Anda di halaman 1dari 15

SP 5309

SISTEM KEHAKIMAN ISLAM

Definisi Kehakiman Bahasa 1. 2. 3. 4. 5. 6. Istilah 1. Ibn Rusyd Pelaksanaan sesuatu pemberitahuan hukum syara yg harus dilaksanakan 2. Ibn Abiddin Melaksanakan sesuatu hukum yang diputuskan melalui ijtihad 3. Al-Tahanawi Sesuatu keputusan oleh pihak berkuasa untuk meleraikan suatu perbelahan 4. Al Kafawi Memutuskan dan menyelesaikan permusuhan Rumusan system kehakiman islam sebagai kumpulan kaedah dan hukum hukum dari perundangan islam yang boleh menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak yang berbalah. Perundangan Kehakiman Institusi Kehakiman diperkukuhkan melalui 1. Al Quran Hai Daud sesungguhnya Kami menjadikan kamu sebagai khalifah (penguasa) di bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil. 2. Sunnah 3. Ijma Hukum Kehakiman Fardu Kifayah: Masyarakat Islam. Jika tidak ada, maka seluruh masyarakat berdosa Putusan Mencipta Perbuatan atau perlakuan Penunaian (Penyelesaian tugas) Pemberitahuan, penyelesaian, penyampaian dan penerangan Kebinasan

Hukum mengendalikan urusan kehakiman: a) Bagi mereka yang cukup syarat&layak WAJIB jika tidak orang lain. b) Jika ada yang layak tetapi dia lebih layak MANBUB baginya. c) Jika orang lain lebih layak MAKRUH. d) Jika tidak layak HARAM.

Hukum kehakiman ke atas pemerintah: Farduain. Dimestikan. Dibenarkan melantik orang lain. Hukum menerima perlantikan menjadi hakim: a) Beberapa orang sama taraf kelayakannya harus. DIGALAKKAN oleh ulama kerana sama seperti meletakkan sendiri ke dalam bahaya.

Hukum memohon jawatan kadi: a) Kebanyakan ulama MAKRUH b) Sebahagian ulama HARUS c) Ibnu Farhun WAJIB jika tidak ada yang lebih layak

Keperluan Kepada Kehakiman Permusuhan Pertikaian Perbalahan Persengketan

Perkembangan Kehakiman Islam 1. Zaman Nabi Muhammad SAW Sebelum Islam, masyarakat Arab menjadikan ketua kabilah sebagai hakim jika ada perbalahan dan pertikaian. Setelah kedatangan Islam (sebelum turun ayat-ayat), kehakiman dari penditapendita Yahudi (Kahin). Dari tarikh penurunan ayat-ayat, seluruh perhakiman orang-orang islam dikendalikan oleh Nabi Muhammad SAW. - termasuklah melatih sahabat baginda menjadi hakim - kuasa pemerintahan dan kehakiman tidak dipisahkan - Itad b Asid: gabenor Kota Makkah, Ali b Abi Talib : gabenor Yemen - Sayyidina Ali banyak menyumbang di dalam perhakiman Hadith Rasulullah: Tiga jenis Qadi - Qadi yang mengeluarkan keputusan yang salah sedangkan ia mengetahui keputusannya tidak betul: Qadi di Neraka - Qadi yang tidak mempunyai ilmu kehakiman, mengeluarkan keputusan and memporakperandakan masyarakat: Qadi di Neraka - Qadi yang mengeluarkan hukum yang betul : Qadi di Syurga 2. Kehakiman Islam di Zaman Khulafa al-Rasyidin (Umar b. al-Khattab dan Uthman b. Affan) Di zaman Abu Bakar dan beberapa tahun pertama dari pemerintahan Umar, kehakiman tidak dipisahkan dari kuasa eksekutif. Saidina Umar memisahkan kedua-dua kuasa tersebut. Di zaman Khalifa Umar, Sayyidina Ali secara tidak langsung sebagai pembantu khalifah masalah kehakiman. Khalifah Umar juga melantik dua sahabat nabi Abu Saib Yazid b Said & Zaid b. Thabit. Kes tutuntan nasab keturunan. Seorang budak lelaki hitam membuat dakwaan bahawa seorang perempuan ibunya. Perempuan bawa saksi bahwa dia tidak pernah berumahtangga. Perempuan membawa beberapa lelaki dari kawasannya sebagai saksi kerana mereka mengetahui dia tidak pernah berumah tangga. Budak lelaki dikenakan hukuman qadhf 80 sebatan. Sebelum hukuman, Sayyidina Ali mengesyorkan supaya budak lelaki mengahwini tersebut. Wanita itu menjerit tidak aku tidak akan mengahwini anakku Keluarganya memaksa dia mengahwini seorang negro. Lelakinya berjihad dan mati. Anaknya dipelihara oleh suku kaum lain.

Abu Maryam Iyas b. Subaih al Hanafi. Kes diajukan kepadanya mengenai tuntungan kewangan. Abu Maryam menyelesaikan kes tersebut dengan mengeluarkan wang tuntunan yang dibuat oleh pendakwa itu daripada wang miliknya. Khalifah Umar tidak senang hati dan menegur sikapnya sambil menyebut aku tidak pernah mengarahkan kamu memutuskan kehakiman dengan mengeluarkan wang ringgit kamu tetapi supaya kamu dapat mengadili apa sahaja kes pendakwaan yang diajukan kepada kamu dengan cara yang bijaksana dan tepat hukumnya. - Khalifah Umar berkata kepada Qadi Syuraih Engkaulah Qadi yang paling bijak mengeluarkan hukuman dan keadilan

Di zaman Uthman, mengekalkan Sayyidina Ali sebagai pembantu khalifah dalam masalah kehakiman Pembinaan banguna keadilan. Khalifah /Sayyidina Ali bin Abi Talib Tidak mahu menjadi imam tetapi menerima lantikan supava keadaan masyarakat tidak akan huru hara. Pengalaman yang luas di zaman khalifah sebelumnya. Dianggap sebagai yang paling bijak mengeluarkan hukuman berkaitan kehakiman. Memisahkan kuasa kepolisian dari kuasa kehakiman Menaikkan GAJI Qadi Shuraih ke 500 dirham kerana ramai anak.

3. Zaman Umayyah / Umawiyyah Pentadbiran Islam berpindah ke Baghdad. Setelah kewafatan semua khulafa al-Rasydin, Muawiyah sebagai ketua Negara Islam. Hakim harus berpengetahuan luas tentang al-Quran & al-Sunnah, berkewibaan melakukan ijtihad. Kehakiman bebas dari pengaruh politik. Pendaftaran kes & keputusan di dalam buku-buku khas. Berikutan dari tragedi pengingkaran keputusan satu kes pusaka. Hakim akhirnya terpaksa mengulang kembali perbicaraan kes dan terus merekodkannya ke dalam buku khas. 4. Zaman Abbasiyah Baghdad sebagai ibu kota. Khalifah Harun al-Rashid mencipta jawatan ketua hakim Negara Bdan kehakiman bebas dari badan pelaksana (eksekutif) Satu perubahan yang besar dan terpenting sekali ialah pertumbuhan & perkembangan prinsip bertaklidnya hakim kepada sebuah mazhab Maka ijtihad dalam skop sempit.

Khalifa mencuba campuri urusan-urusan hakim. Ulama menjauhkan diri dari jawatan Qadi Pendaftaran kes & keputusan satu KEMESTIAN. 5. Zaman Uthmaniyyah Menguasai dunia Islam lebih kurang 700 tahun. Kehakiman disatukan dengan kuasa eksekutif. Kehakiman dipengerusikan oleh Shaikh al-Islam, dibantu oleh dua hakim Mahkamah Tinggi, Qadi al-Askar. Terdapat juga kadi di mahkamahmahkamah rendah dan daerah. Zaman ini bercampur aduk sistem kehakiman Islam dan bukan Islam. Contoh: Mesir (sistem kehakiman berbilang-bilang) Kehakiman Syari (hukum fikah Islam) Kehakim Nizamiyyah (campuran, undang-undang asing) Kehakiman Ahliyyah (Adat) Dari undang-undang Perancis dipinda mengikut undang-undang Itali Kehakiman Milli (ugama) khusus untuk orang-orang bukan Islam. Berasal dari kepercayaan golongan bukan Islam. Kehakiman Qunsuli Pengadilan Negara-negara asing Berpunca dari toleransi. Akibatnya, system kehakiman islam menyimpang jauh dari kaedah system kehakiman Islam tulin.

