Anda di halaman 1dari 33

AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)

 Menurut istilah kalimah Ijarah bermaksud:


Bayaran yang diberikan kepada orang yang
melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran
kepada apa yang dilakukannya.
 Menurut istilah Fuqaha’: Ijarah ialah
kontrak untuk mendapatkan khidmat
(manfaat) tertentu yang boleh dibayar
dan dihalalkan dengan barangan tetentu.
 Atau : Pemindahan hak milik sesuatu
khidmat (manfaat) dan dibayar
dengan suatu barangan.
1
DALIL
PENSYARIA’TAN
AL-IJARAH
 Firman Allah s.w.t “Jika mereka
menyusukan anak untuk kamu, maka
berikanlah kepada mereka
upahnya” (Al-Talaq: 6)
2
 Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan
selainnya daripada A’isyah (hadis hijrah yang
panjang). Dalam hadis tersebut A’isyah r.a
berkata: “Nabi s.a.w dan Abu Bakar menupah
seorang lelaki Bani al-Dail daripada Bani Abd bin
A’ddi, seorang penunjuk jalan yang mahir dan
masih menganut agama kafir Quraisy. Nabi s.a.w
dan Abu Bakar mempercayainya dan
menyerahkan dua ekor unta tunggangan mereka
kepadanya. Mereka berjanji untuk bertemu
dengannya di gua Thur selepas tiga hari. Pada
hari ketiga, lelaki itu datang bersama unta
tunggangan mereka dan mereka berangkat”
(Riwayat al-Bukhari no.2144)
3
 Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w
bersabda yang bermaksud: “Allah Taala
berfirman; Ada tiga orang yang akan aku
musuhi pada hari kiamat. Lelaki yang
memberi sesuatu dengan
menggunakan namaku tetapi kemudian
mengkhianatinya. Lelaki yang menjual
lelaki merdeka dan dia makan
hasilnya. Lelaki yang mengupah
seorang upahan dan setelah
menggunakannya dia tidak membayar
upahnya” (Riwayat al-Bukhari no. 2150)
4
RUKUN AL-IJARAH
(KONTRAK SEWA)

Sighah
Kontrak Manfaat

Pihak yang
Bayaran
mengikat
sewa atau
kontrak
upah
5
SYARAT-SYARAT SAH AL-IJARAH
(KONTRAK SEWA)
Pertama: Pihak yang mengikat kontrak;
a) Layak untuk mengikat kontrak disisi
syarak, iaitu baligh dan berakal.
b) Bukan orang yang dihalang daripada
menggunakan hartanya.
c) Pilihan sendiri : Tidak dipaksa

* Kontrak ini hanya sah jika membabitkan


orang yang mempunyai kuasa keatas
dirinya dan hartanya
6
Kedua: Sighah kontrak (ijab dan qabul);
a) Mesti selari
b) Tidak wujud jurang masa yang lama.
c) Tidak bersyarat.

Ketiga: Manfaat ;
a) Mestilah mempunyai nilai menurut syara’
dan uruf.
b) Mampu diserahkan.
c) Dapat diperolehi / digunakan oleh
pengupah.
d) Mestilah dimaklumi oleh kedua-dua belah
pihak dari segi barangan, sifat dan kadarnya.
7
Keempat: Bayaran sewa atau
upah;
a) harus dimaklumi (diketahui) oleh
kedua-dua belah pihak ; banyak, jenis
dan sifatnya.
b) Suci menurut syara’
c) Boleh dimanfaatkan.
d) Mampu diserahkan.

8
JENIS DAN SYARAT
PENYEWAAN
Terdapat 2 jenis kontrak sewa :

1. Sewa barangan: Sewa yang


membabitkan perkhidmatan yang
diperolehi daripada barangan tertentu.

2. Sewa jaminan: Sewa yang


membabitkan perkhidmatan yang
diperolehi melalui jaminan pemilik.
9
SYARAT SEWA BARANGAN
1. Barangan yang disewa mestilah
ditetapkan.
2. Barangan yang disewa mestilah wujud
dan dipamerkan di hadapan kedua-
dua pihak ketika memeterai kontrak
sewa.
3. Penggunaan khidmat (manfaat)
barangan tersebut tidak ditangguh
selepas kontrak dimeterai.

10
SYARAT SEWA JAMINAN

1. Bayaran sewa adalah serta-


merta dan diserahkan dalam
majlis kontrak.
2. Spesifikasi barangan yang
ditawarkan perkhidmatan itu
hendaklah dinyatakan dengan
jelas.

11
HUKUM KONTRAK SEWA
 Apabila kontrak sewa memenuhi rukun
dan syarat yang ditetapkan, kontrak
tersebut sah dan segala hukum
berkaitan akan terpakai sebaik sahaja
kontrak dimeterai.
1. Hak milik penyewa terhadap khidmat
yang disewa disahkan dan penyewa
berhak menggunakannya.
2. Hak milik sewaan terhadap bayaran iaitu
bayaran bagi perkhidmatan yang
diserahkan kepada penyewa pada masa
kontrak disahkan. 12
Jika barangan yang disewa rosak
selepas sebahagian khidmatnya
sahaja digunakan, beberapa perkara
perlu dilihat:

 Jika bahagian yang telah digunakan


pada kebiasaannya boleh
dimanfaatkan, pemilik berhak
memperolehi bayaran sewa bagi
bahagian yang telah digunakan.
13
Contohnya, penyewa menyewa sebuah
kereta untuk membawanya ke suatu
tempat lalu kereta ini rosak sebelum
tiba, pemilik berhak memperolehi
bayaran sewa untuk jarak yang
telah dilalui hanya jika penyewa
boleh meneruskan perjalanan dari
tempat tersebut tanpa perlu
bersusah payah, atau pun penyewa
mempunyai urusan tertentu di
tempat tersebut.
14
 Jika khidmat (manfaat) daripada bahagian
yang digunakan biasanya tidak boleh
dimanfaatkan.

Contohnya, tempat kereta tersebut rosak


biasanya bukan tempat tuju atau sukar
untuk meneruskan perjalanan dari tempat
tersebut, pemilik tidak berhak
memperolehi walau sedikitpun
bayaran sewa.

15
HAK MENGGUNAKAN
PERKHIDMATAN
 Penyewa berhak menggunakan
sendiri khidmat tersebut atau
diserahkan kepada orang lain.
 Jika penyewa menyewa sebuah rumah,
dia berhak mendiaminya bersama-sama
orang lain atau membenarkan orang lain
mendiaminya dengan cara pinjaman atau
sewa.

16
TANGGUNGJAWAB KE ATAS
BARANG SEWAAN
 Orang yang memegang barangan
sewaan dianggap sebagai pemegang
amanah. Oleh itu dia tidak perlu
menanggung segala kerosakan atau
kecacatan yang berlaku pada
barangan tersebut. Sama ada ia berlaku
ketika khidmat barangan tersebut
digunakan, sebelum atau selepasnya.

17
 Sebarang kerosakan atau kecacatan pada
barangan yang disewa tidak akan
ditanggung oleh penyewa selagimana ia
bukan berpunca daripada salah laku
atau cuai ketika menggunakannya.
 Contohnya, apabila penyewa menyewa
sebuah rumah kediaman dan dia
mendiaminya. Rumah ini kemudiannya
terbakar berpunca daripada alat memasak
yang biasa digunakan di dalam rumah dan
bukan kerana kecuaiannya. Dalam
keadaan ini, penyewa tidak perlu
bertanggungjawab dengan sebarang
kerosakan akibat kebakaran tersebut. 18
 Namun demikian, jika kebakaran
berlaku bukan disebabkan oleh apa
yang biasa berlaku di dalam rumah
kediaman.
Contohnya, penyewa membuat
pembakaran untuk perusahaan besi
atau sebagainya.
Dalam keadaan ini, penyewa perlu
bertanggungjawab kerana dia
menyalahgunakan rumah tersebut
lain daripada tujuan asal
19
 Begitu juga penyewa perlu
bertanggungjawab jika dia
menggunakan barangan sewaan di luar
tempoh sewaan, atau dia tidak
menggunakannya tetapi tidak menyerahkan
semula kepada pemiliknya.
 Namun jika penyewa tidak menggunakan dan
berlaku sesuatu sebelum sempat dia
memulangkannya atau sebelum sempat dia
melepaskan hak antaranya dengan
pemiliknya, dia tidak perlu
bertanggungjawab. Hukum ini disamakan
dengan hukum kerosakan sebelum tempoh
sewa tamat kerana ketika itu dia tidak
dipertanggungjawabkan.
20
PENAMATAN KONTRAK
SEWA

Pembatalan Penggunaan
kontrak barang sewaan
berakhir
21
PEMBATALAN KONTRAK
 Kontrak ini hanya boleh dibatalkan
kerana sesuatu sebab. Apabila
dibatalkan, kontrak tersebut dianggap
tamat.
SEBAB YANG MEMBATALKAN
KONTRAK:
1. Barangan yang disewa rosak.

