
Apa yang dimaksudkan oleh kekuatan? Ia bermaksud tenaga yang ramai
dan dan persiapan yang lengkap untuk melakukan pemberontakan
sama ada dari segi bilangan, persiapan harta dan lain-lain lagi
II. Penggunaan kekuatan dan kekerasan

Ia akan dikategorikan sebagai Baghy sekiranya ia dilakukan dengan


kekuatan atau kekerasan yang boleh mengakibatkan huru-hara, perang
saudara, dan lain-lain bentuk pepecahan dalam negara.

Sekiranya semata-mata enggan melaksanakan tanggung jawab ia tidak


disifatkan sebagai Baghy.

Kekuatan yang dimaksudkan dalam Baghy tidak semestinya berbentuk


senjata tetapi mungkin dalam bilangan penentang yang ramai.
Terdapat perbezaan pendapat di antara fuquha. Imam Malik, Imam
Syafie, Imam Ahmad berpendapat bahawa mereka akan dianggap
pemberontak sekiranya betul-betul telah menggunakan kekuatan
untuk menentang pemerintah dan telah memulakan penentangan
tersebut. Namun jumhur fuquha berpendapat tindakan tidak boleh
diambil jika mereka belum menggunakan kekuatan yang dimiliki
misalnya dengan hanya berkumpul atau berbincang walaupun dengan
tujuan sebagai persiapan sementara menunggu waktu yang sesuai dan
munasabah untuk memulakan tindakan.
Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa tindakan sedemikian boleh
dianggap sebagai Baghy dan boleh dikenakan tindakan sekiranya
mereka sudah berkumpul dan berhimpun.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat 49:9 telah menjelaskan bahawa


pemerintah tidak boleh memulakan serangan ke atas pemberontak
kecuali sesudah ia membuat rundingan dengan mereka itu dan
mengajak mereka kembali kepada kebenaran dan memberi taat setia
kepada pemerintah.
III. Niat Jahat

Ia dimaksudkan sebagai niat memberontak dan menentang


pemerintah serta bertujuan menggulingkan, atau tidak patuh
kepada segala tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan
ke atasnya. Jika penentangan tersebut berlaku tanpa niat
seperti dipaksa atau diupah, jenayah Baghy tidak berbangkit.
PERUNTUKAN
UNDANG-
UNDANG
Kesalahan Al-Baghy atau memberontak turut diperuntukan di
bawah beberapa Undang-undang di malaysia. Sebagai contoh
iaitu Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu berperang atau
mencuba berperang atau menyubahati perang melawan Yang di-
Pertuan Agong, raja atau Yang di-Pertuan Negeri. Kesalahan
melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong ini
membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
SEKSYEN 121 KANUN
KESEKSAAN
Berperang atau mencuba berperang atau
menyubahati perang melawan Yang di-Pertuan
Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri
Barang siapa berperang atau mencuba berperang atau
menyubahati perang melawan Yang di-Pertuan Agong atau
mana-mana Raja atau Yang di-Pertua Negeri, hendaklah
diseksa dengan bunuh atau penjara seumur hidup jika tidak
diseksa dengan bunuh dan bolehlah juga dikenakan denda
Pendakwa Raya lawan Mohd Amin Mohd Razali

