Anda di halaman 1dari 2

Acapkali apabila isu kebebasan institusi kehakiman negara diketengahkan, akan terdapatlah di kalangan ahli UMNO/BN menjawab bahawa

konsep (kebebasan) ini merupakan konsep Barat. Malah, mereka juga telah turut berkata, Kita mempunyai konsep kita sendiri dan tidak perlu kita mencontohi Barat! Maka, mungkin inilah di antara sebab, mengapa orang Melayu Islam di negara ini tidak merasakan persoalan kebebasan institusi kehakiman sebagai satu isu yang perlu mereka pertahankan. Ianya datang dari Barat dan tiada kena mengena dengan Islam. Begitulah tanggapan mereka. Namun, dari kisah di atas, amat jelas bahawa mengikut sistem pemerintahan Islam, hakim bebas dari pengaruh eksekutif. Dalam kisah yang dikemukakan, Saidina Ali yang merupakan Khalifah pada masa itu, berdepan dengan Syarieh, hakim Kufa dan terpaksa mengemukakan bukti untuk memenangkan tuntutan beliau. Walaupun Saidina Ali merupakan seorang Khalifah, namun hakim Syarieh terus mengikut peraturan dan perundangan, tidak menuruti sahaja tuntutan Saidina Ali. Kalau difikirkan secara rasional, sudah pasti dikatakan bahawa tidak mungkin Saidina Ali akan bercakap bohong atau Hasan dan Hussein memberi persaksian yang palsu. Namun undang-undang bukan mengikut individu yang dihakimi, yang mana jika orang tersebut dikenali, maka tiada bukti yang diperlukan, tetapi sekiranya tidak dikenali, maka bukti adalah perlu! Tidak juga berdasarkan pangkat di mana kalau Khalifah, maka mesti wala, thiqah dan taat padanya walau sebesar manapun isunya dan berikan sahaja keputusan yang dikehendakinya. Keadilan di sisi perundangan adalah berdasarkan prinsip perundangan yang sama adil dantidak mengambil kira siapa yang dibicara. Bukti bagi yang mendakwa dan sumpah bagi yang dituduh. Kebebasan institusi kehakiman seperti yang ditunjukkan dalam kisah di atas menjadi bukti keadilan sistem Islam. Ianya merupakan sesuatu yang amat janggal pada zaman itu sehingga menyebabkan orang Yahudi berkenaan memeluk Islam. Keadilan sememangnya akan hanya mampu ditegakkan oleh institusi kehakiman yang bebas, yang tidak dipengaruhi oleh pihak eksekutif atau kerajaan yang memerintah. Malangnya ummat Islam telah kehilangan kesedaran yang seperti ini. Mereka melihat soal kebebasan institusi kehakiman sebagai sesuatu yang tiada kena mengena dengan Islam. Oleh itu kerajaan-kerajaan negara ummat Islam dewasa ini tidak lagi menjadi contoh ataupun sebutan apabila membincangkan persoalan kebebasan institusi kehakiman. Malaysia sendiri adalah satu contoh yang jelas bagaimana institusi kehakiman telah dirosakkan oleh pemerintah yang tidak menghormati prinsip keadilan. Pengendalian kes pembunuhan Altantuya merupakan kes yang menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa. Awal-awal lagi diumumkan hanya pegawai polis yang dihadapkan kemuka pengadilan sahaja yang terlibat - tiada yang lain.

Akhirnya pegawai polis yang tidak mengenali Altantuya dan tiada sebab untuk membunuhnya telah didapati bersalah walaupun satu dunia tahu bahawa mereka ini tidak akan bertindak tanpa menerima arahan pihak atasan. Sejauh mana atas, tiada usaha untuk mengambil tahu. Begitu jugalah dengan kes berhubung DSAI. Semua tahu bagaimana pertuduhan ini langsung tidak masuk akal. Tidak mungkin seorang seperti DSAI, dengan umurnya yang meningkat dan keadaan kesihatan beliau yang terjejas, mampu memaksa dirinya ke atas pemuda yang bernama Saiful. Walaubagaimanapun, yang jauh lebih penting, telah pun jelas dari pemeriksaan doktor bahawa tidak ada bukti Saiful diliwat! Itu dengan sendirinya pun telah cukup untuk kes ini dibuang. Namun, atas sebab kepentingan politik dan campur tangan pihak eksekutif, ianya diteruskan dan DSAI terus menjadi buruan mereka. Ini mengakibatkan, taraf dan mutu penghakiman di Negara ini dilihat begitu rendah sehingga terpaksa dibuatnya memorandum oleh 50 orang Ahli Parlimen Australia meminta kes ini ditarik balik. Begitu juga kenyataan oleh mantan Perdana Menteri Canada dan yang terbaru ini, oleh Dr. Yusuf Qardawi sendiri. Dr Yusuf Qardawi sehingga telah menfatwakan sesiapa yang percaya kepada tuduhan terhadap DSAI adalah fasik dan golongan yang mengusahakan pertuduhan ke atas DSAI ini adalah munafik. Oleh yang demikian, ummat Islam Malaysia mesti memahami bahawa institusi hakim yang bebas adalah di antara prinsip pemerintahan Islam. Ianya merupakan satu prinsip yang perlu dipertahankan demi menjamin keadilan terlaksana. Melaksanakan keadilan adalah wajib dan ianya tidak mungkin terlaksana tanpa institusi kehakiman yang bebas. Oleh itu institusi kehakiman yang bebas merupakan satu kewajipan berdasarkan kaedah fiqh 'Sesuatu yang tidak terlaksana kewajipan kecuali dengannya, maka ianya adalah wajib'.

Anda mungkin juga menyukai