Anda di halaman 1dari 2

Bidang:

Akademik Matematik
Jenis Ketidakupayaan:
Masalah Pembelajaran
Peringkat Pendidikan:
Menengah Tahap 1
Aras:
2 (Sederhana)
Domain:
Kognitif
Sukatan Pelajaran:
1.1 menamakan objek 1.1.1 bentuk
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Mengenal bentuk segitiga, segi empat, segi lapan, kon, silinder, dan bulatan.
Penulis:
Baseri bin Remping & Redzuan bin Saad
Objektif:
1. Dapat mengecam dan menyebut bentuk-bentuk yang di tayangkan dengan betul. 2. Menjawab
dengan betul lima daripada enam soalan latihan di komputer yang di berikan. 3. Menjawab
dengan betul enam daripada lapan soalan pada lembaran kerja yang di berikan.
Kemahiran Sedia Ada:
Pelajar pernah melihat bentuk-bentuk segi tiga, segi empat, segi lapan, kon, bulatan dan silinder.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Merangsang murid dengan bersoal jawab berkaitan bentuk-bentuk yang di tunjukkan. 2.
Menyebut semula nama-nama setiap bentuk yang disebutkan oleh guru. 3. Menamakan setiap
bentuk yang telah di tunjukkan. 4. Mengenal ciri-ciri setiap bentuk.
Bahan Bantu Mengajar:
Kad bentuk-bentuk; 1.Segitiga sama sisi. 2. Segitiga sama kaki. 3. Segi tiga bersudut tepat. 4.
Segi empat sama. 5. Segi empat tepat. 6. Bulatan. 7. Segi lapan atau oktagon. 8. Kon. 9. Silinder.
Pelajar biasa melihat bentuk-bentuk segi tiga, segi empat, segi lapan, kon, bulatan dan silinder.
1. Guru menayangkan gambar bentuk kon. 2. Guru menyebut nama kon. 3. Pelajar di minta
mengikut guru menyebut kon. 4. Guru menerangkan ciri-ciri bentuk kon yang di tayangkan. 5.
Guru menayangkan gambar bentuk silinder. 6. Guru menyebut nama silinder. 7. Pelajar di minta
mengikut guru menyebut silinder. 8. Guru menerangkan ciri-ciri bentuk silinder yang di
tayangkan. 9. Guru menyuruh pelajar menyatakan barang-barang yang berbentuk silinder dan
kon.
Deskripsi:
1. Guru merangsang murid dengan bersoal jawab berkaitan bentuk-bentuk yang di tunjukkan.
2. Murid-murid cuba menjawab soalan-soalan secara lisan yang di kemukakan oleh guru.
1. Guru menayangkan gambar segi empat sama sisi. 2. Guru menyebut nama segi empat sama
sisi. 3. Pelajar diminta mengikut guru menyebut segi empat sama sisi. 4. Guru menerangkan ciriciri bentuk segi empat sama sisi. 5. Guru menayangkan gambar segi empat tepat. 6. Guru
menyebut nama segi empat tepat. 7. Pelajar di minta mengikut guru menyebut segi empat tepat.

8. Guru menerangkan ciri-ciri bentuk segi empat tepat. 9. Guru menyuruh pelajar menyenaraikan
barang-barang berbentuk segi empat tepat yang berada disekeliling mereka.
1. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran hari ini. 2. Guru menunjukkan gambar
segi tiga sama sisi. 3. Guru menyebut nama segi tiga sama sisi. 4. Pelajar di minta mengikut guru
menyebut segi tiga sama sisi. 5. Guru menerangkan ciri-ciri bentuk segi tiga sama sisi. 6. Guru
menunjukkan gambar segi tiga sama kaki. 7. Guru menyebut nama segi tiga sama kaki. 8. Pelajar
di minta mengikut guru menyebut segi tiga sama kaki. 9. Guru menerangkan ciri-ciri bentuk segi
tiga sama kaki. 10. Guru menunjukkan gambar segi tiga bersudut tepat. 11. Guru menyebut nama
segi tiga bersudut tepat. 12. Pelajar di minta mengikut guru menyebut segi tiga bersudut tepat.
13. Guru menerangkan ciri-ciri bentuk segi tiga bersudut tepat. 14. Guru menyuruh pelajar
menyenaraikan barang-barang berbentuk segi tiga.
1. Pelajar di minta mengikut guru menyebut segi tiga sama sisi,segi tiga sama kaki dan segi
empat sama sisi. 2. Pelajar di minta mengikut guru menyebut segi empat tepat,bulatan dan segi
lapan atau oktagon. 3. Pelajar di minta mengikut guru menyebut kon dan silinder.
Murid membuat latihan yang disediakan di dalam perisian yang disediakan seperti berikut; 1.
Latihan pertama menjawab soalan bentuk segi tiga. 2. Latihan kedua menjawab soalan bentuk
segi empat. 3. Latihan ketiga menjawab soalan bentuk bulatan. 4. Latihan keempat menjawab
soalan bentuk segi lapan atau oktagon. 5. Latihan kelima menjawab soalan bentuk kon. 6.
Latihan keenam menjawab soalan bentuk silinder.
1. Murid di minta memadankan gambar bentuk-bentuk mengikut nama yang sesuai. 2. Guru
memberi peneguhan berbentuk pujian kepada semua murid kerana dapat mengikuti pengajaran
dan pembelajaran hari ini dengan baik.
1. Guru menayangkan gambar bulatan. 2. Guru menyebut nama bulatan. 3. Pelajar di minta
mengikut guru menyebut bulatan. 4. Guru menerangkan ciri-ciri bentuk bulatan yang di
tayangkan. 5. Guru menayangkan gambar segi lapan atau oktagon. 6. Guru menyebut nama
bentuk segi lapan atau oktagon. 7. Pelajar diminta mengikut guru menyebut segi lapan atau
oktagon. 8. Guru menerangkan ciri-ciri bentuk segi lapan atau oktagon.
Murid akan mengenal setiap bentuk objek yang mereka nampak

Anda mungkin juga menyukai