Contoh kes Al-Baghy di Malaysia adalah kes jenayah oleh militan


Al-Maunah yang memenuhi ciri-ciri kesalahan Al-Baghy yang
digariskan oleh ulama Islam. Pada 29 Julai 2000, kumpulan
militan ini telah menceroboh Kem Rejimen Askar Wataniah di
Sauuk, Perak dan merampas sejumlah besar senjata api bagi
tujuan melancarkan perang terhadap pemerintah, Yang
Dipertuan Agong.
Mereka yang aktif dalam rompakan dan tebusan akhirnya
dibawa ke muka pengadilan dengan tuduhan “berperang
melawan Raja”, menjadikan mereka kes pertama kali didakwa
atas kesalahan itu. Berdasarkan perbicaraan, Amin Razali dan
dua leftenan lain dijatuhkan hukuman mati, sementara yang
lain dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa tempatan juga berusaha
keras untuk membanteras aktiviti-aktiviti yang menunjukkan
ekstremisme. Sehingga hari ini, Malaysia mempunyai “Bahagian
Cawangan Khas Counter-Terrorism” untuk menghalang
kumpulan pengganas yang berpotensi, undang-undang anti-
keganasan yang cukup ketat di SOSMA, dan pusat pesanan
balas, untuk membendung ekstremisme.
Di samping itu, undang-undang mengenai penjualan pakaian
seragam polis dan tentera juga diperketat, di mana mereka yang
ingin berniaga dan menghasilkan pakaian seragam itu mesti
mempunyai permit polis untuk melakukannya. Ini mengelakkan
seseorang daripada membelinya untuk melakukan aktiviti
haram seperti yang dilakukan Amin Razali dan orang
bawahannya.
HUKUMAN
Dalil yang pertama adalah berkenaan suruhan Allah S.W.T yang menyatakan
bahawa adalah penting dan wajib bagi umat-umat Islam mematuhi dan taat
kepada pemimpin negara. Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Nisa’ ayat
59 seperti berikut:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya
- jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Seperti yang dinyatakan di dalam ayat tersebut, Allah S.W.T
sesungguhnya telah menyatakan bahawa mereka yang beriman
kepadaNya haruslah mentaati pemerintah negara mereka juga. Oleh
yang demikian, ianya membuktikan bahawa terdapat kewajiban bagi
umat Islam mentaati dan tidak membuat derhaka dan tentangan
kepada pemimpin mereka yang adil.
Sekiranya pemerintah ditentang dengan kekerasan dan bermotifkan
politik, penentang wajib diperangi.

Para ulama bersepakat bahawa hukum membunuh pemberontak


adalah fardhu kifayah.

Para Fuqaha berpendapat dalam melaksanakan hukuman, pemerintah


mestilah menunggu sehingga penentang tersebut memulakan tindakan
mereka. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa pemerintah boleh
memerangi penentang walaupun belum mula penentangan secara
formal dengan syarat bahawa mereka mempunyai niat dan kekuatan
untuk memulakan penentangan.
Sebelum menjalani hukuman, para fuqaha berpendapat pemerintah
hendaklah memberi peringatan serta menasihati penentang tersebut.
Sebaliknya ia mengadakan langkah perdamaian sebagaimana Firma Allah
dalam surah Al-Hujurat :9

“Dan jika ada 2 golongan dari orang-orang mukmin yang berperang, maka
damaikanlah antara keduanya”

Sekiranya mereka kembali taat maka mereka hendaklah diampuni. Firman


Allah bermaksud :

“ … Sekiranya mereka insaf dan kembali mentaati pemimpin, mereka


hendaklah diampuni.”
Surah tersebut menjelaskan bahwa jika dua golongan dari orang-orang mukmin
berperang atau saling membunuh, maka wajiblah atas umat Islam mendamaikan
dua golongan ini. Mengajak mereka menerima hukum Allah, baik hukum itu
berbentuk qisas maupun berbentuk diyat. Kewajiban ini lazim dilaksanakan oleh
pemerintah. Pemerintahlah yang mengajak kedua golongan yang merosakkan
perdamaian dan mengembalikannya kepada kitab Allah. Jika golongan itu kembali
berdamai,maka wajiblah bagi kita mendamaikan keduanya dengan adil dan tidak
memihak.

Jika mereka enggan kembali taat, mereka hendaklah diperangi sebagaimana Firman
Allah :

“Jika salah satu daripada keduanya berbuat aniaya terhadap golongan yang lain,
maka perangilah golongan yang berbuat demikian aniaya itu sehinggalah golongan
itu kembali kepada perintah Allah”
Selain itu, terdapat dalil yang memerintahkan bahawa langkah tegas yang harus
di ambil oleh pemerintah atas firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah 194 :
“Barangsiapa yang menyerang kamu, Maka seranglah ia, seimbang dengan
serangannya terhadapmu”.

Sebahagian ahli hadith berpendapat dan menggangap penentang ini sebagai


murtad dan hukumannya juga sama seperti orang murtad iaitu bunuh. Jika
penentang diketahui atau ditemui samada setelah selesai melakukan
pemberontakan atau tidak berupaya untuk meneruskan pemberontakan,
mereka tidak boleh diperangi kerana tiada lagi unsur penentangan dan
terpulang kepada pemerintah untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Selain itu, ada juga menyatakan bahwa memerangi Allah dan Rasul-
Nya adalah mengadakan kekacauan, menghilangkan ketentraman,
menentang hak-hak syara, pembalasan bagi orang-orang tersebut
adalah dibunuh atau disalib atau dipotong tangan kanan dengan
kaki kiri (tangan kiri dengan kaki kanan) atau diusir dari negerinya.
Dalam menentukan hukuman terhadap pemberontak, ulama-ulama telah
membahagikan kumpulan pemberontak kepada dua kategori, iaitu yang
berikut:-
I. Pemberontak yang tidak memiliki kekuatan senjata, dan tidak menguasai
daerah tertentu sebagai kawasan mereka - Pemerintah boleh
memenjarakan mereka sampai mereka bertaubat
II. Pemberontak yang menguasai suatu kawasan dan memiliki kekuatan
senjata - Pemerintah harus melakukan tindakan selaras dengan Surah Al-
Hujurat (49) Ayat 9. Pemerintah harus merayu kepada mereka untuk
mematuhi segala peraturan. Sekiranya kumpulan pemberontak tersebut
membalas dengan senjata, maka pemerintah boleh memerangi mereka.

Di samping Surah Al-Hujurat (49) Ayat 9, langkah tegas oleh pemerintah tersebut
juga berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah (2): 194.
Para fuqaha, termasuk Ibn Taymiyah, menyatakan bahawa hukuman
yang setimpal bagi pesalah tidak wajib seperti dalam jenayah lain
yang ditetapkan, seperti qisas. Oleh itu, apabila kumpulan
pemberontak tersebut melakukan pembunuhan, pencurian dan
jenayah rogol, mereka harus dikenakan dengan hukuman yang
selaras dengan jenayah yang dilakukan. Misalnya, apabila mereka
membunuh, mereka disabitkan hukuman qisas; apabila mereka
mencuri, tangan mereka dipotong; apabila mereka merogol, mereka
disabitkan hukuman zina.
Pemerintah, sekiranya ingin menghukum, hanya boleh menghukum
semasa peperangan. Ataupun apabila baghi ​mula membentuk kumpulan
militan dan menyediakan senjata dan artileri, pemerintah hendaklah
terlebih dahulu memerintahkan kumpulan itu dibubarkan dengan segera.
Namun sekiranya perintah tersebut diingkari maka pemerintah boleh
mengambil tindakan ketenteraan terhadap mereka. Menurut al-Mawardi,
pemerintah perlu terlebih dahulu memberi amaran kepada pesalah
berkenaan dengan kesan dan hukuman yang akan disabitkan terhadap
pesalah sekiranya pesalah meneruskan pemberontakan.
Al-Sarakhsi menjelaskan bahawa seorang baghi ​yang ditangkap oleh
pemerintah diberi peluang untuk mengaku melakukan jenayah dan berjanji
setia kepada pemerintah tersebut. Jika baghi ​enggan, maka pemerintah boleh
menjatuhkan hukuman mati kepada baghi.

Isu lain yang disentuh oleh al-Sarakhsi ialah penglibatan wanita dan hamba di
bawah jenayah baghy. Menurutnya, wanita dan hamba tidak dikecualikan
daripada hukuman mati jika mereka didapati bersalah melakukan jenayah
baghy. Dalam apa keadaan sekalipun, kebanyakan para fuqaha bersetuju
bahawa baghy adalah kesalahan berat, dan pesalah boleh dihukumkan
penjara atau mati.
Harta benda mereka tidak dirampas dan masih menjadi milik penentang
dan boleh diwarisi. Ia tidak boleh dijadikan sebagai harta rampasan
kerajaan atau cukai kepada negara.

Tambahan pula, ulama Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafie


berpendapat bahawa ia tidak wajib untuk menggantikan harta dan jiwa
yang terbunuh ketika terjadi peperangan senjata.
KES-KES
PEMBERONTAKAN
MALAYSIA

BRUNEI

INDONESIA

PAKISTAN
I) MALAYSIA
PENDAKWA RAYA v SHAHIDI BIN ALI DAN YANG
LAIN-LAIN
Tertuduh telah mengaku salah kepada tuduhan alternatif atas
kesalahan di bawah s 122 Kanun Keseksaan iaitu telah membuat
persediaan dengan niat untuk melancarkan peperangan terhadap Yang
di-Pertuan Agong dan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup
atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh
dikenakan denda. Peguam bagi pihak tertuduh berhujah agar hukuman
ke atas tertuduh dikurangkan kerana tertuduh tidak memainkan
peranan penting bagi peristiwa dalam kes ini.
Diputuskan, mengenakan hukuman penjara sepuluh tahun ke atas tertuduh:

(1) Dalam menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh, mahkamah mengambil kira dan
mengimbangi kepentingan awam dengan kepentingan tertuduh. Kesalahan di
bawah pertuduhan alternatif yang dilakukan oleh tertuduh adalah masih
merupakan satu kesalahan yang serius. Sungguhpun tertuduh bukan merupakan
salah seorang daripada perancang-perancang utama atau ataupun yang boleh
dianggap sebagai ketua atau pemimpin dalam kegiatan Pertubuhan Al-Ma'unah,
peranan dan penglibatan tertuduh menunjukkan bahawa semasa melakukan
kesalahan tertuduh sedar dan mempunyai niat untuk menentang, berperang dan
seterusnya menggulingkan kerajaan yang memerintah dengan cara yang
bertentangan dengan undang-undang. Mahkamah mendapati bahawa tertuduh
telah terlibat dalam membuat penyediaan yang rapi sama ada secara langsung atau
tidak langsung di dalam merealisasikan misi Pertubuhan Al-Ma'unah.
(2) Mahkamah telah memberi diskaun atau pengurangan terhadap
hukuman yang boleh dijatuhkan ke atas tertuduh sungguhpun
kesalahan yang dilakukan adalah serius. Sekiranya tertuduh tidak
mengaku salah di atas pertuduhan alternatif tersebut dan di akhir
perbicaraan di atas pertuduhan tersebut tertuduh disabitkan,
mahkamah tersebut tidak akan teragak-agak menjatuhkan hukuman
penjara yang lebih berat daripada tempoh sepuluh tahun.
Public Prosecutor v Atik Hussin bin
Abu Bakar and other cases [2016]
MLJU 968
“There are 29 cases involving 30 accused persons who were charged with various
offences under the Penal Code. On 27.6.2013, pursuant to an application by the
prosecution, with no objection by all the counsel for the accused persons, the then
presiding High Court Judge made an order for the 29 cases involving the 30 accused
persons to be jointly tried and, for security reasons, that the trial be held at the prison
complex, outside the prison, at Kepayan, Kota Kinabalu. A room at a community hall
at the prison complex was converted into a court room for this trial.”
“In the joint trial twenty one of the accused persons were charged under s.121 of the
Penal Code for waging war against the Yang di-Pertuan Agong (King) and under
s.130KA of the Penal Code for being members of a terrorist group. Five other accused
persons were charged under s.130KA of the Penal Code for being members of a
terrorist group. The 7th and 8th accused persons were jointly charged for attempting
to commit an offence under s.130KA read together with s.511 of the Penal Code. The
15th accused was charged under s.121, s.130KA, s.130E (for recruiting a person to be a
member of a terrorist group) and s.130K (for harbouring any person knowing he was
a member of a terrorist group) of the Penal Code.”
“In this case, similarly, it is an onerous task in exercising its discretion in
passing sentence under s.121 of the Penal Code. Although the 20th accused is
the Chief of Staff of the RSF whereas the 15th, 16th, 18th and 19th accused are
the Panglima of the RSF of the Sultanate of Sulu and North Borneo and
that some of the other accused had occupied Kg. Tanduo to claim Sabah by
force and they had waged war against the King, on the evidence adduced,
the key persons in the intrusion were Datu Agbimuddin, Hj. Musa and
Herman who actively recruited the members to come to claim Sabah by force
and in waging war against the King.”
“For the reasons I have given, I sentenced the 1st, 4th, 10th, 13th, 15th,
16th 18th 19th and 20th accused each to life imprisonment under s.121
of the Penal Code”.
II) REVOLUSI BRUNEI PADA TAHUN 1962
Pada 8 Desember 1962, pemberontakan ini adalah
daripada Negara Nasional Kalimantan Utara atau
NNKU yang di proklamsikan oleh pemimpin Partai
Rakyat Brunei yaitu Sheikh Azahari bin Sheikh
Mahmud atau di kenal dengan A.M. Azahari.
Wilayah Negara Nasional Kalimantan Utara
(NNKU) yang didakwa A.M. Azahari mencakupi
Brunei, Sabah, Sarawak. Pemberontakan ini
dilakukan dalam upaya melawan pemerintah
Inggris dan sultan, serta dalam rangka penolakan
gagasan tentang federasi Malaysia.
Para pemberontak melancarkan serangan ke rumah menteri dan pemerintah
serta balai polis. Mereka telah menyerang kilang minyak di Seria dan akhirnya
dapat menguasai ibu kota Brunei pada 17 Disember 1962 tetapi kemudian
mengalami kegagalan kerana pasukan dari kapal HMS Tiger dan HMS Albion
telah membuat pasukan pemberontak menyerah kalah.

