Anda di halaman 1dari 19

Sejak akhir-akhir ini, kes jenayah semakin menjadi-jadi dan nisbah

bilangannya kian meningkat. Pelbagai jenis jenayah berlaku setiap hari


sehingga membimbangkan semua pihak. Nyatakan sebab-sebab
berlakunya keadaan sedemikian dan cadangkan langkah-langkah untuk
mengatasinya.

THESIS STATEMENT : Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang -


undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan
penjenayah
Menurut Kamus Dewan : - Undang - undang ialah sesuatu peraturan atau keseluruhan
peraturan yang di gubal ( dibuat ) oleh sesebuah kerajaan negeri atau negara dan iannya
mesti dipatuhi oleh setiap individu atau masyarakat tersebut. Didalam sesebuah negara
demokrasi, Parlimen membuat undang - undang yang mesti diikuti oleh setiap orang.
Jenayah ialah kesalahan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan dengan niat hendak
melakukan kesalahan itu. Dengan sebab kesalahan itu, maka orang yang melakukan
kesalahan itu boleh lah dihukum dengan balasan penjara, atau denda atau pun diseksa
atau pun boleh di kenakan hukuman mati keatas sipelaku tersebut jika terbukti akan
kesalahan yang dilakukan

Dasawarsa ini, dunia semakin maju mengikut peredaran


waktu. Namun begitu, kes jenayah juga semakin meningkat statistiknya. Gejala
ini ibarat duri dalam daging. Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah?
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini? Siapakah yang
harus dipertanggungjawabkan? Di manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan
kita? Mengapakah segala iktibar yang telah dijalankan selama ini gagal mencari
jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini? Apakah penyelesaian yang
terbaik untuk membanteras masalah sosial ini? Adakah gejala ini merupakan
kebiasaan dalam golongan masyarakat kini? Apapun alasannya, gejala jenayah
ini wajib dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa sekali gus menjamin
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Kes jenayah ini berlaku disebabkan berpunca dari desakan


hidup seseorang itu. Boleh jadi seseorang itu memerlukan wang dan berada
dalam kesempitan hidup. Situasi ini biasanya terjadi apabila mereka tidak
diterima untuk mana-mana pekerjaan dan sewaktu itu mereka sangat
memerlukan wang, sebaliknya mereka memilih jalan pintas untuk memperoleh
wanhg seperti merompak. Aktiviti rompakan ini biasanya melibatkan kes
rompakan yang melibatkan ribuan wang atau barang-barang berharga yang
sering terjadi di rumah golongan berada atau tempat-tempat awam lain seperti
bank atau pusat beli-belah. Menyedari hakikat itu, kerajaan perlu mengambil
langkah proaktif dengan meningkatkan peluang pekerjaan supaya golongan
masyarakat memiliki sumber pendapatan dendiri. Jadi, tidak akan ada lagi
alasan bagi masyarakat untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah. Justeru,
antara langkah yang boleh diambil oleh pihak terbabit adalah dengan
memperkasa bidang ekonomi supaya peluang pekerjaan meningkat.

Selain itu, nisbah kes jenayah semakin meningkat


disebabkan kurangnya kesedaran rakyat terhadap isu ini. Rakyat berfikiran
bahawa isu ini adalah sesuatu yang remeh dan dapat diselesaikan dengan
mudah, tetapi mereka tersilap. Isu jenayah ini tidak seharusnya dipandang
enteng. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah masyarakat tidak memiliki
kesedaran tentang kesan isu ini kepada pembangunan masyarakat dan ekonomi
negara. Sejajar dengan itu, pelbagai kempen antijenayah haruslah diadakan
oleh pihak terbabit bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat
terutamanya di peringkat sekolah. Hal ini demikian kerana pada tahap ini,
masyarakat terutamanya golongan muda kurang terdedah kepada kegiatan
jenayah. Antara kandungan kempen pencegahan jenayah yang diadakan
haruslah meliputi tayangan gambar atau video serta pameran berdasarkan
aktiviti jenayah. Selain itu, sesi ceramah juga boleh diadakan melalui kempen
ini. Tuntasnya, kesedaran rakyat tentang isu ini dapat dibendung secara
perlahan melalui wujudnya kempen seperti kempen antijenayah. Namun begitu,
kempen ini haruslah dilaksanakan bersama dengan jayanya seperti kata
pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Seterusnya, aktiviti jenayah ini juga turut berlaku apabila


anak-anak kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa atau sering tidak
dipedulikan oleh ibu bapa. Kesibukan ibu bapa mengejar kemewahan dan
kesenangan hidup mengakibatkan anak-anak tidak memiliki masa yang cukup
untuk diluangkan bersama keluarga. Malahan, mereka tidak mempunyai waktu
untuk mengawasi dan mendidik anak-anak di rumah. Kebebasan anak-anak di
luar rumah tanpa kawalan atau pengawasan ibu bapamenyebabkan anak-anak
sukar dibentuk dan sentiasa bertindak di luar jangkaan. Selaras dengan itu, ibu
bapa perlu memantau dan mengawasi anak-anak serta tidak membiarkan anak-
anak mereka terlalu bebas dalam pergaulan. Ibu bapa juga harus memastikan
anak-anak mereka berada di rumah dan sentiasa mendorong mereka untuk
memilih rakan yang baik kerana rakan-rakan yang baik dapat membantu
mendorong anak-anak berkelakuan baik. Ibu bapa seharusnya membentuk
anak-anak mereka menjadi modal insan yang berakhlak terpuji serta berbakti
kepada keluarga dan negara. Anak-anak hendaklah diajar semanjak mereka
kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang
dididik dan diasuh dengan sepenuh kasih sayang serta mendapatperhatian ibu
bapa tidak akan tergamak melakukan perbuatan tidak bermoral ini sehingga
mengecewakan ibu bapa. Justeru, tanggungjawab ibu bapa amat besar dalam
memastikan anak-anak bersikap positif dan menghindarkan diri daripada aktiviti
jenayah.

Di samping itu, gejala jenayah ini berlaku disebabkan


pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan insan yang paling rapat
dengan remaja. Semua permasalahan yang dihadapi oleh mereka akan dikongsi
bersama-sama rakan-rakan kerana meraka lebih mempercayai rakan-rakan
berbanding ibu bapa atau ahli keluarga meraka sendiri. Seandainya seorang
daripada rakan mereka terlibat dalam kes jenayah, hal ini turut melibatkan
rakan-rakan yang lain ibarat seekor kerbau membawa
lumpur,semuanya terpalit. Situasi ini berlaku kerana wujudnya perasaan setia
kawan dan sentiasa ingin menyertai serta mengikuti rakan yang sudah tersemat
dalam diri mereka. Oleh sebab itu, golongan muda sering disaran agar berhati-
hati sewaktu memilih rakan untuk bergaul. Tidak semua rakan adalah baik,
terdapat beberapa jenis rakan-rakan yang kadang-kadang akan mengheret kita
bersama-sama ke kancah jenayah. Dapatlah disimpulkan bahawa mereka turut
mengambil kesempatan terhadap diri kita. Akibatnya, anak-anak cenderung
untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma
masyarakat dan undang-undang . Kesimpulannya, remaja haruslah berhati-hati
atau bersikap lebih teliti lagi sewaktu memilih rakan.

Kes jenayah juga semakin bertambah disebabkan sifat


dalaman seseorang itu untuk mencuba sesuatu yang baru. Golangan remaja
terutamanya sering bertindak mengikut perasaan tanpa berfikiran waras .
Mereka menganggap tindakan mereka betul dan mereka bertindak tidak
mengendahkan nasihat atau pandangan orang lain. Dalam menongkah usia ini,
golongan ini sukar mendengar nasihat orang yang lebih tua atau
berpengalaman dari mereka seperti ibu bapa atau guru. Golongan ini boleh
dikategorikan sebagai individu yang mana jiwanya suka memberontak atau
digelar darah muda yang sering ingin mengambil risiko mencuba sesuatu yang
baru atau bahaya. Mereka tidak takut untuk melakukan kegiatan jenayah kerana
mereka berfikiran bahawa mereka akan terlepas daripada undang-undang. Hal
yang lebih utama bagi mereka ialah keseronokan dan kepuasan hati tanpa
menyedari ikut hati mati, ikut badan binasa, ikut mata leta. Oleh itu, pihak
yang terbabit seperti keluarga dan guru harus membantu untuk member ajaran
atau dorongan kepada mereka mengenai apa yang baik atau buruk.

Antara faktor lain berlakunya kegiatan jenayah adalah


apabila mereka mempunyai waktu senggang yang panjang dan tidak diisi
dengan apa-apa aktiviti sihat atau yang boleh mendatangkan faedah kepada
mereka. Masyarakat terutamanya remaja dapat mengisi waktu lapang mereka
dengan melibatkan diri dengan kelab-kelab antijenayah di sekolah seperti Kelab
Pencegah Jenayah. Kelab-kelab ini dapat menyuarakan kesan-kesan buruk atau
natijah daripada perlakuan jenayah . Di samping itu, kelab-kelab ini
menggalakkan atau member dorongan kepada ahli persatuannya untuk
melakukan perkara-perkara yang bersifat positif atau mendatangkan faedah.
Selain itu, kelab antijenayah ini dapat mencegah sebarang kemungkinan
terjadinya kegiatan jenayah dalam kalangan ahli persatuannya. Oleh itu, semua
pihak haruslah berusaha berganding bahu untuk menarik perhatian atau minat
masyarakat untuk menyertai kelab antijenayah sama ada kerajaan atau badan
bukan kerajaan agar segala aktiviti ini dapat diatasi. Tuntasnya, kelab bersifat
antijenayah mesti lebih giat dilaksanakan kerana keberkesanannya
membanteras gejala jenayah di negara ini.
Intihanya, terdapat pelbagai jalan yang dapat digembleng
bagi membendung kegiatan jenayah dalam kalangan remaja, justeru semua
pihak haruslah bekerjasama berganding bahu untuk membendung atau
melawan kegiatan jenayah agar aktiviti negative ini tidak berlarutan atau
semakin meningkat nisbahnya. Akhlak yang tinggi sesungguhnya merupakan
kunci untuk lahiriah modal insan yang berkualiti tinggi dan untuk menyumbang
kepada pembangunan negara . Separti kata cendekiawan, Ahmad Shauqi Bey,
sesungguhnya bangsa akan kekal utuh

Dari kajian pihak Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, seramai 49.17% (rujuk jadual 2)
orang-orang yang ditangkap tidak mempunyai pekerjaan. Mengikut penelitian pelakuan jenayah
mengikut 5 peringkat umur iaitu kurang 18 tahun, 19-30 tahun, 31-40 tahun, 41-50 tahun dan
51 tahun ke atas, dapati 55.47% pelakuan jenayah indeks dilakukan oleh golongan pada
peringkat umur 19-30 tahun (rujuk jadual 3). Pada dasarnya kegagalan penduduk pada
kumpulan produktif ini diserapkan ke dalam sektor pekerjaan merupakan punca kepada
peningkatan perlakuan jenayah indeks kerana golongan ini yang teramai mengalami
pengangguran. Oleh kerana ekonomi negara berasaskan ekonomi liberal dan kapitalis, ianya
cenderung menerima kesan masalah dunia. Disebabkan pengangguran dan keperluan yang
mendesak di bandar menyebabkan seseorang melakukan jenayah untuk memenuhi tuntutan
kehidupan.

Peningkatan Kos sara hidup


Kepesatan perbandaran membawa pelbagai perubahan dan kemajuan ke atas sesebuah negara
atau wilayah, seperti peningkatan taraf hidup penduduk kesan daripada perubahan dan
pertumbuhan ekonomi yang pesat. Namun demikian pada masa yang sama perbandaran yang
begitu pesat akan menimbulkan kesan ke atas peningkatan kos sara hidup di bandar yang
terpaksa dihadapi dan tidak dapat dielakkan serta membebankan masyarakat bandar. Peningkatan
kos sara hidup turut memberi kesan kepada kemerosotan taraf sosial keluarga. Hal ini memaksa
kedua ibubapa bekerja bagi menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat di bandar
sehingga kurangnya perhatian kepada anak yang akhirnya memudahkan anak-anak terdedah
kepada gejala sosial.

Perbandaran
Seiring dengan kepesatan perbandaran, wujud pelbagai masalah di bandar seperti perlakuan
jenayah. Penumpuan pembangunan sosial dan ekonomi di bandar menyebabkan wujudnya
ketidakseimbangan pembangunan di bandar. Akibatnya timbul masalah penghijrahan penduduk
dari kawasan sekitar bandar atau dari luar bandar ke bandar. Penghijrahan penduduk penduduk
ini akan meningkatkan jumlah penduduk di bandar melalui peningkatan kadar kelahiran. Situasi
ini akan memberi tekanan ke atas kapasiti penyerapan gunatenaga, kesesakan serta
persaingan kemudahan asas di bandar. Selain itu, kebanyakan yang berhijrah adalah
golongan miskin dan menganggur. Desakan hidup serta ketidakmampuan memenuhi matlamat
keperluan hidup menyebabkan golongan ini terlibat dalam kegiatan jenayah.