Sistem Kehakiman di Zaman Klasik Khulafa al-Rasyidin mempunyai kuasa: pemerintahan penggubal undang-undang kehakiman

Contoh kehakiman independent Khalifah Umar b. al-Khattab melantik Syuraiah sebagai Qadi. Umar meminjam seekor kuda tunggangan untuk membuat penilian & percubaan sebelum membelinya. Setelah menaiki kuda tersebut, Khalifah Umar tidak bermnat untuk membelinya. Ketika memulangkan kuda tersebut kepada pemilik, kuda tercedera. Umar tidak mahu membayar. Kes tersebut diajukan kepada untuk perbicaraan di mana Qadi Shuraih sebagai hakim. Qadi Syuraih mendengar hujjah daripada kedua-dua belah pihak. Akhirnya Qadi Syuraih memutuskan supaya khalifa Umar membayar ganti rugi ke atas cacatan yang berlaku pada kuda itu. Qadi Syuraih berkata kamu bertanggungjawab untuk memulangkan kudanya itu sama keadaanya seperti kamu mengambil daripada tuannya Contoh Ali b. Abi Taib Peperangan antara penyokong-penyokong Mawiyah dan Ali. Baju besi Ali, dalam hatinya bercadang untuk dijual tetapi di dapatinya dipakai oleh seorang Yahudi. Sayyidina Ali cuba mendapatkan baju tersebut tetapi tidak berjaya dan mengadukan hal itu kepada Qadi Syuraih. Qadi Syuraih menyuruh Sayyidina Ali membuktikan dakwaan. Khalifah Ali membawa tiga orang saksi-khadamnya Qunbur dan dua anak lelakinya Hasan dan Hussain. Qadi Syuraih tidak menerima saksi Khalifah Ali kerana kedua-dua anaknya tidak boleh dijadikan saksi keran pihak yang membuat tuntutan ialah bapanya. Diriwayatkan Sayyidina Ali kalah dalam kes tersebut walaupun beliau khalifah. Bidangkuasa Kehakiman di Zaman Pemerintahan Abbasiyah Kehakiman di zaman ini lebih menyeluruh (comprehensive) Unit Hisbah unit khas mengawasi perniagaan: Tanda Harga Timbangan dan sukatan Menyelia (oversee) dan memantau(monitor) kebersihan pasar dan masjid. Mehnghalang orang meminum minum keras. Diketuai oleh seorang muhtasib Unit Mazalim diwan al-Mazalim: Kes-kes kezaliman (tyranny) Pegawai pegawai yang layak menjadi mazalim di lantik oleh menteri. Tetapi, mulai tidak mendapat kepercayaan rakyat khususnya setelah ibu kepada khalifah Abbasiyah al-Muqtadir keterlaluan dalam kehakiman ketika menasihati anaknya kerana beliau akan hadir bersama-sama dengan khalifah (anaknya).

Pegawai unit mazalim keterlaluan sehingga ada setengahnya membakar rumah soerang yang tidak membayar cukai tunah. Unit Kepolisian Melaksanakan keadilan di kalangan rakyat. Kes-Kes jenayah sivil dan politik untuk menjaga keamanan Negara. Sistem Kehakiman Islam di Zaman Moden Joseph Scahacht An Introduction to Islam Law - Kerajaan Uthmaniah atau Ottoman empire di Turki serius dlm undang-undang Islam. - Sultan-sultan zaman Uthmaniah lebih komited dibandingkan dgn Sultan2 Abbasiyah. Yang ketara sekali, Sultan Selim I & Sultan Suleiman I. - Ketua polis Negara di bawah bidangkuasa seorang qadi. - Kehakiman suatu unit pusat perkembangan dan latihan ulama berkalibar disegani (respected) dari segi tokoh keilmuannya. - Syeikh al-Islam, - Mufti Agung, pegawai tertinggi bertanggungjawab memantau dan mengawasi (oversee) perlaksanaan undang-undang syariah. - Juga, memastikan hakim2 mengeluarkan hukuman dgn mematuhi prinsip dan asas undang2 kehakiman Islam. - Mufti yang terkenal Mufti Abu al-Suud - Mufti Abu al-Suud memperkenalkan undang-undang pentadbiran dalam kerajaan Uthmaniyah. - Dia juga mengubahsuai undang-undang Tanah Eropah dengan peruntukan undang-undang wakaf Islam sehingga memperkenalkan institusi fiscal kebangsaan (tapu). - Berdasarkan prinsip mazhab Hanafi dan melahirkan period of prescription statute of limitation 15 tahun. - Sultan Mohemmed II sentiasa merujuk kepada prinsip dan undangundang syariah dalam upacara rasmi kerajaan dan ordinan kewangan, memperkenalkan dan melaksanakan hukuman tazir - Lebih baik dibandingkan dengan system kehakiman Eropah di kurun ke 16: UNIFORMITY. The Mejelle Ahkame Adliye Undang-undang Jenayah (siap 1850) dan undang-undang Sivil (1861) sebahagian daripada peruntukan yang di dalamnya diceduk daripada undangundang Eropah. Sebahagian besar daripada peruntukan undang-undang dan prinsip mazhab Hanafi berkaitan dengan muamalat di kodifikasikan.