Kemudiannya, operasi pembersihan dan penangkapan para pemberontak


dilakukan dan pada 18 Mei 1963 sebanyak 10 pemberontak telah tewas dan
ditangkap. A.M Azahari sebagai pemimpin Partai Rakyat Brunei melarikan diri
ke Filipina. Akhirnya Azhari melarikan diri ke Indonesia l dan wafat di
Indonesia.
III) INDONESIA
Pemberontakan Darul Islam adalah sebuah perang yang timbul antara 1949 dan
1962 oleh Negara Islam Indonesia, yang umum dikenal sebagai Darul Islam, untuk
membentuk negara Islam di Indonesia. Pemberontakan tersebut dimulai oleh
Sekarmadji Maridjan Kartosuwirjo, seorang mantan nasionalis Indonesia enggan
mengakui Republik Indonesia. Sehingga, ia memproklamasikan pendirian Negara
Islam Indonesia pada 7 Ogos 1949.
Kartosuwirjo memimpin perang Darul Islam melawan pemerintah Indonesia
selama 13 tahun sebelum ia ditangkap oleh Angkatan Darat Indonesia pada 1962
dan dihukum mati pada 1965. Setelah ditangkap, Kartosuwirjo mengeluarkan
perintah untuk para pengikutnya untuk menyerah, meskipun terdapat beberapa
pemberontakan masih ada di Sulawesi Tenggara sampai 1965.
IV) PAKISTAN
a) Pada 30 Januari 2023, kira-kira jam 1:30 petang, pengeboman berani mati telah
berlaku di dalam sebuah masjid di kawasan Peshawar, Khyber Pakhtunkhwa,
Pakistan. Penyerang meletupkan bom semasa solat Zuhur, yang
mengakibatkan 101 orang terbunuh dan mencederakan lebih 220 yang lain,
tujuh daripadanya berada dalam keadaan kritikal. Berikutan serangan itu,
Omar Mukaram Khurasani, emir puak Jamaat-ul-Ahrar sekarang dan ahli
majlis pimpinan Tehrik-e-Taliban Pakistan (TTP), mengaku bertanggungjawab
atas pengeboman itu dan beliau berkata bahawa pengeboman itu dilakukan
untuk membalas dendam kematian Omar Khalid Khorasani, abangnya yang
juga pengasas puak itu.[9] Sarbakaf Mohmand dari TTP Mohamand
mengesahkan bahawa nama penyerang itu ialah Huzaifa dan berumur 25
tahun.
b) Pada 19/12/2022, beberapa tahanan Taliban
Pakistan berjaya menewaskan pengawal di
pusat memerangi keganasan di barat laut
Pakistan dan merampas senjata polis serta
mengambil alih kawalan kemudahan
itu.Perampas pusat tahanan di Bannu,
daerah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa itu
turut menjadikan polis dan orang lain
sebagai tebusan di mana sekurang-
kurangnya 30 pejuang Taliban terbabit
dalam pengambilalihan itu, manakala
lebih 10 tebusan ditahan.
PERAMPASAN KUASA DI PAKISTAN
1) bekas Presiden dan pemimpin tentera Pakistan, Pervez Musharraf dituduh atas tuduhan
mengkhianat dan mencemarkan perlembagaan negara itu. Beliau telah merampas kuasa pada
tahun 1999 dan memerintah sebagai Presiden dan mengenakan undang-undang darurat pada
2007.
2) Beliau telah diadili oleh Mahkamah Anti keganasan dan telah dihukum bunuh atas
perlanggaran Perkara 6 Perlembagaan Pakistan.

Anda mungkin juga menyukai