Anda di halaman 1dari 3

BILANGAN JURNAL : Ke-1

MINGGU PRAKTIKUM : 1

TARIKH PERISTIWA : 10 Jun 2019 – 13 Jun 2019

TAJUK JURNAL : Masalah Pengurusan Masa

Masalah

Pada minggu pertama saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, saya
telah menghadapi masalah pengurusan masa. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan
tidak dapat dijalankan kerana masa tidak mencukupi. Hal ini menyebabkan timbulnya
masalah dalam mencapai objektif pembelajaran, guru tidak dapat menilai pencapaian murid
secara keseluruhan dan guru tidak sempat mengadakan fasa pemulihan atau pengayaan.
Masa menurut Peter F. Drucker dalam Ambsworkz (2005), masa merupakan sumber yang
paling sukar didapati dan tiada satu pun yang dapat diurus kecuali masa diurus. Good
(1973) berpendapat bahawa pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan
sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan
masa bagi aktiviti kuliah, belajar ,rehat, riadah, dan tanggungjawab. Oleh itu, saya terpanggil
untuk menyelesaikan masalah ini supaya tidak memberikan kesan negatif terhadap
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) saya.

Analisis Masalah

Masalah masa yang tidak mencukupi ini timbul kerana saya mengadakan sesi suai
kenal bersama anak murid sebelum memulakan sesi p&p sempena minggu pertama saya
berada di sekolah tersebut. Hal ini mengakibatkan masa yang ditetapkan di dalam
Rancangan Pengajaran Harian tdak dipatuhi.

Selain itu, masalah masa ini juga wujud apabila sesi p&p saya bermula selepas rehat
atau waktu pertama pembelajaran berlangsung. Sebelum murid-murid memulakan sesi
pembelajaran yang pertama pada jam 7:45 pagi, mereka dikehendaki untuk berkumpul di
dataran sekolah terlebih dahulu untuk sesi bacaan doa.

Di samping itu, pelaksanaan set induksi bahasa arab seperti nyanyian nasyid, murid-
murid perlu menguasai sebutan kalimah atau lirik nasyid tersebut terlebih dahulu. Hal ini
menyebabkan set induksi dilanjutkan melebihi masa yang ditetapkan iaitu lima minit.
Tambahan pula, masalah masa ini wujud kebiasaanya akibat pelaksanaan aktivti
berkumpulan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa
yang telah dicadangkan.

Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya harus menyediakan pelan A dan pelan B untuk Rancangan Pengajaran


Harian saya lebih-lebih lagi pada sesi pengajaran selepas waktu rehat.
b. Bagi memastikan aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi
masa yang ditetapkan, saya akan menetapkan masa yang sepatutnya untuk
aktiviti yang dijalankan supaya murid peka terhadap masa. Sekiranya
perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa
kumpulan yang mempunyai hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk
dibentangkan.
c. Saya juga boleh meringkaskan pelaksanaan aktiviti berkumpulan tanpa
meleret-leret mengikut tempoh masa yang telah dirancang.
d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah
pembimbing,guru pembimbing dan guru-guru di samping berbincang dengan
rakan-rakan lain.
e. Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik minat murid dengan
matapelajaran Bahasa Arab.
f. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyerta
aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.

Tempoh masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang
baik adalah yang utama untuk mencapai objektif yang telah dirancangkan.

Tindakan susulan

Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan
menyediakan rancangan pengajaran harian pada masa tersebut mengikut kehendak masa
dan tahap penguasaan dan kefahaman murid-murid serta perlu menitik beratkan aktiviti-
aktiviti yang bersesuaian mengikut ketetapan masa.

Kesimpulan
Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan
meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar mendapat
tips yang berguna untuk diaplikasikan. Adalah menjadi persoalan sekiranya tidak dapat
menguruskan masa dengan baik adakah segala perancangan yang telah diatur akan
berjaya?

Rujukan

Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah. (2011). Teknik terhebat mengurus masa dengan berkesan.
Husairi Jikan. (2004). Pengurusan Masa Guru Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran. Technogians Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2017. Murid Dan Pembelajaran.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai