Anda di halaman 1dari 20

PERWAKILAN (WAKALAH)

• Menurut bahasa: Menyerahkan


sesuatu
• Maksud wakalah menurut ulama fiqh:
Penyerahan sesuatu kerja yang perlu
dilakukan dan boleh diwakilkan
kepada pihak lain menggunakan lafaz
tertentu untuk dilaksanakannya
dalam tempoh hayatnya.
DALIL PENSYARI‘ATAN WAKALAH

1. Al-quran
Firman Allah s.w.t: “Dan jika kamu
bimbangkan perpecahan diantara
mereka berdua (suami isteri) maka
lantiklah orang tengah (untuk
mendamaikan mereka, iaitu) seorang
dari keluarga lelaki dan seorang dari
keluarga perempuan” (Al-Nisa: 35)
2. Sunnah
i. Hadis yang diriwayatkan oleh ulama
sejarah Rasulullah s.a.w melantik
Amru bin Umayyah al-Dhamri r.a
sebagai wakil dalam pernikahan
Baginda dengan Ummu Habibah,
Ramlah binti Abu Sufyan r.a
ii. Hadis riwayat Urwah al-Bariqi r.a
katanya: “Rasulullah s.a.w menyerahkan
kepada saya satu dinar untuk membeli
seekor kambing. Saya berjaya membeli
dua ekor kambing menggunakan wang
tersebut. Lalu saya jual seekor dengan
harga satu dinar kemudian saya
bawakan kambing dan satu dinar tadi
kepada Nabi s.a.w. Urwah menceritakan
kepada Baginda apa yang dilakukannya
dan Baginda bersabda: Semoga Allah
memberkati urusan yang engkau
lakukan” (Al-Bukhari no.3443. al-Tirmizi no.1258)
HIKMAH PENSYARI‘ATAN
• Allah s.w.t mencipta manusia dengan bakat dan
kebolehan yang berbeza-beza. Allah juga
memberikan mereka rezeki yang melimpah ruah
dan mudahkan jalan untuk mereka memperolehi
hasil pendapatan dan sumber rezeki.
• Kebanyakan manusia sedikit sebanyak
memerlukan bantuan orang lain dan perlu
mengambil kesempatan daripada pengalaman
mereka.
• Oleh itu, melantik wakil adalah perlu untuk
memenuhi keperluan manusia dan memudahkan
urusan mereka. Amalan ini juga penting bagi
meringankan beban mereka.
HUKUM WAKALAH
• Perwakilan dibenarkan oleh syarak. Ia pada
dasarnya adalah harus.
• Ia juga boleh menjadi sunat jika ia bertujuan
membantu orang lain.
• Ia menjadi makruh jika dilakukan untuk tujuan
membantu perkara yang makruh.
• Begitu juga ia menjadi haram jika dilakukan
untuk tujuan yang diharamkan.
• Sebaliknya ia boleh menjadi wajib jika perkara
yang diwakilkan perlu bagi mengelakan
kemudaratan terhadap pewakil.
RUKUN-RUKUN WAKALAH

Wakalah (perwakilan) membabitkan empat


rukun iaitu:
Pewakil (muwakkil)
Wakil

Lafaz Kontrak (sighah)

Perkara yang diwakil


PEWAKIL (MUWAKKIL)

• Pewakil ialah pihak yang meminta bantuan


orang lain untuk melakukan beberapa
urusan bagi pihaknya.
• Pewakil disyaratkan mestilah seorang
yang dibenarkan menguruskan
secara langsung perkara yang
diwakilkan, sama ada sebagai pemilik
atau sebagai penjaga.
WAKIL
• Wakil adalah pihak yang akan menjalankan
sesuatu urusan bagi pihak orang lain dengan
kebenaran pihak tersebut.
Wakil mestilah memenuhi beberapa syarat:
1. Mestilah seorang yang dibenarkan
menjalankan urusan yang diserahkan
kepadanya.
2. Mestilah ditentukan secara khusus.
3. Mestilah seorang yang adil jika dilantik
sebagai wakil hakim atau wali bagi urusan jual
beli orang dibawah jagaan mereka
LAFAZ KONTRAK
1. Pewakil mestilah mengeluarkan lafaz
menunjukkan dia bersetuju dengan
pelantikan wakil tersebut, sama ada
secara langsung atau tidak.
Contoh lafaz secara langsung “Saya wakilkan
anda untuk menjual rumah saya” “Saya
serahkan kepada anda urusan penjualan rumah
saya”
Contoh lafaz secara tidak langsung “Ambillah
tempat saya dalam proses penjualan ini” “Saya
serahkan kepada anda”
2. Tidak disyaratkan lafaz penerimaan dari
wakil akan tetapi janganlah ada tanda-tanda
ia menolak.
PERKARA YANG DIWAKILKAN
• Perkara yang diwakilkan ialah urusan yang
akan dilakukan oleh wkail bagi pihak pewakil.
Perkara ini perlu mematuhi syarat-syarat
berikut:
1. Hak pewakil untuk menguruskan perkara
tersebut mestilah disahkan ketika
pelantikan.
2. Barang diwakilkan mestilah diketahui
walaupun dari beberapa aspek sahaja.
3. Perkara yang diwakilkan mestilah
dibenarkan.
GARIS PANDUAN WAKIL JUAL BELI
i. Wakil penjualan

• Apabila seseorang dilantik sebagai wakil


untuk menjual sesuatu, kuasa wakil
mungkin bersifat mutlak dan mungkin
terhad. Kedua-dua keadaan ini
membabitkan hukum yang berbeza:
Perwakilan Mutlak
• Wakil mutlak ialah wakil yang dilantik
untuk menjalankan urusan penjualan
tanpa sebarang syarat.
a. Jual beli hanya boleh dijalankan
menggunakan matawang tempatan
kerana amalan yang diguna pakai
dengan sendirinya menyekat kebebasan
mutlak ini.
b. Jual beli tidak boleh dilakukan secara
hutang. Walaupun jualan secara hutang
tersebut dapat menghasilkan pulangan
yang lebih lumayan. Ini disebabkan
kebenaran mutlak yang diberikan
merujuk kepada jualan tunai kerana ia
adalah yang biasa diamalkan dalam jual
beli.
c. Wakil tidak boleh menjual dengan harga
yang terlalu rendah. Harga ini mestilah
pada paras yang dinyatakan oleh penilai.
Perwakilan Terhad

• Perwakilan terhad berlaku apabila


pewakil melantik seorang wakil untuk
menjual sesuatu miliknya dan jualan
ini dihadkan hanya kepada individu,
tempoh, atau harga tertentu.
ii. Wakil Pembelian
Perwakilan Mutlak
• Ini berlaku apabila pewakil melantik
wakil bagi membeli barang hanya
dinyatakan sifatnya atau barang tertentu
tanpa ditentukan jenis atau harganya.
• Contohnya pewakil berkata: “Saya
wakilkan kepada anda untuk membelikan
saya sebuah kereta”
a. Wakil tidak boleh membeli
barang yang mempunyai
kecacatan.
b. Wakil mestilah hanya membeli
dengan harga yang berpadanan
dan jika lebih tinggi, harga
mestilah dalam lingkungan yang
dibenarkan pada kebiasaannya.
Wakil Pembelian Terhad

• Sekiranya pewakil melantik seseorang


untuk membeli sesuatu dan dihadkan jenis
atau harganya, wakil perlu patuh kepada
syarat ini.
• Jika wakil megenepikan syarat ini,
pembelian tersebut dikira untuk wakil dan
bukan untuk pewakil. Kecuali jika tindakan
tersebut untuk kebaikan pewakil.
• Contoh pelanggaran syarat untuk kebaikan
pewakil ialah apabila pewakil meminta
wakil membeli dengan harga $1000
dengan ciri-ciri yang dinyatakan, tetapi
wakil telah membeli dengan harga $800
dengan memenuhi ciri dan syarat yang
dinyatakan.
Pembelian ini wajib diterima oleh pewakil
walaupun wakil didapati melanggar syarat
pewakil.
Ini kerana perbuatan wakil ini adalah demi
kebaikan pewakil.
PENAMATAN KONTRAK
WAKALAH
1. Pembatalan
2. Salah satu pihak hilang kelayakan
3. Perkara yang diwakilkan tidak
menjadi milik pewakil atau bukan
dibawah jagaannya lagi
4. Perkara yang diwakilkan selesai
dilaksanakan

Anda mungkin juga menyukai