INSTITUSI KEHAKIMAN ISLAM Mahkamah Pengadilan Biasa Pengadilan Hisbah Diwan Mazalim Mahkamah Tentera (zaman terakhir) Pengadilan Tahkim (dibentuk atas pilihan pihak2 yang bertikai) Mahkamah Mazalim 2 bahagian: Bidangkuasa urusan kehakiman: a) memeriksa, mengadili kezaliman oleh pemimpin dan kakitangan kerajaan b) mengawal urusan cukai, penganiayaan oleh pemungut cukai c) memeriksa jurutulis buku resmi perbendaharaan (treasury) yang menguruskan baitulmal dan pembahagian hak d) mengawasi, memelihara pentadbiran harta wakaf e) mengembalikan harta rampasan oleh pemimpin Negara kepada pemilkinya f) Kezaliman pekerja dengan keterlambatan / pengurangan gaji Bidangkuasa yang lebih mirip kuasa melaksanakan: a) melaksanakan hukuman mahkamah dgn menghadapi pihak terhukum yang lebih gagah dan berkuasa b) melaksanakan dan menguatkuasakan Wali Hisbah (guardian) c) mengawasi perlaksanaan ibadat-ibadat zahir Mahkamah Pengadilan Biasa a) menyelesaikan perselisihan dan memutuskan persengketan. b) Mencegah kezaliman dan mengembalikan hak kepada yang berhak selepas bicara c) Mentadbir harta mereka yang tidak layak mentadbir (kanak2) d) Melaksanakan wakaf (will?) seperti yang dikehendaki oleh pewasiat (testator) e) Menikahkan perempuan yang tidak mempunyai wali(guardian) dgn orang yng kufu f) Menjatuhkan & melaksanakan hukuman hudud

Mahkamah Pengadilan Hisbah 1) Memerintahkan pihak-pihak yang meninggalkan kebajikan untuk membuat kebajikan sama ada kebajikan itu berkaitan dengan: a) Hak Allah seperti suruhan sembahyang secara berjemaah b) Hak Manusia awam disegarakan pembayaran hutang c) HakAllah&manusia menyuruh wali menikahkan anaknya dgn orang yang kufu atas permintaan anaknya 2) Melarang orang yang melakukan kemungkaran sama ada berkenaan dengan: a) Hak Allah seperti penipuan harga barangan b) Hak manusia seperti penganiayaan (abuse) keatas jirannya c) Hak Allah dan manusia seperti melarang imam dari memanjangkan sembahyang

Secara ringkas tugas Wali Hisbah: a) Mengawal pedagang-pedagang dan pekerja-pekerja b) Mengawal hargan barangan & sukatan serta timbangan c) Mengawal ibadat d) Menjalankan tugas-tugas kehakiman e) Menjalankan tugas-tugas lain menggalakkan kebajikan & mencegah kemungkaran Mahkamah Tentera Terhad ke atas anggota tentera dan pekerja-pekerja di pasar tentera. a) membicarakan kesalahan & pertikaian di kalangan tentera & pekerjapekerjanya b) Membahagikan harta rampasan perang

Pengadilan Tahkim Perlantikan seorang hakim oleh dua atau lebih pihak yang bertikai atas persetujuan untuk menyelesaikan pertikaian yang terjadi di antara mereka. Hanya kes-kes hata, kontrak dan pertikaian.

