Anda di halaman 1dari 26

JUAL BELI

TAKRIF JUAL
BELI

Dari segi istilah : Akad yang merujuk Dari segi bahasa : Pertukaran sesuatu
kepada pertukaran sesuatu harta dengan sesuatu, sama ada kedua-
dengan harta yang duanya dalam bentuk benda atau
lain bagi tujuan pemilikan yang kekal. bukan benda.
Penjual &
Pembeli

RUKUN
Barangan
Harga JUAL jualan
BELI

Akad
1. Penjual/Pembeli:

• seorang yang baligh, berakal dan mampu menguruskan barangan dengan


baik; dilakukan atas kemahuan sendiri dan bukan secara paksaan dan bebas
• membuat pilihan kecuali dalam kes yang melibatkan undang-undang;
• penjual dan pembeli adalah dua orang individu yang berlainan;
• beragama Islam bagi jual beli yang melibatkan al-Quran, al-Hadis dan kitab
yang mengandungi ayat al-Quran di dalamnya;
• pembeli bukan seorang yang kafir harbi (yang boleh diperangi) jika
barangan yang dibeli adalah peralatan senjata.
2. Akad (ijab dan qabul)
• Ijaab ialah kata yang dikeluarkan oleh penjual seperti “aku jual
kepadamu”.
• Qabul ialah kata yang dikeluarkan oleh pembeli seperti “aku beli
daripadamu”.
• Lafaz Sorihah (Nyata): Perkataan yang menunjuk kepada satu makna
sahaja.
• Lafaz Kinayah (Kiasan): Perkataan yang menunjuk kepada lebih dari
satu makna.
Syarat-Syarat Ijab & Qabul:
• Tawaran (ijab) hendaklah berterusan dan tidak diubah hinggalah telah diterima
(qabul);
• Ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis dan tidak wujud tempoh yang lama antara
kedua-duanya;
• Ijab dan qabul tidak diselangi dengan percakapan atau perkataan lain yang tidak
berkaitan dengan akad;
• Wujud persamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz;
• Akad jual beli tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu yang tidak berkaitan dengan akad;
• Akad jual beli tidak boleh dihadkan untuk tempoh tertentu.
3. Barangan Jualan

• Hendaklah wujud dan boleh diserahkan semasa akad jual beli


dilakukan kecuali dalm jual beli al-salam dan al-istishna’;
• Bersih dan suci;
• Berfaedah menurut syarak dan bernilai menurut islam
• Kepunyaan penjual atau wakilnya;
• Diketahui oleh penjual dan pembeli tentang kadar, jenis dan sifatnya.
4. Harga

• bayaran adalah bernilai atau laku dalam pasaran;


• bayaran jelas jumlahnya;
• bayaran adalah milik pembeli;
• bayaran boleh diserahkan kepada penjual walaupun secara hukum
( sah jual beli dengan cek atau kad kredit )
• jenis matawang bayaran diketahui oleh penjual dan pembeli
BENTUK
JUAL BELI

Jual beli yang Jual beli yang


dibenarkan tidak
dibenarkan

Jual beli yang Jual beli yang


diharamkan diharamkan
dan tidak sah tetapi sah
Jual Beli Yang Dibenarkan

1. Tauliah
• Jual beli tanpa mengurang dan menambahkan harga terhadap sesuatu barangan
ataupun seseorang menjual barang kepada orang lain dengan harga yang sama dengan
harga asal.
• Contoh: B membeli barang daripada A dengan harga RM 20, dan menjual kepada C
dengan harga yang sama.

2. Isyrak/ perkongsian
• Menjual sebahagian barangan dengan separuh harga.
• Contoh: saya serahkan separuh daripada akad ini kepada kamu sebagai rakan kongsi
dengan nilai separuh harga.
3. Murabahah
• Penjual menjual barangan kepada pembeli dengan mengambil sedikit keuntungan dari
harga asal yang di dapati.
• Contoh: Y mendapatkan barangan itu dengan harga 50sen akan tetapi ia menjual kepada
X dengan harga 90sen

4. Wadhi’ah
• menjual barangan yang dibeli dan telah diterima dengan harga asal ketika dibeli dengan
diturunkan sedikit harga;

5. Al-Sarf / Tukaran matawang


• jual beli dua barangan yang kedua- duanya  dalam bentuk matawang;
           
6. Bay’ al-Salam
• jual beli barangan secara tempahan tetapi perlu bayaran pendahuluan
dan ada tempoh penyerahannya;

7. Bay’ al-Istishna’
• jual barang yang belum wujud dan tidak memerlukan mendahulukan
dengan bayaran dan tempoh penyerahannya boleh ditentukan dan
boleh tidak ditentukan;
 
8. Bay’ al-Wafa’ 
• kontrak jual beli dengan menjual harta tetap yang tidak boleh
dipindahkan kepada pembeli seperti tanah dan rumah.
• Jual Beli yang Tidak Dibenarkan

(Jual Beli Yang Diharamkan Dan Tidak Sah)

Jual beli barangan yang haram untuk kegunaan maksiat atau


keburukan. Contohnya, menjual patung berhala ataupun dadah;

Jual beli yang mempunyai unsur perjudian. Contohnya, membeli sesuatu


barang sebagai pertaruhan untuk mendapat hadiah lumayan;

Jual beli yang mempunyai unsur penipuan. Contohnya, menjual buah-


buahan yang diperagakan elok di bahagian atas tetapi buruk di dalam
serta dibawahnya;
Jual hutang dengan hutang. Contohnya, kita ada berhutang RM100 dengan
Ahmad. Pada masa yang sama, Borhan membayar hutang dengan kita
RM100. Kemudian, kita meminta Borhan membayar hutang kita sebanyak
RM100 itu kepada Ahmad;

Jual beli barangan yang tidak sempurna hak milik. Contohnya, kita menjual
suatu barangan yang dibeli tetapi belum diserahkan barangan itu kepada
kita oleh pemiliknya;

Jual beli barangan gharar, tiada kepastian dan tidak boleh diserahkan
kepada pembeli. Contohnya, menjual burung di udara atau ikan di lautan.
Jual beli yang mengandungi dua akad (kontrak) dalam satu. Contohnya,
kita menjual kereta kepada seseorang dengan harga RM10,000 secara
tunai dan dengan harga RM2,000 secara ansuran  selama setahun;

Jual beli barangan yang belum wujud. Contohnya, menjual buah-buahan


seperti rambutan putik yang masih dipokok atau anak lembu yang masih
dalam kandungan;

Jual beli barangan bersyarat. Contohnya, kita berkata “ aku jual keretaku
ini dengan syarat engkau jual kereta engkau kepadaku.”
Jual Beli yg Tidak Dibenarkan
(Jual Beli Yang Diharamkan Tetapi Sah)

Membeli atau menjual barang yang sedang dalam tawaran orang lain;

Monopoli dalam jual beli. Contohnya, membeli barang dengan tujuan


menyekat orang lain membeli atau supaya orang lain tidak menjualnya;

Jual beli hadir libad (orang bandar kepada orang desa), iaitu


membeli daripada orang yang tidak mengetahui harga sebenar, sama
ada mereka dari desa ataupun dari bandar;
Jual beli tulaqqi al-Rukhban (memintas perdagangan), iaitu
menyekat penjual dari desa yang tidak mengetahui harga pasaran
tengah jalan untuk membeli dengan harga yang murah;

Jual beli najasy, iaitu membeli barang dengan tujuan orang lain


terikut-ikut membelinya hingga mereka mambayar dengan harga yang
lebih tinggi;

Mengurangkan sukatan dan timbangan.


Membeli barangan yang halal untuk tujuan maksiat. Contohnya,
membeli ayam tetapi digunakan untuk memuja keramat;

Jual beli sewaktu azan solat Jumaat (kepada mereka yang


diwajibkan solat Jumaat). Ia bermula daripada imam menaiki mimbar
hinggalah selesai menunaikan solat;
TATASUSILA BERJUAL BELI

1. Bertolak Ansur

• Penjual mestilah bertolak ansur dalam menentukan harga, dan pembeli pula perlu bijak menawarkan

harga serta tidak meletakkan syarat-syarat yang boleh membebankan penjual.

2. Jujur Ketika Berurusan

• Penjual haruslah bersikap jujur apabila di tanyakan pembeli tentang dari mana diperolehi barangan

tersebut dan haruslah berlaku jujur setiap kali di tanyakan oleh pembeli.

3. Tidak Bersumpah

• Penjual tidak di galakkan bersumpah walaupun menyatakan perkara yang benar kepada pembeli

kerana ia boleh mencemarkan nama Allah dan menghilang adab ketika berurusan.
4. Memberikan Sedekah

• Penjual haruslah sentiasa memberikan sedekah samada ketika urusan berjual beli
ataupun sedang meniaga kerana ia boleh menjadi kifarat kepada sifat-sifat yang tidak
sepatutnya semasa akad dijalankan.

5. Catatan Dan Saksi

• Jika pembeli membeli dengan bayaran secara tertangguh (nasi’ah), adalah digalakkan
mencatat dan merekodkan hutang serta mencarikan saksi supaya kedua-dua belah pihak
iaitu penjual atau pembeli mendapat keadilan hak masing-masing dan tidak berlaku
penipuan dan penindasan.
JUAL BELI SAHAM
Pengertian jual beli saham

Pengertian

• Bahasa : berasal daripada perkataan arab sahm mempunyai pelbagai


makna antaranya ialah nasib atau bahagian,

• Istilah syarak : ialah sejenis tertibatan yang dikeluarkan oleh syarikat


sebagai alat pemilikan.
Hukum urusniaga saham mengikut jenis aktiviti perniagaan sesuatu syarikat :

a. Syarikat yang aktivitinya halal.

• Hukumnya harus bermuamalah dengan saham syarikat ini tanpa sebarang


khilaf.

b. Syarikat yang aktivitinya haram.

• Seperti bank yang mengamalkan riba, syarikat pembuatan arak dan


sebagainya. Hukumnya haram secara ittifaq.
c. Syarikat yang aktivitinya syubhah

• Syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan dan barangan yang halal, tetapi kadangkala
bermuamalah dengan uruniaga yang haram , seperti syarikat barangan elektrik, ubat-ubatan,
kenderaan dan lain-lain yang membiayai aktiviti syarikat dengan pinjaman ribawi atau urusniaga
yang melibatkan riba.

• Para fuqaha’ mu’asirin berselisih pendapat tentang masalah ini kepada 3 pendapat :

i. Pendapat pertama : Haram bermuamalah dengan saham syarikat ini selagimana tidak 100% halal.

ii. Pendapat kedua : Harus bermuamalah dengan saham ni tetapi dengan syarat, berdasarkan
kaedah fiqh dan nas yang terbina di atas asas memudahkan dan mengangkat kesusahan

iii. Pendapat ketiga : Makruh


Pemegang
saham

RUKUN
SAHAM
Kadar
tertentu
daripada Pinjaman
keuntungan
syarikat
• PELABURAN SAHAM MENURUT PANDANGAN ISLAM :

i. saham tersebut mestilah bebas daripada unsur riba'

ii. pelaburan saham bukanlah di dalam syarikat korprat atau


perdagangan yang berurus niaga dalam perkara-perkara haram

iii. saham yang dibeli mestilah tidak mempunyai unsur-unsur spekulasi

iv. saham itu mestilah bukan dari jenis yang dilaburkan dalam akaun
simpanan tetap atau simpanan konvensional

Anda mungkin juga menyukai