Sikap Masyarakat yang individualistik


Hubungan keluarga dan kejiranan yang renggang di kalangan penduduk dan sikap penduduk
yang tinggal di kawasan perumahan yang individualistik. Jika kita lihat keadaan jenayah di
kampung, kenapakah kadar jenayah di kampung adalah rendah berbanding dengan kawasan
bandar, ini adalah kerana sikap perpaduan dan saling bantu-membantu masih wujud di kalangan
mereka tetapi berlainan di bandar terutamanya di kawasan elit, tahap individualistik begitu
tinggi. Ini dengan dengan sendirinya mengecilkan ruang interaksi untuk membina satu jambatan
kemasyarakatan. Tahap mengambil tahu antara satu dengan lain berada pada tahap yang
rendah. Suatu masa dulu telah diwujudkan Rukun Tetangga di taman-taman perumahan tetapi
kini kewujudan Rukun Tetangga seperti tidak wujud lagi. Pada hal ini adalah satu mekanisme
untuk meningkatkan keakraban seterusnya mengambil tahu apa yang berlaku dalam lingkaran
masyarakat.

Kehadiran Warga Asing dan Pendatang Tanpa Izin


Mengikut Freedom House, sehingga 30 September 2006, terdapat 1.9 juta orang pekerja asing
yang bekerja secara sah di Malaysia. Kementerian Sumber Manusia pula menyatakan pekerja
asing yang bekerja secara sah ini sebahagian besar berasal dari Indonesia (64%), Nepal (10%),
India (7%), Burma (5%), Vietnam (5%), Bangladesh (3%), Pakistan dan Filipina (1%) serta
Negara lain termasuk China (4%). Pada masa yang sama dianggarkan lebih daripada 2 juta orang
pekerja asing yang bekerja secara haram dan dikategori sebagai PATI.

Tidak dinafikan kehadiran warga asing ini akan membawa bersama budaya negatif dari negara
asal dan mempengaruhi cara hidup dan budaya mereka ketika berada di negara orang. Kanak-
kanak PATI yang terabai tanpa penjagaan kedua ibubapa juga boleh menyumbang kepada
penglibatan mereka dalam jenayah.Ambil saja contoh kehidupan kanak-kanak PATI yang boleh
ditemui di Pasar Besar Kota Kinabalu, Sabah, mereka terdedah dengan gejala yang kurang sihat
seperti menghidu gam, menghisap rokok, mencuri dan bergaduh. Apakah kesan jangka panjang
terhadap kanak-kanak PATI yang dibiar terus terlibat dengan aktiviti kurang sihat ini? Bukan
tuduhan, tetapi peningkatan kadar jenayah dalam kalangan pendatang asing tentu saja berkait
rapat dengan proses hidup pendatang asing ini semasa mereka kanak-kanak. Malah secara tidak
langsung juga tingkah laku negatif kanak-kanak PATI boleh mempengaruhi kanak-kanak warga
tempatan disekelilingnya. Mengikut perangkaan tangkapan kes jenayah terhadap warga
asing seramai 25% atau 361 yang terlibat dalam kes jenayah yang dilaporkan di negeri Sabah
bagi tempoh Januari hingga Jun 2009. (Rujuk jadual 4)

Pengaruh dadah
Pengambilan dadah juga mempengaruhi penjenayah dan kebanyakan dadah yang popular
sekarang adalah jenis sintetik yang cara pembuatan menggunakan bahan kimia yang tidak
berkualiti. Rangsangan dadah ini menyebabkan penggunanya hilang kawalan dan menjadi lebih
berani. Keberanian ini yang mendorong kepada perlakuan jenayah. Bagi penagih-penagih
tegar, mereka akan sentiasa memerlukan dadah dan untuk mendapatkan bekalan yang
berterusan, bagi penagih yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan datang dari keluarga
yang miskin, penagih ini rela melakukan jenayah asalkan giannya dapat dilepaskan.

Kurangnya didikan agama


Kurangnya didikan agama yang sepatutnya dipertekankan sejak dari kecil lagi akan membentuk
akhlak dan keperibadian yang mulia di kalangan remaja. Ibubapa sepatutnya membimbing anak-
anak dan menjadikan diri mereka sebagai contoh.

Kelemahan Pengkuatkuasaan undang-undang dan sistem


keadilan jenayah.
Sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari membuat kesilapan dan tidak dapat dinafikan bahawa
di dalam setiap Jabatan terdapat kelemahan dalam menguatkuasa undang-undang. Manusia
sekarang semakin bijak, dan pihak penguatkuasa perlu mendapat kerjasama daripada masyarakat
untuk mengetahui trend terkini atau modus operandi yang digunakan oleh penjenayah bagi
memastikan jenayah dapat dibendung. Kelemahan dalam sistem keadilan jenayah perlu dikaji
dari masa ke semasa selari dengan perubahan era globalisasi. Selain itu, hukuman yang
dijatuhkan ke atas penjenayah yang telah disabitkan dengan sesuatu kesalahan jenayah,
perlulah lebih berat iaitu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan bagi penjenayah
tegar, pembebasan dengan jaminan mahkamah, sementara menanti tarikh perbicaraan perlu
dikaji semula kerana dari kajian kebanyakan penjenayah yang dibebaskan atau yang keluar dari
penjara akan melakukan semula kesalahan yang sama.

Pengaruh negatif media massa


Tidak dapat disangkal bahawa keterbukaan dalam globalisasi dunia hari ini merupakan salah satu
penyebab berlakunya jenayah salah laku masyarakat secara meluas.Internet begitu
berpengaruh berbanding media lain karana sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara. Ia
sukar ditapis, disekat dan dihalang tidak seperti media lain. Bahan-bahan lucah dengan begitu
mudah memasuki negara. Siaran-siaran radio, TV dan video yang mengandungi unsur-unsur
ganas, budaya barat, tahyul dan seks bebas akan mewujudkan suasana sekeliling yang semakin
rosak dan tidak mustahil remaja akan mencuba aksi-aksi ganas dan adegan yang memberahikan.
Akibatnya mereka terjeremus dengan perhubungan seks bebas, sumbang mahram dan melakukan
jenayah seperti mendatangkan cedera dan bunuh.

Mengejar kemewahan
Inginkan kesenangan hidup tanpa berusaha keras untuk mendapatkan kemewahan telah
mengakibatkan ramai di kalangan masyarakat melakukan jenayah. Contohnya jenayah ragut,
bagi penjenayah dan sesiapa saja yang gemar melakukan kejahatan, ragut adalah kerja yang
paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata. Apa tidaknya dengan beberapa saat saja,
dompet, telefon bimbit atau beg tangan akan dilarikan oleh peragut.

Kurang kesedaran masyarakat dalam pencegahan jenayah


Dari kajian, kebanyakan kes jenayah yang melibatkan jenayah harta benda dilakukan oleh
penjenayah kerana dapatnya peluang. Masyarakat sendiri yang telah menciptakan peluang ini
dengan tidak mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya terhadap harta benda
mereka. Contohnya, kebanyakan kes pecah kereta berlaku kerana kecuaian mangsa sendiri yang
telah meninggalkan kenderaan mereka dalam keadaan lupa dikunci atau mendedahkan harta-
harta seperti beg tangan, laptop, cermin mata dan sebagainya pada pandangan umum.

Faktor persekitaran
Kurangnya pencahayaan lampu di kawasan perumahan, taman dan jalan serta lorong yang sempit
dan keadaan pinggir rumah yang bersemak memudahkan penjenayah untuk melakukan
jenayah.Contohnya kes pecah rumah, penjenayah akan jadikan kawasan seperti ini sebagai
sasaran mereka kerana perbuatan mereka akan terlindung dari penglihatan umum dan
memudahkan mereka untuk bersembunyi.

PENGLIBATAN REMAJA DALAM JENAYAH


Jenayah bukan soal mudah dan boleh dipandang remeh. Banyak faktor boleh mengakibatkan
berlakunya jenayah dan banyak kesan negatif yang berlaku juga disebabkan oleh
jenayah. Persoalannya sekarang siapa yang melakukan jenayah ini? Jawapannya, pasti di
kalangan masyarakat sendiri dan siapakah mereka ini? Sudah tentu golongan ini pernah melalui
zaman kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa. Kajian seterusnya perlu dibuat terhadap faktor
yang mempengaruhi berlakunya jenayah di kalangan remaja.

Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini negara kita sering dikejutkan dengan kejadian jenayah
yang membabitkan golongan remaja. Contohnya kes yang dilaporkan di Sandakan, Sabah, mayat
bogel Siti Nadirah Budah yang berusia lima tahun ditemui tertanam dalam paya dan suspek yang
terlibat berumur 17 tahun. Walaubagaimanapun, kes itu bukanlah kes yang melibatkan remaja
yang paling muda memandangkan pada tahun 2000, seorang lagi budak lelaki berusia 12
tahun di dakwa di mahkamah kerana merogol dan membunuh Nor Shuhada Burak yang baru
berusia 6 tahun. Apakah yang mendorong golongan muda ini melakukan jenayah? Nampaknya
remaja semakin ganas serta berani melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan
norma masyarakat dan undang-undang negara. Mana perginya peranan ibubapa, pihak sekolah,
rakan sebaya dan media massa dalam mendidik golongan muda ini dan apakah yang akan terjadi
jika dibiarkan saja golongan ini tanpa bimbingan? Apa pula yang akan berlaku kepada negara
kita nanti kerana golongan muda inilah yang akan menjadi teras kepada kepimpinan negara?
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya
jenayah di kalangan remaja ialah;
Institusi Keluarga
Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock mentakrifkan bahawa keluarga adalah satu
kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan
ekonomi dan menambah zuriat. Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah
keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibubapa sendiri
untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi
menghormati mereka. Menurut James Becker, ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga
akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna dan ini
akan menjejaskan ketahanan diri remaja. Selain itu, dalam dunia yang serba moden ini,
masyarakat yang inginkan kemewahan akan menjadi semakin individualistik dan materialistik.
Masyarakat moden tidak lagi menerimasuratan takdir dan mereka percaya bahawa usaha mereka
boleh membawa kebaikan. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional, masyarakat
moden mempunyai cita-cita tinggi, mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang-barang untuk
kepuasan diri. Apabila kedua-dua ibubapa keluar bekerja, anak- anak akan terbiar dan tidak
mendapat perhatian daripada ibubapa yang sibuk dengan kerja masing-masing. Dengan ini,
remaja akan membantah dengan cara tersendiri untuk mendapatkan perhatian.

Terdapat kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak stabil dengan
kerosakkan akhlak di kalangan anak-anak muda.Kebanyakan remaja yang datang dari keluarga
bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama remaja
terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi jenayah.

Pihak Sekolah
Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat. Sebagai
organisasi formal, sekolah mempunyai struktur kepimpinannya sendiri. Guru Besar
bertanggungjawab memimpin guru-guru, kakitangan am dan para pelajar. Peringkat paling asas
ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah, aktiviti-aktiviti akademik serta kokurikulum. Kini,
guru tersepit dalam menghadapi karenah pelajar bermasalah yang datang darpada pelbagai latar
belakang dan corak pendidikan ibubapa. Seorang murid warganegara Malaysia di kehendaki
menerapkan nilai-nilai material dan bukan ala material, di mana jika murid ini mengingkari nilai-
nilai berkenaan, maka berlakulah penyelewangan budaya. Sekarang kurikulum
pendidikan Malaysia mengutamakan penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran untuk
membina budaya masyarakat. Walaubagaimanapun terdapat juga amalan-amalan budaya yang
berbeza di kalangan kumpulan-kumpulan di sekolah yang selalunya menganggap sekolah
sebagai sesuatu yang tidak penting dan mengamal budaya lepak, budaya botak dan budak black
metal.Kelahiran budaya ini ada hubungan dengan cara kehidupan di luar dan jika tidak diatasi,
pelajar ini akan mudah terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang tidak sihat yang menjurus kepada
penglibatan jenayah.
Media massa / Internet
Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi
masyarakat khususnya golongan remaja. Melalui teknologi yang semakin canggih, golongan
remaja mudah terdedah kepada banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai yang boleh
mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa panduan daripada golongan dewasa.
Golongan remaja mudah meniru dan mengikut hal di sekeliling mereka. Paparan adegan- adegan
negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin
tahu dan ingin cuba dengan mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan
sesetengah program televisyen. Selain dari cakera padat, bahan-bahan pornografi juga mudah
didapati melalui internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak berwajib. Oleh itu,
ibubapa seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya remaja ini
mendapat panduan yang betul.

Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya merupakan sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap
seseorang apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak. Kanak-
kanak yang berasal dari keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang
mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini
mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat dan mereka akan membuat sesuatu yang di luar
jangkaan untuk menarik perhatian orang lain.

Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah
disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Remaja yang
menganggur, pendidikan tidak kesampaian atau keciciran lebih awal, kehidupan keluarga yang
tidak terurus dengan baik, kurang disiplin serta pengawalan diri, mudah terpengaruh, asas
pendidikan agama yang lemah, kurang rasa tanggungjawab danmengharap orang lain, banyak
menimbulkan masalah dan menjadi beban kepada ibubapa dan masyarakat umumnya.
Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, oleh yang demikian, adalah
wajar bagi masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi mengatasi masalah
jenayah ini. Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibubapa perlu lebih peka dan sentiasa
mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Sedarlah bahawa peranan
ibubapa dan masyarakat adalah untuk membentuk anak-anak untuk menjadi baik. Jika sifat baik
ini dapat disemai sejak mereka kecil, sudah pasti mereka akan bebas dari aktiviti-aktiviti yang
tidak sihat kerana Polis hanya pihak berkuasa, tetapi masyarakat pula adalah pembentuk nilai
yang baik.

PENCEGAHAN JENAYAH

Jenayah boleh diumpamakan sebagai penyakit. Untuk menangani jenayah, samalah seperti
mencegah dan mengubati penyakit. Untuk mencegah dan mengubati penyakit secara berkesan,
terlebih dahulu perlulah dikenalpasti, apakah jenis penyakit serta punca dan kemudian barulah
dibuat kajian, bagaimana untuk mencegah atau mengubatinya. Sebagai perbandingan,
memerangi jenayah umpama keinginan untuk memadamkan satu kebakaran. Melalui
kaedah memadamkan kebakaran, seseorang tidak akan dapat memadamkan api sekiranya
semburan alat air atau buih daripada pemadam api itu ditujukan pada nyalaan api di bahagian
atas. Sebaliknya semburan itu mestilah dihalakan kepada punca nyalaan api yang berada di
bahagian bawah. Ini adalah kerana pada bahagian bawahlah letaknya punca kebakaran itu,
manakala bahagian atas adalah akibat kebakaran itu sahaja.

Definisi Pencegahan Jenayah


Pencegahan jenayah ialah usaha yang mengandungi strategi dan pendekatan secara reaktif dan
proaktif untuk mencegah jenayah daripada berlaku,menghapuskan peluang perlakuan jenayah,
menghapuskan hasrat untuk melakukan jenayah dan mendidik serta menyedarkan
masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah.

Konsep Pencegahan Jenayah


Usaha awal yang dilakukan oleh masyarakat dan pihak berkuasa untuk menghalang atau
mewujudkan situasi yang tidak akan memberi ruang serta peluang kepada jenayah untuk berlaku.
Pencegahan jenayah merupakan tindakan bersepadu dan berterusan yang melibatkan keseluruhan
warga Polis Diraja Malaysia dan masyarakat dalam mengatur strategi dan tindakan pencegahan
jenayah.

Pencegahan merangkumi kebolehan untuk menjangka kes-kes yang akan berlaku bersesuaian
dengan keadaan persekitaran dan trend jenayah masa kini, pemerhatian terhadap tingkah laku
masyarakat, menganalisa keadaan dan tempat yang berisiko, bertindak mengurangkan peluang
dan mengambil tindakan-tindakan untuk mencegah jenayah daripada berlaku.

Pendekatan Pencegahan Jenayah Dari Sudut Masyarakat


Masyarakat memainkan peranan paling penting dalam membantu mencegah atau mengurangkan
jenayah dari berlaku. Dua pendekatan yang perlu diambil oleh masyarakat dalam mencegah
jenayah.

1 . Komitmen orang ramai dalam menjaga harta benda sendiri dan ini akan mengurangkan
peluang penjenayah untuk bertindak. Kajian dibuat terhadap penjenayah, kebanyakkan mereka
melakukan jenayah kerana peluang yang dicipta oleh pemilik harta tersebut. Selain itu
masyarakat boleh memperketatkan lagi keselamatan sasaran dan melibatkan diri secara aktif
dalam kegiatan seperti RELA dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK).

2 . Tanggungjawab yang sah di sisi undang-undang melalui peruntukkan Seksyen 11 Kanun


Prosedur Jenayah (KPJ) yang mewajibkan tindakan orang ramai untuk menolong Majistret, Jaksa
Pendamai dan Polis dalam menangkap atau menahan orang yang telah melepaskan diri dari
ditangkap, orang yang menganggu keamanan dan memberhentikan rusuhan serta gaduh gempar.

3. Manakala Seksyen 13(1) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) memperuntukkan orang ramai untuk
memberi maklumat berhubung perkara-perkara seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 13(1)
(a) KPJ iaitu kesalahan-kesalahan terhadap Negara, kesalahan-kesalahan terhadap ketenteraman
awam, kesalahan-kesalahan mengenai tubuh badan, penculikan, melarikan orang, keabdian, kerja
paksa, rogol, sumbang mahram, perbuatan luar tabii, mencuri, pemerasan, rompak, khianat,
pencerobohan jenayah dan pecah rumah. Selain itu, peruntukkan Seksyen 13(1)(b) KPJ, orang
ramai juga diwajibkan untuk member maklumat berhubung hal kematian. Kegagalan orang ramai
untuk memberi maklumat ini kepada pihak Polis, merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen
176 Kanun Keseksaan dan boleh dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan atau dengan denda
boleh sampai RM1,000.00 atau kedua-duanya sekali.

STRATEGI PENYELESAIAN
Pada umumnya jenayah seolah-olah berkisar hanya pada masalah sosial dan keselamatan.
Namun hakikatnya jenayah adalah masalah yang berhubung rapat dengan soal pendidikan.
Dalam konteks ini, jenayah hanyalah umpama buah busuk yang muncul di hujung tangkai,
sedangkan iasebenarnya sudah bermula lebih awal iaitu pada akar. Selalunya fokus kita hanya
terbatas untuk menangani presenting problem yang bersifat luaran. Jarang kita mahu menyelam
untuk mencari hakikat atau real problem yang bersifat dalaman. Akibatnya, jalan penyelesaian
yang kita pilih selalunya terfokus kepada soal-soal kulit yang bersifat hukuman, bukan lagi
kepada soal isi yang bersifat pendidikan.

