Anda di halaman 1dari 1

BORANG ULASAN WEBINAR

NAMA SEKOLAH: SJK (C) CHINESE NATIONAL KOD SEKOLAH: ABC 1054

1 Nama Guru NUR FARAH NAJIHAH BINTI HASHIM


.
2 Tajuk WACANA ILMU: Bekerja dari Rumah Mengubah Persepsi Biasa kepada Luar
. Biasa
3 Tarikh 24 Februari 2021
.
4 Bidang e - Pembelajaran
.
5 Alamat URL https://www.youtube.com/watch?v=tfw6KxV6UeI
.
6 Ulasan
.
Satu perkongsian yang amat menarik dan bermanfaat kepada semua pihak terutamanya para
guru dalam mendepani cabaran dunia pendidikan semasa. Pihak sekolah dan pihak ibu bapa
atau penjaga kedua-duanya memainkan peranan penting dalam mengelakkan kadar keciciran
pelajar untuk mengikuti pembelajaran semasa wabak pandemik melanda negara. Akauntibiliti
guru amat memainkan peranan yang penting dalam memastikan kemenjadian murid di masa
hadapan. Jelaslah bahawa tugas dan amanah seorang guru bukan hanya diaplikasikan di
sekolah sahaja malah di mana sahaja mengikut keperluan dan dasar pendidikan semasa.
7 Nilai Pengetahuan / Pengajaran
.
Meningkatkan pengetahuan untuk mengaplikasikan proses PdPR yang akan dilaksanakan
semasa wabak yang kian menular kini. Selain itu, perkongsian ini turut memberi pencerahan
kepada warga pendidik tentang bagaimana meningkatkan produktiviti pengajaran walaupun
terdapat cabaran yang bakal dihadapi semasa mengendalikan PdPR.
8 Aplikasi Ilmu dalam Organisasi / PdPc
.
Guru perlu mengubah persepsi biasa kepada luar biasa dalam menjalankan tanggungjawab
seorang guru walaupun tidak berada di dalam bilik darjah. Hal ini amat penting bagi
memastikan keberkesanan proses PdPR yang berlangsung. Sebagai contoh, ekspektasi
majikan dan pekerja perlu berjalan seiring agar dapat mencapai produktiviti yang digariskan.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

……………………………………… ………………………………………
(NUR FARAH NAJIHAH BINTI HASHIM) ( )

Anda mungkin juga menyukai