Anda di halaman 1dari 11

JUAL BELI DAN

TEMPAHAN
KUMPULAN 3
NORSAFIYA BT FAIZOL
ALLEYA NAZIERA BT AB AZIZ
NUR AMIRA NATASHA BT SOPUDDIN
MUKADIMAH
• Jika dipandang dari sudut sejarah bahawa wujudnya JUAL BELI adalah
sama dengan wujudnya masyarakat manusia dialam ini , oleh kerana
kelahiran JUAL BELI adalah berpunca dari keinginan manusia untuk
mengendali sesuatu benda yang tidak ada padanya secara pertukaran
dengan benda yang ada padanya . Pertukaran ini timbul dari hajat
seseorang kepada benda tersebut sehingga ia rela menukar benda itu
dengan apa yang dimilikinya . Tanpa jual beli mesti tidak dapat
seseorang itu mengendali sesuatu barang yang bukan haknya kecuali
secara mencuri , samun , rompak , meminta dan mengemis .
PENGERTIAN JUAL BELI

• Jual beli alah menukarkansesuatu barang dengan barang yang lain dengan
cara yang tertentu .
• Hukumnya adalah harus sekiranya reda meredai .
RUKUN JUAL BELI
• Penjual dan Pembeli
• Barang
• Harga
• Ijab dan Qabul ( Akad atau Kontrak )
SYARAT SAH PENJUAL DAN PEMBELI
• Seorang yang baligh, berakal dan mampu menguruskan barangan dengan baik .
• Dilakukan atas kemahuan sendiri dan bukan secara paksaan dan bebas membuat
pilihan kecuali dalam kes yang melibatkan undang-undang .
• Penjual dan pembeli adalah dua orang individu yang berlainan .
• Beragama Islam bagi jual beli yang melibatkan al-Quran, hadis dan kitab yang
mengandungi ayat al-Quran di dalamnya .
• Bukan daripada golongan yang ditahan hartanya kerana bankrap atau tidak waras .
• Merdeka

Info
• Menurut mazhab Hanbali kanak2 boleh berjual beli sekiranya melibatkan nilai
yang sedikit seperti gula-gula .
• Menurut mazhab Hanafi kanak2 yang mumayyiz sah melakukan jual beli .
SYARAT SAH BARANG
• Bersih dan suci . Tidak sah menjual najis seperti bangkai anjing, arak
dan babi .
• Berfaedah . Tidak sah menjual barang yang tidak berfaedah seperti
sebiji padi .
• Kepunyaan penjual atau wakilnya . Tidak sah menjual harta waris
sedangkan ia massih hidup .
• Boleh menyerahkan barang kepada pembeli semasa aqad kecuali
jual beli bertangguh iaitu salam. Tidak sah menjual barang yang hilang
atau dicuri .
• Penjual dan pembel mengetahui jenis , kadar, sifat barang jualan .
Tidak sah menjual barang yang tidak boleh dilihat seperti jual beli
burung di udara .
SYARAT SAH HARGA

• Bersih . Tidak sah harga jika tidak bernilai di sisi syarak seperti arak .
• Harga adalah hak milik pembeli . Tidak sah jual beli dengan wang
bukan kepunyaan pembeli .
• Harga itu mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual .
• Penjual dan pembeli mestilah tahu jenis mata wang digunakan .
SYARAT SAH IJAB DAN QABUL (AKAD)

Ijab dan qabul ialah persetujuan antara kedua-dua belah pihak .


Syaratnya ialah :
• Tidak diselangi dengan kata-kata lain .
• Bersamaan ijab dengan qabul walaupun berlainan lafaz .
• Tidak boleh ditaklikkan iaitu bergantung pada sesuatu perkara . Contoh : “ aku
jual beras ini dengan syarat engkau menyerahkan baju engkau kepadaku “ .
• Tidak boleh dihadkan masa . Contoh : “ aku jual kereta ini selama sebulan
sahaja “.
MAKSUD TEMPAHAN
• Jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga
secara tunai iaitu menjual barangan yang telah disifatkan butiran
bentuk , spesifikasi , kualiti , dan kuantiti secara terperinci dengan
bayaran harganya dibuat secara tunai , manakala penyerahan barang
ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan .
SYARAT SAH TEMPAHAN
• Hendaklah ia diketahui jenisnya
• Hendaklah diketahui sifatnye
• Hendaklah diketahui jumlahnya
• Tempoh penyerahan ditentukan
• Mengetahui kadar nilai harganya
• Hendaklah tempat penyerahannya dimaklumi jika membawa barang
tempahan ke sana memerlukan perbelanjaan .
RUMUSAN
• Memandangkan betapa penting aktiviti perniagaan , maka terdapat
lebih 500 buah hadis daripada Rasulullah SAW membincangkan atau
memperkatakan mengenai perniagaan . Dalam Al-Quran juga tidak
terkecuali menyebut mengenai perniagan agar ia berlaku secara adil dan
mengenal berlaku penindasan . Justera , perkara penting ini perlu
diperhalusi secara jelas agar tidak berlaku kecelakan atau menimbulkan
suasana tidak baik dalam urusan jual beli . Sesungguhnya , Islam tidak
memisahkan kehidupan seharian dengan penuh agama .

Anda mungkin juga menyukai