Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Pengajaran :

Tarikh : 02 Ogos 2016 (Selasa)

Saya telah melaksanakan pengajaran pada tarikh 02 Ogos 2016 bersamaan hari Selasa.
Mata pelajaran yang diajar ialah Matematik. Saya telah memilih langkah pengajaran
iaitu mencungkil idea atau dikenali sebagai set induksi bagi pengajaran. Sepanjang tempoh
pelaksanaan pengajaran yang telah dilakukan, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan
dan kekuatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Isu / Perkara yang difokus :

Kaedah mencungkil idea memotivasikan murid-murid dalam sesi pengajaran

Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :

Dalam kaedah mencungkil idea saya mengharapkan murid-murid akan lebih bermotivasi
sebelum pergi ke langkah pengajaran yang seterusnya. Harapan saya telah tercapai kerana
murid-murid menjadi bermotivasi sehinggakan mereka begitu seronok belajar dan ini akan lebih
memudahkan saya untuk menyampaikan pengajaran yang seterusnya. Maklum balas daripada
murid-murid begitu memberansangkan kerana penglibatan murid secara aktif dengan berebut-
rebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diajukan.Faktor ini adalah sangat
penting agar sesi pembelajaran saya lebih bermakna dan berkesan.
2.2 Kelemahan :

Kekurangan prihatin guru dalam mengajar murid. Murid yang tidak faham arahan dan
apabila alat bahan bantu mengajar diberikannya, mereka terus menekan dan menggunakan
secara agresif alat bahan bantu mengajar sampai tahap maksimum, ini akan merosakkan alat
tersebut. Oleh itu, saya perlu memberikan penjelasan penggunaan alat. Arahan guru yang
kurang jelas dan tepat menyebabkan murid tidak faham apa yang perlu dibuat semasa dalam
aktiviti kumpulan. Saya perlu memjelaskan arahan yang telah diberikan disebabkan terdapat
segelintir pelajar yang tidak dapat mengikuti pengajaran saya. Kawalan kelas perlu
dipertingkatkan lagi.

3. Cadangan Dan Penambahbaikan

Saya perlu memberikan perhatian kepada murid yang lambat pembelajarannya. Oleh itu,
saya perlu menjelaskan penggunaan alat bantu mengajar dan memberikan arahan yang lebih
jelas tentang aktiviti yang perlu dijalankan kepada murid supaya mereka dapat menjalankan
aktiviti mengikut arahan dan tidak membuat salah. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, murid
terlalu aktif dan membuat bising. Oleh yang demikian, saya perlu mempertingkatkan lagi
kawalan kelas saya untuk memastikan murid tidak terlalu bising dalam menjalankan aktiviti
kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai