Anda di halaman 1dari 24

NAMA NUR AINA BINTI ZAITON

NO MATRIK D20202096648

PENSYARAH PUAN FAIRUZ’ AIN BINTI HARUN


PENYELIA
PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
PPG2: Membina kemahiran dalam amalam PdP, pengurusan kokurikulum dan
pengurusan sekolah.

1.1 PEMERHATIAN PDPC GURU PEMBIMBING (GP)

Pada hari Selasa yang bersamaan dengan Tarikh 9 Ogos 2022, saya telah membuat persediaan
dalam melakukan pemerhatian kemahiran dan amalan PdPc guru pembimbing. Segala
maklumat dalam pemerhatian dan amalan PdPC guru pembimbing telah dicatatkan seperti
berikut :

Tarikh : 9 Ogos 2022

Hari : Selasa

Prasekolah : Anakku Sayang

Masa : 8.00-9.00 Pagi

Bilangan Murid :23/24

i. Tajuk
Pakaian Tradisional

ii. Objektif Pembelajaran


Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat memahami tentang apakah yang
dimaksudkan dengan pakaian tradisonal. Selain itu, murid-murid juga dapat mengenali
dengan jelas tentang pakaian tradisonal yang berada di Malaysia. Seterusnya dapat
melengkapkan lembaran kerja yang diberi oleh guru pembimbing berkenaan pakaian
tradisional dengan betul.
iii. Kaedah Mengajar
Terdapat banyak kaedah mengajar yang diaplikasikan oleh guru pembimbing ketika sesi
pembelajaran dan pengajaran, antaranya ialah :
1. Memberi murid menonton video berkenaan pakaian tradisional.
2. Meminta pendapat murid tentang apa yang mereka fahami hasil video tersebut.
3. Menerangkan maksud pakaian tradisional.
4. Bercerita tentang pakaian tradisional yang berada di dalam video seperti baju kurung
dimiliki oleh bangsa melayu perempuan manakala sari oleh bangsa india perempuan.
5. Menunjukkan gambar pakaian tradisonal melalui paparan kertas.

1|LAPORAN PROGRAM PERANTIS GURU 2


6. Kaedah pembelajaran secara dua hala, dimana guru pembimbing dan murid saling
berinteraksi semasa sesi PdP dijalankan.
7. Memberikan murid tugasan melalui lembaran kerja tentang pakaian tradisional.

iv. Penggunaan alat bantu mengajar


Guru pembimbing telah menggunakan pelbagai alat bantu mengajar bagi memastikan sesi
PdP yang dijalankan berjalan dengan lancar. Antara alat bantu mengajar yang digunakan
ialah penggunaan komputer riba, ini bagi memastikan murid-murid dapat memahami dengan
jelas. Di samping itu, guru juga mengeluarkan kertas yang dipenuhi oleh gambar pakaian
tradisonal. Kertas yang ditunjukkan adalah dalam keadaan yang berwarna, semestinya
murid-murid dapat membezakan pakaian tradisonal bangsa-bangsa di Malaysia. Akhir
sekali, guru telah mengedarkan kertas lembaran kerja bagi tugasan untuk murid-murid bagi
menilai prestasi murid tentang sejauh manakah yang mereka fahami tentang pakaian
tradisional. Guru pembimbing telah menggunakan teknik mengajar yang mudah untuk
murid-murid fahami. Tambahan pula, banyak alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru
pembimbing.
v. Pengurusan bilik darjah
Guru pembimbing dapat menguruskan keadaan bilik darjah dengan baik walaupun
kebanyakkan ramai yang tidak dapat duduk diam seperti berdiri di atas kerusi, berbual, dan
sebagainya. Guru pembimbing juga sentiasa mengingatkan murid-murid untuk menjaga
tingkah laku ketika sesi pembelajaran dijalankan. Bukan itu sahaja, malah guru pembimbing
mencari alternatif lain bagi membolehkan murid-murid fokus akan pembelajaran yang
sedang dijalankan sebagai contoh mengadakan senaram ringan ketika pembelajaran bagi
mengembalikan titik fokus murid-murid, lagi-lagi yang mengantuk. Dengan pengurusan
pembelajaran yang baik, sekaligus sesi pembelajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa
sebarang gangguan.
vi. Pengurusan masa pengajaran
Murid diminta bersedia sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti duduk
bersila di atas kerusi, tangan di atas peha serta pandang hadapan. Guru pembimbing telah
memperuntukkan masa selama satu jam untuk mengajar. Guru pembimbing juga
menggunakan masa dengan sebaik mungkin dengan dengan mengajar, menyoal dan
berbincang. Akhir sekali, dalam lima minit terakhir guru akan memberi arahan untuk murid-

2|LAPORAN PROGRAM PERANTIS GURU 2


murid mengemas tempat masing-masing sebelum sesi pembelajaran lain diteruskan. Oleh
itu, murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan bersih sentiasa.
vii. Kaedah penilaian
Penilaian guru pembimbing terhadap murid-murid adalah berdasarkan tugasan yang
diberikan melalui lembara kerja iaitu kertas yang mengandungi tugasan. Setiap kertas akan
ditanda oleh guru dengan teliti serta terus diberi markah. Setiap jumlah markah akan
direkodkan di dalam buku khas untuk menyemak rekod murid dari awal bulan hingga akhir
bulan. Terdapat lima orang murid sahaja yang tahap penguasaannya agak rendah manakala
selebihnya dapat melepasi gred yang ditentukan. Setiap markah akan diaplikasikan dalam
tahap masing-masing. Guru juga menilai dari segi tindak balas murid dalam memberi
pandangan tentang perkara yang dipelajarinya. Melihat kepada proses dan hasil
pembelajaran guru menghargai setiap pencapaian yang diperoleh oleh murid-murid tidak
kira yang peroleh markah rendah atau yang tinggi sentiasa memantau kehadiran murid.
viii. Penutup
Guru membuat rumusan secara keseluruhan dan ringkasan tentang topik yang dipelajari.
Seterusnya guru mengaplikasikan segala topik yang dipelajari dengan perkaitan kehidupan
seharian. Bukan itu sahaja, guru juga memberi semangat untuk murid-murid rajin belajar
pada masa akan datang. Guru juga mengingati untuk saling hormat dan beradab dengan
orang tua seperti bercakap, dan bertingkah laku baik.
ix. Hasil pembelajaran
Di akhir pembelajaran murid dapat :
1. Menyatakan tema perbincangan pembelajaran dengan baik.
2. Murid dapat menjawab dengan lancar apabila mereka disoal oleh guru pembimbing.
3. Sesi pembelajaran dapat berjalan dengan baik.
4. Murid dapat membezakan setiap pakaian tradisonal.
5. Murid dapat mengenal pasti isi-isi pembelajaran yang dipelajari.
x. Refleksi
1. Murid dapat menjawab dengan lancar apabila mereka disoal oleh guru pembimbing.
2. Sesi pembelajan dapat berjalan dengan baik.
3. Murid dapat membezakan setiap pakaian tradisonal.
4. Semua murid dapat faham dengan baik.

3|LAPORAN PROGRAM PERANTIS GURU 2


( suasana kelas yang ceria)

(suasana ketika guru sedang mengajar)

4|LAPORAN PROGRAM PERANTIS GURU 2


(pensil warna ketika aktiviti pengukuhan)

5|LAPORAN PROGRAM PERANTIS GURU 2


1.2.1 MELAKSANAKAN TEMUBUAL TERHADAP GURU PEMBIMBING

Pada 10 Ogos 2022, Saya telah menjalankan sesi temu bual sebelum sesi pembelajaran
bermula. Ini kerana saya mahu membuat pemerhatian tentang apakah yang dibualkan itu betul-
betul dilakukan atau hanya sekadar perbualan. Terdapat banyak soalan yang saya ajukan
kepada beliau untuk mengetahui dan memahami segala perkara yang dilakukan sebelum
pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Saya juga merakam sesi perbualan bagi
mudah untuk saya rajuk semula jika saya ketinggalan untuk mencatat. Setelah melaksanakan
sesi temu bual saya juga, sesi perbualan yang direkodkan adalah sebanyak sepuluh minit.

Soalan temu bual bersama guru pembimbing secara ringkasan.

Guru pelatih : Cikgu, apakah tindakan cikgu sebelum memulakan


pembelajaran?
Guru pembimbing : Maksud kamu seperti menyediakan alatan , Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) dan sebagainya ke?
Guru pelatih : Ya cikgu
Guru pembimbing :Okay baiklah sebelum memulakan pembelajaran, seperti biasa
cikgu akan membuat Rancang Pengajaran Harian (RPH) sehari
sebelum atau malam sebelum keesokan hari. Cikgu juga akan
memikirkan bahan bantu mengajar yang boleh membuatkan
murid mudah faham, jika ada sebarang pelaratan yang murid
perlu bawa cikgu akan memaklumkan kepada ibu bapa mereka
menerusi group whatsapp lebih awal. Ini kerana ramai antara
murid-murid yang kebiasaanya yang tidak membawa alatan, jadi
cikgu mengambil langkah untuk memaklumkan dalam tiga atau
empat hari awal. Selain itu, sebelum sesi pembelajaran bermula
cikgu akan berbual bersama murid, mengambil kedatangan,
baca doa belajar dan sebagainya.
Guru pelatih ; Baiklah, itu sahaja ke cikgu?
Guru pembimbing : Banyak juga yang cikgu lakukan seperti memastikan kelas
dalam keadaan ceria dan bersih, bahkan sebelum sesi
pembelajaran dimulakan cikgu akan menyuruh murid-murid
duduk dalam kedaan bersila, tangan di atas peha dan pandang
hadapan bagi memastikan mereka fokus.

6|LAPORAN PROGRAM PERANTIS GURU 2


Guru pelatih :Oh baiklah cikgu, seterusnya apa yang tindakan cikgu semasa
sesi pembelajaran dijalankan?
Guru pembimbing : Semasa sesi pembelajaran dijalankan, banyak juga yang cikgu
perkara dilakukan, antaranya ialah memastikan murid dalam
posisi yang selesa dan murid dibenarkan untuk mengajukan
soalan yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Seperti biasa
cikgu akan mengajar dengan jelas serta akan mengaitkan topik
yang dipelajari dengan rutin kehidupan seharian.
Guru pelatih : Maksud cikgu, rutin kehidupan harian itu dikaitkan
bagaimana?
Guru pembimbing : Contoh topik ialah ‘Pakaian’ jadi cikgu akan mengaitkan baju,
seluar yang mereka pakai setiap hari untuk ke sekolah. Selain
itu, cikgu ada juga mengunakan bahan bantu mengajar seperti
kertas contoh, video, dan sebagainya. Untuk video pula, cikgu
akan cari lagu yang menarik kerana ketika sesi pembelajaran
dijalankan cikgu akan menyuruh mereka menari supaya
semangat dan tidak mengantuk.
Guru pelatih : Baiklah cikgu, akhir sekali ialah tindakan cikgu selepas
pengajaran. Boleh cikgu huraikan sedikit?
Guru pembimbing : Selepas sesi pengajaran, cikgu akan memberi murid-murid
masa untuk mereka mengajukan sebarang soalan. Jika tiada,
cikgu akan merumuskan pembelajaran dari awal hinga akhir.
Seterusnya cikgu akan mengedarkan lembaran kerja seperti
latihan pengukuhan bagi meneliti tahap penguasaan mereka.
Akhir sekali, cikgu akan mencatatkan refleksi di dalam
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) refleksi murid-murid dan
sebagainya.
Guru pelatih : Oh baiklah terima kasih cikgu diatas perkongsian.
Guru pembimbing : Baiklah, sama-sama.

7|LAPORAN PROGRAM PERANTIS GURU 2


(setelah selesai sesi temubual bersama GP)

(keadaan kelas pada ketika itu)

8|LAPORAN PROGRAM PERANTIS GURU 2


i. Sebelum pengajaran

Sehari sebelum sesi pengajaran bermula, guru pembimbing sudah menyiapkan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) terlebih dahulu bagi lebih bersedia untuk memulakan sesi pengajaran
pada hari esok. Setiap guru dikehendaki menyiapkan RPH sebelum melaksanakan PdP kerana
RPH merupkana dokumen rasmi penting kepada seorang guru dan dapat dijadikan sumber
rujukan PdP, penaziran dan sebagainya. Selain itu guru pembimbing juga, telah menyediakan
segala alat bantu mengajar (BBM) supaya sesi pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Bukan itu sahaja, malah guru juga akan mencari video yang berkaitan berkenaan dengan tema
yang akan diajar sama ada di youtube, google atau lain-lain. Jika terdapat barang-barang yang
perlu murid-murid bawa, maka guru akan memaklumkan di dalam group Whatsapp bagi ibu
bapa dan murid-murid cakna dengan perkara yang diberitahu. Sebelum sesi pengajaran
dimulakan, guru akan berbual bersama murid untuk seketika bagi memastikan mereka dalam
keadaan yang baik. Kelas akan dimulakan dengan bacaan doa belajar serta kata-kata semangat.
Setiap murid perlu menyebutkan kata-kata semangat tersebut sebelum memulakan sesi
pembelajaran dengan serentak. Ini seolah-olah seperti rutin harian mereka apabila mahu
memulakan sesi pembelajaran. Guru juga akan bertanya hari dan tarikh setiap hari pada murid
dengan dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ini bagi murid dapat memahirkan
diri dalam penguasaan bahasa, lebih-lebih lagi dalam penggunaan Bahasa Inggeris kerana
ianya merupakan bahasa antarabangsa. Murid diminta fokus sebelum sesi pembelajaran
dimulakan seperti bersila diatas kerusi, tangan diats peha dan kerusi perlu menghadap ke
hadapan. Akhir sekali, guru juga mengambil lima minit awal sebelum sesi pembelajaran
dimulakan serta memastikan murid perlu mengemas kelas sesuai dengan jadual tugasan harian
yang telah disediakan oleh guru bagi memastikan kelas dalam keadaan yang bersih dan ceria.

ii. Semasa sesi pengajaran

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung guru sekaligus akan menceritakan
tentang tema yang dipelajari. Guru juga akan mengaitkan pembelajaran dengan rutin kehidupan
seharian. Sebagai contoh guru telah mengajar tentang tema pakaian, jadi guru akan mengaitkan
pakaian yang murid-murid pakai setiap hari ke sekolah dengan berbaju dan seluar. Secara
mudahnya, murid-murid akan lebih faham tentang dipelajarinya. Guru juga akan meminta
murid untuk mengulangi apa yang ditulis oleh guru di papan putih. Sebagai contoh baju, seluar,
tudung dan sebagainya.

9|LAPORAN PROGRAM PERANTIS GURU 2


Seterusnya, guru akan meminta pendapat murid-murid perkaitan dengan tema yang
dipelajari bagi menguji kefahaman murid. Bukan itu sahaja guru juga akan meminta contoh
selain daripada yang guru berikan. Ini bagi memerhati tahap penguasaan murid terhadap
perkara yang dipelajari. Jika sesi soal menyoal dijalan, berlaku keadaan seperti semua murid
diam, maka guru beri beberapa minit untuk murid berfikir dalam masa singkat. Murid-murid
dibenarkan menyoal guru jika berlaku perkara yang tidak difahami tentang tema yang sedang
dipelajari.

Selain itu, guru juga membuka rakaman video berkenaan tema yang dipelajari. Sebagai
contoh tema tentang pakaian tradisonal. Seperti baju melayu, baju kurung, cheongsam, sari dan
sebagainya yang dimiliki oleh bangsa-bangsa di Malaysia. Murid-murid diminta menonton
rakaman video tersebut pada tayang pertama manakala apabila guru mengulang tayangan
kedua, guru akan meneruskan dengan pendapat murid tentang apa yang mereka faham hasil
daripada rakaman video tersebut. Justeru itu, murid juga akan diminta untuk menari mengikut
rentak lagu di dalam video berkenaan. Hal yang demikian dapat menjadikan murid dalam
keadaan yang semangat dan tidak mengantuk. Setiap murid juga diingatkan supaya sentiasa
peka dengan pembelajaran yang dipelajari.

iii. Selepas pengajaran

Setelah selesai atau tamat pengajaran, guru akan menanyakan sebarang perkara berkaitan
dengan topik yang murid tidak faham atau kuasai. Sehubungan dengan itu, guru juga akan
memberi masa untuk murid mengajukan sebarang soalan. Sekiranya murid tiada sebarang
soalan yang diajukan, guru akan merumuskan segala pembelajaran yang diajar kepada murid
dari mula hingga akhir. Selepas itu, guru akan memberikan tugasan lembaran kerja dalam
bentuk kertas. Murid diminta membuat tugasan tersebut sesuai dengan masa yang diberikan.
Tugasan yang diberikan bagi menilai tahap penguasaan murid sama ada rendah,sederhana atau
tinggi. Seterusnya, guru akan mencatakan refleksi didalam Rancangan Pengajaran Harian.
Refleksi adalah satu penulisan ilmiah mengenai dapatan daripada PdP. Segala pemerhatian dari
mula sehingga tamat pengajaran akan ditulis pada refleksi. Di dalam refleksi, guru mengira
jumlah atau bilangan pelajar yang hadir ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali,
guru menyemak dan meneliti topik yang seterusnya sebagai satu persediaan dari aspek
pemahaman, RPH, bahan bantu mengajar dan sebagainya.

10 | L A P O R A N P R O G R A M P E R A N T I S G U R U 2
(sebelum sesi pengajaran)

11 | L A P O R A N P R O G R A M P E R A N T I S G U R U 2
(semasa sesi pengajaran dimulakan)

12 | L A P O R A N P R O G R A M P E R A N T I S G U R U 2
(guru mula menggunakan bahan bantu mengajar)

(memberi penerangan)

13 | L A P O R A N P R O G R A M P E R A N T I S G U R U 2
1.2.2 REFELKSI KENDIRI TERHADAP PROSES PDPC GURU PEMBIMBING

i. Menyatakan rumusan hasil pembelajaran

Secara keseluruhannya, keadaan murid selepas sesi pembelajaran begitu semangat tentang
apa yang dipelajari. Mereka tidak berhenti-henti bertanyakan soalan kepada guru sehingga
bergaduh dengan rakan yang lain. Ini menunjukkan bahawa ramai yang memahami secara
keseluruhan tentang topik yang dipelajari. Terbuktilah bahawa guru pembimbing tidak
mengambil ringan tentang tanggungjawab beliau akan memastikan muridnya dalam keadaan
yang faham serta pembelajaran dilakukan dalam keadaan yang baik. Melihat perancangan guru
sebelum sesi pembelajaran yang begitu rapi, tidak hairanlah jika tahap penguasaan murid dalam
keadaan yang cemerlang kerana teknik penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang
pelbagai dan kreatif. Menurut pemerhatian saya, guru akan memastikan segala peralatan yang
dikehendaki itu tersedia dan mencukupi sebelum sesi pembelajaran dimulakan.

Ketika sesi pembelajaran dimulakan, guru memberikan penjelasan secara terperinci dan
mudah difahami. Guru juga banyak mengaitkan tentang topik yang dipelajari dengan
kehidupan seharian. Malah jika ada salah seorang murid yang tidak kuasai, guru akan memberi
contoh lain yang lebih mudah difahami. Menerusi penerangan guru pembimbing, saya dapati
guru banyak mengambil contoh terdekat yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Guru juga
tidak jemu untuk mengulangi segala perkara yang sudah diajarkan jika diminta oleh murid.
Guru pembimbing juga akan memastikan penerangan yang terdapat dalam bahan bantu
mengajar (BBM) diberikan itu jelas dan mudah difahami oleh murid-murid.

Akhir sekali pada masa selepas pengajaran guru akan menyimpulkan keseluruhan dari awal
pembelajaran hingga akhir yang menunjukkan akan berakhirlah sesi pembelajaran bagi topik
tersebut. Guru juga memastikan setiap soalan yang diajukan oleh murid berkenaan dengan
topik tersebut telah dijawab. Guru juga mengingatkan tentang latihan pengukuhan yang
diberikan untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Dengan ini, saya percaya persediaan awal
memberikan impak yang besar kepada kalangan guru yang memastikan matlamat pembelajaran
dapat dicapai.

14 | L A P O R A N P R O G R A M P E R A N T I S G U R U 2
ii. Kenal pasti permasalahan PdPc (Guru&Murid)

Guru

Sememangnya kita dapat ketahui apabila sebarang bunyi yang kuat dapat memberi masalah
dalam memberi fokus kepada sesuatu perkara. Ketika sesi pembelajaran dijalankan, hujan turun
dengan lebatnya dan angin begitu kuat sehingga terdapat sedikit tempias di meja murid-murid
kerana terdapat tingkap yang tidak mempunyai cermin. Pada ketika itu, guru pembimbing telah
membuka rakaman video berkenaan dengan tajuk yang berkaitan. Hujan dan angin
membuatkan penghasilan bunyi yang kuat hingga mengganggu sesi pembelajaran bagi murid-
murid. Semestinya murid tidak dapat fokus dengan keadaan yang bising serta tidak dapat
dengar segala yang diajar oleh guru. Walaupun guru pembimbing cuba untuk meninggikan
suara bagi jelas segala yang diajar namun ianya seperti samar-samar apabila keadaan hujan
makin lebat.

Murid

Dengan keadaan cuaca yang menimpa pada sesi pembelajaran ketika itu, maka terdapat
segelintir murid yang kurang faham serta tidak dapat menguasai topik yang diajar oleh guru
pada ketika itu. Perkara ini menyebabkan prestasi murid berkemungkinan menurun hanya
disebabkan masalah cuaca. Bukan itu sahaja, malah terdapat beberapa orang murid yang tidak
membawa alat-alatan yang diminta oleh guru. Hal yang demikian, menyebabkan murid tersebut
tidak berpeluang untuk mempunyai pengalaman dalam melakukan aktiviti yang disediakan
oleh guru kerana tidak membawa alat tersebut. Terdapat juga murid-murid yang tidak fokus
seperti memandang ke kiri dan kanan, berbual dan berdiri ketika sesi pembelajaran. Walaupun
hanya seketika kerana ditegur oleh guru namun murid-murid akan mengulanginya lagi.

iii. Cadangan penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan dari segi masalah tingkah laku murid ialah guru
pembimbing perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga tentang keperluan alatan yang
perlu dibawa sekurang tiga atau empat hari sebelum. Ini bagi ibu bapa cakna tentang segala
keperluan alatan yang perlu dibawa oleh anak-anak mereka. Secara tidak langsung, murid-
murid tidak akan ketinggalan segala pembelajaran yang diajarkan oleh guru. Murid-murid juga
berpeluang untuk mempunyai pengalaman dalam menggunakan segala alatan tersebut yang
seterusnya dapat meningkatkan tahap pengetahuan murid.

