Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2303
Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY


EDUCATION)

WITH HONOUR

NAMA

SHAHARUDIN BIN MOHD AMIN

NO. MATRIKULASI

820123065319001

NO. KAD PENGENALAN :

820123-06-5319

NO. TELEFON

0105432142

PUSAT PEMBELAJARAN :

PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

SEMESTER SEPTEMBER 2014

1.0

ISI KANDUNGAN

M/S

2.0

PENGENALAN

3.0

ARTIKEL-ARTIKEL PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM

PENGAJARAN MATEMATIK
4.0

CABARAN GURU-GURU DALAM PENGGUNAAN

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MATEMATIK
5.0

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10

MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
5.1

Justifikasi Penggunaan Teknologi Maklumat dan

15

Komunikasi Dalam Aktiviti Pengajaran


6.0

PENUTUP

19

7.0

RUJUKAN

20

2.0

PENGENALAN

Teknologi diciptakan dan digunakan sebagai pemudahcara urusan seharian.


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semakin ketara sekali pada abad ke-21
ini. Namun begitu, penggunaan teknologi ini dalam bidang pendidikan bukan suatu benda
yang baru. Penggunaan komputer dalam pendidikan misalnya telah lama diamalkan
terutamanya di negara barat. Ini kerana, perkembangan teknologi lebih cepat di sana
berbanding di negara kita. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula
diperkenalkan semenjak tahun 50-an yang lalu dimana antara perisian yang awal
dibangunkan ialah simulasi penerbangan pesawat oleh pakar sains di Massachusetts Institute
of Technology, Amerika Syarikat. Perisian ini digunakan bertujuan melatih juruterbang
mengendalikan pesawat pada masa itu. Kini, dengan adanya pelbagai teknologi seperti
komputer, telefon pintar dan kemudahan internet yang semakin meluas capaiannya memberi
banyak kebaikan dalam bidang pendidikan.
Perkembangan dunia teknologi juga telah membawa banyak perubahan dan memberi
impak yang besar di dalam bidang pendidikan di negara kita. Bermula pada tahun 1993,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula membekalkan set komputer ke sekolah-sekolah
bersama-sama perisian. Ia sebagai satu langkah untuk menjalankan kaedah pembelajaran
menggunakan komputer. Ia disusuli dengan penubuhan sekolah-sekolah bestari pada tahun
1998. Kini, pelbagai langkah dalam meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memperluaskan
rangkaian jalur lebar melebihi 10000 buah sekolah di bawah projek 1 Bestarinet,
mewujudkan persekitaran pembelajaran maya ( Vle ), menjalankan kursus-kursus dalam
meningkatkan kemahiran guru-guru dan pelbagai lagi.
Kini, pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi tidak lagi bergantung
hanya pada satu-satu peranti sahaja seperti dahulu. Peredaran masa menyebabkan bidang
teknologi dan komunikasi mengalami satu revolusi yang begitu ketara sekali. Perkembangan
kaedah pengajaran dan

pembelajaran menggunakan teknologi didorong dengan

perkembangan dan kemunculan teknologi-teknologi komunikasi dan maklumat yang semakin


canggih dan pelbagai guna. Daripada era kemunculan komputer, yang bersaiz besar
sehinggalah ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja dan kini telefon pintar memainkan
peranan yang cukup besar bukan sahaja sebagai alat perhubungan bahkan juga sebagai alat
untuk hiburan dan mencari maklumat. Capaian internet yang semakin berkembang di negara
kita, juga merupakan satu faktor yang menyebabkan kaedah pembelajaran ini semakin
berkembang di negara kita.
2

Dahulu, proses pengajaran dan pembelajaran banyak berlaku dengan menggunakan


bahan-bahan seperti buku sahaja. Kini proses pencarian maklumat boleh dilakukan dengan
mudah dan dimana-mana sahaja dengan adanya kemudahan internet. Pengenalan pelbagai
bahan pengajaran dan pembelajaran yang didapati daripada internet seperti laman web,
forum, dan sebagainya membolehkan guru atau murid mengakses tanpa mengira masa dan
tempat.
Oleh yang demikian, semua guru haruslah memanfaatkan ICT sebagai satu cara
meningkatkan kualiti pembelajaran di negara kita seperti yang terkandung di dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.

3.0

ARTIKEL-ARTIKEL PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN


MATEMATIK
Perkembangan teknologi memberi banyak cabaran dalam pendidikan pada masa kini.

Tahap kualiti masyarakat masa hadapan bergantung kepada generasi masa kini yang akan
mengambil alih peranan pemimpin yang akan silih berganti. Kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia memberi penekanan dalam penggunaan teknologi yang terkini agar
segala maklumat dapat disalurkan dengan berkesan.
Penggunaan komputer, bahan elektronik, projektor, kamera, video digital, telefon
pintar dan sebagainya di dalam bilik darjah adalah satu langkah ke arah mengintegrasikan
penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kini, proses pengajaran
dan pembelajaran boleh dijalankan dengan pelbagai cara dan juga medium. Pelbagai media
pengajaran boleh diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
Menurut Pisapa pada tahun 1996, integrasi teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud penggunaan teknologi dalam
pembelajaran untuk memperkenalkan, menambah dan memperkukuhkan kemahiran. Guru
perlu mengintegrasikan teknologi untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajaran
dan pembejaran. Matlamat utama penggunaan teknologi ini adalah membantu murid-murid
memperkembangkan kebolehan mereka dari segi mengguna, mengurus dan memahami
teknologi. Pada masa yang sama akan membantu mereka merasai pembelajaran yang terkini
dan menyeronokkan.
3

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti komputer, telefon pintar,


internet dalam pengajaran Matematik dapat memperkembangkan lagi tajuk-tajuk yang diajar.
Menurut Cockroft dalam kajian yang dilakukan pada tahun 1982, penggunaan komputer
dapat memperbaiki kualiti pengajaran Matematik bahkan ia juga mengubah kepentingan
sesuatu tajuk dalam silibus Matematik.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Funkhouser pada tahun 1993, mendapati
bahawa pelajar-pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap
yang lebih positif dan berupaya menyelesaikan masalah-masalah yang lebih kompleks.
Dapatan kajian yang dilakukan oleh beliau juga mendapati bahawa perisian komputer yang
digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar konsep
matematik dengan lebih mudah dan berkesan. Pencapaian pelajar-pelajar juga meningkat dan
mereka dapat mengingati dan menyimpan maklumat dalam ingatan dalam jangka masa yang
panjang.
Satu kajian yang dijalankan oleh Safuan & Fong pada tahun 2003, mendapati
penggunaan media elektronik menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Satu
lagi kajian yang dijalankan oleh Rozhan pada tahun 2009, beliau berpendapat bahawa
penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan pelajar mudah
memahami konsep yang diajar. Seorang guru harus mengambil peluang dengan
perkembangan teknologi ini untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengunaan alatan teknologi seperti komputer dan projektor membolehkan guru
memaparkan contoh-contoh yang pelbagai dan menarik. Tajuk-tajuk seperti wang, bentuk dan
sebagainya membolehkan guru-guru Matematik memaparkan visual yang lebih jelas dan ia
akan menarik minat murid-murid terhadap pengajaran guru. Ini akan membantu murid-murid
lebih cepat faham dan seterusnya mengalami pembelajaran yang bermakna. Menurut kajian
yang dijalankan oleh Robin J. Ittigson, Edd dan John G. Zewe pada tahun 2004, penggunaan
teknologi dalam kelas Matematik memberi pemahaman kepada pelajar apa yang disampaikan
oleh guru.
Penggunaan teknologi juga akan meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Penggunaan CD Rom dan courseware-courseware
akan menarik perhatian murid-murid dan secara tidak langsung mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Dapatan ini telah dibuktikan oleh satu kajian yang

dijalankan oleh Robin J. Ittigson, Edd dan John G. Zewe pada tahun 2004, melalui
petikannya :
Technology

empowers

learners

with

tools

to

enhance

their

learning

styles and make concepts understandable and interesting.


Bahan-bahan multimedia interaktif yang dibangunakan dengan memasukkan elemen-elemen
multimedia seperti audio, video, animasi, dan teks secara tidak langsung akan menarik minat
murid-murid dan seterusnya membantu mereka mengukuhkan kefahaman mereka terhadap
sesuatu konsep. Tidak dinafikan bahawa, terdapat beberapa topik dalam Matematik berkesan
dengan penggunaan bahan bantu komputer. Tajuk seperti nombor, pecahan, perpuluhan, masa
dan waktu, dan bentuk dan ruang dapat diaplikasikan dengan mudah dengan menggunakan
bahan multimedia.
Penggunaan telefon bimbit tidak lagi terhad untuk panggilan telefon sahaja. Telefon
bimbit juga boleh digunakan untuk menerima dan menghantar e-mail, khidmat penghantaran
ringkas ( SMS ), khidmat pesanan multimedia ( MMS ) dan juga digunakan untuk hiburan
seperti mendengar muzik, menonton video dan sebagainya. Kini, perkembangan telefon
bimbit semakin pantas dengan kemunculan pelbagai jenis telefon pintar. Telefon pintar ialah
sebuah telefon bimbit yang dibina menggunakan landasan pengkomputeran dan mempunyai
keupayaan capaian yang canggih berbanding telefon bimbit yang biasa. ( Harian Metro,
08/05/2012 ). Android merupakan satu sistem pengoperasian yang begitu popular bagi
pengguna telefon pintar. Di dalam sistem pengoperasian ini mempunyai banyak aplikasi yang
bleh dimuat turun secara percuma. Di antara aplikasi-aplikasi ini, terdapat aplikasi yang boleh
dijadikan bahan pengajaran untuk Matematik sekolah rendah seperti Math Training for Kids.
Penggunaan telefon pintar dalam pembelajaran sebenarnya memberi banyak kebaikan.
Daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati m-pembelajaran yang menggunakan
telefon pintar sangat efektif. Satu dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh Saran,
Cagility dan Seferoglu pada tahun 2008, menunjukkan bahawa m-pembelajaran yang
menggunakan telefon mudah alih telah meningkatkan kemahiran murid-murid melalui
penggunaan bahan berbentuk multimedia. Ahmad Sobri (2010), pula menyatakan bahawa
penggunaan alat mudah alih lebih mudah dan ia menjadikan pembelajaran berlaku di manamana sahaja dan pada bila-bila masa berbanding dengan penggunaan buku nota. Jadi,
pembelajaran menggunakan teknologi ini akan membantu guru-guru dan murid-murid dan

secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terbatas di dalam kelas
sahaja.
Dapatan-dapatan ini jelas bahawa pengajaran menggunakan teknologi memberi
banyak kebaikan kepada semua guru dan murid-murid. Semua guru seharusnya
memanafaatkan dengan perkembangan teknologi hari ini dengan mengaplikasikan di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4.0

CABARAN GURU-GURU DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memberikan cabaran yang besar

dalam bidang perguruan. Tidak dinafikan, kebanyakkan guru sekolah berada di dalam
keadaan selesa menggunakan kaedah lama dalam pengajaran mereka. Kebanyakkan guru
Matematik lebih banyak menggunakan papan putih dan buku teks dalam pengajaran mereka
sekarang. Namun, kaedah ini tidak lagi sesuai dengan perkembangan dunia teknologi
terutamanya

melibatkan

matapelajaran

Matematik.

Sebaliknya,

guru

harus

bijak

menggunakan pelbagai teknologi yang ada seperti komputer, telefon pintar dan ditambah
dengan kemudahan internet yang mudah didapati membolehkan guru menggunakannya
sebagai alat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan dunia teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer
dalam bidang pendidikan memudahkan maklumat diakses, disimpan dan disebarkan dengan
pantas. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran bertujuan meningkatkan mutu dan
mempelbagaikan cara penyampaian dengan penggunaan komputer, internet, perisian-perisian
pembelajaran dan sebagainya. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
dengan menggunakan alat-alat teknologi, sudah tentu guru akan menghadapi pelbagai
cabaran akan terpaksa dihadapi.
Semua maklum, murid-murid terdiri mempunyai pelbagai perbezaan baik dari latar
belakangnya, tingkah lakunya mahupun kecerdasan mereka. Begitu juga dalam penggunaan
teknologi maklumat ini, sudah tentu mereka juga mempunyai pelbagai perbezaan
pengetahuan. Ada di antara murid-murid yang boleh menggunakan komputer dan dapat
mengakses maklumat dengan baik dan mungkin ada sebahagian daripada mereka tidak
mengguasai penggunaannya. Ini antara satu cabaran yang akan dihadapi oleh guru-guru
6

semasa melaksanakan pengajaran menggunakan teknologi sebagai alat pengajaran.


Kebanyakan perisian pendidikan yang dibangunkan memerlukan interaktif dua hala antara
guru dan murid. Pengajaran menggunakan teknologi tidak dapat dilaksanakan jika muridmurid tidak tahu dan takut menggunakannya. Oleh yang demikian, guru harus bijak
merancang pengajaran mereka dengan penglibatan murid secara aktif walaupun menyedari
perbezaan penguasaan di kalangan murid-murid mereka.
Kepentingan internet dalam kehidupan manusia tidak boleh dinafikan lagi. Baik
golongan dewasa mahupun kanak-kanak, menjadikan internet sebagai alat komunikasi,
hiburan juga mencari maklumat. Semua sudah maklum bahawa internet merupakan satu
sumber pencarian maklumat yang meluas. Guru-guru dan murid-murid boleh menjadikan
internet ini sebagai sumber mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, bahan rujukan
dan pelbagai lagi. Melalui portal-portal pendidikan yang boleh dilayari bila-bila masa
hendaklah dimanafaatkan sepenuhnya oleh semua guru dan juga murid. Namun begitu,
internet juga mempunyai keburukan yang membawa kesan buruk terutamanya kepada muridmurid. Internet memudahkan pengguna mengakses sebarang maklumat tanpa halangan.
Pelbagai bahan yang terkandung di dalam sumber pencarian ini sama ada berbentuk ilmiah
tetapi juga perkara-perkara negatif seperti bahan ponografi, berita-berita fitnah dan pelbagai
lagi. Ini merupakan satu cabaran kepada guru-guru dalam menggunakan internet sebagai satu
sumber pencarian maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru perlu
menekankan etika kepada murid-murid mereka dalam pencarian maklumat dalam internet. Ini
bagi mengelakkan murid-murid mereka mengakses perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Sekatan terhadap web-web yang tidak bermoral perlu dilakukan bagi menyekat murid-murid
mengaksesnya. Ini antara tindakan yang boleh dilakukan oleh guru-guru bagi mengelakkan
murid-murid daripada melayari web-web yang tidak bermoral.
Pada masa kini, kekurangan perisian pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia merupakan satu cabaran kepada guru-guru Matematik bagi
melaksanakan pengajaran menggunakan teknologi. Berbeza ketika pelaksanaan PPSMI
dahulu , banyak perisian-perisian pembelajaran Matematik dibekalkan kepada sekolahsekolah. Bahan-bahan pembelajaran yang banyak terdapat di dalam internet juga
kebanyakkannya tidak dikemaskini dan masih mengikut sukatan yang lama. Selain itu juga,
kebanyakkan bahan pembelajaran Matematik di dalam internet banyak dibina dari luar
negara. Terdapat perbezaan bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga isi pembelajarannya.

Faktor ini merupakan satu cabaran pada guru dalam menggunakan perisian pembelajaran
semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Satu laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh, 20 Oktober 2012, penggunaan telefon
pintar di dunia telah mencecah 1 bilion orang. Manakala laporan daripada akhbar yang sama
iaitu bertarikh 3 September 2013, melaporkan bahawa penggunaan telefon pintar di Malaysia
telah meningkat ke 63 peratus berbanding 47 peratus tahun sebelumnya. Ia merupakan satu
perkembangan yang agak positif. Telefon pintar ini bukan hanya digunakan sebagai satu alat
komunikasi dan hiburan bahkan guru boleh mengunakannya sebagai satu alat di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah yang dikenakan
kepada murid-murid merupakan satu cabaran kepada guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran menggunakan peranti ini. Guru terpaksa mencari alternatif agar
penggunaan telefon pintar dapat digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana ia membawa banyak kebaikan. Pelbagai kandungan aplikasi berkaitan Matematik
yang boleh dimuat turun secara percuma boleh digunakan semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Kebanyakkan murid mempunyai telefon pintar. Maka, ia akan
memudahkan guru-guru semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbanding dengan menggunakan alat teknologi yang lain.
Cabaran yang lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran
berasaskan teknologi ialah perkembangan teknologi dan aplikasi-aplikasi yang terlalu pantas.
Perkembangan ini memberi satu cabaran yang besar kepada guru-guru. Sebagai contoh, jika
dahulu, kita sudah membiasakan diri menggunakan Window XP, Window 7 kini dengan
kemunculan Window 8 menyebabkan ramai pengguna menghadapi kesukaran pada
permulaan. Namun begitu, tidak dinafikan, terdapat guru-guru yang menghadapi masalah
dalam menggunakan teknologi terutamanya guru-guru yang telah berumur. Untuk menerajui
pendidikan masa hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan teknologi maklumat dan
komunikasi. Guru perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam
menggunakan teknologi ini bagi menjadikan teknologi ini sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran mereka.
Cabaran yang terakhir yang dihadapi oleh guru-guru sudah tentu berkaitan dengan
kekangan masa. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan
masa yang agak panjang bagi guru menyediakannya. Persediaan perlu dilakukan dari aspek
penyediaan bahan pengajaran dan juga penyediaan alat yang ingin digunakan sebelum
8

pengajaran dimulakan. Ada di antara tajuk yang memerlukan guru Matematik


memperuntukan masa yang agak panjang dalam penyediaan bahan dan ada juga tajuk yang
memudahkan guru menyediakan bahan seperti tajuk nombor, wang dan bentuk.
Kebanyakkan guru tidak menafikan bahawa penggunaan teknologi dalam pengajaran
memberi banyak kebaikan kepada murid-murid. Namun begitu, dengan bilangan waktu
mengajar yang banyak, ditambah dengan tugas-tugas perkeranian yang dihadapi oleh guru
masa kini, kebanyakkan guru merasa sukar untuk membuat persediaan yang mantap dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi.
Pembelajaran abad ke-21 menuntut guru berubah cara pengajaran mereka dari
berbentuk tradisional ke arah pembelajaran berasaskan teknologi. Perkembangan teknologi
masa kini perlu dilihat dari sudut positif. Terapkan penggunaan alat-alat teknologi ini semasa
pengajaran dan pembelajaran kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran lebih seronok
dan bermakna kepada murid-murid.

5.0

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN


TEKNOLOGI
Kini, penekanan mula diberikan kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran. Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) merupakan salah satu Elemen
Merentas Kurikulum

( EMK ) telah ditekankan penggunaannya apabila Kurikulum

Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) diperkenalkan. Penggunaan teknologi akan mengubah


iklim pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jika dahulu, corak pengajaran tradisional
lebih banyak diterapkan di dalam kelas, kini dengan perkembangan teknologi ini, guru dapat
mengaplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran. Suasana pengajaran menjadi lebih
aktif dan menyeronokkan.
Berikut adalah contoh satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik menggunakan
teknologi sebagai bahan bantu mengajar:

Matapelajaran

Matematik

Tahun

5 Bestari

Masa

8.45 pagi - 9.45 pagi

Tajuk

Bentuk dan Ruang

Bidang Pembelajaran :

Gabungan Bentuk Dua Dimensi

Objektif

Menentukan perimeter bentuk 2D

Hasil Pembelajaran

Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid


dapat :
-

Bahan Bantu Mengajar :

Mengukur perimeter gabungan dua bentuk 2D

Buku Tulis, Pembaris, Komputer, Projektor, Internet

10

Aktiviti :

Set Induksi
1.

: ( proses ingat kembali dan rangsangan kepada murid-murid )


Setiap murid dikehendaki duduk di depan komputer. Murid-murid akan
bermain satu permainan di dalam laman web.
http://pbskids.org/curiousgeorge/games/i_love_shapes/i_love_shapes.html
2.

Cara permainan

murid-murid dikehendaki memungut bentuk berdasarkan contoh rajah yang


diberikan
3.

Murid-murid akan diberi masa untuk bermain.

4.

Guru akan bersoal-jawab dengan murid-murid bentuk-bentuk yang telah


mereka pungut.

Antara muka permainan

Kandungan Permainan

Kandungan Permainan

Langkah 1 : Mengenal konsep perimeter


1.

Guru memberi arahan kepada semua murid untuk mengukur permukaan buku
tulis. Murid-murid bebas mengukur dengan cara masing-masing.

2.

Guru berbincang dengan murid-murid ukuran bacaan yang mereka perolehi.

3.

Guru menyuruh murid-murid membuka satu laman web.


http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_
area/index.html

11

Antara muka web


4.

Murid-murid dikehendaki membaca nota penerangaan tentang konsep


perimeter pada laman web.

5.

Guru membimbing murid-murid memahami konsep perimeter. Kemudian,


guru menyuruh murid-murid mengukur semula permukaan buku tadi. Guru
berbincang ukuran perimeter buku yang murid-murid perolehi.

6.

Murid-murid dikehendaki menjawab beberapa soalan pada laman web tadi.

Contoh soalan dalam laman web

12

Langkah 2 :
1.

Mengukur perimeter bentuk 2D tanpa dinyatakan ukuran sepenuhnya


Guru papar pada layar satu contoh soalan. Guru berbincang dengan murid-murid
untuk mencari perimeter rajah tersebut.

2.

Murid-murid dikehendaki menjawab soalan di laman web tadi.

Langkah 3 : Mengukur perimeter dengan gabungan dua bentuk 2D


1.

Guru papar pada layar satu contoh soalan. Guru berbincang dengan muridmurid untuk mencari perimeter rajah tersebut.

2.

Guru menunjukkan cara mencari perimeter bagi rajah tersebut.

13

3.

Aktiviti diulang dengan contoh rajah yang lain.

4.

Murid-murid dikehendaki menjawab soalan di laman web yang sama seperti langkah
1 dan 2

Penutup : Rumusan Pelajaran Hari Ini


1.

Guru papar contoh beberapa soalan dan menyoal kepada murid-murid perimeter
setiap rajah.

2.

Guru memberi lembaran kerja sebagai latihan di rumah

14

5.1

Justifikasi Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Aktiviti


Pengajaran

Saya telah membina satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan tajuk
bentuk dan ruang. Saya telah mereka satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
memberi fokus kepada penggunaan teknologi untuk mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan. Hasil pembelajaran yang ingin dicapai oleh murid-murid ialah dapat mengira
perimeter bagi gabungan 2 bentuk 2D.
Teknologi yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini ialah
komputer dan projektor. Selain itu juga, saya akan menggunakan laman web dan Power Point
sebagai bahan untuk menyampaikan konsep dan juga menunjukan contoh-contoh soalan.Oleh
yang demikian, akses internet sangat penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ini kerana keseluruhan pengajaran kali ini lebih banyak menggunakan laman
web.
Aktiviti pengajaran ini dicadangkan diadakan di makmal komputer kerana setiap
murid akan menggunakan komputer sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran ini dijalankan.
Berikut secara ringkas bagaimana aktiviti pengajaran dijalankan dengan menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi :
Pada set induksi, murid-murid akan bermain satu permainan di laman web iaitu
http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area/in
dex. html. Dalam permainan ini, murid-murid akan memungut bentuk-bentuk berdasarkan
contoh bentuk yang diberi. Kemudian, selepas tamat tempoh yang ditetapkan, guru akan
bersoal-jawab dengan murid-murid, bentuk-bentuk yang mereka telah pungut. Ia sebagai
satu aktiviti ingat kembali nama-nama bentuk. Aktiviti yang dijalankan sangat mudah dan ia
akan menarik dan merangsang minat murid-murid untuk mempelajari tajuk ini.
Pada langkah pertama, guru akan menerangkan konsep perimeter kepada muridmurid. Namun sebelum itu, murid-murid dikehendaki mengira ukuran permukaan buku.
Murid-murid akan mengukur ikut cara masing-masing dan guru akan bertanya beberapa
orang murid ukuran yang mereka perolehi. Dalam menerangkan konsep mengira perimeter,
murid-murid dikehendaki membuka satu laman web . Alamat bagi laman web tersebut ialah
http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area/index.html
15

Di dalam web, terdapat penerangkan bagaimana mengira perimeter beserta ditunjukkan


contoh gambarajah. Guru akan membantu murid-murid memahami konsep mengira
perimeter.

Dengan penerangan yang jelas beserta contoh gambarajah cara mengira perimeter di dalam
laman web tersebut, murid-murid akan mudah faham tentang konsep mengira perimeter.
Kemudian, murid-murid akan menjawab soalan-soalan sebagai penambah kefahaman dalam
mengira perimeter.

Contoh soalan
Pada langkah kedua, murid-murid akan diterangkan cara mengira perimeter berdasarkan
bentuk-bentuk 2D yang tidak diberi ukuran sepenuhnya.

Di dalam langkah ini, guru akan memaparkan contoh-contoh soalan dengan menggunakan
Power Point dan dipancarkan di hadapan kelas dengan projektor. Guru akan berbincang
dengan murid-murid cara mengira perimeter. Kemudian, murid-murid akan menjawab
soalan-soalan di laman web seperti langkah pertama tadi.

16

Contoh soalan

Di dalam langkah ketiga pula, murid-murid akan dibimbing untuk mengira perimeter
dengan

gabungan 2 bentuk 2D. Guru akan memberi penerangan terperinci dengan

menggunakan Power Point.

Power Point yang digunakan oleh guru sebagai penerangan

17

Kemudian, murid-murid akan menjawab soalan di laman web yang sama seperti langkah 1
dan 2.

Contoh soalan di laman web melibatkan mengira perimeter gabungan 2 bentuk 2D

Secara keseluruhannya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam


aktiviti pengajaran dan pembelajaran tajuk bentuk dan ruang ini sangat menyeluruh. Bermula
daripada set induksi sehinggalah langkah ketiga, penggunaan teknologi ini bertujuan
membantu murid-murid memahami cara mengira perimeter dengan mudah. Penggunaan
teknologi ini akan menarik minat murid dan juga akan mewujudkan suasana pembelajaran
yang menarik dan menyeronokkan.
Penggunaan laman web akan memudahkan murid-murid untuk memahami konsep
mendapatkan perimeter. Terdapat penerangan mengenai konsep bagaimana mengira perimeter
dan

dibantu dengan gambarajah yang jelas. Ia akan memudahkan murid-murid

memahaminya. Selain itu juga, penerangan yang jelas juga diberi dengan menggunakan
Power Point. Murid-murid juga boleh menjawab soalan-soalan yang disediakan di dalam
laman web tersebut. Ia memudahkan guru untuk menyediakan soalan-soalan bagi penilaian.
Oleh yang demikian, pada pendapat saya, penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi seperti yang dinyatakan pada setiap langkah pengajaran membantu murid-murid
mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Pengajaran akan lebih menyeronokkan dan
murid-murid akan terlibat secara aktif.

18

6.0

PENUTUP
Perkembangan teknologi memberi kesan yang besar dalam kehidupan manusia. Jika

kita tidak berubah, masih lagi menggunakan teknologi yang lama, kita akan tertinggal
berbanding dengan manusia yang bijak mengambil peluang dengan perkembangan teknologi
sekarang. Penekanan penggunaan teknologi dalam pendidikan merupakan satu langkah yang
diambil ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi dan dapat bersaing dalam
perkembangan dunia teknologi pada masa akan datang.
Begitu juga dengan profesion keguruan, guru perlu bijak mengambil pelauang dengan
perkembangan teknologi ini. Sudah tiba masanya, perkembangan teknologi ini menuntut
semua guru agar mengubah cara pengajaran tradisional ke arah pengajaran yang lebih moden
dengan menggunakan teknologi sebagai medium penyampaian dan aktiviti dalam pengajaran.
Ia bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang celik teknologi agar mereka dapat bersaing
dalam dunia teknologi akan datang.
Selain itu, sewajarnya guru mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran mereka kerada daripada pelbagai dapatan kajian menjelaskan bahawa
penggunaan teknologi seperti komputer, telefon pintar, internet,

perisian-perisian

pembelajaran dan pelbagai lagi memberi banyak kebaikan kepada guru dan juga muridmurid.
Namun begitu, dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran, guru
harus bijak menghadapi cabaran-cabaran yang datang terutamanya dengan kemunculan
pelbagai teknologi yang semakin tidak terkawal dan juga dengan penggunaan internet yang
tiada sekatan. Bimbingan yang berterusan perlu dilakukan oleh semua guru agar
murid-murid menggunakan teknologi-teknologi yang sedia ada

ke arah perkara-perkara

yang positif. Kegagalan guru menanganinya akan membawa kesan buruk bukan sahaja
kepada murid-murid tetapi juga kepada profesion keguruan.
Sewajarnya, sudah tiba masanya, teknologi diaplikasikan secara menyeluruh di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja memberi manafaat kepada guru dan
murid tetapi akan juga merealisaikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju.

19

7.0

RUJUKAN

Goh Boon Cheng. ( 2009 ). Pengurusan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Puchong :
Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Kamal, S. A. B. S. Y., & Tasir, P. M. D. Z. (2008). Pembelajaran Masa Depan: Mobile
Learning (M-Learning) di Malaysia.
Ng Wai Kong. 2002. ICT dan Pengajaran. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Omar Zakaria, Shaifol Bahary Sulaiman, Hassan Omar, & Azman Abdullah. (2014). HBEF
Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Selangor : Meteor Doc Sdn. Bhd.

20

Anda mungkin juga menyukai