Oleh yang demikian pendekatan Pencegahan Jenayah haruslah dilihat dari sudut penguatkuasaan
undang-undang, kaunselling dan pendidikan yang melibatkan pelbagai pihak seperti Jabatan-
Jabatan Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan masyarakat sendiri, terutamanya ibubapa.

Penguatkuasaan undang-undang
1 . Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Seperti peruntukkan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, salah satu tugas utama pihak Polis Diraja
Malaysia ialah untuk mencegah dan mengesan jenayah.

2. Sistem Keadilan Jenayah

Sistem Keadilan Jenayah yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara,
Mahkamah, Penjara (Rawatan / Pemulihan) memainkan peranan yang penting dalam mencegah
jenayah di mana,pihak Polis akan mencegah dan mengesan jenayah, menangkap serta mendakwa
penjenayah. Jabatan Peguam Negara akan mengkaji serta mengubal undang-undang selari
dengan trend jenayah masa kini. Pihak Mahkamah hendaklah memastikan setiap kes atau
penjenayah yang dituduh di mahkamah dibicara secepat mungkin agar kes tidak tertangguh
dengan lamanya. Hukuman yang dijatuhkan kepada penjenayah hendaklah setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan. Tugas pihak Penjara pula ialah untuk menginsafkan serta
menyedarkan banduan yang dibebaskan setelah menjalani hukuman, agar mereka tidak akan
terjebak atau melakukan kesalahan jenayah lagi.

Kaunselling
Salah satu langkah pencegahan yang baik ialah melalui khidmat nasihat. Kaunselling di
peringkat sekolah atauIPT, memainkan perana penting dalam membantu remaja mengatasi
masalah mereka. Di samping itu kaunselling juga boleh dilaksanakan sebagai penunjuk arah
kerjaya yang patut dituju oleh remaja. Selain itu para guru kaunselor di sekolah-sekolah
juga boleh menganjurkan Peer Kaunselling di kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang
baik untuk membantu hubungan yang sihat di kalangan remaja danmemupuk rasa
tanggungjawab di antara satu sama lain. Menurut kajian seperti dicatatkan dalam Cohen (1975)
dan Phelps (1976), remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka di kalangan rakan sebaya
dengan mereka.
Oleh itu program ini bermanfaatkan jika dirancang dengan teliti dan mengambil merekayang
berpengalaman dan mempunyai asas-asas kaunselling remaja untuk menganjurkan dan
memantapkan program tersebut.

Selain itu, pihak-pihak NGO juga memainkan peranan yang penting dalam memulihkan balik
semangat mangsa-mangsa kes-kes penderaan, rogol dan lain-lain kes jenayah. Antara aktiviti-
aktiviti yang boleh dijalankan ialah dengan memberi khidmat nasihat dan ceramah motivasi agar
mangsa-mangsa ini berupaya untuk keluar dari pompongan trauma yang dialami.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui program pemulihan dalam komuniti dan pemulihan
di Institusi dapat memberi peluang kepada para penjenayah juvana untuk hidup bersama
masyarakat tanpa menyisihkan mereka dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Pendidikan
Jenayah adalah produk proses pendidikan yang tidak selesai dan ia adalah pelakuan lahiriah yang
bermula dari dalam diri, yang berkait soal kejiwaan, perasaan dan pemikiran. Ia disebabkan oleh
sifat-sifat dalaman yang negatif. Misalnya rogol, bunuh, rompak adalah lahir daripada sifat-sifat
buruk dalam diri pelaku akibat daripada sikap tamak, buas, marah, hasad dengki, kecewa dan
rakus. Dengan ini jelaslah sifat-sifat buruk yang menjadi punca berlakunya jenayah yang tidak
dapat diatasi oleh penguatkuasaan undang-undang semata-mata. Justeru undang-undang hanya
boleh dikuatkuasakan pada perlakuan-perlakuan lahiriah yang telah berlaku, sedangkan sifat-
sifat buruk yang menjadi punca, tidak boleh diatasi sebelum ia diterjemahkan dalam bentuk
tindakan.

Jabatan Pelajaran
Melalui pendekatan akademik iaitu dengan menambahkan lagi aktiviti-aktiviti berteraskan
akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah dan IPT. Ceramah-
ceramah sivik yang menekankan pengetahuan agama, kesedaran mengenai jenayah dan bahaya
pengambilan dadah akan memberi gari panduan kepada para pelajar untuk bertindak. Sistem
pendidikan merupakan wadah yang paling baik untuk menetapkan nilai-nilai akhlak dan moral
yang baik. Pendidikan moral dapat memberi pengaruh sangat besar dalam mencorak sikap dan
akhlak seseorang yang akan mempengaruhi nilai-nilai sosialnya.

Masyarakat
Masyarakat memainkan peranan paling penting dalam membantu dalam mencegah atau
mengurangkan jenayah dari berlaku. Dua pendekatan yang perlu diambil oleh masyarakat
dalam pencegahan jenayah;

1. Komitmen orang ramai iaitu dengan mengurangkan peluang penjenayah, memperketatkan


keselamatan sasaran dan melibatkan diri dalam aktiviti RELA dan Jawatan Kuasa Keselamatan
Kampung (JKKK).

2. Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan


personaliti remaja. Apabila nilai- nilai dan norma-norma masyarakat sihat, remaja
yang membesar dalam situasi ini turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab,
berdedikasi, rajin berusaha dan sedia berkorban untuk menolong orang lain.

Ibubapa
Ibubapa merupakan penentu pola-pola tingkah laku remaja. Ibubapa yang sentiasa member
dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi (T. Marimuthu, 1990). Disiplin
yang berterusan dan hubungan yang baik antara ibubapa dengan remaja dapat meningkatkan
motivasi di dalam pelajaran. Keutuhan keluarga dapat menjamin kecemerlangan remaja
khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti. Cara gaya keibubapaan atau
cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi personaliti remaja.

Punca Peningkatan Jenayah Ragut


1. Kecuaian orang ramai tentang keselamatan diri dan barangan berharga - gagal mengikuti
/ mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa berada di tempat terbuka atau di tempat
awam - menunjuk-nunjuk barangan berharga atau wang - membawa beg tangan dengan
cara yang mudah diragut - letak beg tangan dalam bakul motosikal yang terdedah/
m,enyandang beg tangan di bahu tanpa di pegang/meletak barangan berharga di dalam
kereta yang mudah dilihat peragut cth. beg tangan di atas tempat duduk kereta / berjalan
mengikut arus trafik menyebabkan mangsa gagal peragut yang datang dari arah belakang -
berjalan bersendirian di tempat sunyi - salah anggapan bahawa kawasan yang biasa dilalui
adalah selamat - anggap mereka tidak akan menjadi mangsa.

2. Penguatkuasaan undang-undang antijenayah yang kurang berkesan - kehadiran anggota


keselamatan yang berpakaian seragam/kereta peronda mudah dikesan peragut - kawasan
operasi peragut terlalu luas - anggota keselamatan ada tugas lain dan kekurangan tenaga -
peragut bijak mengelak dikesan anggota keselamatan - sukar menangkap/menahan
peragut kerana kejadian berlaku pantas dan ditempat yang sesak-lagipun peragut
menggunakan motosikal dan berkumpulan.

3. Pengangguran dan masalah penagihan dadah - semakin ramai orang yang menganggur
dan menagih dadah semakin banyak kes ragut berlaku - statistik menunjukkan 90 %
peragut merupakan golongan penganggur , manakala 85% penagih dadah. Jumlah penagih
dadah memang semakin meningkat di negara ini - meragut menjadi punca pendapatan
untuk membeli dadah atau menyara diri - meragut juga merupakan jalan mudah untuk
mendapat wang segera yang banyak - ada peragut yang menjadi kaya-raya dengan
jenayah yang dilakukan mereka.

4. Keruntuhan akhlak dan longgarnya pegangan agama - semakin banyak orang hari ini
yang rendah akhlak dan terlibat dengan pelbagai masalah sosial -mereka juga semakin
menjauhi ajaran agama yang dianggap penghalang kepada kehidupan bebas - meragut
bagi mereka bukan satu dosa yang perlu difikirkan sedangkan diri mereka bergelumang
dengan pelbagai dosa besar yang lain seperti berzina, minum arak, mengambil dadah,
membunuh, dan sebagainya.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JENAYAH


Usaha Menangani Jenayah Di Negara Ini

Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam
kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan jenayah yang acapkali didengar
melalui media elektronik, media cetak mahupaun percakapan orang ramai. Gejala ini sememangnya
menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa remaja yang mudah
memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang biasa mencabar. Adakah gejala ini merupakan satu
kebiasaan dan tidak perlu dibanteras? Adakah gejala ini menjadi kebanggaan para remaja kini yang
mampu mewujudkan pelbagai kumpulan berhaluan kiri sehinggakan tiada sebarang tindakan diambil?
Mungkinkah ini salah satu cara ppergaulan yang diinginkan untuk memupuk semangat perpaduan?
Tuntasnya, gejala jenayah ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa
seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan seharian.

Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa, adik-
beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidk anak agar tidak terjerumus
dalam perkara social seperti gejala jenayah ini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan satu
ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-
anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-
anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi
bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima
oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak seharusnya
bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan
tanggungjawab kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya
kepada anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat
mengadu masalah.

Selain itu, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah yang merupakan isu
terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini
merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan
dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Antaranya ialah dengan pengawalan rapi
oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan
kawasan tersebur bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan
pengawalan daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan si penjenayah
dari melakukan akiviti mereka dan seterusnya mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Bantuan
daripada alat-alat teknologi pada zaman kini dapat membantu kita menyempurnakan konsep bandar dan
pekan selamat. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini
dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep bandar
dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah daripada
melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas
sekali merupakan usaha yang efektif bagi mencegah jenayah.

Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar
sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras kes jenayah. Mata
pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan
juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata
pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur
keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan
negara. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata
pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja.

Selain itu, kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan peluang pekerjaan.
Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah yang sedang kita bincangkan ?
Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan.
Perkara ini dikatakan dapat mencegah jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam
kancah jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup. Oleh itu, mereka
mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi gelap, pengedaran dadah,
perompak, dan sebagainya. Sekiranya mereka memiliki satu pekerjaan yang tetap, sekurang-kurangnya
mereka sudah memiliki penggantungan untuk menampung hidup selain melalui cara yang diharamkan
agama mahupun negara. Secara tuntasnya, antara usaha yang boleh dilakukan kerajaan bagi mencegah
jenayah di Malaysia adalah dengan memperkasakan bidang ekonomi bagi meningkatkan peluang
pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pelbagai
kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja
terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah
kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah
setelah terlibat dalam kempen-kenpem kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan
jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti
jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai
kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya
diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat
membimbangkan.

Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk
menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kelab
Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat
antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan
melakukan jenayah malahan menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang
berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Kelab bersifat antijenayah sosial dapat didefinisikan sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang
penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah,
mencegah lebih baik daripada mengubati. Kegiatan-kegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam
kalangan remaja seperti gangsterisme, vandalisme dan buli didapati semakin merosot sejurus
selepaspenubuhan kelab-kalab bersifat antijenayah sosial di sekolah. Oleh itu, kelab-kelab bersifat
antijenayah sosial haruslah lebih giat dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini.

Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yag boleh dilakukan bagi membendung jenaah sosial di negara ini.
Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti negatif ini tidak
berlarutan dan bertamabh serius lagi. Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Johor (JPJ) ada mengadakan
kawalan jalan raya terutamanya pada waktu malam untuk mengawasi keadaan jalan raya supaya tiada
sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku seperti lumba haram. Tindakan JPJ ini
sememangnya wajar dilakukan agar kegiatan jenayah lain dapat dielakkan. Lama-kelamaan, mat-mat
rempit enggan berlumba secara haram kerana takut akan tindakan yang bakal diambil oleh pihak
berkuasa. Oleh hal yang sedemikian, jenayah-jenayah sosial dapat dikurangkan daripada terus merebak
di Malaysia.

Pengenalan
Warga Malaysia semacam tidak lagi berasa selamat di negara ini.Jenayah negeri dan tidak masuk
akal dilaporkan setiap hari. Sudah tidak selamat lagi untuk beriadah, ke sekolah, berada di tempat kerja
dan berehat di kawasan Rehat dan Rawat di lebuh raya. Menurut Laporan Kualiti Kehidupan , kadar
jenayah setiap seribu penduduk meningkat 3.8 peratus pada kepada 6.2 peratus pada 2002. Akibatnya,
kapasiti muatan penjara sudah melebihi. Mereka yang dihukum oleh sebab jenayah kini berada di penjara
yang sudah padat. Malah, nisbah warder dan banduan melebihi standard antarabangsa.

