Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI PENGAJARAN TOPIK : PENJELMAAN

4.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 PENGENALAN

Refleksi pengajaran adalah satu proses yang dibuat selepas tamat sesuatu
pengajaran dan pembelajaran. Refleksi pengajaran dibuat untuk memahami
kelemahan dan kekuatan seseorang guru. Disamping itu refleksi juga memberikan
satu gambaran tentang pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran seserang
guru. Refleksi membantu guru membuat penilaian kendiri. Selain daripada itu,
refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang
baru daripada pengalaman yang dilaluinya. Dengan adanya refleksi pengajaran
guru dapat menganalisis dan menilai kekuatan dan kelemahan aktiviti
pengajaran dan pembelajarannya, lalu dapat memikirkan cara membaiki
serta mengubahsuai rancangan, objektif, kaedah, startegik, teknik
dan penggunaan bahan pelajaran pengajarannya mengikut tahap dan minat
pelajarnya. Dengan ini ia juga dapat membantu guru untuk menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menarik
minat pelajar serta dapat menjadikan suasana bilik darjah yang harmoni
pada masa akan datang.

4.2 PENGALAMAN PERANCANGAN DAN KAEDAH PENGAJARAN

Saya menggunakan masa yang agak panjang untuk menentukan sub-topik


yang hendak diajar kerana saya sedar bahawa setiap topik mempunyai kesukaran
dan cabaran yang tersendiri apabila menjalankan pengajaran kelak. Setelah lama
merancang, akhirnya saya memutuskan bahawa saya akan mengajar topik
“Penjelmaan (Translasi)” bagi Tingkatan 2. Keputusan ini diambil memandangkan
saya berpendapat bahawa topik ini lebih menarik dan senang diajar berbanding

15
REFLEKSI PENGAJARAN TOPIK : PENJELMAAN

dengan subtopik yang lain. Malah, saya yakin bahawa saya mampu menyediakan
bahan bantuan mengajar (BBM) dan lembaran kerja yang menarik bagi topik ini.

Saya pun mula mengenalpasti hasil pembelajaran yang hendak saya capai
pada akhir unit pembelajaran kelak. Saya sedar bahawa adalah mustahil bagi
seseorang guru untuk mengajar terlalu banyak kandungan pembelajaran pada masa
satu jam ini. Oleh itu, saya hanya menetapkan satu hasil pembelajaran bagi
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada kali ini, iaitu “mengenal pasti translasi,
mengenalpasti imej bagi satu objek dibawah satu translasi dan sifat-sifat
translasi”.

Sepanjang merancang RPH ini, saya juga menghadapi kesukaran untuk


menentukan kaedah dan teknik pengajaran yang mahu saya gunakan semasa
mengajar kelak. Namun, dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan yang
dapat saya kenal pasti terhadap semua teknik dan kaedah yang sedia ada, serta
kesesuaiannya terhadap topik ini, akhirnya saya bertekad untuk menggunakan
gabungan beberapa jenis kaedah agar pengajaran saya lebih berfleksibel dan
menarik. Akhir sekali, saya juga meluangkan masa untuk memikirkan bahan
bantuan mengajar dan lembaran kerja. Salah satu sebab saya memilih topik ini
juga disebabkan saya merasakan bahawa ia sesuai untuk menggunakan Aplikasi
Geogebra. Selepas menyediakan lembaran kerja, maka saya bersedia untuk
menjalankan pengajaran topik Penjelmaan (Translasi).

Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah Needham semasa


merancang pengajaran saya. Kaedah ini digunakan sepanjang masa, apabila saya
menjalankan fasa set induksi saya, iaitu menyampaikan satu kaedah baru untuk
mengenal pasti koordinat titik dan imej. Saya sedar bahawa penggunaan kaedah
bercerita dapat menarik minat murid di samping menggalakkan penglibatan
mereka semasa proses P&P.

16
REFLEKSI PENGAJARAN TOPIK : PENJELMAAN

4.3 KEKUATAN DAN KELEBIHAN

4.3.1 Suara guru kuat dan jelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Guru mempunyai suara yang kuat dan jelas. Dengan menggunakan suara
yang kuat dan jelas semasa penyampaian pengajaran murid dapat mendengar
setiap arahan dan penyampaian guru tanpa gangguan. Sekiranya suara guru tidak
kuat, murid tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas dan akan hilang
tumpuan terhadap pengajaran guru pada hari tersebut dan akan menerima
gangguan sama ada daripada rakan-rakan di dalam kelas mahupun di luar kelas.
Guru juga tidak perlu mengulang arahan yang diberikan berulang kali kerana
murid boleh mendengar suara guru dengan jelas.

4.3.2 Teknik penyoalan digunakan semasa mengajar.

Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding


dengan kemahiran yang lain. Saya menggunakan teknik penyoalan semasa
mengajar dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis
soalan aras rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang kritis dan boleh
membina pemikiran yang aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat
meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran
sosial yang berkesan. Saya memberikan soalan bentuk pendek, padat dan
menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid. Saya mengemukan
soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tujukan soalan
itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid yang hendak disoal.

17
REFLEKSI PENGAJARAN TOPIK : PENJELMAAN

4.3.3 Peneguhan dan pujian kepada murid.

Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam
beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman,
angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan
murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam
buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti ini akan
membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina
sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau
seluruh kelas. Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian
untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan
negatif seperti ‘itu salah’ atau ‘jawapan kamu tidak tepat’. Murid akan lebih
bersemangat sekiranya mendapat pujian. Ini adalah kerana mereka akan
merasakan diri mereka dihargai oleh guru dan rakan-rakan meraka. Bidang utama
dalam peneguhan ialah:

4.3.4 Penggunaan bahan bantu mengajar

Penggunaan Slide Powerpoint dan Aplikasi Geogebra dapat membantu


menarik minat murid. Dan juga lembaran kerja yang menarik juga membolehkan
murid mengekalkan minat dan motivasi mereka terhadap pelajaran dan
menyebabkan mereka sentiasa melibatkan diri secara aktif sepanjang proses PdP
ini. Oleh itu, BBM dan juga lembaran kerja juga memainkan peranan dalam
pelaksanaan pengajaran PdP yang berjaya dan berkesan.

18
REFLEKSI PENGAJARAN TOPIK : PENJELMAAN

4.4 KELEMAHAN

Pada hari tersebut, Makmal Komputer sedang diselenggarakan dan terpaksa


menggunakan Chromebook. Pengajaran yang sepatutnya dijalankan di dalam
makmal Komputer, kemudian dijalankan di Bilik Matemetik dengan Chromebook.
Apabila menggunakan Chromebook, penggunaan aplikasi Geogebra memerlukan
internet. Di dalam bilik Matematik, LCD yang sedia ada juga tidak berfungi dan
terpaksa ambil dari Pejabat. Perkara ini menyebabkan kelas yang sepatutnya
dijalankan pukul 8 pagi, ditunda sehingga pukul 9 pagi.

Semasa menjalankan pengajaran, saya mendapati bahawa saya menghadapi


masalah untuk menyempurnakan apa yang telah dirancangkan untuk setiap
langkah. Contohnya, pada peringkat set induksi, saya mendapati saya telah
menggunakan masa yang terlampau panjang, iaitu lebih 10 minit untuk
menyempurnakannya. Ini menyebabkan saya harus mempercepat segala langkah
pembelajaran saya dan mengurangkan sesetengah langkah pengajaran saya. Saya
menjadi semakin cemas dan terburu-buru apabila saya mendapati saya telah
melebihi masa pengajaran saya.

Selepas pengajaran, saya mendapati bahawa saya telah memasukkan terlalu


banyak langkah pengajaran dalam satu-satu peringkat fasa. Walaupun pada
awalnya secara teori, saya rasa langkah ini tidak banyak, namun, apabila saya
melaksanakannya, saya menghadapi masalah kekurangan masa. Maka saya sedar
bahawa penguasaan masa untuk setiap langkah merupakan salah satu aspek yang
perlu saya jaga dan tambah baik selepas ini. Lebih-lebih lagi, ketika Pelajar
menggunakan Aplikasi Geogebra dalam Chromebook, pelajar perlu Login terlebih
dahulu ke Akaun Google masing-masing. Ini mengambil masa untuk menyediakan
Aplikasi Geogebra sebelum mengajar Aplikasi tersebut.

19
REFLEKSI PENGAJARAN TOPIK : PENJELMAAN

4.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya berpendapat bahawa pengajaran saya akan dapat dilaksanakan dengan


lebih sempurna sekiranya saya dapat menggunakan kemudahan ICT yang sesuai
untuk menyampaikan pengajaran saya. Hal ini demikian kerana saya mampu
membuatkan kandungan penyampaian saya lebih menarik dan kelihatan lebih
canggih. Contohnya, jika saya menggunakan Bilik Komputer, mungkin dari segi
masa, pengajaran saya dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan tepat. Walau
bagaimanapun, saya sedar bahawa sebagai seorang guru, kita perlu menyesuaikan
diri dengan semua keadaan yang dihadapi dan seterusnya memikirnya alternatif
untuk menyelesaikannya.

Selain itu, saya sedar bahawa RPH yang akan saya hasilkan pada masa yang
akan datang tidak harus terlalu padat dengan langkah pengajaran dan aktiviti. Hal
ini demikian kerana kita perlu mengambil kira masalah-masalah yang mungkin akan
timbul dengan tiba-tiba dalam bilik darjah dan mengambil masa untuk
menyelesaikannya. Selain itu, kita juga perlu mengambil kira penerimaan murid
terhadap pengajaran kita sambil menjangkaan respon murid. Tiada gunanya
sekiranya kita menetapkan terlalu banyak hasil pembelajaran, tetapi murid tidak
dapat menguasai apa-apa pun pada akhir pembelajaran. Oleh itu, saya akan lebih
berhati-hati semasa merancang RPH dan membuat persediaan yang lebih rapi
semasa menyediakan pengajaran saya kelak.

Malah, adalah lebih baik refleksi dari murid dari hasil temubual murid yang
dijalankan. Hasil ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas selepas pengajaran
kita. Melalui cara ini, saya akan dapat lebih mudah melihat kelemahan yang ada
pada perspektif murid dan membaikinya. Akhir sekali, saya sedar bahawa membuat
persediaan awal yang rapi adalah perlu dan mustahak agar dapat menguasai
penggunaan masa dalam kelas dengan lebih baik.

20

Anda mungkin juga menyukai