PENGENALAN
Geometri merupakan satu tajuk yang penting dalam matematik. Banyak kajian
dijalankan sama ada melibatkan pengkaji-penkaji dalam negara dan juga luar negara yang
memberi penekanan terhadap tajuk ini.
mempelajari mengenal benda-benda atau bentuk-bentuk, luas permukaan, garis-garis, sudutsudut beserta hubungan-hubungan yang tercipta, sifat-sifatnya dan semua ukuran yang
tercipta di dalam ruangnya.
Maka, melalui pembelajaran geometri, ia mendedahkan akan kewujudan alam ini
dengan lebih mendalam. Ilmu geometri juga sangat berguna dalam penyelesaian masalah
yang melibatkan kehidupan seharian. Ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah yang
melibatkan cabang-cabang atau bahagian-bahagian matematik yang lain. Melalui
pembelajaran geometri juga, ia memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk membuat
penaakulan dan melatih pelajar-pelajar berfikir secara logikal.
Dalam situasi sebenar yang dihadapi di sekolah-sekolah baik sekolah rendah mahupun
menengah, seringkali terjadi kegagalan dalam kurikulum matematik yang juga melibatkan
tajuk geometri ini. Punca utama kegagalan ini disebabkan berlakunya kegagalan pelajarpelajar memahami konsep dengan baik. Maka, jadilah miskonsepsi dengan pelajar-pelajar
melakukan kesalahan-kesalahan yang berulang-ulang tanpa mereka sendiri akan kesalahan
tersebut.
Melihat daripada kesukaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dalam tajuk
geometri, perlu ada satu tindakan daripada para guru untuk menangani isu atau permasalahan
yang timbul. Guru-guru perlu mencari kaedah atau strategi pembelajaran yang sesuai dengan
tahap pelajar-pelajarnya bagi memudahkan mereka memahami konsep yang disampaikan
seterusnya mereka dapat menguasai geometri dengan lebih minat dan seronok untuk
mempelajarinya.
Guru perlu bertanggungjawab untuk merealisasikan kepentingan geometri dalam
kehidupan. Pelajar-pelajar harus difahami dengan konsep geometri bermula dari asas iaitu
mengenal bentuk 2D dan 3D sehinggalah kepada konsep geometri yang lain.
2.0
KAJIAN LITERATUR
Pembinaan geometri sangat penting dan perlu dikuasai bagi pelajar-pelajar tingkatan
2. Namun begitu, ia menjadi satu masalah kepada mereka dalam memahami dan menguasai
konsep geometri semasa mempelajari tajuk berkenaan. Oleh yang demikian, ia sangat penting
bagi guru-guru menggunakan kaedah pedagogi yang bersesuaian bagi memudahkan mereka
menguasai tajuk berkenaan.
Shulman ( 1987 ), menyatakan dua elemen penting berkaitan pengetahuan pedagogi
kandungan ( PCK ) iaitu pengetahuan bagaimana seorang guru dapat menyampaikan isi
pelajaran dengan berkesan dan seorang guru haruslah memahami masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya khusus dalam isi pelajaran tersebut.
Manakala Mark ( 1990 ) oula menyatakan bahawa seorang guru hendaklah menguasai
sepenuhnya mata pelajaran yang diajar sebelum dia berdepan dengan pelajarnya. Manakala
Grosman ( 1990 ) pula menyatakan bahawa pengetahaun pedagogi kandungan ( PCK )
mengandungi pengetahuan berkaitan strategi-strategi dan cara penyampaian untuk pengajaran
sesuatu topik, pengetahuan tentang kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep dan kesilapan
konsep yang berlaku kepada pelajar-pelajar berkenaan, mempunyai pengetahuan tentang
objektif atau tujuan pengajaran sesuatu topik dan mempunyai pengetahuan tentang bahan dan
kurikulum.
Daripada dapatan-dapatan yang
simpulkan bahawa seseorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang baik dari segi isi
kandungan dan konsepsi terhadap matapelajaran yang diajarnya dan juga mestilah
mempunyai pengetahuan berkaitan strategi pengajaran. Selain itu juga, seorang guru
hendaklah peka tentang kefahaman pelajar-pelajar mereka dan konsepsi mereka. Jika ia
mampu dipenuhi, guru dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
berkesan.
Untuk mengajar tajuk geometri yang berkesan , seorang guru perlulah menguasai
tiga-tiga elemen iaitu mestilah mempunyai pengetahuan tentang tajuk berkenaan, mempunyai
pengetahuan dan mengambil kira faktor tentang kefahaman pelajar dan juga mempunyai
pengetahuan tentang strategi pengajaran.
Guru
Pengetahuan matematik
Pengetahuan tentang
kefahaman pelajar
Keperluan untuk
pembelajaran
Kesukaran dan kesilapan
konsep
Pengetahuan tentang
strategi pengajaran
2.1
Pengetahuan matematik
Menurut Kauchak & Eggan ( 1989 ), pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang guru
belum mencukupi untuk menjadikan pengajarannya berkesan tetapi sebaliknya seseorang
guru mestilah mempunyai kebolehan menukarkan pengetahuan kandungan mata pelajaran
kepada bentuk pengetahuan yang mudah difahami oleh pelajar-pelajarnya.
Satu kajian yang dijalankan oleh Salehudin & Mahadi ( 2005 ), menjelaskan bahawa
cara penyampaian isi kandungan dan penguasaan isi kandungan yang disampaikan
merupakan dua elemen penting yang perlu dikuasai oleh guru untuk menghasilkan suatu
pengajaran yang baik. Kegagalan menguasai kedua-dua elemen ini akan merencatkan
pembentukan pengajaran yang berkesan.
Manakala satu kajian daripada Lilia et al. ( 2002 ) pula menyatakan bahawa antara
kejayaan pelaksanaan aktiviti pembelajaran adalah disebabkan faktor penguasaan guru dalam
pengetahuan isi kandungan pelajaran yang diajar.
2.2
juga perlu peka dan berpengetahuan tentang kefahaman pelajar-pelajar mereka dari aspek
keperluan untuk pembelajaran dan juga kefahaman dan kesilapan mereka dalam memahami
sesuatu konsep yang dipelajari.
Dapatan satu kajian yang dijalankan oleh Vighnarajah et. Al 2008, guru perlulah
membuat kajian tentang tahap pembelajaran pelajar-pelajarnya sebelum sesuatu topik
dibincangkan. Ini sangat penting bagi guru-guru bagi mengenal pasti tahap kebolehan atau
pengetahuan sedia ada pelajar-pelajarnya berkaitan tajuk yang akan dipelajarinya. Ini
membolehkan guru-guru menyusun langkah-langkah pengajaran dengan lebih efisyen lagi
dengan menggunakan strategi-strategi pengajaran yang bersesuaian denga tahap kebolehan
pelajar-pelajarnya.
Selain itu juga, seorang guru hendaklah peka dengan kefahaman dan kesilapan
pelajar-pelajarnya dalam memahami sesuatu konsep yang dipelajari. Ia amat penting bagi
mengelakkan mereka terus keliru dan melakukan kesilapan. Miskonsepsi merupakan
kesalahan atau kesilapan yang dilakukan secara berulang-ulang. Pelajar-pelajar tidak tahu
mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab dengan kefahaman mereka sendiri.
Mereka akan terus melakukan kesilapan ini jika tiada pihak yang membetulkannya. Ia
merupakan satu masalah yang amat serius jika guru-guru tidak mengambil langkah
penyelesaiannya. Oleh yang demikian, tanggungjawab guru amat penting dalam
menyampaikan konsep yang betul terutamanya melibatkan geometri.
Menurut Gagne ( 1970 ), pembentukan konsep pada minda pelajar adalah amat sukar.
Namun, jika ia telah berlaku maka pembelajaran itu akan mudah berlangsung. Manalaka
menurut Ausubel et. Al. ( 1978 ), pelajar-pelajar sentiasa mengalami kesalahfahaman konsep
di dalam matematik.
Kajian yang dijalankan oleh Mohd Salleh Abu ( 1991 ), merumuskan bahawa
seseorang pelajar akan menghadapi masalah pemahaman dalam matematik jika pelajar
berkenaan tidak menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran matematik. Kefahaman
konsep merupakan perkaran yang amat penting dalam pembelajaran matematik. Kegagalan
pelajar-pelajar menguasai konsep akan menyebabkan mereka menganggap matapelajaran
matematik itu sukar dan timbul kurang minat terhadap matapelajaran ini.
Menurut Laporan Jemaah Nazir ( 1988 ), kefahaman sesuatu konsep dalam matematik
banyak dipengaruhi dengan cara penyampaian dan pengkaedahan pengajaran seseorang guru.
Jelas, pembentukan konsep yang betul amat penting dalam pembelajaran matematik.
Tanggungjawab guru amat penting bagi menyampaikan isi pengajaran dengan mudah dan
tepat agar pelajar-pelajar dapat memahami konsep tajuk yang dipelajari oleh mereka.
2.3
dapat membina dan mengkaji kegunaan, fungsi dan sifat geometri itu sendiri. Perisian ini
mengandungi langkah-langkah yang membantu pelajar-pelajar menguasai tajuk geometri ini.
Manakala, strategi bermaksud rancangan yang teratur bagi tujuan mencapai matlamat
yang ditetapkan. Sebenarnya strategi meliputi keempat-empat aspek iaitu pendekatan,
strategi, teknik dan kaedah. Menurut Mok Soon Sang ( 2002 ) dalam bukunya, empat strategi
yang boleh digunakan iaitu berpusatkan guru, murid, bahan dan berasaskan tugasan.
Manakala untuk tajuk geometri ini, 3 strategi yang boleh digunakan iaitu berpusatkan murid,
bahan dan tugasan. Dalam strategi ini, guru-guru boleh mengaplikasikan model Van Hiele
dalam melengkapkan pemahaman pada setiap pemikiran geometri.
Kaedah pula bermaksud cara yang digunakan untuk membuat sesuatu.Berbeza dengan
pendekatan dan strategi, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang bersistematik
dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran yang lebih berspesifik dalam jangka pendek.
Antara kaedah yang boleh digunakan dalam tajuk geometri ini ialah eksperimen, berserita,
latih tubi, dan pelbagai lagi. Kepelbagaian kaedah dan teknik akan menjadikan suasana
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif dan lebih menyeronokkan. Ini akan
menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.
Selain itu juga, penggunaan bahan bantu belajar akan membantu guru-guru
menyampaikan konsep geometri dengan jelas dan lebih yakin. Penggunaan bentuk-bentuk
2D dan 3D seperti kubus, kuboid, sfera, pyramid dan sebagainya aakan dapat membantu
pelejar-pelajar mengenali bentuk berkenaan dengan lebih jelas dan kekal dalam ingatan
mereka pada masa jangka yang panjang. Malahan, pelajar-pelajar dapat mempelajari konsep
dengan lebih tepat.
Kesimpulannya di sini, seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan menguasai
strategi pengajaran bagi membantu penguasaan pelajar-pelajar terhadap topik geometri ini.
Dengan mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik ia akan membantu pelajarpelajar menguasai konsep dalam ilmu geometri ini.
3.0
AKTIVITI PENGAJARAN
Untuk menjadikan pengajaran yang berkesan, guru perlu peka dengan tahap kebolehan
pelajar-pelajar mereka. Jadi, di sini adalah dua contoh aktiviti pengajaran yang dijalankan di
yang melibatkan pembinaan geometri dan lokus dalam dua dimensi yang melibatkan pelajarpelajar yang berada di kelas pencapaian rendah.
3.1
Mata pelajaran:
Matematik
Tahun
Tingkatan 2 Marikh
Masa
Tajuk
Pembinaan Geometri
Kemahiran
Aktiviti Pengajaran :
Set Induksi
1.
Guru memaparkan gambar rajah pada sehelai kertas dan meminta murid-murid
menamakannya.
2.
Kemudian, guru mengedarkan sehelai kertas kepada setiap pelajar dan meminta
pelajar-pelajar melukis bentuk yang dipaparkan tadi dan murid-murid diminta
melukis tambahan bentuk-bentuk poligon pada gambar rajah tadi mengikut kreativiti
masing-masing.
3.
Garis lurus
2.
A
3.
Jangka lukis
4.
7cm
5.
Guru meminta pelajar-pelajar membuat satu lagi tembereng garis dengan jarak 9cm.
A
2.
7cm
Jangka lukis
7cm
3.
4.
Jangka lukis
5.
Langkah 4 dan 5 diulangi dengan bukaan jangka lukis 4 cm dan B dijadikan pusat.
Jangka lukis
A
6.
A
7.
4 cm
7cm
3 cm
5 cm
2.
Setiap kumpulan diberi tugasan membina 3 buah segitiga yang berlainan ukuran.
3.
Setiap kumpulan akan membentangkan hasil dapatan selepas masa yang diberikan
tamat.
Penutup
1.
2.
3.2
Mata pelajaran:
Matematik
Tahun
Tingkatan 2 Marikh
Masa
Tajuk
Kemahiran
1.
2.
B)
Langkah 1 ( membina lokus bagi suatu titik memenuhi syarat iaitu berjarak
tetap dari satu titik tetap )
1.
2.
Pelajar B
Pembaris 1 meter
Pelajar A
Kedudukan pelajar
x
x
Pergerakan pelajar B
3.
4.
Guru memberi penerangan terperinci perkaitan aktiviti tadi dengan tajuk berkaitan
membina lokus bagi suatu titik memenuhi syarat iaitu berjarak tetap dari satu titik
tetap.
C)
Langkah 2 ( membina lokus bagi suatu titik memenuhi syarat iaitu berjarak
sama dari dua titik tetap )
1.
Pelajar-pelajar masih berada di dalam kumpulan. Setiap kumpulan akan diberi 3 tali
iaitu yang panjangnya 4 meter, 3 meter dan 2 meter dan satu tali sebagai titik pusat.
2.
2 orang murid akan pegang tali dan dijadikan sebagai titik pusat bagi 2 titik
tetap.
Pelajar A
Pelajar B
Kedudukan dua titik tetap
Seorang murid lain akan berada di tengah tali dan akan dijadikan lokus
bergerak dengan menggunakan tali tersebut. Seorang lagi murid akan
menanda kedudukan.
pelajar C
Pelajar A
Pelajar B
Selepas selesai aktiviti, guru meminta pelajar-pelajar menyambungkan titiktitik yang telah ditanda tadi.
X
3.
4.
Guru memberi penerangan terperinci perkaitan aktiviti tadi dengan tajuk berkaitan
membina lokus bagi suatu titik memenuhi syarat iaitu berjarak tetap dari dua titik
tetap.
Penutup
1.
Guru bersoal jawab dengan pelajar-pelajar lokus yang terhasil denga berjarak tetap
dari satu titik tetap dan berjarak sama dari dua titik tetap.
2.
4.0
JUSTIFIKASI AKTIVITI
4.1
Aktiviti 1 ( Geometri )
Aktiviti 1 dijalankan untuk membina geometri. Di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ini, sumber atau bahan bantu belajar yang digunakan ialah jangka lukis, kertas
A4 dan pembaris.
Guru menjalankan aktiviti-aktiviti mudah sepanjang pengajaran dan pembelajaran ini
bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar-pelajar. Pada set induksi, guru cuba meransang
pelajar-pelajar dengan meminta mereka melukis dua buah segiempat dan kemudian diminta
mereka membuat tambahan bentuk-bentuk poligon mengikut kreativiti mereka. Aktiviti ini
juga bertujuan menguji pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar berkaitan bentuk-bentuk
geometri.
Pada langkah 1, pelajar-pelajar didedah kepada pembinaan tembereng garis dengan
menggunakan jangka lukis. Pelajar-pelajar diajar dengan mengikut langkah demi langkah
bagi memudahkan mereka memahami dan seterusnya dapat melukis tembereng garis.
Pada langkah 2, guru menjalankan aktiviti untuk memperkenalkan pelajar-pelajar
kepada pembinaan geometri. Pada sesi pengajaran ini, mereka akan didedahkan kepada
pembinaan bentuk segitiga berdasarkan ukuran yang diberi. Guru menunjukkan langkah demi
langkah bagi membolehkan pelajar-pelajar memahami cara pembinaan segitiga ini.
Aktiviti pengajaran yang dijalankan oleh guru ini berfokus kepada berpusatkan
pelajar. Namun disebabkan kelas yang diajar ini merupakan pelajar-pelajar bercapaian
rendah, guru akan memberi penerangan dan menunjuk cara terlebih dahulu diikuti dengan
tindakan daripada pelajar.
Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh guru ini mudah difahami oleh
pelajar-pelajar dan mampu diikuti dengan baik oleh pelajar-pelajar yang bercapaian rendah.
4.2
Aktiviti 2 ini adalah berkaitan dengan tajuk lokus dua dimensi. Pelajar-pelajar akan
didedahkan dengan kemahiran Membina lokus bagi suatu titik yang memenuhi syarat iaitu
berjarak tetap dari satu titik tetap dan berjarak sama dari dua titik tetap.
Aktiviti dilakukan dengan berpusatkan pelajar. Di mana pelajar-pelajar akan
melakukan sendiri aktiviti yang dirancang oleh guru. Dengan ini, pelajar-pelajar akan merasai
pengalaman sendiri dan secara tidak langsung akan memberi ingatan kekal kepada pelajarpelajar itu sendiri.
Pada langkah 1, guru menjalankan aktiviti kumpulan di mana pelajar-pelajar
dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar dikehendaki membina
lokus bagi suatu titik yang berjarak tetap satu titik tetap. Seorang pelajar akan menjadi satu
titik tetap manakala seorang lagi pelajar akan menjadi lokus yang bergerak. Dengan
menggunakan pelajar sebagai bahan bantu mengajar ini, pelajar-pelajar akan ingat rakanrakan yang dijadikan titik tetap dan lokus yang bergerak. Secara tidak langsung , ia
membantu pelajar-pelajar memahami konsep dan mengingatnya dalam jangka masa yang
panjang dalam membina lokus bagi suatu titik yang berjarak tetap pada satu titik tetap. Ia
juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi secara aktif dalam aktiviti
ini.
Begitu juga dalam langkah ke-2, di mana pelajar-pelajar akan dilibatkan secara aktif
bagi mendapatkan lokus bagi suatu titik yang berjarak sama dua titik tetap. Aktiviti ini
dijalankan dengan 2 orang murid akan dijadikan sebagai dua titik tetap. Manakala seorang
pelajar akan dijadikan lokus yang bergerak. Sama juga seperti langkah 1, semua aktiviti akan
dilakukan sendiri oleh pelajar-pelajar. Secara tidak langsung , pelajar-pelajar membina
pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri.
Kesimpulannya, aktiviti yang dirancang oleh guru ini, memudahkan pelajar-pelajar
mengikutinya termasuklah pelajar-pelajar berpotensi rendah . Namun begitu, guru perlu
membimbing pelajar-pelajar untuk membentuk ayat berdasarkan lokus yang dibina.
5.0
PENUTUP