ASAS-ASAS KEHAKIMAN ISLAM berdasarkan al-Quran dan al-Hadis menghendaki supaya umat Islam berlaku adil dlm setiap tindak-tanduk (actions) sesama manusia kaedah-kaedah umum al qawaid al-kulliyyah Antara kaedah-kaedah umum yang dijadikan asas kehakiman Islam ialah seperti berikut:

A. Al-Asl Baraat Al-Dhimmah - asas sesuatu hukum asalnya ialah dgn membebaskan seseorang daripada tanggungjawabkan sesuatu liability, kerana asasnya soerang islam melihat orang Islam lain sebagai saudara dan prasangka baik - seorang itu dianggap tidak bersalah atau melakukan kesalahan jenayah atau peraturan dan seseorang tidak boleh dipertanggungjawab untuk dikenakan sesuatu hukuman kecuali dibuktikan bersalah. B. Al-Bayyinah alla al-muddai wal yamin all man ankar Kesalahan yang sampai ke pengetahuan mahkamah hendaklah dibicarakan Khalifah Umar di dalam suratnya kepada Qadi Musa alAsyari Jadikanlah kaedah (method) dan prinsip Seorang dibenarkan membuat suatu dakwaan atau tuntutan sama ada dengan bahan bukti atau tidak. Dakwaan yang disertai dengan bahan bukit membolehkan mendapatkan hak tuntutan. Cara seperti ini dapat menghapuskan sangka buruk ke atas pihak yang membuat tuntutandan cara ini seolah-olahnya seperti memberi jalan terang kepada orang yang buta. Qadi Syuraih mendengar kes seorang lelaki yang membuat tuntutan tentang sebuah rumah yang dalam jangkaannya diberikan kepadanya oleh seorang secara hibah (gift). Qadi Syuraih menghendaki lelaki tersebut mengemukakan buktinya. Qadi Syuraih membuat kenyataan, sesiapa sahaja yang membuat tuntutan dalam kehakiman, hendaklah mengemukakan bukti bahawa barang tuntutan itu adalah jelas miliknya. Hujah (argument) tuntutan dalam sesuatu kehakiman diibaratkan(like) sebagai penyakit dan saksi-saksi itu diumpamakan seperti ubatnya. Majoriti fuqaha Islam mengharuskan perbicaraan tanpa kehadiran defenden. Hakim bertanggungjawab mendengar hujah pihak yang kena tuduh supaya tertuduh dapat mempertahankan diri. Lima Perkara Nescaya (compulsory) oleh Khalifah Umar: i. Bukti daripada kedua-dua pihak ii. Pihak yang miskin, dekatilah sehingga boleh bertutur (talk)& berani hatinya iii. Jgn penjarakan lama supaya pihak dapat menunaikan keperluan hidupnya dan kembali ke keluarganya.

iv. v.

Batalkan tuntutan oleh pihak yang menuntut selagi dia tidak setuju Kedamaian cara yang baik untuk menyelesaikan perbalahan.

Hak-hak Individu Yang Digariskan Islam Allah menciptakan hak dan kewajipan tertentu supaya manusia dapat dijaga & dipelihara Lima perkara asas yang mesti dipelihara & dijaga: a) Agama b) Akal & daya fikir c) Kehormatan dan harga diri (Nyawa) d) Harta Kekayaan e) Keturunan 1. PERSAMAAN HAK (Al-Musawah) Islam tidak membezakan dan mediskriminasikan seseorang berdasarkan kepada bangsa keturunan, warna kulit & sebagainya. Khalifah Umar al-Khattab pernah melaksanankan dasar persamaan ketika melaksanankan kehukuman. Seorang muallaf Jablah b. al-Ahaim memeluk Islam setelah pengisythiran pembebasan negeri Syam. Ketika beliau menunaikan Haji, seorang Arabi menyebabkan baju dipakainya rosak. Jablah marah lalu, menamparnya. Orang Arabi mengadukan hal tersebut keapda Khalifah Uma.r. Umar mengenakan qisas. Jablah bertanya kenapa beliau dikenakan hukuman yang sama sedang ia seorang bangsawan. Khalifah Umar menjawab bahawa Islam menyamakan kedudukan mereka berdua. Sayyidina Abu Bakar dan Khalifah Uthman berdua pernah menampar orang dan dikenakan qisas walaupun akhirnya dimaafkan oleh ahli keluarga mangsa. Semua daripada kes tersebut menggambarkan bahawa para khulafa al-Rasyidin telah melaksanakan tugas kehakim melalui prinsip persamaan hak tanpa membezakan khalifah, pegawai, pekerja, orang Arab (atau bukan). 2. KEBEBASAN BERAGAMA DAN MENGELUARKAN PENDAPAT Tiada paksaan dalam agama surah al-Baqarah:256 Diriwayatkan oleh Khulafa al-Rasyidin, Khalifa Umar berjaya membebaskan Bait alMadis dan berjalan-jalan dan bersiar-siar di Bait al-Maqdis dan memasuki gereja alQiyamah. Sampai waktu sembahyang, Paderi Patrick Cefrinious mempelawa Umar supaya dapat mendirikan sembahyang di dalam gereja itu tetapi Khalifah Umar menolak pelawaan itu dan bersembahyang di luar gereja. Selesai sembahyangnya, Khalifa Umar telah mengajak hamba Abdinya yang beragama Nasrani supaya dapat memeluk agama Islam tetapi hamba abdinya itu tidak mahu. Lalu Khalifa Umar membebaskannya sebagai seorang hamba dan kata kepadanya pergilah ke mana yang kamu suka

3. PEMBEBASAN DIRI DARIPADA PERHAMBAAN Khalifah Umar al-Khattab membuat pengisytiharan (declaration) bagaimana pemebebasan diri daripada perhambaan patut dilakukan semasa governor Mesir adalah Amr b. al-As. Seorang lelaki Mesir mengadu kepada Khalifa Umar yang anak lelaki Amr b. al-As telah memukulnya atas perselisihan faham mengenai seekor kuda. Orang Mesir itu memperkenalkannya yang beliau adalah anak lelaki al-Akramin. Khalifah Umar telah memanggil kedua-dua pemuda tersebut. Anak Amr b. Al-As telah diarahkan supaya memukul lelaki Mesir yang dikenali sebagai ibn alAkramin dan lelaki tersebut telah melakukannya. Kemudian dia diarahkan supaya dapat memukul kepala bapanya tetapi dia enggan. Maka diriwayatkan orang yang menuntut dakwaan itu berkata, sesungguhnya aku telah memukul siapa yang memukulku. Kemudian umar berpaling kepada Amr b. al-As dan berkata wahai Amr b. alAs daripada bila kamu telah menghambakan manusia sedangkan mereka telah dilahirkan merdeka dan bebas. Khalifah Umar dirawayatkan telah mengenakan hukuman tazir ke atas mereka yang zalim dan tidak berperikemanusiaan terhadap hamba abdinya seperti memukul atau melukakan sehingga Khalifah Umar menyuruh mereka supaya dapat memerdekakan hamba abdinya. Hamba abdi sudah tidak wujud tetapi hubungan tuan rumah dgn pembantu rumah hendaklah bersefahaman dan peri kemanusiaan. 4. HAK MENDAPATKAN PENDIDIKAN DAN PELAJARAN Ayat-ayat Quran jelas menggambarkan terdapat perbezaan di antara orang yang berilmu dgn orang yang tidak berilmu. Nabi jelas menyuruh orang Islam menuntut ilmu seperti sabdanya yang bermaksud, Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang Islam Khalifah Umar menggesa orang-orang islam sentiasa mendekat diri dengan membaca al-Quran kerana ia sumber segala ilmu. Agama Islam dirobohkan melalui tiga perkara: i. seorang alim&berilmu yang tergelincir ii. perdebatan dgn orang munafiq (hypocrite) tentang kitab suci alQuran iii. para pemimpin yang sesat dan menyesatkan orang lain.

5. KEBEBASAN BEKERJA DAN MENCARI NAFKAH Ayat al-Quran jelas menyuruh orang Islam supaya bekerja kerana setiap kerja yang dilakukan itu disaksikan oleh Allah (s.w.t) Pekerjaan berniaga merupakan sebaik-baik pekerjaan kerana ia merupakan kerja para Nabi. Khalifah umar pernah berkata Biarkan aku merasa susah untuk mendapatkan kurniaan Allah di bumi adalah lebih baik dan lebih aku sukai daripada berjuang dan jihad di jalan Allah kerana Allah akan mengutamakan mereka yang berusaha membanting tulang untuk mendapatkan rezeki halal daripada berjihad di jalan Allah 6. HAK MEMILIKI HARTA KEKAYAAN Ayat al-Quran, Janganlah kamu memakan harta-harta mereka dengan cara yang tidak diridai Allah kecuali ia dilakukan melalui perniagaan di kalangan kamu (al-Nisa:29). Para fuqaha, Seseorang itu tidak boleh mengambil harta kepunyaan orang lain tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara dan seseorang itu juga tidak boleh membelanjakan harta dimiliki orang lain kecuali diizinkan oleh pemilik harta itu 7. KEADILAN MASYARAKAT DAN KEADILAN SOSIAL Prinsip penting untuk menjamin masyarakat Islam terpelihara mengeluarkan zakat. Khulafa al-Rasyidin menyuruh para pegawainya membantu orang-orang miskin, lemah dan kanak-kanak. Khalifah Umar mengarahkan Baitulmal memberi bantuan kepada orang-orang tua yang lemah dan sakit dengan tidak membezakan yang tua lemah dan sakit itu Islam atau bukan Islam. Khalifah Umar melakukan lawatan ke rumah seorang wanita tua yang buta pada setiap malam dan duduk bersamanya dan membantu menyediakan makanan yang diambil daripada baitulmal. Khalifah Umar juga mengeluarkan arahan bahawa kanak-kanak yang baru dilahirkan dan memerlukan susu ibu telah disediakan peruntukan khusus diambil daripada baitulmal.

ASAS-ASAS MAQASID SYARIAH DALAM ISLAM Sumber penting yang biasa kita sebut ialah al-Quran dan al-hadith yang dianggap sebagai sumber terpenting kerana di dalamnya terkandung segala khazanah (treasure) ilmu Islam. Ayat-ayat yang berkaitan dengan undang-undang hanyalah sekitar dua ratus daripada 6666. Ilmu maqasid syariah diambil dari pemikir-pemikir ilmu usul al-fiqh. Imam Shafie dianggap sebagai arkitek ilmu-ilmu Islam. Bukunya yang amat terkenal dijadikan rujukan oleh para ilmuan timur dan barat ialah al-Risalah Imam Abu Ishak al-Shabiti Ibrahim b. Musa al-Gharnati al Maliki dari Afrika utara mengarang al-Muwafaqat yang membahaskan rahsia-rahsia di sebalik penciptaan undang-undang Islam yang membincangkan lima perkara asas; i) agama ii) nyawa iii) akal iv) Nasab Keturunan v) Harta Benda Penjagaan lima asas kehidupan di atas, asas ketenteraman sebuah masyarakat. Objektif-objektif Syariah yang diciptakan adalah berkisar (revolve) dalam tiga asas penting kehidupan seseorang dan masyarakat: i) Objektif yang bersifat asasi/fundamental (daruriyah) - membangunkan kebajikan awam dalam kehidupan beragama dan kehidupan di dunia tidak boleh dilakukan jika objektif asasinya itu tidak selaras dgn kebajikan awam yang sepatutnya konsisten. - Agama dan dunia perlu dibangunkan seiring. - Contoh: penjagaan agama dua kalimah syahadah sembahyang mengeluarkan zakat menunaikan Haji - Contoh: penjagaan nasab keturunan & harta benda i. ii. iii. ii) Makan, minum Pakaian Tempat tinggal

Objektif yang disifatkan sebagai suatu keperluan (hajiyah) - suatu jalan keluar untuk melakukan suatu perkara asasi dalam hidup manusia di mana keperluan tidak akan mencapai maksudnya kecuali dengan melakukan jalan keluar yang telah ditunjukkan oleh agama.

- Contoh: ibadat, Islam telah memberi kelonggaaran sehingga diharuskan mencari jalan keluar ketika sakit - Jenayah islam, seorang pembunuh, diharuskan tidak dikena balas bunuh sekiranya waris mangsa memaafkannya. Jln keluarnya, membayar diyat, 100 ekor unta iii) Objektif yang dianggap sebagai keperluan tambahan (tahsiniyah) - mengambil adat budaya yang positif untuk dijadikan sebagai perhaisan diri atau dikenali sebagai kemuliaan berakhlak (moral dignity). - Contoh: membersihkan diri, menutup aurat, melakukan sedekah, larangan perniagaan yang tidak halal.

Jika ketiga-tiga perkara dapat dilakukan maka sempurnalah sifat seorang manusia dan sempurnalah juga sifat sesebuah Negara.

Anda mungkin juga menyukai