Anda di halaman 1dari 2

lkan bawal, ikan tenggiri

lkan kegemaran Pak Musa


Mengamalkan rasuah amalan keji
Kerana rasuah pemusnah bangsa
 

Pantun ini harus dihayati oleh semua rakyat Malaysia kerana rasuah merupakan amalan yang
keji, pemusnah bangsa dan keharmonian negara. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
rasuah bermaksud pemberian  untuk  menumbuk rusuk iaitu penerimaan apa-apa suapan sebagai
dorongan, upah atau untuk membolehkan seseorang melakukan sesuatu perbuatan atau tidak
diambil tindakan. Bagi membanteras amalan ini daripada terus menular, peranan pelbagai pihak
yang praktikal harus diambil.

Ibu bapa merupakan individu utama yang wajib mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai
murni sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian
kerana ibu bapa kebanyakan ibu bapa secara tidak sedar menerapkan amalan rasuah dalam diri
anak-anak mereka sejak kanak-kanak lagi, contohnya  amalan rasuah itu adalah dengan memberi
hadiah kepada anak bagi menutup kesalahan yang dilakukan terhadap pasangan. lbu bapa
seharusnya  perlu jelaskan kepada anak-anak mengenai bahayanya aktiviti rasuah berdasarkan
daya kefahaman anak-anak. Selain itu ibu bapa perlu memberi penekanan didikan agama kepada
anak-anak mereka. Tanpa ajaran agama, sudah tentu ramai remaja apabila dewasa kelak akan
mudah terjebak dalam kegiatan negatif ini. Malah ada yang tidak teragak-agak untuk melakukan
sesuatu di luar batasan agama. Pegangan agama dan nilai-niai murni dalam jiwa anak-anak,
dapat membantu mengurangkan amalan negatif, sekali gus akan terhakis sehingga ke akar umbi.
Sudah terang lagi bersuluh ibu bapa merupakan entiti misali dalam membentuk anak-anak yang
bencikan amalan rasuah.

Pihak sekolah juga harus memikul tanggungjawab sama untuk membanteras amalan makan suap
ini daripada terus menular. Pihak sekolah boleh menjemput penceramah dari Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) untuk menyampaikan ceramah tentang keburukan dan
kesannya apabila seseorang menerima rasuah kepada pelajar. lni dapat menyedarkan pelajar
betapa buruk dan kejinya amalan rasuah. Pihak sekolah  juga  dicadangkan  menubuhkan  Kelab 
Pencegahan  Rasuah di sekolah masing-masing supaya pelajar boleh dilibatkan terus dalam
program-program anti rasuah yang dianjurkan oleh kelab berkenaan dengan pertubuhan atau
yayasan jenayah yang lain. Bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, penerapan nilai-nilai murni dalam
jiwa pelajar yang bakal menjadi anggota masyarakat dan pemimpin negara pada masa hadapan
harus diberi keutamaan, kerana ilmu yang diajarkan oleh guru kepada para pelajar di sekolah
tentunya akan dikongsi bersama ibu bapa dan saudara mara pelajar itu. Cara ini berkemungkinan
akan turut membantu meningkatkan kesedaran bukan saja dalam diri pelajar itu tetapi kepada
seluruh ahli keluarga dan masyarakat sekelilingnya.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas guru ibarat ibu bapa yang kedua dalam mendidik
generasi muda membanteras gejala rasuah secara tuntas.

Dalam konteks yang lebih luas pula, pihak berwajib turut memainkan peranan signifikan dalam
membanteras gejala rasuah secara total. Kerajaan boleh mengadakan kempen secara besar-
besaran untuk menyedarkan anggota masyarakat yang masih alpa dan memandang entang
keburukan gejala rasuah . Kempen-kempen sebegini boleh diadakan di sekolah atau di tempat-
tempat awam yang menjadi tumpuan orang ramai. Dalam langkah memerdekakan negara
daripada rasuah saluran media cetak dan media elektronik turut menjadi platform utama dalam
menyebarkan Pelan Antirasuah Nasional kepada masyarakat termasuk internet yang kini lebih
digemari orang ramai terutamanya golongan remaja. Kempen -kempen yang dilancarkan mestilah
holistik agar semua masyarakat dapat menyertainya. Kesannya sudah pasti dapat dilihat dalam
jangka masa panjang kerana masyarakat semakin peka dan berwaspada dengan akibat terlibat
dengan amalan ini. Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan jelaslah bahawa badan
kerajaan mendukung obligasi berjuang memerangi ketirisan dan jenayah rasuah.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin menzahirkan
kebimbangan melalui kata-kata baginda iaitu “amalan rasuah merupakan penyakit sosial yang
seriusyang memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial”. Jelaslah
bahawa amalan rasuah ibarat  kanser yang boleh memusnahkan masyarakat, sekiranya tidak
dibanteras rasuah mungkin akan menjadi sebahagian daripada budaya hidup masyarakat di
negara kita. Justeru, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing memerangi
amalan rasuah ini daripada terus bermaharajalela. Negara yang bebas rasuah sudah pasti
dipandang mulia oleh negara asing. Bagi merealisasikan matlamat negara sebagai sebuah negara
bebas rasuah, langkah yang praktikal harus diambil dari sekarang kerana sesal dulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna.

Anda mungkin juga menyukai