Anda di halaman 1dari 6

Cadangan-cadangan Mengatasi Aktiviti Penyeludupan Manusia

Tanggungjawab Kerajaan
Melaksanakan Akta Anti Pemerdagangan Manusia Memperketatkan lagi penguasaan undangundang yang lebih berkesan untuk mengawal aktiviti pemerdagangan manusia Bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen untuk berterusan memerangi pemerdagangan manusia dengan mengadakan lebih banyak operasi dalam usaha menyelamatkan mangsa sindiket dan membanteras aktiviti penyeludupan manusia

Kerjasama Antara Malaysia dengan Antarabangsa


Meningkatkan kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara luar seperti Amerika Syarikat,Indonesia,Thailand dan Singapura Kerajaan antara kedua-dua negara harus mengambil langkah-langkah yang teratur dalam menangani isu-isu pemerdagangan manusia ini Mengadakan persidangan antara negara untuk membentuk kerjasama terutama dalam aspek perkongsian maklumat, kepakaran dan undangundang yang seragam bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dibendung

Tanggungjawab Sekolah
Pihak sekolah harus memainkan peranan penting dengan menyerapkan isu-isu pemerdagangan manusia dan kesannya ke dalam topik pembelajaran untuk meningkatkan kesedaran para pelajar Pihak berkuasa yang berkenaan juga boleh menyampaikan ceramah dan melaksanakan pelbagai kempen mengenai masalah pemerdagangan manusia dan kesan buruknya di sekolah untuk mewujudkan kesedaran pelajar

Tanggungjawab Ibubapa
Ibubapa harus menyalurkan ajaran agama yang secukupnya kepada anak-anak Mereka juga harus meluangkan lebih banyak masa untuk menemani anak-anak dan memantau aktiviti mereka untuk mengurangkan risiko berlakunya pemerdagangan manusia

Peranan Media Massa


Media elektronik seperti internet,televisyen dan radio sangat berperanan penting dalam menyiarkan dan menyampaikan maklumat mengenai keburukan aktiviti pemerdagangan manusia dan meningkatkan kesedaran mereka Ini dapat mengurangkan risiko berlakunya aktiviti penyeludupan manusia

Anda mungkin juga menyukai