Dalam statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2004 pernah didedahkan setiap hari di negara ini 1.5
orang dibunuh, 4.7 dirogol, 68.2 insiden pecah rumah, 23.6 kereta dicuri, 141.3 motosikal dicuri dan 41.9
insiden rompakan. Malah, jenayah membabitkan juvana juga meningkat. Mereka yang terbabit
nampaknya semakin muda termasuk yang terjebak dalam jenayah dadah dan seksual. Pada 2006 ada
8,113 kes juvana dan 3,545 pelajar ditahan. Pengaruh televisyen dan internet yang mengandungi unsur
ganas dan seks dikenal pasti mempengaruhi peningkatan jenayah di kalangan remaja dan kanak-kanak.

Seramai 1,831 membabitkan remaja bersekolah. Dalam sesetengah kes ada yang membabitkan
kanak-kanak seawal umur 7 hingga 10 tahun. Pelbagai langkah dilaksanakan untuk mencegah jenayah di
negara ini. Kami berpendapat selagi tidak ada suatu ketegasan dan kesungguhan untuk membanteras
jenayah daripada puncanya, selagi itulah peningkatan jenayah akan berterusan. Janganlah hendaknya
kenyataan negara maju seperti di Amerika Syarikat yang menjadi antara negara yang paling bahaya
untuk diduduki menjadi realiti di negara ini.

2. Konsep Jenayah

Keamanan dan kestabilan sesuatu tempat atau negara bergantung bukanlah sesuatu yang
semula jadi. Ia mesti diwujudkan dan dikekalkan . keamanan dan kestabilan tidak akan wujud
jika terdapat anasir-anasir yang menggugatnya seperti pengacau, pencuri, perosak, pemera,
perasuah dan sebagainya. Pengawalannya dan pembanterasan anasir-ansir tersebut menjadi
tugasundang-undang jenayah. Manakala perbuatan yang menggugat tersebut dekenali sebagai
jenayah.

Perbuatan yang diakatakan jenayah itu mestilah dihalang atau diambil tindakan seperti
menangkap pelakunya. Mahkamah diperlukan untuk menentukan pelaku jenayah itu bersalah
atau tidak. Selepas dihukum bersalah, maka perlu pula dikenakan hukuman keseksaan supaya
pesalah itu serik, orang lain selamat dan akhirnya masyarakat menjadi selamat, tenteram dan
stabil. Begitulah secara kasarnya konsep jenayah, dan daripada konsep ini definisi jenayah dapat
dibuat.

2.1.Definisi Jenayah
Daripada konsep undang-undang jenayah ciptaan tersebut maka definisi jenayah ialah
sebarang perbuatan (tinggalan) yang melanggar undang-undang yang boleh diambil tindakan
(seperti ditangkap) dan diadili (melalui mahkamah) dan apabila disabitkan bersalah dikenakan
hukuman keseksaan. Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan
masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa
mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.
Jenayah di Malaysia disabitkan dengan :
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A324 AKTA KANUN ACARA JENAYAH
(PINDAAN DAN PERLUASAN) 1976

Akta ini bolehlah dinamakan Kanun Keseksaan


Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia
Tiap tiap orang bolehlah dikenakan seksaan dibawah Kanun ini dan tidak dibawah mana mana undang
undang lain bagi tiap tiap perbuatan atau ketinggalan yang berlawan dengan peruntukannya yang
dilakukannya di dalam malaysia.
Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan diluar Malaysia tetapi boleh disisi undang undang
dibicarakan dalam Malaysia.
Seseorang yang disisi undang undang kena dibicarakan kerana suatu kesalahan yang dilakukan di luar
Malaysia hendaklah dibicarakan menurut peruntukan Kanun ini kerana apa apa perbuatan yang
dilakukan di luar Malaysia sama seolah olah perbuatan itu dilakukan dalam Malaysia.
3. Senario Jenayah Kini
Kadar di Malaysia lebih tinggi daripada kadar yang boleh diterima di peringkat
antarabangsa iaitu 1:3. Penjara kita hanya boleh memuatkan 31,000 tahanan tetapi kini ada
39,000 tahanan. Kini ada 9,974 warder dan ini menjadikan kadar kita ialah 1:4.5. Dilaporkan
hampir semua penjara kita sudah melebihi muatan. Kita juga menerima laporan bahawa 16
penjara lagi akan dibina. Baru-baru ini kilang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang
terbiar dicadangkan juga akan diguna untuk ditukar menjadi penjara sementara.
Sebagai reaksi, kerajaan menambahkan anggota polis di bandar raya itu di samping
rondaan lebih kerap termasuk rondaan helikopter pada setiap malam. Apa yang lebih
mencemaskan kita ialah bukan saja kekerapan jenayah meningkatkan namun lebih
membimbangkan ialah jenis jenayah berat juga meningkat. Kadar kes bunuh, rompakan
bersenjata, ugut, rogol dan gangsterisme didapati meningkat Angka semakin merisaukan kerana
kini kadar jenayah dilaporkan meningkat lebih daripada 15 peratus di seluruh negara. Hampir
semua negeri mencatat kenaikan kadar jenayah
Mutakhir ini, kes-kes jenayah yang berlaku di negara ini kian berleluasa. Kes jenayah seperti
rompakan, gengsterisme, vandalisme, bunuh, rogol, dan sebagainya acap kali menghiasi dada-
dada akhbar, majalah dan lain-lain. Kes jenayah dapat dibahagikan kepada enam kategori,
jenayah berat yang melibatkan senjata, jenayah ringan seperti gengsterisme dan vandalisme,
jenayah narkotik yang melibatkan kes pengedaran dan penyeludupan dadah, jenayah komersial
seperti kes maksiat, pelacuran dan perjudian, jenayah perdagangan yang merangkumi isu rasuah
dan korupsi serta jenayah kolar putih yang melibatkan jenayah oleh golongan profesional. Pihak
kerajaan telah bertungkus lumus mencari mekanisme yang lebih efektif dalam menangani
masalah jenayah yang menular dalam kalangan masyarakat hari ini, Namun kes-kes jenayah
dilaporkan semakin meningkat, terutamanya jenayah berat seolah-olah dasar yang diambil
kerajaan seperti kurang berkesan. Justeru, langkah-langkah yang drastik perlu diambil bagi
mengelakkan masalah jenayah daripada berleluasa di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai