Anda di halaman 1dari 14

1.0 PENGENALAN.

Salah satu masalah yang remaja yang merunsingkan di Malaysia adalah masalah seks bebas
dan kes seksual remaja sama kerana suka-suka atau dirogol. Kerosakan daripada masalah
ini melibatkan maruah diri remaja dan keluarga mereka dalam kalangan masyarakat. Implikasi
daripada kehamilan anak luar nikah juga merupakan rentetan sedih bagi remaja dan keluarga
mereka, serta anak yang dikandungi dan dilahirkan.

Masalah seksual apabila dikaitkan dengan masalah remaja, maka dirujuk sebagai
perbuatan melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan yang sah atau juga dipanggil
sebagai seks bebas. Sedangkan remaja yang melakukan aktiviti seks dengan bertukar-tukar
pasangan pula dipanggil sebagai seks rambang. Salah satu daripada masalah seks juga ialah
rogol dalam kalangan remaja atau mangsanya adalah remaja. Rogol dimaksudkan perbuatan
memperkosa (perempuan). Perkataan merogol pula merujuk melakukan persetubuhan secara
paksa atau memperkosa. Perogol pula bermaksud orang yang merogol (Kamus Dewan, 2005;
Kamus Pelajar, 2008).

Remaja mudah terjebak dengan masalah seks ini disebabkan berlaku proses
perubahan antara zaman anak-anak dengan zaman dewasa. Pada masa perubahan ini,
emosi remaja agak tidak stabil sehingga mereka mudah terdorong dengan dorongan ke arah
memenuhi keinginan seks ini. Masalah yang paling utama daripada masalah seksual remaja
ini adalah disebabkan kesediaan remaja itu sendiri terhadap kesan daripada aktiviti seks
tersebut sedangkan mereka masih lagi tidak bersedia daripada segi fizikal, mental, dan
ekonomi (Sari Banun & Soedijono, 2013). Bahkan aspek sosial merupakan aspek sangat
memberi kesan kepada remaja yang terlibat dengan aktiviti seksual pada usia muda ini
(Sarnon et al., 2012).

2.0 FAKTOR-FAKTOR GEJALA SEKS BEBAS.

2.1 Keinginan seksual.

Keinginan seksual, akan datang kepada kanak-kanak yang sedang meningkat remaja
khususnya yang mula baligh. Keinginan seksual ini mendorong seseorang remaja itu untuk
rasa tertarik kepada pasangan berlainan jantina. Keinginan ini datang sehingga mereka
tertarik untuk melihat, memegang, meraba, bercumbu-cumbuan, dan akhirnya bersanggama
(Sari Banun & Soedijono, 2013).

Keinginan ini sememangnya datang kepada remaja atas sifat semula jadi yang bersifat
fitrah dan syahwat (Muhyidin, 2014; Sarnon et al., 2012). Sifat semula jadi keinginan seksual

1
ini pula dalam masa yang sama tidak dibentengi pula dengan nilai keagamaan sehingga
mereka hilang rasa malu untuk menunaikan keinginan mereka dengan cara yang salah tanpa
berselindung. Satu hadis menjelaskan (Al-Bukhari, 2001: 3484):

Maksud: Abu Mas‘ud RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya daripada
yang diketahui oleh manusia berupa kata-kata kenabian ialah ‘apabila kamu tidak rasa malu,
maka lakukanlah apa sahaja keinginanmu’.”

(Al-Bukhari)

Hadis ini jika dilihat dari perspektif remaja membawa maksud bahawa walaupun
keinginan syahwat itu bersifat semula jadi, mereka wajar berasa malu untuk menunaikan
keinginan syahwat itu dengan jalan yang salah dan bersabar terhadap dorongan tersebut
untuk memenuhinya. Justeru, ganjaran pahala yang besar diberikan terhadap orang yang
sabar daripada memenuhi dorongan nafsu tersebut. Nabi pernah bersabda seperti hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurayrah RA (Al-Bukhari, 2001: 6806; Muslim, t.th.: 1031):

Maksud: Tujuh golongan yang Allah SWT melindungi mereka dengan lindungan arasynya
(daripada kepanasan matahari) pada hari yang tiada perlindungan melainkan
perlindungannya:… dan seorang lelaki atau remaja yang dipujuk rayu oleh seseorang wanita
kaya dan cantik, tetapi dia menjaga maruah dirinya dengan berkata: “Sesungguhnya aku
takut akan Allah!”

(Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini bermaksud bahawa remaja yang berjaya menahan dirinya daripada
memenuhi keinginan syahwat dengan jalan yang salah sementara menunggu jalan
perkahwinan yang halal, maka mereka mendapat ganjaran perlindungan Allah SWT ketika
semua umat manusia dalam kesusahan di Padang Mahsyar. Hadis ini juga menunjukkan
bahawa faktor dalaman dorongan syahwat ini dari perspektif Islam dianggap sebagai cabaran
kepada remaja untuk ditangani dengan sempurna dan baik oleh mereka. Hal ini bermaksud
bahawa keinginan ini perlu ditangani dengan baik para remaja dalam rangka mereka
menyiapkan diri agar dapat menyiapkan diri ke arah pembinaan rumahtangga bagi
melunaskan tuntutan ini dengan cara yang halal. Cara yang halal ini ialah melalui jalan
perkahwinan yang diredai oleh Allah SWT. Hal ini terbukti daripada penjelasan hadis berikut
(Al-Bukhari, 2001: 5066; Muslim, t.th.: 1400):

2
Maksud: ‘Abdullah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para remaja! Sesiapa
dalam kalangan kamu yang memiliki kemampuan, hendaklah dia berkahwin. Hal ini kerana
perkahwinan menundukkan pandangan syahwat dan menjaga kemaluan daripada zina.
Sedangkan sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa
menjadi benteng (kepada keinginan syahwat).

(Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini meraikan sifat semula jadi syahwat agar dilunaskan dengan jalan yang betul,
iaitu melalui perkahwinan. Jika tidak bersedia lagi dari segi kemampuan, maka para remaja
perlu berusaha untuk mengawal keinginan ini dengan pelbagai cara yang dianjurkan oleh
Islam yang akan dibincangkan nanti termasuk juga dengan cara berpuasa.

2.2 Pergaulan Bebas.

Pergaulan bebas seseorang remaja dengan kawan-kawan yang rosak dengan aktiviti
bermasalah seksual sama ada kawan lelaki atau perempuan merupakan antara faktor mereka
remaja ini terjebak pula dengan aktiviti seksual yang menyimpang ini. Oleh sebab itu,
Rasulullah SAW ada berpesan kepada ibu bapa dalam satu hadisnya (Al-Tirmidhi, 1998:
2378; Abu Dawud, 2009: 4833; Ahmad, 2001: 8417):

Maksud: Abu Hurayrah RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda: “Seseorang lelaki itu
mengikut agama kawannya. Oleh itu, lihatlah kamu siapa yang dia berkawan.”

(Al-Tirmidhi, Abu Dawud, dan Ahmad)

Hadis lalu (Al-Bukhari, 2001: 6806; Muslim, t.th.: 1031) dengan disokong oleh hadis
ini menunjukkan bahawa kawan sama ada wanita dan lelaki pada peringkat remaja banyak
memberi cabaran kepada seseorang remaja untuk melakukan kejahatan dan mendorong
kepada amalan seksual dan zina. Oleh kerana itu, setiap ibu bapa dan para remaja itu sendiri
wajar memilih kawan yang mendorong ke arah kebaikan berbanding memilih kawan yang
menghanyutkan mereka ke lembah maksiat dan perzinaan.

3
2.3 Pornografi.

Dalam Islam, melihat wanita yang bukan mahram tanpa sebab syarak sahaja sudah dianggap
satu dosa (Jasmi, Kamarul Azmi et al., 2007). Hal ini sebagaimana perintah Allah SWT dalam
firman-Nya:

Maksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat
Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada
perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang
yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.

(Surah al-Nur, 24:30-31)

Ayat ini menunjukkan bahawa remaja lelaki yang melihat wanita dan sebalik tanpa
tujuan syarak boleh mendorong mereka kepada keinginan syahwat. Ayat ini menjelaskan
bahawa dengan melihat wanita yang menutup aurat sekalipun masih boleh mendorong
remaja lelaki dan remaja wanita cenderung kepada keinginan syahwat, maka dorongan
syahwat yang lebih dahsyat boleh berlaku jika seseorang remaja lelaki atau wanita melihat
wanita dan lelaki yang sedang berbogel dan sedang melakukan aksi lucah. Justeru,
pengharaman melihat bahan pornografi lebih berdosa daripada hukum melihat wanita itu
sendiri.

2.4 Pesta Muzik dan Bahan yang Mengkhayalkan.

Arak dan perkara yang memabukkan yang diadun dengan muzik merupakan ramuan penting
yang menjadi pendorong utama kepada masalah seks terlarang dan seks luar nikah (Buang,
2005). Remaja yang berada dalam pesta muzik dan terdedah kepada aktiviti percampuran
lelaki dan perempuan dan kawan-kawan yang sama mencari keseronokan amat terdedah
masalah seks terlarang (Yuliancella, 2015).

Pengharaman arak serta semua perkara yang boleh memabukkan dan muzik yang
melalaikan dalam Islam antaranya disebabkan kerosakan akal daripada kedua-dua perkara
tersebut. Hal ini menyebabkan manusia tidak boleh berfikir dengan sempurna bagi
menentukan sesuatu perilaku itu baik mengikut syarak atau buruk yang melanggar syarak
(Yusof, 2014). Seseorang remaja yang berada dalam tempoh tidak waras ini dan dalam masa
yang sama mereka bercampur aduk dengan kawan lelaki dan perempuan yang sama-sama

4
hilang kewarasan, maka sudah tentu dorongan kepada masalah seksual terlarang berlaku
(Ismail, 2015).

3.0 KESAN BURUK MASALAH SEKS BEBAS.

3.1 Ketagihan Seks.

Salah satu kesan buruk terhadap amalan salah laku seks dan seks terlarang adalah ketagihan
terhadap perlakuan tersebut. Menurut kajian Subhi et al. (2012), kebanyakan remaja
khususnya remaja perempuan pada mulanya mereka melakukan seks atas dasar cinta dan
sayang kepada pasangan mereka. Setelah terjebak dengan aktiviti ini mereka bukan lagi
melakukan seks ini kerana dasar tersebut, tetapi lebih kepada masalah ketagihan
melakukannya. Remaja yang terlibat ini dengan aktiviti ini sehingga sanggup bertukar-tukar
pasangan bagi memenuhi ketagihan seks yang dialami mereka dan melakukannya seperti
pasangan yang sudah berkahwin dari segi kekerapan melakukannya.

3.2 Kehamilan yang Tidak Diundang.

Seks terlarang merupakan penyebab utama kepada kehamilan anak luar nikah yang tidak
diinginkan oleh remaja yang terlibat. Kajian KKPM (2014) mendapati bahawa remaja antara
13-17 tahun yang pernah terlibat dengan seks terlarang ini, 11.3 peratus yang didapati
mengandung. Kehamilan ini menyebabkan kelahiran sebanyak 60.8%, mati dalam kandungan
(8.5%), digugurkan (31.1%), keguguran (24.1%). Data ini menunjukkan bahawa remaja
perempuan paling terkesan kepada keburukan seks terlarang berbanding lelaki dengan
kerana berlakunya kehamilan tersebut (Jasmi, Kamarul Azmi, 2017). Anak tersebut pula
menjadi beban kepada remaja yang hamil bukan sahaja ketika mengandungkan anak luar
nikah tersebut bahkan setelah kelahiran anak tersebut. Kerosakan sistem reproduktif remaja
ini dengan sebab menggugurkan anak juga boleh menyebabkan masa depan remaja tersebut
musnah (Hasbullah, 2016).

3.3 Penularan Penyakit Berjangkit.

Salah satu daripada bahaya seks terlarang adalah kerana penularan penyakit berbahaya
melalui kegiatan seks terlarang dan rambang (Mansor, 2012). Penyakit yang paling
dibimbangi penularannya ialah acquired immunodeficiency syndrome (AIDS) yang
disebabkan oleh virus Human Immunodeficiency Virus HIV. Menurut KKPM (2014), AIDS
menular disebabkan oleh seks terlarang adalah sebanyak 71.3% berbanding dengan cara
yang lain. Remaja yang mengambil dadah secara suntikan dengan berkongsi jarum antara
penyebab utama jangkitan HIV. Golongan ini pula merupakan penyumbang utama penyakit

5
AIDS yang disebarkan melalui seks terlarang (Anuar, 2014). Ringkasnya, penagih dadah dan
seks terlarang merupakan kitaran yang memudahkan seseorang dijangkiti dengan penyakit
AIDS ini.

3.4 Kenangan Buruk dan Rasa Bersalah.

Remaja yang terlibat dengan masalah seks sama ada masalah seks terlarang atau dirogol
akan sentiasa dirundung dengan kenangan buruk tersebut sepanjang kehidupan mereka.
Kenangan buruk ini bukan sahaja dipikul oleh remaja tersebut, tetapi juga oleh ahli keluarga
mereka yang tercalar maruah mereka di mata masyarakat (Siron, 2010). Kenangan buruk dan
rasa bersalah ini bahkan menjadi igauan buruk dengan lebih mendalam apabila mereka
didapati dijangkiti dengan penyakit AIDS disebabkan virus HIV.

4.0 CARA MENANGANI MASALAH SEKS BEBAS.

4.1 Memisahkan Tempat Tidur Anak.

Perasaan malu antara sesama adik-beradik lelaki sama ada antara adik beradik lelaki atau
antara adik-beradik lelaki dan wanita perlu ditanamkan sejak mereka berumur sepuluh tahun
lagi. Pemupukan sifat malu ini dilakukan dengan memisahkan tempat tidur antara mereka jika
antara adik beradik lelaki dan memisahkan bilik antara adik beradik lelaki dan wanita (Jasmi,
Kamarul Azmi & Md Salleh, 2007). Penjagaan aurat dengan menutup tubuh keseluruhannya
kecuali rambut, tangan dan kaki juga perlu diterapkan sehingga rasa malu dalam kalangan
adik beradik dan antara ibu bapa dengan anak-anak dapat ditanamkan (AlBukhari, 2001:
3484). Tuntutan penjagaan ini sebagaimana yang dituntut oleh hadis berikut (Abu Dawud,
2009: 495; Ahmad, 2001: 6689):

Maksud: ‘Amru bin Shu‘ayb menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Perintahkanlah anakmu bersolat ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotanilah mereka
jika meninggalkannya ketika mereka berumur sepuluh tahun. Ketika umur ini juga, pisahkan
tempat tidur mereka.”

(Abu Daud dan Ahmad)

Penjagaan solat bagi mengekalkan hidayah, sedangkan pemisahan tempat tidur bagi
penjagaan sahsiah anak untuk rasa malu antara mereka dalam hal kejantinaan. Rasa malu
ini diwujudkan dengan cara pemakaian yang sederhana dalam keluarga dan tidak menjolok
mata sekalipun dalam kalangan adik beradik.

6
4.2 Larangan Anak Masuk Bilik Ibu Bapa Pada Tiga Waktu Tanpa Izin.

Terdapat perintah al-Quran agar mendidik anak khususnya anak yang sudah baligh untuk
meminta izin jika ingin masuk ke bilik ibu bapa mereka pada waktu antara zohor dan asar dan
antara isyak dan subuh. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT:

Maksud: Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh
dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam
tiga masa; (iaitu) sebelum solat subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana
kepanasan tengah hari, dan sesudah solat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya
terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga
masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan
kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah
Allah SWT menerangkan kepada kamu ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-Nya); dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(Surah al-Nur, 24:58)

Larangan ini bertujuan agar anak tidak terdedah dengan aktiviti seks ibu bapa seperti
bercumbu-cumbuan antara mereka, melakukan aksi ringan dan aksi berat antara suami dan
isteri di hadapan anak-anak. Tujuan larangan ini, supaya anak-anak tidak meniru aksi ibu
bapa mereka jika mereka terserempak dengan sesuatu yang menjadi halal selepas
pernikahan.

4.3 Bertaubat dan Berdoa Agar Dijauhkan Daripada Dosa Zina.

Allah SWT sememangnya menjadikan taubat sebagai ubat bagi segala penyakit dosa yang
dilakukan. Kesan daripada taubat nasuha terhadap dosa yang ditaubatkan, Allah SWT akan
memberikan keampunan terhadap segala dosa tersebut serta memberikan kekuatan untuk
remaja itu agar tidak kembali kepada dosa tersebut sepertimana hadis (Al-Tirmidhi, 1998:
3540):

Maksud: Anas bin Malik RA menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW
bersbada: “Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau berdoa
kepadaku dan berharap kepadaku dengan taubat yang bersungguh-sungguh, nescaya aku
akan ampunkan dosamu walau sebesar mana sekalipun dosa tersebut dan aku tidak peduli

7
untuk mengampukan. Wahai anak Adam! Jikalau sampai dosamu memenuhi langit
kemudian engkau memohon keampunan kepadaku, nescaya aku pasti akan
mengampunkanmu dan aku tidak peduli untuk mengampunkanmu. Wahai anak Adam!
Sekiranya engkau datang kepadaku dengan dosa sepenuh bumi kemudian engkau kembali
bertaubat tanpa melakukan syirik terhadapku, nescaya aku akan datang kepadamu dengan
sepenuh bumi keampunan.

(Al-Tirmidhi)

Manakala bagi para remaja yang masih suci daripada melakukan dosa besar, tuntutan
kepada mereka adalah untuk berdoa agar terjauh daripada dosa besar khususnya dosa zina.
Hal ini kerana salah satu tanda seseorang itu masih mempunyai iman yang baik selagi dia
tidak terjebak dengan dosa besar ini dan melunaskan nafsunya hanya ditempat yang halal,
iaitu isterinya.

4.4 Tidak Bersunyi-sunyian antara Lelaki dan Wanita.

Islam melarang seseorang lelaki bersunyi-sunyian antara lelaki dan wanita sebagaimana
hadis yang diriwayatkan oleh Saidina ‘Umar al-Khattab bahawa Nabi SAW ada bersabda
(Ahmad, 2001: 114):

Maksud: Janganlah seseorang kamu bersunyi-sunyian dengan seorang wanita, kerana


ketika ini syaitan menjadi orang ketiga antara kamu berdua (yang akan mendorong untuk
melakukan maksiat).

(Ahmad)

Bahkan larangan bersunyi-sunyian dalam bentuk berdua-duaan ini bukan sahaja


merujuk kepada wanita ajnabi, tetapi lebih bahaya lagi kepada wanita yang dan lelaki yang
berhubungan dalam bentuk musaharah, iaitu hubungan antara abang ipar dan adik ipar. Hal
ini kerana banyak dalam kalangan mereka yang mengambil mudah hukum menutup aurat
antara kedua-dua lelaki perempuan kerana sangkaan yang salah bahawa pertalian
perkahwinan abang atau adik mereka tidak menghalang mereka untuk mendedahkan aurat
mereka kepada iparnya serta tidak menghalang mereka untuk berdua-duaan.

Sedangkan hakikat sebenar aurat dalam Islam bagi ipar duai sama seperti wanita
ajnabi dari aurat dan hukum dosa berdua-duaan bahkan lebih berat kemungkinan kerosakan.

8
Hanya mereka tidak boleh berkahwin kerana adik atau kakak atau abang mereka berkahwin
dengan adik atau abang atau kakak mereka. Rasulullah SAW sangat menegaskan penjagaan
hukum berkenaan ipar ini dalam satu hadisnya (Al-Bukhari, 2001: 5066; Muslim, t.th.: 1400):

Maksud: ‘Uqbah bin ‘Amir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Berhati-hatilah
kamu ketika masuk ke dalam bilik dengan wanita.” Seorang lelaki Ansar bertanya: “Wahai
Rasulullah SAW! Bagaimana dengan al-Hammu. Al-Hammu itu boleh membawa mati (lebih
buruk kecelakaannya).

(Al-Bukhari dan Muslim)

Al-Hammu dalam hadis ini menurut Ibn Battal (2003) sebagai hubungan antara adik
ipar dan abang ipar. Mereka tidak boleh berdua-duaan melainkan mesti bersama mereka
mahram. Apa yang dibimbangkan kemungkinan kecelakaan yang lebih besar benar-benar
terjadi pada hari ini kerana salah satu hubungan terlarang sumbang mahram terbesar dalam
kalangan masyarakat Muslim di Malaysia adalah antara abang dan adik ipar sebagaimana
yang dikaji oleh Jasmi, et al., (2004).

Namun, bersunyi-sunyian antara ayah dan anak perempuan, adikberadik lelaki dan
perempuan tetap juga dipelihara daripada terlibat sebagai penjagaan adab. Hal ini bagi
mengelakkan berlakunya sumbang mahram yang biasa terjadi pada hari ini apabila adab
berpakaian yang terlalu menjolok mata juga kadang-kadang membahayakan keselamatan
iman (Jasmi, Kamarul Azmi et al., 2004).

4.5 Mengamalkan Puasa Sunat.

Galakan Islam sebagaimana hadis (Al-Bukhari, 2001: 5066; Muslim, t.th.: 1400) lalu untuk
remaja yang tidak mempunyai kemampuan perbelanjaan untuk perkahwinan agar mereka
dapat sentiasa mengamalkan puasa sunat bagi mengekang keinginan nafsu syahwat mereka.
Tempoh bertahan seorang remaja antara bermula baligh sehingga ke mana pernikahan
mereka merupakan tempoh yang penuh dengan cabaran fitrah syahwat yang sedang
membuak (Sari Banun & Soedijono, 2013; Subhi et al., 2012). Tempoh ini memerlukan
sokongan keluarga untuk memantau aktiviti remaja dan memantau rakan dan sahabat
mereka, serta saling menjaga komunikasi yang baik sehingga ibu bapa dituntut untuk menjadi
sahabat anak-anak sebagaimana kawan-kawan mereka (Jasmi, Kamarul Azmi 2007). Namun
bagi remaja itu sendiri, memperbanyakkan berpuasa ketika sela waktu ini amat dituntut agar

9
keinginan syahwat yang membuak dapat dikekang oleh mereka dengan terapi dari diri mereka
sendiri.

4.6 Perkahwinan.

Remaja yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin dan dia tidak mampu untuk menjaga
kemaluannya melainkan dengan perkahwinan, maka mereka ini diwajibkan untuk berkahwin
(Al-Husaini, 2005). Bahkan remaja yang tidak berkemampuan tetapi tetap juga ingin
berkahwin untuk menjaga kemaluan dan maruah mereka, jika mereka berkahwin, maka
mereka dijanjikan oleh Allah SWT dengan keluasan rezeki. Hal ini sebagaimana firman-Nya:

Maksud: Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan
orang yang soleh dari hambamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas
(rahmat-Nya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

(Surah al-Nur, 24:32)

Al-Qurtubi (1964: 12/241) dalam menafsirkan ayat ini mengatakan bahawa Allah SWT
menjanjikan kekayaan bagi mereka yang berkahwin untuk mendapat reda-Nya dan untuk
menjaga dirinya daripada maksiat. Hal ini terbukti lagi dengan kenyataan hadis berikut (Al-
Bayhaqi, 2003: 13456; Ibn Abi ‘Asim, 1989: 83; ‘Abd Al-Razzaq, 1983: 9542; Al-Bughawi,
1983: 2239):

Maksud: Abu Hurayrah RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiga jenis orang
yang Allah SWT berhak menolongnya: “Orang yang bermujahadah di jalan Allah, orang
bernikah dengan niat menjaga maruah dan kemaluannya, dan hamba yang ingin
membebaskan dirinya dengan menebus pembebasannya.”

(Al-Bayhaqi, Ibn Abi ‘Asim, ‘Abd al-Razzaq, dan al-Bughawi)

Tuntutan perkahwinan ini bahkan sangat dituntut kepada remaja yang tidak
mempunyai sebarang aktiviti yang menyibukkan diri mereka dengan persekolahan kerana
habis belajar akibat gagal atau tidak berkemampuan. Hal ini kerana mereka mudah terdedah
dengan gejala sosial kerana masa lapang mereka memudahkan mereka berkawan dengan
kawan-kawan yang seangkatan dengan kumpulan jenis ini berbanding remaja yang sibuk
dengan belajar dan aktiviti kesukanan. Statistik remaja 2014 terbukti menunjukkan bahawa

10
perkahwinan menyelamatkan 75.95% daripada 16,528 remaja daripada gejala seks terlarang
berbanding yang tidak berkahwin. 79% daripada 16,528 remaja ini pula didapati sudah tidak
bersekolah (Hasbullah, 2016).

Statistik ini membuktikan sekalipun masih remaja, khususnya remaja perempuan, jika
mereka sudah mula memiliki kecenderungan untuk berkawan dan bercinta, maka ibu bapa
perlu memantau dengan penuh teliti. Sekiranya keadaan sudah tidak boleh dikawal yang
boleh menyebabkan mereka terjerumus dengan aktiviti seks dan zina, maka jalan
perkahwinan adalah cara terbaik bagi mereka untuk menjaga maruah mereka dan keluarga
mereka.

4.7 Peranan Keluarga dalam Mengatasi Masalah Seks Remaja.

Selain peranan agama, peranan pendidikan keluarga juga sangat penting untuk mendidik
remaja daripada tercebur kepada perangkap seks dan zina. Keluarga perlu mengambil tahu
hal anak mereka khususnya kawan anak-anak mereka serta kawalan terhadap pornografi
khususnya daripada internet dan telefon pintar. Ibu bapa juga wajar menyibukkan anakanak
dengan pelbagai aktiviti belajar, bersukan, dan aktiviti masa lapang dengan pelbagai hobi.
Ibu bapa juga berperanan untuk memantau aktiviti anak di luar rumah khususnya jika mereka
sudah mula memiliki kawan daripada remaja perempuan atau sekiranya anak perempuan,
anak tersebut sudah mempunyai kekasih lelaki. Sebarang bentuk pencegahan agama yang
dibincangkan merupakan asas kepada pengukuran tahap anak sama ada selamat daripada
terjebak atau tidak. Sekiranya, terdapat pelanggaran pencegahan yang dicadangkan agama
sudah mula dilanggar, ibu bapa wajar membuat keputusan terbaik untuk anak mereka agar
mereka dikahwinkan segera bagi menyelamatkan mereka daripada terjebak kepada zina dan
maksiat. Itu pun mereka terikat dengan undang-undang perkahwinan yang digazetkan dalam
undang-undang keluarga Islam di negeri masing-masing.

11
5.0 RUMUSAN.

Menangani masalah seks remaja ini perlu diambil kira dalam pelbagai sudut dan dilakukan
oleh pelbagai pihak. Mencegah masalah seks terlarang lebih utama daripada mengubat
remaja yang sudah terjebak. Oleh itu, pencegahan boleh dilihat daripada sudah pencegahan
yang dianjurkan dalam Islam serta melalui pendidikan ilmu kejantinaan kepada anak-anak
serta amalan lain yang dituntut oleh Islam ketika mereka remaja. Manakala remaja yang
sudah terjebak wajar kembali ke pangkal jalan bermula dengan taubat nasuha dan mengikuti
amalan yang dituntut dilakukan oleh semua remaja Islam yang lain. Secara dasarnya,
masalah seks sememangnya disedari oleh Islam sejak penurunan al-Quran lagi. Justeru,
pencegahan yang diwajibkan untuk dilaksanakan atau larangan untuk ditinggalkan adalah
lengkap dan memadai untuk memberi panduan kepada remaja agar mereka dapat menjaga
maruah dan kemaluan mereka daripada aktiviti seks terlarang dan zina..

12
Rujukan.

Al-Husaini, Taqiyuddin Abi Bakr. 2005. Kifayat al-Akhyar fi Halli Gayat al-Ikhtisar. Al-Qahirah:

Dar al-Salam li al-Tiba‘ah wa al-Nasr wa al-Tawzi‘ wa al-Tarjamah.

Al-Qurtubi, Muhammad. 1964. Al-Jami‘ li Ahkam al-Quran. Ahmad al-Barduni dan Ibrahim

Atyash (Ed.). Al-Qahirah: Dar al-Kutub al-Misriyyah.

Anuar, Azman. 2014. “Jahil Seks Punca Meningkat Gejala HIV/ AIDS” dlm. Utusan Malaysia

Online. 11/05/2014.

Buang, Amriah. 2005. “Globalisasi Ekonomi dan Impaknya kepada Ruang Budaya Bandar

Malaysia”. GEOGRAFIA Online, 1(1), 46-55.

Hasbullah, Fauwaz. 2016. Seksualiti Remaja: Isu dan Cabaran keluarga di Malaysia. Kertas

Kerja dalam Seminar Isu-Isu seksualiti Peringkat Kebangsaan 2016. Dewan Perdana,

Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu pada 19 Mac 2016.

Ibn Battal, Abu al-Hasan. 2003. Sharh al-Bukhari. Abu Tamim Yasir Ibrahim (Ed.). Al-Riyad:

Maktabah al-Rusd.

Ismail, Khaidzir. 2015. “Remaja dan alkohol” dalam Utusan Malaysia Online. 24/02/2011.

Jasmi, Kamarul Azmi dan Md Salleh, Siti Fauziyani. 2007. Pendidikan dan Pembangunan

Keluarga Cemerlang. Johor Bahru: Penerbit UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi, Muhammad, Azhar, Mustari, Mohd, et al. 2004. Jenayah Sumbang

Mahram: Perkembangan dan Faktor-faktor Penyebarannya. Kertas Kerja dalam

Seminar Kebangsaan Ketiga Psikologi dan Masyarakat pada 16 Oktober 2004.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2017. Remaja dan Kehidupan Berbatasan dalam Beragama. Dlm.

Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Remaja Hebat: Batasan dan Halangan Kecemerlangan

Remaja Muslim. Skudai Johor: Penerbit UTM Press.

Kamus Pelajar. (Ed.) 2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

KKPM, Kementerian Pembangungan Wanita Keluarga dan Masyarakat. 2014. Kajian

Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima. Putrajaya: Kementerian Pembangungan

13
Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.

Mansor, Aminudin. 2012. “Bahaya Pergaulan Bebas” dlm. Utusan Malaysia Online.

07/02/2012.

Muhyidin, Imam 2014. “Layanan InformasI tentang Peri Laku seks dalam Bingkai Islam”.

Konseling Religi: Jurnal Bimbingan Konseling Islam, 5(1), 41-54.

Sari Banun, Fadila Oktavia, dan Soedijono, Setyorogo. 2013. “Faktor-Faktor yang

Berhubungan dengan Perilaku Seksual Pranikah Pada Mahasiswa Semester V STI

Kes X Jakarta Timur 2012”. Jurnal Ilmiah Kesehatan, 5(5), 12-19.

Sarnon, N., Mohamad, M. S., Fauziah, I., et al. 2012. “Hamil Luar Nikah: Memahami Remaja

Sebagai Asas Intervensi Keluarga”. Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1).

Siron, Rusinah. 2010. “Remaja dan Masalah Sosial” dl. Utusan Malaysia. 3 Ogos 2010.

Subhi, Nasrudin, Abu Bakar, Radhiah, Ahmad, Norazura, et al. 2012. “Hubungan Seksual

Remaja: Antara Cinta dan Nafsu”. Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1),

15-25.

Yuliancella, Dessy. 2015. Perilaku Seks Bebas Sebagai Implikasi dari Gaya Hidup Dugem

(Dunia Gemerlap) pada Mahasiswa di Semarang. Tidak diterbitkan. Tesis Sarjana

Pendidikan Sosiologi dan Antropologi, Universitas Negeri Semarang, Semarang.

Yusof, Muhammad Fathi. 2014. Kesesuaian Perlaksanaan Undangundang Jenayah Islam di

Malaysia. Dlm. Azhar Yahya (Ed.), Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah: Teori dan

Realiti. hlm. 108132. Batu Caves, Selangor: Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad

(KUIZM) Publication.

14

Anda mungkin juga menyukai