22
 Jika penyewa menyewa sebuah rumah atau
kereta dan kemudian rumah tersebut musnah
atau kereta tersebut rosak sebelum ia
digunakan, kontrak tersebut terbatal. Ini
kerana khidmat barangan tersebut yang
menjadi subjek sewaan tidak lagi boleh
digunakan.
 Jika kontrak sewa ialah kontrak sewa jaminan.
Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta
yang dinyatakan sifat-sifatnya secara jaminan
pemilik supaya dia dihantar ke sesuatu tempat,
dan kereta tersebut dibawa kepada penyewa
tetapi kemudiannya rosak atau cacat, kontrak ini
tidak terbatal. Sebaliknya pemilik perlu
menggantikannya dengan kereta lain, sama ada
kerosakan berlaku sebelum atau selepas
khidmat tersebut digunakan.
23
2. Barangan sewaan tidak diserahkan pada
masa yang ditetapkan.
Bagi kontrak sewa yang membabitkan
barangan sewaan dan khidmatnya ditetapkan
hanya untuk tempoh tertentu, apabila tempoh
ini tamat dan pemilik masih tidak menyerahkan
barangan sewaan yang ditetapkan, kontrak
tersebut terbatal. Ini kerana barangan tidak
dapat diserahkan pada masa yang
ditetapkan.
Hukum yang sama berlaku kepada kontrak
sewa jaminan, sekiranya pemilik tidak
menyerahkan khidmat yang dipersetujui pada
masa yang ditetapkan.
24
SEBAB YANG TIDAK MEMBATALKAN
KONTRAK:
1. Kontrak sewa tidak terbatal hanya kerana
barangan yang disewa tidak lagi menjadi
milik pemilik.
2. Kontrak sewa juga tidak terbatal hanya kerana
salah satu pihak, sama ada pemilik atau
penyewanya meninggal dunia, mahupun
kedua-duanya sekali.
3. Kontrak sewa tidak terbatal jika berlaku
sesuatu yang tidak membabitkan
barangan yang disewa.

25
PENGGUNAAN BARANGAN
SEWAAN BERAKHIR
 Kontrak sewa berakhir dari segi hukumnya
apabila khidmat barangan tersebut selesai
digunakan.
 Jika khidmat diukur melalui kerja yang
dilakukan, kontrak tersebut tamat sebaik
sahaja kerja tersebut selesai.
 Jika khidmat diukur mengikut masa,
kontrak tersebut tamat apabila tamat
masa yang ditetapkan.
26
KHIYAR DALAM KONTRAK
SEWA
Khiyar Majlis atau Khiyar Syarat
 Dalam kontrak sewa tidak wujud khiyar
majlis atau khiyar syarat kerana kontrak
sewa termasuk di antara kontrak yang
berisiko. Ini kerana ia membabitkan
barangan yang tidak wujud ketika kontrak
iaitu perkhidmatan. Walau bagaimanapun
ia tetap dibenarkan bertujuan
memudahkan orang ramai.
27
Khiyar cacat (aib)
 Khiyar aib wujud dalam kontrak sewa
barangan. Apabila berlaku sesuatu
kecacatan kepada barangan yang disewa
dan memberikan kesan yang ketara
kepada nilai khidmat yang ditawarkan,
penyewa boleh membuat pilihan sama ada
meneruskan sewaan atau
membatalkannya.
 Walau bagaimanapun, khiyar aib tidak
wujud dalam kontrak sewa jaminan.

28
PENGAKUAN
BERBEZA ANTARA
PEMILIK DAN
PENYEWA DALAM
KES PEMULANGAN
ATAU KEROSAKAN
29
1. Dakwaan rosak
Jika barangan yang disewa rosak atau cacat
dalam tangan penyewa dan penyewa
mendakwa dia tidak menyalahgunakannya,
sebaliknya ia disebabkan oleh bencana alam
iaitu sebab yang di luar kehendaknya, ataupun
ia disebabkan oleh faktor yang dibenarkan oleh
penggunaan biasa.
Sementara pemilik pula mendakwa ia berlaku
disebabkan oleh salah guna penyewa akibat
penggunaan yang berlebihan atau kecuaian
atau tidak menjaga barangan yang disewa
dengan baik.
30
 Dalam kes ini pengakuan yang akan
diterima ialah pengakuan penyewa dan
diperakui selepas dia bersumpah.
Ini kerana pemilik membuat dakwaan wujudnya
salah guna sementara penyewa menafikannya
dan mendakwa penyalahgunaan tidak wujud.
 Jadi mengikut hukum asal, salah guna tidak
wujud dan tiada siapa yang
dipertanggungjawabkan. Dengan ini, pengakuan
yang diterima ialah dakwaan asal yang disokong
oleh sumpahnya.

31
2. Dakwaan pemulangan.
Jika pemilik dan penyewa berbeza pengakuan.
Contohnya, penyewa mendakwa dia telah
memulangkan barang yang disewa kepada
pemilik, namun pemilik menafikannya dan
berkata: Anda tidak pulangkan kepada saya.
 Pengakuan pemilik akan diterima jika
disokong oleh sumpah. Ini kerana penyewa
memegang barangan yang disewa untuk
mendapatkan khidmatnya. Pada asalnya tiada
sebarang pemulangan dan penyewa adalah
orang yang mendakwa.

32
Dengan ini, pengakuan yang
diterima ialah pengakuan orang
yang menafikannya dengan
disokong oleh sumpah.
Jadi pengakuan pemilik akan diterima
kerana dia menafikan wujudnya
pemulangan dan dakwaannya ini
sesuai dengan hukum asal iaitu
pemulangan tidak dilakukan.

33

Anda mungkin juga menyukai