15 | L A P O R A N P R O G R A M P E R A N T I S G U R U 2
Selain itu, dari segi pengurusan bangunan pula ialah pihak sekolah perlu menambahkan
cermin yang tidak terdapat di tingkap. Ianya menjadi penyebabkan tempias air hujan yang
terdapat pada meja. Terdapat juga cermin yang keadaannya sudah pecah yang dibiarkan sahaja
ditingkap. Hal yang demikian, boleh menyebabkan cermin jatuh yang akhirnya terkena kepada
murid-murid yang menyebabkan kecederaan. Perkara ini boleh menjadi lebih berat jika
kecederaan tersebut dalam keadaan yang serius, malah ibu bapa murid berkenaan pasti akan
kesal dengan sikap pihak sekolah yang mengabaikan perkara tersebut.

Akhir sekali ialah dari segi salah laku guru pembimbing. Seperti yang saya nampak, guru
seola-olah tidak nampak akan situasi pembelajaran tersebut. Walhal perkara ini sudah jelas
bahawa hujan pada ketika itu turun dengan lebatnya. Guru perlu cakna akan keadaan sekeliling
yang berlaku kerana ianya dapat mengganggu proses pembelajaran kepada murid-murid. Guru
juga perlu peka akan keadaan murid ketika pembelajaran. Ini kerana keadaan air hujan yang
tempias membuatkan murid susah untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh guru.

iv. Model Pendidikan

Antara model yang digunakan ialah model dan teori oleh Froebel, Prasekolah Anakku
Sayang mempunyai tiga orang murid yang berumur lima tahun dan selebihnya ialah enam
tahun. Melihat keadaan sedemikian, guru pembimbing perlu memberi perhatian kepada murid-
murid dengan sesuai mengikut keadaan mereka. Guru pembimbing juga membimbing murid-
murid secara perlahan-lahan supaya murid tidak keliru dengan segala pembelajaran yang
diajarkan. Pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Oleh itu bagi
murid-murid yang masih kekanakan lagi umurnya, guru pembimbing perlu mengajar murid
dengan tertib secara berperingkat. Ini kerana dengan wujudnya murid berumur lima tahun, jadi
guru perlu mengajar mengikut teknik yang mudah untuk semua murid fahami. Guru juga
memperuntukkan seidikit masa untuk kanak-kanak bermain pada setiap hari isnin dan selasa.
Antara permainan yang disediakan tanah liat, congkak, lego dan sebagainya. Hal ini
bersesuaian dengan model dan teori oleh Froebel iaitu kanak-kanak perlu belajar dalam
keadaan terancang dan kanak-kanak berkembang melalui bermain. Menurut beliau juga,
kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan . Selain itu,
menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Keadaan
kelas yang ceria serta warna-warni juga dapat menarik perhatian murid serta memudahkan
mereka membuat pembelajaran. Ianya menepati dengan model dan teori Froebel yang ada
menyebutkan bilik darjah sekurangnya dicat dengan warna terang, mempunyai bilik yang

16 | L A P O R A N P R O G R A M P E R A N T I S G U R U 2
senang dimasuki cahaya dan dipenuhi oleh tampalan kertas seperti bentuk binatang dan
sebagainya.

Selain itu, guru juga mengunakan pendekatan model Montessori iaitu


mengutamakan. latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar
kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Guru akan
menyelitkan aktiviti seperti sentuhan pasir dan haiwan, permainan lego, kain dan sebagainya.
Haiwan yang digunakan pastilah permainan yang berbentuk haiwan yang mempunyai ciri tidak
keras, lembut, kenyal dan lain-lain bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Meskipun model
pendekatan Montessori ini adalah digunakan bagi murid cacat kebanyakkannya namun guru
tetap mengambil pendekatan ini walaupun tiada murid cacat kerana ianya berguna dan
berkesan untuk murid-murid.

(hujan panas)
17 | L A P O R A N P R O G R A M P E R A N T I S G U R U 2
(tampalan warna warni di sekeliling kelas)

(suasana kelas yang ceria)

18 | L A P O R A N P R O G R A M P E R A N T I S G U R U 2

Anda mungkin juga menyukai