Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 KAJIAN LEPAS

2.1 KONSEP

2.2 RUKUN

2.3 TRANSAKSI

3.0 HASIL KAJIAN

3.1 SYARAT DALAM KONTRAK SALAM

3.2 MANFAAT KONTRAK BAI AS SALAM

4.0 PENUTUP

5.0 RUJUKAN

1
1.0 PENGENALAN
E-dagang adalah satu cara perdagangan menggunakan talian internet sebagai medium
untuk melakukan transaksi. Aktiviti urus niaga perniagaan dalam e-dagang, kelihatan sama
dengan mekanisme transaksi dalam bay as-salam, iaitu suatu transaksi jual beli melalui cara
membayarnya dahulu dan item yang dibeli akan hantar kemudian. Bay As Salam dilihat
sebagai salah satu cara urus niaga yang boleh diterima dalam Islam. Sementara itu, e-dagang
dapat didefinisikan sebagai kegiatan bisnes yang melibatkan pengguna (consumers),
pengeluar (manufactures), pembekal perkhidmata (service providers) dan pedagang perantara
(intermediaries) dengan menggunakan jaringan komputer (computer networks) iaitu internet.
Penggunaan jaringan internet merupakan suatu kemajuan teknologi yang dapat dikatakan
menunjang secara keseluruhan spektrum kegiatan komersial. Kajian ini akan menganalisis
bagaimana transaksi Bai As Salam dapat diaplikasikan dalam transaksi e-dagang dari
perspektif shariah.

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau sejauh mana transaksi Bay As Salam dapat
diaplikasikan dalam transaksi e-dagang. Melalui kajian ini juga, dapat mengkaji syarat-syarat
dan rukun dalam kontrak Bay As Salam bagi membolehkan transaksi yang dilakukan adalah
mengikut panduan syariah. Sebagai contoh, dalam kajian ini akan turut disertakan bagaimana
kontrak Bay As Salam ini boleh terbatal sekiranya terdapat elemen-elemen dalam kontrak
yang tidak dipatuhi semasa kontrak dijalankan. Selain itu, dalam kajian ini juga akan turut
disertakan manfaat kontrak Bay As Salam kepada ummah.

Kesimpulannya, penggunaan kontrak Bay As Salam ini dilihat dapat memberi manfaat
kepada masyarakat, dan ini menjadi sebab mengapa terdapat ia masih lagi digunakan dalam
institusi kewangan dan dalam transaksi e-dagang khususnya.

2
2.0 KAJIAN LEPAS
2.1 KONSEP
Hukum jual beli salam adalah harus.

MENURUT AL-QURAN DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 282

Bermaksud. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu


urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga kesuatu masa yang tertentu maka
hendaklah kamu meulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di
antara kamu menulisnya dengan adil (benar dan janganlah sesorang penulis enggan menulis
sebagaimana Allah telah mengajarnya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hedaklah orang
yang berhutang itu merancang (isi surat hutang itu jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada
Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika
orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merancangkan
(isi itu), maka hendaklah ia direncanakan oleh walinya dengan adil dan benar: dan hendaklah
kamu mengadakan dua saksi, supaya jika yang seseorang lupa dari saksi-saksi itu enggan
apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang
yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya.Yang demikian itu, lebih
adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih
hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan
tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tidalah salah jika kamu tidak menulisnya.
Dan adalah saksi apabila kamu berjual beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu
disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang
demikan adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu
bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah) Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan
Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Mujiatun, 2013)

MENURUT HADIS

Hadis riwayat Ibn Majah bermaksud: Dari Shuhaib ra, bahwasanya Nabi SAW
berkata; ada tiga hal yang padanya berkah yaitu jual beli tangguh, jual beli muqaradhah
(mudharabah) dan mencampur gandum dengan tepung untuk keperluan di rumah sendiri
bukan untuk dijual. Hadis riwayat Ibn Majah.Dengan dasar dua dalil ini, maka transaksi atau
jual beli dengan salam dibolehkan. Tujuannya adalah memperoleh kemudahan dalam
menjalankan perniagaan,kerana barang boleh dikirim kemudian. Jika terjadi penipuan atau
barang tidak sesuai dengan pesanan, maka nasabah atau pengusaha mempunyai hak khiyar

3
iaitu berhak membatalkannya atau meneruskannya dengan konpensasi seperti mengurangi
harganya. (Mujiatun, 2013)

Ketika Rasulullah tiba di Madinah, orang-orang sudah boleh melakukan pembayaran


lebih dahulu buat buah-buahan untuk jangka waktu setahun atau dua tahun. Kemudian beliau
bersabda “Barangsiapa meminjamkan buah maka hendaklah ia meminjamkannya dalam
takaran,timbangan ,dan masa tertentu (Mawardi, 2008).

MENURUT PENDAPAT AHLI FIQH

Kebanyakan ahli fiqh menyatakan hukum menggunakan as-salam adalah dibolehkan


namun bertentangan dengan qiyas. Hal ini disebabkan boleh membawa kepada kemudaratan
dan juga kemudahan bagi umat manusia dari larangan menjual beli sesuatu yang belum
wujud. Namun menurut Ibn Hazm, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim berpendapat
menggunakan kaedah as-salam tidak bertentangan dengan qiyas (Mawardi, 2008). Hal ini
kerana boleh menangguhkan harga, sebagai salah satu daripada dua elemen yang
diperjualbelikan. Oleh itu, menagguhkan elemen yang lain juga boleh. Larangan yang
terdapat di dalam hadis ialah jual beli sesuatu yang tidak dapat diwujukan.

2.2 RUKUN
Rukun-rukun Bai As-Salam

a) Pembeli (Muslam)
 Pihak yang membeli atau menempah barang daripada penjual
b) Penjual (Muslam Ilaih)
 Pihak yang menerima tempahan daripada pembeli
 Harus menyerahkan barang tepat pada waktunya dengan kualiti dan jumlah
yang disepekati
c) Modal Wang (Annuqud)
 Dalam bentuk yang boleh digunakan dan diterima pakai dalam jual beli serta
diketahui jumlahnya
 Contoh: Wang kertas, emas, et cetera
d) Barang (Muslam Fihi)
 Penyerahan barang diserahkan kemudian
 Spesifikasi dijelaskan dan jelas ciri-cirinya serta dapat diakui sebagai hutang
 Waktu dan tempat penyerahan barang ditetapkan berdasarkan kesepakatan

4
 Tidak boleh menukar barang kecuali dengan barang sejenis sesuai kesepakatan
e) Akad/Serah terima barang (Ijab Qabul)

2.3 TRANSAKSI
Secara umumnya, akad merupakan suatu perlakuan yang menunjukkan berlakunya
perjanjian di antara kedua dua pihak dalam sesuatu perkara. Dalam Bai As Salam, akad
bermaksud mempercepat penyerahan modal atau mendahulukannya dengan sederhana. Dari
segi istilah, Bai As Salam disebut sebagai menjual sesuatu barang yang penyerahannya
ditunda atau menjual barang yang ciri-cirinya jelas dengan pembayaran modal lebih awal,
sedangkan barangnya diserahkan dikemudian hari setelah adanya pemesanan daripada pihak
pelanggan. Bagi memenuhi akad yang berlaku dalam Bai As Salam, terdapat beberapa rukun
yang dinyatakan iaitu Muslam (pembeli/pemesan), Muslam ilaih (penjual/penerima pesanan),
Muslam fiih (barang yang dipesan), Ra’s al –mal (harga pesanan/modal yang dibayarkan) dan
Shighat ijab qabul (ucapan serah terima). Terdapat 3 jenis pembayaran yang dilaksanakan dalam Bai As
Salam iaitu, pembayaran Bai As Salam secara campuran (hybrid), produk As-Salam sebagai
pembiayaan modal kerja (working capital) pembiayaan Al-Salam secara selari (parallel
salam) (Herman & Ilhami, 2016).

Pembayaran secara campuran atau turut dikenali sebagai hybrid berlaku dimana
pembeli tidak mempunyai sejumlah wang yang cukup untuk membeli barang yang diingini
dan memohon bantuan daripada pihak lain seperti bank untuk membeli barang tersebut.
Pelanggan membeli semula barang tersebut daripada bank secara tangguh dalam suatu
tempoh yang ditetapkan. (Aziz, Arshad, Sohor, & Paulus, 2009) Manakala dalam pembiayaan
modal kerja, berlaku dimana syarikat yang menjual sesuatu barangan tetapi tidak mempunyai
modal mahupun kos kerja yang cukup untuk menghasilkan sejumlah barang dalam kuantiti
yang banyak. Oleh itu, syarikat memohon bantuan daripada pihak bank misalnya bagi
membolehkan mereka untuk membeli sejumlah barang tersebut. Pihak bank akan membeli
barang tersebut daripada syarikat dan membayar secara tunai dan syarikat tersebut perlu
memberi barang tersebut kepada pihak bank pada suatu tarikh yang ditetapkan. Setelah
berlalunya tarikh tersebut, bank melantik syarikat tersebut sebagai wakil dan meminta
syarikat tersebut untuk menjual barang kepada pelanggan mereka dengan keseluruhan harga
yang telah dipersetujui dan kebiasaannya, harga tersebut sedikit tinggi berbanding harga
keseluruhan produk tersebut. Setelah menjual barang tersebut kepada pelanggan dan syarikat
tersebut mendapat sedikit keuntungan, misalnya harga keseluruhan produk tersebut bernilai
RM100 000, dan syarikat tersebut perlu membayar kepada pihak bank nilai yang lebih tinggi

5
contohnya sebanyak RM 150 000 kepada pihak bank berdasarkan nilai yang telah
dipersetujui. Syarikat tersebut berjaya menjualnya dan memperoleh hasil jualan sebanyak
RM 170 000 dan syarikat perlu membayar kepada bank sebanyak RM 150 000 dan
selebihnya dianggap sebagai insentif kepada syarikat tersebut. Pembayaran jenis ini turut
memberikan kesan positif namun begitu amat tidak digalakkan untuk dilaksanakan kerana
agak berisiko (Aziz, Arshad, Sohor, & Paulus, 2009). Pembayaran terakhir ialah pembayaran
secara selari. Pembayaran jenis ini turut memerlukan khidmat bank sama seperti pembiayaan
sebelum ini. Pihak bank membeli sejumlah barang daripada syarikat dan syarikat tersebut
perlu menyerahkan barang tersebut dalam tempoh sehari selepas berlakunya perjanjian Bai
As Salam dengan pihak bank. Sekiranya pihak bank berurusan dengan pelanggan lain dalam
kontrak As Salam, penjual dan pelanggan dikenali sebagai pembeli. Bank menjual barang
tersebut dengan sekian harga dan menyerahkan barang tersebut pada tarikh yang dipersetujui.
Dalam kes ini, pihak bank boleh melantik pelanggan A misalnya bagi mewakili pihak mereka
untuk menjual kepada pelanggan yang lain seperti pelanggan C dan berhubung secara terus
dengan pelanggan C. Produk pembiayaan jenis ini adalah dibenarkan oleh majoriti ulama
dengan syarat kontrak pertama dan kedua adalah berasingan dan tidak terikat antara satu
sama lain (Aziz, Arshad, Sohor, & Paulus, 2009).  

Dari segi pembayaran, menurut mazhab Hanafi, Shafi‟e dan Hanbali, apabila kontrak
telah ditandatangani, pembayaran prinsipal tidak boleh ditangguh. Mereka menjelaskan
bahawa penangguhan bayaran dan komoditi untuk jual beli yang melibatkan hutang adalah
tidak menepati Syariah. Tambahan pula, untuk memenuhi objektif Salam, bayaran
pendahuluan prinsipal perlu dilakukan terlebih dahulu. Penangguhan bayaran dibenarkan
dalam masa tiga hari selepas kontrak ditandatangani sama ada ditetapkan oleh kedua belah
pihak di dalam kontrak atau tidak, dan sama ada bayaran dalam bentuk tunai atau barangan.
ii) Jika penangguhan bayaran berlaku mengikut apa yang dipersetujui, ia mestilah tidak
melebihi tiga hari. iii) Sesetengah ulama Maliki membenarkan penangguhan bayaran
melebihi tiga hari tanpa persetujuan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, jika tempoh
adalah lebih panjang lagi, perkara tersebut adalah tidak dibenarkan (Aziz, Arshad, Sohor, &
Paulus, 2009).

Manakala dari segi penyerahan barang pula, tempoh atau masa penyerahan barangan
perlu ditetapkan. Begitu juga dengan tempat penyerahan. Selain itu, terdapat jarak masa
antara masa kontrak ditandatangani dengan penyerahan barang yang dijual. Menurut ketiga-
tiga mazhab kecuali mazhab Shafi‟e berpendapat bahawa penyerahan barangan boleh

6
dilakukan semasa kontrak ditandatangani dan hal ini menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan antara Salam dengan sistem jual beli yang lain (Hashim, 2012).

3.0 HASIL KAJIAN


3.1 SYARAT DALAM KONTRAK SALAM
1. Jual beli salam harus ditentukan dengan jelas tarikh penyerahan barang pesanan.

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk
waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya”
Al-Baqarah 2:282

a) Dalam akad jual beli salam hendaklah terdapat kesepakatan berkenaan


penentuan tempoh penyerahan barang pesanan.
b) barang pesanan dapat diserahkan apabila sampai tempoh penyerahan yang
telah disepakati.
c) Setelah sampai tempoh penyerahan barang pesanan, penjual wajib
menyerahkan barang dengan kualiti dan kuantiti yang telah disepakati;
I. Bila penjual menyerahkan barang, dengan kualiti yang lebih tinggi,
penjual tidak boleh meminta tambahan harga;
II. Jika penjual menyerahkan barang dengan kualiti lebih rendah, dan
pembeli rela menerimanya, maka pembeli tidak boleh meminta
pengurangan harga
III. Penjual dapat menyerahkan barang lebih cepat dari waktu yang
disepakati dengan syarat: kualiti dan kuantiti barang sesuai dengan
kesepakatan dan tidak boleh menuntut tambahan harga.
d) Jika semua atau sebahagian barang tidak tersedia tepat pada waktu penyerahan
atau kualitinya lebih rendah dan pembeli enggan menerimanya, maka pembeli
memiliki dua pilihan:
I. Membatalkan kontrak dan mengembalikan wang
II. Menunggu sampai barang pesanan ada.

2. Barang pesanan adalah barang pembuatannya dijamin oleh penjual


a) Barang yang dijamin bermaksud barang pembuatan yang dipesan tidak
ditentukan kriteria barang tersebut.

7
b) Tanggungjawab pembuatan barang tersebut diserahkan sepenuhnya kepada
penjual, penyerahan tangunggjawab memberikan kebebasan kepada penjual
sehingga penjual berhak untuk mendapatkan barang dari sumber sendiri atau
barang yang sudah tersedia atau dengan membeli daripada orang lain.
c) Syarat ini adalah bertujuan untuk mengelakkan dari terlibat dengan gharar
dalam jual beli salam sekiranya barang yang dipesan tidak dapat dihantar
kepada pembeli setelah sampai tempoh yang dijanjikan.
d) Contohnya, bila seseorang membeli barang mengunakan akad jual beli salam,
pembeli tidak boleh memberi syarat bahawa barang pesanan mestilah
dihasilkan oleh penjual sendiri kerana sekiranya penjual tidak mampu
menghasilkan barang tersebut maka ia boleh mendapatkan atau membeli
daripada orang lain yang memiliki kriteria barang yang sama untuk
memastikan barang pesanan sampai kepada pelanggan pada tempoh yang
dijanjikan dalam akad.

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas radhiallallahu an huma bahawa


ketika Nabi s.a.w tiba di kota madinah, beliau memesan buah-buahan dalam
tempoh satu atau dua tahun, maka beliau bersabda;

“Barangsiapa yang memesan sesuatu, maka hendaklah ia memesan


dalam jumlah takaran yang telah diketahui oleh kedua-dua belah pihak,
dan hingga tempoh yang telah diketahui oleh kedua-dua belah pihak
pula” (Muttafaqun ‘alaih)

3. Barang pesanan mestilah sudah tersedia setelah sampai tempoh pesanan.


a) Pada saat menjalankan akad jual beli salam, kedua-dua belah pihak haruslah
mengambil tahu tentang barang pesanan yang telah selesai diproses setelah
sampai tempoh yang dijanjikan.
b) Syarat ini adalah bertujuan untuk menghindarkan jual beli dari terlibat dengan
penipuan dan gharar yang telah diharamkan oleh syariat Islam.
c) Selain itu, syarat ini juga adalah untuk memastikan kedua-dua belah pihak
mudah dalam menjalankan jual beli. Ini merujuk kepada prinsip jual beli
dalam Islam yang menyatakan perniagaan adalah bertujuan untuk
memudahkan ummah.

8
Hadith riwayat Ahmad, Ibnu majah, dan Al Albany;
“Tidak ada kemudharatan atau pembalasan kemudharatan dengan yang lebih besar selain
perbuatan”

d) Sekiranya barang pesanan yang telah selesai pembuatannya diabaikan pada


saat jatuh tempoh yang dijanjikan akan menyebabkan perselisihan antara
kedua-dua belah pihak.

Daripada sahabat Abu Hurairah Radiallahu anhu ia menyatakan; Rasullullah


s.aw bersabda;

“Janganlah engkau saling berhasad, janganlah saling


menaikkan penawaran barang (padahal tidak ingin membelinya),
janganlah saling membenci, janganlah saling merancangkan
keburukan, janganlah sebahagian daripada kalian melangkahi pembeli
sebahagian yang lainnya, tidaklah ia menzalimi saudaranya, dan
tidaklah ia membiarkannya dianiayai orang lanin dan tidaklah ia
menghinanya” (Muttafaqun alaih)

4. Barang yang di jual mempunyai kriteria yang jelas.

Jual beli Salam merupakan jenis akad jual beli barang yang mempunyai ciri-ciri
tertentu dengan menggunakan kaedah pembayaran secara tunai. Adalah menjadi satu
kewajipan kepada si penjual untuk menjelaskan ciri-ciri barang sama-ada dari segi jenis
barang, ukuran, berat, sukatan, dan lain-lain. Penerangan ciri dan kriteria barang adalah
bertujuan untuk menentukan barang yang diinginkan oleh kedua belah pihak serta
mengelakkan daripada berlakunya salah faham. Dalam menjelaskan ciri-ciri barang sebagai
syarat Bai as Salam, perlu ditekankan bahawa setiap ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu
barang adalah amat berbeza selari dengan peredaran zaman.

Para ulama pada zaman dahulu menjelaskan tidak semua barang dapat dijelaskan ciri-
cirinya. Hal ini berlaku sejajar dengan perkembangan ilmu dan teknologi yang mempunyai
fungsi untuk mengesan ciri-ciri barang dengan jelas serta dapat diserahkan sesuai dengan
criteria yang disepakati oleh kedua belah pihak ketika melakukan akad.

9
5. Pembayaran dilakukan ketika akad (transaksi)

Sebagaimana yang dapat difahami dari segi maksudnya iaitu as-Salam (penyerahan)
ataupun as-Salaf (mendahulukan), maka para ulama bersepakat bahawa pembayaran jual beli
Salam itu perlu dilakukan secara tunai ketika transaksi berlaku (Tamrin, Ainnur Hafizah,
Mohd Zulkifli, Mohamad Fauzan, & Roslina, 2015). Sekiranya pembayaran ditunda, maka
akad jual beli tersebut akad berubah menjadi akad jual beli hutang ataupun lebih sinonim
dengan perkataan Bai ad-Dayn yang mana merupakan jual beli yang dilarang oleh Syariah
Islam dan hukumnya adalah haram. Bai ad-Dayn berlaku apabila memesan barang dalam
tempoh setahun dan transaksi pembayaran tidak dilakukan secara tunai seperti menggunakan
cek yang hanya dapat dicairkan setelah beberapa bulan berikut nya.

6. Penjelasan kriteria, jumlah dan ukuran barang dilakukan ketika transaksi berlangsung.

Dalam akad jual beli Salam, barang yang dipesan adalah wajib disepakati oleh penjual
dan pembeli. Kriteria yang dimaksudkan ialah segala aspek yang bersangkut paut dengan
jenis, bentuk, warna, ukuran, jumlah barang serta setiap kriteria yang boleh mempengaruhi
harga barang tersebut (Tamrin, Ainnur Hafizah, Mohd Zulkifli, Mohamad Fauzan, & Roslina,
2015).
Contohnya: Apabila Ali hendak memesan beras kepada Abu, maka Ali wajib
menjelaskan jenis beras yang diinginkan, kualiti serta kuantiti, dan berat beras tersebut.
Kriteria-kriteria ini dapat mempengaruhi harga barang tersebut kerana harga bagi beras
adalah berbeza mengikut jenis, kualiti, dan lain-lain. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

ٍ ُ‫وم إلى َأ َج ٍل َم ْعل‬


‫وم‬ ٍ ُ‫من َأ ْسلَفَ في َش ْي ٍء فَفِي َك ْي ٍل َم ْعل‬
ٍ ُ‫وم َو َو ْز ٍن َم ْعل‬

‘Barangsiapa memesan sesuatu, maka hendaknya dia memesan dalam jumlah sukatan,
timbangan serta tempoh yang jelas’ [Muttafaqun ‘alaih].

III.2 MANFAAT KONTRAK BAI AS SALAM


Seperti yang sedia maklum, penggunaan bai’ al salam dibolehkan dalam syariah Islam
kerana mempunyai manfaat yang besar di mana keperluan manusia dalam bermuamalat.
Dengan kata lain, kedua-dua belah pihak iaitu antara penjual dan pembeli boleh mendapatkan

10
keuntungan bersama dalam penggunaan aplikasi bai’ al salam. Antara manfaatnya ialah, di
mana pembeli mempunyai jaminan untuk mendapatkan barang sesuai dengan yang
diperlukan dan pada waktu yang diinginkan.

Selain itu, penjual boleh mendapatkan modal daripada hasil jualan yang diperolehi dan
menjalankan perniagaannya dengan cara yang halal sehingga dapat menjalankan serta
mengembangkan perniagaannya tanpa perlu membayar bunga. Di samping itu, selagi belum
sampai tempoh tersebut, penjual boleh menggunakan wang pembayaran yang diterima oleh
pembeli untuk menjalanakan perniagaannya dan mencari keuntungan untuk perniagaan yang
dijalankan. Tambahan lagi, penjual juga mendapat kelebihannya di mana penjual mampu
untuk memenuhi permintaan pembeli.

Bai’ al salam bukan sahaja boleh dilakukan dalam perniagaan e-dagang malah aplikasi
bai’ al salam juga digunakan dalam pembiayaan industri seperti pertanian yang merangkumi
tumbuhan, ternakan, perikanan dan perhutanan. Hal ini demikian kerana, dalam perspektif
Islam, pertanian merupakan salah satu aktiviti yang penting kerana pertanian sudah sebati
dengan kehidupan manusia.

Melalui perkara tersebut, para petani akan memperoleh keuntungan hasil daripada
tanaman yang dijalankan dan kemudian dipasarkan. Hasil daripada aktiviti ini, kedua-dua
belah pihak akan memperoleh keuntungan. Selain itu, dapat memberi kelebihan dari segi
perniagaan seperti tolong-menolong, bertukar-tukar, keperluan serta hubungan dan
berkenalan membawa manusia kepada perpaduan umat malah membawa kea rah keamanan
masyarakat dan negara serta Islam dapat menghindari daripada berlakunya penindasan,
kezaliman dan penipuan.

4.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, artikel ini telah memperlihatkan bagaimana transaksi e-dagang
dapat diaplikasikan dalam Bai 'as-Salam dari perspektif shariah, di mana kedua-dua proses ini
masing-masing mempunyai persamaan iaitu melibatkan penjual dan pembeli. Kedua-dua
transaksi dilakukan dalam masa yang sama dan proses jual beli mesti mendapatkan
kesepakatan antara satu sama lain. Perbincangan dalam artikel ini juga termasuk bagaimana
urus niaga e-dagang mematuhi prinsip-prinsip Syariah seperti dalam Bai 'as-Salam.
Berdasarkan nilai-nilai yang ada dalam perdagangan secara Islam, khususnya dianalogikan
dengan prinsip transaksi as-salam, transaksi e-commerce melalui internet dapat dibolehkan

11
menurut Islam, kecuali pada komoditi yang tidak dibenarkan untuk diperdagangkan secara
Islam.

Walau bagaimanapun, beberapa isu yang timbul dalam e-dagang seperti gharar dan cara
pembayaran yang mempunyai unsur-unsur riba, hal ini hendaklah diteliti lebih lanjut oleh
ulama dan cendekiawan Islam untuk memberikan alternatif yang lebih baik untuk ummah.

Tambahan pula, satu peraturan dan mekanisme perlu direka untuk memenuhi pematuhan
syariah untuk transaksi e-dagang untuk berkhidmat lebih daripada 1.2 bilion umat di seluruh
dunia.

12
5.0 RUJUKAN

Aziz, N. S., Arshad, N. I., Sohor, K. M., & Paulus, D. J. (2009). Perniagaan Mengikut
Perspektif Islam, 16.
Aziz, N. S., Arshad, N. I., Sohor, K. M., & Paulus, D. J. (2009). Perniagaan Mengikut
Perspektif Islam, 18.
Aziz, N. S., Arshad, N. I., Sohor, K. M., & Paulus, D. J. (2009). Perniagaan Mengikut
Perspektif Islam, 22.
Aziz, N. S., Arshad, N. I., Sohor, K. M., & Paulus, D. J. (2009). Perniagaan Mengikut
Perspektif Islam, 24.
Hashim, H. (19 December, 2012). Bai’ Al-Salam – Konsep Akad Dalam Muamalah Islam.
Retrieved from http://www.harlindahalim.com/bai-al-salam-konsep-akad-dalam-
muamalah-islam/
Herman, S., & Ilhami, M. A. (2016). Bai As Salam. 6.
Mawardi. (2008). TRANSAKSI E-COMMERCE DAN BAI’ AS-SALAM (Suatu
Perbandingan). Hukum Islam, 8.
Mujiatun, S. (2013). JUAL BELI DALAM PERSPEKTIF ISLAM : SALAM DAN
ISTISNA. JURNAL RISET AKUNTANSI DAN BISNIS, 6.
Tamrin, A., Ainnur Hafizah, A. M., Mohd Zulkifli, M., Mohamad Fauzan, N., & Roslina, O.
(2015). Development Method for Shariah Complaint E-Commerce Payment
Processing. International Journal of Computer Theory and Engeneering, Vol. 7(No.
5), 3.
Dariyoush Jamshidi Nazimah Hussin , (2016),"Forecasting patronage factors of Islamic credit
card as a new e-commerce banking service: an integration of TAM with perceived
religiosity and trust", Journal of Islamic Marketing, Vol. 7 Iss 4 pp.

13

Anda mungkin juga menyukai