Anda di halaman 1dari 2

Soalan 8: Iktibar / nilai / patriotisme [5 Markah]

Iktibar/Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji.

Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan
kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah
bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu
untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding dengan negara-nengara
maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran. Di samping itu,
kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya
negara kita tidak lagi dijajah semula.

Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan
dan kesamarataan dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu
menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai
kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan menghormati
agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa jua
perkara yang dilakukan.

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patriolitik, kita perlu bersifat
terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk kearah kebaikan.
Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara dapat
dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga dengan kejayaan dan keunikan
negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Akhir sekali kita juga wajar
menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur
dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah.

Aplikasi nilai-nilai murni


Rajin berusaha Berani berjuang
Bertoleransi Bersemangat kental
Bekerjasama Sanggup mempertahankan maruah negara
Berani menghadapi cabaran Bijak merancang
Memanfaatkan kurniaan Tuhan Mengekalkan kedaulatan negara
Berdikari Mematuhi peraturan
Tidak berputus asa Bangga kejayaan Malaysia diperingkat
dunia
Rajin berusaha
Bangga dengan keunikan negara
Semangat meneroka
Bangga sebagai rakyat Malaysia
Berwawasan
Bangga dengan kepelbagaian bahasa dan
Bersatu-padu
budaya
Hormat menghormati
Menyanjung warisan bangsa
Taat
Memartabatkan bahasa kebangsaan
Patuh
Bersemangat kekitaan
Tolong-menolong
Menghormati lambang-lambang negara
Cinta akan negara
Kekayaan negara dinikmati bersama
Setia kepada negara
Menghargai perjuangan tokoh
Menjaga nama baik negara
Menghormati raja
Sanggup berkorban
Menghormati pemimpin
Sedia berubah
Menyokong dasar-dasar kerajaan
Tolak ansur
Menolak amalan rasuah

Anda mungkin juga menyukai