Anda di halaman 1dari 16

BAI’ SALAM

JUAL BELI SALAM


Maksud As-salam ialah As-salaf iaitu mendahulukan. Ia adalah satu jenis kontrak
jual beli yang dibenarkan. Ia dibenarkan kerana ia dikecualikan daripada kategori
menjual barangan yang tidak wujud.

Diriwayatkan bahawa nabi S.A.W tiba di Madinah, penduduk Madinah


mengamalkan jual beli salam dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau dua
tahun. Baginda bersabda:

‫ إىل أجل معلوم‬, ‫ فليسف يف كيل معلم ووزن معلوم‬, ‫من أسلف‬
“ Sesiapa yang ingin berjual beli salaf (salam), maka hendaklah dia berjual
beli salaf (salam) dengan sukatan yang dimaklumi dan timbangan yang dimaklumi,
sehingga tempoh yang dimaklumi”

1
HIKMAH DIBENARKAN JUAL BELI SALAM
Jual beli salam ini dibenarkan kerana mengambil kira keperluan manusia.

Keperluan ini dilihat dari perspektif pemilik kilang dan perusahaan, pemilik tanah dan

ladang Kebanyakkan mereka memerlukan modal untuk memperolehi bahan mentah

atau mesin bagi pengeluaran atau kilang mereka. Memberi kemudahan kepada

anggota masyarakat menjalankan urusan perniagaan.

Dengan ini kita dapat fahami, pensyariatan jual beli salam memberi pelbagai

manfaat kepada manusia. Cara ini memudahkana satu pihak memperolehi modal dan

satu pihak lagi memperolehi barangan yang dikehendaki. Cara ini juga membuka jalan

supaya wang ini dapat dimanfaatkan menurut tujuan asal kewujudannya iaitu menjadi

landasan kepada kehidupan manusia.1

1
Kitab Fikah Mazhab Syafie, Dr Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.
Bab jual beli salam

2
RUKUN DAN SYARAT

Yang pertama, Pihak yang mengikat kontrak (Pembeli dan Penjual). Pembeli

hendaklah mendahulukan wangnya untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki.

Kedua-dua pihak ini terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Yang Kedua, Sighah Kontrak .Penawaran dan persetujuan ini juga terikat

dengan syarat-syarat yang ditetapkan bagi sighah kontrak jual beli biasa seperti mesti

berada di satu tempat, wujud persamaan antara penawaran dengan persetujuan dan

sebagainya.

Yang Ketiga, Modal. Modal ini ialah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai

mendahulukan bayaran kepada penjual. Jumlah dan bentuk pembayaran hendaklah

dimaklumi oleh kedua-dua pihak. Penyerahan modal oleh pembeli dan penerimaan

modal oleh penjual perludalam masa kontrak iaitu sebelum mereka berpisah secara

fizikal kerana penyerahan ini adalah objektif asal dalam jual beli salam.

Yang Keempat, Barangan yang Ditempahi. Barangan yang ditempah ialah

barangan yang dijual dalam kontrak dan penjual berjanji menyerahkannya kepada

pembeli sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar sebagai bayaran yang

didahulukan. Barang tersebut mestilah dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya.

Seterusnya ia mestilah dikenalpasti jenis, kualiti, jumlah , dan sifat oleh kedua-dua

pihak. Selain itu, ia tidak bercampur aduk dengan pelbagai barangan yang berlainan

jenis. Barang tersebut mestilah diperhutangkan, iaitu barangan dalam tangunggan

(zimmah) yang hanya dinyatakan sifat tanpa merujuk kepada barangan tertentu. Dan

juga ia mampu diserahkan.

3
BAI’ ISTISNA’

AKAD ISTISNA’
Akad istisna’ bermaksud menyuruh atau meminta membuat sesuatu barang.

Iaitu dengan kaedah memesan atau menempah mengikut dengan kriteria dan

pensyaratan tertentu yang disepakati antara pemesan dan penjual. Kontrak yang

dilakukan adalah untuk membeli barang secara tempahan dan penjual diberikan

tempoh untuk menyiapkannya.

PENSYARIATAN AKAD ISITISNA’


Golongan pertama yang menerima iaitu dari jumhur fuqaha, mereka

mengatakan harus akad istisna’ ini, mengikut kepada prinsip qias yang diqiaskan

kepada dalil akad salam. Manakala, golongan kedua, iaitu dari mazhab Hanafi,

mengatakan bahawa harus digunakan akad isitisna’ ini bergantung kepada kehendak

qias disebabkan ada keperluan berbuat demikian.

RUKUN DAN SYARAT SAH


Rukun akad istisna’ ialah pertama haruslah ada pembeli dan penempah.

Seterusnya, perlu ada penjual atau tukang yang melakukan sesuatu barang yang

ditempah serta meletakkan harga kepada sesuatu barang itu. Akhir sekali, perlu

melafazkan kata kata bagi menempah sesuatu barang itu (sighah).

Selain itu, syarat sah akad istisna pula ialah barang yang ditempah dengan

penerangan yang terperinci. Barang tempahan juga perlu bersesuaian dengan

4
keperluan harian kita sebagai contoh, ( pakaian, kenderaan, makanan dan

sebagainya). Selain daripada barang barangan yang disenaraikan, bahan mentah

juga boleh ditempah bagi keperluan hidup dan harian dan perlu disediakan oleh

pengusaha. Seterusnya, berkenaan dengan pembayaran, pembeli tidak disyaratkan

untuk membayar dengan penuh semasa akad, tetapi pembeli boleh membayar

secara deposit serta ansuran.2

PERBEZAAN AKAD SALAM & AKAD ISTISNA’

Disebabkan kedua-dua akad ini hampir serupa, maka perbezaan bagi kedua-

dua akad ini ialah pertama, dari segi pembayaran, akad salam perlu membayar secara

penuh bagi menempah sesuatu barang tersebut. Akad istisna’ pula dibolehkan

membayar secara penuh, ansuran dan deposit . Kedua, dari segi barangan, akad

salam boleh menempah apa sahaja barangan yang pembeli mahu berbeza dengan

akad istisna’ hanya boleh membeli barangan yang tertentu sahaja seperti barang

keperluan harian dan tidak boleh melibatkan barang selain dari pembuatan.

KESAN HUKUM JUAL BELI AKAD ISTISNA’


Apabila penjual menyerahkan barang yang ditempah serta memenuhi syarat,

maka hakmilik pembeli menjadi sah, tetapi tidak terikat sehinggalah pembeli membuat

keputusan untuk tolak barang yang ditempahnya atau menerima barang tersebut.

2
Kiai.Haji. (K.H.) Siradjuddin Abbas, Sejarah & Keagungan Mazhab Syafi’i, Pustaka
Tarbiyah baru, Jakarta,2007

5
Berbeza, dengan akad salam, pembeli tidak boleh membatalkan jual beli tersebut

setelah menempah barang atau telah sampai barang tersebut. Seterusnya, hak milik

harga sesuatu barang yang diletak oleh penjual adalah sah kepadanya apabila

pembeli melihat barang tersebut atau menerima, melainkan barang yang ditempah

oleh pembeli tidak sampai kepadanya, maka harga yang diletak oleh penjual tidak

sah.3

BAI’ AT-TAULIYAH

Jual beli sesuatu barang dengan harga kos

Penjual menjual barangan yang dibeli dan telah diterimanya dengan harga asal (harga
ketika membelinya) tanpa menyebutkan harganya. Ataupun penjual berkata kepada
pembeli, “Saya bersetuju dengan kontrak ini secara tauliah”.

Jual beli pada harga asal dengan penjual tidak mengambil keuntungan (jual beli pada harga
kos).

Contohnya: “ Saya jual kereta itu dengan harga pokok RM 25,000“ (harga jualan RM 25,000)

Jual beli sesuatu barangan dengan harga kos tanpa ada lebih mahupun kurang dari
harganya. Seperti barangan berharga RM100 dijual dengan RM100.

Menjual barangan yang di beli dan telah di terima dengan harga asal ketika dibeli tanpa
keuntungan

3 Sayyid Sabiq. Fiqh As-Sunnah. 1992.Dar Maktabah al-qahirah: Kaherah. jilid 2

6
BAI’ MURABAHAH

Perbankan Syariah – Murabahah bi tsaman ajil atau lebih dikenal sebagai


Murabahah. Murabahah berasal dari kata ribhu (keuntungan) adalah transaksi jual –
beli di mana bank menyebut jumlah keuntungannya. Bank bertindak sebagai
penjual, sementara nasabah sebagai pembeli. Harga jual adalah harga beli bank
dari pemasok ditambah keuntungan. Kedua pihak harus menyepakati harga jual dan
jangka waktu pembayaran. Harga jual dicantumkan dalam akad jual beli dan jika
telah disepakati tidak dapat berubah selama berlakunya akad.

Dalam perbankan, murabahah lazimnya dilakukan dengan cara pembayaran cicilan


(bi tsaman ajil). Dalam transaksi ini barang diserahkan segera setelah akad
sedangkan pembayaran dilakukan secara tangguh.

Landasan syariah

Al – Qur’an surah Al – Baqarah 275 (maksud ayat):


”Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”

Al – Hadits :
Dari Suhaib Ar Rumi r.a., bahwa Rasulullah SAW bersabda :
Tiga hal yang didalamnya terdapat keberkatan: jual beli secara tangguh,
muqaradhah (mudharabah), dan mencampur gandum dengan tepung untuk
keperluan rumah, bukan untuk dijual. (Syafe’i Antonio 1999:160)

Syarat Bai’al Murabahah

1. Penjual memberitahu biaya modal kepada nasabah


2. Kontrak pertama harus sah sesuai dengan rukun yang ditetapkan
3. Kontrak harus bebas dari riba
4. Penjual harus menjelaskan kepada pembeli bila terjadi cacat atas barang
sesudah pembelian

7
5. Penjual harus menyampaikan semua hal yang berkaitan dengan pembelian,
misalnya jika pembelian dilakukan secara hutang

Aplikasi dalam Perbankan


Murabahah KPP umumnya dapat diterapkan pada produk pembiayaan untuk
pembelian barang – barang investasi, baik domestik maupun luar negeri, seperti
melalui Letter of credit (L/C). Skema ini paling banyak digunakan karena sederhana
dan tidak terlalu asing bagi yang sudah biasa bertransaksi dengan dunia perbankan
pada umumnya.

Manfaat Murabahah Dalam Perbankan Syariah

Adalah adanya keuntungan yang muncul dari selisih harga beli dari penjual dengan
harga jual kepada nasabah. Selain itu, sistem bai’ al murabahah juga sangat
sederhana. Hal tersebut memudahkan penanganan administrasinya di bank syariah.
Risiko Murabahah dalam Perbankan

1. Default atau kelalaian; nasabah sengaja tidak membayar angsuran


2. Fluktuasi harga komparatif; ini terjadi bila harga suatu barang di pasar naik
setelah bank membelikannya untuk nasabah. Bank tidak bisa mengubah harga
jual – beli tersebut
3. Penolakan nasabah; barang yang sudah dikirim bisa saja ditolak oleh nasabah
4. Dijual; Nasabah bebas menjual asetnya sehingga risiko untuk default akan
besar.

BAY' AL-SARF

Bay' Al-Sarf ialah perbuatan jual beli dua barangan yang dalam bentuk mata

wang seperti dinar emas dan dirham perak atau jual beli wang dengan wang. Kedua-

dua barangan yang dimaksudkan ialah emas dan perak tulen, sama ada ia telah

dibentukkan mahupun telah diacu dan sebagainya. Urus niaga pada zaman ini

8
menggunakan mata wang kerana ia menggantikan dinar dan dirham, ia dinamakan

sebagai jual beli atau tukaran mata wang “money changer".

9
SYARAT-SYARAT KHUSUS AL-SARF

Pertukaran mata wang ini dibenarkan disisi islam selagi mana ia menepati

dengan syarak. Hukum tukaran mata wang ini boleh dikatakan sama dengan hukum

jual beli yang lain cuma ditambah dengan beberapa syarat. Antaranya ialah :-4

1. WUJUD PERSAMAAN UNTUK DUA BARANGAN YANG SAMA JENIS

Apa yang dimaksudkan dengan wujud persamaan untuk dua barangan yang sama

jenis ini ialah apabila emas dijual beli dengan emas atau perak dijual beli dengan

perak maka kedua-dua barangan tersebut mestilah sama dari segi berat tidak kira jika

kedua-duanya telah dibentuk, diacu atau sebagainya. Jika barangan itu berlainan

jenis seperti perak dijual beli dengan emas, maka ia boleh berlainan berat dan dijual

mengikut kehendak pemilik.

2. JUAL BELI DAN PENYERAHAN PERLU SERTA MERTA

Proses serah dan terima perlu dilakukan pada waktu yang sama dan tidak tertangguh.

Maksudnya tidak ada jarak waktu bagi penyerahan barangan tersebut. Jika perkara

ini berlaku maka jula beli yang dilakukan adalah tidak sah kerana ia adalah riba.

Rasulullah S.A.W juga melarang jual beli perak dengan emas secara berhutang.

3. PENYERAHAN DALAM MAJLIS KONTRAK

Pihak yang terlibat dalam jual beli tersebut perlu melakukan serah dan terima pada

waktu itu sebelum mereka berpisah tidak kira sama ada barang itu sama jenis atau

4 Dr Mustofa Al Khin, Dr Mustofa Al Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie,
bab Al-sarf

10
tidak. Jika satu pihak hanya melepaskan barang tersebut secara lisan sahaja maka

urusan jual beli tersebut tidak sah kerana ia perlu dilepaskan secara hakiki atau secara

perbuatan. Hal ini juga telah dinyatakan oleh sabda Nabi S.A.W:

‫وال تبيعوا منها غائبا بناجز‬

Terjemahannya: Janganlah kamu menukar barang yang tidak ada dengan

barang yang ada.

Hadith ini menerangkan bawawa jual beli Al-Sarf ini perlu dilakukan secara bersemuka

kerana perlu ada proses serah terima. Tetapi pada zaman ini banyak pihak yang

menjalankan jual beli mata wang dalam talian, urusan jual beli ini adalah tidak sah dan

hasil yang diterima dari jual beli tersebut tidak bersih.

4. JUAL BELI PERLU BEBAS DARI KHIYAR SYARAT.

Apa yang dimaksudkan disini ialah tiada syarat yang diletakkan dalam jual beli Al-Sarf

kerana jika ada khiyar syarat ia akan menghalang pemilikan penuh dari kedua-dua

pihak. Hal ini kerana penerimaan penuh itu merupakan salah satu dari syarat khusus

Al-Sarf.

11
RUKUN AL-SARF

Terdapat beberapa rukun yang perlu ada dalam jual beli. Jika rukun-rukun

tersebut tidak ada dalam jual beli maka hukumnya adalah tidak sah. Rukun-rukun

tersebut ialah:5

1. PENJUAL DAN PEMBELI

Setiap urusan jual beli perlu ada pembeli dan penjual yang sudah baligh dan yang

berakal. Pembeli dan penjual itu juga perlu ikhlas dalam urusan jual beli dan tiada

paksaan keatas mereka.

2. LAFAZ ATAU UCAPAN (SIGHAH)

Maksud sighah ialah ucapan atau lafaz yang diucapkan semasa proses jual beli

sebagai tanda persetujuan dalam urusan tersebut.

3. BARANG YANG DIJUAL

Penjual perlu menjual barang yang cukup sifat dan bukan barang curi.

HADITH MENGENAI AL-SARF

: ‫ال‬ ِ ‫الصر‬
َ ‫ فَ َق‬, ‫ف‬ ْ َّ ‫ول هللا (ص) َع ِن‬ ٍ ‫الَب ِاء بْ ِن َعا ِز‬
ُ ‫ب َوَزيْ ِد بْ ِن أ َْرقَ َم (رض) َسأ َََل َر ُس‬ ََ ‫َع ْن‬
‫ح‬ ِ ‫َ وإِ ْن َكا َن نَ ِسيأً فَ ََل ي‬, ‫إِ ْن َكا َن ي ًدا بِي ٍد فَ ََل َبْس‬
ُ ‫صل‬
َْ ْ َ َ َ َ
Mafhumnya : Daripada Al-Bara’ Ibn ‘Azib dan Zaid Ibn Al-Arqam (RA) bertanya

Rasulullah (SAW) tentang hukum pertukaran barang (jualan emas dengan emas,

perak dengan perak atau jualan salah satu daripada keduanya dengan yang lain).

5
Ibnu Hajar Al-Asqalani, Bulugh Al-Maram, Kitab jual beli.

12
Rasulullah (SAW) bersabda, “Jika pertukaran barang itu tangan dengan tangan

(berlaku pertukaran itu di antara pembeli dan penjual secara tunai) maka tidak

mengapa. Tetapi jika ia dibayar secara ansuran maka tidaklah harus”.6

BAI’ MUQAYYADAH

Muqayyadah7 iaitu pertukaran antara barang dengan barang (barter) atau


pertukaran antara barang dengan barang yang dinilai dengan valuta asing.

SYARAT SISTEM BARTER

a) Barang-barang yang akan ditukar memiliki nilai yang sama.

b) Kedua-dua pihak melakukan persetujuan pertukaran barang dalam masa

yang sama.

KEBAIKAN SISTEM BARTER

Tiada mata wang yang digunakan

• Dalam proses pertukaran barang , mata wang tiada digunakan

Tiada menggunakan orang tengah

• Pembeli dan penjual mendapatkan barang secara langsung, keperluan dapat

dipenuhi dengan segera.

6
Al imam Al Hafiz Abu Muhammad Abdullah Ibn Abi Jamrah, Ringkasan Sahih Al Bukhari,
Hadith 92
Yadi Janwari, “Lembaga Kewangan Syariah”, (Remaja Rosda Karya, 20150, hal 27.

13
KELEMAHAN SISTEM BARTER

Masalah kemahuan serentak

• Pertukaran sesuatu barang memerlukan kemahuan serentak, ini bermakna

dua individu yang ingin menukarkan barang perlu mempunyai keperluan

serentak.

PERTUKARAN BARANG PADA ZAMAN NABI

Pada zaman dahulu, pertukaran barang secara sistem barter saja, satu komoditi
telah ditukar untuk komoditi yang kurang. Kerana barter sulit, tegar dan tidak adil,
manusia kemudian mencari medium pertukaran yang berkembang menjadi wang.
Sekarang semua masyarakat yang progresif mengambil langkah untuk
menggunakan wang.

Nabi Muhammad jelas menyaksikan unsur-unsur eksploitasi, ketidakadilan dan riba


serta berbagai penyakit ekonomi dalam sistem penukaran barter. Oleh itu, Nabi
Muhammad menggantikan sistem penukaran barter dengan sistem pertukaran
dengan menggunakan wang. Beberapa hadis yang menunjukkan sikap Nabi
Muhammad kepada sistem pertukaran.

Beberapa hadis tersebut ialah :

a) Umar mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Menukar

gandum dengan gandum, bur dengan bur, kurma dengan kurma adalah riba,

kecuali jika dilakukan dari tangan ke tangan (yaitu transaksi diselesaikan

ditempat) dan dalam jumlah yang sama. (Bukhori dan Muslim)

b) Abu Sa’id dan Abu Hurairah melaporkan bahwa Nabi Muhammad SAW

menunjuk seseorang sebagai pengumpul zakat di Khaibar. Ia kembali

kepada beliau dengan membawa kurma yang terbaik. Beliau pun bertanya

“Apakah kurma Khaibar sebaik ini?” “Demi Allah, tidak” jawabanya. “ Wahai

14
Nabi, kami menukar satu Sha’ kurma ini dengan dua Sha’ dan dua Sha’

dengan tiga Sha’”. Nabi lalu bersabda: “Jangan lakukan itu. JuAllah kurmamu

dengan dirham lalu selanjutnya belilah kurma terbaik dengan dirham

pula.”(Bukhori dan Muslim)8

BAY’ AL-DAYN

1. Definisi Bay’ Al-Dayn terbahagi kepada dua iaitu dari segi bahasanya ialah
hutang ataupun harga barang secara hutang, manakala dari segi istilah ialah
suatu harta yang sabit ke atas tanggungan seseorang dengan berlakunya
sebab-sebab yang menentukan pensabitannya.

2. Kaedah penjualan yang wujud hasil daripada akad pertukaran tersebut


terdapat dalam beberapa jenis kontrak. Sebagai contohnya, Bay’ As-Salam,
Istisna’, Murabahah dan Ijarah.

3. Akad jual hak hutang yang terbentuk hasil daripada aktiviti perniagaan yang
selaras dengan syarak. Satu bentuk perniagaan dimana seseorang yang
mempunyai hak mengutip hutang yang akan matang pada masa hadapan
boleh menjual haknya kepada orang lain dengan harga yang dipersetujui
bersama.

RUKUN DAN SYARAT

1. Rukun Bay’ Al-Dayn ada lima iaitu penjual, pembeli, barang yang dibeli, harga
dan yang terakhir ialah sighah.
2. Bagi syarat Bay’ Al-Dayn adalah hutang yang dijual beli hendaklah harga
barang bayaran perkhidmatan yang ditangguh ke suatu masa tertentu. Selain
itu, bayaran perkhidmatan tersebut hendaklah dari kerja yg halal.

Muhammad Sharif Chaudry. 2014. Sistem Ekonomi Islam Prinsip Dasar. Prenada Media
Group.

15
Seterusnya, transaksi jual beli hutang hendaklah berlaku dalam tunai. Di
samping itu, harga sesuatu barangan itu.

MANFAAT

1. Bay’ Al-Dayn ini akan mewujudkan sumber kewangan yg diperlukan oleh unit
pengeluaran,perniagaan dan perkhidmatan penjualan dokumen dan surat
sekuriti mengikut peraturan tertentu.
2. Seterusnya akan membantu penjual pengeksport mendapat wang tunai utk
dijadikan modal pusingan perniagaan memandangkan penjualannya dengan
harga tertangguh.

16

Anda mungkin juga menyukai