Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Matematik ( Isnin ,08 Julai 2019)


Kelas 1 Sinar
Masa 4:25 – 5:30 ( 65 minit)
Bilangan Murid /26
Bidang Pelajaran PERKAITAN DAN ALGEBRA
Tajuk PERSAMAAN LINEAR
Standard Kandungan 6.1 Persamaan Linear Dalam Satu Pemboleh Ubah
Standard Pembelajaran 6.1.1 Mengenal pasti persamaan linear dalam satu pemboleh ubah dan
menghuraikan ciri – ciri persamaan tersebut.
6.1.2 Membentuk persamaan linear dalam satu pemboleh ubah
berdasarkan suatu pernyataan atau situasi dan sebaliknya.
6.1.3 Menyelesaikan masalah dalam satu pemboleh ubah
6.1.4 menyelesaikan masalah yang melibatkan persamaan linear dalam
satu pemboleh ubah
Hasil Pembelajaran Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
1. Mengenal pasti persamaan linear dalam satu pemboleh ubah.
2. Membentuk sekurang – kurangnya 3 pernyataan linear dalam
satu pemboleh ubah berdasarkan suatu pernyataan
3. Menyelesaikan sekurang – kurangnya 3 permasalahan yang
melibatan persamaan linear satu pemboleh ubah.
Bahan Bantu Mengajar  Whiteboard
 Lembaran kerja
 Kotak misteri

Langkah – Langkah Pengajaran

Fasa Aktiviti PdPc Nilai Murni /


BBM /
PAK21
Set Induksi 1. Soal jawab mengenai asas dalam ungkapan algebra.
(5minit) 2. Murid menjawab soalan berdasarkan apa yang telah
dipelajari dalam kelas yang lepas.
Perkembangan 1. Guru membimbing murid mengenal pasti persamaan
(15 minit) linear dalam suatu pemboleh ubah dan ciri – cirinya.
2. Guru membimbing pelajar membentuk persamaan linear
dalam satu pemboleh ubah berdasarkan suatu pernyataan.
Aktiviti 1 Realiti Minda
(40 minit,) 1. Setiap individu/kumpulan diberikan satu set blok yang
mengandungi blok numbor dan blok berwarna.
2. Guru membimbing pelajar menyelesaikan permasalahan
yang melibatkan persamaan linear dengan menggunakan
blok yang diberikan sebelum membimbing menggunakan
kalkulator.
3. Dalam pasangan / kumpulan masing – masing, murid
perlu menyelesaikan set lembaran kerja yang di berikan.
4. Menggunakan aplikasi “decision roulete”, murid dipilih
secara rawak untuk tampil ke hadapan untuk menunjukan
jalan kerja berdasarkan soalan di lembaran kerja.
Penutup
(5 minit) 1. Murid ditanya berkenaan apa yang mereka faham dan
dibimbing untuk membuat kesimpulan.

Refleksi: ___/____ mencapai hasil pembelajaran.

___/____ dibimbing oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran.


Bulatkan semua persamaan linear dalam satu pemboleh ubah.

Bentuk persamaan linear dalam satu pemboleh ubah bagi setiap pernyataan yang berikut.
Pernyataan Persamaan linear

1. Apabila 9 ditambahkan kepada 5𝑥, jumlahnya ialah 28

2. Zamri mempunyai 𝑥 biji guli. Chong mempunyai 15 biji


guli. Jumlah guli mereka ialah 60 biji.
3. Umur david ialah 𝑛 tahun. Umur Kumar ialah 17 tahun.
Kumar adalah dua tahun lebih tua daripada David.

Selesaikan persamaan linear yang berikut.


𝑚
1. 𝑥 + 1 = 7 2. 𝑦 − 3 = 5 3. =2
4

3𝑛
4. 2𝑝 = 20 5. 10 − 4𝑥 = 6 6. =9
5
Aktiviti 1
Contoh : 1) 5(𝑞 − 1) + 8 = 11 2) 𝑦 − 5 = 3(3 − 2𝑦)
6ℎ + 1 = 3ℎ − 2
6ℎ − 3ℎ = −2 − 1
3ℎ = −3
ℎ = −1

2(𝑚+1) 4𝑥 𝑘−2
3) =4 4) −7=1 5) 5 + =8
5 9 7

Aktiviti 2
1. Zaki mempunyai 𝑥 keeping setem. Bilangan setem raju adalah dua kali bilangan setem Zaki.
Susan pula ada 4 keping setem kurang daripada zaki. Jumlah setem mereka ialah 36 keping.
Berapakah bilangan setem Zaki?

2. Beza umur antata Suria dengan kakaknya, Mariam, ialah 3 tahun. Dalam masa 5 tahun akan
datang, jumlah umur mereka menjadi 29 tahun. Berapah umur Suria sekarang?

Anda mungkin juga menyukai